There was an error in this gadget

Sunday, June 30, 2013

Piala Konfederasi 2013 Akhir : BRAZIL vs SEPANYOL




Final yang ditunggu-tunggu oleh segenap pelusuk bumi. Penyandang Juara Piala Dunia bertemu 5 kali Juara Piala Dunia. 2 kali Juara Eropah berturut-turut menentang pasukan tuan rumah. Spain's passing wizards vs. Brazil's new star Neymar. Anda namakan apa sahaja. Semuanya ada disini. Dua pasukan bertaraf dunia. Dan bukannya pasukan yang pergi melancong ke Australia untuk mengadakan perlawanan latihan dengan pemain part-time.
Pada aksi separuh akhir Sepanyol telah dikerah habis-habisan oleh Itali sebelum La Roja berjaya dalam penentuan penalti 7-6. La Roja akan ke perlawanan akhir ke-4 mereka dalam tempoh 5 tahun. Sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh pasukan seperti Argentina, apatah lagi England. Manakala Brazil pula mengharapkan kegemilangan dibawah panji asuhan Felipe Scolari yang mana telah membawa kejayaan Piala Dunia 2002 kepada Selecao.  
Walaupun kejohanan ini turut diiringi isu protes penganjuran Piala Dunia Brazil, namun kemeriahannya masih dirasakan di dalam padang. Del Bosque sejurus sahaja membawa Sepanyol layak ke akhir terus mengeluarkan kenyataan berbaur defensive.

"Tidak syak lagi Brazil adalah pasukan pilihan untuk menjadi juara. Kami bermain extra 30 minit berbanding mereka. Manakala Brazil pula mempunyai kelebihan rehat 1 hari. Setakat ini hanya JDT sahaja mampu mengatasi masalah ini. Pasukan lain di dunia saya kurang pasti." ujar beliau dengan muka ketat seribu.

Sementara itu di kem Brazil pula ketika ini heboh tentang isu diving oleh Neymar yang seolah-olah pantang diusik mesti jatuh punya. Perangai keji seperti perlu diberi perhatian oleh pertahanan Sepanyol yang terdiri daripada Pique, Ramos, Arbeloa dan Alba. Walaupun Neymar tidak menjaringkan gol ketika bertemu Uruguay, tetapi kehadirannya di atas padang masih lagi merbahaya.

Jika berbicara tentang pasukan Brazil ini juga kita tidak boleh tertinggal daripada menyebut nama Paulinho. Susuk berusia 24 tahun ini merupakan sensasi terkini dari Brazil. Dipadankan bersama Luiz Gustavo dibahagian enjin pasukan Brazil membentuk satu gabungan utuh buat Selecao. Kehadirannya segera menenggelamkan nama-nama besar seperti Kaka dan Ronaldinho yang saya lihat sudah boleh melupakan aksi Piala Dunia tahun depan. Corak permainan dinamik dan work-rate yang tinggi merupakan senjata utama beliau. Xavi dan Busquets perlu menghalang Paulinho daripada membuat umpanan merbahaya sama ada kepada Neymar, Fred mahupun Hulk. Potong segera atau anda akan dihukum!!

Bagi pendapat saya, pasukan mana yang mampu mengawal bahagian tengah dengan cemerlang akan menjadi juara. Kita akan dapat lihat bagaimana Iniesta, Mata, Silva dan munkin juga Fabregas bertarung sampai ketitisan peluh yang terakhir semata-mata demi negara Sepanyol yang tercinta. Mereka juga bukan setakat bermain untuk 15 minit sahaja malahan sudah bersedia sehingga ke penentuan penalti jika terpaksa.

Disamping itu, kedua-dua pasukan baik pertahanan mahupun barisan serangan mereka, kedua-duanya mempunyai kelebihan serta kekurangan yang setara. The-Back-Four kedua-dua pasukan memang gemar naik ke atas untuk membantu pasukan masing-masing mendapatkan gol. Manakala pemain serangan mereka memang amat tajam dihadapan gol dan bukannya jenis Safee Sali. Inilah masanya untuk kita melihat sejauh mana rentak Samba mampu mengimbangi corak permainan Tiki-taka.

Ramalan: Brazil 2 - Sepanyol 3

Friday, June 28, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.



Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
 
1. Carlitos
 
Carlos Tevez akhirnya berpindah ke Juventus dengan nilai perpindahan sebanyak £10 Juta.
 
 
2. Carlo Ancelotti
 
Sejurus selepas dilatik sebagai pengurus baru Real Madrid, beliau dikatakan telah menghubungi dan mempelawa Fabio Cannavaro untuk menjadi antara backroom staffnya.
 
 
3. PSG
 
Dalam masa yang sama PSG menamakan Laurent Blanc sebagai pengganti Ancelotti dengan kontrak selama 2 tahun dan akan memulakan tugasnya pada 1 July 2013 ini. 
 
 
4. Datuk Azzuddin Ahmad
 
Figura hebat ini akan memulakan tugasnya di AFF bermula pada 1 July juga. Hancor lodoh bola ASEAN.
 
 
5. Simon Mignolet
 
Kegembiraan peminat Liverpool mendapat penjaga gol Sunderland dan Belgium ini umpama sedekad tidak menjulang piala. Aku tumpang simpati kerana hanya pemain jenis seperti ini yang mereka berjaya beli sedangkan pasukan lain berlumba-lumba nak mendapatkan Cavani, Lewandowski sebagai contoh.
 
 
6. JDT tanpa Aidil
 
JDT akan turun ke Bukit Jalil tanpa Aidil Zafuan selepas rayuan kad mereka telah ditolak oleh FAM. Penggantungan 2 perlawanan juga kekal muktamad.
 
 
7. Hari Pertama Pep.
 
Pep Guardiola diperkenalkan secara rasmi sebgai pengurus Bayern Munich yang baru dan sejurus itu beliau berikrar akan meneruskan kecemerlangan pasukan ini untuk musim hadapan. Jaga-jaga semua.


8. Tiket Habis

Sementara itu di Kelantan, tiket final Piala FA sebanyak 30ribu sudah habis dijual dalam masa 15 minit sahaja. Berat nanang ulat ni..


9. Piala Konfederasi.

Brazil dan Sepanyol menepati ramalan peminat bola sepak apabila masing-masing berjaya menempak tempat ke perlawanan akhir Piala Konfederasi.


10. Dato' Hamidin

Dato' Hamidin sah menjadi pengganti Azuddin sebagai Setiausaha Agung FAM yang baru.

Thursday, June 27, 2013

Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Pemain-pemain Liverpool.

Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Pemain-pemain Liverpool.

(Gerrard)
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Tackle ranjau dalam berliga
Lumrah dunia

(Suarez)
Kalah dan kalah
Piala dikenang
Perasaan menjadi rindu

(Carragher + Johnson + Agger)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku

(Suarez + Gerrard)
Kalah dan kalah
Man U yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh

Rodgers - solo

(Raheem)
Mengapa kita harus terkecewa

(Sturridge)
Kerana Reina dan bola pantai

(Raheem)
Apa yang telah terjadi pada kenangan

(Sturridge)
Sememangnya aku tak pernah melupakan

(Raheem)
Mengapa mesti ada kekalahan lagi

(Sturridge)
Kerana liga dan juara luput dalam perlawanan

(Gerrard + Suarez + Downing + Henderson + Borini)
Marilah semua
Kita saling ingat mengingat
Kalaulah kalah lagi
Kita sandarkan pada kenangan

Rodgers - solo

(Carragher + Johnson + Agger)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku

(Suarez + Gerrard)
Kalah dan kalah
Man U yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh

Rodgers - solo

(ulang duet antara Raheem dan Sturridge)
Mengapa kita harus terkecewa
Kerana Reina dan Arsene Wenger
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa mesti ada kekalahan lagi
Kerana liga dan piala luput dalam perlawanan

(Gerrard jerit)
Apa yang harus KITA LAKUKANNNN?!!!

(satu pasukan termasuk pemain simpanan dan youth squad)
Kita sandarkan pada kenangannnnnnn

Wednesday, June 26, 2013

Di Mana Mereka? Roberto Baggio

 
 
Masa zaman kanak-kanak aku dahulu, ketika bermain bola. Masing-masing sibuk menyebut nama pemain bola kesayangan mereka. Tidak terkecuali aku. Walaupun aku selalu memilih Jurgen Klinsman, namun aku tertarik dengan idola salah seorang sahabat aku iaitu Roberto Baggio. Ya, Roberto Baggio adalah pemain pilihan sahabat aku yang bernama Mat Said itu. Mat Said ni kalau kau tengok betul-betul memang ada iras-iras Roberto Baggio dan bukannya Ervin Boban. Bermata jernih dan memiliki tocang rambut di belakangnya. Agaknya Mat Said ni tak sekolah ke? Abaikan beliau, kita hendak bercerita tentang Roberto Baggio.
 
Kalau ditanya kepada aku tentang susuk ini, sudah pasti dengan pantas akan terbayang sepakan penaltinya yang tinggi melangit ketika final Piala Dunia 1994. Pemain yang digelar sebagai 'The Divine Ponytail ini sebenarnya mempunyai satu perjalanan karier yang gilang gemilang. Mewakili 7 kelab di Itali seperti Vicenza, Fiorentina, Juventus, AC Milan, Bologna, Internazionale, dan juga Brescia. Secara terkumpul, dalam Serie A beliau telah menjaringkan sejumlah 204 gol dalam 452 penampilan.
 
