There was an error in this gadget

Monday, April 30, 2012

PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN

Dan 'ranking' Malaysia terus jatuh...dan jatuh....
Pengenalan Kisah

Petang yang panas belum tentu dapat mengeringkan baju di ampaian..Umum semua sudah mengetahui lewat ini ungkapan "PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN" seringkali kedengaran di setiap kawasan sehingga ia bergema-gema di Felda Taib Andak. Andaikata selepas moreh 17 Ramadhan kelak, Presiden FAM mengumumkan perletakan jawatan, maka siapakah yang bersedia menggantikannya? Ultra Malaya kah? Uncle Seekers kah? Ataupun Fakri Saarani? Adakah pengganti baginda bersedia untuk memikul tugas yang maha berat dan 'ber-migrain' ini?

Bercakap memang senang, melaksanakan amat payah. Ibarat pepatah kuno Acheh "Mengail ikan di lautan takan sama dengan mengail ikan di daratan". Sekiranya Presiden meletakan jawatan, mereka yang selama ini mendesak baginda hendaklah tampil dengan strategi dan taktik ampuh untuk mengembalikan maruah bolasepak negara. Jangan pula masih terkial-kial nak memilih siapa pengambil minit mesyuarat, siapa menjaga kaunter tiket dan siapa tukang urut pasukan? Namun begitu siapakah yang benar-benar layak menggantikan baginda?

Siapa?

Seperti yang kita semua tahu, bola sepak  Malaysia sejak 1984 telah jatuh merudum bagaikan buah kelapa yang berguguran dipukul ribut. Kali terakhir kejayaan kita di peringkat antarabangsa adalah layak ke Olimpik Moscow 1980 namun kita menarik diri atas alasan boikot terhadap keterlibatan Kesatuan Soviet dalam menghantar tenteranya ke Afganistan. Kemudian kita dihidangkan dengan bersiri episod kegagalan di peringkat antarabangsa. Bagaikan seperti menonton telenovela episod kegagalan ini bersambung-sambung dari tahun ke tahun. Kandas di Kelayakan Piala Dunia sudah menjadi rutin setiap 4 tahun. Begitu juga dengan kegagalan layak ke Olimpik dan Piala Asia. Malaysia juga pernah bermain di Piala Asia 2007 tetapi hanya sebagai tuan rumah bersama dan hanya untuk dimalukan oleh pasukan Asia yang lain.

Bukanlah untuk menidakan jasa baginda, namun sudah sampai masanya muka-muka baru diberi peluang mengemudi persatuan yang 'popular' ini. Ijazah dari United Kingdom dan pernah terlibat dengan rancangan realiti televisyen bukanlah tiket mudah untuk memimpin FAM. Bukan juga dari golongan Datuk dan ahli politik. FAM sepatutnya ditadbir oleh mereka yang mempunyai kepakaran dan kelayakan dalam bolasepak. Roh dan batin mestilah diliputi nafsu dalam memajukan bolasepak dan bukannya demi kepentingan poket sendiri.

Kita sebenarnya tidak ketandusan pakar yang benar-benar layak mengemudi FAM ini. Seperti mana ramainya bakat muda kita bermain bolasepak di luar negara. Seramai itulah juga pakar bolasepak rakyat Malaysia yang berkelana di luar. Kita tolak dahulu isu mengenai kesombongan FAM untuk memperlawa bakat muda bermain mewakili pasukan Harimau Malaya. Sama ada mereka sendiri tidak berminat mewakili Malaysia ataupun FAM gagal menarik mereka pulang ke perantauan, itu kita tidak tahu.

Bebalik pada tokoh yang layak mengisi kepimpinan FAM. Pemilihan dalam menduduki organisasi FAM ini sewajarnya lebih terbuka dan diisi oleh mereka yang benar-benar berkelayakan. Antara pakar yang telah berkelana di luar negara dan bukannya 'berkelana jaya' ialah:


Lim Teong Kim - Beliau telah mengambil lesen paling tinggi dalam bola sepak Jerman di Cologne pada Jun 2005 dan terlibat secara langsung dalam mencungkil bakat Thomas Muller dan Mesut Ozil. Beliau memperolehi lesen A beliau di Sekolah Sukan Hennef pada 1997 sebelum kembali ke Kuala Lumpur pada awal tahun 1998 untuk mengambil tawaran sebagai ketua akademi di FAM. Beliau kemudiannya mengetuai pasukan Malaysia ke kejohanan Antarabangsa Nike Premier Cup Zon Asia Pasifik bawah 14 tahun. Selepas beroleh kemenangan hebat 3-0 ke atas Thailand dalam perlawanan akhir pada bulan Jun 1998, pasukan bimbingannya layak ke Peringkat Akhir Dunia di Paris bersempena dengan Kejohanan Piala Dunia France'98 .Namun Teong Kim, meninggalkan jawatannya secara tiba-tiba pada tahun 1999 selepas cubaan membawa pembaharuan di negara ini telah ditentang oleh segelintir pihak-pihak tertentu.


Subkhiddin Mohd Salleh - Beliau kini anggota jawatankuasa pengadil FIFA. Subkhiddin Mohd Salleh, adalah salah satu daripada pengadil terbaik Asia pada zamannya. Beliau telah dipilih untuk mengadili Kejohanan Piala Dunia bawah 20 tahun pada 2007 di Kanada dan juga pada tahun 2009 di Mesir. Beliau juga pernah mengadili perlawanan dalam Kejohanan Piala Asia. Sejak dari tahun 2008 beliau sudah berada dalam senarai Elite Pengadil AFC dan beliau telah dipilih untuk pergi ke Piala Dunia 2010 di Afrika.


