UAE Melawan Malaysia.
1. Penjaga gol Malaysia yang bernama Apek diturunkan sebagai pemain utama. Dia melepaskan 4 gol. Kemudiannya diganti dengan Zamir Selamat. Seimbang sahaja bangang mereka. 3 gol dilepaskan Zamir.
2. Dollah Salleh menggunakan taktikal 5-3-2 aku rasa. Tapi serupa 0-0-0. Macam tiada siapa bermain menentang UAE.
3. Pertahanan yang dipilih ialah Afif, Amir Taj, Mamat Kacuk Dari JDT, Kunanlan dan Zubir. Menengok nama Afif dan Amir Taj sahaja kita sudah agak cara bagaimana corak permainan tanpa otak mereka.
4. Pemain tengah Malaysia? Ada ke?
5. Manakala penyerang Malasysia lebih bersenang hati menyerang menggunakan niat.
6. Malaysia meneruskan rentak sumbang permainan mereka. Kadangkala aku sendiri keliru dengan jenis formasi yang Dollah Salleh gunakan. Sebagai hasilnya 10 gol dilepaskan. Ya!!! SEPULOH!!!
7. Paling ajaib ialah kehilangan Kapitan Malaysia, Safiq Rahim. Wajah beliau hanya muncul pada permulaan permainan ketika bersalam dengan pengadil dan kapten UAE. Selepas itu ghaib. Dan muncul semula pada minit ke-82 untuk mengambil satu sepakan percuma yang tersasar entah ke mana-mana.
8. Aku juga ada mendapat info yang pemain Malaysia kalah kerana cuaca terlalu panas dan juga ramai yang kena penyakit jet lag. Dah tau nak lawan UAE engko masih bertarung dengan Bangladesh dekat Shah Alam Sabtu lepas tu dah kenapeeeee?
9. Nak jugak aku bagi kredit kepada Amri Yahyah yang walaupun tua tetapi kerap menyebabkan kamera fokus pada wajahnya dek kerana beberapa gerakan beliau yang membuktikan dia seorang pemain bola sepak. Pemain lain ada jugak yang kerap difokuskan oleh jurukamera, macam Afif dan Apek. Tapi untuk sebab apa, kita dah boleh agak.
10. Secara jujurnya bola sepak gaya haramjadah telah dipersembahkan oleh pasukan Harimau Malaya pada hari ini.
11. Yang perlu bertaubat kali ini ialah FAM, Presidennya dan seluruh institusi bola sepak yang ada di negara ini yang melahirkan pemain bola sepak jenis yang kita ada sekarang ini. Jenis yang tidak tahu membuka permainan, menahan bola dengan keting, belari atas padang serupa pergi Alamanda, kabur mengatur gerak serangan, lawan pemain fizikal tinggi dengan bermain hantaran tinggi, berambut fesyen anak anjeng dan bermain bola lagak binatang itu jugak.
Showing posts with label Apeks. Show all posts
Showing posts with label Apeks. Show all posts
Friday, September 4, 2015
Saturday, March 8, 2014
Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 6
Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 6
8 Mac 2014 (Sabtu)
Lions XII FC mln Kelantan
7.45 mlm, Stadium Jalan Besar
Jika kedudukan liga diambil kira, sudah pasti Kelantan akan menjadi pasukan pilihan untuk menang dalam perlawanan ini. Ditambah pula dengan aksi kurang meyakinkan dari pasukan Singa Dua Belas di Stadium Plastik kegemaran mereka musim ini. Tapi status pasukan pilihan mungkin akan menjadi beban buat Kelantan berbanding Singa Dua Belas. Kenapa beban label 'favourite' ini tidak diberikan pada Singa Dua Belas sebabnya mudah. Singa Dua Belas tidak ada bintang. Tidak ada Fakri Saarani, Piya, Khairul Fahmi atau Mohammaed Ghaddar yang dikatakan superstar bola sepak Kelantan. Jadi secara realistiknya pula Singa Dua Belas mungkin boleh menewaskan Kelantan di hadapan penyokong mereka sendiri.