Sepanjang kariernya juga, beberapa anugerah individu dan berpasukan turut menjadi miliknya. Antaranya ialah 2 kejuaraan Scudetti, Piala UEFA, Ballon d’Or dan juga Pemain Terbaik Dunia FIFA 1993. Manakala untuk pasukan kebangsaan Itali dari tahun 1988 sehingga 2004, beliau telah menjaringkan 27 gol dalam 56 aksi antarabangsanya. Rekod ringkas ini menceritakan segalanya tentang kehebatan pemain ini. Jika hendak dihuraikan satu-persatu nescaya akan menjadi sepanjang filem Titanic entri ini.
 
Selepas bersara daripada bermain bola sepak, beliau telah melakukan pelbagai kerja amal yang berkaitan dengan bidang ini. Sehinggalah pada Ogos 2010, Roberto Baggio kembali membuat penampilan dalam bola sepak ini apabila dilantik menjadi Pengarah Sektor Teknikal untuk Italian Football Federation (FIGC), menggantikan Azeglio Vicini. Sepanjang tempoh ini juga beliau berjaya mendapatkan lesen kejurulatihan UEFA Pro yang membolehkan dirinya melatih mana-mana pasukan dalam Serie A. Dan dia juga telah dirisik oleh pasukan Serie B, Modena untuk dilatihnya.
 
Roberto Baggio menyangkakan panas sampai ke petang. Namun rupa-rupanya hujan ditengah hari. Pada Januari 23, 2013 dia telah meletakkan jawatan sebagai Pengarah Sektor Teknikal FIFC. Sumber rapat mendapat tahu punca perletakkan jawatannya ini kerana FIGC tidak mahu menerima idea beliau untuk memajukan sistem bola sepak dan pembangunan pemain muda Itali. Dia yang terlampau kecewa dengan perkara ini lalu meletakkan jawatannya serta merta.
 
Peristiwa di mana ketika Roberto Baggio gagal menyempurnakan sepakan penalti untuk Itali itu akan kekal klasik menjadi detik bersejarah Piala Dunia seiring dengan peristiwa Tangan Tuhan Maradona, Tangisan Gazza, Ludahan Rijkaard, Penipuan Rivaldo, Tandukan Padu Zidane ke dada Materazzi dan juga Tujahan Tapak De Jong.
 
 

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Uruguay

 
Brazi lawan Uruguay ini jika di rantau asia tenggara mungkin ibarat Malaysia bertemu Indonesia. Perlawanan sebenua yang berprofil tinggi seperti ini akan sentiasa mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak dunia. Baik yang baru mumaiz meminati JDT mahupun yang kerepot bagaikan fans Liverpool.
 
Brazil kini dalam usaha mencari kejuaraan ketiga Piala Konfederasi mereka dengan halangan terkini adalah menentang Uruguay. Pengurus Brazil, Luiz Filipe Scolari memiliki barisan pemain yang lebih muda dan bertenaga jika hendak dibandingkan dengan Uruguay. Dan mereka mampu menguasai bola serta padang dengan baik sekali. Pemain seperti Thiago Silva, David Luiz dan Dani Alves juga mempunyai banyak pengalaman dan ini amat penting untuk pasukan Brazil.

Pemain muda dan berbakat seperti Neymar, Oscar, Lucas, Hulk, Fred, Gustavo, Hernanes dan Paulinho perlu memainkan peranan terbaik mereka dan jika mereka berjaya melakukannya, ia akan menjadi sukar buat Uruguay menghalang mereka. Setakat ini Neymar berjaya melaksanakan tugasnya dalam membawa Brazil ke landasan yang sempurna apabila berjaya meledak 3 gol dalam 3 perlawanan sekaligus munutup molot pengkritiknya.
 
Rakan setugas Scolari iaitu Oscar Tabarez pula berada dalam cerita yang berbeza. Terumbang-ambing dalam pusingan kelayakan Piala Dunia meskipun memegang status Juara Copa America. Uruguay telah tewas 5 perlawanan daripada 10 yang mereka lalui dalam perjalanan ke Piala Konfederasi dan menang hanya 3 daripadanya. Kejayaan menewaskan Tahiti 8-0 dan Negeria 2-1 mungkin sedikit sebanyak memberikan tonik mujarab untuk berhadapan pasukan Brazil.
 
Oscar Tabarez dijangka akan mengekalkan gandingan emas Cavani-Suarez-Forlan (walaupun Abel Hernandez sudah merekodkan 4 gol setakat ini) dalam misi mereka mengacau bilaukan pasukan Brazil. Fokus utama sudah semestinya kepada Luis Suarez yang baru sahaja menjadi penjaring gol terbanyak buat Uruguay dengan mengumpul 35 gol setakat ini pada usia hanya 26 tahun. Ketika ditanya kepada Suarez tentang peluang Uruguay dalam perlawanan ini, beliau dengan selamba hanjeng menjawab "Ate kalau udoh payah bebenor nak bubuh gol, ajer bior teman kokak jek si David Luiz tu". Itulah janji beliau.
 
Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu ialah pada June 2009 dalam aksi kelayakan Piala Dunia yang mana Brazil menang 4-0. Dan sekiranya dilihat di atas kertas, Uruguay tidak akan dapat menewaskan Brazil meskipun dengan bantuan gigitan Luis Suarez....dan Brazil akan terus gah di gelanggang sendiri.
 
Ramalan: Brazil 4 - Uruguay 2

Monday, June 24, 2013

Piala Konfederasi 2013: Sepanyol vs Itali

 
 
 
Kalau dah jodoh tidak ke mana (aku rasa dah banyak kali aku guna perumpamaan ni). Itulah dia Sepanyol dan Itali. Pertembungan yang pastinya mengimbau kenangan tahun lalu ketika Itali dikeronyokkan habis-habisan oleh Sepanyol dengan penuh bergaya. Itu tahun lepas. Kini Itali sudah berbeza. Bintang Itali Christian Maggio segera melaungkan keyakinannya untuk menewaskan Sepanyol selepas mengetahui pasukan Azzurri akan bertemu juara berganda Dunia dan Eropah tersebut. Tetapi laungan ini bagaikan salakan anjing di atas bukit. Tiada hasilnya. Tiada faedahnya.
 
Seluruh dunia telah melihat bagaimana Itali bermain ketika menentang Brazil tempohari. Kelaut dan hancor lodoh. Mungkin kini masalah utama buat pasukan Itali ialah kecederaan pemain-pemainnya. Terkini mendahului senarai kecederaan ialah Mario Balotelli. Kecederaan paha yang beliau dapat ketika menentang Brazil menyebabkan dia bakal terlepas aksi separuh akhir ini. Selain itu Andrea Pirlo, Abate dan Montolivo juga sedang berada dalam senarai kecederaan.
 
Jadi, Prandelli perlu memikirkan strategi baru untuk menentang Sepanyol yang serba hebat itu. Dia boleh meletakkan Gilardino sebagai pengganti semulajadi. Ataupun menurunkan Giovinco yang terbukti cemerlang ketika bertemu Jepun. Dan juga jika Prandelli sudah bersedia, turunkan sahaja Stephan El Shaarawy. Manakala Alessio Cerci dan Alessandro Diamanti bagi saya bukanlah pengganti yang sesuai untuk perlawanan ini.
 
Sepanyol pula ketika ini merupakan pasukan yang tersangatlah lengkap. Terkini mereka berjaya memecahkan rekod dunia tidak pernah kalah dalam 28 perlawanan kompetitif yang dahulunya dipegang oleh Perancis. Barisan serangan Sepanyol adalah yang terbaik setakat ini dengan rekod 15 jaringan gol. Jika Soldado tidak mampu menjaringkan gol, mereka ada Torres. Jika lembu dipegang pada tali, maka Torres pun begitu jua.  
 
Barisan pertahanan juga tidak mempunyai masalah yang besar. Jordi Alba ketika ini ibarat kemaruk mahu menjaringkan gol sehingga kadang-kadang terlupa posisi sebenarnya. Selain itu mereka juga sentiasa ada pemain ganti yang setara kehebatannya. Tidak kisah sesiapapun yang cedera. Pengganti yang dipannggil akan bersiap-siaga untuk berbakti demi nusa dan bangsa. 
 
Barisan terakhir Itali seperti Buffon, Barzagli, Bonucci dan Chielleni semuanya ketika ini kelihatan lemah tak bermaya selepas pulun habis untuk Serie A musim ini. Kepantasan Mata, Silva, Pedro dan Iniesta sudah pasti akan membunuh skuad Azzurri. Tidak nampak sebarang peluang untuk Itali melakar kejutan ke atas Sepanyol. Ya, perlawanan ulangan akhir Euro 2012 akan berlaku.
 
Ramalan: Sepanyol 3 - Itali 1

Prebiu Liga Super Perlawanan 20



Liga Super 20 | Jun 25, 2013 (Selasa)

 
Perebutan Tempat Tercorot
Terengganu PBDKT T-Team mln Negeri Sembilan
8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

T-team dan Nogori adalah 2 pasukan yang sedang syok sendiri merebut tempat tercorot dalam liga super musim 2013 ini. Walaupun lewat ini ada sedikit peningkatan daripada beberapa pemain Negeri Sembilan, namun bolehlah dikatakan ia agak terlewat. Nazrin Nawi adalah antara pemain yang paling menyerlah. Dan sekiranya Nogori jatuh divisyen, kita tidak pasti sama ada beliau akan kekal dengan Nogori ataupun berpaling arah. Ridzuan Abu Shah ketika ini berjaya menggantikan Divaldo Alves dengan cemerlang. Dengan hanya baki 3 perlawanan, tidak banyak yang beliau boleh lakukan sebenarnya dan menunggu takdir menghumban mereka ke Liga Perdana.
 
