Showing posts with label UEFA Europa League. Show all posts
Showing posts with label UEFA Europa League. Show all posts
Thursday, May 16, 2013
Saturday, May 11, 2013
Prebiu Berat Sebelah Europa League Final: Benfica vs Chelsea
Chelsea berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Tottenham Hotspur dan Newcastle United. Kini mara sebagai wakil tunggal dari England untuk mempertahankan maruah selurut umat London terutamanya. Ia merupakan rutin yang sukar namun tidak mustahil untuk dilaksanakan. Dan lawan Chelsea ialah pasukan dari Portugal, yang pernah ditentang setahun yang lalu. Ketika itu Chelsea dengan mudah menewaskan Benfica dalam suku akhir Champions League dengan aggregate 3-1.
Namun begitu, melawan Benfica bukan tugas kecil anak. Ini adalah kelab Tres Grandes di Portugal. Benfica ini sudah memiliki sejumlah 32 Primeira Liga dan 24 Taca de Portugal. Kalau dinilai dari segi rekod pencapaian ianya sama hebat seperti Athletic Bilbao dan Liverpool. Malahan dikatakan pada tahun 1511, Benfica berjaya mengalahkan Melaka FA dalam satu perlawanan bola sepak sehingga tergadai Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi seperti kita sedia maklum itu semua hanyalah rekod sejarah. Tidak ada faedahnya jika masih hidup dengan sejarah lampau.
Nasib baik Benfica bukanlah sebuah kelab gila sejarah. Atas prinsip itulah mereka masih lagi bersaing secara sihat untuk pusingan akhir Europa League.
Bak kata Tuan Haji Hasbullah, harus diingat bahawa barisan Benfica bukan calang-calang kesebelasannya. Perhatian harus ditekankan kepada pemain asal Argentina, Nicolás Gaitán. Selaras dengan namanya, Nicolás Gaitán berpotensi untuk menjadi ganas dan mempunyai keupayaan mengait dan merobek benteng The Blues.
Seorang lagi pemain yang perlu diberi perhatian ialah Ezequiel Garay. Pemain asal Argentina ini juga ialah bek tengah Benfica dan agak cemerlang dalam tugas menyapu bersih mana-mana serangan yang dilancarkan oleh pihak lawan. Eloklah dengan nama Garay beliau, macam barai.
Mengepalai serangan Benfica ialah Oscar Cardozo. Pemain asal Paraguay ini telah menyumbat 6 gol dalam saingan Europa League. Di dalam saingan liga pula beliau telah menjaringkan 16 gol setakat ini. Bersama-sama beliau menambah bisa serangan Benfica ialah Lima. Yang juga amat tajam dihadapan gol dan sudah menjaringkan lebih daripada 5 gol musim ini.
Formasi di atas, mengikut sumber-sumber dalaman kawe di UEFA, kini sedang dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar bolasepak. Ikut pendapat pakar, formasi unik sebegini sudah lama tidak kelihatan semenjak berakhirnya era Total Football pasukan Belanda. Brendan Rodgers pula dilaporkan sangat-sangat berminat dengan corak permainan penuh bijaksana ini kerana ianya tidak menggunakan gigi, tidak seperti bekas pemain Liverpool yang bermain di Anfield tempoh hari. Bekas dah ke???
Sedikit sahaja lagi Chelsea akan menjadi pasukan ke-4 yang menyapu bersih 3 kejohahan European Champion Clubs' Cup, UEFA Cup/UEFA Europa League dan UEFA Cup Winners' Cup. Sekiranya mereka menewaskan Benfica, Chelsea akan mengikut jejak langkah Juventus, AFC Ajax dan FC Bayern Münich. CHELSEA SANGAT POWER!!!
Saturday, March 16, 2013
Suku Akhir Champions League dan Europa League
Champions League
2/3 April dan 9/10 April 2013
Málaga CF (ESP) v Borussia Dortmund (GER)
Real Madrid CF (ESP) v Galatasaray AŞ (TUR)
Paris Saint-Germain FC (FRA) v FC Barcelona (ESP)
FC Bayern München (GER) v Juventus (ITA)
Europa League
4 & 11 April 2013
Chelsea v Rubin Kazan
Tottenham v FC Basel
Fenerbahce v Lazio
Benfica v Newcastle
Wednesday, February 13, 2013
Chelsea:Kerja Amal Mengharumkan Nama England
UEFA Europa League
Sparta Praha - Chelsea
February 15, 2013 2:00:00 AM
Jika dipandang dengan mata kasar, pasukan Chelsea seperti kelihatan semakin lemah. Satu demi satu piala terlepas dari genggaman mereka. Makin banyak mulut fitnah yang mengatakan era kegemilangan Chelsea sudah tamat dan jahanam menuju ke longkang. Malangnya pandangan mata kasar tidak akan sama dengan pandangan mata hati. Dengan mata hati segala hijab akan terbuka. Ketika itulah kita akan sedar bahawa Chelsea adalah pasukan yang baik hati, pemurah dan tidak kedekut piala.
Kejayaan musim lepas dilepaskan dengan harapan pasukan lain yang sudah penat menggigit jari seperti Juventus, Real Madrid dan Manchester United boleh merasai kegembiraan seperti yang Chelsea rasai musim lepas. Pendekatan Wasatiyyah seperti yang selalu di war-warkan oleh Perdana Menteri kesayangan ramai Malaysia, Najib Razak sebenarnya sudah lama diterapkan di dalam jiwa setiap pemain Chelsea. Roman Abramovich ada berpesan kepada anak buahnya.. "Kita boleh menjadi kaya-raya tetapi jangan sampai hilang pedoman sehingga lupa tanggungjawab membahagi-bahagikan kekayaan tersebut". Itulah dia sucinya hati beliau walaupun ada sesetengah pihak memandangnya sebagai seorang yang pandir.
Walaupun Chelsea tidak bersedia mengahadapi UEFA Europa League kerana ia hadir tanpa diduga. Namun demi membela nasib dan mengharumkan nama England, cabaran ini disahut dengan hati terbuka serta penuh redha. Kemana lagi harapan hendak disandarkan? Adakah Liverpool, Newcastle, dan Spurs? Pasukan ini hendak menguruskan diri sendiri pun terkial-kial. Inikan pula mahu menyahut seruan sebesar Mengharumkan Nama England? Sesungguhnya hanya Chelsea yang berkemampuan dalam berbuat demikian.
Khabarnya tugas Chelsea untuk menewaskan Sparta Praha semakin mudah. Ini kerana adanya bekas pemain, Jiri Jarosik didalam skuad Sparta Praha. Tali barut seperti ini akan digunakan sebaik mungkin oleh Rafa Benitez yang bijaksana. Chelsea juga bertambah mantap dengan kehadiran semula wira Afrika iaitu John Obi Mikel dan Victor Moses. Tenaga bak lembu laga dari kedua pemuda ini akan dimanfaatkan sepenuhnya dalam usaha Mengharumkan Nama England.
Perjuangan Chelsea di Czech Republic akan diiringi dengan doa agar dipermudahkan Kerja Amal Mengharumkan Nama England.

Subscribe to:
Posts (Atom)