Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts
Showing posts with label Harimau Malaya. Show all posts

Tuesday, November 6, 2018

Piala Suzuki 2018: Malaysia Bakal Melangkah Sebagai Juara.

Pagi ini aku bangun dalam keadaan paling harmoni serta terampil. Bukan seperti malam-malam yang sebelum ini. Tiada mimpi ngeri dikunjungi 'bend-neck lady'. Aku bingkas bangun dan menggeliat seperti kura-kura baru selesai qada' hajat. Lega. Urat sarap yang tersimpul rapi terasa ringan. Lalu aku lepaskan satu kuapan bagaikan singa aslan yang kekenyangan rusa. Comel.

Dalam kedudukan menghadap timur, aku termenung di hujung katil. Kaki yang terjuntai aku hanyunkan ke depan dan ke belakang. Memandang sendu almari baju di hadapanku. Dua tiga kali aku terkebil-kebil melihat jersi Harimau Malaya versi 2010. Imbasan kejayaan skuad bimbingan Rajagopal segera terpampang bagaikan 'slide-show' pembentangan projek semester akhir sebuah kolej swasta. Dari perlahan kepada laju. Laju. Laju. Semakin laju. Akhirnya ia hilang menjadi debu. Hitam. Aku mengeluh panjang apabila mengenangkan tak berapa hari lagi pasukan Malaysia akan turun bertarung tenaga dalam kejohanan Piala Suzuki 2018.

Apakah jenis pasukan yang menjadi taruhan Tan Cheng Hoe untuk beraksi dalam kejohanan ini? Pasukan muda berdaya saing? Pasukan veteran berpengalaman? Atau sekali lagi sebuah pasukan rojak yang menjadi persembahan sarkis? Dan bakal ditertawakan selepas tamat kejohanan?

Seperti biasa juga ada nama-nama yang kononnya hebat tetapi tidak terpanggil menjadi zikir bualan seluruh peminat bola sepak Malaysia. Brendan Gan, Insa bersaudara, Lee Tuck, Faiz Nasir, Corbin Ong dan Azam Azih antaranya. Betulkah mereka semua ini lebih berhak berada dalam skuad Malaysia? Hah?

Namun begitu Tan Cheng Hoe nampaknya mempunyai perancangan yang tersendiri. Kita juga perlu hormat dengan pilihan pemain beliau. Jika menjadi, baguslah. Jika hancor lodoh, tunggu maki jelah. Siapa yang menjadi pilihan Tan Cheng Hoe? Hah? Mari aku ceritakan serba ringkas. Hiaaaaaaap!

Bermula di posisi penjaga gol kita ada Apek, Hafizul Hakim dan Farizal Marlias. Dari segi pengalaman, Apek dan Farizal mempunyai kelebihan berbanding Hafizul Hakim. Tetapi selepas melihat aksi Hafizul pada perlawanan akhir Piala Malaysia tempohari, kita semua wajar berasa risau kerana pemain ini berpotensi melakukan aksi-aksi seperti Romero Manchester.

Sejak zaman Rita Rudaini masih lagi panas sehinggalah menjadi janda beranak dua, pasukan bola sepak Malaysia tidak pernah berasa jemu bergantung harap kepada Aidil Zafuan. Tak faham aku. Namun begitu aku merasakan ini juga peluang terbaik buat Shahrul Saad menampilkan diri sebagai masa depan pertahanan tengah negara. Menambah rencah dalam senarai barisan pertahanan Malaysia antaranya ialah Adam Nor Azlin, Irfan Zakaria, Andik Vermansyah, Syahmi Safari dan Nazirul Naim.

Biar aku sebutkan nama-nama yang dipanggil untuk mengisi barisan tengah. Syamir Kutty, Akram Mahinan dan Kenny Palraj. Apa macam? Boleh pergi jauh tak? Atau nanti barisan tengah pemain Malaysia akan hanyut ke laut dalam?

Sedikit senyuman manis terukir di bibir munggil ini apabila melihat senarai pemain sayap Malaysia. Safawi Rashid, Akhyar Rashid, Sumareh dan juga Syazwan Zainon. Melihat kepada aksi sepanjang musim ini, bolehlah kita sandarkan harapan kepada mereka ini semua. Tidak banyak, sedikit pun jadilah.

Di samping itu, dua orang pemain veteran - Mat Yo dan Zaquan Adha akan mengetuai barisan serangan Malaysia. Mereka berdua akan diiringi oleh Shahrel Fikri, Hazwan Bakri dan Syafiq Ahmad. Berbisa jugaklah jika dilihat sekali imbas senarai penyerang-penyerang yang dipanggil kali ini.

Apa macam? Selepas melihat senarai pemain, kita boleh mengagak dari segi taktikal bagaimana corak pernainan yang akan Tan Cheng Hoe serapkan kelak. Sama ada berhasil ataupuk tidak, sama-samalah kita tunggu dah lihat.

Dan aku berasa yakin bahawa Malaysia Bakal Melangkah Sebagai Juara........kumpulan.