Windsor Paul John - Adakah benar beliau dikhabarkan akan menjadi penolong Pep Guardiola? Anak jati Kedah ini bekas ketua penyelidikan dan pembangunan FAM, pernah menjadi penolong jurulatih kepada M. Chandran di Selangor. Dari seorang Ketua Penyelaras dalam Piala Dunia FIFA dan FIFA Club Championship, tidak ramai yang menyedari bahawa dia berada di Jepun baru-baru ini sebagai ketua penyelaras pertandingan untuk Kejohanan Piala Kelab Dunia dan beliau juga adalah Ketua Pasukan Pemeriksaan FIFA ke Sukan Olimpik London. Beliau juga telah menulis sebuah buku mengenai Pengurusan Acara Bola Sepak untuk Presiden FIFA, Sepp Blatter. Buku ini dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Bayangkan semua orang termasuk Diego Maradona terpaksa meminta kebenaran Windsor untuk masuk bilik persalinan ketika Piala Dunia 2010 yang lepas.


Dell Akbar Khan - Bekas pertahanan kanan Malaysia ini merupakan anggota jawatankuasa stadium dan keselamatan FIFA sejak tahun 2008. Pada 2009, beliau berkhidmat untuk 'Confederations Cup' di South Africa dan juga Club World Cup di Abu Dhabi.


Yap Nyim Keong - Individu yang pernah meletak jawatan selaku penolong setiausaha agung FAM pada 2005 dan kini menasihati Chinese FA. Ketika ditanya oleh seorang wartawan termuka Malaysia Rizal Hashim tentang isu perletakan jawatan tersebut, beliau menjawab..."Rizal, over there 2 billion people will listen to what I say, but over here....." keluhan ikhlas beliau mengenai budaya di FAM.


Tokoh Tempatan?

Sekiranya mereka yang bekelana itu tidak mahu kembali berkhidmat di tanah air. Kita masih lagi mempunyai jurulatih,pengkritik dan individu yang berkaliber serta berkelayakan untuk mengisi organisasi FAM. Antaranya...



Haji Abdul Rahman - Muncul menjadi jurulatih Malaysia pada tahun 1999 yang mana ketika itu bolasepak kita sedang ketandusan bakat. Namun beliau masih berjaya membawa Harimau Malaya ke tempat ketiga Piala Tiger 2000. Terkenal dengan taktikal yang hebat dan kadangkala lantang bersuara memberi kritikan terhadap pasukan Harimau Malaya. Apa yang berharga adalah OTAKnya. Sudah sampai masanya beliau berehat dari arena kejurulatihan dan duduk di kerusi empuk memerah otak untuk kemajuan bolasepak negara.


Zainal Abidin Hasan - Bakatnya berjaya dicungkil oleh Frank Lord pada 1982 ketika bermain untuk Pahang. 'Permata Hitam' Malaysia ini bermula sebagai permain pertahanan di Selangor, namun ditransformasikan menjadi penyerang ketika bersama Pahang. Barangsiapa yang tidak mengenali Zainal Abidin Hasan, ia umpana "Meminati Metallica, tetapi tidak menghafal lirik lagu Nothing Else Matters" Namun kini setelah berusia 49 tahun, beliau lebih selesa menjadi pengkritik untuk rancangan Maharaja Lawak Mega sahaja. Kalau kritik FAM, kena 'cantas' pulooook.


Dollah Salleh - Menggemparkan Asia apabila menjadi penjaring gol tunggal ketika penampilan pertama beliau menentang Korea Selatan pada Perlawanan Kelayakan Piala Dunia 1986. Perlawanan yang berlansung di hadapan 35, 000 penyokong Harimau Malaya ketika itu menjadi bukti kepada kehadiran seorang anak muda yang berusia 22 yang pastinya akan menggemparkan arena bolasepak tempatan. Kecermelangan beliau sebagai pemain di teruskan pula di arena pengurusan. Membawa pasukan yang berstatus kelab, MPPJ menjulang 3 piala ketika musim 2003-3004. Kemudiannya membawa Selangor menjulang 3 piala juga pada musim 2005. Kini bersama Zainal Abidin Hasan membimbing pasukan Pahang untuk layak ke Liga Super musim hadapan. "Pahang not dead"



Khalid Ali - Secara konsisten mengkritik FAM. Teringin juga melihat Khalid Ali terlibat secara lansung dalam pembangunan bolasepak Malaysia. Beliau juga adalah peminat setia Tan Sri Anuar Musa (TSAM) apabila secara terang-terangan mengatakan 'kabinet FAM' cacat setelah TSAM hanya dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Bolasepak wanita. Terbaru Khalid Ali mengkritik tindakan FAM menggantung TSAM.



