Kepada siapa lagi mahu diharapkan? Kepada siapa lagi mahu disandarkan harapan? Kepada siapa kalian mahu berserah dalam memahsyurkan reputasi kelab-kelab BPL? Kepada siapa? Siapa? Siapa?
CHELSEA.
Adalah ingin dimaklumkan bahawa permusuhan antara Mourinho dan Pep akan diteruskan melalui kelab yang berbeza dan pemain yang berbeza. Mourinho awal-awal lagi sudah membakor line dengan mempersoalkan kemampuan pasukan Bayern Munich musim ini dibawah asuhan Pep Guardiola. Menurut Mourinho, pasukan kendalian Jupp Heynckes itu adalah yang terbaik di Eropah musim lepas. Namun dia meragui kehebatan Bayern Munich musim ini di bawah didikan Pep Guardiola.
"Sekarang mereka memiliki pengurus yang baru. Saya tidak yakin mereka akan kekal hebat seperti musim lepas." - kata Mourinho sambil minum teh ais.
UEFA Super Cup juga merupakan satu-satunya piala yang belum pernah dimenangi oleh Jose Mourinho. Dan minggu ini beliau berpeluang mengemudi pasukan Chelsea untuk menjulang trofi ini di Prague.
Tuah kali terakhir ketika Chelsea berhadapan dengan Bayern Munich sekaligus menjadi Juara Champions League 2013 juga mungkin akan diulangi sekali lagi. Chelsea yang masih belum tewas dalam aksi BPL musim ini selepas kembalinya Mourinho dilihat sebagai sebuah pasukan terhebat di alam semesta buat masa ini meninggalkan jauh pasukan ayam seperti Liverpool dan Arsenal yang seringkali terkial-kial cuba meniru kegemilangan Chelsea.
Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong pasukan dari London ini dengan tidak berbelah bagi kerana kepada siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan CHELSEA.
Naib Juara musim lepas Bayern Munich bertemu pasukan bukan pilihan ketika pra-kejohanan iaitu Borussia Dortmund. Sememangnya ini boleh dikategorikan sebagai perlawanan agung. Bayern Munich seperti dijangka dengan mudah menewaskan Barcelona di peringkat separuh akhir umpama mengopek kulit pisang...kemas dan cantik. Buat masa ini tiada apa yang perlu diragukan tentang taktikal yang digunakan mereka. Taktik menyerang membabi buta dan bertahan bagai hanjeng yang diamalkan oleh jurulatih Jupp Heynckes begitu berkesan sehingga berjaya menunjukkan Barcelona sama seperti pasukan Arsenal yang bermain bola tanpa hala tuju dan terkial-kial.
Melihat bagaimana cara Dortmund menjinakkan Real Madrid mencerminkan bahawa mereka bukanlah pasukan yang lemah. Dortmund juga mempunyai seorang penjaga gol yang bertaraf dunia, Roman Weidenfeller. Walaupun namanya tidah segah Neuer, tetapi dia telah melakukan 39 aksi menyelamat untuk pasukannya dalam Champions League musim ini. Bolos 12 gol dan hanya mampu memiliki 3 clean sheet. Namun siapa yang boleh melupakan aksi menyelamatnya ketika bertemu Real Madrid? Sekurang-kurangnya dia berjaya mengecewakan Ronaldo dan Ozil sehingga membawa Dortmund ke perlawanan akhir. Tugasnya mungkin lebih mencabar apabila akan berhadapan sama ada Mario Gomez atau Mario Mandzukic yang sememangnya bahaya dihadapan gol.
Penjaga gol berjiwa pahlawan.
Menjelang pertemuan dengan Dortmund, Bayern akan kehilangan khidmat Badstuber. Sedikit sebanyak sudah semestinya ia akan memberi kesan yang besar kepada aksi keseluruhan barisan pertahanan Bayern. Namun pemain seperti Dante, Boateng dan Buyten terbukti bersedia untuk menggalas tugas yang ditinggalkan Badstuber itu. Bayern Munich juga tidak tewas dalam 4 perlawanan bertemu Dortmund musim ini termasuk berjaya menewaskan mereka 2-1 dalam Supercup, 1-0 dalam Pokal dan seri kedua-dua perlawanan liga. Sudah pasti pemain seperti Arjen Roben, Muller, Philipp Lahm, David Alaba, Javi Martinez dan Bastian Schweinsteiger yang merupakan nadi utama Bayern musim ini begitu berkobar-kobar untuk mempertahankan rekod ini.
Rekod Borussia Dortmund dalam kejohanan ini juga amat baik. Hanya tewas 1 perlawanan iaitu kepada Real Madrid 2-0 dalam aksi kedua separuh akhir tempohari. Rekod tanpa kalah mereka lebur selepas mempamerkan aksi negatif dengan lebih banyak bertahan dan ia membuka ruang buat pemain Real menembusi pertahanan mereka yang diketuai oleh Mats Hummels. Hummels yang memulakan kariernya di Allianz Arena akan membentuk gandingan mantap dihadapan gol Dortmund bersama-sama Neven Subotic, Lukasz Piszczek, dan Marcel Schmelzer. Serangan Dormtund pula melibatkan Lewandowski yang akan dibantu oleh Reus dan Jakub Blaszczykowski. Manakala Sven Bender dan Ilkay Gündogan akan mengisi posisi tengah bertahan.
Kesimpulannya di atas kertas Bayern kelihatan mempunyai kelebihan berbanding Dortmund. Ternyata selepas Dortmund tewas kepada Real, mereka kelihatan seperti pasukan sederhana sahaja berbanding pada peulaan kejohanan yang mana seolah-olah Dortmund adalah pasukan yang sukar untuk ditewaskan. Dengan Wembley sebagai gelanggang berkecuali, kedua pasukan akan bertarung sehingga 90 minit sahaja. Kemenangan akan diukir oleh pasukan Bayern Munich. Bayern Munich 2 - Borussia Dortmund 0.
Semi-finals (1st leg) April 24, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
1st leg
Bayern Munich
vs
Barcelona
April 25, 2013 (Khamis) 2.45 AM
1st leg
Borussia Dortmund
vs
Real Madrid
UEFA Champions League 2012/13
Semi-finals (2nd leg) May 1, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
2nd leg
Real Madrid
vs
Borussia Dortmund
May 2, 2013 (Khamis) 2.45 AM
2nd leg
Barcelona
vs
Bayern Munich
Bayern Munich vs Barcelona
Mungkin Pep Guardiola akan berbaring tenang di atas sofa sambil memegang secawan kopi cap jantan jenama Sepanyol menonton perlawanan penuh sejarah ini. Pertembungan pasukan bekas bimbingannya dan pasukan yang akan dilatihnya musim hadapan. Tetapi ramai mungkin tahu bahawa perlawanan ini bakal ditentukan oleh sejauh mana tahap persembahan Lionel Messi. Jika kecederaan Messi sembuh menjelang aksi ini, tidak banyak yang perlu dirisaukan oleh Tito Vilanova. Sekiranya Messi tidak menjaringkan gol pun, tetapi kehadirannya di atas padang amat diperlukan dalam membakar semangat rakan-rakan yang lain. Memetik kata-kata Carlo Ancelotti.."Beliau (Messi) tetap adalah pemain terbaik dunia walaupun tidak berada dalam keadaan cergas 100%"
Mandzukic dan Pedro - Tajam dihadapan gol.
Tetapi harus diingat...rekod Bayern Munich menentang Barcelona amat baik. Menang 3, seri 2 dan kalah hanya 1 perlawanan. Bayern Munich yang juga merupakan naib juara musim lepas baru sahaja memenangi kejuaraan Bundesliga ke-23 musim ini. Kemampuan Beyern Munich menyingkirkan Juventus pada peringkat suku akhir dengan skor 2-0 dalam kedua-dua perlawanan, melalui kehadiran pemain seperti Arjen Robben, Mario Mandzukic dan Bastian Schweinsteiger tidak wajar dipandang remeh. Kecemerlangan Philips Lahm mengetuai barisan pertahanan yang turut terdiri daripada Dante, Alaba dan Boateng akan diuji menerusi gandingan emas Barcelona iaitu Xavi-Iniesta.
Ramalan: 1st Leg: Bayern Munich 1- 1 Barcelona | 2nd Leg: Barcelona 2 - 0 Bayern Munich. Barcelona layak dengan aggregate 3-1 (bergantung kepada peranan Messi dalam kedua-dua perlawanan ini).
Borussia Dortmund vs Real Madrid
Borussia Dortmund adalah pasukan tunggal yang masih belum mengalami kekalahan dalam Champions League musim ini dan mereka adalah pasukan yang perlu dipandang serius. Jurulatih berkarisma, Jurgen Klopp telah berjaya menanamkan semangat juang tentera tidak mudah putus asa dalam setiap jiwa pemain mudanya. Ini terbukti ketika perlawanan menentang Malaga apabila pasukannya bangkit dan menjaringkan 2 gol di masa kecederaan (kali pertama sesebuah pasukan perlu menjaringkan 2 gol di masa kecederaan dalam saingan kalah mati Champions League selepas kali terakhir dilakukan oleh Manchester United pada perlawanan akhir 1999).
Sebagai rekod, Borussia Dortmund hanya pernah sekali menewaskan Real Madrid, kalah 2 dan seri 3. Dan kemenangan yang mereka capai adalah ketika di peringkat kumpulan Oktober lepas. Mereka juga berjaya mengikat Real Madrid 2-2 di Bernabeu beberapa minggu kemudiannya. Penyerang Poland, Robert Lewandowski adalah ancaman utama dengan Mario Götze dan Marco Reus yang juga sentiasa berbahya apabila melakukan serangan. Tetapi senjata utama mereka adalah pemain ke-12 nya. Aksi di Westfalenstadion nanti sudah pasti banyak membantu membakar semangat juang pemain-pemain Borrusia Dortmund.
Tetapi cukupkah dengan hanya berbekalkan semangat sahaja untuk berjuang menentang pengurus secerdik Jose Mourinho yang mempunyai Cristiano Ronaldo yang sentiasa bersumpah untuk berjihad demi pasukan Real Madrid? Amat sukar untuk membayangkan pertahanan Dortmund mampu untuk menjinakkan Ronaldo semasa aksi separuh akhir nanti. Sekali lagi saya ramalkan Real Madrid tidak akan mampu 'clean sheet' dalam laga pertama di Dortmund kelak. Namun sekiranya Dortmund pula berjaya menjaringkan gol di Bernabeu, satu malapetaka maha besar akan menimpa Real Madrid.
Walaupun ramai peminat neutral yang menginginkan 'El Clasico' Barcelona dan Real Madrid di Final Champions League, namun Dormund-Bayern juga turut menyimpan hati untuk mempersembahkan 'El Clasico' versi Jerman milik mereka sendiri. Beramai-ramailah kita tunggu dengan penuh damai di hati..
Ramalan: 1st Leg:Borussia Dortmund 2-1 Real Madrid | 2nd Leg:Real Madrid 2-1 Borussia Dortmund. Dortmund mara selepas penentuan penalti.
Quarter-finals (2nd leg) April 10, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
2nd leg
Borussia Dortmund
vs
Malaga
2nd leg
Galatasaray
vs
Real Madrid
April 11,
2013 (Khamis) 2.45 AM
2nd leg
Barcelona
vs
PSG
2nd leg
Juventus
vs
Bayern Munich
Borussia Dortmund (0) vs Malaga (0)
Sebenarnya Dortmund berpeluang untuk mengkuburkan terus Malaga melalui gandingan emas mereka Gotze-Reus-Lewandowski dalam pusingan pertama. Namun mereka banyak mensia-siakan peluang yang terhidang di depan gol. Dengan mengambil kira kapasiti bermain sebagai tuan rumah pada laga kedua nanti di Signal Iduna Park, Dortmund dijangka dengan mudah. Dortmund juga memegang rekod 62% kejayaan apabila beraksi di gelanggang mereka sendiri. Ini menampakkan kesukaran buat Malaga untuk mencipta cerita dongeng indah mereka dalam penampilan pertama di UEFA Champions League ini. Ia dikuatkan lagi dengan catatan statistik 43% kegagalan pasukan bimbingan Manuel Pellegrini ini menjaringkan gol apabila beraksi di tempat lawan.
Kita boleh rumuskan bahawa Real Madrid sudahpun selangkah ke separuh akhir. Bekalan 3 gol sememangnya sudah cukup untuk mereka menghadapi Galatasaray di Turk Telekom Arena yang terkenal dengan sorakan berdarah penyokong Turki. Kesemua pemain Real Madrid kini berada dalam keadaan terbaik dan bersedia menghadiahkan kejuaraan buat jurulatih tersayang mereka, Jose Mourinho. Pemain Galatasaray seperti Hamit Altintop dan Wesley Sneijder yang gagal menyerlah dalam aksi pertama kerana mungkin tidak selesa beraksi di Barnebeu pula harus bangkit dalam laga kedua bagi memastikan survival Galatasaray berterusan dalam kejohanan ini. Mungkin nadanya agak berat sebelah, namun Real Madrid adalah calon sebenar untuk mara ke separuh akhir.
Ramalan Galatasaray (2) vs Real Madrid (1): Real Madri layak 4-2.
Barcelona (2) vs PSG (2) PSG bersyukur kerana tidak kalah kepada Barca dan dimalukan di gelanggang sendiri. Manakala Barca terseyum manis kerana menjaringkan 2 gol bermakna menjadi bekalan untuk dibawa ke Nou Camp. Aksi 'diving' dari Alexis Sanchez sehingga Barca dianugerahkan penalti telah menjadi kecaman Carlo Ancelotti. Kini barisan pertahanan PSG yang dibarisi Alex, Maxwell, Wiel dan Silva akan berhadapan rangkaian serangan berbahaya Barca yang diketuai oleh Lionel Messi. PSG juga dalam misi untuk untuk melayakkan diri ke peringkat separuh akhir untuk kali kedua dalam sejarah mereka. Dan mereka berasakan musim ini adalah yang paling sesuai buat mereka. Sementara itu skuad Tito Vilanova tenang menanti kehadiran pemain PSG di Nou Camp sambil mengunyak keropok lekor.
Ramalan Barcelona (3) - PSG (0): Barcelona 5 - 2.
Juventus (0) vs Bayern Munich (2)
Juventus perlu bangkit segera. Tewas 2 - 0 kepada Bayern adalah sesuatu yang tidak boleh diterima akal ketika mereka masih lagi mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Serie A. Mandrem dan pawang apakah yang digunakan oleh Bayern Munich? Kehadiran Juventus di suku akhir selepas 7 musim menyepi disambut dengan kekalahan yang dihadiahkan oleh Bayern Munich kepada mereka. Tetapi dengan barisan pemain yang Antonio Conte miliki, tidak mustahil misi melakar kejayaan menewaskan Bayern Munich sekaligus layak ke separuh akhir mampu mereka lakarkan. Dengan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah, barisan pertahahan Juventus yang terdiri daripada Barzagli, Chielini dan Bonucci perlu lebih keras dalam menyekat pergerakan Toni Kroos dan Thomas Muller. Sekiranya Juventus berjaya mendapatkan gol awal, mereka mampu menewaskan Bayern Munich walaupun terpaksa beraksi dalam masa tambahan.
Ramalan Juventus (2) - Bayern Munich (0): Juventus berjaya layak selepas menaringkan 1 gol dalam masa tambahan. Keputusan akhir 3-2.
Quarter-finals (1st
leg) April 03, 2013 (Rabu) : 3.45 AM
1st leg
Paris Saint-Germain
vs
Barcelona
1st leg
Bayern Munich
vs
Juventus
April 04, 2013 (Khamis) 3.45 AM
1st leg
Malaga
vs
Borussia Dortmund
1st leg
Real Madrid
vs
Galatasaray
PSG vs Barcelona
Rezeki sememangnya bergolek buat peminat bola sepak dunia apabila 2 gergasi dari Perancis dan Sepanyol ini bertembung sesama sendiri di kandang PSG, Parc des Princes yang berkapasiti 48,712. PSG akan melayani kunjungan mesra Barca tanpa kehadiran penyerang agung mereka, Zlatan Ibrahimovic yang masih menjalani penggantungan 2 perlawanannya ketika aksi pertama menentang Valencia di pusingan 16 pasukan tempohari. PSG juga akan turun tanpa kelibat Marco Verratti yang masih mengalami kecederaan. Keadaan yang sama juga turut dialami oleh Barcelona apabila Jordi Alba dijangka tidak sempat sembuh menjelang perlawanan ini. Namun berita kembalinya Eric Abidal dan Tito Vilanova ke Nou Camp adalah antara yang paling dinantikan oleh peminat kelab Catalan ini. Sama ada Barcelona akan meneruskan kecemerlangan dengan membelasah PSG nanti, semuanya akan bergantung kepada prestasi pengadil dan juga Messi.
Ramalan: PSG 2 - Barcelona 3
PSG vs Barcelona 2-2 Highlights : 4 August 2012
Bayern Munich vs Juventus
Juara 4 kali Bayern Munich dan juara 2 kali Juventus akan bertemu dalam satu pertarungan Super Heavyweigt bagi mencari pasukan yang layak untuk beraksi di peringkat separuh akhir. Kali terakhir kedua pasukan bertemu di dalam kejohanan ini adalah pada 2009. Dec 9, 2009 (Juventus 1 - FC Bayern München 4) ; Oct 1, 2009 (FC Bayern München 0 - Juventus 0). Kedua pasukan memiliki barisan pertahanan yang mantap dan serangan yang ampuh. Juventus memiliki Vucinic, Matri dan Giovinco. Manakala Bayern mempunyai Muller, Kroos dan juga Mandzukic. Walaubagaimanapun, perlawanan ini dijangka akan ditentukan oleh sejauh mana kemampuan barisan tengah masing-masing mencorak peluang untuk meraih kemenangan mutlak. Claudio Marchisio, Arturo Vidal, Andrea Pirlo, Martinez, Schweinsteiger dan juga Gustavo antara calon-calon yang akan mewarnai arah tuju perlawanan penuh dramatik ini.
Ramalan: Bayern Munich 3 - Juventus 1.
Malaga vs Borussia Dortmund
Malaga akan berhadapan dengan Dortmund di La Rosaleda dalam salah satu perlawanan yang disifatkan sebagai paling suam-suam kuku pada peringkat suku akhir ini. Dortmund dilihat sebagai pilihan untuk menang dalam aksi ini. Manakala Malaga sudah tentu akan cuba membuktikan kehadiran mereka di peringkat ini bukanlah satu nasib semata-mata.
Jurulatih Malaga, Pallegrini akan menggunakan elemen pengalaman sebagai senjata utama untuk memenangi pertarungan ini melalui pemain seperti Demichelis, Toulalan dan Baptista. Sementara itu, Isco pula akan sekali lagi menunjukkan kehebatannya dalam mencorak bahagian tengah meneyerang Malaga dengan sesekali melakukan cubaan jarak jauh yang semestinya adalah kepakaran utama beliau.
Dortmund dijangka akan menghadapi masalah dengan kepantasan yang dimiliki oleh Isco dan Saviola. Namun kehadiran Hummels mengetuai barisan pertahanan mungkin tidak akan menggusarkan Jurgen Klopp. Dortmund akan kelihatan lebih berbahaya ketika menyerang dengan kepantasan yang dimiliki oleh Marco Reus dan Mario Gotze sekaligus akan mendatangkan masalah kepada Malaga. Jadi, siapakah yang akan memenangi perlawanan pertama ini?
Ramalan: Malaga 1 - Dortmund 2.
Real Madrid vs Galatasaray
Real Madrid sebenarnya melalui jalan yang sukar apabila diundi bertemu pasukan gergasi Turki ini. Namun barisan pemain bintang ataupun lebih mesra dengan panggilan Galactico milik The Special One Mourinho ini sentiasa dilihat mempunyai kelebihan berbanding Galatasaray. Gandingan ampuh Pepe dan Ramos serta kelajuan pantas bagaikan kijang milik Marcelo dan Arbeloa adalah ramuan terbaik barisan pertahanan Real Madrid. Menanti mereka adalah penyerang lagenda Drogba dan anak muda tempatan Turki, Burak Yilmaz. Pertembungan menarik dibahagian tengah antara Wesley Sneijder dan Xabi Alonso pula akan kembali mengimbau memori perlawanan akhir Piala Dunia 2010. Real Madrid perlu mengelakkan diri daripada bolos ataupun tewas dalam perlawanan pertama ini kerana menanti mereka di Türk Telekom Arena nanti ialah 'neraka' ciptaan Ultras Galatasaray. Ramalan: Real Madrid 2 - Galatasaray 0.
Sunday, August 24, 2008
Halllooooooooo..Liga Jerman masuk match kedua.Fokus ialah Bayern Munich v B.Dortmund.Nyaris2 bayern kalah.Ketinggalan 1 gol hasil jaringan Kuba.pastu kapten baru bayern van Bommel plak kena kad merah hanya selepas 20minit permainan.Luca Toni yg baru pulih injured nampak terkial2 di atas padang.Di tambah plak dgn ketiadaan si ribery.nampaknyer Klinsman semacam lumpuh.2 seri utk 2 game pembukaan liga.Ini tidak bagus.
Liga Scotland pula menyaksikan Celtic menang ke atas Falkirk 3-0 dgn Samaras bekas striker man City score 2 goal. Lyon pula di liga France turut mng ke atas Grenoble 2-0 hasil jaringan Makoun n Benzema. PSV jugak menang piala super Belanda keatas Feyenoord 2-0 hasil gol Danko Lazovic and Dirk Marcellis.
Game EpL pun tak kurang hebat.Paling syok tgk Liverpool lwn Boro.Gerarrd masuk amtu last minit.2nd win utk livpool.Aku silap tulis aitu.Spurs????Ape dah jadi???taktaulaa nak cakap…tanyela fan diorang,tak berani nak komen. Berikut adalah result sebelum tamat gem West ham Vs man Utd.
Jurgen Klinsmann telah pun memulakan tugas as a Bayern Munich manager.Dier ni masuk2 jek trus buat undang2 ala2 tentera GIBON zaman Hitler dulu.Korang penah dengar tentera GIBON.Tentera GIBON ni tak kenal penat.Pg perang jek keje diorang.Takde masenyer nak joget2 ni.Berikut adalah undang2 baru klinsmann kepada player Bayern munich.
a)No hand phone during training session
b)No drink air sirap (hanyer teh o panas kurang manis jek bule)
c)Wake up early for subuh prayer (utk Frank Ribery and Hamit Altintop)
d)Cuti raya tahun ni 3 ari jek..
·1st day – umah parents
·2nd day- umah mertua
·3rd day- umah sendiri e)Channel tv kegemaran player bayern seprti Disney,Aruna dan RTM di haramkan (utk elak player bayern tepengaruh dgn gossip terkini)
Haaaaaaaa….amacam???brani pindah Bayern munich???Sbb tu xde star nak pagi sana this season.Podolski pun mau pindah ke Cologne tapi sdg d pujuk utk kekal oleh klinsmann.Kalo nak tau brape kesanyer undang2 ni,kita saksikan Bayern dlm Champios League season ni..Daaaaaaaaaaa..