Friday, November 17, 2017

Dari Kaki Ke Pena Hitam: 2050



Dari Kaki Ke Pena Hitam: 2050

Selepas Malaysia secara rasmi terlepas aksi Piala Asia, aku tidak berasa apa. Sedih tidak. Gembira pun tidak. Apa yang aku buat ialah makan nasik dengan lauk ikan tenggiri asam pedas seperti tiada apa musibah yang menimpa negara. Mungkin kerana sudah terlalu biasa dengan kekalahan. Aku menjadi lali. Tidak lut. Aku menengok sendiri pelbagai reaksi dilepaskan oleh seluruh umat Malaysia. Pecat Vingada. Amek pemain kacukan. Presiden FAM sila letak jawatan. Ambil segera jurulatih tempatan. Bila Irfan Bakti nak latih Malaysia? Ya, aku yakin ini semua adalah jenis desakan segera yang mahukan kejayaan segera. Aku secara peribadi pula merasakan semua ini perlu ditahan terlebih dahulu. Kenapa?

Ini kerana liga kita masih perlukan perubahan. Liga kita sakit. Perlu kepada ubat yang sangat handal. Jawapannya ada pada Presiden FAM. Kita berilah peluang kepada Presiden FAM yang baru ini untuk membuktikan sesuatu. Diakan power. Cuma aku syak mereka yang mahu Presiden FAM ini meletak jawatan segera mungkin dek kerana meluat dengan perilaku dan perkataan yang kadangkala keluar dari mulut beliau. Ya, aku juga kadangkala kecewa dengan beberapa tindakan beliau yang aku rasakan tak perlu pun menggelabah ayam keluarkan video yang tak patut-patut. Teruskan fokus pada bola sepak negara. Bola sepak negeri tu bagilah orang lain buat. Ye tak?

Dahulu aku pernah menulis tak henti-henti pasal Soltan Bola, mengharap beliau meletakkan jawatan, dan diganti dengan seorang muda yang lebih bersemangat dan bercita-cita tinggi. Nah. Sekarang kita sudah ada Presiden FAM yang power resume negerinya. Masa inilah kita perlu bagi sokongan sepadunya. Lagipun Kementerian sudah menetapkan sasaran layak ke Piala Dunia 2050. Ini benda bukan main-main. Ia perlukan sokongan ramai. Jika kita cintakan bola sepak, kita perlu bersama misi negara ini. Jadi buat masa ini, aku masih beranggapan Vingada perlu dikekalkan. Presiden FAM pun perlu diberi peluang. Cuma Vingada ni agak berusia bagi aku. Kalau dapat yang muda macam Villa-Boas tu sedap jugak. Harapan akulah. Kau orang pulak?

Sejak aku mula mengenali bola sepak, Malaysia tidak pernah ketandusan bakat muda. Tak perlulah aku ulang pasal ni. Aku dah pernah tulis lama dahulu. Jadi aku harap semua baka baik bola sepak sekarang ini akan bermain di liga yang lebih mantap dan hebat pada masa hadapan. Dan aku rasa inilah peranan yang sedang dimainkan oleh Football Malaysia LLP. Dengan pemantauan garang dan rapi dari Presiden FAM, kita bolehlah memasang sedikit harapan kepada masa depan bola sepak Malaysia. Setiap masa pun nak fikir negatif, payah jugak.

Satu perkara yang menggembirakan aku ialah orang politik politaik dalam bola sepak Malaysia sudah mula berasa gerun. Setiap gerak-geri perilaku mereka sentiasa dipantau oleh Presiden FAM. Tiada ruang untuk memenuhkan kantung peribadi lagi. Padan muka. Lama sangat hidup selesa dengan makan duit kerajaan negeri yang disalurkan ke bola sepak. Duit ADUN kau amek. Duit exco itu ini. Puih! Kalau tak selesa dan gembira, letak jawatan. Bagi mereka yang betul-betul ikhlas menguruskan bola sepak negeri. Aku cukup pantang jenis Menteri Besar yang menempel dekat Stadium cuma pada perlawanan akhir. Muat naik status facebook bagi ucap selamat berjuang macam dialah punca bola sepak negeri dia power. Ehhhhhhhh...Geram aku.

Sudahlah. Sebelum aku marah-marah tak tentu arah, baik aku berhenti menaip sekarang. Mana nak makan nasik lemak sedap malam-malam gini?

Ramalan: Bola sepak Malaysia sudah bertukar ketua. Kini aku harap Liga Malaysia berubah wajah. Apabila liga kita power, pemain yang power nak mampos akan muncul mencanak. Tapi aku risau jugak bila Presiden FAM umumkan 5 pemain import untuk tahun hadapan. Ermmmmmmmsss.

Saturday, November 26, 2016

Ulasan Minit ke Minit: Malaysia Melawan Myanmar.




Malaysia 0 - 0 Myanmar.

1. Perlawawanan antara Malaysia dan Myanmar diselubungi isu kemanusiaan etnik Rohingya. Negara Malaysia yang berpegangan Ahlil Sunnah Waljamaah segera mahu pasukan Malaysia menarik diri daripada kejohanan Piala AFF ini. Aku segera beristighfar dengan corak penyelesaian 'mee segera' ni. Kenapa bola sepak yang menjadi mangsa? