There was an error in this gadget

Monday, September 30, 2013

Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Pemain-pemain Manchester United.

Sandarkan Pada Kenangan nyanyian Pemain-pemain Manchester United.
 
(Rio)
Kenangan manis kau dan aku
Takkan terluput
Tackle ranjau dalam berliga
Lumrah dunia
 
(Rooney)
Kalah dan kalah
Piala dikenang
Perasaan menjadi rindu
 
(Vidic + Smalling + Nani)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku
 
(Rooney + Rio)
Kalah dan kalah
Referee yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh
 
Moyes - solo
 
(RVP)
Mengapa kita harus terkecewa
 
(Wellbeck)
Kerana kalah sudah tigaaa game
 
(RVP)
Apa yang telah terjadi pada kenangan
 
(Wellbeck)
Sememangnya aku tak pernah melupakan
 
(RVP)
Mengapa mesti ada kekalahan lagi
 
(Wellbeck)
Kerana liga dan juara luput dalam perlawanan
 
(Rio + Rooney + Young + Carrick + Fellaini)
Marilah semua
Kita saling ingat mengingat
Kalaulah kalah lagi
Kita sandarkan pada kenangan
 
Moyes - solo
 
(Vidic + Smalling + Nani)
Oh
Lihatlah...diriku yang kehilangan
Tanpa Piala ligaku sayang
Siapalah aku
 
(Rooney + Rio)
Kalah dan kalah
Referee yang salah
puncak dendam berpanjangan
Ohhhh
 
Moyes - solo
 
(ulang duet antara RVP dan Wellbeck)
Mengapa kita harus terkecewa
Kerana Moyes dan Arsene Wenger
Apa yang telah terjadi pada kenangan
Sememangnya aku tak pernah melupakan
Mengapa mesti ada kekalahan lagi
Kerana liga dan piala luput dalam perlawanan
 
(Rio jerit)
Apa yang harus KITA LAKUKANNNN?!!!
 
(satu pasukan termasuk pemain simpanan dan youth squad)
Kita sandarkan pada kenangannnnnnn

Thursday, September 26, 2013

Piala Malaysia 2013: Suku Akhir

 
 
Peringkat Suku Akhir Perlawanan Pertama
 

September 2013 (Jumaat)

Pahang mln Selangor PKNS FC
8.45mlm, Stadium Darul Makmur, Kuantan
 
Bukanlah hendak memberi ulasan berat sebelah, apatah lagi berfikiran sempit bagaikan umat Barisan Nasional. Namun berdasarkan pemerhatian terperinci saya, PKNS amat berpeluang cerah untuk layak ke Separuh Akhir. PKNS menyudahkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas dengan hampir sahaja mengutip 18 mata maksimum. Memberikan aksi penuh inspirasi sepanjang kempen Piala Malaysia ini dengan hantaran kemas dan pantas yang seringkali membuatkan pasukan lawan terpinga-pinga serta bertanya di dalam hati.."aku sedang lawan Barcelona kah?"
 
Kebijaksanaan jurulatih Haji Abdul Rahman tidak perlu dipersoalkan lagi. Dengan bantuan dari Anuar Abu Bakar, pasukan PKNS kali ini nampak lebih garang dan bersemangat. Kehadiran Nazmi Faiz sejak April lepas turut banyak mengubah corak permainan secara total pasukan kelab dari Selangor ini. Tidak lupa juga sumbangan cemerlang dari pemain lain seperti Roman Chmelo, Reshafiq Alwi, Helmi Rameli dan penjaga gol yang sedang berada dalam prestasi terbaik, Ramezey Che Ros.
 
Pahang pula hanya layak ke suku akhir dengan perbezaan jumlah bolos sahaja berbanding skuad Jang. Tidak banyak harapan untuk peminat Tok Gajah ini selepas mereka melalui satu musim yang tidak konsisten. Pada satu-satu perlawanan, pasukan Pahang akan beraksi seperti Real Madrid dan tidak mampu untuk dikalahkan. Namun Pahang juga boleh secara tiba-tiba menjadi bangang seperti pasukan QPR tanpa usul periksa.
 
Sedikit tips untuk pasukan Pahang ialah jangan terlalu berharap pada Matias Conti sahaja untuk menjaringkan gol. Pemain yang lain seperti Gopi, Alex, Amirulhadi dan Azidan perlu lebih berani untuk melakukan gerakan bagi membolehkan pasukan Pahang mejaringkan gol. Jika ini dapat dilakukan, tidak mustahil untuk Dollah Salleh menambah koleksi pialanya hujung musim ini.
 
Ramalan: 1st leg : Pahang 1 - PKNS 3 | 2nd leg: PKNS 1 - Pahang 1
PKNS layak dengan Aggregate 4:3
 

September 2013 (Sabtu) 
 

Lions XII FC mln ATM
7.45mlm, Stadium Jalan Besar, Singapura
 
Sekiranya ingin mengembalikan nostalgia Piala Malaysia ke era 90-an dahulu. Saya memilih Lions XII untuk ke separuh akhir. Terlalu banyak kelebihan yang diberikan kepada Lions. Sehinggakan naik menyampah diri ini. V. Sundramoorthy sudah pasti ingin memberikan kejayaan piala buat Lions sebagai hadiah perpisahan sebelum musim depan berpindah ke Negeri Sembilan.
 
ATM pula seri pada 2 perlawanan terakhir dan ini menunjukkan pasukan bimbingan Sathianathan masih belum stabil sepenuhnya. Cuma kehadiran Marlon Alex sahaja yang melegakan peminat pasukan ATM. Sekiranya beliau menjaringkan gol. Amat sukar untuk melihat pasukan ini tewas. Nama-nama besar dalam pasukan ATM seperi Hai-O, Martelotto, Shukor, Rezal dan juga Irwan Fadli sememangnya akan berjuang berhabis-habisan untuk pasukan ATM bagi menebus kekecewaan tahun lepas.
 
Ramalan: 1st leg : Lions XII 2 - ATM 0 | 2nd leg: ATM 1 - Lions XII 1
Lions XII layak dengan Aggregate 3:1
 

Johor Darul Takzim FC mln Kelantan
8.45mlm, Stadium Tan Sri Dato' Hj Hassan Yunus, JB 
 
Kalau dah jodoh tidak kemana. JDT sebenarnya berpeluang menebus kesedihan tewas pada perlawanan akhir Piala FA yang lalu dalam perlawanan ini. Tetapi itupun hanya jika mereka tidak bermain bola sepak secara bangang. Kisah Mat Yo dan isterinya mengaburi kehebatan perlawanan ini. Dari segi barisan pemain pasukan JDT, tiada apa yang menarik. Ini kerana ada antara mereka sudah pun tahu nasib mereka musim depan. Jadi tidak hairanlah kalau lebih dari 6 orang pemain JDT bermain bola secara bangang apabila menentang Kelantan kelak.
 
Ini adalah skuad Kelantan yang sebenar dan berada pada standard yang sepatutnya. 9 gol dalam 3 perlawanan termasuk kejayaan menyumbat 4 gol ketika menewaskan Pahang tempohari merupakan petanda bahawa Kelantan sudah bersedia untuk melakukan double dalam Piala Malaysia. Bojan Hodak akan gembira dan ketawa terbahak-bahak di hujung musim ini.
 
Ramalan: 1st leg : JDT 2 - Kelantan 2 | 2nd leg: Kelantan 3 - JDT 1
Kelantan layak dengan Aggregate 5:3


SF KL Sime Darby FC mln Sarawak
8.45mlm, Stadium Majlis Perbandaran Selayang
 
Musim gemilang Sarawak akan menjadi lebih bermakna andai mereka berjaya menjulang Piala Malaysia 2013. Ini adalah masa yang tepat untuk mereka berdasarkan barisan pemain yang mereka miliki. Junior, Bobby, Joseph Kallang dan Zamri Morshidi antara generasi baru yang memikul tanggunjawab untuk mengembalikan kegemilangan bola sepak Sarawak seperti zaman Awang Mahyan dulu. 
 
Namun lawan mereka di peringkat separuh akhir ini bukan sebarangan pasukan. Sime Darby merupakan naib juara Liga Perdana 2013. Menamatkan liga di tangga kedua di belakang Sarawak dengan hanya 4 mata yang membezakan antara mereka. Mungkin hanya nasib sahaja yang akan menentukan pasukan mana yang akan pergi ke separuh akhir.
 
Ramalan: 1st leg : KL Sime Darby FC 0-0 Sarawak | 2nd leg: Sarawak 1-0 KL Sime Darby FC
Sarawak layak dengan Aggregate 1:0 

Tuesday, September 17, 2013

UEFA Champions League 2013/2014: Chelsea vs FC BASEL



September 18, 2013 2:45 PM MYT
Stamford Bridge — London
Referee:‬ D. Orsato.



Chelsea sudah pulih dari luka kekalahan kepada Bayern Munich dan Everton. Perkara yang lepas kita mesti lupakan. Jika tidak ia akan memakan diri. Betolkan kawan-kawan?
 
Basel bukanlah pasukan ayam seperti Sarawak. Musim lepas Chelsea menewaskan Basel pada laga separuh akhir Europa League dengan skor 5-2. Itu pun ketika zaman pemerintahan sementara oleh Encik Rafa Benitez kita. Terima kasih buat Rafa Benitez. 
 
Kini dengan sentuhan ajaib Mourinho, Chelsea berhajat untuk mengecap kejayaan sulung mereka di pentas Eropah musim ini. 3 mata penuh di gelanggang sendiri akan menjadi permulaan terbaik buat skuad The Blues. Selepas itu keadaan akan bertambah selesa buat skuad Chelsea.
 
Mourinho dijangka kembali akan menurunkan Torres, Lampard dan Oscar. Manakala Chelsea perlu mengembalikan adunan Hazard dan Mata dibahagian tengah serangan yang begitu cemerlang musim lepas. Buat pemain baru seperti Schurlle, masih banyak yang perlu diperbaiki. Mungkin Willian, De Bruyne dan Essien boleh diberi peluang untuk beraksi. Buat Mikel dan Ramires pula, harap boleh berehat pada perlawanan ini. Bahaya kalau bermain bola sepak mengikut bentuk wajah ni. Kesian kat kawan-kawan.
 
Antara Cahill, Terry dan Luiz, sesiapapun yang diturunkan tidak akan menjadi masalah. Cuma Ivanovic dan Cole perlu lebih berdisplin ketika menyerang dan bertahan supaya tidak terjerat dengan serangan balas pasukan lawan. Azpilicueta dan Ryan Bertrand masih lagi mengintai peluang untuk diturunkan dalam aksi Eropah ini.
 
Ramalan: Tidak nampak sebarang masalah buat Mourinho untuk memacu anak buahnya mengukir 3 mata di Stamford Bridge. Sebagai tuan rumah, tiada alasan untuk kalah.

Piala Malaysia 2013: Terengganu vs Kelantan




Terengganu vs Kelantan
8.45 malam
Sultan Ismail Nasiruddin Shah stadium
Siaran Langsung Astro Arena 801
 
 
Tiket habis dijual seawal jam 2.30 petang menunjukan perlawanan ini amat penting dan teragung buat rakyat pantai timur. Kelantan amat memerlukan 3 mata pada perlawanan ini sekaligus mencerahkan peluang mereka untuk ke suku akhir. Begitu juga dengan pasukan Terengganu. Jadi tidak menghairankan sekiranya tiket perlawanan ini habis begitu awal.
 
Kelantan pada aksi malam ini dijangka akan diperkuatkan kembali dengan kehadiran Shakir Shaari, Fakri Saarani dan Nik Shahrul yang baru selesai dengan tugas negara dan harimau muda. Manakala Khairul Fahmi yang pulih dari kecederaan juga akan memperkuatkan barisan utama pasukan Kelantan.
 
Pemain Kelantan perlu segera melupakan kekalahan kepada Negeri Sembilan di tempat sendiri tempohari dan kembali mempamerkan aksi terbaik mereka apabila wisel sepak mula bertemu Terengganu ditiupkan.
 
Tetapi Bojan Hodak silap sekiranya memandang rendah keupayaan skuad Penyu ini. Kejayaan Terengganu yang menjinakkan Pahang 2 minggu yang lepas membuktikan anak buah Elavarasan masih perlu diberi perhatian oleh setiap lawan mereka. Manakala kejayaan menundukkan Perak 2-1 dalam perlawanan persahabatan merupakan tonik ajaib buat mereka menjelang aksi menentang Kelantan.
 
Zubir Azmi yang masih segar dengan kejayaan menjulang Piala Pestabola Merdeka sudah pasti akan bersemangat untuk menyekat larian merbahaya Nor Farhan dari sebelah kanan pasukan Kelantan. Seperti biasa juga tumpukan perhatian kepada pemain berprofil tinggi seperti Ashaari Samsudin, Manaf Mamat, Indra Putra dan juga siapa lagi kalau bukan Fakri Saarani.
 
Ramalan: Terengganu akan mengutip 3 mata berdasarkan kapasiti mereka yang turun sebagai tuan rumah. Namun kedudukan kedua pasukan ini masih juga ditentukan oleh keputusan perlawanan antara Negeri Sembilan dan Pahang.

Harimau Muda: Mana Halatuju Sebenar Mereka?

 
 
Dah habis seronok meraikan kemenangan terkini Harimau Muda dalam kejohanan Pestabola Merdeka? Lepas ni apa? Sukan Sea? Lepas tu? Terkandas kelayakan Sukan Olimpik? Lepas tu? Menang Piala Surat Khabar di Vietnam? Lepas tu? Begitulah kitaran bangang bola sepak Malaysia yang tiada sudahnya.
 
Kali terakhir kita menjuarai Pestabola Merdeka ialah pada 2007. Sensasi ketika itu antaranya tidak lain dan tidak bukan ialah Safee Sali, Mat Yo, Aidil Zafuan, Zaquan Adha dan ada juga beberapa orang manusia lain yang tidak mahu saya sebut namanya. 4 orang ini saya bagi sebagai contoh sahaja. Tidak perlu kita pergi sejauh zaman Khalid Jamlus, V. Saravanan, Akmal Rizal dan Nizaruddin Yusof. Selepas hampir separuh dekad skuad 2007 ini menjuarai Pestabola Merdeka, kini dimanakah pasukan bola sepak negara kita di mata dunia?
 
Cukupkah hanya sekadar mahir dalam memikat artis slot Akasia apabila umur menjangkau lebih daripada 23 tahun? Puas hati sangatkah apabila boleh naik turun mahkamah menyelesaikan isu perkahwinan? Berbaloikan pemberian tanah dan rumah apabila ianya dibalas dengan kekalahan kepada Singapura dalam kelayakan Piala Dunia? Jadi ingin saya ingatkan, janganlah kita terlalu berharap kepada skuad 2013 ini kerana suatu hari nanti saya pasti mereka akan melukakan hati kalian semua.
 
Ini kerana bagaikan sudah satu kewajipan buat pemain Harimau Muda apabila mereka masuk sahaja ke dalam Skuad Utama Harimau Malaya, kecerdikan bermain bola mereka akan bertukar menjadi sebangang-bangang umat. Bolehlah aku katakan bahawa karier bola sepak Safee Sali, Zaquan Adha dan tidak salah untuk menambah Safiq Rahim, sudah berakakhir dari sudut pandangan Mata Pena Hitam aku.
 
Terkini aku sedang perhatikan prestasi Mahali Jasuli. Dia amat cemerlang ketika bersama Harimau Muda dan Harimau Malaya. Tetapi selepas dia berbakti sepenuh masa untuk Harimau Malaya dan pasukan negeri Liga Malaysia, prestasi beliau serba tidak menentu. Ditambah pula dengan sentuhan bibir nipis Tasha Shilla. Ermmmms...entahlah. Kita tengok sahaja penamat masa depan Mahali Jasuli ini.
 
Mentaliti yang sejak dari zaman Soltan Bola memerintah ini perlu segera dikikis dan buang jauh-jauh dari kepala hotak pemain bola sepak Malaysia yang ingin berjaya di peringkat antarabangsa. Jangan jadikan pemain bowling negara yang putih gebu sebagai sasaran untuk kita berpuas hati dalam bidang sukan ini. Ataupun sudah cukup bagi kita untuk bersorak gembira dengan kahadiran pemain Argentina di sebuah pasukan palsu di selatan tanah air?
 


Thursday, September 12, 2013

Ronaldo & Bale


Ronaldo: Ate kome dah sedia nak bakor Messi?
Bale: Teman ready!

Tuesday, September 10, 2013

Ulasan Gaya Bebas: China vs Malaysia



Malaysia First XI vs China XI

GK = Farizal Marlias
DEF = Asraruddin (Fitri Omar), Razman Roslan, Aidil Zafuan, Helmi Remeli
MF = Gurusamy (Shakir), Azamuddin Md Akil (Khyril), Kunalan
OM = Safiq Rahim
FW = NorShahrul Talaha (Fakri), Amri Yahyah.


Rajagopal meletakkan Farizal sebagai penjaga gol utama. Razman Roslan yang kembali ke pentas antarabangsa berganding bersama Aidil Zafuan. Mereka berdua diapit oleh Asraruddin disebelah kiri dan Helmi Rameli di sebelah kanan pertahanan. Bahagian tengah pula dikemudi oleh Gurusamy dan Safiq Rahim. Alex Akil dan S. Kunalan bergerak selaku sayap kiri dan kanan. Sementara Mat Yo dan Amri Yahyah mengetuai barisan serangan.

Malaysia seperti biasa memulakan perlawanan secara tradisi iaitu beraksi dengan longlai dan lemau tanpa idea-idea menarik dalam melakukan gerakan. Pemain Rajagopal secara gelabah bertahan selama 30 minit dengan sekali sekala Safiq Rahim cuba menjana serangan, namun ianya hampa apabila hantarannya lebih menuju ke laut, longkang dan langit. Tetapi kapitan mabeles ini masih kekal bangang tanpa rasa bersalah.

Pada minit ke-43, Farizal melepaskan gol mudah hasil daripada sepakan percuma Zheng Long. Dia hanya melihat sahaja bola itu menerjah jaring tanpa ada usaha untuk menyelamatkannya. Tamat separuh masa pertama, Harimau Malaya masuk ke bilik persalinan dengan ketinggalan satu gol. 

****************

Separuh masa kedua bermula. Kesebelasan pemain pasukan Harimau Malaya dikekalkan. Pasukan China bermula garang dan hasilnya mereka memperolehi gol pada minit ke-57. Tandukan Yang Xu menewaskan Farizal Marlias buat kali kedua dalam perlawanan ini.

Pada minit ke-62, Rajagopal memasukkan Shakir Shaari (Gurusamy) dan Khyril Muhymeen (Alex) dengan harapan kononnya untuk mengubah rentak permainan. Namun ianya menemui jalan hampa. Corak permainan Harimau Malaya masih kekal caca marba dan lebih gemar menghantar bola ke kaki pemain lawan berbanding rakan sendiri. 

Hanya satu sahaja percubaan terpuji daripada Razman pada minit ke-76 apabila beliau naik ke atas dan menguji penjaga gol China melalui lambungan yang agak mengelirukan tetapi berjaya ditepis keluar penjaga gol tersebut. Selebihnya Harimau Malaya kelihatan seronok ke sana ke mari mengejar bola dari kaki pihak lawan.  

Tamat 90 minit permainan dan pasukan Harimau Malaya seperti biasa tewas buat kesekian kalinya. Mereka pulang kecewa sambil meredhai kekalahan ini dengan menganggapnya sebagai ketentuan Allah. Diharap mereka berusaha lagi di masa hadapan!!!!