Shebby Singh - Shebby Singh atau nama sebenarnya Serbegeth Singh adalah merupakan bekas pemain kebangsaan Malaysia berketurunan Punjabi daripada tahun 1978 hingga 1996. Beliau juga merupakan kapten Kuala Lumpur F.A. membantu pasukan berkenaan menjuarai Piala Malaysia sebanyak tiga kali berturut-turut dari 1987 hingga 1989. Kerjayanya di dalam liga bola sepak Malaysia telah berlangsung kira kira lapan belas tahun daripada 1978-96. Beliau telah memenangi banyak anugerah tempatan, termasuklah Piala Malaysia, Piala FA Malaysia dan kejohanan liga Malaysia. Beliah pernah bermain menentang Bayern Munich, Hamburg SV, Aston Villa dan Newcastle. Antara projek terbaik beliau ialah My Team. My Team menimbulkan sedikit fenomena ketika mereka mencabar untuk menentang Harimau Malaya. Namun ketika ini beliau lebih selesa menjadi pengulas sukan di ESPN dan menjadi penulis di ruangan surat khabar..


Kesimpulan yang takkan ada sudahnya....

Nama-nama di atas hanyalah cadangan peribadi aku sahaja. Mungkin lebih ramai lagi calon yang hebat bagi menggantikan individu yang sedia ada. Tidak semestinya mereka adalah wajib terdiri daripada bekas pemain. Mereka boleh jadi juga orang perseorangan yang betul-betul minat dan sayangkan bolasepak. Kegagalan demi kegagalan dalam bolasepak Malaysia adalah perlu diambil perhatian secara serius. Dan ianya lebih SERIUS dari segala bentuk pembentangan dan syarahan ahli politik di Parlimen di Malaysia.






Thursday, April 26, 2012

Lilitan Lengan


Kapten pasukan untuk sebuah pasukan bola sepak, kadang kala dikenali sebagai skipper ialah ahli pasukan yang dipilih untuk menjadi ketua dalam padang. Ia juga merujuk kepada seseorang yang berkebolehan atau berpengalaman daripada ahli-ahli pasukan yang lain, atau seorang pemain yang boleh mempengaruhi permainan. Dalam bola sepak, kapten sering mengambil tugas yang boleh dikenali sebagai pengurus dalam peringkat lebih tinggi. Secara umum kapten membekalkan 'rallying point' untuk pasukan. Sekiranya pasukan dalam keadaan moral yang rendah, kapten yang akan berfungsi untuk menaikkan semangat pasukan.Turut sama, kapten mungkin menyertai pengurus dalam menentukan kesebelasan utama untuk sesetengah perlawanan. 

Dalam sejarah bolasepak moden, terdapat beberapa orang kapten terhebat dan terbilang. Antaranya sebagai contoh ialah Franz Beckenbauer, Lothar Matthaus, Roy Keane, Paolo Maldini, Franco Baresi, Didier Deschamps dan Steven Gerrard. Mereka semua ini kalau dilihat telah mengetuai kelab atau negara mereka beroleh pelbagai kejayaan. Selain itu, kehadiran mereka ini di atas padang memang amat diperlukan serta memberi pengaruh yang kuat kepada aksi rakan sepasukan yang lain. Bagaikan irama dan lagu, begitulah juga dengan kapten dan anak buahnya. Saling memerlukan dan menghiburkan penonton yang pergi ke stadium.

DD mengetuai FRANCE menjulang WORLD CUP 1998 dan EURO 2000

Dengan selamba menampar pipi comel RDM demi mempertahankan pasukannya

Namun begitu, kelantangan seseorang kapten ada batasnya. Sebagai contoh Roy Keane. Beliau telah meninggalkan Manchester United selepas mengkritik 7 rakan sepasukan mereka di dalam stesyen MUTV.Antara komen beliau telah ditujukan kepada pembelian rekod Sir Alex iaitu Rio Ferdinand. Katanya.."Jange sebab mu dibayar pitih 120 ribu rial seminggu dan bermain cemerlang selama 20 minit menentang Spurs,mu dah bule belagok koya superstar?" Atas sebab kelancangan inilah beliau ditendang dari Manchester United.

JT gagal mengawal tekanan sehingga hampir-hampir menyebabkan Chelsea tersingkir pada separuh akhir ECL 2012 menentang Barcelona 

Dalam salasilah bolasepak moden juga melahirkan beberapa ekor kapten yang teruk perangainya sama ada di dalam padang ataupun di luar padang. John Terry misalnya telah meniduri bekas isteri Wayne Bridge ketika mereka masih lagi menjadi rakan sepasukan di Chelsea. Terbaru sekali ialah kenyataan berbaur perkauman yang ditujukan kepada Anton Ferdinand sehingga menyebabkan JT dilucutkan dari jawatan menjadi kapten pasukan England.Walaupun di dalam padang beliau sangat cemerlang. Tetapi tingkah laku beliau di luar padang menjatuhkan kredibilitinya sebagai ketua pasukan.

Mamaaaaaaaa......
Tidak dapat kita lupakan seorang lagi kapten yang teruk ialah William Galas. Aksi ibarat anak kecil yang tak dapat makan aiskrim ketika pertemuan menentang Birmingham City pada 2008 meloyakan tekak setiap peminat bolasepak. Sebulan selepas itu, beliau dengan lancangnya mengkritik Theo Walcott. Katanya..."Theo perlu lebih banyak berlatih dan memahirkan penggunaan kari kiri. Lebihkan fokus dan jangan terlalu lama menyimpan bola". Walaupun beliau seorang kapten, kedua-dua peristiwa di atas menyebabkan Arsene Wenger melucutkan lilitan kaptennya dan kemudiannya diganti oleh anak muda yang hebat, Fabregas. 

Kesimpulannya...sedangkan anda seorang kapten pun dilarang untuk membuat kenyataan sesuka hati yang bole menjatuhkan air muka rakan sepasukan yang lain, inikan pula sekiranya anda hanya seorang pembancuh air di dalam pasukan. Amatlah tidak 'APPROPRIATE' sekiranya si pembancuh air itu mengkritik kapten beliau dan dia boleh disingkirkan dari kerja-kerja membancuh air. Tetapi jika kapten itu sehebat Raul Gonzalez, memang tidak layaklah kita hendak mengutuk beliau. Bagaimana pula jika kita mempunyai kapten seperti Gallas?Sendiri mau hengatlaaaaaa....



Thursday, April 19, 2012

Football Focus: Europe Football

Werder Bremen vs Bayern Munich.

Mario Gomez pernah dilabel gay akibat kekemasan rambut yang beliau miliki.

Werder Bremen musim ini sekali lagi bergelut di pertengahan liga. Marko Marin dan rakan-rakan musim ini tidak berjaya memberi cabaran untuk berada di dalam Top 3 Bundesliga. Hanya yang boleh dibanggakan adalah statistik bekas penyerang Chelsea, Claudio Pizarro yang setakat ini menjaringkan 16 gol. Namun ia masih jauh jika hendak dibandingkan dengan ketajaman Mario Gomez yang sudah pun menjaringkan 25 gol untuk Bayern Munich. Mengikut prestasi semasa, Bayern Munich tiada masalah untuk menewaskan W.Bremen. Dengan Frank Ribery yang bermuka ganas dan Robben yang berwajah tua sebelum usia, pasukan yang lebih dikenali dengan gelaran  Hollywood FC ini pasti tiada masalah memenangi perlawanan ini meskipun beraksi sebagai pelawat. Semangat selepas menewaskan Real Madrid pasti akan diteruskan sehingga menjadikan W.Bremen sebagai mangsa seterusnya. Nampakya W.Bremen akan tewas teruk umpama kata-kata hikmah penyokong Jang "Musohnyo habis binaso...Yolllllaaaaaaaaaah".

Barcelona vs Real Madrid

EL CLASICO

Perlawanan Berdarah. Ronaldo vs Messi. Pep vs Mourinho. Terlampau banyak hutang yang perlu dilunaskan. Kalau tiada kad merah bukanlah 'El Clasico' namanya. Hanya Mourinho sahaja yang berani menggunakan taktik samseng apabila bertemu Barcelona. Beliau memiliki barisan pahlawan seperti Pepe, Ramos dan juga Marcelo yang sentiasa bersedia menyabit kaki Pemudi Lemah Lembut Barca. Seperti biasa Pep akan menggunakan senjata Jambu mereka seperti Messi, Iniesta, Xavi dan juga Fabregas. Tak lupa juga isu perkauman yang cuba dibangkitkan pemain Barca sehingga menjadikan Abang Perkasa Real Madrid naik hangen pada pertemuan yang lepas. Mohon juga supaya Pep menurunkan Pinto menggantikan Valdes kerana beliau tersangat teruja untuk bertarung dalam 'El Clasico' ini. Siapa yang akan menang? Barcelona akan menang namun akan tewas pada 24 April ini di tangan pasukan yang Hebat Abadi.

Juventus vs As Roma
Luis Enrique Bekas pemain Barca


Luis Enrique kelihatan sedikit bergelut pada awal musim Serie A. Namun akhirnya berjaya menstabilkan Roma sehingga kini berjaya berada di tangga ke-5 Serie A. Mempunyai sejumlah pemain berbakat yang diadun sebati tua dan muda seperti 'Donut Big Apple' yang akhirnya mengeluarkan hasil yang lazat..Di barisan serangan As Roma memiliki Pablo Oswaldo (26), Fabio Borini (21, bekas pemain akademi Chelse) dan Bojan Krkic (21, bekas pemain Barcelona). Mereka bertiga telah mengumpul sejumlah 26 gol. Jangan dilupa juga tenaga veteran Roma seperti Totti dan De Rossi. Kesemua mereka ini akan menyukarkan misi 'The Old Lady' untuk menjuarai Serie A. Juventus hanya mendahului Ac Milan satu mata dan kemenangan menentang Roma pastinya menjadi matlamat utama mereka. Antonio Conte yang kontraknya disambung oleh pengurusan Juventus semestinya mahu ingin menghadiahkan sesuatu yang berharga buat majikannya ini. Apakah kesudahan perlawanan hebat ini? Juventus akan memenanginya walaupun terpaksa berhempas pulas menentang 'Tentera Rome' sehingga ketitisan peluh ketiak yang terakhir.


Arsenal vs Chelsea
Awan Nano
Arsenal adalah mangsa seterusnya. Selepas 'Ayam London Spurs' dan 'Pemudi Lemah Lembut Barca'. Kini tiba masanya untuk 'Adik-adik' di Arsenal ditunjukkan cara sebenar permainan bolasepak orang dewasa. Mempunyai barisan pertahanan yang kental seperti Cole,Terry,Luiz,Cahill dan Ivanovic memberikan Chelsea kekuatan yang tiada tolok bandingnya. 4 dari nama yang disebutkan di atas berupaya menjaringkan gol ketika keadaan terdesak (kecuali Cole). Sedangkan Arsenal hanya mempunyai Vermaalen yang berupaya berbuat sedemikian rupa.Namun RDM jangan terlalu angkuh, masih ingatkah bagaimana 'Kaki Kiri Nadir Bumi' milik RVP menewaskan Petr Cech pada perlawanan pertama dulu? Gol-gol ketika itu masih menjadi mimpi ngeri buat seluruh warga Chelsea, samada yang berada di London mahupun di Lembah Kelang.Dijangkakan peralwanan ini sangat sengit seperti yang berlaku pada pertemuan lepas apabila dua seteru London ini bertemu. Sama ada Torres si 'Dubok Albino' atau Drogba si 'Dubok Liar' yang akan diturunkan oleh RDM..itu bukan masalah besar..yang pastinya Arsene Wenger akan menangis teresak-esak seperti anak kecil pada penghujung perlawanan.


Wednesday, April 18, 2012

Piala FA 2012 Separuh Akhir

Piala FA
Jadual Perlawanan

Separuh Akhir - Perlawanan Pertama : April 21, 2012 (Sabtu)

Terengganu v Kuala Lumpur Sime Darby FC 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Kelantan lwn Kedah 8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, KB

Separuh Akhir - Perlawanan Kedua : Mei 01, 2012 (Selasa)

Kuala Lumpur Sime Darby FC v Terengganu Std Majlis Perbandaran Selayang
Kedah lwn Kelantan Std Darul Aman, Alor Setar

---------------------------------------------------------------------

Patrick Ronaldinho Wleh

Selepas Terengganu menjadi Juara Edisi 2011, mereka kini tampil sekali lagi untuk mempertahankan kejuaraan yang telah mereka miliki. Namun mengikut prestasi semasa, Sime Darby dilihat mampu mengejutkan semua pihak termasuk Soltan Bola bagi membuktikan bahawa Kelab Bolasepak mampu menghadirkan saingan yang ngeri kepada pasukan negeri. Dengan kelebihan memiliki 'Ronaldinho', Sime Darby berjaya mara sehingga ke tahap ini. Di suku akhir pula Sime Darby telah menundukkan satu lagi pasukan Kelab Selatan Tanahair iaitu Johor FC. Sementara itu pula Terengganu menewaskan 'anak emas FAM', Singapura. Kedua pasukan ini berjaya melepasi halangan yang boleh dikatakan besar dan mereka sebenarnya layak berada di separuh akhir.

Sharbinee ketika menuggu penyu bertelur di Kepulauan Mauritis

Mengikut kajian yang dibuat oleh para penganalisis sukan. Kejayaan dan kekalahan pasukan Terengganu pada malam itu akan ditentukan oleh sepasang tangan emas milik Sharbinee Alawi. Jika beliau berada dalam kondisi terbaik, makanya Terengganu pasti akan mara ke Perlawanan Akhir. Namun sekiranya beliau beraksi bangang, ini bermakna Si Penyu akan menangis lagi..Oleh itu, dengan tanpa ragu, saya memilih Sime Darby untuk menang dan seterusnya beraksi di Perlawanan Akhir. Walaupun nama pasukan mereka tidak berapa nak 'best', namun dengan semangat juang para pemain yang kurang ternama  dalam pasukan Sime Darby ini sudah cukup untuk membuatkan Datuk Mat Jusoh meletakan jawatan dari PBNT.

Amir diramalkan akan menembak mana-mana pemain Kelantan yang tidak 'perform'

Kedah dan Kelantan pula merupakan musuh tradisi lama yang sebenarnya masih lagi hangat..tapi dek kerana persembahan kurang bermaya Kedah sejak kebelakangan ini, maka Kelantan dilihat sebagai pilihan utama untuk layak ke Perlawanan Akhir. Dengan kebanyakan pemain Kelantan tidak dipanggil untuk aksi pasukan Harimau Malaya bertemu Sri Lanka, mereka berjaya mengumpulkan seluruh kekuatan pasukan yang mereka miliki. Tanpa Tan Sri Anuar Musa, Kelantan masih lagi berbisa malahan semakin mengganas gamaknya sehingga sanggup melakukan beberapa siri demonstrasi menentang kezaliman regim FAM. Ganah nate ni!!Amareka..

Wajah angkuh sebelum dipecat pengurusan Jang musim lepas.
Kedah pula jangan dipandang 'enteng' begitu sahaja. Mereka masih lagi mempunyai 'kuku' yang disimpan rapi oleh Wan Jamak. Seperti yang kita ketahui, beliau sering sahaja mempunyai sentuhan ajaib seperti yang pernah dilakukan ke atas pasukan Harimau Malaya ketika menjadi Naib Juara Piala Tiger 1996 (sekarang AFF Suzuki) walaupun ketika itu beliau kekurangan bakat pemain yang terbaik. Menggugurkan pemain import, Hamidan Mohammed yang digantikan  dengan Vedran Gerc menampakan sedikit sinar terutamanya pada penampilan sulung bertemu Sarawak tempohari. Namun begitu berat di hati ini mengatakan Kelantan masih kukuh dan mantap. Asalkan Daudsu tak buat pasal lagi sudahlaaaa....

Jangan lupa menyaksikan aksi Piala FA Malaysia yang kini memasuki fasa separuh akhir. Kalau bukan kita, siapa lagi? Takkan Eric Cantona pulak yang nak kena layan bola Malaysia...
Hambek ko!!!

