Showing posts with label Liga Super 2014. Show all posts
Showing posts with label Liga Super 2014. Show all posts

Tuesday, April 8, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 12


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 12  | 11 April 2014 (Jumaat) 


Johor Darul Ta'zim vs PKNS FC 

Cesar Ferrando Jimenez wajar kembali menurunkan Safiq Rahim dalam kesebelasan utama JDT. Selain daripada sudah berkahwin dengan Zandra Hakimi, Safiq Rahim adalah bekas ketua pasukan Harimau Malaya yang dahulunya kerap menjadi arkitek jentera tengah JDT. Keserasian beliau dengan barisan serangan yang dipertajamkan oleh Norshahrul serta Safee Sali yang juga dahulunya merupakan antara gandingan berbisa dalam Piala AFF 2010 memang tidak dapat disangkal lagi. 

Minggu lepas JDT hanya mampu seri 1-1 dengan PKNS di Shah Alam. Jadi JDT semestinya mahu mencari 3 mata apabila kini beraksi sebagai tuan rumah pula. 

Walaupun begitu PKNS pasti tidak redho menjadi mangsa JDT di Larkin. Tetapi kelebihan akhirnya mungkin akan berpihak kepada tuan rumah meskipun ada sesetengah penyokong mereka sudah mula putus harapan dengan Jiminez. 

Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Mahali Jasuli 
Pemain Tumpuan PKNS FC : Patrick Ronaldinho Wleh 
Ramalan : Johor Darul Ta'zim 1 - 0 PKNS FC 


Terengganu vs Sarawak

Pasukan Terengganu kembali bernyawa musim ini selepas mereka dibimbing oleh Haji Abdul Rahman. Secara peribadi beliau adalah tokoh bola sepak yang aku hormati. 

Sarawak yang tewas ketika menjadi tuan rumah di Kuching minggu lepas akan ke Kuala Terengganu pula. It’s a do or die mission buat Sarawak yang menghuni tangga  ke-8 liga dan juga jurulatih mereka Robert Alberts. 

Robert Alberts, atau nama panjangnya Robert RenĂ© Alberts, akan membuktikan kepakaran taktikal beliau apabila memastikan peluang Sarawak untuk bersaing dalam Liga Super terus hidup. Menyedari bahawa skuad Ngap Sayot kali ini perlu meraih kemenangan, Robert Alberts menggunakan taktik intimidasi serta pendekatan bercorak fizikal untuk mengatasi Terengganu. 

Pemain Tumpuan Terengganu : Nor Farhan 
Pemain Tumpuan  Sarawak : Rashid Aya 
Ramalan Terengganu 2 - 1 Sarawak 



Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 12  | 12 April 2014 (Sabtu) 

Selangor vs Perak 

“Ini dugaan besar buat saya. Allah Taa’la mungkin hendak menguji saya”! 

Begitulah kata Pengurus Perak Datuk Azhar Ahmad mengenai insiden keengganan pemain Lubnan, Imad Gaddar beraksi dalam perlawanan dengan Selangor di Stadium Perak, minggu lepas. Gaddar, 23, yang baru diikat Perak dan disahkan boleh bermain malangnya menghampakan Bos Gaurus apabila enggan beraksi dalam perlawanan pertamanya itu. Tindakan Imad itu mencatat sejarah sendiri dalam Liga Super apabila menjadi pemain pertama ditamatkan kontrak belum pun sempat beraksi untuk pasukan barunya. 

Aku pun tak tahu macam mana pasukan Perak ini diuruskan. Tetapi menengok daripada kedudukan carta Liga Super, dan kes terbaru ini kita semua sudah tahu betapat kucar-kacirnya mereka menguruskan pasukan bola sepak mereka. Mamat yang marah-marah aku itu hari pasal aku tak 'UP' pasukan kesayangan dia ni pun dah hilang ke mana agaknya. Ditelan gua barangkali. 
  
Oleh itu, Selangor akan menang di Shah Alam. 

Pemain Tumpuan Selangor : Paulo Rangel 
Pemain Tumpuan Perak: Imad Gaddar  :-) 
Ramalan : Selangor 2  - 0 Perak 


Pahang vs T-team 

Dua perlawanan, dua kemenangan. Apa benda yang dimakan pemain Pahang sebenarnya ni? 

Pahang menamatkan pusingan pertama Liga Super dengan bersemayam tenang di takhta Liga. Permainan mereka juga semakin bagus, ada taktikal dan strategi. Untuk perbandingan boleh katakan setaraf dengan Everton. Lawan Chelsea memang tak dapatlah tapi setakat Arsenal apa ada hal? 

Sebagai sebuah negeri yang pernah diletakkan di bawah sistem Residen British, Pahang banyak mewarisi kemahiran bola sepak gaya Eropah terumanya England. Hantaran lintang yang agak tepat, banyak ’through pass’, stamina kuda serta ’winning mentality’. Mereka gemar menggunakan kelebihan full back yang pantas untuk flanking attack dan hantaran lintang ke dalam kotak. Hasilnya...Nah!!! Pahang kekal Makmur di persada Liga Super. 

Pemain Tumpuan Pahang : Zesh Rahman 
Pemain Tumpuan T-team : Ramzul Zahini Adnan 
Ramalan : Pahang 3 - 0 T-team 


LionsXII vs Sime Darby FC 

Pasukan LionsXII yang bermain dalam liga super kali ini mengharapkan tenaga anak muda tempatan untuk merobek gawang gol setelah ketiadaan pemain naturalisasi mereka. Dan penyelamat itu muncul dalam bentuk Safuwan Baharudin dan Khairul Amri. Dua pemain yang sangat berbakat. 

“Mereka adalah masa depan pasukan kebangsaan kami. Dengan pemain asing di samping kadang-kadang sukar bagi pemain muda Singapura untuk masuk, tetapi Safuwan Baharudin dan Khairul Amri telah lakukan yang terbaik dan mereka layak untuk berada dalam kesebelasan utama kelak,” jelas Fandi Ahmad yang mengharapkan kemenangan sekali lagi ke atas Sime Darby FC dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga Supar nanti. 

Pemain Tumpuan LionsXII : Safuwan Baharudin 
Pemain Tumpuan Sime Darby FC : Juzaili Samion 
Ramalan: LionsXII 3 - 0 Sime Darby FC 


ATM FA vs Kelantan 

Pasukan ATM, perennial underachievers musim ini akan berdepan tugas berat untuk mengatasi Kelantan dalam perlawanan pertama pertama pusingan kedua Liga Supar ini meskipun beraksi sebagai tuan rumah. 

"Mungkin keyakinan ini hilang kerana ATM menduduki tangga kedua tercorot liga hingga memberi kesan negatif kepada sikap pemain ketika dalam permainan. Namun kehadiran semula penjaring terbanyak liga musim lalu, Marlon Alex James selepas ini mampu meningkatkan kembali motivasi serta keyakinan pemain lain," kata Sathianathan ketika dihubungi oleh seorang wartawan murahan. 

Buat pasukan Kelantan pula, khabar angin yang mengatakan bahawa Rajagopal akan mengambil alih jawatan dari Steve Darby bertambah kuat berikutan kegagalan The Red Warriors mengekalkan rentak cemerlang mereka musim ini. Jangan lupa temujanji bersama kedua pasukan ini pada jam 8:45 malam Sabtu dan lupakan segala aksi bola sepak antarabangsa terutamanya Liga Inggeris. 

Pemain Tumpuan ATM FA : Marlon Alex 
Pemain Tumpuan Kelantan : Shawky Yazid 
Ramalan: ATM FA 2 -1 Kelantan 

Wednesday, April 2, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 11


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 11  | 4 April 2014 (Jumaat) 


PKNS vs JDT 

Nada kecewa diluahkan oleh pengurus pasukan JDT, Bojan Hodak ketika ditanya tentang kegagalan mereka mengutip 3 mata sewaktu menentang Sarawak. "Kami menguasai perlawanan tetapi apabila asakan bertubi-tubi dilakukan, kami tetap masih buntu menjaringkan gol. Ia pasti menyukarkan kami mencari kemenangan, tambah pula pasukan lawan `berkampung' di kotak penalti," ujar beliau sebelum tergesa-gesa meninggalkan majlis. 

Ramai peminat bola sepak tidak sabar menantikan pertarungan antara Paksi Kejahatan JDT dan Paksi Kebaikan PKNS ini yang akan berlangsung pada hari Jumaat jam 8:45 malam dan kedua pasukan ini mejanjikan satu perlawanan yang sengit dan menghiburkan. 

Pemain Tumpuan PKNS : Aminudin 
Pemain Tumpuan JDT: Lucho Figueroa 
Ramalan PKNS 2 - 2 JDT 


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 11  | 5 April 2014 (Sabtu) 


Sarawak vs Terengganu 

Liga Super akan bersepak mula seperti biasa pada malam Sabtu dengan tuan rumah, Sarawak bertemu jaguh Pantai Timur, Terengganu. Debaran Sarawak menanti kunjunganTerengganu adalah ibarat debaran tentera Rentap menantikan kunjungan Empayar British bimbingan James Brooke beratus tahun dahulu. James Brooke dan tenteranya cuba menakluki Gunung Sadok dengan membawa 4,000 tentera. Ya lama dulu lagi rakyat Sarawak sudah berperang mempertahankan tanah mereka. 

Tiga mata adalah penting untuk tuan rumah. Tetapi Terengganu FA telah menetapkan sasaran juara liga super untuk skuad mereka biarpun pada mulanya mereka bukanlah pasukan pilihan. 

Pemain Tumpuan Sarawak : S. Chanturu 
Pemain Tumpuan Terengganu : Zairo Anuar 
Ramalan Sarawak 1 - 2 Terengganu 


Kelantan vs ATM FA 

Jika musim lepas perlawanan ini sudah semestinya akan menjadi sangat-sangat sengit. Tetapi untuk kali ini aku jamin ia akan menjadi perlawanan berat sebelah yang akan dikuasai sepenuhnya oleh Kelantan walaupun mereka terpaksa bermain dalam Piala AFC pada pertengahan minggu. Ini semua disebabkan penurunan prestasi pasukan ATM yang mendadak. 

Selain dari misi layak ke Piala AFC setiap tahun dan hanya melengkapkan jadual kejohanan, Kelantan juga mempunyai misi yang lain. Kejuaraan Liga Super adalah kayu pengukur keupayaan negeri dari pantai timur yang kecil molek ini dalam meneruskan survival mereka di arena bola sepak tempatan. 

Pemain Tumpuan Kelantan : Mohamed Shawky 
Pemain Tumpuan ATM FA : Bruno Martelotto 
Ramalan Kelantan 3 -0 ATM FA 


Perak vs Selangor 

Selangor sebelum ini telah pun menewaskan Hanoi T&T dalam Piala AFC dan kemenangan ini menerima reaksi positif kebanyakannya dari peminat bola sepak tempatan. Kali ini mereka bakal membuktikan keupayaan menewaskan Perak pula. Manakala Piala AFC kekal menjadi pentas terbaik untuk menguji keupayaan mereka. 

Lantas Piala AFC dan Liga Super ibarat sambil berkapal selam, minum air buat Selangor. Pertamanya untuk membuktikan kekuatan bola sepak mereka bagi bergelar juara di peringkat Asia atau paling tidak memberikan cabaran yang terbaik. Kedua ialah membuktikan keupayaan Selangor untuk menjulang kejuaraan Liga Super 2014 selepas kali terakhir melakukannya pada 2010. 

Pemain Tumpuan Perak : TIADA 
Pemain Tumpuan Selangor : Afiq Azmi 
Ramalan Perak 0 - 2 Selangor 


T-team vs Pahang 

Ramai yang tahu Negeri Tok Gajah ini adalah merupakan negeri kesayangan FAM. Tapi bagi aku ia bukanlah masalah utama buat sebuah negeri besar dan maju seperti Pahang yang sentiasa melahirkan bakat-bakat terbaik yang muncul dari seluruh pelusuk negerinya. Dan yang lebih manis lagi kejayaan Pahang hari ini adalah hasil daripada projek pembangunan bola sepak mereka yang teratur dan ianya bukan datang dengan melakukan pembelian mewah sema-mata. 

Aku tahu masih ramai sebenarnya di luar sana tidak bersetuju dengan status anak emas FAM ini. Walaupun begitu kebencian ini mungkin tidak mencapai tahap kehinaan serta kemarahan yang sama dengan apa yang telah Tuhan Harun telah lakukan di Pahang. 

Jadi...tak usahlah aku berbelit-belit lagi. Makanya aku memilih Pahang untuk menewaskan T-team. Mukatamad. 

Pemain Tumpuan T-team : Nelson Marcelo 
Pemain Tumpuan Pahang: Dickson Nwakaeme 
Ramalan T-team 1 - 3 Pahang 


Sime Darby FC vs LIONS XII 

Pada mulanya ramai yang marah dengan kemasukan LIONS XII dalam liga Malaysia. Tetapi kemasukan LIONS XII juga sebenarnya dapat memberi kesan positif buat bola sepak Malaysia. Reputasi bola sepak Malaysia kini dipandang lebih tinggi dengan adanya LIONS XII yang merupakan antara negara sukan bola sepak terulung di Asia Tenggara. Dan kuasa-kuasa bola sepak Malaysia yang lain kini mempunyai pencabar baru yang perlu mereka tangani. Kelantan, JDT dan Selangor tidak lagi boleh bersenang-lenang. 

Tidak apa LIONS XII berada dalam liga Malaysia kerana ini akan mengeratkan lagi hubungan dua hala negara kita dengan mereka. 

Sementara itu Sime Darby pula sudah semestinya bersedia 130% untuk mengejutkan pasukan LIONS XII selepas mereka berjaya menumpaskan ATM 3-2. 

Pemain Tumpuan Sime Darby FC: William Mensah 
Pemain Tumpuan LIONS XII : Safuwan Baharuddin 
Ramalan Sime Darby FC 1 - 1 LIONS XII

Saturday, March 29, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 10


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 10 | 29 Mac 2014 (Sabtu) 


LIONS XII vs T-Team (Live Astro Prima 105) 

Kedua pasukan ini menang dalam perlawanan Selasa lepas menentang lawan masing-masing. Ia berjaya melonjakkan Lions XII ke tangga 5 liga dengan 14 mata. 

Manakala pasukan T-Team naik sedikit ke tempat 9 dan selamat dari zon penyingkiran. Sebagai rekod juga hanya pasukan T-Team sahaja yang memenangi perlawanan sebagai tuan rumah pada pertarungan Selasa lepas. 

Dikhabarkan bahawa Fandi Ahmad bergitu teruja untuk bertembung taktikal dengan Azraai Khor Abdullah. Ada kemungkinan juga kerana Azraai Khor ini antara jurulatih yang sangat digeruni oleh Fandi Ahmad. 

Pemain Tumpuan LIONS XII : Safuwan Baharudin 
Pemain Tumpuan T-Team : Marzuki Yusof 
Ramalan: LIONS XII 1 - 0 T-Team 


Pahang vs Perak 

Berdasarkan kajian sejarah dahulu kala, Pahang merupakan negeri terakhir yang menerima Residen British. Sultan Ahmad ketika itu berusaha mengelakkan Pahang daripada dijajah oleh British. Itu cerita sejarah lama yang tiada kaitan dengan bola sepak Pahang yang semakin POWER sekarang ni. Kini pasukan bola Pahang sudah banyak berubah. Pasukan bola sepak mereka juga telah menjadi hebat. Menentang Perak adalah satu tugas mudah buat mereka.   

Pahang dijangka akan lebih banyak mengasak ke kubu Perak kerana kelebihan beraksi di Stadium Darul Makmur. Mereka juga memiliki Dickson Nwakaeme dan Matias Conti yang dilihat akan memberikan kesukaran kepada benteng pertahanan Perak untuk mengekang pergerakan mereka. 

Manakala pasukan Perak pula akan memilih untuk melakukan serangan balas kilat apabila mempunyai ruang. Itupun kalau ada ruang. Kalaaaau.... 

Pemain Tumpuan Pahang: Fauzi Roslan 
Pemain Tumpuan Perak: Mohamad Hisyamudin Mohamed Sha'ari 
Ramalan: Pahang 3 - 0 Perak 


Selangor vs PKNS FC 

PKNS sudah pasti tidak redho untuk kalah buat kali ketiga berurut-turut selepas mereka tewas sebelum ini kepada LIONS XII (1-2) dan Pahang (1-3). Berdepan Selangor yang sedang berada dalam prestasi terbaik mereka adalah sesuatu dugaan besar buat PKNS. Mereka juga mempunyai tugas berat Sabtu ini apabila akan menentang Selangor di Stadium Shah Alam dengan kapten pasukan, Mohd Fauzan Dzulkifli tidak dapat beraksi kerana penggantungan kad kuning. 