Begitu juga dengan pasukan T-Team, mereka kini hanya menghabiskan sisa-sisa perjuangan baki liga super 2013. Mungkin T-Team akan menewaskan Nogori di Kuala Terengganu. Tetapi najis-najis peninggalan Peter Butler masih meninggalkan bau yang busuk. Pemain import mereka George Boateng pula dengan perangai yang sukar dijangka. Sekejap power, sekejap lembik. Pemain muda T-team juga masih tidak bersedia untuk aksi Liga Super. Hanya liga perdana sahajalah ubat yang sesuai untuk T-Team.

Pemain Tumpuan T-Team: Damir Ibric
Pemain Tumpuan Negeri Sembilan: Nazrin Nawi
Ramalan: T-Team 1 - 0 Negeri Sembilan


Perang Saudara
Selangor PKNS FC mln Selangor
8.45mlm, Std Shah Alam

PKNS akan menerima kunjungan dari pasukan Selangor di Stadium Shah Alam yang juga 'home' untuk pasukan Selangor sebenarnya. Tidak pasti adakah perlawanan ini sesengit Everton lawan Liverpool kerana ia selalu berakhir dengan keputusan seri sahaja. Pada aksi pusingan pertama juga kedua pasukan seri 0-0. Janganlah kita terlalu berharap akan ada perlawanan yang mendebarkan. Kemungkinan besar Irfan Bakti akan berjaya mengutip 3 mata dan seterusnya melonjakkan lagi peluang pasukan Selangor untuk menduduki kedudukan 3 teratas liga.

Pemain Tumpuan PKNS: Nazmi Faiz
Pemain Tumpuan Selangor: Amri Yahyah
Ramalan: PKNS 1 - 2 Selangor.
 

Tak Rela Terrcicir
ATM mln Terengganu
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Jumaat lepas ATM dimalukan oleh Selangor dalam keadaan yang  paling keji dan hina. Walaupun ATM cuba memberikan saingan, ternyata ATM bukan lawan sebenar Selangor. Mereka juga kini terkeluar daripada saingan merebut kejuaraan Liga Super. Mungkin berhadapan dengan Terengganu, pasukan bimbingan Sathianathan ini mampu menambah pungutan mata mereka sekaligus mengukuhkan kedudukan liga mereka.

Lawan mereka nanti ialah Terengganu yang juga dirodok 4-0 oleh finalis piala FA Sabtu ini, iaitu Kelantan. Terengganu mungkin boleh mengucapkan tanda syukur kehadrat Ilahi kerana mereka sudah pasti akan selamat daripada terjerumus ke Liga Perdana musim depan. Elavarasan walaupun agak terkial-kial dengan jumlah pemain berbakat yang dimilikinya, namun skuad penyu kadangkala boleh beraksi baik apabila bertemu dengan pasukan yang lemah. Baki 2 perlawanan selepas ini Terengganu akan beraksi di Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT. Dan aksi away terakhir musim ini di Paroi mungkin akan meninggalkan kenangan pahit buat The Turtles.

Pemain Tumpuan ATM: Fitri Omar
Pemain Tumpuan Terengganu: Ashaari Samsuddin
Ramalan: ATM 3- 1 Terengganu


Peluang Tebus Maruah
Kelantan mln Pahang
8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Ketika ini Pahang berada di atas Kelantan di tangga ke-5 liga dengan 29 mata. Manakala Kelantan pula mengumpul 27 mata. Aksi longlai Kelantan pada permulaan liga benar-benar memakan diri mereka. Kini dengan hanya 3 perlawanan sahaja yang tinggal, sudah pasti Bojan Hodak dahagakan 9 mata penuh untuk menyelamatkan maruah juara liga super 2012 ini. Meskipun sudah tidak mampu bergelar juara, tetapi mereka masih berpeluang menamatkan musim dengan berada pada kelompok 3 pasukan teratas. Itupun jika mampu menewaskan Pahang, Perak dan LIONS XII.

Pahang..pasukan yang pancut awal. Gah di awal musim, kini terkulai semakin jauh dari tahkta liga. Selepas gagal ke perlawanan akhir Piala FA, mereka sekali lagi ditimpa bala. Bala terkini apabila tewas kepada Perak di gelanggang sendiri 1-2. Ia sesuatu yang memalukan ketika kebanyakan anak muda Pahang sudah mula menyerap roh Tok Gajah dalam jiwa mereka. Mereka perlu bangkit menewaskan Kelantan jika tidak mahu digelar sebagai...(habiskan ayat ini mengikut suka hati anda)
 
Pemain Tumpuan Kelantan: Nor Farhan
Pemain Tumpuan Pahang: Hafiz Kamal
Ramalan: Kelantan 3 - 3 Pahang

 
JDT Terlampau Hebat Ya Rabbi!!!
Johor Darul Takzim FC mln KL Felda United FC
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB

Sekali imbas aku dah tahu JDT akan menang menang mudah ke atas Felda. Pasukan Felda ni aku pernah terserempak di Concorde Shah Alam. Semasa sarapan bukan main rancak lagi pemain-pemain Felda ni menceduk makanan ke dalam pinggan masing-masing seolah-olah tiada esok bagi mereka. Hasilnya? Kamu semua pun tahu di mana kedudukan Felda dalam liga super sekarang ini. Dengan barisan kejurulatihan yang hancur lodoh, pentadbiran yang lemah, pemain-pemain yang tiada semangat juang di atas padang - semuanya punca kepada hanyutnya Felda dalam saingan musim ini. Selamat tinggal buat mereka.

Pasukan JDT? Mereka sangat hebat sehingga aku kehilangan kata-kata untuk ditaip.
 
Pemain Tumpuan JDT: Safee Sali
Pemain Tumpuan Felda United: K. Devan
Ramalan:JDT 4 - 0 Felda United

 
Asal Bukan Kome
Perak mln Lions XII FC
8.45mlm, Std Perak, Ipoh

Semua harapan umat Malaya terletak di bahu pasukan Perak. Tiada kompromi. Azraai Khor perlu mengutip 3 mata sekaligus membuka kembali saingan kejuaraan Liga Super. Beliau juga perlu menang bagi membuktikan kepada PAFA bahawa khidmatnya masih diperlukan untuk Piala Malaysia.

Jika Perak tewas kepada Lions XII, peluang pasukan temasik itu untuk membawa trofi Liga Super merentasi jerebu dan tambak Johor semakin cerah. Namun musim ini Lions XII hanya menang 2 perlawanan daripada 9 aksi di tempat lawan. Satu statistik yang menunjukkan kecemerlangan pasukan ini hanyalah bergantung kepada padang plastik mereka di jalan besar sahaja. Saya dan Jenna Haze yakin jerebu kali in merupakan petanda Perak akan menang ke atas Lions XII yang juga berjerebu.

Pemain Tumpuan Perak: Paolo Rangel
Pemain Tumpuan Lions XII FC: Muhd Safuwan Baharuddin
Ramalan: Perak 2 -  1 Lions XII FC.

Friday, June 21, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
1. Franco Baldini
Franco Baldini telah dilantik sebagai Pengarah Bola Sepak Spurs yang baru. Bercita-cita besar pasukan ayam yang satu ni.

2. Panggilan OKS.
Dari 8 orang yang dipanggil. Hanya 3 sahaja yang dilepaskan pasukan negeri masing. Padan muka.

3. Manuel Pellegrini dan Manchester City.
Tugas rasmi pertama beliau di BPL adalah menentang Newcastle United. Nampak mudah tapi tidak sebenarnya.

4. Misi Hai-O
Misi pertama Presiden Pemain Bola Sepak Malaysia ini ialah untuk membantu pemain-pemain yang mengalami masalah kecederaan jangka panjang. Contohnya Zaquan Adha. Mane dia ni?

5. Joe Kinnear si Kebab.
Kembalinya Joe Kinnear sebgai Pengarah Bols sepak yang baru untuk Newcastle United menyebabkan ramai yang tertanya-tanya  dengan had kuasa yang akan dimiliki Alan Pardew selepas ini.

6. Malaysia vs India
Perlawanan persahabatan antara kedua pasukan ini dibatalkan oleh FA India kerana mereka turut terlibat dalam kejohanan bola sepak yang lain. Mungkin tak berminat dengan pasukan Malaysia agaknya.

7. KJ pancut awal.
Nampaknya KJ sudah tidak berminat menghentam FAM. Awal benor mengalah..kemon bro..!!

8. Harimau Muda Hancor.
Tewas 5-1 kepada MFK Ruzomberok menjadikan mereka kini mengumpul 8 kekalahan dari 11 perlawanan. Seronoknya pergi melancong ye..

9. Harimau Muda B
Mujur ada khabar gembira dari Singapura apabila Harimau Muda B berjaya menempah tiket ke perlawanan Akhir Plate.

10. Piala Dunia.
Australia, Korea Selatan dan Iran menjadi negara terkini yang layak ke Piala Dunia 2014

Thursday, June 20, 2013

Piala Konfederasi 2013: Italy vs Brazil



Perlawanan epik yang di tunggu-tunggu seluruh umat dunia. Brazil dan Itali masing-masing melepasi ujian awal dengan cara yang berbeza. Brazil seperti biasa beraksi bagaikan sang juara apabila dengan mudah menewaskan Mexico sekaligus menempah tiket ke separuh akhir. Begitu juga dengan Itali. Namun Itali dikerah habis-habisan untuk menumpaskan gergasi Asia, Jepun dengan skor 4-3. Bolehlah dikatakan nasib tidak menyebelahi Jepun apabila diletakkan dalam kumpulan yang  sama dengan 2 bekas pasukan Juara dunia ini.
 
Itali dan Brazil memerlukan 3 mata untuk menjadi juara kumpulan sekaligus mengelak daripada bertemu pasukan terkuat kumpulan B yang kemungkinan besarnya menjadi milik Sepanyol. Dua perlawanan pasukan Itali sebelum ini jelas menunjukkan barisan pertahanannya sedikit goyah. Kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi bertemu Brazil. Sebagai contoh, Chiellini sedikit penat dihujung-hujung permainan apabila kerap kali dipaksa menghalang kepantasan pemain Jepun. Begitu juga dengan Maggio, Abate dan apatah lagi De Sciglio yang pastinya akan mudah ditewaskan barisan serangan Brazil yang terdiri daripada Hulk dan Neymar.
 
Pertembungan dibahagian tengah antara Sang Ayam Pencen Pirlo dan bintang Brazil yang sedang meningkat naik, Paulinho juga sangat menarik untuk ditonton. Namun ada kemungkinan Pirlo akan mengalami masalah apabila berhadapan dengan barisan tengah muda Brazil seperti Oscar, Gustavo, Lucas Moura ataupun Hernanes. Seperti ketika menentang Jepun, Pirlo kelihatan sedikit tertewas dengan kepantasan pemain-pemain Jepun. Namun Itali mungkin boleh mengharapkan De Rossi dan Montolivo mengimbangi bahagian tengah supaya ianya tidak dikuasai sepenuhnya oleh pemain-pemain Brazil.

Tugas getir juga menanti Balotelli dan Giaccherini apabila terpaksa bertarung menentang antara 'back four' paling mantap dalam kejohanan kali ini iaitu Marcelo-Alves-Thiago-Luiz. David Luiz banyak menyelamatkan Brazil daripada dibolosi Mexico tempohari sehinggakan beliau mengalami kecederaan patah tulang hidung. Jika Giaccherini buntu mencari gol, Prandelli boleh memasukan Giovinco, Marchisio ataupun penyerang veteran Gilardino. Dan kita semua sudah semestinya menanti-nanti penampilan penuh daripada El-Shaarawy.

Pada 21 Mac 2013, kedua pasukan telah seri 2-2 (Fred, Oscar, Balotelli, De Rossi) dalam satu perlawanan persahabatan di Geneva. Namun saya tidak nampak bagaimana Itali boleh mengatasi Brazil dalam perlawanan ini. Tetapi jika kita imbas kembali bagaimana Itali mengkuburkan Jerman pada Euro 2012 yang lepas, sudah pasti kita tetap yakin skuad The Azzurri ini masih ada sedikit peluang untuk membuat kejutan ke atas Brazil yang mempunyai kelebihan beraksi sebagai tuan rumah.
 
Ramalan: Brazil 3 - Itali 2.

Monday, June 17, 2013

Tanda Tanda Besar Anda Menyokong Pasukan Lemah


Sila ambil perhatian simtom-simtom dibawah:
 
  • Kemenangan berterusan ke atas team yang cap ayam disambut macam kemenangan Liga Perdana Barclays. Contohnya pasukan anda membelasah team sampah seperti QPR tapi bising satu kedai mamak. Siap ada yang julang-julang meja kedai mamak tu. Sinis jek mamak menjeling. Ataupun meraikan kejayaan menduduki tangga ke-4 liga umpama menjadi Juara Champions League.
  • Anda kerap mengingatkan orang ramai tentang kehebatan pasukan anda berdekad-dekad yang lalu. Hakikat bahawa anda perlu mengingatkan orang ramai berkali-kali tentang kejayaan masa lalu pasukan anda membuktikan pasukan anda tidak punyai apa-apa. Hanya anda sahaja yang ingat kejayaan Piala Coklat Choki Choki 1989. Hanya anda sahaja ingat kejuaraan 'invincibles'. Orang lain tidak peduli. Tapi anda nak jugak bagitau yang team anda menang piala tu berkal-kali.
  • Line-up pasukan anda sekarang kerap dibandingkan dengan line-up zaman pra sejarah. Contohnya: “Aku rasa Ervin Boban lebih bagus dari Nunez”
  • Pengurus pasukan juga mengalami situasi yang sama seperti diatas.
  • Anak anda tak hendak sokong pasukan yang anda sokong. Malahan mereka akan menyokong pasukan yang berkaliber lagi ternama. Contoh : “Anda sokong Liverpool tapi anak anda support sokong”
  • Memulakan saingan liga setiap tahun dengan mantra “This is our year!!”

Piala Konfederasi 2013 - Italy vs Jepun

 
 
 
Kita tidak boleh membenci Balotelli secara total. Susuk ini sudah pasti akan menjaringkan gol walaupun perangainya kadangkala amat keji. Beliau adalah harapan Itali ketika ini. Apabila turun menentang Jepun nanti sudah pasti pertahanan Jepun seperti Uchida, Nagatomo, Onno dan Yoshida akan dipaksa bekerja keras untuk menyekat pergerakan pemain AC Milan ini. Dalam perlawanan pertama kita masih gagal melihat gabungan El-Sharawy dan Balotelli, dan diharap kedua mereka akan diturunkan pada aksi menentang Jepun kelak.
 
Pirlo masih berada pada tahap terbaiknya. Pemain veteran Juventus itu meraikan caps ke 100 nya dengan gol cantik hasil daripada sepakan percumanya yang sudah menjadi 'trademark' beliau. Barisan tengah Itali ketika ini juga agak kreatif dan mantap dengan gabungan pemain seperti Montolivo dan De Rossi. Cuma pemain pertahanan Itali sedikit goyah apabila diancam serangan balas. Abate dan Barzagli wajar mempertingkatkan aksinya supaya kali ini tidak pula terjerat dengan corak pantas pemain Samurai Biru.
 
Jepun pula ketika tewas di tangan Brazil tempohari tidak mencerminkan mereka sebagai wakil Asia yang angkuh dan sombong walaupun menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia. Mereka seperti malu-malu kucing. Zaccheroni pula bingkas menyatakan pasukannya hanya mempamerkan 50% sahaja kekuatan mereka. Dongeng ala Rajagopal ini sebenarnya untuk menutup kesilapan pasukan Jepun yang kelihatan kelam kelibut dalam melakukan hantaran, menahan bola serta bertahan secara berpasukan. Aksi yang tidak ubah seperti sebuah pasukan kelab dari selatan tanah air. Eh?
 
Sedikit tuah diperlukan oleh pasukan Jepun sekiranya ingin menewaskan Itali. Meraka pernah menewaskan Perancis dalam perlawanan persahabatan Oktober tahun lepas. Diharap pemain sepeti Kagawa dan Honda kembali bangkit dan membantu Jepun mencipta kejutan ke atas skuad The Azzurri.
 
Ramalan: Itali 2 - Jepun 2

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Mexico

 
 
 
Brazil menewaskan pasukan Jepun dengan skor 3-0 dalam perlawanan pembukaan yang amat berat sebelah sebenarnya. Buat masa ini pasukan Brazil umpama datang dari bima sakti yang lain. Lawan seterusnya adalah Mexico. El Tri bukanlah lawan setara buat pasukan Brazil. Selepas Mexico dijinakkan pasukan Itali yang agak tidak stabil di Eropah, kini kita akan dapat melihat Brazil pula meratah mereka.
 
Neymar membuktikan dia adalah pemain yang perlu diberi perhatian secara serius oleh setiap lawan pasukan Brazil. Aksi penuh inspirasi berjaya menyodok pasukan Jepun yang kelihatan terkial-kial seperti tidak berlatih. Selain itu, Paulinho beraksi sangat mantap dibahagian tengah dan ini banyak membantu Brazil membuat dan merangka pergerakan bermula dari pemain ini. Gandingan Hulk dan Alves dipercayai akan digunakan sekali lagi untuk sebelah kanan pasukan Brazil bagi mencerahkan peluang gol untuk pasukan mereka.
 
Mexico mungkin sedikit bernasib malang kerana Itali beroleh gol daripada Pirlo yang sememangnya pakar dalam sepakan percuma. Namun satu yang perlu dibanggakan ialah aksi Dos Santos yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan. Jika Brazil tidak menjaga pemain ini dengan baik, dia akan memusnahkan pertahanan Brazil dengan larian serangan balas yang merbahaya itu hanya dengan sekelip mata.
 
Kita juga sedia maklum perangai David Luiz, Dani Alves dan Marcelo yang gemar naik ke atas. Tabiat ini perlu dikurangkan oleh ketiga-tiga mereka apabila berhadapan dengan Mexico. Dan jika Hernandez turut mempamerkan keajaiban yang sama seperti Piala Dunia 2010, sesuatu yang pahit pasti akan berlaku ke atas pasukan Brazil. Tidak mustahil untuk melihat Chicharito menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-34 dalam aksi menentang Brazil ini.
 
Ramalan: Brazil 3 - Mexico 1

Prebiu Liga Super Perlawanan 19



Liga Super 19 | Jun 21, 2013 (Jumaat)


Debar Derbi Pantai Timur
Terengganu mln Kelantan
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

Perlawanan merebut tempat ke 7 dan 8 liga akan berlangsung diantara Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Kelantan akan mempamerkan permainan 'konon- konon' cantik mereka sementara para penyokong pula sibuk mencipta 'chanting' atau sorakan-sorakan terbaik untuk jurulatih kesayangan mereka Bojan Hodak. Aku ada membaca beberapa laman web tentang 'Bojan chants'. Memang lucu dan sarkastik. Gaya gurauan komedi hitam Kelantan. Macam ala-ala dikir barat jugokla. Tak boleh blah! Hangpa surf sendiri nooo..

Kemungkinan besar perlawanan ini akan menjadi sengit kerana Terengganu telah tewas kepada Kelantan dalam aksi Piala FA bulan lepas. Segala senjata dan kekuatan akan digunakan oleh skuad Elavarasen demi mencipta 3 mata sekaligus membalas dendam yang berkurun lamanya itu.

Pemain Tumpuan Terengganu: Ashaari Samsuddin
Pemain Tumpuan Kelantan: Nor Farhan
Ramalan: Terengganu 3- Kelantan 1.


Luka Lama
Selangor mln ATM
8.45mlm, Std Shah Alam

ATM akan kembali memberi saingan di puncak liga JIKA menang ke atas Selangor di Shah Alam malam jumaat nanti. Ya, memang sesuai sangat guna perkataan JIKA. Dengan prestasi pasukan ATM sekiranya Marlon Alex tidak turun beraksi dan momentum pasukan pada gear 1, bermain pula di Shah Alam, selepas kalah bergaya ke atas Negeri Sembilan lagi, memang sesuailah digunakan perkataan JIKA.

Selangor pula seperti biasa bukanlah hendak bercakap besar..namun barisan pemain bermula dari posisi penjaga gol yang dikawal oleh Norazlan Razali membawa kepada kitman sekalipun, memang tersangatlah mantapnya ya ampun!! Kini matlamat Irfan Bakti dan ketua pasukan Asrarudin Putra ialah memastikan Selangor menduduki tangga ke-3 dan beroleh sekali lagi aksi di Piala AFC buat tahun kedua berturut-turut.(andai LIONS XII juara atau naib juara)

Pemain Tumpuan Selangor: Mahali Jasuli 
Pemain Tumpuan ATM: Fitri Omar
Ramalan: Selangor 2 - ATM 0.

Pelengkap Jadual
KL Felda United FC mln Terengganu PBDKT T-Team
4.45ptg, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya

Kedua-dua pasukan ini sebenarnya memasang cita-cita untuk mencipta kedudukan lebih baik untuk musim ini berbanding musim lepas. Pada awalnya mereka mensasarkan top 3. Namun kini hanya mampu duduk bottom 3. Entah apelah nasib kedua pasukan ini. Kalau kaya seperti Chelsea, bolehlah amalkan tabiat seperti kelab London itu. Jika kalah, mereka akan tukar jurulatih lagi atau beli pemain baru. Itu motto The Blues.

Kawe difahamkan Felda baru sahaja menambah semangat baru selepas kekalahan 3 kali berturut-turut dalam saingan Liga. Macam mana semangat itu ditambah pun kawe kurang periksa. Manakala pemain import mereka Leonelst Preux, boleh bermain di mana-mana posisi di bahagian serangan dan ini baik untuk Felda, kata K. Devan lagi sambil tangannya laju menebar roti jala.

Pemain Tumpuan KL Felda United FC: Leonelst Preux
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team:  Mohd Badrul Hisyam Morris
Ramalan KL Felda United FC 1 - Terengganu PBDKT T-Team 1.


Liga Super 19 | Jun 22, 2013 (Sabtu)



Tanda Puteri
Pahang mln Perak
8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan

Khas buat pasukan Perak dan Pahang yang dahulunya gergasi bola sepak di Malaysia....

Sesungguhnya akan tiba waktunya, bila di puncak, jatuh ke bawah, mungkin sementara barangkali. Sesungguhnya akan ada masanya akan tiba bila waktunya tidak menang. Maka ditanya kepada tukang kayu, Kenapa bermuram durja? Katanya sinar mentari hari ini tidak sama seperti semalam, walaupun iya, masih terus mahu bersinar, iya, cahayanya tetap sama, tetapi ia tidak sama seperti semalam. Tidak mengapa kerana sekurang-kurangnya sinar mentari masih terus mahu muncul di horizon, memberikan kehidupan baru untuk manusia. Ohhhh...

Tabahlah wahai anak muda....

Pemain Tumpuan Pahang: Mathias Conti
Pemain Tumpuan Perak: Farizal Marlias
Ramalan: Pahang 2 - Perak 0. 


Bukan Bintang Biasa
Negeri Sembilan mln Selangor PKNS FC
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Kejutan akan berlaku. Pasukan Nogori yang dibimbing oleh jurulatih sementara anak tempatan akan menewaskan PKNS dengan penuh bergaya sekaligus mencatat kemenangan liga yang kedua.

Pemain Tumpuan Negeri Sembilan: Nazrin Nawi
Pemain Tumpuan Selangor PKNS FC: Nazmi Faiz
Ramalan: Negeri Sembilan 2- Selangor PKNS FC 1



Hanya JDT Mampu Lakukan
Lions XII FC mln Johor Darul Takzim FC
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura

Buat masa ini memang JDT sangat gempak. Tak sia-sia mendapat sondolan “favourite” untuk saingan liga super tahun ini. Nunez pula menunjukkan kepada semua pengkritik yang memang dia pemain terbaik di seluruh sistem suria apabila menjaringkan 2 gol cantik dalam saingan Liga Super setakat ini. Sebagai persediaan menghadapi Lions XII di atas padang plastik, seluruh skuad JDT telah turun berlatih di Kluang yang juga memiliki padang plastik serupa di Padang Besar. Ini contoh pasukan yang bijaksana dan cergas pemikirannya. Tidak ragu lagi JDT akan menjadikan Lions XII sebagai lauk pauk.

Pemain Tumpuan Lions XII FC: Harris Harun
Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim FC: Nurul Azwan Roya
Ramalan Lions XII FC 0 -  Johor Darul Takzim FC 3

Friday, June 14, 2013

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2013 : KELANTAN vs JOHOR DARUL TAKZIM


 

Liverpool vs Manchester, AS Roma vs Lazio. Itulah dia ibaratnya pertemuan pada Final FA CUP 2013 ini. Mengikut kiraan logik akal, Kelantan sememangnya pasukan yang akan mudah memenangi perlawanan ini. Namun jangan dilupa, JDT begitu hebat musim ini. Mereka sudah menewaskan hampir semua bekas juara Piala FA seperti Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Semuanya JDT lakukan dengan mudah (paling mudah ketika bertemu Pahang. Macm tidak ada saingan. Tak berlatih ke skuad Pahang ni?). Ya semudah meludah ke arah anjing. Korang hape tau?
 
Kali ini seperti tahun lepas juga, kita tidak mahu berbicara mengenai pasukan Kelantan kerana semua sudah maklum kekuatan dan kelemahan pasukan ini. Yang mana musim ini sangat teserlah kelemahan mereka berbanding kekuatan. Kita juga mengetahui dengan siapa Khairul Fahmi berkahwin (mesti korang sedang terbayangkan senyuman manis Leuniey ketika ini). Tetapi kita tidak mengetahui nama isteri penjaga gol JDT..iye tak?
 
JDT juga mempunyai seorang penjaga gol yang tidak kurang hensemnya jika dibandingkan dengan Khairul Fahmi. Muhammad Al-Hafiz Hamzah, penjaga gol yang berusia 29 tahun ini berasal dari Pendang, Kedah. Kariernya bermula agak malap ketika bersama Kedah dan USM. Begitu juga pada permulaan musim bersama JDT. Al-Hafiz sebenarnya adalah penjaga gol kedua di belakang Zamir Selamat. Namun aksi mantap beliau dari satu perlawanan kepada satu perlawanan telah memikat jurulatih penjaga gol JDT, Khairul Azman untuk manjadikan beliau sebagai calon utama mengisi posisi benteng terakhir JDT. Zamir pula? Sedang sibuk menguruskan kedai kopinya bersama Khairul Fahmi. Nampaknya sudah siap perancangan untuk bersara awal gamaknya.

Pada usia sebegini, Al-Hafiz semestinya mahukan kejayaan menjadi milik JDT. Sekurang-kurangnya beliau ada cerita untuk disampaikan kepada cucu cicit beliau pada 30 tahun akan datang..Cerita Kisah JDT memenangi PIALA FA 2013.
 
Di barisan pertahanan pula, JDT memiliki sejumlah pemain yang 'sedia mati' untuk pasukan mereka. Antaranya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Kamarul Afiq Kamaruddin, Mohd Farid Ramli, Nazri Ahmad, Mohd Irfan Abdul Ghani dan Ahmad Tharmini Saiban. Namun antara yang perlu diberi perhatian ialah ketua pasukan JDT, Kamarul Afiq Kamaruddin. Ini adalah perlawanan akhir Piala FA yang kedua berturut-turut dalam kariernya. Gempak bukan? Sudah mestilah gempak dan power. Ini JDT lah!! Pengalaman yang beliau miliki ini boleh menjamin pasukan JDT melakar kejayaan menjulang Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Pertama kali sebagai JDT ya. Jangan nak buta sejarah pulak. Yang menang tahun 1998 tu Johor F.A.
 
Nurul Azwan Roya pula antara watak penting di bahagian tengah pasukan JDT ini. Lebih banyak beraksi sebagai pemain sayap kiri dan seringkali melakukan gerak bahaya untuk memerangkap pihak lawan. Pengalaman beharga beliau ketika membantu Kelantan memenangi 'treble' pada musim lepas banyak mematangkan corak permainan pemain kelahiran Pasir Putih ini. Juga pernah tampil dalam senarai 11 Pemain Terbaik Pilihan Kelantan 2012 pada musim yang sama setelah persembahan mantap sepanjang membantu Kelantan di bawah bimbingan Bojan Hodak.
 
Selain itu, JDT juga memiliki beberapa pemain mantap di bahagian tengah antaranya Andrezinho yang menjaringkan gol melayakkan JDT ke akhir ketika bertemu Pahang di separuh akhir kedua. Bekas ketua pasukan yang 'bertauladan' iaitu Safiq Rahim serta pemain yang penuh gaya Ezrie Shafizie dan Jasazrin Jamaluddin juga antara watak yang perlu diberi perhatian. Gandingan pemain ini mampu menggugat emosi pemain Kelantan sekiranya mereka memandang rendah keupayaan pasukan JDT.
 
Leonel Núñez dan Norshahrul Idlan Talaha pula akan mengisi bahagian serangan pasukan JDT. Sekiranya kedua mereka dalam 'mood' yang baik, semestinya Kelantan akan berada dalam keadaan bahaya. Selain dari Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak yang seringkali cedera dan lemas akibat terjahan rakus Ayu Raudah, JDT turut mempunyai 'Rooney Malaysia' iaitu Safee Sali. Jika dahulu Rooney digelar Wazza. Kini JDT ada Safee dengan gelaran Safaa!! Beliau sangat tajam di hadapan gol. Jika terleka barang sesaat. Nescaya Kelantan dalam bahaya.

Sekali imbas jika dilihat memang JDT tidak mempunyai peluang untuk menewaskan Kelantan. Tetapi saya mempunyai naluri yang  kuat mengatakan JDT pasti akan berjaya menewaskan Kelantan pada tanggal 29 Jun nanti. Percayalah...JDT 2 - Kelantan 1.

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Japan





Perlawanan pertama Piala Konfederasi ini akan menemukan Juara Asia, Jepun menentang pasukan tuan rumah Brazil. Ia satu kegemparan yang amat ditunggu oleh seluruh warga dunia. Kejayaan Brazil menewaskan Perancis Ahad lepas memberi sedikit keyakinan kepada anak buah Felipe Scolari. Namun kita tidak boleh menidakkan keupayaan Jepun yang hebat sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia ini apabila menjadi negara pertama yang layak menyertai tuan rumah Brazil.  

Menjelang perlawanan ini, setiap mata sudah akan pasti tertumpu kepada Neymar dari Brazil dan Shinji Kagawa serta Keisuke Honda dari Jepun. Neymar akan berjuang berhabisan untuk membuktikan dia bukan sekadar wajah 'budak poster' dari Brazil. Manakala Kagawa sepanjang musim pertamannya ini amat cemerlang bersama Manchester United. Sudah pasti form yang sama akan dibawa terus ke Piala Konfederasi ini. Jika dilihat dari segi kapasiti bakat serangan yang Jepun miliki, saya yakin Zacherroni mampu mengejutkan Brazil.
 
Selain itu, menarik untuk melihat bagaimana pemain seperti Paulinho dan Makoto Hasebe berkembang dalam keojohanan ini selepas prestasi cemerlang yang mereka pamerkan lewat ini. Ramai yang memandang rendah pasukan Jepun dalam kejohanan kali ini, dan saya juga terpaksa setuju dengan pendapat majoriti. Brazil mungkin akan menang dengan jumlah gol yang tipis.
 
Ramalan: Brazil 2 - Jepun 1  
 

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.



Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

1. Jose Mourinho

 "I AM THE HAPPY ONE." Selamat datang kepada Pengurus baru Chelsea!!!


2. Panggilan OKS.

Ong Kim Swee memanggil 8 orang pemain tambahan bagi menguatkan skuadnya pada kejohanan Sukan Universiti di Kazan, Russia pada July 5.
  • Junior Eldstal (Sarawak)
  • Nazirul Naim (FC Ryukyu) 
  • Zubir Azmi (Terengganu)
  • K. Reuben (ATM)
  • S. Sivanesan (Negeri Sembilan)
  • K. Prabakaran (Sime Darby)
  • Nazri Ahmad (Darul Takzim)
  • Nik Shahrul Azim (Kelantan)

3. Papis Cisse

Papis Cisse menolak untuk menyarung jersi Newcastle musim depam selepas kelab itu mengumumkan penaja baru mereka iaitu Wonga.com.


4. Kecerahan Lampu

Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah mencapai piawaian kecerahan lampu limpah yang ditetapkan oleh FAM iaitu 1910 Lux. Malah ia sudah lebih daripada syaratnya iaitu 1200 Lux.


5. Lawatan Autralia.

Harimau Malaya tewas 3-2 kepada kelab ayam Canberra FC. Namun mereka bangkit menewaskan kelab ayam juga, Sydney Olympic 4-0. Mereka menamatkan jelajah tidak berfaedah ini dengan tewas 2-0 kepada Marconi Stallions.


6. Aku Mahu Pulang

Seperti dijangka, Wan Zack Haikal akan pulang ke tanah air lebih awal dari kontrak 2 tahunnya. Puncanya? Korang search sendiri.


7. Kad Merah Mascherano



8. Mido Bersara

Bekas bintang Zamalek, Ahmed Hossam 'Mido' mengumumkan persaraannya daripada bola sepak pada usia 30 tahun selepas gagal mencari kelab sejak meninggalkan Barnsley pada bulan Januari lepas.


9. Cukai

Messi lari daripada membayar cukai. Apa sudah jadi?


10. Piala Konfederasi

Ia sudah bermula. Pemanas badan sebelum kejohan Piala Dunia 2014 di Brazil tahun hadapan!!!

Thursday, June 13, 2013

Piala Konfederasi 2013 - TAHITI


Penjaga gol

1 Mikael ROCHE
22 Gilbert MERIEL
23 Xavier SAMIN

Pertahanan

4 Teheivarii LUDIVION
5 Tamatoa WAGEMANN
8 Stephane FAATIARAU
10 Nicolas VALLAR
12 Edson LEMAIRE
19 Vincent SIMON
20 Yannick VERO

Tengah

6 Henri CAROINE
7 Heimano BOUREBARE
11 Stanley ATANI
14 Rainui AROITA
15 Lorenzo TEHAU
16 Ricky AITAMAI
17 Jonathan TEHAU

Penyerang

2 Alvin TEHAU
3 Marama VAHIRUA
9 Teaonui TEHAU
13 Steevy CHONG HUE
18 Yohann TIHONI
21 Samuel HNANYINE

Jurulatih : ETAETA Eddy


Negara kecil kepulauan Pacific ini menempah tiket ke Brazil dengan kemenangan 1-0 ke atas New Caledonia dalam kejohanan Piala Oceania 2012. Steevy Chong Hue meledak gol kemenangan dan menjadi wira negara yang terkenal dengan pantai yang indah ini melebihi daripada hal berkaitan bola sepak.

Walaupun kebanyakan pemain Tahiti terdiri daripada mereka yang amatur, tetapi jurulatih Eddy Etaeta menegaskan bahawa pasukannya tidak akan mengalah dengan mudah untuk saingan Piala Konfederasi ini.

Etaeta mungkin akan cuba menyamai pencapaian pasukan wakil Oceania sebelum ini iaitu Australia yang mana mendapat tempat kedua untuk kejohanan 1997 - tewas 6-0 ketika menentang Brazil.

Ramalan: Mustahil untuk melepasi peringkat kumpulan. Dijangka akan menjadi lauk dan mudah diratah.

Piala Konfederasi 2013 - NIGERIA




Penjaga gol: 23-Chigozie Agbim (Enugu Rangers), 16-Austin Ejide (Hapoel Beer Sheva), 1-Vincent Enyeama (Maccabi Tel Aviv)

Pertahanan: 5-Efe Ambrose (Celtic), 21-Francis Benjamin (Heartland FC), 3-Elderson Echiejile (Sporting Braga), 6-Azubuike Egwuekwe (Warri Wolves), 12-Solomon Kwambe, 2-Godfrey Oboabona (both Sunshine Stars), 22-Kenneth Omeruo (ADO Den Haag)

Tengah: 18-Emeka Eze (Enugu Rangers), 10-John Obi Mikel (Chelsea), 13-Fegor Ogude (Valerenga), 4-John Ogu (Academica Coimbra), 17-Ogenyi Onazi (Lazio), 19-Sunday Mba (Enugu Rangers)

Penyerang: 9-Joseph Akpala (Werder Bremen), 15-Michael Babatunde (FC Kryvbas), 11-Muhammad Gambo (Kano Pillars), 8-Brown Ideye (Dynamo Kiev), 7-Ahmed Musa (CSKA Moscow), 20-Nnamdi Oduamadi (Varese), 14-Anthony Ujah (FC Cologne).


Super Eagles sejak beberapa tahun sebelum ini agak tenggelam. Sehinggalah mereka muncul juara Piala Afrika Februari lepas menewaskan Burkina Faso 1-0. Kegagalan layak ke Piala Dunia 2006 di Jerman serta gagal melepasi peringkat kumpulan di Afrika Selatan adalah siri kegagalan yang mereka cuba lupakan. Paling dibanggakan pun ialah pernah berada pada rangking tertinggi dalam sejarah bola sepak Nigeria pada tahun 1994 dengan menghuni tangga kelima ketika itu.

Pemain terbaik mereka buat masa ini ialah, John Obi Mikel. Di bahagian tengah beliau akan mematahkan setiap serangan dari pihak lawan sehingga membuatkan pemain sengal seperti Suarez terpinga-pinga. Hanya penjaga gol veteran Vincent Enyeama sahaja yang mempunyai  caps melebihi Mikel. Dan pengalaman ini boleh menjadi asset penting dalam kumpulan yang turut dibarisi Sepanyol dan Uruguay ini.

Salah satu pemain yang juga perlu diberi perhatian adalah Ahmed Musa. Dia adalah pemain sayap yang rajin dan ketika ini beraksi dengan kelab CSKA di Rusia. Beliau sangat pantas, boleh menggelecek dengan baik, serta boleh merembat dengan tepat dari jarak jauh. Pada usia hanya 20 tahun, beliau sudah menjadi pemain yang sangat matang, dan nampaknya dia sudah bersedia untuk bersinar pada musim panas ini. Ahmed Musa juga salah satu pemain paling berpengalaman dalam pasukan, dan keupayaannya menjaringkan gol menjadikan beliau watak penting dalam skuad dan dalam masa yang sama telah memiliki 5 jaringan gol bersama Nigeria

Ramalan - Nigeria telah diletakkan dalam kumpulan yang sangat sukar, dan mereka pasti perlu bekerja keras untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Saya merasakan nasib Nigeria akan ditentukan pada perlawanan terakhir. Meskipun masih ramai yang terkejut dengan kejayaan mereka Februari lepas, saya percaya mereka tidak akan berjaya mengulangi kecemerlangan yang sama.

Piala Konfederasi 2013 - URUGUAY





Penjaga gol: Muslera (Galatasaray), Castillo (Danubio FC), Silva (Defensor); 

Pertahanan: Lugano (Malaga), Godin (Atletico Madrid), Coates (Liverpool), Aguirregaray (Penarol), Pereira (Benfica), Scotti (Nacional), Caceres (Juventus); 

Tengah: Gargano (Inter Milan), Pereira (Inter Milan), Rodriguez (Atletico Madrid), Eguren (Club Libertad), Lodeiro (Botafogo), Perez (Bologna), Arevalo (Palermo), Ramirez (Southampton), Gonzalez (Lazio);

 Penyerang: Suarez (Liverpool), Forlan (Internacional), Hernandez (Palermo), Cavani (Napoli).

Sejak Copa América 2011, Uruguay telah berjuang untuk mengulangi kecemerlangan di Argentina dan Afrika Selatan. Mereka perlu melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil tahun depan sekaligus memberi saingan kepada negara jirannya itu, Brazil. Namun begitu, juara Piala Dunia sebanyak 2 kali ini telah mengalami penurunan mendadak sejak memenangi Copa America 201. Kini, La Celeste berada dalam keadaan bahaya hilang peluang beraksi di  Piala Dunia Brazil 2014 setelah hanya memperolehi dua mata daripada enam perlawanan dan jatuh ke tangga ketujuh, tiga tempat di bawah kelayakan automatik.

Kemenangan 1-0 ke atas Perancis di Montevideo beberapa minggu lepas adalah yang pertama terhadap Les Bleus sejak tahun 1966. Selepas perlawanan itu beberapa kelemahan dikenalpasti dalam skuad Uruguay. Namun kekuatan utama Uruguay ketika ini adalah barisan serangannya. Tabarez akan mempunyai pelbagai pilihan barisan serangan seperti Luis Suarez (Liverpool), Edinson Cavani (Napoli), Diego Forlan (Internacional) dan Abel Hernandez (Palermo).


Buat masa ini, Edinson Cavani adalah antara penyerang terbaik di Itali dan sudah banyak kelab-kelab terkemuka eropah mahu mendapatkannya. Selepas menjaringkan 38 gol dalam 43 perlawanan musim ini, dia boleh dikatakan antara penyerang paling berbahaya dalam kejohanan ini. Sementara itu, pertahanan Juventus, Martin Caceres yang telah dimasukkan selepas kemalangan kereta memaksanya daripada dua perlawanan kelayakan Piala Dunia pada bulan Mac.

Selain itu, penjaga gol berpengalaman Uruguay, Fernando Muslera yang kini bermain di Turki dengan Galatasaray juga antara pemain yang penting dalam skuad Le Celeste ini. Beliau seorang yang tangkas dan mampu memberi kejayaan secara sendirian kepada Uruguay. Muslera adalah antara penjaga gol termuda dalam kejohanan ini pada usia 26 tahun dan dia juga adalah antara yang terbaik.

Ramalan - Uruguay akan menentang Sepanyol dalam perlawanan pertama. Diikuti dengan perlawanan penting menentang Nigeria. Saya fikir kualiti menyerang mereka ditambah dengan kestabilan barisan pertahanan akan membawa pasukan ini melepasi peringkat pkumpulan. Namun akan tewas pada separuh akhir dan akan bertemu Brazil untuk penentuan  tempat ketiga dan keempat.

Piala Konfederasi 2013 - SEPANYOL


 
Penjaga gol: Casillas (Real Madrid), Reina (Liverpool), Valdes (Barcelona);

Pertahanan: Alba (Barcelona), Albiol (Real Madrid), Arbeloa (Real Madrid), Azpilicueta (Chelsea), Monreal (Arsenal), Pique (Barcelona), Ramos (Real Madrid);

Tengah: Busquets (Barcelona), Cazorla (Arsenal), Fabregas (Barcelona), Iniesta (Barcelona), Martinez (Bayern Munich), Mata (Chelsea), Navas (Sevilla), Pedro (Barcelona), Silva (Manchester City) Xavi (Barcelona);

Penyerang: Torres (Chelsea), Soldado (Valencia), Villa (Barcelona).

 
La Roja telah memenangi hampir setiap kejohanan yang mereka sertai dalam tempoh lima tahun yang lalu. Hanya trofi ini sahaja yang belum dimiliki oleh pasukan Vicente del Bosque. Piala Dunia dan Eropah sudah menjadi milik mereka. Namun mereka hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam Konfederasi 2009 sebelum ini. Del Bosque juga menegaskan piala ini adalah penting buat Sepanyol bagi mengukir satu lagi sejarah dalam pentas bola sepak dunia.

Seperti yang dijangka, Barcelona dan Real Madrid telah menyediakan sebahagian besar daripada skuad Sepanyol dengan 13 daripada 26 pemain yang dinamakan oleh Del Bosque. Pemain terbaik Sepanyol buat masa ini ialah Andres Iniesta. Jarang menghampakan dan sering memberikan aksi yang menakjubkan. Sangat konsisten serta cemerlang, Iniesta boleh mengubah nasib sesebuah pasukan hanya dalam sekelip mata dan mampu lebih menyerlah dalam perlawanan penting yang melibatkan Sepanyol.

Jurulatih yang berusia 62 tahun ini juga telah memanggil semula penyerang Fernando Torres selepas berjaya menjaringkan 23 gol yang menarik untuk Chelsea sepanjang musim 2012-13 ini. Manakala pemain tengah Bayern Munich, Javi Martinez juga kembali diberi kepercayaan. Ini mungkin disebabkan oleh pemain tengah Real Madrid, Xabi Alonso akan terlepas kejohanan ini selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan paha. Kedua-dua pemain ini Torres dan Martinez telah terlepas aksi untuk kelayakan Piala Dunia bagi Sepanyol ketika menentang Perancis dan Finland pada bulan Mac.

Sangat sukar untuk memilih pemain yang tidak dikenal dalam pasukan Sepanyol ini kerana pelbagai kejayaan telah dimiliki oleh setiap daripada pemain yang mereka ada. Setiap posisi seperti tiada kelemahan. Namun salah satu posisi yang menjadi kegusaran skuad Sepanyol sebelum ini ialah pertahanan kanan. Cesar Azpilicueta saya kira mampu mengantikan Arbeloa yang sedikit lemah m Euro 2012 tahun lepas. Azpilicueta telah memberikan aksi cemerlang untuk Chelsea musim ini, dan dia adalah pemain yang perlu diberi perhatian sepanjang kejohanan ini.
 
Ramalan - Dari segi pengalaman, pasukan Sepanyol ternyata sudah sebelah kaki menjulang piala ini. Lima pemain mereka mempunyai lebih daripada 100 caps. Kebanyakan pemainnya juga adalah anggota skuad cemerlang sejak Euro 2008 lagi. Tidak mustahil mereka akan pulang sebagai juara kejohanan Piala Konfederasi 2013.



Piala Konfederasi 2013 - JEPUN



Jurulatih: Alberto Zaccheroni

Jasa beliau yang paling dingati ialah kejayaan menjulang scudetto bersama AC Milan pada 1999. Beliau juga meminati  sistem 3-4-3. Menjadi jurulatih yang memenangi Piala AFC 2011 dan juga merupakan pengurus pertama yang berjaya membawa pasukannya layak ke Piala Dunia 2014. Mungkin sudah masanya untuk Zaccheroni berehat dan menenangkan diri sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia tahun depan. Tetapi dengan adanya Piala Konfederasi ini, tidak salah rasanya menambah pingat kejayaan untuk pasukan Jepun. 


Penjaga gol: Eiji Kawashima (Standard Liege), Shusaku Nishikawa (Sanfrecce Hiroshima), Shuichi Gonda (FC Tokyo).

Saya mungkin akan memilih Eiji Kawashima sebagai pilihan utama untuk menjaga gawang Jepun dengan 44 caps yang telah beliau miliki serta mengambil kira  keterlibatan beliau dalam Piala Dunia yang lepas. Sudah pasti dia mendapat beberapa pengalaman yang baik untuk digunakan dalam kejohanan ini. Kawashima juga merupakan salah satu penjaga gol terbaik di Belgium Pro-League buat masa ini. Penjaga gol kedua, Nishikawa  mungkin akan dapat membantu apabila keadaan diperlukan. Tetapi masih banyak yang perlu dipelajari oleh penjaga gol ketiga, Gonda yang hanya mempunyai hanya satu cap sahaja setakat ini.

 
Pertahanan:Yasuyuki Konno (Gamba Osaka), Yuzo Kurihara (Yokohama F Marinos), Masahiko Inoha (Jubilo Iwata), Yuto Nagatomo (Inter Milan), Atsuto Uchida (Schalke), Maya Yoshida (Southampton), Hiroki Sakai (Hannover), Gotoku Sakai ( Stuttgart).

Apabila menonton aksi Nagatamo di Inter Milan, dia seolah-olah mempunyai bateri di dalam jantungnya serta tidak pernah kong. Dia boleh berlari selama 90 minit atau lebih. Seorang pertahanan yang sangat baik dan sesuai dengan perancangan skuad Zaccheroni ini. Lebih banyak hantaran lintang yang berkualiti perlu dilakukan oleh Nagatomo disamping larian obornya itu. Maya Yoshida yang beroleh 29 penampilan untuk Southampton musim ini juga antara nadi utama pertahanan Jepun. Selain itu, pemain seperti H. Sakai, G.Sakai dan Uchida sudah pasti akan menambahkan elemen Jerman sekiranya mereka dipanggil turun beraksi.

 
Tengah:Yasuhito Endo (Gamba), Kengo Nakamura (Kawasaki Frontale), Makoto Hasebe (Wolfsburg), Hajime Hosogai (Hertha Berlin), Keisuke Honda (CSKA Moscow), Hideto Takahashi (FC Tokyo).

Yasuhito Endo, mempunyai 128 caps untuk Jepun (tertinggi). Beliau adalah seorang lagenda yang terbaik pernah dimiliki oleh Jepun. Tersenarai sebanyak 10 kali dalam Best-Eleven J-league. Juga terkenal dengan ketepatan yang luar biasa dalam mengambil sepakan percuma. Endo telah membentuk tulang belakang yang padu dalam skuad Jepun ini. Beliau juga memiliki IQ bola sepak yang sangat tinggi. Lebih tinggi dari Shukor Adan saya rasa. Kehadiran beliau adalah untuk memberi inspirasi kepada seluruh skuad.

Beraksi di samping beliau adalah Hasebe, bintang dari Bundesliga ini merupakan ketua pasukan yang boleh diharapkan ketika pasukan Jepun amat dahagakan kepimpinan beliau. Nama Keisuke Honda seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pemain tonggak CSKA Moscow sedang berusaha untuk menambah jumlah 42 caps miliknya hanya pada usia 27 tahun.
 

Penyerang: Ryoichi Maeda (Jubilo), Shinji Okazaki (Stuttgart), Mike Havenaar (Vitesse Arnhem), Takashi Inui (Eintracht Frankfurt), Shinji Kagawa (Manchester United), Hiroshi Kiyotake (Nuremburg)

Dari senarai yang disebut di atas, ternyata Shinji Kagawa adalah yang paling menonjol di barisan hadapan Jepun. Beroleh 39 caps dan mendahului penyerang veteran Maeda yang hanya mempunyai 23 caps walaupun sudah 6 tahun bersama Samurai Biru. Okazaki akan menjadi penyerang utama sambil Shinji Kagawa akan bermain dibelakangnya. Dengan formasi 4-2-3-1, mungkin Shinji akan beroperasi pada sebelah kiri dan menolak Okazaki untuk bermain lebih ke hadapan.

 
Ramalan: Setelah dikaji bersama-sama pembantu saya Jenna Haze dan Tori Balck, kami tidak melihat Jepun akan layak melepasi peringkat kumpulan. Matahari mungkin akan menyinar, namun apabila udara wisel ditiup, mungkin ia akan mula terbit dari barat. Nampak tak perumpaan dahsyat di situ? Tempat ketiga akan menjadi terpuji untuk Jepun. Manakala tempat kedua akan membuatkan Soltan Bola terus menggeleng kepala atas dan bawah.

Wednesday, June 12, 2013

Piala Konfederasi 2013 - ITALY

 
Jurulatih: Cesare Prandelli

Saya kadang-kadang mahu memanggil beliau dengan gelaran abang rambut ketak. Ataupun lelaki tanpa perasaan. Tetapi sejak Euro 2012 yang lepas, kebanyakan peminat The Azzuri sudah boleh terseyum lebar sedikit. Piala konfederasi ini akan menjadi satu lagi peluang bagi Itali untuk terus membina semula pasukan mereka sambil berharap sumpahan Piala Dunia 2010 berehat selama-lamanya di persisiran pantai Afrika.

 
Penjaga gol: Buffon (Juventus), Marchetti (Lazio), Sirigu (Paris St Germain)
 
Baik Salvatore Sirigu ataupun Federico Marchetti, kedua-duanya adalah penjaga gol yang baik. Tetapi ia amat sukar untuk membayangkan antara kedua mereka melepasi Buffon ketika ini. Kapten yang hebat - pemimpin terbilang. Serahkan semuanya kepada Buffon dan pasukan Itali akan sentiasa selamat.
 
 
Pertahanan: Abate (Milan), Astori (Cagliari), Barzagli (Juventus), Bonucci (Juventus), Chiellini (Juventus), De Sciglio (Milan), Maggio (Napoli)
 
Pertahanan adalah nadi utama pasukan Itali. Statistik menunjukkan bahawa ketiga-tiga pertahanan Juventus yang terdiri daripada Giorgio Chiellini, Andrea Barzagli, dan Leonardo Bonucci hanya bolos dua gol dalam peringkat kumpulan di Euro 2012 serta hanya bolos 24 gol sepanjang musim ini di Serie A boleh mendatangkan ngeri kepada pasukan lawan. Balzaretti mungkin telah mengejutkan ramai pemerhati bola sepak dengan aksi cemerlangnya untuk Itali pada Euro 2012. Namun malangnya nama beliau tiada dalam skuad Itali untuk Piala Konfederasi ini. Siapakah yang wajar menjadi penggantinya? Christian Maggio ataupun pemain muda yang sedang meningkat naik Mattia De Sciglio?

 
Tengah: Aquilani (Fiorentina), Candreva (Lazio), De Rossi (Roma), Diamanti (Bologna), Giaccherini (Juventus), Marchisio (Juventus), Montolivo (Milan), Pirlo (Juventus).
 
Menonton kehebatan Pirlo membuat hantaran tepat adalah sama nikmatnya melihat Jenna Haze beraksi dihadapan lensa kamera. Inilah kepuasan sejati buat The Azzuri. Mungkin nama Pirlo adalah satu-satunya yang menjadi kemestian setiap kali panggilan skuad kebangsaan dilakukan. Namun begitu, saya tidak akan bercakap tentang Pirlo semata-mata. Masih ramai lagi muka-muka baru dalam skuad Itali yang perlu diberi perhatian.

Izinkan saya memperkenalkan anda kepada pemain generasi baru seperti Claudio Marchisio, Riccardo Montolivo dan Daniele De Rossi. Selain daripada Pirlo - De Rossi,  sama ada ketika memakai baju Roma atau jersi Itali, beliau akan mempamerkan kualiti dan abiliti yang hebat dan tiada tolok bandingnya. Mempunyai satu set skill yang unik serta kemahiran taktikal yang tinggi menjadikan De Rossi antara pemain yang paling perlu diberi perhatian dalam kejohanan kali ini.

 
Serangan: Balotelli (Milan), Cerci (Torino), El Shaarawy (Milan), Gilardino (Bologna), Giovinco (Juventus)
 
Apa lagi yang boleh anda harapkan apabila anda membawa dua orang penyerang muda dengan hampir 30 gol di antara mereka (Stephan El Shaarawy-16 | Mario Balotelli-12), seorang penyerang dengan gelaran juara Serie A (Giovinco) dan satu lagi pemain mendapat sekitar 13 gol untuk namanya? (Gilardino). Sudah semestinya harapan untuk merodok jaring gol lawan amat berkobar-kobar dan membara di jiwa.
 
Disiplin Balotelli mungkin boleh dipersoalkan oleh orang ramai di seluruh dunia. Tetapi selagi dia menjaringkan gol dan bermain cemerlang. Ia sudah cukup untuk menggembirakan seluruh Itali. Barisan hadapan Itali pada kali ini agak muda, tangkas, pantas dan cekap. Jaga-jaga semua ye Cik Salmah.
 
 
Ramalan: Terlalu banyak kualiti di dalam pasukan ini. Setiap dari posisinya seolah-olah mempunyai matlatmat sendiri untuk membuktikan kepada dunia bahawa pasukan Itali ini masih lagi antara yang terbaik di muka bumi. Kedudukan pertama dan kedua mungkin sudah ditakdirkan untuk Itali. Itupun sekiranya mereka menewaskan Mexico dan Japun.