Euro 2012 Player to Watch:OLEKSANDR ALIYEV


Oleksandr Aliyev

Pemain tengah Ukraine ini telah menjaringkan enam gol dalam 23 perlawanan antarabangsa sejak penampilan sulungnya pada tahun 2008. Pada 6 September 2008, Aliyev mendapat 'caps' pertama untuk Ukraine setelah beliau telah menggantikan Maksym Kalynychenko pada separuh kedua. Ini adalah satu rekod yang memberangsangkan bagi pemain yang berusia 27 tahun ini.

Aliyev bermain pada kejohanan Bawah-20 tahun 2005 FIFA Piala Dunia Belia di Belanda. Dia adalah salah seorang penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol, satu gol kurang daripada Lionel Messi, yang menjadi penjaring terbanyak ketika itu. Dapatkah Aliyev membantu Ukraine yang turut menjadi tuan rumah pada Euro kali ini?








Saturday, April 14, 2012

Ranking Jatuh?Bukan Masalah Besar...


Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia. Nampaknya setiap perkataan yang keluar dari molot FAM sekarang ini melambangkan tahap pemikiran mereka. Kita tidak boleh menyalahkan mereka semua kerana dalam darah mereka tidak mengalir minat bolasepak yang mendalam seperti Datuk Ghani Minhat dan Soh Chin Aun. Sebab itulah warga FAM tak panik dan bersikap tenang sahaja dalam hal ini. Yang penting bagi mereka 'Ranking Poket' harus dijaga. Kalau tidak, pastinya menjadi mangsa seperti TSAM yang dihukum ibarat 'Hang Jebat' yang menderhaka kepada Soltannya.

Jika kita lihat ranking SPAIN, jelas mereka memerlukan 2 kejayaan besar yang utama. Iaitu Piala Eropah 2008 dan Piala Dunia 2010. Kalau dahulunya Spain hanyalah berkedudukan dari ranking 5 hingga 10 sahaja. Namun kini setelah 4 tahun mereka berjaya mengekalkan ranking tersebut hasil kerja keras pasukan terbaik dunia itu. Begitu juga dengan Uruguay, ranking merka naik mendadak selepas menjuarai Copa America 2011 sehinggakan Luiz Suarez menjadi semakin angkuh dan serigkali memandang hina warga kulit hitam. Mohon Evra ludah muka Suarez!

Sedangkan Malaysia pula hanya berbangga dengan AFF SUZUKI dan Emas Sukan Sea. Saya difahamkan yang 'point' untuk AFF SUZUKI tidak besar sekiranya kita menjadi juara. Ini kerana kejohanan ini bukan kejohanan berkelas A. Sukan Sea pula hanya untuk pasukan kebangsaan bawah 23 tahun. Ini semua menjawab persoalan kenapa ranking kita tidak naik walaupun menjadi juara dalam 2 kejohanan tersebut. Apa yang sepatutnya skuad Rajagopal target ialah menewaskan Singapura pada kelayakan Piala Dunia tempohari dan seterusnya beraksi menentang pasukan hebat rantau asia. Di sinilah Vietnam berjaya lakukannya sehingga ranking mereka lebih atas dari Malaysia dan kini antara top 100 ranking FIFA.

Buat warga FAM pula, cubalah bukak sedikit mata tu dan lihat apa kelebihan Bangladesh berbanding kita?Saya yakin kemudahan dan fasiliti kita melebihi mereka. Masakan tidak di Kuala Lumpur boleh mempunyai pejabat AFC? Kita juga memiliki liga profesional yang jauh lebih teratur jika hendak dibandingkan dengan Samoa yang lebih mengutamakan sukan ragbi dalam jiwa mereka.

Jadi apakah matlamat FAM?Selamanya juara di Asia Tenggara sepertimana Thailand menguasai rantau ini pada era awal 2000 dahulu?Namun kini di mana Thailand?Saya tertanya-tanya juga apa sangat yang istimewa dengan bolasepak Malaysia ini sehinggakan amat susah Soltan Bola hendak meletakan jawatan?Adakah wujud lubuk emas di dalamnya yang kita semua tidak ketahui?Saya tidak menuduh sembarangan malahan saya serahkan pada pemikiran logik kita sendiri..

Manalah aku nak letak muka aku nanti bila jumpe dengan Jens Lehmaan?

Player Focus:Europe Football


Udinese lawan Inter Milan.
Pemain Fokus:Antonio Di Natale.

Beliau sangat ligat dan laju. Berada di kedudukan kedua sebagai penjaring terbanyak Serie A sebanyak 20 gol. Peningkatan prestasi Di Natale musim ini banyak membantu Udinese dalam memburu tempat untuk layak ke Champions League musim depan. Sekiranya beliau tidak mengalami sebarang kecederaan sehingga tamat musim, pastinya kita akan dapat menyaksikan aksi beliau pada Euro 2012 nanti. Sangat tajam di hadapan gol dan mempunyai rekod jaringan yang hebat ketika bertemu pasukan elit.


Totteham Hotspur lawan Chelsea.
Pemain Fokus:Emmanuel Adebayor.

