Aku tak pasti apakah hidayah yang turun di atas umbun-umbun kepala aku bila secara tiba-tiba nak bercerita pasal bola sepak Malaysia. Ataupun dengan lebih tepat lagi Harimau Malaya. Aku dah semakin bosan sebenarnya dengan karenah dan perangai FAM ni. Bosannya aku sampaikan tahap kalau aku jumpa orang atasan FAM ni, aku nak ludah muka depa bertalu-talu.
Kehadiran Chelsea dan Barcelona sememangnya tidak akan membawa apa-apa faedah pun. Kenapa aku begitu yakin dan takabbur sebegini rupa? Kerana FAM pun turut berperangai seperti ini setiap kali disoal tentang apa untungnya perlawanan sarkis ini kepada Harimau Malaya.
Berpuluh tahun dahulu kita sudah menentang Arsenal. Tradisi kemudiannya diteruskan sehingga kini. Kalau kau berkahwin mesti dah beranak pinak. Tapi FAM sejak dulu hingga kini kekal mangkuk hanyunnya.
Cukuplah bicara tentang kejayaan Piala Suzuki dan Sukan Sea. Jangan jadi seperti Liverpool. Muak. Sepatutnya kita sudah dapat tengok Harimau Malaya pergi lebih jauh dari sekarang ni. Pasukan tetap dalam kejohanan Piala Asia sebagai contohnya.
Skuad hasil dari sekolah bukit jalil ini pada dasarnya memang tinggi potensinya. Tapi ia hanya ketika mereka berusia 23 tahun ke bawah. Apabila mereka melepasi umur itu, segalanya berubah dengan drastik.
Yang cerdik seperti Safiq Rahim menjadi bangang serupa orang tak pernah main bola. Yang tajam di depan gol macam Safee Sali menjadi tumpul bagaikan Peter Crouch. Kenapa ini semua selalu berlaku?
Kalau kita ikut perkembangan bola Malaysia, peringkat umur di bawah 23 tahun (19, 17, 15 dan lain-lain) kita memang cemerlang. Kalau setakat Thailand tu memang selamber kita tapau buat juadah berbuka puasa.
Fenomena penyakit ini sepatutnya perlu diatasi segera sebelum ia menjadi wabak zombie yang tak dapat diubati lagi. Jika tidak ada tindakan segera dengan perangai syok sendiri FAM sekarang ini, tidak mustahil bola sepak Malaysia akan terus bergerak ibarat mayat hidup.
Semi-finals (1st leg) April 24, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
1st leg
Bayern Munich
vs
Barcelona
April 25, 2013 (Khamis) 2.45 AM
1st leg
Borussia Dortmund
vs
Real Madrid
UEFA Champions League 2012/13
Semi-finals (2nd leg) May 1, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
2nd leg
Real Madrid
vs
Borussia Dortmund
May 2, 2013 (Khamis) 2.45 AM
2nd leg
Barcelona
vs
Bayern Munich
Bayern Munich vs Barcelona
Mungkin Pep Guardiola akan berbaring tenang di atas sofa sambil memegang secawan kopi cap jantan jenama Sepanyol menonton perlawanan penuh sejarah ini. Pertembungan pasukan bekas bimbingannya dan pasukan yang akan dilatihnya musim hadapan. Tetapi ramai mungkin tahu bahawa perlawanan ini bakal ditentukan oleh sejauh mana tahap persembahan Lionel Messi. Jika kecederaan Messi sembuh menjelang aksi ini, tidak banyak yang perlu dirisaukan oleh Tito Vilanova. Sekiranya Messi tidak menjaringkan gol pun, tetapi kehadirannya di atas padang amat diperlukan dalam membakar semangat rakan-rakan yang lain. Memetik kata-kata Carlo Ancelotti.."Beliau (Messi) tetap adalah pemain terbaik dunia walaupun tidak berada dalam keadaan cergas 100%"
Mandzukic dan Pedro - Tajam dihadapan gol.
Tetapi harus diingat...rekod Bayern Munich menentang Barcelona amat baik. Menang 3, seri 2 dan kalah hanya 1 perlawanan. Bayern Munich yang juga merupakan naib juara musim lepas baru sahaja memenangi kejuaraan Bundesliga ke-23 musim ini. Kemampuan Beyern Munich menyingkirkan Juventus pada peringkat suku akhir dengan skor 2-0 dalam kedua-dua perlawanan, melalui kehadiran pemain seperti Arjen Robben, Mario Mandzukic dan Bastian Schweinsteiger tidak wajar dipandang remeh. Kecemerlangan Philips Lahm mengetuai barisan pertahanan yang turut terdiri daripada Dante, Alaba dan Boateng akan diuji menerusi gandingan emas Barcelona iaitu Xavi-Iniesta.
Ramalan: 1st Leg: Bayern Munich 1- 1 Barcelona | 2nd Leg: Barcelona 2 - 0 Bayern Munich. Barcelona layak dengan aggregate 3-1 (bergantung kepada peranan Messi dalam kedua-dua perlawanan ini).
Borussia Dortmund vs Real Madrid
Borussia Dortmund adalah pasukan tunggal yang masih belum mengalami kekalahan dalam Champions League musim ini dan mereka adalah pasukan yang perlu dipandang serius. Jurulatih berkarisma, Jurgen Klopp telah berjaya menanamkan semangat juang tentera tidak mudah putus asa dalam setiap jiwa pemain mudanya. Ini terbukti ketika perlawanan menentang Malaga apabila pasukannya bangkit dan menjaringkan 2 gol di masa kecederaan (kali pertama sesebuah pasukan perlu menjaringkan 2 gol di masa kecederaan dalam saingan kalah mati Champions League selepas kali terakhir dilakukan oleh Manchester United pada perlawanan akhir 1999).
Sebagai rekod, Borussia Dortmund hanya pernah sekali menewaskan Real Madrid, kalah 2 dan seri 3. Dan kemenangan yang mereka capai adalah ketika di peringkat kumpulan Oktober lepas. Mereka juga berjaya mengikat Real Madrid 2-2 di Bernabeu beberapa minggu kemudiannya. Penyerang Poland, Robert Lewandowski adalah ancaman utama dengan Mario Götze dan Marco Reus yang juga sentiasa berbahya apabila melakukan serangan. Tetapi senjata utama mereka adalah pemain ke-12 nya. Aksi di Westfalenstadion nanti sudah pasti banyak membantu membakar semangat juang pemain-pemain Borrusia Dortmund.
Tetapi cukupkah dengan hanya berbekalkan semangat sahaja untuk berjuang menentang pengurus secerdik Jose Mourinho yang mempunyai Cristiano Ronaldo yang sentiasa bersumpah untuk berjihad demi pasukan Real Madrid? Amat sukar untuk membayangkan pertahanan Dortmund mampu untuk menjinakkan Ronaldo semasa aksi separuh akhir nanti. Sekali lagi saya ramalkan Real Madrid tidak akan mampu 'clean sheet' dalam laga pertama di Dortmund kelak. Namun sekiranya Dortmund pula berjaya menjaringkan gol di Bernabeu, satu malapetaka maha besar akan menimpa Real Madrid.
Walaupun ramai peminat neutral yang menginginkan 'El Clasico' Barcelona dan Real Madrid di Final Champions League, namun Dormund-Bayern juga turut menyimpan hati untuk mempersembahkan 'El Clasico' versi Jerman milik mereka sendiri. Beramai-ramailah kita tunggu dengan penuh damai di hati..
Ramalan: 1st Leg:Borussia Dortmund 2-1 Real Madrid | 2nd Leg:Real Madrid 2-1 Borussia Dortmund. Dortmund mara selepas penentuan penalti.
Quarter-finals (2nd leg) April 10, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
2nd leg
Borussia Dortmund
vs
Malaga
2nd leg
Galatasaray
vs
Real Madrid
April 11,
2013 (Khamis) 2.45 AM
2nd leg
Barcelona
vs
PSG
2nd leg
Juventus
vs
Bayern Munich
Borussia Dortmund (0) vs Malaga (0)
Sebenarnya Dortmund berpeluang untuk mengkuburkan terus Malaga melalui gandingan emas mereka Gotze-Reus-Lewandowski dalam pusingan pertama. Namun mereka banyak mensia-siakan peluang yang terhidang di depan gol. Dengan mengambil kira kapasiti bermain sebagai tuan rumah pada laga kedua nanti di Signal Iduna Park, Dortmund dijangka dengan mudah. Dortmund juga memegang rekod 62% kejayaan apabila beraksi di gelanggang mereka sendiri. Ini menampakkan kesukaran buat Malaga untuk mencipta cerita dongeng indah mereka dalam penampilan pertama di UEFA Champions League ini. Ia dikuatkan lagi dengan catatan statistik 43% kegagalan pasukan bimbingan Manuel Pellegrini ini menjaringkan gol apabila beraksi di tempat lawan.
Kita boleh rumuskan bahawa Real Madrid sudahpun selangkah ke separuh akhir. Bekalan 3 gol sememangnya sudah cukup untuk mereka menghadapi Galatasaray di Turk Telekom Arena yang terkenal dengan sorakan berdarah penyokong Turki. Kesemua pemain Real Madrid kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia menghadiahkan kejuaraan buat jurulatih tersayang mereka, Jose Mourinho. Pemain Galatasaray seperti Hamit Altintop dan Wesley Sneijder yang gagal menyerlah dalam aksi pertama kerana mungkin tidak selesa beraksi di Barnebeu pula harus bangkit dalam laga kedua bagi memastikan survival Galatasaray berterusan dalam kejohanan ini. Mungkin nadanya agak berat sebelah, namun Real Madrid adalah calon sebenar untuk mara ke separuh akhir.
Ramalan Galatasaray (2) vs Real Madrid (1): Real Madri layak 4-2.
Barcelona (2) vs PSG (2) PSG bersyukur kerana tidak kalah kepada Barca dan dimalukan di gelanggang sendiri. Manakala Barca terseyum manis kerana menjaringkan 2 gol bermakna menjadi bekalan untuk dibawa ke Nou Camp. Aksi 'diving' dari Alexis Sanchez sehingga Barca dianugerahkan penalti telah menjadi kecaman Carlo Ancelotti. Kini barisan pertahanan PSG yang dibarisi Alex, Maxwell, Wiel dan Silva akan berhadapan rangkaian serangan berbahaya Barca yang diketuai oleh Lionel Messi. PSG juga dalam misi untuk untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir untuk kali kedua dalam sejarah mereka. Dan mereka berasakan musim ini adalah yang paling sesuai buat mereka. Sementara itu skuad Tito Vilanova tenang menanti kehadiran pemain PSG di Nou Camp sambil mengunyak keropok lekor.
Ramalan Barcelona (3) - PSG (0): Barcelona 5 - 2.
Juventus (0) vs Bayern Munich (2)
Juventus perlu bangkit segera. Tewas 2 - 0 kepada Bayern adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal ketika mereka masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Serie A. Mandrem dan pawang apakah yang digunakan oleh Bayern Munich? Kehadiran Juventus di suku akhir selepas 7 musim menyepi disambut dengan kekalahan yang dihadiahkan oleh Bayern Munich kepada mereka. Tetapi dengan barisan pemain yang Antonio Conte miliki, tidak mustahil misi melakar kejayaan menewaskan Bayern Munich sekaligus layak ke separuh akhir mampu mereka lakarkan. Dengan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah, barisan pertahahan Juventus yang terdiri daripada Barzagli, Chielini dan Bonucci perlu lebih keras dalam menyekat pergerakan Toni Kroos dan Thomas Muller. Sekiranya Juventus berjaya mendapatkan gol awal, mereka mampu menewaskan Bayern Munich walaupun terpaksa beraksi dalam masa tambahan.
Ramalan Juventus (2) - Bayern Munich (0): Juventus berjaya layak selepas menaringkan 1 gol dalam masa tambahan. Keputusan akhir 3-2.
Quarter-finals (1st
leg) April 03, 2013 (Rabu) : 3.45 AM
1st leg
Paris Saint-Germain
vs
Barcelona
1st leg
Bayern Munich
vs
Juventus
April 04, 2013 (Khamis) 3.45 AM
1st leg
Malaga
vs
Borussia Dortmund
1st leg
Real Madrid
vs
Galatasaray
PSG vs Barcelona
Rezeki sememangnya bergolek buat peminat bola sepak dunia apabila 2 gergasi dari Perancis dan Sepanyol ini bertembung sesama sendiri di kandang PSG, Parc des Princes yang berkapasiti 48,712. PSG akan melayani kunjungan mesra Barca tanpa kehadiran penyerang agung mereka, Zlatan Ibrahimovic yang masih menjalani penggantungan 2 perlawanannya ketika aksi pertama menentang Valencia di pusingan 16 pasukan tempohari. PSG juga akan turun tanpa kelibat Marco Verratti yang masih mengalami kecederaan. Keadaan yang sama juga turut dialami oleh Barcelona apabila Jordi Alba dijangka tidak sempat sembuh menjelang perlawanan ini. Namun berita kembalinya Eric Abidal dan Tito Vilanova ke Nou Camp adalah antara yang paling dinantikan oleh peminat kelab Catalan ini. Sama ada Barcelona akan meneruskan kecemerlangan dengan membelasah PSG nanti, semuanya akan bergantung kepada prestasi pengadil dan juga Messi.
Ramalan: PSG 2 - Barcelona 3
PSG vs Barcelona 2-2 Highlights : 4 August 2012
Bayern Munich vs Juventus
Juara 4 kali Bayern Munich dan juara 2 kali Juventus akan bertemu dalam satu pertarungan Super Heavyweigt bagi mencari pasukan yang layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir. Kali terakhir kedua pasukan bertemu di dalam kejohanan ini adalah pada 2009. Dec 9, 2009 (Juventus 1 - FC Bayern MĂĽnchen 4) ; Oct 1, 2009 (FC Bayern MĂĽnchen 0 - Juventus 0). Kedua pasukan memiliki barisan pertahanan yang mantap dan serangan yang ampuh. Juventus memiliki Vucinic, Matri dan Giovinco. Manakala Bayern mempunyai Muller, Kroos dan juga Mandzukic. Walaubagaimanapun, perlawanan ini dijangka akan ditentukan oleh sejauh mana kemampuan barisan tengah masing-masing mencorak peluang untuk meraih kemenangan mutlak. Claudio Marchisio, Arturo Vidal, Andrea Pirlo, Martinez, Schweinsteiger dan juga Gustavo antara calon-calon yang akan mewarnai arah tuju perlawanan penuh dramatik ini.
Ramalan: Bayern Munich 3 - Juventus 1.
Malaga vs Borussia Dortmund
Malaga akan berhadapan dengan Dortmund di La Rosaleda dalam salah satu perlawanan yang disifatkan sebagai paling suam-suam kuku pada peringkat suku akhir ini. Dortmund dilihat sebagai pilihan untuk menang dalam aksi ini. Manakala Malaga sudah tentu akan cuba membuktikan kehadiran mereka di peringkat ini bukanlah satu nasib semata-mata.
Jurulatih Malaga, Pallegrini akan menggunakan elemen pengalaman sebagai senjata utama untuk memenangi pertarungan ini melalui pemain seperti Demichelis, Toulalan dan Baptista. Sementara itu, Isco pula akan sekali lagi menunjukkan kehebatannya dalam mencorak bahagian tengah meneyerang Malaga dengan sesekali melakukan cubaan jarak jauh yang semestinya adalah kepakaran utama beliau.
Dortmund dijangka akan menghadapi masalah dengan kepantasan yang dimiliki oleh Isco dan Saviola. Namun kehadiran Hummels mengetuai barisan pertahanan mungkin tidak akan menggusarkan Jurgen Klopp. Dortmund akan kelihatan lebih berbahaya ketika menyerang dengan kepantasan yang dimiliki oleh Marco Reus dan Mario Gotze sekaligus akan mendatangkan masalah kepada Malaga. Jadi, siapakah yang akan memenangi perlawanan pertama ini?
Ramalan: Malaga 1 - Dortmund 2.
Real Madrid vs Galatasaray
Real Madrid sebenarnya melalui jalan yang sukar apabila diundi bertemu pasukan gergasi Turki ini. Namun barisan pemain bintang ataupun lebih mesra dengan panggilan Galactico milik The Special One Mourinho ini sentiasa dilihat mempunyai kelebihan berbanding Galatasaray. Gandingan ampuh Pepe dan Ramos serta kelajuan pantas bagaikan kijang milik Marcelo dan Arbeloa adalah ramuan terbaik barisan pertahanan Real Madrid. Menanti mereka adalah penyerang lagenda Drogba dan anak muda tempatan Turki, Burak Yilmaz. Pertembungan menarik dibahagian tengah antara Wesley Sneijder dan Xabi Alonso pula akan kembali mengimbau memori perlawanan akhir Piala Dunia 2010. Real Madrid perlu mengelakkan diri daripada bolos ataupun tewas dalam perlawanan pertama ini kerana menanti mereka di TĂĽrk Telekom Arena nanti ialah 'neraka' ciptaan Ultras Galatasaray. Ramalan: Real Madrid 2 - Galatasaray 0.
Masalah lampu limpah ini memang satu penyakit sosial dalam bola sepak Malaysia. Setiap tahun ia akan berlaku. Sudah macam satu acara tahunan apabila hendak mula sahaja liga Malaysia, maka berebut-rebutlah persatuan bola sepak negeri cuba menyelesaikan masalah ini. Jika tidak mereka akan terpaksa bermain di siang hari. Kalau dah main di waktu siang tu faham-faham sahajalah. Bermain waktu malam pun tak tentu lagi stadium tu penuh. Inikan pula waktu siang. Ye dak?
Setakat ini hanya 7 stadium sahaja yang dibenarkan bermain di waktu malam. Namun stadium-stadium yang lain masih boleh menaik taraf sistem lampu limpah mereka sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia. Bayangkan dalam berbelas stadium yang ada di muka bumi Malaysia ini, hanya 7 sahaja yang menepati syarat iaitu mencapai tahap minimum 800 lux seperti ditetapkan FAM.
Dahulu basah kuyup Supermokh...kini basah kuyup J.Lo di Stadium Merdeka.
Stadium yang pertama dibina di Malaysia ialah Stadium Merdeka iaitu pada tahun 1956. Namun kini ia hanya layak untuk acara hiburan. Stadium Merdeka juga telah diistiharkan sebagai monumen bersejarah dan kini ia sepi dari sebarang aktiviti bola sepak. Jika hendak dibandingkan dengan Stadium Nou Camp ia sememangnya amat berbeza. Stadium Nou Camp dibina pada tahun 1957 dan sehingga kini masih utuh menjadi medan warga Catalonia menyaksikan kehebatan pasukan bola sepak mereka beraksi saban minggu.
Bayangkanlah betapa dahsyatnya stadium bola sepak di Malaysia ini apabila sebauh stadium yang siap dibina pada Mei 2008, runtuh secara tiba-tiba selepas ditiup angin pada 2 Jun 2009, pukul jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Mujurlah tiada seorang manusia pun yang sedang menonton bola sepak ketika itu. Hanya sebuah kereta kancil milik Hanafiah Osman, dan empat buah motosikal milik rakannya sahaja yang tertimbus. Siapa Hanafiah Osman? Sila tanya orang-orang Gong Badak.
Seperti yang kerap saya beritahu, kegilaan persatuan bola sepak negeri yang diuruskan ala-ala kedai runcit (kedai runcit pun ada yang lebih tersusun pentadbirannya) ini sering menjadi punca kepada hilangnya dana dari FAM dan hilangnya keuntungan dari penjualan tiket berlaku secara 'ajaib'. Sudahlah persatuan bola sepak negeri malas hendak mencari penaja. Duit tajaan yang ditabur oleh Astro pula hilang tanpa dikesan. Entah bila mereka ini akan insaf pun kawe tidak tahulah.
Mengikut kajian kawe, terdapat 26 buah stadium di serata Malaysia ini yang layak digunakan untuk aksi Liga Malaysia. Tetapi antara 26 buah stadium itu, ada antaranya sudah runtuhlah, fasiliti jahanamlah, dalam proses baik pulih selepas anjuran konsert Barisan Nasionallah dan pelbagai lagi punca misteri yang kita sendiri pun tidak terpikir dek akal yang waras ini. Namun setakat ini hanya 7 buah Stadium sahaja yang boleh beraksi di sebelah malam. Antaranya ialah:
Stadium Sultan Muhammad ke IV.
Shah Alam.
Darul Makmur.
Jalan Besar.
Darul Aman.
Tuanku Abdul Rahman.
Stadium Negeri Kuching.
Lihatlah sendiri betapa hebatnya bola sepak kita. Negeri yang kononya sedang memiliki pasukan terbaik di muka bumi pun masih tidak mempunyai stadium yang menepati syarat FAM. Macam mana mahu menang Piala Kelab Dunia ni? Tetapi jangan risau....FAM sentiasa bersikap tegas-tegas hanjeng. Percayalah apabila Liga Malaysia hendak bermula, maka semua baki stadium itu nanti secara tiba-tiba akan menepati syarat wajib bermain di waktu malam. Ini kerana jika bermain di waktu siang penonton akan kurang datang ke stadium (lagi-lagi hari kerja) maka penjualan tiket pun akan berkurangan. Kesannya poket FAM pun akan kureng masyuuuuk....Tak percaya? Tunggu sahajalah.
MOSCOW,(Reuters) - Zenit St Petersburg have rejected a 15 million euro ($23.51 million) offer from Barcelona for playmaker Andrei Arshavin, the Russian champions said on Monday. 'Barcelona had failed to improve their original offer of 15 million euros, thus we decided to end our negotiations with the Spanish club,' Zenit said.
'We have not received any offers for Arshavin from any other clubs, therefore there are no discussions going on about his transfer.'
Last week, Zenit offered to extend Arshavin's current deal by two more years until 2012.
Zenit have given the 27-year-old, who reportedly earns three million euros a year, more than any other player in Russia, two weeks to decide his future.
Arshavin did not play in a 5-1 win over Siberian side Tomsk on Sunday, Zenit's first Russian premier league match after the seven-week break for Euro 2008.
Zenit's Dutch coach Dick Advocaat said he would not use his top player until he makes up his mind.
The Russia international has said on several occasions that he wanted to move abroad, Barcelona being his first choice.
After missing Russia's first two Euro 2008 games through suspension, Arshavin returned to lead them to the semi-finals, the country's best showing at a major championship since 1988