There was an error in this gadget

Monday, June 30, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs United States


Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs United States 

Wednesday, July 2, 2014  | 4:00 AM 

Pada suatu petang di Warong Nasik Lemak Janda Lopa ketika semua penduduk Kampung Buaya sedang menunggu waktu berbuka puasa. Dari jauh kelihatan dua orang sahabat karib - Taruddin dan Idlan Khozim sedang bermuzakarah secara serius. 

"Engko tau tak Taruddin, pagi nanti Belgium akan bertemu dengan Amerika Syarikat. Ini adalah pertemuan ke-5 mereka yang mana Belgium telah menang 4 perlawanan. Manakala Amerika pulak hanya menang 1 perlawanan sahaja..." 

Belum pun sempat Idlan Khozim menghabiskan ayatnya, Taruddin pantas menjawab sambil melakukan balik kuang dari meja yang menyediakan lauk nasik campur, terus mendarat tepat di atas bangku plastik di depan Idlan Khozim. 

"Sebanyak 13 gol telah dijaringkan antara mereka. Belgium menyumbat 8 gol. Manakala Amerika hanya 5 gol." 

Berderau darah Idlan Khozim melihat aksi sahabatnya itu. Sambil mengeluarkan rokok sekotak dan mancis dari poket seluarnya, Idlan Khozim menambah. 

"Pasukan Amerika kali ini banyak dipengaruhi dengan semangat kepimpinan dari Jürgen Klinsmann. Hasilnya engko tengok perlawanan peringkat kumpulan diorang. Walaupun tewas, tetapi pasukan Amerika menunjukkan tahap persembahan yang tinggi di atas padang. Berkat usaha diorang, dapat jugak layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dan bertemu pula dengan Belgium yang mana di atas kertas lebih kuat berbanding Amerika. Tapi bola sepak bukannya dimainkan di atas kertas. " 

Huraian panjang lebar Idlan Khozim terhenti apabila Janda Lopa mula menghidang air untuk berbuka puasa. Sirap Bandung Cincau dan Tembikai Laici menjadi pilihan mereka berdua. Kini terhidang di atas meja dua jenis air yang berasap-asap dengan ais. Idlan Khozim jadi tak tenang. Manakala Taruddin buat-buat muka penat berpuasa sebelum menambah bicara tentang pasukan Belgium pula. 

"Belgium ni pulak yang aku tengok masih lagi tercari-cari rentak mereka dalam kejohanan kali ni. Setakat ini Belgium gagal memenuhi jangkaan pakar bola sepak kerana aksi mereka kurang meyakinkan dan masih jauh dari potensi sebenar mereka. Tambahan pula Belgium berada dalam kumpulan H yang rata-rata pasukannya tidak menunjukkan aksi bola sepak yang sebenar. Ini berbeza dengan pasukan Amerika yang diletakkan dalam kumpulan yang mana pasukannya hebat-hebat belaka serta memberi cabaran dari segi teknikal dan taktikal." 

"Engko rasalah Taruddin, antara Belgium dan Amerika mana satu yang akan menang pagi karang?"

Soal Idlan Khozim kepada Taruddin sambil matanya tak henti-henti memandang Sirap Bandung Cincau ais dihadpannya. Dan bila-bila masa sahaja lagi Azan akan berkumandang menandakan masuknya waktu maghrib dan berbuka puasa bagi Kampung Buaya serta kawasan yang sewaktu dengannya.
 
"Sebagai seorang yang mula bermain bola sepak mewakili Kampung Buaya pada usia 10 tahun, aku menjangkakan Amerika Syarikat akan meneruskan corak permainan bola sepak yang berkualiti tinggi sehingga membuatkan Belgium terkial-kial untuk menyamai tahap persembahan pasukan Uncle Sam tersebut. Dan Amerika boleh menewaskan Belgium dengan skor 2-1 sekaligus membawa mereka mara ke suku akhir." 

Idlan Khozim tiba-tiba bersemangat mendengar kata-kata dari Taruddin itu. Dia berdiri seraya bersorak... 

"Hidop Uncle Sam!!!  Hidop Uncle Sam!!! Hidop Uncle Sam!!!"

Jemaah Warong Nasik Lemak Janda Lopa yang lain terpinga-pinga melihat perangai Idlan Khozim. Ada yang menggenggam penumbuk malahan ada yang hendak mengeluarkan lembing tapi dihalang rakan yang lain menggunakan isyarat mata. Mengenangkan beberapa saat sahaja lagi hendak berbuka puasa, mereka buat tak tahu sahaja.

Manakala Taruddin dan Idlan Khozim masih lagi ketawa berdekah-dekah sehinggalah matahari terbenam.

Pemain Tumpuan Belgium : Marouane Fellaini
Pemain Tumpuan United States : Jermaine Jones
Ramalan : Belgium 1-2 United States

Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Switzerland



Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Switzerland

Wednesday, July 2, 2014  | 12:00 AM 

Amacam puasa? Okay tak? Sahur dah? Iftor dah? Terawih dah? Witir dah? Tahajjud dah? Kalau semua dah, mari kita hayati bersama perlawanan ke-55 Piala Dunia 2014 pusingan kedua kalah mati antara Argentina dan Switzerland. 

Bagaimana mereka layak? 
 
Argentina menang kesemua 3 perlawanan peringkat kumpulan dengan mengutip 9 mata dan menjadi juara Kumpulan F. Manakala Switzerland pula mengumpul 6 mata hasil daripada 2 kemenangan dan menamatkan pusingan peringkat kumpulan di tempat kedua Kumpulan E. 

Seluruh Argentina wajar berterima kasih kepada Lionel Messi atas persembahan mantapnya setakat ini di Piala Dunia 2014. Memang pada mulanya Argentina adalah pasukan pilihan utama untuk menjuarai Piala Dunia 2014, tetapi aksi mereka secara keseluruhan di atas padang masih berada di bawah tahap terbaik mereka. Ini kerana mereka masih gagal menewaskan pasukan seperti  Bosnia-Herzegovina dan Iran dalam keadaan yang selesa. Kadangkala Argentina seperti bergelut untuk memberikan aksi terbaik dengan Gonzalo Higuain serta Sergio Aguero juga masih tercari-cari rentak mereka. Kedua pemain ini perlu bermain lebih cemerlang supaya beban menjaringkan gol tidak terletak hanya kepada Messi seorang sahaja. Manakala kerapuhan di bahagian pertahanan pula wajar diberi perhatian. Lihat sahaja bagaimana mudahnya Ahmed Musa menyumbat 2 gol meskipun Argentina berjaya menewaskan Nigeria dengan skor 3-2. Argentina perlu menguatkan lagi posisi pertahanan mereka sekiranya ingin mara lebih jauh lagi dalam kejohanan kali ini. 

Switzerland memulakan kempen Piala Dunia 2014 ini dengan persembahan sedikit goyah walaupun mereka diletakkan sebagai antara pasukan terkuat dalam edisi kali ini. Seperti juga Argentina, pasukan Ottmar Hitzfeld ini tidak memiliki barisan pertahanan yang mantap dan buktinya mereka tewas 5-2 kepada Perancis pada perlawanan kedua peringkat kumpulan. Mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik selepas Xherdan Shaqiri menjaringkan hatrik dalam pertemuan hidup mati ketika menentang Honduras. Menjelang pertemuan dengan Argentia ini, pasukan Switzerland dijangka akan bermain dengan lebih santai kerana tiada apa yang perlu mereka risaukan sambil berharap tekanan akan lebih memihak kepada pasukan Argentina. 

Pemain Tumpuan Argentina : Lionel Messi
Pemain Tumpuan Switzerland  : Xherdan Shaqiri
Ramalan : Argentina 4-2 Switzerland

Saturday, June 28, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Jerman vs Algeria


Prebiu Piala Dunia 2014: Jerman vs Algeria

Tuesday, July 1, 2014  |4.00 AM


Hari tu dalam jam 3 pagi selepas penat berniaga piramid Faisol dan Ramdi lepak-lepak di kedai mamak macam biasa menunggu siaran langsung bola sepak di RTM. Kiri dan kanan mereka penuh dengan pelbagai jenis manusia. Ada yang bejersi Jerman. Ada yang berbaju Harimau Malaya. Tapi langsung tak terlihat yang memakai jersi Algeria. Sesuatu pemandangan biasa di Malaysia, sokong pasukan yang kuat sahaja.

"Jadi apa pendapat engko pasal game Jerman lawan Algeria kejap lagi ni Ramdi?" Soal Faisol pendek sambil membelek-belek talipon pintar di tangan kanannya. Sesekali dia tersenyum nipis. Puas hati malam ini dia dapat menjual 100 botol Air Ajaib Ruqyah Azimat. Produk yang diperbuat daripada 26 jenis air salji yang dicairkan dan ditapis serta diproses di Antartika yang menggunakan 100% teknologi Iran. Azimat dia punyelah power tak tipu punya.

Ramdi tenang mendengar soalan Faisol tersebut. Dia mengeluarkan satu bekas rokok daun yang sudah siap digulung. Sebatang dikeluarkan. Lalu dicelup ke dalam Air Ajaib Ruqyah Azimat sebelum hujung putung rokok daun itu dibakar. Mengikut kajian, selepas rokok dicelup ke dalam air tersebut dia boleh meneutralkan segala jenis racun tembakau di muka bumi ini. Jadi engko boleh hisap seberapa banyak rokok dengan syarat engko celup dulu dalam Air Ajaib Ruqyah Azimat.

"Jerman kali ini sangat mantap, sama macam 4 tahun yang lepas. Portugal depa belasah 4-0 memberikan isyarat bahawa mereka sangat serius dalam kempen kali ini. Tapi depa sikit terkejut dengan saingan daripada pasukan Ghana selepas itu dan hanya mampu seri 2-2. Pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan depa berjaya jugak menewaskan Amerika Syarikat dengan skor 1-0 untuk meletakkan mereka sebagai juara kumpulan dan bertemu Algeria pagi ni." Panjang Lebar penjelasan Ramdi sambil dia sedut secara mendalam rokok daun yang sudah dicelup dengan Air Ajaib Ruqyah Azimat itu. Takdelah kena barah paru-paru lepas ni.

Faisol hanya mengangguk perlahan mendengar penjelasan kawannya itu. Jarinya masih ligat menaip di talipon pintarnya. Satu mesej whatsapp berantai dari group yang dia join di-forward kepada satu lagi group yang lain. Katanya kalau di-forward akan mendapat 1000 rahmat dunia akhirat. Kalau diabaikan bermakna bencana akan datang menimpa dan berkemungkinan ketiak juga akan menjadi itam. Butang send ditekan. Faisol tersenyum puas kerana akan mendapat 1000 rahmat.

"Betol apa yang engko cakap tu Ramdi. Tapi rekod dulu menunjukkan kedua pasukan ni pernah bertemu sebanyak dua kali dan keduanya dimenangi oleh Algeria. Apa yang aku nengok tim Algeria ni bermain dengan penuh semangat sambil kekuatan fizial menjadi taruhan utama mereka untuk berdepan dengan Jerman kejap lagi. Dan aku rasa jurulatih mereka Vahid Halilhodžić ada perancangan dan strategi yang akan menyukarkan Die Mannschaft". Jelas Faisol pula dengan nada serius.

"Aku rasa Jerman akan menang 4-1 kejap lagi." Ringkas dan penuh yakin Ramdi memberi ramalan perlawanan.

"Kahkahkah..Power jugak ramalan engko ni Ramdi." Kata Faisol sambil berdekah-dekah.

Mereka kemudiannya meneruskan minum Milo Ais Tabur sambil berulamkan rokok daun yang dicelup dengan Air Ajaib Ruqyah Azimat.

Pemain Tumpuan Jerman : Matt Hummels
Pemain Tumpuan Algeria : Feghouli 
Ramalan : Jerman 4-1- Algeria

Prebiu Piala Dunia 2014: France vs Nigeria



Prebiu Piala Dunia 2014: France vs Nigeria 

Tuesday, July 1, 2014 | 12.00 AM


Skuad Perancis atau lebih dikenali sebagai Les Blues telah mengganas dalam peringkat kumpulan dan peminat setia mereka mula berangan yang zaman kegemilangan tahun 1998 akan kembali menjengah. Mereka menewaskan Honduras 3-0 sebelum menjaringkan 5 biji gol mengecewakan Switzerland. Malangnya Les Blues gagal menjaringkan sebarang gol ketika seri 0-0 dengan Ecuador. Penyakit ini mesti mereka hilangkan apabila berhadapan dengan Nigeria.

Manakala bagi pasukan Nigeria pula mereka mara ke pusingan kalah mati selepas menduduki tangga kedua di belakang Argentina dengan mengumpul 4 mata hasil daripada keputusan menang ke atas Bosnia-Herzegovina 1-0 dan seri 0-0 ketika bertemu dengan Iran. Sebagai tambahan aksi Nigeria ketika tewas 3-2 kepada Argentina merupakan persembahan paling bersinpirasi dengan setiap pemain menampilkan karekter tidak mudah menyerah kalah. Terutamanya Ahmed Musa yang menjaringkan 2 gol cantik dan jika corak permainan seperti ini mereka kekalkan, tidak mustahil Perancis akan bergelut untuk menumpaskan Nigeria.

Rekod menunjukkan kedua pasukan ini hanya sekali pernah bertemu dengan Nigeria memenang perlawanan tersebut dengan skor 1-0. Menjelang laga kedua pasukan ini kita tahu bahawa Nigeria akan sedikit sebanyak memberi saingan kepada Perancis. Namun ia masih sukar untuk negara Afrika tersebut untuk menghentikan nafsu menjaringkan gol dari pasukan gergasi Eropah ini. Perancis diramal menang mudah dengan skor 3-1.


Pemain Tumpuan Perancis : Karim Benzema
Pemain Tumpuan Nigeria : Ahmed Musa
Ramalan : Perancis 3-1 Nigeria

Friday, June 27, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Costa Rica vs Greece


Prebiu Piala Dunia 2014: Costa Rica vs Greece

Monday, June 30, 2014  | 4:00 AM

Aku tenung sirap limau ais di atas meja secara mendalam. Waktu tengahari macam gini memang sedap pekena air sejuk buat penghilang haus. Tambah pula bila tengah tak tahu nak tulis apa bila menengok perlawanan ke-52 Piala Dunia 2014 ini adalah antara Costa Rica dan Greece. Lagi parah bila aku dapat tau kedua pasukan ini tidak pernah bertemu antara satu sama lain.

Costa Rica mara dari 'kumpulan maut' yang terdiri daripada 3 bekas juara Piala Dunia - Uruguay, Itali, England. Macam yang aku ada cakap sebelum ini. Costa Rica telah menukar status 'kumpulan maut' menjadi 'kumpulan kubur'. Apa tidaknya, habis England dan Itali dihantarnya pulang dengan perasaan duka.

Pada awalnya tiada siapa yang menyangka Costa Rica mampu pergi sejauh ini. Dan apabila kita melihat Greece adalah lawan mereka di peringkat kalah mati, secara tidak langsung kita boleh mengagak Costa Rica adalah calon semulajadi untuk layak ke suku akhir pula selepas ini.

Sebut pasal Greece ni terus aku hilang selera bola sepak. Bagi aku mereka melalui satu kempen yang mengecewakan. Corak permainan mereka juga tidak menampakkan keinginan untuk menjaringkan gol. Malahan apabila bertahan juga mereka kelihatan amat goyah. Mungkin sudah rezeki mereka barangkali untuk layak ke pusingan kalah mati ini. Jadi mereka perlu mempertingkatkan serta mempelbagaikan corak serangan mereka jika mahu menumpaskan Colombia sekaligus mara ke peringkat suku akhir.

Jika ditanya apa prediksi aku tentang perlawanan ini. Selepas aku hirup sirap limau ais dengan tenang, aku merasakan yang pasukan Greece tidak akan mampu menahan segala asakan daripada Costa Rica. Kemantapan bahagian serangan Costa Rica membolehkan mereka memenangi perlawanan ini dengan skor 3-1


Pemain Tumpuan Costa Rica : Joel Campbell
Pemain Tumpuan Greece : Andreas Samaris
Ramalan : Costa Rica 3-1 Greece

Prebiu Piala Dunia 2014: Netherlands vs Mexico


Prebiu Piala Dunia 2014: Netherlands vs Mexico 

Monday, June 30, 2014  | 12:00 AM


Mexico. Jika ada negara selain daripada benua Amerika Selatan dan Eropah yang memenangi Piala Dunia, aku memang berharap sangat ia akan menjadi milik Mexico. Selain corak permainan yang menarik, pantas serta berani, minat aku kepada Mexico juga banyak disebabkan oleh aksi Luis Hernandez. Ya, Luis Hernandez bukannya Dennis Bergkamp yang takut menaiki pesawat udara. Luis Hernandez, penyerang Mexico yang pernah mewarnai Piala Dunia tidak lama dahulu, edisi 1998, paling memberi impak, menjaringkan 4 gol dalam temasya tersebut. Mujur ketika itu aku sudah nekad untuk mula menyokong Sepanyol dek kerana terpukau dengan seorang lagi lagenda Raul Gonzalez. Jika tidak mungkin sekarang ini aku sudah menyokong Mexico.

Untuk kejohanan 2014 ini bagi aku Mexico telah melakukan kerja yang sangat baik. Aksi peringkat kumpulan sahaja sudah membuktikan yang pasukan Mexico mampu mempersembahkan sesuatu yang hebat dalam kempen kali ini. Lihat sahaja bagaimana Guillermo Ochoa mematahkan impian Brazil untuk layak ke pusingan kalah mati dengan awal. Jika kena pada harinya skuad Amerika Utara ini mampu membelasah apa jua pasukan yang mereka hadapi.

Aku tidak mahu bersembang panjang pasal pasukan Belanda. Semua sudah tahu di mana kekuatan pasukan Belanda dan hampir mustahil untuk mencari kelemahan mereka ketika ini. Buah hati Oranje dan Manchester United, Van Persie akan kembali bermain selepas menjalani satu penggantungan perlawanan. Dan dia akan membentuk gandingan maut bersama Arjen Robben untuk cuba mengecewakan Mexico.

Laga ini akan menghidangkan kepada kita sejumlah gol yang banyak. Berkemungkinan ia akan berakhir selepas 120 minit dengan keputusan 2-2. Apabila perlawanan berlarutan ke sepakan penalti, kita akan tahu Guillermo Ochoa-lah yang akan mengecewakan seluruh jiwa The Oranje.


Pemain Tumpuan Netherlands : Robin van Persie
Pemain Tumpuan Mexico : Guillermo Ochoa
Ramalan : Netherlands 2-2 Mexico (Mexico akan menang penentuan penalti)

Prebiu Piala Dunia 2014: Colombia vs Uruguay


Prebiu Piala Dunia 2014:  Colombia vs  Uruguay

Sunday, June 29, 2014 | 4.00 AM


Selamat datang ke Mini COpa Amerika. Perlawanan kedua peringkat kalah mati menemukan dua buah lagi negara Amerika Selatan iaitu Colombia dan Uruguay. Mereka telah bertarung bersama sebanyak 38 perlawanan. 11 aksi dimenangi oleh Colombia manakala Uruguay merekodkan 18 kemenangan. Baki 9 lagi perlawanan berakahir dengan keputusan seri.

Bagaimana mereka boleh ditakdirkan bertemu sekali lagi?

Colombia menang kesemua aksi peringkat kumpulan dan menjadi juara kumpulan C. Manakala Uruguay dengan kempen turun naik mereka layak juga akhirnya ke pusingan 16 pasukan terbaik dari 'kumpulan maut' D.

5 daripada 6 negara dari Amerika Selatan yang mengambil bahagian dalam Piala Dunia 2014 ini berjaya layak ke pusingan kalah mati. Bagaimanapun pasukan Colombia muncul sebagai pasukan yang paling cantik corak permainannya dari benua tersebut. Mereka menewaskan Greece yang terkial-kial melihat asakan COlombia dengan skor 3-0. Selepas itu Ivory Coast pula menjadi mangsa Colombia apabila pasukan Afrika tersebut tersungkur 2-1. Penutupnya ialah apabila Dan sudah pasti James Rodríguez adalah pemain bintang mereka dengan setakat ini sudahpun menjaringkan 3 gol dalam 3 perlawanan.

Dalam dunia ini kita ada seorang pemain bola yang bernama Luis Suarez. Kerjanya ialah menghiburkan kita. Malangnya dalam perlawanan ini kita takkan dapat melihat aksi gigitya kerana telahpun selamat digantung FIFA selama 4 bulan dan 9 perlawanan antarabangsa serta denda sebanyak £65,702. Jadi sementara bercuti daripada menyepak bola ni, bolehlah dia meneruskan kerjanya sebagai tukang kupas kelapa. Dan pengadil juga tidak perlu spray membuat line di muka Suarez sambil berkata "Ok, gigi engko setakat ini ajek".

Aku merasakan pasukan Colombia akan meneruskan perangai menyumbat banyak gol mereka termasuk dalam perlawan ini juga. Ditambah pula dengan barisan pemain serangan yang lebih jitu berbanding Uruguay yang mana aku tahu mereka takkan dapat pergi jauh dalam kempen kali ini. Selain itu pemain pertahanan dan pemain tengah Uruguay juga terhad dari segi kemahiran dan skil mereka. Colombia akan menang 3-1


Pemain Tumpuan Colombia : James Rodríguez
Pemain Tumpuan  Uruguay : Diego Godin
Ramalan : Colombia 3-1 Uruguay

Thursday, June 26, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Brazil vs Chile




Prebiu Piala Dunia 2014: Brazil vs Chile

Sunday, June 29, 2014 | 12.00 AM



Khabar bertiup kencang mengatakan bahawa yang Joga Bonito sudah kembali. Dan seluruh Brazil kembali berwarna -warni dengan penuh keceriaan. Semuanya gara-gara kejayaan Brazil dengan penuh bergaya membelasah Cameroon 4-1. Brazil seterusya layak ke pusingan kedua untuk bertemu dengan rival Amerika Selatan dalam satu aksi yang boleh kita panggil sebagai Mini Copa Amerika.

Ya, mereka amat bertuah dengan kehadiran Neymar sebagai peyerang utama dengan sudahpun mengumpul 4 gol setakat ini. Walaubagaimanapun kemantapan posisi pertahanan pasukan Brazil masih boleh dipersoalkan. Tetapi umat Brazil berkali-kali melaungkan keyakinan yang mereka akan mampu menjulang Piala Dunia di tanahair sendiri sekaligus memadam kepiluan gagal melakukan perkara yang sama pada edisi 1950.

Pasukan Chile sedang melalui satu kempen Piala Dunia yang sukses sepertimana yang mereka idam-idamkan. Jurulatih Chile, Jorge Sampaoli begitu bangga dengan pasukannya. Dalam satu temuramah bersama wartawan sebuah akhbar tabloid Chile beliau ada berkata dalam nada sinis:

"Engko orang kerajaan ke pembangkang? Ko nengok aku ni sokong kerajaaan. Habis pasukan Sepanyol aku terajang!!!"

Selepas aku termenung secara mendalam. Ada betulnya Jorge Sampaoli berlagak dengan kehebatan pasukan Chile. Pertamanya mereka berjaya 'mengoyakkan' pasukan Astralia. Sehinggakan sampai ke hari ini ada pemain Australia yang tidak lena tidurnya. Kemudian pasukan Chile terpaksa pula mengadap Sepanyol yang baru sahaja dirodok 5-1 oleh Belanda. Walaupun tiada harapan diletakkan kepada mereka pada mulanya untuk menewaskan Sepanyol. Tetapi bak kata pepatah lapok, 'siapa yang makan Cili, dia yang terasa pedasnya'. Dengan tenang Eduardo Vargas dan Charles Aránguiz menghantar Sepanyol pulang menemui rakyat jelata mereka. Selepas perlawanan itu juga Chile berjaya mengesahkan diri mereka ke pusingan kedua.

Jika pertemuan silam diambil kira, mereka telah bertemu sebanyak 68 kali. Brazil memenanginya sebanyak 48 kali, Chile 7 kali dan 13 aksi lagi berakhir dengan keputusan seri. Sejumlah 217 gol dijaringkan antara mereka dengan Brazil menyumbat 159 gol. Manakala Chile 58 gol. Sudah tentu statisktik awal ini membuatkan penyokong Brazil tersenyum nipis.

Secara peribadi aku merasakan perlawanan ini akan menjadi sangat kompetitif. Oleh kerana ini adalah pasukan terbaik Chile dalam tempoh 50 tahun. Ramalan aku mungkin akan mengecewakan seluruh jiwa di dunia ini yang setia mendukung pasukan Brazil.


Pemain Tumpuan Brazil : Neymar Jr.
Pemain Tumpuan Chile : Eduardo Vargas
Ramalan :  Brazil 2-3 Chile

Prebiu Piala Dunia 2014: Korea Republic vs Belgium | Algeria vs Russia


Prebiu Piala Dunia 2014: Korea Republic vs Belgium

Friday, June 27, 2014  | 4:00 AM

Tanpa aku sedari 47 perlawanan telah aku prebiu dengan penuh dedikasi. Menengok pada angka 47 itu menjadi debor. Tapi aku tabahkan hati untuk buat prebiu perlawanan yang ke-47 pada Piala Dunia 2014 ini di antara Korea Selatan dan Belgium.

Kita perlu layan perlawanan ini dengan penuh minat kerana ia merupakan nafas terakhir buat bola sepak Asia apabila Korea Selatan turun bertarung dalam misi layak ke pusingan kedua. Namun kita juga jangan lupa yang pasukan Belgium perlukan 3 mata untuk mengetuai kumpulan H ini dengan penuh bergaya.

Korea Selatan sebenarnya berpeluang untuk menempatkan diri mereka pada keadaan yang lebih baik di kejohanan ini. Tetapi mereka gagal merealisasikan peluang yang mereka cipta dalam 2 perlawanan awal. Mereka seri 1-1 dengan Russia dan tewas 2-4 kepada Algeria yang mana kita boleh mempersoalkan kemampuan Korea Selatan untuk meneruskan suvival mereka dalam kempen Piala Dunia 2014 ini. Mereka bukan sahaja kalah, malah memperlihatkan betapa rapuhnya pertahanan pasukan mereka. Kesannya mereka terpaksa melalui jalan sukar apabila wajib menang pada perlawanan menentang Belgium dengan skor yang besar. Ini kerana harapan mereka akan hancur sekiranya Algeria menewaskan Russia. Tetapi jika Russia pula yang menang atau seri dengan Algeria, Korea Selatan masih ada peluang kecil untuk layak dengan syarat mereka perlu margin 3 gol kemenangan ke atas Belgium. Nampak mustahil bukan? Tulaaa..patutnya hantar Harimau Malaya jek untuk bawa maruah Asia ni. Heh!!!

Pasukan Belgium pula secara peribadi bagi aku gagal memberikan apa yang semua umat dunia harapkan. Walaupun mengumpul 6 mata penuh dari dua perlawanan mereka, tetapi corak permainan mereka agak merapu dan ada sebahagian pemain utama Belgium kelihatan gagal menggalas tanggungjawab mereka dengan sempurna. Mujur Belgium memiliki pemain simpanan yang seimbang kemahirannya dengan pemain utama. Jadi Belgium masih lagi lawan yang perlu dihormati oleh Korea Selatan. Jaga-jaga.

Kedua pasukan pernah bertemu sebanyak 3 kali sebelum ini.  Belgium telah menang 2 aksi tersebut dan satu lagi berakhir dengan keputusan seri. Sebanyak 7 gol dijaringkan dengan Belgium merekodkan 5 gol sementara Korea Selatan 2 gol sahaja.

Belgium walaupun seakan-akan belum menemui bisa mereka, tetapi masih tetap sebagai pilihan utama dalam perlawanan ini dan Korea Selatan nampaknya belum mencapai kualiti untuk bersaing dengan pasukan seperti Belgium. Belgium menang 3-1.

Pemain Tumpuan Korea Republic  : Son Heung Min
Pemain Tumpuan Belgium : Marouane Fellaini
Ramalan Korea Republic 1- 2 Belgium


Prebiu Piala Dunia 2014: Algeria vs Russia 

Friday, June 27, 2014  | 4:00 AM

Algeria dan Russia akan bertarung bermati-matian pada pagi Jumaat (waktu Malaysia) pada perlawanan terakhir kumpulan H di Curitiba bagi mencerahkan peluang mereka layak ke pusingan 16 pasukan terbaik dunia. Dengan Belgium yang sudahpun layak, satu lagi slot yang terbuka akan menjadi rebutan antara Algeria dan Russia. Siapakah yang terampil untuk mengiringi Belgium dan sekaligus mengelak dari mendapat 'ketiak itam'?

The Desert Foxes pada mulanya tewas pada aksi pembukaan di kejohanan ini, tetapi bangkit menumpaskan Korea Selatan penuh bergaya dengan skor 4-1 sekaligus mencerahkan harapan mereka untuk layak ke peringkat seterusnya. Buat Vahid Halilhodzi dan seluruh pasukan Algeria, keputusan seri sudah memadai buat mereka layak ke pusingan kalah mati dan ini mengurangkan sedikit tekanan yang mereka hadapi menjelang pertemuan dengan skuad Russia.

Sementara itu, dengan hanya 1 mata yang berjaya dimiliki oleh anak buah Fabio Capello setakat ini membuatkan mereka sedar bahawa hanya kemenangan sahaja yang akan melayakkan mereka ke pusingan kedua buat pertama kalinya dalam sejarah. Bagi Fabio Capello pula sudah tentu beliau tidak mahu mimpi ngeri ketika membimbing England 4 tahun lepas kembali menghantui karier beliau. Kekalahan adalah perkara utama yang harus beliau elakkan. Dan Capello bersedia untuk menurunkan gandingan Alan Dzagoev dan pemain Zenit St Petersburg, Aleksandr Kerzhakov dalam barisan serangannya.

Buat masa ini tiada kecederaan di kem Algeria dan semuanya dengan tenang menunggu masa untuk turun beraksi. Manakala di kem Russia pula hanya Aleksandr Kozlov yang akan menjalani pemeriksaan kecergasan selepas dia mengalami kecederaan kecil ketika Russia tewas kepada Belgium tempohari.

Pemain Tumpuan Algeria  : Nabil Bentaleb
Pemain Tumpuan  Russia  : Alan Dzagoev
Ramalan : Algeria 2 -1 Russia 

Tuesday, June 24, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Amerika Syarikat vs Jerman | Portugal vs Ghana


Prebiu Piala Dunia 2014: Amerika Syarikat vs Jerman

Friday, June 27, 2014  | 12:00 AM


Menengok kepada pasukan Amerika Syarikat dan Jerman yang hanya perlu seri dalam perlawanan terakhir kumpulan G ini membuatkan aku tersenyum sinis. Kedua jurulatih adalah berbangsa Jerman. Hendak menjadikan cerita lagi menarik ialah Joachim Lowe dan Jurgen Klinsmann pernah bekerjasama dalam Piala Dunia 2006 dan mencipta kenangan manis bersama skuad Jerman ketika itu. Tiba-tiba aku terhidu konspirasi wangi. Kita lupakan perihal konspirasi ini terlebih dahulu.

Amerika Syarikat ternyata memerlukan ketangkasan Tim Howard sekali lagi untuk melindungi The Yanks sepanjang perlawanan ini. Ini kerana lawan mereka adalah pasukan Jerman yang dibarisi oleh pemain serangan yang berbakat. Bagi mendapatkan gol pula mereka ada Clint Demsey yang mana setakat ini amat berkesan dihadapan gol.

Bagi skuad Jerman pula, status mereka selaku pasukan kedua terbaik dunia dalam ranking FIFA hampir sahaja dicabul oleh Ghana sebelum Miroslav Klose muncul sebagai penyelamat dan menjaringkan gol bagi menyamai rekod jaringan di Piala Dunia milik Ronaldo Gemuk.

Tiada banyak tekanan yang akan dihadapi oleh kedua pasukan kerana dengan keputusan seri sahaja sudah mampu membawa mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik. 


Pemain Tumpuan Amerika Syarikat : Tim Horward
Pemain Tumpuan Jerman : Miroslav Klose
Ramalan : Amerika Syarikat 3-3 Jerman



Prebiu Piala Dunia 2014: Portugal vs Ghana

Friday, June 27, 2014  | 12:00 AM


Mungkin ada peminat pasukan Portugal yang sakit hati dengan corak permainan skuad idaman mereka ini. Ada juga yang merasakan hak asasi mereka sebagai peminat pasukan Portugal telah diceroboh dek kerana mereka hampir sahaja disingkirkan Jerman tempohari. Sehinggalah muncul satu hantaran lintang dari Cristiano Ronaldo dan ditanduk kemas oleh Silvestre Varela. Seluruh pendukung pasukan Seleccao da Quinas kembali bernyawa dan sedar mereka masih ada lagi harapan untuk ke pusingan kedua.

Tetapi Portugal dan Ghana perlu sedar yang perlawanan mereka tidak membawa sebarang makna sekiranya Jerman dan USA membuat keputusan untuk bermain demi mencapai seri sahaja. Tidak ada apa yang perlu mereka kesalkan kerana aksi permulaan mereka yang longlai dalam kempen kali ini mengheret mereka ke jalan yang berliku seperti ini.

Di pihak Portugal, Pepe akan kembali semula daripada penggantungan kad merahnya. Manakala pasukan Ghana akan turun tanpa khidmat Sulley Muntari dan mereka akan tetap mengekalkan taktikal menyerang kerana percaya dengan menyerang adalah cara terbaik untuk bertahan.


Pemain Tumpuan Portugal : Cristiano Ronaldo
Pemain Tumpuan Ghana : Gyan Asamoah
Ramalan : Portugal 2-1 Ghana

Prebiu Piala Dunia 2014: Ecuador vs France | Honduras vs Switzerland



Prebiu Piala Dunia 2014: Ecuador vs France

Thursday, June 26, 2014  | 4:00 AM


Pasukan Perancis boleh merekodkan 3 kemenangan dalam 3 perlawanan sekiranya mereka menundukkan Ecuador di Rio de Janeiro's Maracana pada pagi Khamis waktu Malaysia. Setakat ini Les Bleus sudah menjaringkan 8 gol dari dua aksi awal dalam Kumpulan E ini. Dan mereka juga mahu mengelak daripada dipertemukan dengan Argentina pada pusingan kedua. Tetapi anak buah Didier Deschamps semakin pasti menjuarai kumpulan E sekiranya kehebatan mereka menyumbat gol di ambil kira.

Dalam pertemuan dengan Ecuador ini, Didier Deschamps mungkin akan merehatkan pemain utamanya dan memberi ruang kepada pemain seperti Loic Remy serta Laurent Koscielny untuk tampil dalam kesebelasan utama buat petama kalinya dalam kejohanan Piala Dunia 2014 ini. Sementara itu, Yohan Cabaye pula akan terlepas perlawanan ini kerana telah mengutip 2 kad kuning sebelum ini.

Jurulatih Ecuador, Reinaldo Rueda dikatakan akan mengekalkan XI yang sama ketika mereka membenam Honduras dalam aksi yang menunjukkan mereka pasukan yang berhak menemani Perancis ke pusingan kalah mati.

Sebagai tambahan fakta silam, kedua pasukan pernah bertemu dalam sebuah perlawanan persahabatan di Grenoble enam tahun yang lalu yang mana ketika itu Perancis menang dua gol hasil jaringan Bafetimbi Gomis.


Pemain Tumpuan Ecuador : Enner valencia
Pemain Tumpuan France : Antoine Griezmann
Ramalan : Ecuador 1-3 France


 
  
Prebiu Piala Dunia 2014: Honduras vs Switzerland

Thursday, June 26, 2014  | 4:00 AM


Switzerland berdepan dalam perlawanan yang amat getir di Manaus apabila mereka dijadualkan bertemu Honduras dalam laga akhir Kumpulan E. Mereka mesti menang sambil mengharapkan Ecuador gagal mengalahkan Perancis untuk mara ke pusingan kedua.

Namun begitu moral anak buah Ottmar Hitzfeld kini berada pada tahap yang rendah selepas kalah besar dengan skor 5-2 kepada Perancis minggu lepas.

Bagi pasukan Honduras yang tewas dua perlawanan awal pula masih ada peluang kecil untuk layak namun ia memerlukan satu keajaiban untuk berlaku.

Di bahagian kecederaan pula hanya pertahan Switzerland, Steve von Bergen yang akan terlepas perlawanan ini kerana kecederaan mata. Manakala tiada kecederaan dari kem pasukan Honduras.

Pemain Tumpuan Honduras : Bengston
Pemain Tumpuan Switzerland : Benaglio
Ramalan : Honduras 0-2 Switzerland

Prebiu Piala Dunia 2014: Bosnia-Herzegovina vs Iran | Argentina vs Nigeria



Prebiu Piala Dunia 2014: Bosnia-Herzegovina vs Iran

Thursday, June 26, 2014  | 12:00 AM


Iran hampir sahaja mencipta sejarah untuk seri dengan pasukan Argentina sebelum Messi muncul dengan satu jaringan cantik menewaskan mereka. Pada perlawanan terakhir ini pasukan Iran berharap agar Messi dapat membantu mereka dengan menewaskan Nigeria. Dengan syarat pada waktu yang sama Iran wajib menumpaskan Bosnia. Seperti biasa Iran juga tetap mengharapkan ehsan pasukan lain untuk layak ke pusingan kedua.

Pasukan Bosnia-Herzegovina pula melalui satu kempen malang pada penampilan pertama mereka di Piala Dunia ini. Semuanya gara-gara ditewaskan oleh Argentina 2-1 dan kemudiannya tewas lagi kepada Nigeria 1-0. Hanya aksi mempertahankan air muka diharapkan oleh jurulatih Safet Susic supaya mereka tidak segan apabila turun mendarat di lapangan terbang Sarajevo.

Iran pernah terlibat dengan perang teluk. Manakala Bosnia turut terheret dengan kancah peperangan dan kezaliman puak Serbia. Jadi aku harap perlawanan ini berjalan dengan sengit dan bukannya seperti aksi testimonial peperangan merujuk kepada kekalutan dua negara ini yang pernah terlibat dengan kancah perang dan politik.


Pemain Tumpuan Bosnia-Herzegovina : Edin Dzeko
Pemain Tumpuan Iran: Ali Reza Haghighi
Ramalan : Bosnia-Herzegovina 0-2 Iran




Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Nigeria

Thursday, June 26, 2014  | 12:00 AM


Pasukan Nigeria berada 3 mata di hadapan Iran yang berada di tempat ketiga. Tetapi pasukan asuhan Stephen Keshi masih boleh tersingkir jika mereka tewas kepada Argentina manakala Iran berjaya mengalahkan Bosnia-Herzegovina.

Walaubagaimanapun pasukan Argentina semestinya masih bernafsu untuk memungut 3 mata sebagai persediaan awal bagi berada dalam kelompok 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2014. Tambah-tambah lagi Messi yang sedang dalam pemburuan menjadi Messiah baru buat Argentina selepas kali terakhir La Albiceleste menjulang Piala Dunia ini pada 1986.

Senarai kecederaan pasukan Nigeria diketuai oleh Victor Moses, Godfrey Oboabona dan Reuben Gabriel yang mungkin tidak akan diturunkan kerana kecederaan. Manakala bagi Argentina pula tiada masalah kecederaan pemain.


Pemain Tumpuan Argentina : Lionel Messi
Pemain Tumpuan Nigeria : Obi Mikel
Ramalan :Argentina 2-0 Nigeria

Prebiu Piala Dunia 2014: Greece vs Côte d'Ivoire | Japan vs Colombia




Prebiu Piala Dunia 2014: Greece vs Côte d'Ivoire

Wednesday, June 25, 2014  | 4:00 AM

Baik Ivory Coast mahupun Greece, kedua-dua pasukan ini tidak pernah layak ke pusingan kalah mati berdasarkan 2 penampilan mereka sebelum ini. Oleh itu mereka sedar hanya 3 mata sahaja yang akan membawa mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik Piala Dunia 2014 seterusnya mencatat rekod baru dalam sejarah bola sepak mereka sendiri.

Ivory Coast setakat ini telah mengumpul tiga mata daripada 2 perlawanan - mengalahkan Jepun pada perlawanan pertama sebelum tewas kepada pasukan yang sudahpun layak, Colombia. Sebenarnya seri sahaja sudah cukup buat Ivory Coast dengan syarat Jepun tidak menewaskan Colombia dengan jaringan lapan belas gol tanpa balas. Nampak mustahil bukan? Jadi Ivory Coast boleh bermain bola secara tenang dan rileeeekss kerana Greece setakat ini mempamerkan aksi kurang meyakinkan sejak bermulanya kempen Piala Dunia 2014 ini.

Tetapi Greece sebenarnya juga masih boleh layak ke pusingan seterusnya sekiranya mereka menewaskan Ivory Coast dengan jumlah gol yang besar. Sambil mengharapkan Colombia pula untuk menewaskan Jepun. Bolehlah kita katakan peluang kedua pasukan masih terbuka untuk layak, tetapi malangnya terpaksa mengharapkan bantuan dan belas ehsan dari pasukan lain. Macam penerima BR1M la pendek kata. Mengharapkan bantuan kerajaan jek kojenyer.

Menjelang perlawanan ini Greece akan turun tanpa kelibat Konstantinos Katsouranis yang dilayangkan kad merah ketika menentang Jepun. Dan tempatnya akan diambil alih oleh pemain tengah berpengalaman iaitu Giorgios Karagounis. Selain itu Kostas Mitroglou pula masih bergelut dengan kecederaan dan masih menunggu keputusan ujian kecergasaan. Manakala Theofanis Gekas akan diletakkan di bahagian serangan untuk bergandingan dengan penyerang berambut ikal dari Celtic, Georgios Samaras.

Ivory Coast pula sekali lagi akan menaruh harapan kepada gandingan trio Gervinho, Max Gradel dan Wilfried Bony di bahagian serangan bagi mendapatkan seberapa banyak gol yang boleh untuk mematikan terus langkah Greece pada perlawanan ini. Di bahagian pertahanan pula tidak akan ada sebarang perubahan cuma Yaya Toure sahaja mungkin akan diletakkan lebih ke bawah dalam posisi tengahnya. Pemain tengah bertahanlah tu namanya....

Oh, sebelum aku terlupa. Salam Takziah kepada keluarga Toure atas pemergian adik kepada Yaya dan Kolo iaitu Ibrahim Toure. Ibrahim Toure yang juga bermain untuk kelab Al-Safa di Lubnan telah meninggal dunia pada 19 June yang lalu. Moga rohnya bersemadi dengan tenang di sana.

Pemain Tumpuan Greece : Giannis Maniatis
Pemain Tumpuan Côte d'Ivoire: Yaya Toure
Ramalan : Greece 0 - 2 Côte d'Ivoire



Prebiu Piala Dunia 2014: Japan vs Colombia  | 4:00 AM

Sama seperti Greece dan Ivory Coast, pasukan Jepun turut mengharapkan tiga mata akan menjadi milik mereka supaya mereka boleh terus beraksi dalam kejohanan Piala Dunia kali ini. Jalan penuh ranjau yang mereka tempah ini berpunca daripada kekalahan mereka pada perlawanan pertama ke atas Ivory Coast sebelum hanya mampu seri dengan pasukan Greece tanpa jaringan pada 19 June yang lalu. Hasilnya mereka berada pada kedudukan ketiga di belakang Ivory Coast dengan mengumpul hanya satu mata sahaja.

Colombia bagaimanapun telah layak ke pusingan kedua selepas dengan steady menewaskan Greece 3-0 dan Ivory Coast dengan skor  2-1. Ini adalah pencapaian terbaik mereka sejak kali terakhir layak ke pusingan 16 pasukan terbaik pada Piala Dunia 1990.

Oleh kerana sudah layak, Colombia mungkin akan memasukkan beberapa pemain baru seperti Jackson Martinez, Carlos Bacca dan Fredy Guarin. Pemain pertahanan berpengalaman Mario Yepes serta Juan Guillermo Cuadrado pula akan direhatkan dalam perlawanan ini.

Buat masa ini tiada kecederaan serius dalam pasukan Jepun dan Shinji Kagawa dijangka akan kembali diturunkan dalam kesebelasan utama bersama-sama pemain tengah veteran Yasuhito Endo. Di bahagian serangan pula Yoshito Okubo dan Yuya Osako keduanya akan turun bergandingan bersama.


Pemain Tumpuan Japan : Keisuke Honda
Pemain Tumpuan Colombia : Jackson Martinez
Ramalan Japan 1 - 3 Colombia

Sunday, June 22, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Italy vs Uruguay | Costa Rica vs England





Prebiu Piala Dunia 2014: Italy vs Uruguay

Wednesday, June 25, 2014 | 12:00 AM

Setahun yang lalu mereka bertemu dalam perlawanan tempat ketiga Piala Konfederasi di Brazil. Pertarungan yang mendebarkan itu berakhir dengan sepakan penalti selepas keduanya terikat dengan kedudukan seri 2-2. Kemenangan akhirnya berpihak kepada Itali. Dan jika laga ini dijadikan paksi rujukan, sudah pasti kita akan disajikan dengan pertarungan yang penuh dengan seni bola sepak sebenar. Bukan seperti bola sepak terkial-kial dari pasukan England.

Secara peribadi amat sukar untuk aku memilih pasukan mana yang akan mengiringi Costa Rica ke pusingan seterusnya. Uruguay mungkin akan mendapati pasukan Itali lebih sukar untuk ditewaskan kerana mereka lebih berkemahiran berbanding England. Ditambah pula Itali memiliki jentera tengah yang mampu menyumbat gol. Aku cuma berharap agar Itali bermain dengan lebih aggresif untuk menyaingi pasukan Uruguay yang terkenal dengan corak permainan yang agak fizikal pada kali ini.

Jadi keputusan seri sudah memadai buat Itali layak ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Pemain Tumpuan Italy: Giorgio Chiellini
Pemain Tumpuan Uruguay  : Luis Suarez
Ramalan : Italy 2 -2 Uruguay




Prebiu Piala Dunia 2014: Costa Rica vs England

Wednesday, June 25, 2014 | 12:00 AM


"Betul ke ayah dah boleh balik besok?"

"Ya...betol wahai anakku"

Begitulah serba sedikit perbualan sayu antara Steven Gerrard dan anak lelakinya sejurus sahaja England tewas kepada Uruguay.

Seperti yang kita tahu England sudah pun tersingkir awal dari kejohanan Piala Dunia 2014. Sesuatu yang aku sudah jangka dari awal lagi. Inilah padahnya apabila Roy Hodgson menggunakan terlalu ramai pemain dari kelab yang tidak memenangi piala. Terutamanya Kapitan mereka Steven Gerrard. Menjulang Piala Liga Perdana Inggeris pun tidak pernah. Bagaimana pulak dia nak membawa England memenangi Piala Dunia? Yang bersalah sebenarya ialah Steven Gerrard dan rakan sepasukannya dari Kelab Bersejarah tersebut. Bukannya Wayne Rooney yang sering sahaja menjadi mangsa kritikan media Inggeris. Kasihan Rooney..

Costa Rica sudah menukar status Kumpulan Maut ini kepada Kumpulan Kubur dengan penuh bergaya. Mula-mula Uruguay mereka tewaskan. Kemudiannya giliran Itali pula menjadi mangsa mereka. Dua Juara Dunia tersebut terkebil-kebil ditewaskan Costa Rica. Dan mereka sudah bersedia untuk mengebumikan England dengan cara yang paling memalukan dalam sejarah Piala Dunia.

Pemain Tumpuan Costa Rica : Bryan Ruiz
Pemain Tumpuan England  : Joe Hart
Ramalan : Costa Rica 3 - 1 England

Prebiu Piala Dunia 2014: Croatia vs Mexico | Cameroon vs Brazil


Prebiu Piala Dunia 2014: Croatia vs Mexico

Tuesday, June 24, 2014 | 4:00 AM


Ramalan sesetengah cerdik pandai bola sepak tentang pertemuan antara Croatia dan Mexico yang akan menjadi tumpuan dalam Kumpulan A ini adalah tepat belaka. Dengan menjangkakan bahawa Brazil akan tampil selaku juara Kumpulan A dengan menundukkan Cameroon dalam satu lagi perlawanan yang berlangsung serentak, Croatia dan Mexico pastinya mempunyai misi besar dalam perlawanan terakhir pada 24 June ini, di Recife.

Secara ringkas, perlawanan ini menemukan dua pasukan yang memiliki potensi dan kekuatan yang berbeza. Croatia akan bermain dengan tekanan yang lebih kerana mereka tahu keputusan seri tidak akan membantu mereka layak ke pusingan seterusnya. Mario Mandzukic, Ivica Olic dan Modric sedar ini adalah peluang terakhir mereka untuk terus mara dalam Piala Dunia 2014 ini.

Berbeza pula dengan Mexico. Keputusan seri akan membolehkan El Tri mengiringi Brazil ke pusingan kedua. Aksi tangkas pejaga gol Mexico Guillermo Ochoa sekali lagi akan menjadi pemisah antara kedua pasukan. Berdasarkan prestasi semasa ketika mereka seri dengan pasukan Brazil, pasukan Mexico rasanya mampu menyerap asakan Craatia dan seterunsnya menang dengan skor 2-1.


Pemain Tumpuan Croatia: Mario Mandzukic
Pemain Tumpuan Mexico : Miguel Layun
Ramalan : Croatia 2-1 Mexico


Prebiu Piala Dunia 2014: Cameroon vs Brazil

Tuesday, June 24, 2014 | 4:00 AM 


Sebenarnya agak mengejutkan apabila kita terpaksa menunggu sehingga perlawanan terakhir bagi melihat pasukan tuan rumah Brazil layak ke pusingan kalah mati.

Brazil telah merekodkan keputusan memberansangkan ketika menewaskan Croatia 3-1 dan kemudiannya seri 0-0 dengan Mexico dalam laga yang penuh dengan kejutan. Hasilnya pasukan didikan Luiz Felipe Scolari akan mengadap Cameroon pada pagi Selasa (waktu Malaysia) ini dalam kedudukan mereka sebagai pendahulu Kumpulan A dengan pungutan 4 mata. Walaubagaimanapun, menang atau seri akan tetap membawa Brazil ke slot 16 pasukan terbaik. Waima kalah sekalipun namun ia masih bergantung kepada keputusan antara aksi Croatia dan Mexico.

Walaupun Brazil dikritik kerana gagal menjaringkan gol pada aksi tempohari, Scolari dipercayai akan menurunkan kesebelasan yang sama untuk menentang Cameroon. Hulk sudah pulih. Tapi dia mungkin hanya akan memanaskan baku simpanan sahaja. Manakala Oscar dan Neymar akan kekal sebagai duo penggempur The Samba.

Sementara itu Cameroon yang sudah tersingkir kini hanya tinggal maruah saja untuk dipertahankan. Isu dalaman dan masalah persefahaman perangai antara pemain menjadi masalah utama sehingga tersingkirnya Cameroon dalam cara yang amat memalukan. Puuuuiiih!!

Pemain pertahanan Tottenham Hotspur Benoit Assou-Ekotto pasti tidak akan diturunkan selepas pertelagahannya dengan rakan sepasukan Benjamin Moukandjo ketika menentang Croatia. Alex Song juga digantung kerana kad merahnya. Jadi akan ada perubahan dalam kesebelasan pemain Cameroon.

Brazil akan menjadikan perlawanan ini sebagai medan ujian untuk mendapat rentak mereka semula sebelum bermulanya pusingan kalah mati. Manakala Cameroon sekali lagi akan gagal menemui jaring gol. Brazil diramal tiada masalah untuk menang 3-0.

Pemain Tumpuan Cameroon : Stephen Mbia
Pemain Tumpuan Brazil : Thiago Silva
Ramalan : Cameroon 0-3 Brazil

Saturday, June 21, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Netherlands vs Chile | Australia vs Spain



Prebiu Piala Dunia 2014: Netherlands vs Chile

Tuesday, June 24, 2014 | 12:00 AM



Berita kejayaan Belanda dan Chile yang layak ke pusingan 16 pasukan sudah terpampang di merata media masa, tidak kira sama ada yang tempatan mahupun antarabangsa. Tak kurang juga ada yang memerli bahawa perlawanan ini akan menjadi hambar dek kerana kedua-dua pasukan sudah pun berada dalam zon yang amat selesa. Jika perlawanan menjadi sengit sekalipun adalah kerana disebabkan kedua pasukan mahu mengelak daripada bertemu Brazil di pusingan seterusnya.

Belanda dan Chile pernah sekali bertemu sebelum ini. Aksi ketika itu berakhir dengan keputusan seri dua sama. Menjelang laga terakhir peringkat kumpulan ini aku dapat merasakan yang Chile akan bermain dengan baik. Tetapi Belanda mungkin akan beraksi lebih baik lagi berbanding Chile. Rekod jaringan pasukan Belanda dengan 8 gol dan hanya bolos 3 gol dalam 2 perlawanan sebelum ini wajar diambil kira.

Pemain Tumpuan Netherlands : Arjen Robben
Pemain Tumpuan Chile : Eduardo Vargas
Ramalan : Netherlands 3-2 Chile



Prebiu Piala Dunia 2014: Australia vs Spain 

Tuesday, June 24, 2014 | 12:00 AM


Cerdik pandai ada berkata, kali ini pasukan Australia adalah paling muda purata umur mereka mengikut sejarah penglibatan Socceross dalam Piala Dunia. Majoriti pemain yang dibawa semuanya kurang pengalaman dan lebih kepada sebagai pasukan persediaan bagi Piala Asia 2015 yang mana mereka sendiri akan menjadi tuan rumah. Jurulatih Ausrtalia, Angelos Postecoglou pula diberi kontrak 5 tahun untuk membina semula pasukan Australia dengan menghimpunkan semua bakat-bakat baru di A League dan juga liga luar negara.

Sebab itulah aku berulang kali cakap, pasukan ini terlalu bergantung harap kepada Tim Cahill. Pendek kata tiada kesinambungan antara generasi Viduka, Kewell, Neill, Schwarzer, Bresciano dengan generasi sekarang yang terdiri daripada Maty Ryan, Jason Davidson dan Mathew Leckie. Lohong yang besar dari segi jarak umur memaksa si veteran Cahill seakan-akan berseorangan menyumbat gol untuk pasukan Australia. Namun ketiadaan Cahill dalam aksi terakhir menentang Sepanyol kelak seperti sebuah siren awal buat barisan muda pemain Australia bahawa mereka juga sudah bersedia menggegar dunia dan mungkin akan menakluk Asia dalam masa 4 tahun akan datang.

Apa? Tiada ulasan untuk pasukan Sepanyol? Kita jumpa lagik 2 tahun di Piala Eropah 2016 Perancis. Bukankah Sepanyol pasukan POWER yang sentiasa 10 langkah di hadapan pasukan lain. Engkorang apa tahu? Sepak bola pun tonjol. Heh!

Pemain Tumpuan Australia : Mathew Leckie
Pemain Tumpuan Spain: Juan Mata
Ramalan : Australia 1 - 5 Spain

Friday, June 20, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: USA vs. Portugal  


Prebiu Piala Dunia 2014: USA vs. Portugal  

Monday, June 23, 2014 | 6:00 AM 

Bagi pasukan Uncle Sam, Kumpulan Maut sudah menjadi Kumpulan Rahmat buat mereka. Ini kerana selepas sahaja mereka menewaskan Ghana dan juga melihat aksi longlai Protugal diratah Jerman, Amerika Syarikat kini merasakan mereka sebagai pilihan utama untuk mengecewakan pasukan asuhan Paulo Bento. 

Namun pasukan Amerika Sayrikat berdepan beberapa masalah kecederaan ketika ini. Jozy Altidore disahkan akan terlepas aksi menentang Portugal tetapi mungkin boleh diturunkan pada perlawanan terakhir bertemu Jerman. Rekod 22 golnya dalam 70 penampilan bersama Amerika Syarikat membuktikan kudratnya amat ditagih bagi membantu Uncle Sam mara ke pusingan kedua. 

Begitu juga dengan Clint Dempsey yang patah hidung. Namun dia boleh diturunkan dengan syarat memakai topeng perlindungan. Selepas mencipta rekod sebagai penjaring gol kelima terpantas dalam sejarah Piala Dunia, kehadiran serta pengaruh beliau diatas padang penting bagi merealisasikan misi Amerika menewaskan Portugal yang serba tidak menjadi setakat ini. 

Malang pula seakan-akan sayang dan cintakan pada pasukan Portugal. Selepas Pepe dikenakan kad merah dan digantung perlawanan, Fabio Coentrao pula sah tidak boleh beraksi sehingga Piala Dunia tamat. Hendak dijadikan cerita ini lagi pilu, kondisi kecederaan Cristiano Ronaldo masih lagi misteri dan juga ada kemungkinan tidak turun beraksi menentang Amerika Syarikat. Jadi apa yang tinggal untuk Portugal sebenarnya? Telur? 

Buat masa ini keyakinan amat menyerlah di Kem Uncle Sam. Sukar untuk Portugal bangkit terutamanya selepas dimalukan dengan kekalahan 4 gol tanpa balas. Selamat pulang buat Portugal dan Cristiano Ronaldo. 

Pemain Tumpuan USA : Clint Demsey
Pemain Tumpuan Portugal : Raul Meireless
Ramalan : USA 3 - 2 Portugal  

Prebiu Piala Dunia 2014: South Korea vs Algeria  

Prebiu Piala Dunia 2014: South Korea vs Algeria  

Monday, June 23, 2014 | 3:00 AM

Sudah terang lagi bersuluh, pasukan Korea Selatan sangat hebat. Mereka menyusahkan hidup pasukan Russia pada perlawanan yang lepas walaupun skuad bimbingan Fabio Capello tersebut pada awalnya adalah pilihan utama untuk menang. Jadi keputusan seri  yang mereka lakarkan adalah cukup baik sebenarnya.

Jurulatih Korea Selatan, Hong Myung-Bo mengakui yang pemainya telah memberikan aksi cemerlang dari segi fizikal dan taktikal ketika menentang Russia. Beliau amat yakin yang pasukannya akan bertambah baik lagi menjelang aksi kedua menentang Algeria nanti. Hanya 3 mata sahaja yang akan membawa Korea Selatan mara ke pusingan 16 pasukan terbaik. Itu sasaran utama Taeguk Warriors.

Tidak banyak yang boleh kita perkatakan tentang pasukan Algeria. Mereka sememangnya pasukan yang mempunyai semangat juang yang tinggi. Tetapi semangat sahaja tanpa skil dan kemahiran bola sepak juga tidak ada gunanya. Cuma kita boleh lihat bagaimana pasukan ini bergerak dalam satu unit sehingga pada suatu ketika berjaya mendahului pasukan pilihan dalam Kumpulan H ini iaitu Belgium. Sudah tentu pasukan Korea Selatan wajar berhati-hati dengan kemampuan pasukan Algeria.

Rumusannya aku berpendapat yang pasukan Korea Selatan akan membawa perlawanan ini ke satu tahap yang lebih tinggi sehingga mereka berjaya menewaskan Algeria dengan 2 gol tanpa balas.

Pemain Tumpuan South Korea : Kim Bo-Kyung
Pemain Tumpuan Algeria : Sofiane Feghouli
Ramalan: South Korea 2 - 0 Algeria  

Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs Russia  

Prebiu Piala Dunia 2014: Belgium vs Russia  

Monday, June 23, 2014 | 12:00 AM

Belgium boleh menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terbaik sekiranya mereka menewaskan Russia pada aksi pagi Isnin ini (waktu Malaysia). Walaupun begitu, ketika menentang Algeria, mereka terpaksa menunggu sehingga baki perlawanan hanya tinggal 20 minit sahaja untuk menewaskan negara dari Benua Afrika tersebut. Dan kekurangan ini perlu diambil kira apabila kita bercakap tentang pasukan Russia yang akan mereka tentang yang juga secara statistiknya lebih baik daripada Algeria. Oleh itu mereka perlu menggandakan usaha sekiranya ingin mengatasi skuad bimbingan Fabio Capello itu dan jurulatih Belgium Marc Wilmots perlu menaikkan lagi semangat pemainnya agar berjaya melepasi halangan pasukan Russia.

Russia pula menganggap perlawanan ini cukup penting. Tiga mata menjadi buruan mereka. Ini amat perlu untuk menempatkan diri mereka dengan lebih selesa dalam Kumpulan H. Sasaran Belgium adalah menjuarai Kumpulan H bagi mengelak daripada bertembung dengan pasukan Jerman di pusingan yang kedua.

Belgium dan Russia  pernah bertemu sebanyak 8 kali. Belgium menang 3 kali, Russia pula 4 kali dan seri satu perlawanan. Sejumlah 22 gol direkodkan dengan Russia menyumbat 12 gol, manakala Belgium pula menjaringkan 10 gol sesama mereka.

Aksi kedua pasukan dijangka sengit dan kompetitif dengan mereka masing-masing berpeluang untuk menduduki tangga teratas dalam Kumpulan H ini. Namun begitu, selepas ditenung secara mendalam, Belgium akan menewaskan Russia dengan skor tipis 2-1

Pemain Tumpuan Belgium : Romelu Lukaku,
Pemain Tumpuan Russia  : Alexander Kerzhakov
Ramalan : Belgium 2 - 1 Russia  

Prebiu Piala Dunia 2014: Nigeria vs Bosnia-Herzegovina


Prebiu Piala Dunia 2014: Nigeria vs Bosnia-Herzegovina

Sunday, June 22, 2014 | 6:00 AM 

Jurulatih Nigeria,  Stephen Keshi berhadapan masalah dalam pemilihan pemain menjelang pertemuan dengan Bosnia. Berita kecederaan pertahanan mereka, Godfrey Oboabona dan Elderson Echiejile yang akan terlepas baki Piala Dunia menambah kepeningan kepala Stephen Keshi. Selain itu, Kenneth Omeruo, Ahmed Musa dan Reuben Gabriel juga akan turut terlepas aksi penting ini.

Seperti yang kita lihat dalam perlawanan yang lepas, pasukan Nigeria gagal menenembusi gawang skuad Iran walaupun mereka menguasai hampir 70% penguasaan bola. Selesai sahaja perlawanan tersebut, Stephen Keshi pantas berpesan kepada anak buahnya.. 

"Kome jangan ghisau pasal kite seri game ni. Lawan Bosnia nanti moh kite gasak deme." 

Adakah Nigeria akan mampu melepasi pertahanan Bosnia yang terbukti berjaya mengekang asakan Messi dan rakan-rakan? 

Corak permainan positif dari pasukan Bosnia ketika debut mereka menentang Argentina mendapat kredit daripada Safet Susic yang tidak henti-henti memuji anak buahnya sehingga matahari terbenam. Meskipun tewas, seluruh skuad wajar diberi pujian. Terutamanya pemain simpanan mereka Vedad Ibisevic yang masuk pada minit ke-69 dan menjaringkan gol. Nampaknya beliau memberi isyarat bahawa dia berhak berada dalam kesebelasan utama pasukan Bosnia. 

Walaupun ini adalah penampilan sulung Piala Dunia buat Bosnia. Aku secara peribadi merasakan Nigeria akan mengalami kesukaran untuk menembusi gawang pasukan Bosnia yang jelas begitu sistematik dalam bertahan. Oleh itu, Bosnia-Herzegovina akan menang dengan skor 2-0. 

Pemain Tumpuan Bosnia-Herzegovina : Asmir Begovic
Pemain Tumpuan Nigeria: Obi Mikel
Ramalan Nigeria 0 - 2 Bosnia-Herzegovina

Prebiu Piala Dunia 2014: Germany vs Ghana  


Prebiu Piala Dunia 2014: Germany vs Ghana  

Sunday, June 22, 2014 | 3:00 AM 

Kejayaan Thomas Muller menjaringkan hatrik ketika membenam Portugal membuktikan sebuah produk yang keluar dari Jerman atau dengan lebih tepat kita boleh katakan Produk Bayern Munich - sentiasa menekankan aspek seperti ketepatan, kejituan dan kesempurnaan dalam permainan bola sepak mereka. Jadi hasilnya kita dapat lihat apabila Portugal dengan kehadiran Ronaldo yang tidak seberapa itu dengan mudah sahaja mereka ayam-ayamkan. Ini sahaja ke tahap aksi pemain terbaik dunia yang ada makwe Irina Shayk tu? Baik bagi ke Suarez jelaaaa makwe tu... 

Jerman akan layak ke pusingan 16 pasukan terbaik sekiranya mereka mewaskan Ghana di Foraleza. Juara Dunia sebanyak 3 kali ini terbukti lawan yang amat kuat untuk Ghana kerana mereka secara bersahaja menyumbat 4 gol tanpa balas ke atas Portugal. Setakat ini Jerman kelihatan seperti sebuah pasukan yang amat lengkap. Kemampuan mereka menjaringkan gol menentang siapa juga lawan mereka merupakan aset kekuatan utama Die Mannschaft. Dengan kepakaran taktikal Joachim Low serta keghairahan semangat anak buahnya untuk menjulang Piala Dunia ke-4 mereka, bertemu Ghana merupakan santapan yang sedang terhidang menanti untuk dimentekedarah!!! 

Ini adalah Piala Dunia yang ketika buat Ghana dan mereka tidak pernah gagal untuk layak ke pusingan kalah mati sebelum ini. Sebab itulah jurulatih mereka Kwesi Appiah perlu mengelakkan kekalahan yang seterusnya jika ingin terus mara dalam kempen Piala Dunia kali ini.

The Black Stars sebenarnya telah menyajikan aksi penuh bersemangat ketika menentanang Amerika Syarikat. Namun malangnya mereka tewas dengan jaringan lewat masa dari John Brook. Berdasarkan persembahan semasa, Kwesi Appiah mungkin akan mengekalkan senarai kesebelasan yang sama apabila Ghana bertemu Jerman. Walaubagaimanapun, beliau boleh mempertimbangkan untuk memasukkan pemain tengah veteran Michael Essien yang mana hanya membuat penampilan sebagai pemain gantian tempohari.

Ghana dan Jerman pernah bertemu dua kali sebelum ini. Jerman berjaya menjaringkan tujuh gol dan hanya bolos satu sahaja dalam kedua-dua laga yang menyaksikan Ghana tewas tidak melawan. Ini bermakna Ghana pastinya akan terkejut tak tipu punya dengan kehebatan Jerman dan skuad  Die Mannschaft sekali lagi dipercayai akan membubuh 4 gol tanpa balas. Engko nengoklah. 

Pemain Tumpuan Germany : Thomas Muller
Pemain Tumpuan Ghana : André Ayew
Ramalan: Germany 4 - 0 Ghana  

Thursday, June 19, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Iran

Prebiu Piala Dunia 2014: Argentina vs Iran  

Sunday, June 22, 2014 | 12:00 AM

Mengikut statistik, kedua pasukan ini pernah bertemu sekali dan perlawanan tersebut berakhir dengan keputusan seri 1-1. Pada pagi Ahad nanti kita akan lihat Argentina dan Iran beraksi untuk meletakkan diri masing-masing dalam zon yang selesa bagi kempen Piala Dunia 2014 ini.

Sukar untuk menafikan peluang Argentina mara ke pusingan seterusnya meskipun mereka mempamerkan aksi goyang ketika menewaskan Bosnia. Walaupun menang, Alejandro Sabella menegaskan yang pasukannya perlu bermain dengan lebih bersungguh-sungguh lagi dan dia mahukan lebih dari apa yang pemainnya berikan sekarang.

Gandingan antara Messi dan Higuain sekali lagi akan ditagih buat Argentina melakar kemenangan dan seterusnya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik. Sudah masanya Argentina bermain sebagai sebuah pasukan dan cuba menguurangkan permainan individu kerana ia akan memudahkan pasukan lawan membaca gerakan yang mereka cipta.

Sementara itu, keputusan seri yang dicatatkan oleh Iran ketika menentang Nigeria tempohari adalah satu petanda jelas bahawa Iran kini dalam pemburuan untuk menyelamatkan maruah Asia yang tidak dapat dilakukan oleh pasukan seperti Australia yang tersingkir awal selepas kalah kepada Chile dan Belanda. Walaupun Iran mampu seri dengan pasukan Nigeria, tetapi secara matematik, geografi, sejarah, atau pun biologi memang anak buah Carlos Queiroz ini dilihat tidak mampu menyaingi kehebatan pasukan Argentina.

Taktik bertahan pasukan Iran mungkin tidak akan memberi masalah kepada Argentina yang mana kita tahu sedang mencari-cari rentak terbaik mereka. Setelah dikira-kira, aku rasa Messi akan menjaringkan gol lagi. Bukan sahaja satu, mungkin lebih dari itu. Argentina menang 3-0.

Pemain Tumpuan Argentina : Lionel Messi  
Pemain Tumpuan  Iran : Reza Ghoochannejhad
Ramalan : Argentina 3 - 0 Iran

Wednesday, June 18, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Honduras v Ecuador

Prebiu Piala Dunia 2014: Honduras v Ecuador

Saturday, June 21, 2014 | 6:00 AM

Berdasarkan rekod silam, kedua pasukan telah bertemu sebanyak 13 kali. 8 kali daripadanya berakhir dengan keputusan seri. Manakala Honduras menang 2 perlawanan dan Ecuador merekodkan 3 kemenangan. Sebanyak 14 gol telah dijaringkan oleh Ecuador dan Honduras menjaringkan 13 gol. Apa yang boleh kita simpulkan di sini ialah kekuatan kedua pasukan ini kelihatan sama rata sahaja.

Pasukan Honduras bernasib malang apabila diundi bertemu Perancis dalam perlawanan pertama mereka. Lebih malang lagi apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas Wilson Palacios dilayangkan kad merah. Walaupun mereka dikritik kerana corak permainan yang ganas, tetapi itu adalah gaya yang tidak mungkin akan diubah oleh jurulatih mereka, Luis Suarez. Tetapi mereka sepatutnya perlu memperbaiki corak permainan kerana akan berhadapan tugas getir menentang Ecuador yang tidak kurang juga hebatnya.

Kemampuan Ecuador terbukti ketika mereka hanya ditewaskan oleh Switzerland dalam masa kecederaan. Apa yang perlu dilakukan oleh anak buah Reinaldo Rueda ialah mempertingkatkan skil dan bermain lebih tersusun serta tidak cuai pada minit-minit akhir perlawanan. Jika perkara ini berjaya diatasi, tidak mustahil Ecuador akan mengutip 3 mata apabila menenatang Honduras.

Sejarah pertemuan kedua pasukan menyukarkan untuk kita menentukan siapa yang akan muncul pemenang pada perlawanan yang dijangka akan menjadi sangat sengit dan kompetitif ini. Dengan perangai Honduras yang bermain bola ala-ala kombat, sudah pasti banyak kerambit, buloh runcing dan penyabit yang akan terbang melayang. Walaupun begitu, setelah dianalisis secara cermat, aku yakin Ecuador akhirnya akan muncul pemenang dengan skor 2-1.

Pemain Tumpuan Honduras : Jerry Bengtson
Pemain Tumpuan Ecuador : Enner Valencia
Ramalan Honduras 1 -2 Ecuador

Prebiu Piala Dunia 2014: Switzerland vs France

Prebiu Piala Dunia 2014: Switzerland vs France

Saturday, June 21, 2014  | 3:00 AM

Pertembungan kedua pasukan ini dijangka akan berlangsung sengit kerana 3 mata akan memberikan mereka kedudukan yang amat selesa di dalam kumpulan E. Ini juga bagi mengelakkan daripada bertemu dengan Argentina pada pusingan kedua nanti.

Les Blues melalui kempen Piala Dunia kali ini dengan lebih ceria dan tenang di bawah tunjuk ajar Didier Deschamps dan mereka sedang bersedia untuk melupakan kempen memalukan pada Piala Dunia Afrika Selatan 2010 yang mana ketika itu kelam kabut dengan perangai pelik Raymond Domenech

Ramai yang tidak tahu bahawa Perancis memulakan aksi bertemi Honduras tempohari ketika rangking FIFA mereka berada di tangga ke -17 dunia. Tiada siapa yang menyangka Perancis akan mempamerkan aksi penuh bertenaga dan berjaya membungkam Honduras sebanyak 3 kali. Dan sebenarnya mereka berhak menjarinkan lebih dari 3 gol.

Sekali lagi fokus akan tertumpu kepada Karim Benzema. Penyerang Real Madrid yang berusa 26 tahun ini berjaya menepati ramalan awal untuk menyerlah pada kempen Piala Dunia 2014. Benzema menjaringkan 2 gol dan menjadi penyebab kepada jaringan gol sendiri oleh penjaga gol Honduras, Noel Valladares. Tidak lupa juga kepada Paul Pogba yang berjaya membalas kepercayaan seluruh umat Perancis dengan aksi penuh bertenaga di bahagian tengah Les Blues. Jika diteliti secara mendalam, pasukan Perancis sekarang ini mampu menewaskan mana-mana pasukan elit dalam kejohanan ini.

Sebagai seorang pengkaji bola sepak yang tidak bertauliah, aku tidak menganggap pasukan Switzerland ini mudah untuk ditewaskan oleh Perancis. Semangat juang anak buah Ottmar Hitzfeld memang lain macam dia punya pegi. Mereka menewaskan Ecuador pada minit ke- 93 selepas menunjukkan satu persembahan bola sepak yang penuh kualiti. Pemain simpanan Switzerland juga bertindak cemerlang dengan Admir Mehmedi menjaringkan gol dua minit selepas dia masuk pada separuh masa kedua. Manakala seorang lagi pemain simpanan Haris Seferovic menyumbat gol 30 saat sebelum tamat perlawanan.

Kedua pasukan ini sebenarnya sudah banyak kali bertembung sesama mereka dengan rekod sebanyak 36 pertemuan. Switzerland menang 12, Perancis 15 manakala 9 lagi keputusan berakhir dengan seri. Secara keseluruhan 120 gol telah mereka jaringkan bersama. Perancis menyumbat 62 gol daripadanya dan Switzerland pula 58 gol.

Apa yang aku boleh rumuskan ialah pasukan Perancis dijangka akan menang dengan skor 3-1 selepas kedua pasukan bertarung sengit sesama mereka. Heh!!

Pemain Tumpuan Switzerland : Valon Behrami
Pemain Tumpuan France : Karim Benzema
Ramalan: Switzerland 1-3 France

Prebiu Piala Dunia 2014:  Italy vs  Costa Rica

Prebiu Piala Dunia 2014:  Italy vs  Costa Rica

Saturday, June 21, 2014  | 12:00 AM

Cakap-cakap mengatakan Andrea Pirlo akan menjadi nadi pasukan Itali sebelum bermulanya Piala Dunia 2014 ini adalah benar belaka. Pirlo membuatkan pasukan England bermain seperti pasukan Harimau Malaya. Hilang punca dan terkesima dengan ketenangan milik pemain tengah Itali yang berjambang tersebut.

Begitu juga dengan Balotelli. Dahulu beliau lebih terkenal dengan cerita luar padangnya yang tidak masuk akal. Tetapi kini dia seolah-olah sudah berubah menjadi individu yang baru dan nyata lebih fokus apabila berada di atas padang. Aku masih ingat lagi dahulu Balotelli pernah berkata secara angkuh....

"Hanya ada seorang pemain lebih sedikit kuat daripada saya. Dan pemain itu ialah Messi, pemain lain semuanya dibawah saya. Heh!!!”

Jadi, berdasarkan persembahan semasa, Itali sudah tentu akan menyandarkan harapan kepada Andrea Pirlo dan Balotelli untuk menewaskan pasukan Costa Rica yang telah berjaya mengejutkan pasukan Uruguay. Daniele De Rossi juga ada berpesan di twitter beliau...

"Tim teman tak ndak jadi macam Uruguay. Lauk. Tim teman mesti mau menang lawan Costa Rica. Korang nengokleeee..."

Di samping itu, kejayaan Costa Rica tempohari telah membuktikan bahawa bola sepak bukannya dimainkan di atas sehelasi kertas. Tertewasnya Uruguay kepada Costa Rica menjadikan ia sebagai satu kejutan utama dalam kempen Piala Dunia kali ini. Kumpulan Maut ini sudah menjadi Kumpulan Kubur. Dan Itali wajar berhati-hati dengan kehadiran pemain seperti Joel Campbell, Óscar Duarte dan Marco Ureña.

"Now we have Italy to face. Expect the unexpected." kata Joel Campbell ketika melawat sebuah rumah anak yatim di Brazil tempohari.
 
Stastistik menunjukkan kedua pasukan pernah bertemu sekali sebelum ini. Ketika itu keputusan berpihak kepada pasukan Itali. Sudah tentu perlawanan ini akan menjadi lebih menarik apabila Itali dan Costa Rica sudah mengetahui kejayaan memungut 3 mata akan membawa mereka ke pusingan 16 pasukan terbaik.

Pemain Tumpuan Italy : Andrea Pirlo
Pemain Tumpuan Costa Rica : Joel Campbell
Ramalan : Italy 3 - 1 Costa Rica

Prebiu Piala Dunia 2014: Japan vs Greece

Prebiu Piala Dunia 2014: Japan vs Greece

Friday, June 20, 2014  | 6:00 AM

Berdasarkan kajian aku, Jepun dan Greece pernah bertemu hanya sekali sebelum ini yang mana kemenangan berpihak kepada The Blue Samurai dengan skor 1-0. Jika aku silap, sila betolkan.

Perlawanan ke-23 dalam kalendar Piala Dunia 2014 ini akan menemukan dua pasukan yang sedang memburu slot ke pusingan kedua selepas mereka tewas dalam aksi pertama tempohari. Sudah pasti ia akan menjadi pertarungan yang amat sengit.

Jepun yang tewas kepada Ivory Coast pada perlawanan pembukaan masih lagi belum menyerah kalah. Walaupun tewas, Jepun telah berjaya mendahului Ivory Coast seawal minit ke-16 melalui jaringan gol pemain AC Milan, Keisuke Honda. Segalanya kelihatan amat sempurna sehinggalah kemasukkan Didier Drogba yang membawa episod duka kepada The Blue Samurai. Pada aksi tersebut kita dapat lihat pasukan Jepun ini mampu bermain bola sepak secara pantas dan menyerang dengan bersungguh-sungguh, namun mereka kurang tajam apabila berada di hadapan gol.

Nasib Greece agak serupa dengan Jepun, tewas pada perlawanan pertama. Tetapi mereka mempamerkan aksi longlai ketika dilaukkan oleh Colombia 3-0. Jelas pasukan Amerika Selatan itu terlalu sukar untuk dikawal oleh Greece.Walaupun mereka berjaya mencipta beberapa peluang, namun penyudahnya amat mengecewakan. Apa yang jelas jurulatih Greece, Fernando Santos dan pasukannya gagal mengubah peluang yang tercipta kepada gol. Penyakit inilah yang perlu mereka elak menjelang pertemuan dengan pasukan Jepun. Pemain serangan Greece yang terdiri daripada Salpingidis, Mitroglou, Samaras dan Gekas wajib menjaringkan gol jika mahu pasukan mereka layak ke pusingan seterusnya.


Walau bagaimanapun, jika aksi pertama diambil kira, amat jelas sekali kegembiraan akan subur mekar ke Benua Asia.

Pemain Tumpuan Japan : Keisuke Honda
Pemain Tumpuan Greece : Panagiotis Kone
Ramalan : Japan 2 - 0 Greece

Tuesday, June 17, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Colombia vs Côte d'Ivoire

Prebiu Piala Dunia 2014: Colombia vs Côte d'Ivoire

Friday, June 20, 2014  | 12:00 AM

Colombia bermain dengan baik pada perlawanan pertama menentang Greece. Ia sebenarnya mengatasi jangkauan ramai kerana ketiadaan Falcao dalam skuad mereka. Tetapi tanpa kehadiran Falcao sebenarnya ia telah membuka ruang kepada pemain lain untuk menyerlah iairtu James Rodriguez. Rodriguez menjadi bintang utama Colombia ketika pasukan tersebut membenam Juara Eropah 2004, Greece 3-0.

Kelincahan serta keupayaan pemain sayap Monaco berusia 22 tahun itu mencipta gerakan bahaya ke gawang lawan menyebabkan El Tricolor langsung tidak merasai ketiadaan peledak berbisa mereka, Radamel Falcao. Rodriguez yang kini menjadi burun Manchester United itu dijangka sekali lagi akan menjadi catur penting buat pasukan Colombia menewaskan Ivory Coast.

Ivory Coast pula dikatakan hanya bernasib baik untuk menewaskan pasukan Jepun. Terima kasih diucapkan kepada aura Drogba yang membantu pasukan tersebut bangkit dalam tempoh 90 saat untuk menjaringkan 2 gol.

Pada mulanya Ivory Coast kelihatan sedikit hilang arah sebelum kemasukan Drogba yang merubah keputusan perlawanan tersebut tidak sampai dalam tempoh dua minit. Mungkin jurulatih Ivory Coast, Sabri Lamouchi perlu mempertimbangkan untuk memasukkan Drogba dalam kesebelasan utama bagi menentang Colombia ini.

Berdasarkan statistik, Colombia tidak pernah bertemu dengan Ivory Coast sebelum ini. Mereka dijangka akan mendapat tentangan daripada pasukan Afrika tersebut. Namun pada akhirnya Colombia akan muncul pemenang dan layak ke pusingan kedua.

Pemain Tumpuan Colombia : James Rodriguez
Pemain Tumpuan Côte d'Ivoire : Wilfried Bony
Ramalan : Colombia 2 - 0 Côte d'Ivoire

Prebiu Piala Dunia 2014: Uruguay vs England

Prebiu Piala Dunia 2014: Uruguay vs England

Friday, June 20, 2014  | 3:00 AM

Uruguay dan England akan bertarung di Arena Corinthians pada pagi Jumaat (waktu Malaysia) dalam misi meneruskan survival mereka pada Piala Dunia kali ini. Masing-masing berharap untuk kembali pulih daripada kekalahan di perlawanan pembukaan kumpulan D dengan menyajikan aksi cemerlang untuk memburu mata pertama mereka.

Bagi pasukan England, mereka memegang falsafah 'Semua benda buruk harus berakhir juga' dan mereka jelas kelihatan masih bersemangat walapun selepas tewas 2-1 kepada Itali. Perlawanan yang mana menyaksikan seluruh kem England termasuk jurulatih Roy Hodgson terpinga-pinga melihat kehebatan Kapitan Pirlo membuli mereka. Kekecewaan ini bagaimanapun berjaya diubati dengan penerimaan berita bahawa Alex Oxlade-Chamberlain dikatakan boleh beraksi selepas pulih daripada kecederaan. Ini bermakna England boleh mempelbagaikan corak permainan dengan adanya kesemua ahli skuad The Three Lions.

Manakala bagi Uruguay pula kembalinya Luiz Suarez yang sudah cergas menyediakan pilihan di bahagian serangan untuk pasukan yang digelar The Sky Blue ini. Jadi bebanan serangan tidak akan hanya terletak pada bahu Edinson Cavani.

Pada perlawanan yang pertama Uruguay tewas kepada Costa Rica yang ternyata lebih berbisa dengan kehadiran Joel Campbell dan rakan-rakan. Jaringan gol daripada Campbell  telah memberikan pasukan The Sky Blue ini kekalahan pertama mereka dalam aksi pembukaan.

Antara Uruguay dan England - kita akan lihat salah satu daripada dua pasukan bekas Juara Dunia ini akan tersingkir awal dari kejohanan Piala Dunia 2014.

Pemain Tumpuan Uruguay : Luiz Suarez
Pemain Tumpuan England : Raheem Sterling
Ramalan : Uruguay 1 -2 England

Prebiu Piala Dunia 2014: Australia  vs Netherlands

Prebiu Piala Dunia 2014: Australia  vs Netherlands

Thursday, June 19, 2014 | 12:00 AM

Ada kemungkinan Australia akan pulang awal. Atau dalam bahasa yang lebih kasar kita panggil bungkusleeeee.... Ini membuktikan kualiti bola sepak rantau Asia masih lagi jauh sekiranya perkara ini berlaku. Sesuatu perlu dilakukan dengan kadar segera.

The Socceroos dilihat telalu merendah diri ketika bertemu dengan Chile tempohari. Dan mereka perlu membuang sifat ini jauh-jauh apabila melayani barisan pemain bintang dari pasukan Belanda yang dikatakan menggunakan pawang ketika menewaskan Sepanyol 5-1.

Socceroos secara terang-terangan akan sekali lagi bergantung nasib kepada ketua pasukan berpengalaman mereka yang menjaringkan gol ketika bertemu Chile tempohari - Tim Cahill. Walaupun kehadiran Tim Cahill mampu menaikkan semangat juang rakan sepasukannya, tetapi ia masih tidak mampu menyaingi kehebatan Oranje yang teryata terlalu ghairah untuk menyumbat gol. Lebih-lebih lagi apabila kita menyebut nama Arjen Robben. Kemahiran individu serta kepantasan beliau akan menjadi mimpi ngeri buat pasukan Australia terutamanya apabila pasukan Belanda menyerang dari bahagian sayap. Selain dari mencipta peluang gol buat rakan yang lain, Robben juga berkemampuan menjaringkan gol secara solo. Inilah kelebihan yang dimiliki oleh pemain Bayern Munich tersebut.

Kesimpulannya, tiada apa masalah utama dalam pasukan Belanda buat masa ini. Sudah sampai masanya untuk pasukan Belanda membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah calon utama yang akan menjulang Piala Dunia di bumi Latin buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak dunia.

Pemain Tumpuan Australia : Tim Cahill
Pemain Tumpuan Netherlands  : Arjen Robben
Ramalan : Australia 0 - 4 Netherlands

Monday, June 16, 2014

Prebiu Piala Dunia 2014: Spain vs Chile

Prebiu Piala Dunia 2014: Spain vs Chile

Thursday, June 19, 2014 | 3.00 AM

"Engkorang jangan risau. Tim kami akan bangkit dan aku nak habaq kang hangpa, tim kali ni lebih baik dari tim 4 tahun yang lepas."

Aku terduduk sambil mengurut dada selepas aku membaca twit daripada Fernando Torres tersebut. Celah mana yang dia kata bagus selepas kalah 5-1 dengan Belanda itu hari pun aku tak tau. Ada cakap-cakap juga yang mengatakan pemain Sepanyol telah dipawang. Sebuah surat khabar dari Indonesia memetik Diego Costa sebagai berkata...

"Kalau engkorang nak tau..kami macam kena pawang dalam filem Kolej 56. Alaaaaah...filem yang Ahmad Fauzi jadik hero tuuuu...yang ade Zainal Abidin Hassan berlakon tuuuu..."

Aku menjadi semakin runsing. Tapi bagi aku, bahagian tengah pasukan Sepanyol mesti dirombak. Del Bosque wajar memberi peluang kepada Koke, Mata dan Fabregas. Manakala Casillas yang ternyata tidak bermain baik sepanjang musim ini bersama Real Madrid perlu diganti. Sekurang-kurangnya dia boleh diganti dengan penjaga gol bola sepak pantai yang terkenal suatu masa dahulu. Siapa lagi kalau bukan Encik Pepe Reina (dia ni pun geng Ye Tak Ye jugak aku rasa).

Kenapa Xavi dan Iniesta wajib diganti?

Yang pertama ketiadaan Xavi akan memberi peluang buat Jorge 'Koke' Resurrección, seorang pemain tengah yang masih muda dan bermain lebih pantas serta lebih menyerang. Satu perkara yang sangat diperlukan bila Sepanyol melakukan ofensif mereka kerana ini memberi kelebihan dari segi kuantiti. Koke juga merupakan penyumbang hantaran kepada Diego Costa dalam pasukan Atletico Madrid musim ini.

Yang kedua, ketiadaan Iniesta bermakna Cesc Fabregas tidak lagi perlu bermain di bawah kelibat Iniesta. Sekaligus memberikan peluang kepada Fabregas untuk menentukan tempo dan corak permainan skuad Sepanyol.

Ketiga, tanpa kelibat Xavi dan Iniesta seluruh skuad Sepanyol akan mendapat faedahnya. Seperti kita tahu lawan kali ini adalah Chile yang mana mereka lebih pantas berbanding Belanda. Skuad Chile dengan kehadiran Alexis Sanchez dan Arturo Vidal merupakan antara skuad bola sepak muda yang berbakat pernah diketengahkan oleh Chile dan sudah pasti corak permainan mereka lebih pantas. Xavi dan Iniesta yang kita lihat tempohari ketika bertemu Belanda lebih menggemari permainan yang sedikit perlahan dan ini boleh menjerat Sepanyol ke kancah bahaya. Oleh itu, amat penting sekiranya Koke, Fabregas dan Mata di bawa masuk ke dalam skuad Sepanyol untuk menentang Chile nanti. Heh!

Pemain Tumpuan Spain : Diego Costa
Pemain Tumpuan Chile : Arturo Vidal
Ramalan : Spain 1 - 0 Chile