Sekiranya tidak menjaringkan gol, beliau akan menjadi pengumpan yang terbaik untuk rakan sepasukannya. Semenjak berpindah ke Spurs, Adebayor kembali menikmati keseronokan bermain di EPL yang beliau amat rindui. Pertahanan Chelsea wajar memberi kawalan ketat kepada beliau sekiranya tidak mahu tewas dengan seteru London ini. Dijangka akan diturunkan sebagai kesebelasan utama selepas Luis Saha gagal memberikan impak seperti yang dimahukan oleh Redknapp.






Thursday, April 12, 2012

Jadual Liga Super 2012: Week 13 (Preview)


Liga Super Week 13

April 13, 2012 (Jumaat)

Kedah v Sarawak 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar.

Selepas Anak Sarawak Shaun Maloney menjaringkan gol kemenangan Wigan ke atas ManU,seluruh pejuang The Ngap Sayot nampaknyer menjadi semakin bersemangat. Ditambah pula dengan khabar minggu lepas dari Stadium Kuching yang mana katanya beberapa orang Polis teruk dibelasah oleh sekumpulan penyokong Bujang Senang. Ini membuktikan jiwa bolasepak di Sarawak kembali mekar sekaligus membuatkan John Hunter tergelak besar bersama Affandi Julaihi petang semalam ketika minum kopi O dan makan karipap di warung Ramos Sari. Dijangka sekali lagi Sang Kenari akan dibaham oleh Bujang Senang. Maafkan saya Wan Jamak.

Ramalan : Tuan rumah tewas 1-2 

April 14, 2012 (Sabtu)

Selangor PKNS FC v Lions XII 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya

Sekarang ini,mana-mana pasukan yang menentang Singapura akan dipanggil Malaysia B. Apa ketidaknya selepas kemasukan skuad Singa ini,mereka semakin angkuh dan terus sahaja menduduki tangga teratas Liga Super. PKNS yang juga disokong oleh Zed Zaidi ini pastinya ada elemen kejutan yang ingin dipersembahkan kepada anak buah V. Sundramoorthy. Dijangka juga sekiranya pasukan Lions XII memenangi Liga Super pada tahun ini,maka mereka semua akan dianugerahkan kerakyatan seperti mana yang berjaya diperolehi oleh 'Abang Malik' kita.

Ramalan: Tuan rumah menang tipis 1-0

Kelantan v Terengganu PBDKT T-Team 8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, KB.

Saya ingin meminjam kata-kata Zaquan Adha..."Tak dapat kakak, adik pun jadikla"..Mungkin itulah yang bermain difikiran jurulatih Kelantan, Bojan Hodak. Selepas Kelantan kelihatan terkial-kial hendak menjinakkan Sarawak di Kuching tempohari, kini mereka kembali ke gelanggang keramat mereka di Kota Bahru. T-team sekali lagi akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menewaskan Kelantan seraya membawa semangat pasukan abang mereka yang tewas teruk 6-1 kepada Selangor. Namun itu hanyalah mimpi indah disiang hari. Dijangka Mat Ghaddar akan mengganas sambil menjunjung karpet Lubnan...

Ramalan: Tuan rumah menang 3-1

Kuala Lumpur v KL Felda United FC 8.45mlm, Std Hang Jebat, Melaka.

Kasihan warga KL..ada 2 team yang mereka kena sokong. Mohon mereka bergabung seperti Johor. Ini mungkin dapat menyelamatkan KLFA dari terus lemas dalam kancah bolasepak tempatan. Kedua-dua team di lembah penyingkiran. Tiada apa lagi mahu diperjuangkan selain daripada melengkapkan jadual Liga Super sahaja. Sungguh pelik apabila Kuala Lumpur bermain di Melaka. Saya berharap Melaka juga bole bergabung dengan KL dan melantik Hernan Crespo sebagai jurulatih POLO, eh BOLA...

Ramalan: Perlawanan yang membosankan 0-0

Sabah v Perak 8.15mlm, Std Likas, Kota Kinabalu.

Perak dengan semangat Yob masih tidak mampu menahan asakan Singa di Jalan Besar kali ini akan berhadapan pula dengan pasukan Sabah yang telah mengikat pasukan Rajagopal dalam satu perlawanan persahabatn 'Kelas A' la sangaaaaat...Sama seperti Sarawak,pasukan Sabah musim ini amat berbeza dan berganja. Yob pula seperti kembali ke prestasi musim lepas yang mana gempak di awal musim,tapi hanyut di penghujungnya ibarat 'Perenang Tanpa Viagra'. Cikgu Jan pastinya sudah bersedia untuk dipecat musim ini selepas kelihatan gagal membentuk skuad Perak yang mantap seperti era awal 2000 dulu.

Ramalan: Tuan rumah menang 2-0.

Terengganu v Negeri Sembilan 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

Ulangan Perlawanan Akhir Piala Malaysia ini antara yang dinanti minggu ini. Tanpa Hai-O, Jang kini memiliki permata hitam Owana. Terengganu pula masih diketuai oleh 'Si Hero High 5' Sharbinee Alawi. Perlawanan yang dijangka sengit ini akan mendapat tumpuan 'bookie' selepas kejayaan Selangor menang 6-1 tempohari. Bermain sebagai pelawat mungkin menyukarkan sedikit tugas anak-anak buah Azraai Khor. Namun Owana yang ditemui semalam sebelum berangkat ke Kuala Terangganu mempunyai pendapat yang berbeza..
"Omak den ado berposan..berkojolah kito sekuetnyor..", katanya berulang kali dengan nada gembira apabila ditemuramah oleh wakil penulis di Paroi semalam.

Ramalan: Sengit!!! 3-3 

Johor FC v Selangor 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Bagi Selangor, bertemu Johor FC ibarat menentang pasukan Ajax Amsterdam. Tewas dengan keji ketika Piala FA tempohari pastinya mahu dielak kali ini daripada ianya berulang kembali. Semangat 6-1 yang masih wujud di hati setiap Warga Tempe ini pastinya akan menjadi tonik mujarab untuk menewaskan Johor FC. Johor FC pula kelihatan semakin lesu selepas mengetahui kelab mereka akan dibubarkan musim depan. Takan nak berusaha menjadi Juara Liga Super pula selepas kita sendiri mengetahui pasukan kita tiada musim hadapan kan? Akbar The Tipu melaporkan Batistuta akan menonton perlawanan ini dari rumahnya di Buenos Aires.

Ramalan: Pelawat menang 4-1

Wednesday, April 11, 2012

Sepanyol Juara Euro 2012:MUKTAMAD


Salam muhibah..percaya atau tidak,Sepanyol akan sekali lagi memenangi Euro sekaligus mempertahankan kejuaraan yang mereka miliki 4 tahun lalu.Pasak pasukan ini akan dibina berasaskan 2 Pasukan yang layak ke Champions League separuh akhir(Real Madrid dan Barcelona) serta 3 pasukan yang bermain sehingga separuh akhir Europa Cup (Athletico Madrid,Bilbao dan Valencia).Kalau ada penambahan pun hanyalah untuk memanggil Juan Mata dan David Silva.Maaf tiada tempat untuk Mikel Arteta walaupun telah menjaringkan gol menggunakan kaki kanan nadir bumi beliau ketika bertemu Man City baru-baru ini.

Namun begitu jangan pula kita pandang remeh pasukan seperti Jerman,Italy dan Belanda.Ini kerana saya yakin pasukan-pasukan ini mampu merebut kejuaraan Euro pada tahun ini.Saya juga dengan yakin berpendapat bahawa England akan sekali lagi gagal di suku akhir dan akan menghampakan hati seluruh warga penyokong EPL yang berdarah Inggeris di Malaysia.

Oleh itu,marilah kita meraikan kehadiran Euro ini dan nikmatilah ia sebaik mungkin.Namun harus diingat...Pasukan negara kita juga dengan tabah hati sedang menanti ketibaan kali kedua berturut-turut Arsenal ke bumi ini pada bulan Ramadhan kelak.Diharap Barcelona dan Ac Milan tidak membuat kunjungan ketika Hari Raya kedua kerana anak buah Rajagopal ketika itu sedang rancak menjaga fitness dengan meratah ketupat,lemang,rendang dan kuih batang buruk.

Akhir kata....VIVA ESPANA!

Saturday, April 7, 2012

Player Focus:Europe Football


Arsenal lawan Manchester City.
Pemain Fokus:Mario Balotelli.
Beliau digelar Super Mario.Pailang Italy ini tidak pernah takut untuk mati.Baru sahaja terlibat dengan kemalangan jalan raya.Namun masih kebal dan panjang umur.Berebut dengan Kolarov untuk mengambil sepakan percuma ketika perlawanan bertemu Sunderland membuktikan perangai beliau yang masih kebudakkan.Bapa angkatnya,Mancini mengaku semestinya akan menumbuk beliau sekiranya mereka bermain satu pasukan bersama.Tapi apa salahnya jika Mancini mahu menumbuk muka Ballotelli sekarang?Why laaaa always me...?



Real Madrid vs Valencia
Pemain Fokus:Cristiano Ronaldo.
Kenapa memilih dia?Dah memang dier power musim ni...apo nak buek.. Sentiasa berada di belakang Messi.Namun musim ini mungkin adalah masa yang terbaik untuk CR 7 memintas Messi.Mendahului 'mahkluk kerdil' dengan hanya 1 gol iaitu 37 gol setakat ini untuk Real Madrid di dalam La Liga.Pernah digelar 'Petualang Diving' di EPL.Namun kini gelaran itu dirampas oleh Si Arnab Perkauman.CR 7 juga mempunyai awek yang power iaitu Irina Shyak.Ape ada hal?

Thursday, April 5, 2012

Tahniah FAM?


Dicantas sebanyak 2 kali. Kali pertama pada 2001 sehingga 2005. Kali kedua pada tahun 2007 sehingga 2009.


Beliau pula dicantas pada tahun 1991 selama 4 tahun.


Dan kini..TSAM pula dicantas selama 2 tahun 6 bulan.


DAULAT TUANKU!SELAMANYA ASIA TENGGARA....

Wednesday, April 4, 2012

Jadual Liga Super 2012: Week 12



LS 12 April 06, 2012 (Jumaat)

Terengganu PBDKT T-Team v Selangor PKNS FC 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

LS 12 April 07, 2012 (Sabtu)

Selangor v Terengganu 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya
Negeri Sembilan v Sabah 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Perak vs Kuala Lumpur 8.45mlm, Std Perak, Ipoh
KL Felda United FC v Kedah 8.45mlm, Std Hang Jebat, Melaka
Sarawak v Kelantan 8.15mlm, Std Negeri Sarawak, Kuching
Johor FC v Lions XII FC 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang