Showing posts with label Liga Inggeris. Show all posts
Showing posts with label Liga Inggeris. Show all posts

Friday, November 1, 2013

BPL 2013/14: Newcastle United vs Chelsea FC



Newcastle United vs Chelsea FC
November 2, 2013 8:45 PM MYT
St. James' Park — Newcastle-upon-Tyne
Referee:‬ L. Mason‎

Zafdol Darham peminat setia pasukan Chelsea. Hari ini dia bangun pagi. Setelah menggeliat dua tiga nafas, separuh rokok lemau yang ditinggalkannya semalam dicapai. Lalu dinyalakannya menggunakan ligther yang dicuri daripada kedai nasik lemak janda Lopa. 

Puussssssssssss...pussssss...asyik sungguh perasaan ini apabila asap melalui rongga-rongga dada. 

Tiba-tiba lamunan Zafdol Darham terhenti. Dari luar rumah, sayup-sayup terdengar suara jirannya bertempik kerana ayam dimakan ular sawa. Ini petanda yang baik untuk memulakan hujung minggu yang penuh dengan perlawanan bola sepak daripada seluruh pelusuk dunia. Lantas Zafdol Darham bangun mencapai tuala dan melangkah ke dapur. Pintu bilik mandi ditutup rapi.

Kecebusssh...kecebusssssh...sejuk air membasahi kepala Zafdol Darham. Ketika bermandi-manda, sempat Zafdol Darham melakukan analisis bola sepak serba ringkas.

Chelesea baru sahaja menewaskan Arsenal pada pertengahan minggu yang lalu. Dan sabtu ini dijangka Newcastle pula akan menjadi mangsa seterusnya. Rekod 5 kemenangan berturut-turut dalam 3 kejohanan berbeza akan berjaya Chelsea kekalkan. Zafdol Darham yakin.

Chelsea bukan seperti pasukan Arsenal. Arsenal seperti biasa akan meneruskan rutin tahunan mereka dengan hanya mampu mencium bau piala saja. Macam 3 Abdul, hanya dapat bau makanan tanpa dapat mengusik dan menjamah. Kenyang ke? Piala Capital One dah terlepas, Abdul Ozil pulak tergelincir. Dapat bau saja. Abdul Ramsey? Abdul Wenger? 

Tapi lawan Arsenal minggu ini ialah lawan yang berkongsi otak dengan mereka, iaitu Liverpool. Jadi, dalam masa yang sama juga Zafdol Darham tak berharap Liverpool boleh menang dan menjadikan Arsenal lauk. Jauh disudut hati Zafdol Darham tetap yakin dan percaya hanya Chelsea yang boleh 'memberi bau' kepada Arsenal, Liverpool mahupun Manchester City musim ini. 

Manchester United? Zafdol Darham tidak berminat untuk bermonolog tentang pasukan pertengahan liga tersebut. Mandi lagi best!!!

Friday, January 4, 2013

Mario Balotelli Bukan Samseng Terhebat

Kononya paling samseng di atas padang..
.
.
.
.
.

Menganjeng Boateng sehingga dicekek lehernya.

.
.
.
.
.

Tapi masih tak insaf..mencari pasal dengan Micah Richard pula...
.
.
.
.
.

Kemuncak samsengya ialah bergaduh dengan Mancini.
.
.
.
.
.
Tetapi malangnya Balotelli muncul bukan pada zaman Si Peragut Roy Keane dan Si Pembunuh Bersiri Patrick Viera.....



Tanyakan sahaja pada Pires dan Nistelrooy apa kesannya di 'sembur' oleh kedua Lagenda Samseng Parit Bunga ini.

Sunday, November 18, 2012

Nama Gelaran Pemain Bolasepak Paling Mengerikan


Nama gelaran pemain bolasepak memang tidak asing lagi di Malaysia. Antaranya Zaq-One, Mat Yo, Hai-O, Awe dan Mie Yeh sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Namun apa yang menggeletek tali pusat ialah nama-nama gelaran atau panggilan ini turut dicetak di belakang jersi mereka. Ini sesuatu perkara yang tidak akan berlaku di Eropah dan ia hanya terdapat di Malaysia.


Walaupun FAM dan persatuan bolasepak negeri seringkali berkokok melaungkan bahawa Liga kita ini professional, perkara seperti ini masih berlaku. Mungkin ada yang berpendapat perkara ia tidak salah. Ya memang tidak salah. Cuma ia seakan-akan perbuatan tidak matang dan jersi pasukan negeri itu menjadi seperti baju-T kanak-kanak bermain bola di waktu petang. Renung-renungkanlah.... 


Di bawah ini dibawakan beberapa pemain bolasepak antarabangsa dengan nama gelaran yang boleh dikatakan mengerikan. Tak dapat dibayangkan andai ia diletakkan di bekakang jersi mereka. Mari kita saksikan bersama....

Frank Ribery



Pemain sayap Perancis, Franck Ribery adalah salah seorang pemain yang paling berbakat dalam generasinya. Walau bagaimanapun, nama samaran beliau "Muka Parut" adalah mungkin salah satu yang paling hina pernah ditemui.




Thomas Gravesen


Sesiapa yang pernah menyaksikan pemain ini beraksi bersama Everton ketika pertengahan era 2000 akan menghargai tema, "all-action Thomas Gravesen,"  Namun itu adalah paggilan yang lebih suci daripada nama gelaran beliau iaitu "Shrek".



Wayne Rooney



Wayne Rooney pemain terhebat Engkand juga pernah digelar "Shrek". Namun kini sesetengah orang mula memanggilnya "The Khinzir." Keji tak?



Ronaldinho


Tiada siapa dapat menidakkan bakat yang dimiliki beliau. Walau bagaimanapun, Ronaldinho mendapat gelaran kasar ditujukan kepadanya apabila dia digelar "Jar Binks Jar," nama watakdalam film Star Wars.




Monday, October 1, 2012

Pemain Terbaik September 2012.

La Liga
Isco - Malaga



Full name:Francisco Román Alarcón Suárez
Date of birth:21 April 1992 (age 20)
Place of birth:Benalmádena, Spain
Height:1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)
Playing position :Attacking midfielder

Secara tiba-tiba menarik perhatian kelab besar dari Eropah selepas jaringan gol beliau dalam aksi Champions League menewaskan Zenit. Malaga membeli Isco dari Valencia pada Julai 2011. Namun selepas Isco mencuri perhatian banyak pasukan, Malaga dengan segera beradang melanjutkan kontrak beliau yang sedia akan tamat pada 2016 nanti. 'Attacking Midfielder' pasukan bawah 23 tahun Sepanyol ini sedang menjengah peluang beraksi dalam pasukan utama negara tersebut.

Serie A
Hernanes - Lazio





Full name:Anderson Hernanes de Carvalho Andrade Lima
Date of birth:29 May 1985 (age 27)
Place of birth:Aliança, Brazil
Height:1.80 m (5 ft 11 in)
Playing position:Midfielder

Beliau adalah tipikal pemain tengah Brazil. Boleh menjana serangan dan menjaringkan gol apabila diperlukan. Menolak perpindaha ke AC Milan dan Barcelona semata-mata ingin mahu kekal bersama Lazio musim ini. Sudah menjaringkan 4 gol secara keseluruhan setakat artikel ini ditulis. Banyak membantu Klose dalam mencari gol buat Lazio. Dalam usia 27 tahun, inilah masa kemuncak dalam karier beliau.

Bundesliga
Lewis Holtby




Full name:Lewis Harry Holtby
Date of birth:18 September 1990 (age 22)
Place of birth:Erkelenz, West Germany
Height:1.76 m (5 ft 9 1⁄2 in)[1]
Playing position:Midfielder

Pemain tengah berusia 22 tahun ini disenaraikan antara 5 pemain muda yang harus ditonton aksinya dalam UCL 2012/13 musim ini. Terbukti Jerman tidak pernah ketandusan bakat. Telah menjaringkan 3 gol setakat ini dalam Bundesliga. Turut beraksi cemerlang ketika berdepan Olimpiakos dalam perlawanan pertama peringkat kumpulan Champions League. Namun perlu lebih meningkatkan aksi ketika menentang pasukan atasan seperti Bayern Muninch.


Liga Perdana Inggeris
Phil Jagielka
 
 
 
Full name:Philip Nikodem Jagielka
Date of birth :17 August 1982 (age 30)
Place of birth:Sale, England
Height:1.83 m (6 ft 0 in)[2]
Playing position:Centre back
 

Pada usia 30 tahun, beliau masih lagi mantap dan kebal. Punca kepada keselesaan Victor Anichebe dan Fellaini berleluasa di barisan serangan menjaringkan gol untuk pasukan Everton. Berjaya melakukan satu bantuan gol untuk pasukan Everton setakat ini dan merupakan tulang belakang pasukan Everton yang menghuni tangga ke 3 Liga.  Mungkin satu rahmat buat beliau apabila John Terry mengumumkan persaraan dari arena antarabangsa. Semoga berjaya!!!
 
 
Ligue 1
Zlatan Ibrahimovic



Full name:Zlatan Ibrahimović
Date of birth:3 October 1981 (age 30)
Place of birth:Malmö, Sweden
Height:1.95 m (6 ft 5 in)[1]
Playing position:Striker


Tujuh jaringan gol Zlatan untuk PSG dalam saingan Ligue 1 setakat ini membuktikan belian adalah antara penyerang terbaik di dunia ketika ini. Sudah berusia 30 tahun tetapi aksinya seakan-akan baru sahaja berusia 20 tahun. PSG banyak bergantung kepada beliau untuk mendapatkan gol. Pengaruhnya di atas padang juga amat penting dalam usaha PSG menawan Perancis dan Eropah secara 'total' musim ini. Ibracadabra pasti boleh.



Thursday, September 27, 2012

EP4 : Fokus Bola Eropah 2012

SERIE A ITALY: PERLAWANAN 6
Juventus vs AS Roma




Juventus masih dengan rekod tanpa kalah mereka. Persembahan mantap daripada Arturo Vidal, Mirko Vucinic dan Fabio Quagliarella membolehkan mereka menguasai Serie A dengan selesa ketika ini. Ketiga-tiga mereka sudah mengumpul 15 gol setakat ini. Asamoah juga mempamerkan aksi hebat apabila diturunkan dalam kesebelasan utama Juventus. Selain itu, tiada keraguan pada prestasi Pirlo yang semakin tua walaupun bekas rakan sepasukan beliau, Zvonimir Boban menyarankan agar Pirlo bersara dari arena antarabangsa untuk lebih fokus kepada Juventus.


AS Roma ketika ini berada di tangga ke-6 liga dengan mengumpul 8 mata. Musim lepas kedua-dua pertemuan mereka dimenangi oleh Juventus. Namun kali ini Roma boleh mencabar Juventus kerana mereka memiliki beberapa pemain mantap yang boleh mengubah permainan secara tiba-tiba. Balzaretti boleh dikatakan pertahanan kiri terbaik di Italy pada ketika ini dan kehadirannya memantapkan lagi pertahanan Roma. Totti kekal sebagai nadi penting untuk Roma bersama-sama De Rossi. Manakala Znedek Zeman juga boleh menurunkan Lamela dan Oswaldo untuk menjahananmkan Buffon.


Mampukan Roma meleburkan rekod tanpa kalah Juventus yang akan beraksi sebagai tuan rumah pada pertemuan ini? Kita doakan perlawanan menarik akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan ini.


Ramalan: Juventus 2-0 Roma

LIGA PERDANA INGGERIS : PERLAWANAN 6
Arsenal vs Chelsea

Rindu aksi seperti ini.

Kedua-dua pasukan masih lagi belum mengalami kekalahan dalam saingan liga setakat ini. Arsenal di tangga ke-5. Manakala Chelsea gah di persada liga dengan 13 mata. Pertemuan musim lepas di Emirates berakhir dengan keputusan seri 0-0.


Arsenal kelihatan lebih mantap dibarisan serangan walaupun ketiadaan Van Persie. Diaby membuktikan beliau mampu menggantikan Song. Manakala Carzola pula sentiasa merbahaya apabila beliau memegang bola. Namun kegoyahan kawalan zon di barisan pertahanan Arsenal mungkin boleh dieksploitasikan oleh Chelsea.


Mata, Harzard dan Oscar membuktikan mereka bertiga boleh bermain bersama dan memberi ancaman kepada pasukan lawan. Hanya yang bermasalah sekarang ini ialah Torres dan pertahanan Chelsea yang mudah hilang fokus. Inilah masalah utama yang perlu segera diatasi oleh pasukan Chelsea.


Ramalan: Arsenal 1-2 Chelsea FC
LA LIGA SPAIN: PERLAWANAN 6
Sevilla vs Barcelona



Barcelona dengan 15 mata maksimum selepas 5 perlawanan. Sevilla juga dengan rekod tanpa kalah mereka dan telah mengumpul 11 mata untuk menduduki tangga ke 4 La Liga. Sevilla berjaya menewaskan Real Madrid tempohari hasil jaringan pemain tengah berbangsa Jerman, Piotr Trochowski. Gandingan Rakitic dan Navas pula memudahkan tugas Negredo untuk menjaringkan gol bagi pasukan Sevilla. 4 gol setakat ini dari Negredo sudah pasti merisaukan peminat pasukan Barcelona.


Bagi Barcelona pula, kejayaan menewaskan Sevilla kelak akan mengukuhkan kedudukan mereka di dalam La Liga.  Rasanya mereka tiada masalah besar unutk melakar kejayaan pada hujung minggu ini. Hubungan cinta antara Messi dan David Villa kembali mekar selepas mereka berdua menafikan berlaku perselisihan antara mereka. Mereka juga memiliki Sanchez, Fabregas dan Song yang bila-bila masa sahaja boleh di panggil beraksi dalam pasukan utama. Namun masalah kecederaan pertahanan tengah Barca (Pique) mungkin merencatkan sedikit perancangan Vilanova.


Sevilla mungkin boleh mengejutkan anak buah Vilanova dengan ketiadaan pertahanan yang mantap dalam pasukan Barcelona itu. Mascherano yang tidak berapa nak tinggi itu amat tidak sesuai beraksi sebagai pertahanan tengah.


Ramalan: Sevilla 1-3 FC Barcelona

BUNDESLIGA : PERLAWANAN 6
F. Düsseldorf vs Schalke 04


Huntelaar bergaya comel...konon

Sesungguhnya pasukan Dusseldorf adalah sangat misteri. Kembali ke Bundesliga selepas 15 tahun terpelosok di bawah liga utama Jerman. Ketika ini menduduki tangga ke-5 (2013–14 UEFA Europa League play-off round) dengan rekod tanpa kalah dan mengumpul 9 mata. Satu mata dibelakang Schalke 04. Mempunyai barisan pemain yang terhad bakatnya. Namum tumpukan perhatian kepada Ken Ilsö dan Dani Schahin yang mampu memberi ancaman ke kubu penjaga gol Schalke 04, Lars Unnerstall.


Bagi Schalke 04 pula, mereka wajib menang ke atas pasukan yang baru sahaja naik divisyen ini. Perlawanan terakhir mementang Mainz, mereka menang 3-0 dan Lewis Holtby serta Farfan berjaya melakukan jaringan gol. Huub Stevens juga masih yakin dengan kemampuan Huntelaar dan sudah pasti penyerang pasukan Belanda itu diturunkan untuk menjaringkan seberapa banyak gol menentang Düsseldorf  ini.

Elemen kejutan memang selalu berlaku di dalam Bundesliga. Pertemuan pasukan ke-4 dan 5 ini semestinya menarik untuk ditonton bersama keluarga angkat di Bagan Lalang.


Ramalan: F. Düsseldorf 0-2 Schalke 04




Tuesday, September 25, 2012

BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan



Salam Haji yang bakal tiba..setelah hampir sebulan liga bolasepak Eropah bermula, sudah mula kedengaran sayup-sayup dari jauh suara pekikan dan lolongan dari peminat bolasepak di Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Malaysia begitu minat dengan bolasepak Eropah terutamanya dari England. Adakah ini semua dek kerana negara kita adalah bekas jajahan British yang maha loghat perangainya itu? Kenapa kita tidak meminati Liga Jepun dan Portugal seperti asyiknya kita menonton aksi 'diving' pemain-pemain Manchester United di dalam kotak penalti? Persoalan ini juga saya letakkan dalam kepala otak anda semua kerana pilihan jawapan ada pada kamu.



Di Malaysia ini boleh dikatakan penyokong Liga Inggeris adalah yang terpaling ramai. Payah kita nak melihat atau mendengar anak muda bergaduh bercerita tentang hancur lodohnya ketika ini pasukan AC Milan. Atau apakah konflik sebenar dalam pasukan Real Madrid? Jarangya sama seperti kita mendengar lelaki berkahwin empat. Jarang-jarang...Jikalau adapun yang bercerita bolehlah dikatakan 20% sahaja dari tajuk perbualan topik bolasepak harian mereka. Bayangkan pemain Liga Perdana Inggeris seperti Michu pun boleh menjadi tajuk perbualan, sedangkan aksi cemerlang Mandzukic langsung tak terkeluar dari molot mereka semua. Itulah dahsyatnya penangan BPL ini.


Apa yang lebih menarik juga, kita semua bukan sahaja mengetahui siapa isteri dan aweks pemain bolasepak BPL, malahan juga mengetahui nama pengadil yang saban minggu membuat aksi-aksi sarkis di tengah padang. Kita juga turut mengetahui pasukan kegemaran pengadil tertentu dan hal seperti ini sudah pasti menjadi isu besar sekiranya berlaku keputusan yang mencurigakan di atas padang. Perkara seperti ini amat berbeza di Malaysia. Kita hanya mula mengenali seseorang pengadil itu selepas beliau ditangkap akibat rasuah. Ini pun boleh dikira suci daripada ditangkap akibat khalwat dengan isteri orang. Eh, itu bukan pengadil ek??? Itu penjada gol kebangsaan ek?Ek?Ek?



Permainan cantik? Itu mungkin jawapan yang kurang tepat. Yang adapun pasukan yang bermain cantik di BPL sekarang ini sudah 7 tahun kempunan piala. Kempunannya mereka bagaikan unta padang pasir yang dahagakan air zam-zam. Tidak seperti Barcelona dan Real Madrid yang bermain cantik seiring dengan kejayaan yang mereka perolehi. Manakala pasukan paling bersejarah di England pula hanya gah dengan kejayaan silam mereka dan masih yakin mampu buat 'comeback' dari ketinggalan 3 gol. Inilah antara mimpi indah yang tak kesampaian dan kadangkala ia boleh menjadi bahan ejekan rakan sepermainan yang bercakap ikut sedap 'molot' ajek. Jangan sampai ada yang jadi tajuk depan Harian Metro sudahlah...



Selain itu ada juga 'molot-molot' sumbang yang bangga dengan kejayaan mereka selepas pasukan 'kesayangan' dibeli oleh saudagar arab lalu membiaklah secara tiba-tiba puak biru cair di arena bolasepak BPL tempatan. Saya tidak marahkan mereka sekiranya umur mereka adalah sekitar 7 ke 12 tahun. Tetapi yang menjadi pelik adalah jika umur mereka adalah 20 tahun ke atas. Celah mana 'pulok' mereka semua menyorok ketika Darius Varsell dan Paul Dickov mula mencari keserasian di antara mereka? Atau kenalkah puak biru cair ini kepada Ali Benarbia dan Marc-Vivien Foe? Jika tidak kenal, maka serupalah mereka semua ini seperti peminat hoki menonton sukan kayak. Tiada faedah, tiada hasil.



Kita tidak boleh dipaksa atau memaksa seseorang itu untuk memilih pasukan kegemaran masing-masing. Namun kita boleh membuat pilihan bijak supaya tidak nampak sangat kebodohan yang ada pada diri kita. Dimanakah letaknya maruah jika menang sesuatu perlawanan hanya atas ehsan pengadil? Apakah makna indahnya permainan bolasepak jika saban musim hanya mampu menjadi pelengkap 'big 4'? Apa sangatlah yang ada pada kejayaan sejarah silam sedangkan ia hanya layak mejadi tontonan di History Channel? Seronok sangatkah menjadi pasukan kaya raya yang dibenci?


Jika anda semua menghayati hasil tulisan diatas, ia merupakan secebis sindiran dan cacian halus yang mungkin boleh meninmbulkan pergaduhan. Pergaduhan yang berpanjangan. Pertengkaran molot yang tiada penamatnya. Jika tidak mahu 'dihanjeng-hanjengkan', maka berlalulah kamu pergi menyokong Liga Samoa. Sebab itulah entri kali ini bertajuk BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan.




Saturday, September 22, 2012

EP 3:Fokus Bola Eropah 2012



Schalke 04 vs Bayern Munich


Pendahulu Liga, Bayern  Munich akan ke Veltins Arena untuk bertembung dengan pasukan tempat ke-4 Bundesliga ketika ini iaitu Schalke 04. Kedua-dua pasukan masih belum kalah dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Ini membuktikan pertembungan mereka akan menjanjikan sesuatu yang menarik.


Schalke 04 dalam 5 perlawanan terakhir mereka termasuk UEFA Champions League telah menjaringkan sejumlah 14 gol. Manakala Bayern Munich sudah mengumpul sebanyak  18 gol. Dari segi statistik serangan memang kelebihan berpihak kepada pasukan Bayern Munich. Namun Schalke 04 juga tidak kurang hebatnya dengan Papadopoulos mantap di pertahanan serta gandingan Farfan dan Huntelaar yang semakin serasi dan mendatangkan bahaya kepada pihak lawan mereka.


Sangat menarik untuk melihat bagaimana kedua pasukan ini bertarung selepas mereka mengharungi perlawanan Champions League pada pertengahan minggu. Huntelaar dan Schweinsteiger akan menjadi penentu kepada pasukan mana yang akan memenangi pertemuan ini.


Ramalan : Schalke 04 1 - 1 Bayern Munich.



Liverpool vs Manchester United



Panas dan membara. Itulah yang boleh diibaratkan pertemuan antara dua pasukan yang bermusuh sejak King Kenny belum tumbuh misai lagi. Kini dengan persengketaan terkini berpunca dari cinta tak berbalas Evra kepada Suarez. Sebenarnya tidak susah untuk memilih siapa pemenang dalam pertembungan penuh sejarah ini. Manchester dengan barisan pemain baru yang hebat, boleh menenggelamkan Liverpool hanya dalam sekelip mata sahaja. Tetapi harus diingat Liverpool seakan-akan masuk hantu apabila bertemu pasukan 'Red Devils' ini.


Prestasi Rodgers akan kurang memberansangkan. Kekurangan sengat dibahagian pertahanan menunjukkan itu adalah kelemahan ketara mereka. Nampaknya Liverpool hanya mengharapka Suarez untun menghuru-harakan Manchester United. Bagi Alex Ferguson pula, tiada apa yang perlu dirisaukan ketika ini kerana para pemain mereka berada dalam prestasi terbaik dan memuaskan. Namun aksi menentang Galatasaray tempohari ada meninggalkan gusar di hati beliau.


Pertemuan berat sebelah ini semestinya akan dimenangi oleh pasukan Syaitan Merah. Ya! Hanya ada satu merah sahaja!!!

Ramalan : Liverpool 2 -3 Manchester United.



Tuesday, August 28, 2012

Pemain Terbaik August 2012


Kwadwo Asamoah

Date of Birth:    Dec 9, 1988 (Age 23)
Place of Birth: Accra, Ghana
Nationality: Ghana
Height:         178 cm.
Weight:         76 Kg.
Position:         Midfielder
Squad No:       22

Watak penting setakat ini untuk Juventus. Meneruskan aksi cemerlang ketika perlawanan pembukaan Piala Super. Asamoah sekali lagi membantu Juventus menewaskan Parma 2-0 dan menjadi pemain terbaik dalam  perlawanan itu.



Eden Hazard

Date of Birth: Jan 7, 1991 (Age 21)
Place of Birth: La Louviere
Nationality: Belgium
Height: 170 cm.
Weight: 69 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 17


Beroleh 3 anugerah pemain terbaik perlawanan berturut-turut untuk Chelsea. Merupakan pemain baru paling berbaloi dalam skuad Chelsea untuk musim 2012/13. Satu gol sudah dimilikinya dan lebih banyak yang terbaik akan muncul dari kaki Hazard.




Arda Turan

Date of Birth: Jan 30, 1987 (Age 25)
Place of Birth: Estanbul
Nationality: Turkey
Height: 176 cm.
Weight: 74 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 11


Beliau menjaringkan gol pada perlawanan pertama menentang Levante. Arda Turan kemudiannya membantu Atletico Madrid membelasah Athletic Bilbao 4-0. Beliau masih tetap dengan pendiriannya mahu kekal bersama A.Madrid dan menolak semua spekulasi perpindahanya. 





Marco Reus

Date of Birth: May 31, 1989 (Age 23)
Place of Birth: Dortmund
Nationality: Germany
Height: 180 cm.
Weight: 74 Kg.
Position: Midfielder
Squad Number: 11


Musim lepas antara pemain terbaik dalam Bundesliga. Membuat penampilan sulung bersama Borussia Dortmund dengan menjaringkan gol pertama pada minit ke 11' ketika bertemu Werder Bremen. Menerima anugerah pemain terbaik untuk perlawanan tersebut.

Monday, August 27, 2012

RVP, PSG dan Kegatalan Shabinee



Selamat Hari Raya Mahap Zahir dan Batin. Setelah penat seminggu mentekedarah kari, kambing, lemang, ketupat, semperit ,batang buruk..akhirnya kawe kembali dengan 'mood' segar bugar bagaikan baru kembali dari tanah suci Mekah gamaknya..Amiiin..Insya'allah..Raya tahun ini sedikit haru-biru dengan musim bolasepak Eropah dan Piala Malaysia yang muncul tepat pada waktu genting ketika Penyimpan Mohor Besar Raja-raja mahu membuat pengumuman keramat tersebut.

Eid Mubarak - Samir Nasri 

Sedang kita asyik menganyam ketupat palas dan ketupat pulut, Samir Nasri pula sibuk berjuang demi kejayaan kelab Manchester City yang terkial-kial mahu menewaskan Southampton - kelab yang baru naik Divisyen ke Liga Perdana Inggeris dalam aksi pertama mereka minggu lalu. Bila sebut pasal hari raya dan EPL, kita pastinya takan lupa dengan pengorbanan beberapa pemain bolasepak yang turut beraksi ketika menjelangnya Aidilfitiri. Antaranya Cisse dan Ba, Yaya dan Kolo Toure, Ben Arfa dan   Ali Al Habsi. Namun yang paling kita semua sayangi semestinya Abang Robin Van Persie. WOW!!!

RVP - Raya Sakan tahun ini. 

Gol Pertama bertaraf dunia!!!
RVP semestinya manusia yang gembira musim ini dengan memulakan aksi EPL menjelang Aidilfitri bersama kelab terulung Manchester United setelah meninggalkan sekumpulan kanak-kanak di Emirates Stadium (tak perlu keluar duit raya tahun ini). Mungkin penampilan pertama selama 20' minit ketika tewas kepada Everton tidak patut dijadikan ukuran prestasi bagi baki 9 bulan yang akan datang. Ini tidak adil!!


Tersentak dengan kekalahan kepada Everton. Man United tampil garang dengan meletakkan RVP dalam kesebelasan utama dengan meninggalkan Rooney, Wellback dan Chicharito termanggu-manggu di bangku simpanan tanpa ada idea untuk mengemaskini akaun twitter mahupun facebook mereka. RVP seperti dijangka membuka lembaran Aidilfitri dengan gol yang menarik sekaligus menutup molot anak-anak muda penyokong Arsenal yang memandang enteng kebolehan pemain yang menghampiri waktu senja ini.


Penganalisis hebat pernah berkata "Lebih baik kalah dengan Everton 1-0 daripada kalah 3-0 ataupun seri dengan pasukan baru naik divisyen". Namun saya dengan ANGKUH mengatakan bahawasanya lebih baik menang 3 perlawanan berturut-turut daripada seri 3 perlawanan berturut-turut. Oh Paris Saint Germain....


PSG - Seri kali ketiga adalah bencana menyerupai Tsunami.


Bukan tiket express untuk menuju kejayaan
Kadangkala tidak semua pelaburan gelojoh akan membawa hasil kejayaan yang segera. PSG nampaknya perlu lebih bersabar dan mencontohi kelab kaya gelojoh terdahulu seperti Chelsea dan Mancheter City. PSG telah seri dengan Lorient 2-2, Ajaccio 0-0 dan terkini Bordeaux 0-0. Kini mereka mengumpul 3 mata dan menduduki tangga ke-11 Ligue 1. Perkara seperi ini tidak sepatutnya berlaku di awal musim pembukaan Ligue 1 sekiranya kita mahu membandingan perbelanjaan yang mereka telah lakukan dengan pasukan-pasukan lain.
 

Mengikut kiraan saya, sejak Julai dan Ogos 2012, PSG telah membelanjakan  140 Juta Euro hanya untuk membawa masuk 5 orang pemain (Zlatan, Lavezzi, Moura, Verrati dan Thiago Silva). Dengan 140 Juta ini, kita boleh buat rumah terbuka hari raya di Seri Kembangan selama sebulan gamaknya...Namun Ancelotti semestinya tahu bagaimana mahu mengatasi masalah ini. Ataupun masalah ini akan mengatasi Ancelotti dan beliau dengan mudahnya akan dipecat. Siapa tahu?


Sharibinee dan Kegatalan



Hari Raya tanpa Sharbinee Allawee ibarat beraya tanpa mercun dan bunga api. Pada perlawanan kedua Piala Malaysia antara pasukan Terengganu dan ATM. Sesuatu yang mengerikan telah menimpa Saudara Sharbinee yang kita semua sayangi...

“Saya rasa seperti nak berbogel kerana tidak tahan dengan rasa gatal yang amat sangat di seluruh badan,” kata penjaga gol skuad bola sepak Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramlie yang pelik dengan kejadian dialaminya, malam kelmarin.

Amboih...sampai nak berbogel gamaknya. Mengalahkan Petr North dah ni..Insiden yang berlaku kira-kira 10 minit sejurus separuh masa kedua bermula itu menyaksikan Mohd Sharbinee, 25 akhirnya rebah di padang akibat pitam dan terpaksa diusung keluar sebelum dikejarkan ke Hospital Selayang manakala tempatnya digantikan penjaga gol simpanan, Mohd Saifuddin Mokhtar.

Mengikut laporan doktor yang merawat beliau, kegatalan teruk yang dialaminya itu berpunca daripada kesan alahan makanan atau ubatan.  Mungkin beliau terlampau banyak makan udang dan ketam pada Hari Raya yang lepas sehingga terlupa dengan alahan yang dimilikinya itu. Begitulah pentingnya pemantauan makanan dikalangan atlet. Janganlah main sebat ikut sedap nafsu perut jek. Itu Sharbinee yang buka baju. Bayangkan kalau Alex Morgan berbuat demikian..fuuuuuuuuuuh...

Alex Morgan dan pingat emas Olimpik 2012

Saturday, August 11, 2012

Chelsea - Manchester City Preview: Kewangan vs Kekayaan


August 12, 2012 8:30 PM
Villa Park — Birmingham
Referee:‬ K. Friend‎



Pujangga pernah berkata..."Maka bijak dan bergeligalah otak seseorang itu sekiranya beliau menyokong pasukan bolasepak Chelsea"

Ramai yang cemburu sekiranya pasukan yang memenangi Piala Perisai ini adalah Chelsea. Maka bermacam-macam komen akan keluar dari molot busuk mereka ini. Katanya Piala Mc D lah, Perisai Ironman lah dan pelbagai kritikan pra-matang yang akan kita dengar. Namun apa yang ingin ditegaskan ialah...KAU ADA??



Coach, Janji akan ditepati oleh pasukan kita!!!!

Chelsea akan sekali lagi turun mempertahan dan memperjuangkan imej rakyat London yang kian tercemar dek kegagalan bersiri daripada pasukan Arsenal, Spurs, Fulham, QPR dan kini saudara baru yang kembali ke kancah EPL West Ham United. Jikalau tiada kelab sehebat Chelsea di muka bumi ini, maka pupuslah harapan rakyat kota London hendak melihat kejayaan singgah di pekan mereka. Chelsea lagi.....ermmmmsss..

Musuh lama bertemu!!!

Seperti biasa Chelsea akan turun beraksi dengan bergaya menewaskan Manchester City yang masih terkial-kial mengumpul peminat mereka di rantau Asia. Chelsea yang serba mantap akan menurunkan pejaga gol tak takut mati - Petr Cech, pertahanan lembu laga dan si cerdik  - Terry dan Cahill serta Ivanovic dan Cole, pemain tengah bijaksana - Lampard , Mikel dan Meireless juga barisan serangan tajam nak mampos - Ramires, Torres dan Hazard. Mana nak cari pasukan yang hebat dan lengkap seperti ini????

Tevez bakal menjadi lauk

Pada akhir perlawanan seperti biasa Chelsea akan melakar kejayaan mutlak ke atas Manchester City. Chelsea 2 - Man City 1.

Thursday, April 26, 2012

Lilitan Lengan


Kapten pasukan untuk sebuah pasukan bola sepak, kadang kala dikenali sebagai skipper ialah ahli pasukan yang dipilih untuk menjadi ketua dalam padang. Ia juga merujuk kepada seseorang yang berkebolehan atau berpengalaman daripada ahli-ahli pasukan yang lain, atau seorang pemain yang boleh mempengaruhi permainan. Dalam bola sepak, kapten sering mengambil tugas yang boleh dikenali sebagai pengurus dalam peringkat lebih tinggi. Secara umum kapten membekalkan 'rallying point' untuk pasukan. Sekiranya pasukan dalam keadaan moral yang rendah, kapten yang akan berfungsi untuk menaikkan semangat pasukan.Turut sama, kapten mungkin menyertai pengurus dalam menentukan kesebelasan utama untuk sesetengah perlawanan. 

Dalam sejarah bolasepak moden, terdapat beberapa orang kapten terhebat dan terbilang. Antaranya sebagai contoh ialah Franz Beckenbauer, Lothar Matthaus, Roy Keane, Paolo Maldini, Franco Baresi, Didier Deschamps dan Steven Gerrard. Mereka semua ini kalau dilihat telah mengetuai kelab atau negara mereka beroleh pelbagai kejayaan. Selain itu, kehadiran mereka ini di atas padang memang amat diperlukan serta memberi pengaruh yang kuat kepada aksi rakan sepasukan yang lain. Bagaikan irama dan lagu, begitulah juga dengan kapten dan anak buahnya. Saling memerlukan dan menghiburkan penonton yang pergi ke stadium.

DD mengetuai FRANCE menjulang WORLD CUP 1998 dan EURO 2000

Dengan selamba menampar pipi comel RDM demi mempertahankan pasukannya

Namun begitu, kelantangan seseorang kapten ada batasnya. Sebagai contoh Roy Keane. Beliau telah meninggalkan Manchester United selepas mengkritik 7 rakan sepasukan mereka di dalam stesyen MUTV.Antara komen beliau telah ditujukan kepada pembelian rekod Sir Alex iaitu Rio Ferdinand. Katanya.."Jange sebab mu dibayar pitih 120 ribu rial seminggu dan bermain cemerlang selama 20 minit menentang Spurs,mu dah bule belagok koya superstar?" Atas sebab kelancangan inilah beliau ditendang dari Manchester United.

JT gagal mengawal tekanan sehingga hampir-hampir menyebabkan Chelsea tersingkir pada separuh akhir ECL 2012 menentang Barcelona 

Dalam salasilah bolasepak moden juga melahirkan beberapa ekor kapten yang teruk perangainya sama ada di dalam padang ataupun di luar padang. John Terry misalnya telah meniduri bekas isteri Wayne Bridge ketika mereka masih lagi menjadi rakan sepasukan di Chelsea. Terbaru sekali ialah kenyataan berbaur perkauman yang ditujukan kepada Anton Ferdinand sehingga menyebabkan JT dilucutkan dari jawatan menjadi kapten pasukan England.Walaupun di dalam padang beliau sangat cemerlang. Tetapi tingkah laku beliau di luar padang menjatuhkan kredibilitinya sebagai ketua pasukan.

Mamaaaaaaaa......
Tidak dapat kita lupakan seorang lagi kapten yang teruk ialah William Galas. Aksi ibarat anak kecil yang tak dapat makan aiskrim ketika pertemuan menentang Birmingham City pada 2008 meloyakan tekak setiap peminat bolasepak. Sebulan selepas itu, beliau dengan lancangnya mengkritik Theo Walcott. Katanya..."Theo perlu lebih banyak berlatih dan memahirkan penggunaan kari kiri. Lebihkan fokus dan jangan terlalu lama menyimpan bola". Walaupun beliau seorang kapten, kedua-dua peristiwa di atas menyebabkan Arsene Wenger melucutkan lilitan kaptennya dan kemudiannya diganti oleh anak muda yang hebat, Fabregas. 

Kesimpulannya...sedangkan anda seorang kapten pun dilarang untuk membuat kenyataan sesuka hati yang bole menjatuhkan air muka rakan sepasukan yang lain, inikan pula sekiranya anda hanya seorang pembancuh air di dalam pasukan. Amatlah tidak 'APPROPRIATE' sekiranya si pembancuh air itu mengkritik kapten beliau dan dia boleh disingkirkan dari kerja-kerja membancuh air. Tetapi jika kapten itu sehebat Raul Gonzalez, memang tidak layaklah kita hendak mengutuk beliau. Bagaimana pula jika kita mempunyai kapten seperti Gallas?Sendiri mau hengatlaaaaaa....