Setelah dikaji secara mendalam, Selangor dijangka tidak mempunyai sebarang masalah berdepan dengan PKNS. Sedangkan PKNS pula hanya bergantung kepada kekuatan mental pemain muda mereka lebih-lebih lagi berdepan skuad tuan rumah yang kini dalam misi wajib menang untuk kembali merampas tahkta Liga Super. 

Pemain Tumpuan Selangor: Thamil Arasu 
Pemain Tumpuan PKNS FC : Patrick Ronaldinho 
Ramalan: Selangor 2  -0 PKNS FC 


JDT vs Sarawak 

Negeri bola sepak paling berjaya di Asia, JDT akan bertembung dengan pendatang baru dari Liga Perdana, Sarawak. Secara dasarnya perlawanan ini mungkin jadik milik JDT. Keseluruhan babak pertama dijangka  akan dikuasai baik oleh JDT dengan Sarawak lebih banyak mengejar bola. 

Kehadiran Joseph Kalang dan Rashid Aya tidak langsung akan mengancam kubu JDT, dengan Mahali Jasuli cemerlang mengawal pergerakan Joseph Kalang. Itulah jangkaan awal saya walaupun Pablo Aimar sedang membuat lawatan sambil bergaji di Malaysia, JDT tetap akan mengutip 3 mata pada penghujung perlawanan ini. 

Pemain Tumpuan JDT: Amri Yahyah 
Pemain Tumpuan Sarawak: Hairol Mokhtar 
Ramalan: JDT 2 - 0 Sarawak 


Terengganu vs Kelantan (Live Astro Arena 801 dan Maya HD) 

Selepas mengadap Selangor dan JDT, yang mana Kelantan tewas kedua-dua perlawanan. Pasukan Kelantan dikerah pula bertarung dengan pendahulu Liga, Terengganu dalam Derbi Pantai Timur yang suam-suam kuku kerana mereka sudah bergabung dalam slogan 'This is Panta Timor'. 

Terengganu pula akan mempertaruhkan gandingan serangan Nor Farhan Muhamad dan Abdul Manaf Mamat sekali lagi selepas kedua-dua penyerang itu masing-masing menjaringkan gol pada aksi menentang ATM Selasa lalu. Sebelum ini posisi serangan kerap menjadi milik penyerang import Mamadou Hady Bary dan Marcio Souza. Bagaimanapun ketidakupayaan mereka memaksa Terengganu melakukan perubahan. Dan mereka mengharapkan sentuhan berbisa dua penyerang tempatan itu mampu menggegar pintu gol Kelantan, Sabtu ini. 

Pada perlawanan ini juga dijangkakan Nazri Ahmad yang dahulunya lubuk Johor DT akan kembali mengekalkan momentum ini. Mengikut laporan, kelekaan beliau dikatakan punca utama dua jaringan JDT terjadi ketika Kelantan tewas 2-1 di gelanggang sendiri Selasa lepas. 

Pemain Tumpuan Terengganu : Abdul Manaf Mamat 
Pemain Tumpuan Kelantan : Nazri Ahmad 
Ramalan: Terengganu 4 - 2 Kelantan 


Sime Darby vs ATM FA 

Sekali lagi aku dicabar. Sime Darby di tangga ke 10 liga. Manakala ATM pula di tempat ke 11 liga super. 

Mungkin ramai tidak menyangka nasib ATM akan menjadi sebegini buruk. Tetapi aku sudah dapat mengagak ia akan berlaku apabila Zahid Hamidi digantikan dengan Hishamuddin. Cuba engkorang nengok pasukan PDRM musim ini? Itulah ceritanya serba ringkas. 

Sime Darby bagaimanapun menunjukkan peningkatan positif ketika mereka menewaskan Perak (2-0) dan Terengganu (3-2). Malangnya mereka telah kembali ke fitrah asal pada Selasa lalu apabila tewas kepada T-team (0-2). 

Jadi, kedua pasukan akan berkongsi mata supaya mereka tenang kekal di dasar liga. 

Pemain Tumpuan Sime Darby : Dilshod Sharofetdinov 
Pemain Tumpuan ATM FA : Affize Faisal 
Ramalan: Sime Darby 2 -2 ATM FA 

Monday, March 24, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 9



Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 9 | 24 Mac 2014 (Selasa) 


ATM vs Terengganu (Siaran Langsung RTM 2)

ATM yang masih lega dengan keputusan seri menentang JDT Sabtu lepas akan menanti kehadiran pendahulu liga, Terengganu yang baru sahaja dikejutkan oleh pasukan bawahan liga Sime Darby dengan skor 3-2. 

Namun begitu, buat skuad Penyu, Haji Abdul Rahman memiliki kesebelasan serta gabungan mantap daripada pemain seperti Ismail Faruqi dan Norfarhan di barisan serangan sambil dibantu oleh penyerang import mereka yang lemah iaitu Mamadou Hady Bary dari Guinea dan Marcio Souza (Brazil). 

Pasukan ATM mungkin bermain di tempat sendiri, tetapi Terengganu mempunyai kelebihan dari segi pengalaman dan kemahiran serta dijangka bakal membawa pulang 3 mata penuh. 

Pemain Tumpuan ATM : Riduwan Ma'on 
Pemain Tumpuan Terengganu: Ismail Faruqi 
Ramalan: ATM 2 - 3 Terengganu 


Kelantan vs JDT 

Pasukan Kelantan yang khabarnya masih termenung kecewa dengan kekalahan kepada pasukan Selangor yang hebat akan mengadap satu lagi pasukan POWER BERDAULAT dari Selatan Tanahair iaitu, JDT. 

Walaubagaimanapun, pada perlawanan ini ia bukan sekadar taktik, perang saikologi atau kondisi pemain yang jadi pembicaraan antara Cesar Ferrando Jiminez  dan Steve Darby. 

Menjelang 'duel of champions' yang penuh debaran antara Kelantan dan JDT ini perkara yang lebih besar akan dipersembahkan oleh mereka. Kita sama-sama tunggu aksi mereka. 

Pemain Tumpuan Kelantan: Forkey Doe 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim: Safee Sali 
Ramalan: Kelantan 2 -2 Johor Darul Ta'zim. 


Sarawak vs Selangor 

Minggu lepas Sarawak tidak dapat bermain 'tippy-tappy football' mereka dengan sempurna kerana beraksi di Darul Makmur. Pertahanan Pahang seperti Shahrizan, Damion Stewart, Razman Roslan dan Saiful Nizam dengan mudah dapat menutup setiap ruang yang ada. Tetapi keadaan mungkin berbeza apabila mereka beraksi di stadium keramat mereka sendiri iaitu di Kuching. 

Bagi pasukan Selangor pula, faktor kepenatan kerana mengharungi perjalanan yang jauh mungkin akan membantutkan sedikit pemburuan 3 mata mereka. 

Pemain Tumpuan Sarawak: Rashid Aya 
Pemain Tumpuan Selangor: Paulo Rangel 
Ramalan: Sarawak 1 - 0 Selangor 


PKNS vs Pahang 

Pahang kini di tangga kedua liga berkongsi 13 mata bersama Terengganu, Kelantan dan Selangor. Terer!! 

Budak-budak Tok Gajah ini memang tak ada rasa takut langsung pada pasukan lawan mereka. Dengan asuhan Zainal Abidin Hassan aku merasakan skuad ini akan menjadi lebih bagus dari masa ke semasa. Engkorang nengok jelah nanti. 

Pemain Tumpuan PKNS: Nazmi Faiz 
Pemain Tumpuan Pahang: Hafiz Kamal 
Ramalan: PKNS 1 - 3 Pahang. 


Perak vs LIONS XII 

Semenjak dari Liga Super 2014 bermula lagi Perak telah diheboh-hebohkan sebagai Leeds United Asia. Dan semenjak dari Liga Super 2014 jugalah lagi aku dah bersedia untuk bersorak kegirangan apabila Leeds United Asia ini jatuh ke Liga Perdana tahun hadapan. Dan sampai ke hari ini impian itu seakan-akan hampir menjadi nyata. 

Tetapi skuad Perak mungkin berpeluang menidakkan kemahuan aku ini apabila mereka menanti kunjungan pasukan yang dibenci ramai iaitu Singa 12. Seluruh dunia kini secara tiba-tiba berada di belakang pasukan Perak. 

Pemain Tumpuan Perak : R. Mugenthirran 
Pemain Tumpuan LIONS XII : Zulfahmi Ariffin 
Ramalan: Perak 2 - 1 LIONS XII 


T-Team FC vs Sime Darby 

Cabaran terbesar dalam membuat ulasan Liga Super Malaysia ialah apabila pasukan dasar ataupun bawahan liga bertembung sesama mereka. Sangat mencabar. Ini kerana kadangkala aku terpaksa berkata benar walaupun pahit terasa di hati. 

Diringkaskan cerita. Sime Darby tidak akan bermain bolasepak, maka T-Team FC dari Terengganu juga tak reti hendak menang. Maka perlawanan ini akan tamat dengan seri tanpa jaringan. Tidak apa sekurang-kurangnya pengadil akan dapat bersenam 90 minit di atas padang. 

Pemain Tumpuan T-Team FC: Ramzul Zahini 
Pemain Tumpuan Sime Darby: Nazrul Kamaruzaman 
Ramalan: T-Team FC 0 - 0 Sime Darby 

Wednesday, March 19, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 8



Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 8 | 22 Mac 2014 (Sabtu) 

Pahang FA vs Sarawak 

Sarawak memang 'master' dalam serangan balas. Dengan Singa Dua Belas mereka menjaringkan 3 gol. Lawan Pahang pula dijangka mereka akan berdepan sedikit masalah untuk menyumbat gol sebegini mudah.. 

Dari awal perlawanan dijangka Sarawak tidak akan dapat bermain 'tippy-tappy football' mereka. Pertahanan Pahang seperti Shahrizan, Damion Stewart, Razman Roslan dan Saiful Nizam dengan mudah akan dapat menutup setiap ruang yang ada. Pemain Terbaik Dunia seperti S. Chanturu pun langsung tidak akan dapat menyerlah. 

Hanya selepas perlawanan tamat barulah kita akan dapat tahu pasukan mana yang akan muncul sebagai pemenang. 

Pemain Tumpuan Pahang FA: Saiful Nizam 
Pemain Tumpuan Sarawak: S. Chanturu 
Ramalan: Pahang FA 2 - 0 Sarawak 


Selangor vs Kelantan 

Gergasi bertemu lagi. Apa yang dapat dilihat Pada perlawanan ke-7 bagi kedua-dua pasukan ini minggu lepas ialah masih ada beberapa kepincangan yang perlu segera diperbaiki. Kedua-dua pasukan juga hanya mampu seri menentang lawan masing-masing iaitu ATM dan Pahang. 

Mereka juga baru sahaja selesai mengharungi Piala AFC dan mungkin kepenatan masih melanda diri sesetengah pemain. Jangan terlalu mengharapkan perlawanan dan aksi Super Heavyweight antara kedua GERGASI ini. Buat secawan kopi dan makan biskut sambil menontonnya di rumah dengan fikiran yang terbuka. 

Pemain Tumpuan Selangor: Paulo Rangel 
Pemain Tumpuan Kelantan: Khairul Izuan 
Ramalan: Selangor 1 - 1 Kelantan 


Johor Darul Ta'zim  vs ATM FA 

Selepas kekalahan JDT ketika menentang Terengganu tempohari media tabloid Malaysia menghentam teruk sesetengah pemain JDT. Banyak komen di laman maya mengatakan mereka tidak bertaraf dunia seperti Messi. Walaupun kita tahu Messi pun jadi macam pemain pencacai bila berdepan dengan 'back line' Terengganu yang imperious seperti Batu Bersurat. 

Adakah ini bermakna JDT tidak sesampah seperti yang disangka? Aku biarkan engkorang mencari jawapannya sendiri. 

Tetapi berdasarkan kajian aku secara peribadi, aku meletakkan JDT sebagai pemenang untuk menewaskan ATM. 

Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim: Nurul Azwan Roya 
Pemain Tumpuan ATM FA: Juan Arostegui 
Ramalan : Johor Darul Ta'zim 3 - 1 ATM FA 


LionsXII vs PKNS FC 

Secara perlahan-lahan PKNS sedang menyelinap naik di dalam liga super untuk menduduki tangga ke 4 ketika ini dengan mengumpul 11 mata daripada 7 perlawanan. Menentang Singa Dua Belas ini aku jangka Helmi Rameli akan berjaya membuatkan Khairul Amri dan rakan-rakannya menjadi patung di atas padang. 

Selamat berjaya buat Singa Dua Belas. 

Pemain Tumpuan LionsXII : Nazrul Nazari 
Pemain Tumpuan  PKNS FC : Khairu Azrin. 
Ramalan: LionsXII 1 - 2  PKNS FC 


T-Team FC vs Perak FA 

Dua pasukan tercorot bertemu. Jangan pikir panjang tentang perlawanan ini. Ia amat membosankan. Tapi untuk berlaku adil, aku tulis sedikit ulasan untuk perlawanan ini. 

Aku pilih T-Team FC pasal team ini tak pernah mengaku kalah walaupun dah tak mampu nak berlawan dengan pasukan lain. 

Perak pula aku jangka akan terus melepaskan gol dan seterusnya tewas sekali lagi buat kali yang ke-5 musim ini . Tapi bila dipikir-pikir balik kesian pulak aku tengok segala usaha pasukan Perak setakat ini akan berakhir dengan kehampaan. 

Pemain Tumpuan Mohd Marzuki Yusof 
Pemain Tumpuan Nasir Basharuddin 
Ramalan: T-Team FC 1 -0 Perak FA 


Sime Darby FC vs Terengganu 

Apalah nasib Sime Darby terpaksa berdepan Terengganu yang sedang berada pada prestasi terbaik mereka ketika ini. Perlawanan ini tidak akan menjadi seliar ketika Terengganu melayan JDT minggu lepas. Sime Darby adalah pasukan lemah yang akan mudah diratah oleh Sang Penyu. 

Sime Darby ni pula maskot binatang dia hape ek? 

Aku juga merasakan Sharbinee Allawee  boleh tidur dalam gol. Manakala Haji Abdul Rahman menongkat dagu kebosanan kerana tiada saingan dari pasukan Sime Darby. Sime Darby akan kena tapau! 

Pemain Tumpuan Sime Darby FC : William Mensah   
Pemain Tumpuan Terengganu : Sharbinee Allawee 

Ramalan: Sime Darby FC 0- 3 Terengganu 

Friday, March 14, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 7



Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 7 | 15 Mac 2014 (Sabtu). 

ATM vs Selangor 

Dulu kata orang, Liga Malaysia ini makanan ruji pasukan Selangor. Pedulikan sebagus manapun Pahang, Kedah atau Kuala Lumpur ketika itu kerana semestinya pasukan Selangor yang akan menguasai kejohanan ini. Namun kini ia sudah banyak berubah. Selangor bukanlah gergasi yang perlu digeruni oleh lawan mereka. 

Pertarungan dengan ATM akan menampilkan permainan dan keputusan yang masih agak terbuka di mana keduanya masih boleh melangkah sebagai pemenang. Walaubagaimanapun prestasi beberapa pemain ATM yang agak menurun terutamanya pemain import mereka, wajar diambil kesempatan oleh Selangor untuk mengutip 3 mata daripada perlawanan ini. 

Pemain Tumpuan ATM : Juan Arostegui 
Pemain Tumpuan Selangor : Steve Pantelidis 
Ramalan: ATM 0 - Selangor 2. 


Kelantan vs Pahang 

Kelantan adalah penguasa liga ketika ini. Prestasi pasukan bimbingan Steve Darby ini adalah pada tahap yang terbaik terutamanya selepas menewaskan South China 2-0 dalam saingan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) di Stadium Sultan Muhammad IV tempohari. 

Pasukan Red Warriors ini bakal bertemu Pahang yang juga telah menang dalam aksi terakhir mereka dengan menewaskan ATM 4-1 hasil jaringan Matias Conti (15’), Dickson Nwakaeme (18’, 51') dan Faizol Hussein (35'). Apa yang jelas Pahang juga dalam prestasi terbaik mereka. 

Namun jika Kelantan menang ke atas Pahang, tidak akan ada pasukan lain yang mampu memintas Red Warriors. 

Pemain Tumpuan Kelantan : Wan Zaharulnizam 
Pemain Tumpuan Pahang : Faizol Hussein 
Ramalan: Kelantan 3 -  Pahang 1 


Sarawak vs LionsXII 

Perlawanan ini akan penuh dengan teka-teki. Jawapan pada teka-teki ini hanya akan dapat kita ketahui pada hari Sabtu nanti. 

Selepas LionsXII tewas kepada Kelantan di Singapore Indoor Stadium, mereka juga dijangka akan tumbang pula kepada Sarawak. Kali ini kurang mengejut kerana kalau hendak ditengok gaya permainan LionsXII ketika ini memang macam celaka. Unta pun boleh main bola lagi bagus aku rasa. 

Dan jika diikut percaturan sebelum bermulanya permainan, Sarawak berkemungkinan besar boleh menjinakkan LionsXII walaupun turut tewas pada perlawanan sebelum ini kepada pasuka 'Angkat Sumpah', T-Team dengan skor 2-0. 

Pemain Tumpuan Sarawak  : Joseph Kalang Tie 
Pemain Tumpuan LionsXII : Khairul Amri 
Ramalan: Sarawak 1 - LionsXII 0 


Perak FA vs Sime Darby FC 

Jujur, perlawanan bola sepak macam ini yang kita perlu untuk setiap perlawanan yang disiarkan waktu perdana di Malaysia. Ia mungkin akan penuh dengan drama, kontroversi dan saspen pastinya. 

Bagi aku pasukan Perak terlampau hebat. Hebat yaaaa amat. Sime Darby yang kucar-kacir bukanlah lawan sebenar buat mereka. 3 mata buat Perak tanpa rasa ragu di hati. 

Pemain Tumpuan Perak FA : Guardiano 
Pemain Tumpuan Sime Darby FC : TIADA 
Ramalan: Perak FA 4 - Sime Darby FC 0 


Terengganu vs Johor Darul Ta'zim 

JDT, bersemangat kesan dari kemenangan mengejutkan mereka ke atas pasukan lemah Sime Darby. Bertemu Terengganu yang hampir-hampir tumpas kepada Selangor sebelumnya (perlawanan tertangguh berikutan masalah jadual dan padang). 

Terengganu juga perlu menang jika tidak mahu malu. Tetapi berdepan dengan JDT bukanlah sesuatu yang mudah. Skuad Penyu memang tidak tersusun macam Harimau Selatan, tetapi permainan mereka tipikal bola sepak Pantai Timur. Sangat fizikal, banyak menggunakan hantaran jauh dan penuh intimidasi. Kalau semangat Terengganu lemah macam budak Arsenal yang kalah kepada Bayern Munich, memang kena lauklah jawabnya. 

Pemain Tumpuan Terengganu : Ismail Faruqi 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Luciano Figueroa 
Ramalan:Terengganu 2 - Johor Darul Ta'zim 2 


PKNS FC vs T-Team FC 

Pertamanya ingin saya mengingatkan bahawa kita bakal disajikan dengan pertembungan dua pasukan lemah. Antara PKNS (8) lawan T-Team (11) pada jam 8:45 malam Sabtu. 

Keduanya sebelum berpisah mari kita doakan keselamatan pesawat MH370. Sekian. 

Pemain Tumpuan PKNS FC : Karlo Primorac 
Pemain Tumpuan T-Team FC : Badrul Hisyam 
Ramalan: PKNS FC 2 - T-Team FC 1 

Saturday, March 8, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 6


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 6 

8 Mac 2014 (Sabtu) 

Lions XII FC mln Kelantan 
7.45 mlm, Stadium Jalan Besar 

Jika kedudukan liga diambil kira, sudah pasti Kelantan akan menjadi pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan ini. Ditambah pula dengan aksi kurang meyakinkan dari pasukan Singa Dua Belas di Stadium Plastik kegemaran mereka musim ini. Tapi status pasukan pilihan mungkin akan menjadi beban buat Kelantan berbanding Singa Dua Belas. Kenapa beban label 'favourite' ini tidak diberikan pada Singa Dua Belas sebabnya mudah. Singa Dua Belas tidak ada bintang. Tidak ada Fakri Saarani, Piya, Khairul Fahmi atau Mohammaed Ghaddar yang dikatakan superstar bola sepak Kelantan. Jadi secara realistiknya pula Singa Dua Belas mungkin boleh menewaskan Kelantan di hadapan penyokong mereka sendiri. 

Pemain Tumpuan Lions XII FC : Hafiz Sujad 
Pemain Tumpuan Kelantan : Mohammaed Ghaddar 
Ramalan: Lions XII FC 1 - Kelantan 0 


Pahang mln ATM 
8.45 mlm, Stadium Darul Makmur 

Sebelum perlawanan, semua pundit bola sepak di dunia telah meletakkan ATM sebagai pemenang. Ini kerana barisan pemain ATM yang lebih ternama dan berpengalaman berbanding Pahang. Tetapi mereka mungkin lupa pasukan Pahang adalah penyandang Juara Piala Malaysia 2013 dan Juara Piala Sumbangsih. Serta masih lagi kekal beraksi dalam saingan Piala Akhir sedangkan ATM sudah bungkus awal. Oleh itu aku tidak akan termakan dengan demam Marlon-Martelotto-Arestegui dan terlupa prinsip asas bola sepak Liga Malaysia yang penuh seni dan kejutan. Walaupun Pahang tewas perlawanan terakhir liga tempohari kepada Terengganu, aku yakin skuad Tok Gajah tersenyum gembira selepas 90 minit perlawanan. 

Pemain Tumpuan Pahang :  Matias Conti 
Pemain Tumpuan ATM :Amiridzuwan Taj Tajuddin 
Ramalan: Pahang 2 - ATM 0 


Perak vs Selangor PKNS 
8.45 mlm, Stadium Perak 

Pasukan Perak yang masih kebal di gelanggang sendiri menanti penuh tenang kehadiran PKNS ke Stadium Perak. Jadi, teman harap Yob serta Yong sekalian semuanye udoh siap berbaju kuning. Dari Lumut sampei ke Sungai Siput,  dari Grik sampei ke Teluk Intan,  dari Parit Buntar sampei ke Tanjung Malim, moh kite memenuhkan Stadium Perak buat menyambut kedatangan PKNS. Inilah masanya untuk kite menilai keupayaan pasukan Yob yang telah diasuh Abu Bakar Fadzim. Teman dikaborkan gandingan import Yob dari Myanmar dan Brazil, Kyaw Zayar Win dan Eliel da Cruz Guardiano bukan aje cemerlang di padang tapi udoh reti makan gulai tempoyak. Tiada masalah buat Yob untuk mengutip 3 mata!!! 

Pemain Tumpuan Perak: Kyaw Zayar Win 
Pemain Tumpuan PKNS: Nazmi Faiz 
Ramalan: Perak 3 - PKNS 1 


Terengganu PBDKT T-Team vs Sarawak 
8.45 mlm, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

Terpelosoknya T-Team di tangga kedua tercorot liga adalah kerana ketiadaan strategi dan taktik yang jitu. Memang Azraai Khor sudah terkenal sebagai jurulatih yang pernah berjaya bersama Kedah dan Negeri Sembilan. Tetapi dengan pengurusan dan beberapa pemain yang kurang berkualiti menjadikan mereka tidak bermaya di awal saingan liga ini. Menentang Sarawak yang terkenal dengan aksi penuh taktikal dan bertenaga, mungkin dungu T-team dibuatnya meskipun bermain di gelanggang sendiri. 

Coach Tumpuan T-Team : Azlan Johar 
Pemain Tumpuan Sarawak : Milorad Janjus 
Ramalan: T-Team 0 - Sarawak 2 


KL Sime Darby FC vs Johor Darul Ta'zim 
8.45 mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Perlawanan ini adalah testimoni bahawa skil dan kemahiran individu mengatasi taktik dan strategi pasukan. Itulah kelebihan utama milik JDT berbanding Sime Darby.  JDT mesti menang. Jika tidak, akan banyak teori punca-punca kekalahan JDT akan timbul. Azlan Johar, Lelaki Jambang, semangat bola sepak yang lemah, igauan terowong, Irfan Ghani dan tidak lupa juga Sultan Bola turut dituduh terlibat sama. JDT akan membawa pulang 3 mata penuh. 


Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC : TIADA 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Izham Tarmizi 
Ramalan: KL Sime Darby FC  0 - Johor Darul Ta'zim 3 

Friday, February 14, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 5


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 5 
  
14 Februari 2014 (Jumaat) 

Selangor PKNS vs KL Sime Darby FC (Siaran Langsung 801)
8.45 malam Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Kesedapan PKNS semacam terbantut apabila mereka gagal mencapai kemenangan dalam 2 perlawanan terakhir mereka. Tewas kepada Sarawak 2-0 di gelanggang sendiri minggu lepas. Juga tewas kepada Kelantan dalam saingan suku akhir Piala FA 3-2. Moral pasukan kini berada pada tahap paling bawah. Semuanya terpulang kepada Wan Jamak untuk menaikkan semula semangat pemainnya dalam masa yang pendek ini. Sime Darby mungkin mendapat sedikit kelebihan dengan mempunyai rehat selama seminggu kerana sudah tidak terlibat dengan Piala FA. Keputusan seri sudah memadai buat Sime Darby jika kedudukan semasa dalam liga diambil kira. 

Pemain Tumpuan PKNS Patrick Ronaldinho Wleh 
Pemain Tumpuan Sime Darby Mohd Failee Mohamad Ghazli 
Ramalan: PKNS 1 - Sime Darby 1 


15 Februari 2014 (Sabtu) 

Johor Darul Ta'zim vs Selangor 
8.45 malam, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos 

Naib Juara Piala FA 2013, JDT memulakan saingan suku akhir Piala FA dengan langkah kanan apabila menang 3-1 ke atas Kedah di Larkin. Antara penjaringnya ialah Amri Yahyah yang menewaskan penjaga gol Kedah seawal minit ke-15. Kemenangan ini sudah cukup untuk mengukir senyuman di wajah TMJ dan Irfan Ghani, dua penyokong fanatik JDT, walaupun Amri Yahyah sebenarnya lahir di Tanjung Karang, Selangor (saja selit fakta). Kejayaan inilah yang menjadi bekalan mereka untuk berhadapan pasukan paling POWER musim ini yang juga pendahulu liga dengan 9 mata, Selangor. Adakah tuah akan menyebelahi Jiminez yang bongkak atau Mehmet Durakovic mempunyai rencana tersendiri menundukkan pasukan selatan tanah air ini, kita nantikan debarannya. 

Pemain Tumpuan JDT: Amri Yahyah 
Pemain Tumpuan  Selangor: Paulo Rangel 
Ramalan JDT 2 - Selangor 2. 


Terengganu vs Pahang 
8.45 malam, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

Terengganu nampak stabil di tangga ke-3 liga. Mereka akan menanti kehadiran pasukan kegemaran Soltan Bola, Pahang di Kuala Terengganu. Perlawanan terakhir menyaksikan mereka seri dengan Singa Dua Belas di Stadium Jalan Besar. Ia satu keputusan yang baik sebenarnya. Manakala lawan mereka pasukan Pahang juga sedang berada dalam prestasi terbaik. Bolehlah aku labelkan perlawanan derbi pantai timur paling teruja untuk disaksikan. Engkorang pula bagaimana? 

Pemain Tumpuan Terengganu: Mohd Ashari Samsuddin 
Pemain Tumpuan  Pahang:R. Gopinathan 
Ramalan:Terengganu 2 - Pahang 1 


ATM vs Lions XII FC 
8.45 malam, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Selepas 4 perlawanan, ATM telah memungut 7 mata manakala Singa Dua Belas pula 5 mata. ATM masih lagi pasukan yang perlu diberi perhatian walaupun jurulatih mereka Sathianathan gusar dengan pertemuan ini kerana ramai pemain utamanya yang masih mengalami kecederaan. Christe Jayaselan, K Reuben, Spase Dilevski, Marlon Alex James kesemuanya masih lagi cedera, Manakala Afize Faisal Mamat pula digantung dua perlawanan. Disampin itu, Sathianathan juga menamakan Syed Adney sebagai penjaga gol yang akan diturunkan pada perlawanan ini. Kata beliau "Berdasarkan kepada rekod, saya memberi kepercayaan kepadanya untuk mengawal pintu gol dalam pertemuan dengan LionsXII nanti,” 

Pemain Tumpuan ATM: Syed Adney 
Pemain Tumpuan   Lions XII FC: Hafiz Sujad 
Ramalan ATM 2 - Lions XII FC 1 


Kelantan vs Terengganu PBDKT T-Team 
8.45 malam, Stadium Sultan Mohamad Ke IV 

Jurulatih pasukan Kelantan, Steve Darby telah nekad kembali semula kepada formasi 4-4-2 selepas sistem 3-5-2 tidak berkesan dalam beberapa perlawanan sebelum ini. Berdepan T-Team adalah peluang terbaik untuk Kelantani mengutip 3 mata. Pasukan kelab dari Terenggau itu masih sibuk bersumpah sana sini dan tercari-cari matlamat sebenar bersaing dalam Liga Super. Tiada masalah buat Red Warriors untuk menang ke atas T-Team. 

Pemain Tumpuan Kelantan: Ahmad Shakir Ali 
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: Khairan Ezuan Razali 
Ramalan : Kelantan 3 - Terengganu PBDKT T-Team 1 


Sarawak vs Perak (Siaran Langsung RTM1) 
8.45 malam, Stadium Negeri Sarawak 

Seluruh negeri Sarawak bergembira menyambut kehadiran Ketua Menteri yang baru setelah sekian lama menanti. Jadi hanya kemenangan ke atas Perak sahaja yang akan menjadi hadiah kepada Ketua Menteri yang baru. Ketika zaman Awang Mahyan dan Ngap Sayot dulu, mana-mana pasukan yang bertandang ke Kuching pastinya berdepan tugas getir. Hari ini tempat Awang Mahyan diganti oleh Robert Alberts. Aku yakin Perak tidak akan ada peluang untuk bernafas dalam perlawanan ini.

Pemain Tumpuan Sarawak: Gabor Gyepes 
Pemain Tumpuan  Perak: Khairul Asyraf Sahizah 
Ramalan: Sarawak 4 Perak 0. 

Thursday, February 6, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 4


Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 4 

7 Februari 2014 (Jumaat) 

Pahang vs Johor Darul Ta'zim (Siaran Langsung 801)
8.45 malam Stadium Darul Makmur 

Selepas 3 perlawanan Liga Super, Pahang hanya mampu mencatat 1 kemenangan. Ia adalah permulaan yang agak perlahan buat pasukan Pahang jika hendak dibandingkan dengan status mereka selaku Juara Piala Malaysia 2013 dan Piala Sumbangsih 2014. Tetapi kemampuan mereka meleburkan rekod 19 bulan tanpa kalah pasukan Singa Dua Belas di Jalan Besar adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian serius oleh pasukan JDT. 

Kali terakhir JDT berkunjung ke Darul Makmur, mereka disajikan dengan aksi kucing berak. Kali ini seramai 784 anggota polis dan 2 ekor hanjeng pula akan turun menyambut kehadiran mereka dengan penuh mesra. Lupakan cerita terowong, lelaki berjambang dan perbalahan engkorang sesama penyokong yang dah macam hape jek aku nengok walhal liga kita bukan power mana pun. Jadi, 3 mata perlu dikutip oleh JDT meskipun beraksi sebagai pelawat. Agak mustahil, tetapi masih logik akal untuk dilakukan. 

Pemain Tumpuan Pahang : Hafiz Kamal 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Luciano Gabriel Figueroa 
Ramalan: Pahang 2 - Johor Darul Ta'zim  1 


Selangor PKNS vs Sarawak 
8.45 malam Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Segala-galanya bermula agak cantik buat Wan Jamak dan pasukannya PKNS FC pada awal musim ini. Menewaskan Kelantan di Kota Bahru dan seterusnya layak ke suku akhir Piala FA adalah antara pendorong buat mereka bagi menjadikan skuad Bujang Senang sebagai santapan seterusnya. Lawan mereka yang dinanti adalah pasukan yang paling sukar dijangka musim ini iaitu Sarawak. Sarawak baru sahaja menyingkirkan pasukan Gergasi Merah Selangor daripada Piala FA dan ini merupakan tonik terbaik buat anak didik Robert Albert mengejutkan pasukan Selangor yang satu lagi ni pulak. 

Pemain Tumpuan Selangor PKNS : Primorac Karlo 
Pemain Tumpuan Sarawak  : Reshafiq Alwi 
Ramalan: Selangor PKNS 3 - Sarawak  2 


8 Februari 2014 (Sabtu) 

Lions XII FC vs Terengganu 
7.45 malam, Stadium Jalan Besar. 

Fandi Ahmad, bekas pujaan JDT pada musim lepas akan menghadapi jurulatih paling prolifik dari segi taktikal iaitu Haji Abdul Rahman. Penangan tewas kepada Pahang mungkin masih dirasai dan menjadi igauan ngeri buat seluruh pasukan dan pengurusan Singa Dua Belas. Namun dalam bolasepak moden, kalah dan menang adalah rencah penyedap. Sudah pasti Terengganu mahukan kemenangan bagi menyedapkan lagi kedudukan mereka di dalam Liga Super yang mana ketika ini mereka sedang menghuni tangga kedua. Mampukah Terengganu? 

Pemain Tumpuan Lions XII FC : Safuwan Baharudin 
Pemain Tumpuan Terengganu : Ashaari Shamsuddin 
Ramalan : Lions XII FC 0 - Terengganu 0 


Perak vs Kelantan 
8.45 malam, Stadium Perak. 

Hari Sabtu nanti, kedua-dua pasukan hebat ini bakal bertembung dalam perlawanan yang secara kasarnya akan menjadi milik pasukan Kelantan. Engkorang pasti akan setuju dengan apa yang aku cakap ni. Itupun jika engkorang betol-betol menengok macam mana pemain import Perak dan pemain muda mereka menahan dan menghantar bola. Jika bukan menggunakan lutut, mereka akan melakukannya dengan hidung. Kalah atau menang itu adat permainan. Tapi sebagai seorang yang lebih cenderung kepada Kelantan pastinya aku harapkan kemenangan Kelantan dan lebih manis lagi melalui gol jaringan Fakri Saarani. 

Pemain Tumpuan Perak : Eliel da Cruz Guardiano 
Pemain Tumpuan Kelantan : Fakri Saarani. 
Ramalan Perak 0 - Kelantan 1 


Terengganu PBDKT T-Team vs ATM 
8.45 malam, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

ATM yang masih tidak tentu hala selepas tersingkir awal dalam saingan Piala FA terpaksa bertandang ke Kuala Terengganu untuk berdepan T-Team, yang mana minggu lalu terlibat dalam kes terowong paling sensasi di dunia mengatasi mana-mana siri pergaduhan Roy Keane dan Patrick Vieira.  T-team pastinya akan bangkit dengan jiwa yang bengis dan aksi penuh bertenaga bagi menewaskan ATM. Namun, satu lagi kekalahan kepada ATM bakal meletakkan kerjaya Azraai Khor selaku jurulatih T-Team dalam bahaya kerana mereka sekarang berada di tangga tercorot liga. 

Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: Evaldo Rodrigues 
Pemain Tumpuan ATM : Juan Arosteguei 
Ramalan : Terengganu PBDKT T-Team 2 - ATM 0 


KL Sime Darby FC vs Selangor 
8.45 malam, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Ini adalah pertembungan antara 2 pasukan yang berbeza darjat. Selangor ketika ini adalah pendahulu liga. Manakala Sime Darby pula di tangga kedua tercorot liga. Persoalannya kini adakah Ismail Zakaria bakal terus bersandar kepada taktik 'long ball' kerana ia bersesuaian dengan barisan pemain yang kurang berkemahiran milikinya? Dan adakah Mehmet Durakovic yang sebelum ini gagal dalam laga Piala FA bersama Selangor bakal terus gagal apabila bertemu Sime Darby pula? 

Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC: Juzaili Samion 
Pemain Tumpuan Selangor : K. Gurusamy 
Ramalan KL Sime Darby 1 - FC Selangor 3 

Monday, January 27, 2014

Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 3



Liga Super Perlawanan 3 
28 Januari 2014 (Selasa) 


Selangor vs Pahang 
4.45 ptg, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (Siaran Langsung Astro Arena 801) 

Selangor hanya tidak bernasib baik tewas kepada Temasik Sabtu lepas. Tewas dalam jaringan pada minit-minit akhir sememangnya amat memeritkan. Selangor akan melayan skuad Tok Gajah yang ketika ini juga mengalami penurunan prestasi. Pahang dikejutkan dengan kekalahan kepada Sime Darby, sebuah kelab yang aku sendiri tak tahu siapa penyokongnya selain daripada pekerja di firma tersebut. Petang yang redup rasanya akan menjadi milik Gergasi Merah apabila mereka dijangka meratah Tok Gajah hidup-hidup. 

Pemain Tumpuan Selangor : Mohd Fitri Shazwan Raduwan 
Pemain Tumpuan Pahang : Azamuddin Alex Akil 
Ramalan: Selangor 2 - Pahang 1. 


Johor Darul Ta'zim vs Lions XII FC 
8.45 mlm, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunos (Siaran Langsung Astro Arena 801) 

"Tiada butang kecemasan". Begitulah laungan keyakinan sesetengah penyokong tulen pasukan Harimau Selatan. Penyokong palsu pula terus-terusan menyalahkan pengadil dan juga SR Chopot. Berdepan jiran dari seberang tambak ini memerlukan satu persediaan mental yang kuat. Mungkin Singa Dua Belas mempunyai sedikit kelebihan kerana Fandi Ahmad pernah berkhidmat dengan JDT musim lepas. 90% kekuatan dan kelemahan pemain JDT berada dalam poket seluar beliau. Perlawanan yang sengit ini dijangka berakhir dengan seri. 


Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Pablo Aimar 
Pemain Tumpuan Lions XII FC : Khairul Amri. 
Ramalan: Johor Darul Ta'zim 2 - Lions XII FC 2. 


ATM vs Perak 
8.45 mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang (Siaran Langsung RTM) 

Seperti ada yang tidak kena dengan permulaan musim ini dari pasukan ATM. Ketiadaan Zahid Hamidi mungkin dirindui oleh para pemain. Nampaknya Sathianathan perlu berhenti merungut tentang pengadil dan mula memberikan fokus 150% kepada pasukannya jika tidak mahu tercicir mata lagi. Perak yang juga pada awal musim ini lebih banyak terlibat dengan isu luar padang, manakala aksi dalam padang mereka masih kucar-kacir. Tidak sukar untuk meramalkan bahawa pasukan tuan rumah akan bangkit pada perlawanan ini dan menewaskan pasukan Perak yang entah apa-apa tu. 

Pemain Tumpuan ATM : K. Reuben 
Pemain Tumpuan Perak : Eliel da Cruz Guardiano 
Ramalan: ATM 3 - Perak 1. 


Terengganu vsTerenganu PBDKT T-Team 
8.45 mlm, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

Pada kebiasaanya perlawanan antara kedua pasukan ini akan menjadi amat bosan. Kedua-duanya akan bermain secara berhati-hati. Tiada siapa antara mereka mempamerkan semangat untuk mengutip 3 mata. Jadi aksi membosankan ini dijangka akan berakhir dengan keputusan seri. 

Pemain Tumpuan Terengganu : Zairo Anuar 
Pemain Tumpuan PBDKT T-Team : Ptrick Wanggai 
Ramalan: Terengganu 0 - PBDKT T-Team 0 


Kelantan vs Selangor PKNS 
8.45 mlm, Stadium Sultan Mohamad Ke IV

Kelatan adalah satu-satunya pasukan sudah yang mengutip 6 mata penuh dalam 2 perlawanan setakat ini. Analisis di atas ketas juga menunjukkan Kelantan mampu mengatasi PKNS dengan mudah dalam perlawanan ini. Ditambah pula dengan aksi mereka di gelanggang keramat, Stadium Sultan Mohamad Ke IV. PKNS pula sekiranya berhajat mengutip satu mata dari tempat lawan ini perlu bermain dengan lebih teratur dan mengurangkan kesilapan individu. Walaubagaimanapun aku merasakan pada akhir wisel penamat, Kelantan akan berjaya mengutip 3 mata berharga dari gelanggang sendiri.

Pemain Tumpuan Kelantan
Pemain Tumpuan Selangor PKNS 
Ramalan: Kelantan 2 -Selangor PKNS 0 


Sarawak vs KL Sime Darby FC 
8.45 mlm, Stadium Negeri Sarawak 

Sarawak masih lagi gagal mengutip mata dalam 2 perlawanan mereka. Tewas kepada ATM dan Kelantan dalam 2 aksi sebelum ini. Ketiadaan Muamer Salibasic sedikit sebanyak menganggu rentak permulaan Liga Super Sarawak musim ini. Pasukan pelawat Sime Darby tidak wajar dipandang remeh. Kejayaan mereka mengejutkan juara Piala Sumbangsih 2014 iaitu Pahang merupakan satu pencapaian yang hebat bagi sebuah pasukan yang baru sahaja dinaikkan pangkat dari Liga Perdana musim lepas. Sebagai tuan rumah dalam pertembungan ini, pasukan Sarawak wajar menewaskan Sime Darby. Tiada pilihan lain jika mahu bersaing dengan pasukan atasan.

Pemain Tumpuan Sarawak : Joseph Kalang
Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC : Fahrul Razi Kamaruddin
Ramalan: Sarawak 1 - KL Sime Darby FC 0

Wednesday, January 22, 2014

Prebiu Liga Super 2014 Perlawanan 2



24 Januari 2014 (Jumaat) 

Selangor PKNS vs ATM 
8.45 mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Momentum kejayaan pasukan ATM mengutip tiga mata dijangka akan dapat dikekalkan apabila bertemu dengan pasukan Selangor PKNS. Buat masa ini ATM sedang berada pada prestasi terbaik mereka walaupun pada perlawanan pertama tempohari mereka tidak menurunkan beberapa tonggak utama. Sekali lagi Marlon Alex akan dijadikan sandaran untuk menjaringkan gol di Stadium Majlis Perbandaran Selayang yang sememangnya sudah sebati dengan pasukan ATM meskipun mereka akan turun sebagai pelawat pada perlawanan ini. Walaupun begitu, luka tewas kepada Sime Darby dalam aksi Piala FA mungkin merencatkan sedikit persiapan The Gladiators menjelang pertemuan menentang PKNS. 

Malang buat pasukan PKNS pada perlawanan pertama bertemu Terengganu apabila jaringan pendahuluan pada minit ke-17 daripada Hamka Hamzah masih belum mampu menghadidahkan pasukan Sang Semut Merah ini kemenangan sulung musim ini. Wan Jamak sudah pasti akan merencana persediaan terbaik buat PKNS melakar kejutan ke atas pasukan yang gah seperti ATM. Dengan sedikit magis dari Wan Jamak, B. Sahthianathan akan terkulai di Selayang. Perhatikan juga aksi Hamka Hamzah yang telah menjaringkan 2 gol dalam perlawanan pusingan pertama Piala FA ketika PKNS menewaskan JDT II. 

Pemain Tumpuan Selangor PKNS : Hamka Hamzah 
Pemain Tumpuan ATM : Jayaseelan 
Ramalan: Selangor PKNS  2 - ATM  1. 


25 Januari 2014 (Sabtu) 

Lions XII FC vs Selangor 
7.45 mlm, Bishan Stadium 

Dahulu Lions XII memiliki Shahril Ishak, Baihaki Khaizan dan Hariss Harun. Tidak lupa juga padang plastik. Tetapi kini semua itu tiada lagi. Cuma yang boleh dibanggakan hanyalah Izwan Mahbud sahaja yang masih kekal kebal di posisi penjaga gol dan beliau adalah antara punca utama kepada kejayaan Lions XII menjuarai Liga Super 2014 dengan penuh sombong. 

Selangor pula bertuah kerana memiliki Mehmat Durakovic pada musim ini. Selain itu, kehadiran Paulo Rangel juga merupakan satu rahmat besar kepada skuad Gergasi Merah. Mengikut kajian majalah bola terkemuka Brazil, 'TheGoaLines'. Sekiranya sesebuah pasukan itu memiliki Paulo Rangel, maka pasukan itu sudahpun lengkap 99.99%. Gandingan Mehmat Durakovic-Paulo Rangel kini mengatasi mana-mana gandingan jurulatih-pemain seperti Seedorf-Balotelli dan Simeone-Costa. Paolo Rangel telah menjaringkan 2 gol yang cantik ketika menentang T-team minggu lepas. Dan dijangka dia akan sekali lagi berjaya mengulangi aksi yang sama di Bishan. 

Pemain Tumpuan Lions XII FC : Gabriel Quak Jun Yi 
Pemain Tumpuan Selangor :  Paulo Rangel 
Ramalan: Lions XII FC  1 - Selangor  3   


Sarawak vs Kelantan 
8.45 mlm, Stadium Negeri Sarawak 

Juara Liga Perdana 2013, Sarawak akan menanti kehadiran Kelantan di Stadium keramat mereka Stadium Negeri Sarawak. Sarawak yang kecewa pada perlawanan pertama kerana tewas kepada ATM di Selayang minggu lepas sudah tentu mahu bangkit apabila menghadapi Kelantan. Mungkin kini mereka sudah mulai terasa kehilangan mesin gol mereka iaitu Bobby Gonzalez yang berpindah ke pasukan PDRM musim ini. Dengan Akmal Rizal dibarisan serangan, sedikit sebanyak akan menyulitkan peluang mereka untuk memburu gol atas kerana faktor usia pemain tersebut. 

Kelantan pula kelihatan garang bagaikan amukan Haiyan dengan kehadiran semula Mat Ghaddar. 'The Kijang' menewaskan KL Sime Darby FC 2-1 untuk mengutip mata penuh pertama musim ini. Meskipun mereka ketinggalan seawal minit ke-7, namun semangat juang tinggi yang dipamerkan anak buah Steve Darby membolehkan mereka berjaya mengatasi pasukan KL Sime Darby FC. Secara kasarnya kelebihan berpihak kepada pasukan Kelantan untuk menewaskan Sarawak di Kuching. 

Pemain Tumpuan Sarawak : Hairol Mokhtar 
Pemain Tumpuan Kelantan : Mat Ghaddar 
Ramalan: Sarawak 2 - Kelantan 0 


Perak vs Terengganu 
8.45 mlm, Stadium Perak 

Dalam tempoh seminggu pasukan Perak sudah mengalami 2 kekalahan. Tewas kepada pasukan paling agung, JDT ketika saingan Liga Super dan kemudiannya disingkirkan oleh Pahang dalam aksi Piala FA. Jurulatih Perak, Abu Bakar Fadzim perlu menaikkan semula moral pasukan yang pada ketika ini berada di tahap yang amat rendah. Meskipun aksi beberapa pemain baru seperti Kyaw Zayar Win dan lagenda Hardi Jaafar agak memuaskan, pasukan Perak sebenarnya perlu lebih daripada itu sekiranya ingin menewaskan Terengganu. 

Sementara itu Terengganu yang kembali mendapat sentuhan ajaib Haji Abdul Rahman sudahpun mengumpul 3 mata hasil daripada perlawanan pertama mereka menentang PKNS. Bukan itu sahaja, Terengganu juga mara ke pusingan seterusnya dalam saingan Piala FA apabila membelasah Shahzan Muda 4-0. Jika dinilai secara kasar, pasukan Terengganu berpeluang menewaskan pasukan tuan rumah Perak meskipun tidak beraksi di hadapan penyokong sendiri. 

Pemain Tumpuan Perak : Kyaw Zayar Win 
Pemain Tumpuan Terengganu : Nor Farhan 
Ramalan: Perak 0 - Terengganu 2 


Terengganu PBDKT T-Team vs Johor Darul Ta'zim 
8.45 mlm, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah 

Umum mengetahui pemburuan menjadi juara liga super bukanlah satu tugas semudah membaca Aliff Ba Ta. Banyak halangan yang perlu ditempuhi, tidak lupa juga ujian-ujian yang mendatang tiba baik di atas padang mahu pun di luar padang. Inilah yang sedang dihadapi oleh pasukan paling agung di dunia iaitu JDT. Walaupun terlalu banyak cerita luar padang yang mengganggu JDT, tetapi fokus pasukan ini tidak pernah luntur walau sekelumit pun. Bertemu T-Team, sudah pasti ia bukan masalah besar buat mereka. 

Minggu ini T-Team akan melayani kunjungan JDT di Kuala Terengganu dengan penuh debar. Tekanan mungkin kurang dirasai oleh para pemain T-Team kerana turun sebagai pasukan bukan pilihan. Jika mereka bermain secara tenang dan kurang melakukan kesilapan, maka tidak mustahil mereka sekurang-kurangnya mampu mengutip satu mata. 

Pemain Tumpuan PBDKT T-Team: TIADA 
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim: Amri Yahyah 
Ramalan: PBDKT T-Team 2 - Johor Darul Ta'zim 4 


KL Sime Darby FC vs Pahang 8.45 mlm 
Stadium Majlis Perbandaran Selayang 

Sime Darby hampir berjaya mengejutkan Kelantan pada perlawanan pertama liga super. Dalam aksi Piala FA pula mereka dengan tenang menewaskan ATM 2-1 menerusi 2 gol  jaringan Mahmoud Al Amna . Maka tidak mustahil anak buah Ismail Zakaria boleh menewaskan Juara Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih ini. 

Berdasarkan prestasi semasa pula, pasukan Pahang gagal mempamerkan status mereka sebagai pasukan pilihan musim ini. Mungkin kelemahan di bahagian pertahanan perlu diperbaiki di samping aksi longlai Azidan Sarudin yang bermain di bahagian tengah yang nampaknya masih belum mampu menampung kehilangan Amirulhadi. Stadium Selayang sekali lagi akan menjadi saksi rebahnya sebuah pasukan gergasi pantai timur. 

Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC : Mahmoud Al Amna 
Pemain Tumpuan Pahang : Azidan Sarudin 
Ramalan:KL Sime Darby FC 1- Pahang 0