Pemain Tumpuan Lions XII FC : Hafiz Sujad
Pemain Tumpuan Kelantan : Mohammaed Ghaddar
Ramalan: Lions XII FC 1 - Kelantan 0
Pahang mln ATM
8.45 mlm, Stadium Darul Makmur
Sebelum perlawanan, semua pundit bola sepak di dunia telah meletakkan ATM sebagai pemenang. Ini kerana barisan pemain ATM yang lebih ternama dan berpengalaman berbanding Pahang. Tetapi mereka mungkin lupa pasukan Pahang adalah penyandang Juara Piala Malaysia 2013 dan Juara Piala Sumbangsih. Serta masih lagi kekal beraksi dalam saingan Piala Akhir sedangkan ATM sudah bungkus awal. Oleh itu aku tidak akan termakan dengan demam Marlon-Martelotto-Arestegui dan terlupa prinsip asas bola sepak Liga Malaysia yang penuh seni dan kejutan. Walaupun Pahang tewas perlawanan terakhir liga tempohari kepada Terengganu, aku yakin skuad Tok Gajah tersenyum gembira selepas 90 minit perlawanan.
Pemain Tumpuan Pahang : Matias Conti
Pemain Tumpuan ATM :Amiridzuwan Taj Tajuddin
Ramalan: Pahang 2 - ATM 0
Perak vs Selangor PKNS
8.45 mlm, Stadium Perak
Pasukan Perak yang masih kebal di gelanggang sendiri menanti penuh tenang kehadiran PKNS ke Stadium Perak. Jadi, teman harap Yob serta Yong sekalian semuanye udoh siap berbaju kuning. Dari Lumut sampei ke Sungai Siput, dari Grik sampei ke Teluk Intan, dari Parit Buntar sampei ke Tanjung Malim, moh kite memenuhkan Stadium Perak buat menyambut kedatangan PKNS. Inilah masanya untuk kite menilai keupayaan pasukan Yob yang telah diasuh Abu Bakar Fadzim. Teman dikaborkan gandingan import Yob dari Myanmar dan Brazil, Kyaw Zayar Win dan Eliel da Cruz Guardiano bukan aje cemerlang di padang tapi udoh reti makan gulai tempoyak. Tiada masalah buat Yob untuk mengutip 3 mata!!!
Pemain Tumpuan Perak: Kyaw Zayar Win
Pemain Tumpuan PKNS: Nazmi Faiz
Ramalan: Perak 3 - PKNS 1
Terengganu PBDKT T-Team vs Sarawak
8.45 mlm, Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah
Terpelosoknya T-Team di tangga kedua tercorot liga adalah kerana ketiadaan strategi dan taktik yang jitu. Memang Azraai Khor sudah terkenal sebagai jurulatih yang pernah berjaya bersama Kedah dan Negeri Sembilan. Tetapi dengan pengurusan dan beberapa pemain yang kurang berkualiti menjadikan mereka tidak bermaya di awal saingan liga ini. Menentang Sarawak yang terkenal dengan aksi penuh taktikal dan bertenaga, mungkin dungu T-team dibuatnya meskipun bermain di gelanggang sendiri.
Coach Tumpuan T-Team : Azlan Johar
Pemain Tumpuan Sarawak : Milorad Janjus
Ramalan: T-Team 0 - Sarawak 2
KL Sime Darby FC vs Johor Darul Ta'zim
8.45 mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang
Perlawanan ini adalah testimoni bahawa skil dan kemahiran individu mengatasi taktik dan strategi pasukan. Itulah kelebihan utama milik JDT berbanding Sime Darby. JDT mesti menang. Jika tidak, akan banyak teori punca-punca kekalahan JDT akan timbul. Azlan Johar, Lelaki Jambang, semangat bola sepak yang lemah, igauan terowong, Irfan Ghani dan tidak lupa juga Sultan Bola turut dituduh terlibat sama. JDT akan membawa pulang 3 mata penuh.
Pemain Tumpuan KL Sime Darby FC : TIADA
Pemain Tumpuan Johor Darul Ta'zim : Izham Tarmizi
Ramalan: KL Sime Darby FC 0 - Johor Darul Ta'zim 3
Friday, June 14, 2013
PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2013 : KELANTAN vs JOHOR DARUL TAKZIM
Liverpool vs Manchester, AS Roma vs Lazio. Itulah dia ibaratnya pertemuan pada Final FA CUP 2013 ini. Mengikut kiraan logik akal, Kelantan sememangnya pasukan yang akan mudah memenangi perlawanan ini. Namun jangan dilupa, JDT begitu hebat musim ini. Mereka sudah menewaskan hampir semua bekas juara Piala FA seperti Perak, Kedah, Selangor dan Pahang. Semuanya JDT lakukan dengan mudah (paling mudah ketika bertemu Pahang. Macm tidak ada saingan. Tak berlatih ke skuad Pahang ni?). Ya semudah meludah ke arah anjing. Korang hape tau?
Kali ini seperti tahun lepas juga, kita tidak mahu berbicara mengenai pasukan Kelantan kerana semua sudah maklum kekuatan dan kelemahan pasukan ini. Yang mana musim ini sangat teserlah kelemahan mereka berbanding kekuatan. Kita juga mengetahui dengan siapa Khairul Fahmi berkahwin (mesti korang sedang terbayangkan senyuman manis Leuniey ketika ini). Tetapi kita tidak mengetahui nama isteri penjaga gol JDT..iye tak?
JDT juga mempunyai seorang penjaga gol yang tidak kurang hensemnya jika dibandingkan dengan Khairul Fahmi. Muhammad Al-Hafiz Hamzah, penjaga gol yang berusia 29 tahun ini berasal dari Pendang, Kedah. Kariernya bermula agak malap ketika bersama Kedah dan USM. Begitu juga pada permulaan musim bersama JDT. Al-Hafiz sebenarnya adalah penjaga gol kedua di belakang Zamir Selamat. Namun aksi mantap beliau dari satu perlawanan kepada satu perlawanan telah memikat jurulatih penjaga gol JDT, Khairul Azman untuk manjadikan beliau sebagai calon utama mengisi posisi benteng terakhir JDT. Zamir pula? Sedang sibuk menguruskan kedai kopinya bersama Khairul Fahmi. Nampaknya sudah siap perancangan untuk bersara awal gamaknya.
Pada usia sebegini, Al-Hafiz semestinya mahukan kejayaan menjadi milik JDT. Sekurang-kurangnya beliau ada cerita untuk disampaikan kepada cucu cicit beliau pada 30 tahun akan datang..Cerita Kisah JDT memenangi PIALA FA 2013.

Di barisan pertahanan pula, JDT memiliki sejumlah pemain yang 'sedia mati' untuk pasukan mereka. Antaranya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Kamarul Afiq Kamaruddin, Mohd Farid Ramli, Nazri Ahmad, Mohd Irfan Abdul Ghani dan Ahmad Tharmini Saiban. Namun antara yang perlu diberi perhatian ialah ketua pasukan JDT, Kamarul Afiq Kamaruddin. Ini adalah perlawanan akhir Piala FA yang kedua berturut-turut dalam kariernya. Gempak bukan? Sudah mestilah gempak dan power. Ini JDT lah!! Pengalaman yang beliau miliki ini boleh menjamin pasukan JDT melakar kejayaan menjulang Piala FA buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Pertama kali sebagai JDT ya. Jangan nak buta sejarah pulak. Yang menang tahun 1998 tu Johor F.A.
Nurul Azwan Roya pula antara watak penting di bahagian tengah pasukan JDT ini. Lebih banyak beraksi sebagai pemain sayap kiri dan seringkali melakukan gerak bahaya untuk memerangkap pihak lawan. Pengalaman beharga beliau ketika membantu Kelantan memenangi 'treble' pada musim lepas banyak mematangkan corak permainan pemain kelahiran Pasir Putih ini. Juga pernah tampil dalam senarai 11 Pemain Terbaik Pilihan Kelantan 2012 pada musim yang sama setelah persembahan mantap sepanjang membantu Kelantan di bawah bimbingan Bojan Hodak.
Selain itu, JDT juga memiliki beberapa pemain mantap di bahagian tengah antaranya Andrezinho yang menjaringkan gol melayakkan JDT ke akhir ketika bertemu Pahang di separuh akhir kedua. Bekas ketua pasukan yang 'bertauladan' iaitu Safiq Rahim serta pemain yang penuh gaya Ezrie Shafizie dan Jasazrin Jamaluddin juga antara watak yang perlu diberi perhatian. Gandingan pemain ini mampu menggugat emosi pemain Kelantan sekiranya mereka memandang rendah keupayaan pasukan JDT.
Leonel Núñez dan Norshahrul Idlan Talaha pula akan mengisi bahagian serangan pasukan JDT. Sekiranya kedua mereka dalam 'mood' yang baik, semestinya Kelantan akan berada dalam keadaan bahaya. Selain dari Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak yang seringkali cedera dan lemas akibat terjahan rakus Ayu Raudah, JDT turut mempunyai 'Rooney Malaysia' iaitu Safee Sali. Jika dahulu Rooney digelar Wazza. Kini JDT ada Safee dengan gelaran Safaa!! Beliau sangat tajam di hadapan gol. Jika terleka barang sesaat. Nescaya Kelantan dalam bahaya.
Sekali imbas jika dilihat memang JDT tidak mempunyai peluang untuk menewaskan Kelantan. Tetapi saya mempunyai naluri yang kuat mengatakan JDT pasti akan berjaya menewaskan Kelantan pada tanggal 29 Jun nanti. Percayalah...JDT 2 - Kelantan 1.

Wednesday, March 6, 2013
Prebiu Liga Super Perlawanan 10
Liga Super 10 | Mac 08, 2013 (Jumaat)
Seladang Menanti Serangan Askar.
Perak mln ATM
8.45mlm, Std TLDM, Lumut
Kejayaan Perak mengikat Kelantan dengan skor 1-1 berjaya mengelakkan Azraai Khor daripada mencari pekerjaan yang baru. Keyakinan pemain Perak kian memuncak menjelang pertemuan dengan Naib Juara Piala Malaysia 2012, ATM. Farizal Marlias yang berada pada kelasnya yang tersendiri sentiasa bersedia menghadapi cubaan gol dari Marlon Alex dan Hairuddin Omar. Sementara itu bahagian tengah pasukan Perak kembali kreatif dengan kehadiran semula kapitan mereka iaitu Shahrulnizam Mustafa.
Bahagian serangan dan pertahanan Perak juga semakin menunjukkan peningkatan mendadak. Bertemu ATM nanti, 'back four' yang terdiri daripada Rafael Silva Novais yang berjaya mengemudikan benteng Seladang dengan kental bersama Mohd Sharom Kalam, Mohd Khairi Kiman dan V Thirumurugan akan bersiap siaga mematahkan setiap serangan dari Jayaseelan, Martelotto dan Shukor Adan. Manakala Hadi Yahya sudah pasti akan membuatkan Farizal Harun tidak senang duduk di malam Jumaat.
Berjayakah ATM mencari rentak kemenangan semula selepas 2 perlawanan tanpa kejayaan? Jelas tugas sukar menanti anak buah Sathianathan kerana apabila Perak beraksi sebagai tuan rumah, 70% kemenangan akan berpihak kepada skuad 'The Yob'.
Pemain Tumpuan Perak: Shahrulnizam Mustafa.
Pemain Tumpuan ATM: Farizal Harun
Ramalan: Perak 1 - ATM 2.
Hajat Sang Semut Meratah Tok Gajah.
Pahang mln Selangor PKNS FC
8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan
8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan
"Saya mesti menjaringkan gol untuk Pahang. Ini kerana Pahang hanya akan menang sekiranya saya berjaya membolosi gawang pasukan lawan," itulah janji penuh yakin dari penyerang berbisa Pahang iaitu Fauzi Roslan a.k.a Koji. Mungkin keyakinan ini timbul kerana rakan-rakannya bermain bola sepak menggunakan otak dan bukannya hanya tahu menyepak bola mengikut arah telur. PKNS akan berdepan dengan barisan anak muda Pahang yang sememangya hebat dalam bola sepak. Rosfaizul Azuar Ali membuktikan kepada semua bahawa berbadan gempal bukanlah penghalang untuk menjadi pemain bola sepak yang cemerlang kerana pemuda dari Maran ini berjaya menggantikan tempat Nasril Nourdin dengan baik sekali.
PKNS yang masih terkejut kerana tewas kepada pasukan bawahan, Terengganu di tempat sendiri tempohari dijangka akan berjuang habis-habisan demi mengutip 3 mata penuh. Kali terakhir mereka mengaut 3 mata ialah pada 16 Februari 2013. Bolehlah dikatakan persembahan anak buah Haji Abdul Rahman ini sebagai tidak konsisten. Kadangkala mereka ibarat kehilangan idea dalam mencorakkan bentuk serangan yang hendak dilakukan. Perkara ini perlu diatasi segera kerana Pahang bukannya calang-calang pasukan. Adalah sesuatu yang kurang elok sekiranya hanya bergantung kepada seorang pemain sahaja untuk mencari gol.
Walaupun begitu, Patrick Ronaldinho sudah berjanji kepada pengurusan PKNS untuk merobek gawang Pahang dan akan menjadikan Jalaluddin Jaafar sebagai lubok utama.

Pemain Tumpuan Pahang : Rosfaizul Azuar Ali
Pemain Tumpuan PKNS: Patrick Ronaldinho
Pemain Tumpuan PKNS: Patrick Ronaldinho
Ramalan: Pahang 3 - PKNS 1.
The Ganu Derby
Terengganu mln Terengganu PBDKT T-Team
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Ia ibarat pertemuan Manchester-manchester. Namun sedikit berbeza kerana kekurangan elemen X dalam aksi 'The Ganu Derby' ini. Maklum sahaja keduanya berada pada kedudukan bawahan liga. Terengganu dipilih sebagai tuan rumah walaupun pada hakikatnya kedua pasukan ini berkongsi stadium. Elavarasen ketika ini mungkin boleh berlapang dada dengan aksi barisan serangannya. Effa Owona dengan 4 gol. Manakala Ashaari Samsuddin pula telah menyunbat 3 gol setakat ini. Bak kata pepatah Ganu "Apabila Saha menjaringkan gol, Ganu mesti menang!".
Peter Butler kini semakin kesuntukan masa untuk mencari kemenangan sekaligus mengelakkan dirinya daripada menjadi jurulatih pertama yang dipecat musim ini. Menurut Sky Sport, kebarangkalian untuk Butler dipecat buat masa ini ialah 4/1 dan ini bukannya perkara yang mengejutkan. Mungkin barisan pemain yang terlalu muda dan kekurangan pengalaman menjadi penghalang utama skuad The Titans musim ini. Pemain seperti Mohd Hasbullah Awang dan G. Mahathevan masih memerlukan banyak pendedahan sebalum benar-benar bersedia untuk mengharungi Liga Malaysia yang penuh cabaran ini.

Pemain Tumpuan Terengganu: Ismail Faruqi
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team : Mohd Nuraliff Zainal Abidin
Ramalan: Terengganu 2 - Terengganu PBDKT T-Team 2.
Liga Super 10 | Mac 09, 2013 (Sabtu)
Rasukan Sang Singa.
Lions XII mln Kelantan
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura
Musim lepas kedua pasukan ini bertarung merebut gelaran takhta liga super. Musim ini amat berbeza. Kedua pasukan ini perlu menerima hakikat bahawa hidup ini umpama roda. Kadang di atas, kadang di bawah dan terkena tahik pula.
V Sundramoorthy sekali lagi akan mengharapkan gandingan kebal Baihaki dan Safuwan Baharuddin melindungi Izwan Mahbud dari dibocori kemantapan serangan Kelantan yang diketuai Keita Mandjou dan Nor Farhan. Malahan Safuwan juga boleh disuruh naik ke atas dan menjaringkan gol ketika mereka benar-benar memerlukannya. Di sini kehebatan Khairul Fahmi akan diuji terutamanya ketika Lions XII mendapat sepakan penjuru. Moga-moga Leuniey telah membekalkan kasih sayang secukupnya kepada Apexs sebelum perlawanan ini bermula.
Paling menarik untuk dilihat ialah pertembungan di bahagian tengah. Lions XII akan dikawal oleh Isa Halim dan Harris Harun. Manakala Kelantan akan mengembleng seluruh tenaga dari Piya dan Shakir untuk menyerap asakan lawan sambil sekali sekala merencana gerakan serangan untuk Indra Putra. Namun begitu, Lions XII mungkin boleh menewaskan The Red Warriors sekiranya mereka mengambil kesempatan daripada kelemahan pertahanan Kelantan yang kelihatan sedikit goyah buat masa ini. Nampaknya Obinna dan Nik Shahrul akan berjuang habis-habisan menyekat pergerakan bahaya dari Shahril Ishak dan Fazrul Nawaz.

Pemain Tumpuan Lions XII: Safuwan Baharuddin
Pemain Tumpuan Kelantan : Izzuan Solahuddin
Ramalan: Lions XII 0 - Kelantan 1.
Selepas Selangor menang 2-0 ke atas Kelantan, pasukan agung ini telah ketandusan jaringan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut (ATM 0-2 | PKNS 0-0 | East Bengal 0-1 | T-Team 0-0). Tetapi peminat Selangor semua tidak perlu menggelabah sepertimana perangai peminat Kelantan dan Pahang. Skuad asuhan Irfan Bakti ini menyimpan seribu rahsia taktikal untuk menjerat Johor Darul Takzim FC Sabtu ini. Ketajaman Amri Yahyah dan Forkey Doe di hadapan gol akan terserlah apabila kedua pasukan ini bertemu dalam pertarungan 'heavyweight' mencari pasukan teragung. Shah Alam akan menjadi saksi dan seluruh umat tidak sabar menantinya.
Keterlampauan pasukan Johor Darul Takzim FC yang terlalu bergantung kepada dua lelaki berjambang (Guiza | Del Nero) boleh memakan diri mereka sendiri. Ini kerana barisan pertahanan Selangor yang dibarisi Peter Charappan, Asraruddin dan Mahali amat kebal dan berpengalaman beraksi menentang pemain-pemain yang hebat serta berprofil tinggi. Fandi Ahmad mungkin terpaksa menggunakan khidmat Wak Lan Talaha dan mungkin juga Safee Sali dalam usaha mereka mencari pilihan lain untuk menjaringkan gol. Namun diposisi penjaga gol Selangor, segak menanti untuk menepis segala cubaan Johor Darul Takzim FC ialah anak watan negeri Johor sendiri iaitu Nor Azlan Razali.
Taktikal yang terbaik dari kedua jurulatih akan menentukan pasukan mana yang akan berdiri megah memikul status sebagai Pasukan Teragung.
Mencari Pasukan Agung.
Selangor mln Johor Darul Takzim FC
8.45mlm, Std Shah Alam
Selepas Selangor menang 2-0 ke atas Kelantan, pasukan agung ini telah ketandusan jaringan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut (ATM 0-2 | PKNS 0-0 | East Bengal 0-1 | T-Team 0-0). Tetapi peminat Selangor semua tidak perlu menggelabah sepertimana perangai peminat Kelantan dan Pahang. Skuad asuhan Irfan Bakti ini menyimpan seribu rahsia taktikal untuk menjerat Johor Darul Takzim FC Sabtu ini. Ketajaman Amri Yahyah dan Forkey Doe di hadapan gol akan terserlah apabila kedua pasukan ini bertemu dalam pertarungan 'heavyweight' mencari pasukan teragung. Shah Alam akan menjadi saksi dan seluruh umat tidak sabar menantinya.
![]() |
| Bekas pelajar Sekolah Sukan Jalan Junid |
Keterlampauan pasukan Johor Darul Takzim FC yang terlalu bergantung kepada dua lelaki berjambang (Guiza | Del Nero) boleh memakan diri mereka sendiri. Ini kerana barisan pertahanan Selangor yang dibarisi Peter Charappan, Asraruddin dan Mahali amat kebal dan berpengalaman beraksi menentang pemain-pemain yang hebat serta berprofil tinggi. Fandi Ahmad mungkin terpaksa menggunakan khidmat Wak Lan Talaha dan mungkin juga Safee Sali dalam usaha mereka mencari pilihan lain untuk menjaringkan gol. Namun diposisi penjaga gol Selangor, segak menanti untuk menepis segala cubaan Johor Darul Takzim FC ialah anak watan negeri Johor sendiri iaitu Nor Azlan Razali.
Taktikal yang terbaik dari kedua jurulatih akan menentukan pasukan mana yang akan berdiri megah memikul status sebagai Pasukan Teragung.
Pemain Tumpuan Selangor : Shukor Jusoh
Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim FC: Del Nero
Ramalan: Selangor 2 - Johor Darul Takzim FC 1.
Waghih Penegak Kebenaran
Negeri Sembilan mln KL Felda United FC
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Dua pasukan tercorot dalam liga bertemu sesama sendiri dalam perlawanan yang digelar sebagai 'Battle of Relegation' . Negeri Sembilan masih bernasib malang apabila tidak berjaya mengukir satu pun kemenangan dalam sembilan perlawanan. Kejayaan mengutip 3 mata dalam pertemuan dengan Felda ini juga tidak akan mengubah kedudukan mereka. Kekal corot namun boleh menyamai mata pasukan Felda. Nasib yang hampir serupa juga menimpa Felda United apabila segala percaturan K.Devan tidak berjalan dengan lancar walaupun beliau sebenarnya memiliki sekumpulan pemain yang berbakat dan ada sebahagian daripada mereka mewakili pasukan Harimau Malaya.
Masa semakin suntuk buat kedua pasukan. Pusingan kedua akan bermula kurang dari sebulan. Jika masih gagal mengubah rentak dan mencari keputusan yang baik, tidak mustahil mereka akan tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Pray for Nogori and Felda!!

Pemain Tumpuan Negeri Sembilan : Aliff Samsudin
Pemain Tumpuan KL Felda United FC : Azmizi Azmi
Ramalan: Negeri Sembilan 0 - KL Felda United FC 1.
Thursday, January 3, 2013
Preview Piala Soltan 1881: Kelantan vs ATM
Kelantan dan ATM adalah dua pasukan yang tidak asing lagi untuk musim 2012. Setiap kali mereka bertemu, sudah pasti aksi tahap tertinggi akan dipersembahkan. Tahun ini kedua pasukan bertemu lagi. Perlawanan pembuka untuk musim ini selepas mereka jugalah yamg menutup tirai musim 2012. Kelantan layak bermain dalam piala Soltan 1881 atas kapasiti Juara Piala Malaysia. Manakala ATM dipilih selepas semua piala dikaut secara rakus oleh Kelantan. Makanya naib juara Piala Malaysia ini layak bermain menentang Kelantan.
Dikhabarkan pada kali ini pasukan ATM sudah bersiap sedia dengan pelbagai jenis senjata perang seperti "Expeditionary Fighting Vehicle" dan senapang patah. Selepas mereka tewas secara jantan kepada Kelantan pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang lalu, ATM secara halus telah mula melakukan serangan minda kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meraih sokongan padu mejelang perlawanan ini. Ia juga temasuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Sangat murni bukan?
Kesannya, kini secara perlahan-lahan lahir golongan Asal Bukan Kelantan (ABK) yang diketuai oleh seorang lelaki Terengganu yang sedang berkelana mencari rezeki di negeri selatan tanah air dan beliau membawa nama gelaran baru iaitu Wak Lan. Betul ataupun tidak perkara ini, ia masih lagi sedang disiasat oleh pasukan khas yang diberi nama Jabatan 'Cover' Annuar Musa.
Bagi pasukan Kelantan pula, perlawanan bertemu ATM ini merupakan satu rahmat buat mereka. Ini kerana kejayaan menewaskan ATM hanya akan menambah angkuh kepada mereka dan membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah penguasa sebenar bola sepak Malaysia yang baru. Maka dengan ini mudahlah buat Kelantan untuk membeli Alessandro Del Pierro. Ternyata Kelantan yang dahulunya rancak mengutuk cara urusan pentadbiran TMJ, kini secara tidak segan silu terhegeh-hegeh pula meniru cara TMJ. Nate di koko!!!
Jangan lupa menyaksikan perlawanan merebut perisai Soltan Bola ini di Stadium Shah Alam pada masa dan waktu yang telah dinyatakan di atas. Entah kenapalah pandir sangat FAM buat perlawanan di Selangor pun aku kurang pasti. Nama pun Piala Soltan Bola 1881, kenapa tidak dibuat sahaja di Stadium Darul Makmur, Pahang? Kesian orang Pahang yang dahagakan hiburan berbentuk perlawanan bola sepak.
Pemain tumpuan Kelantan : Nofarhan Muhammad
Pemain tumpuan ATM : Shukor Adan
Ramalan : Kelantan 1 - ATM 3.
Pemain tumpuan Kelantan : Nofarhan Muhammad
Pemain tumpuan ATM : Shukor Adan
Ramalan : Kelantan 1 - ATM 3.
![]() |
| Khairul Fahmi selepas berkahwin...beliau tidak akan beraksi kerana masih dalam kepitan Leuniey. |
Thursday, December 2, 2010
KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT insists he will stay at Kelantan

KHAIRUL FAHMI BIN CHE MAT has dismissed continued speculation that he could leave Kelantan.
Fahmi, 21, has been frequently linked with a move away from the club, with Manchester United said to be among his suitors.However, Fahmi - insists he has no intention of leaving the club.
"I am staying at Kelantan," he told Sky Sport. "There isn't any doubt about that. The project is ambitious, like me. I will be playing again by the end of January."
At the weekend, Kelantan manager B.Sathianathan was less categorical in dismissing the United link but, as Fahmi is contracted until 2013, he indicated that a sale was highly unlikely.
"Even I don't know what will happen, but what is certain is that FAHMI remains our player, not only because he still has a long time left on his contract but also because he is still the best goalkeeper in the world," he said.
On Monday, he added: "Although anything can happen in the transfer market, Fahmi is a symbol for this team. He'll stay."
Subscribe to:
Posts (Atom)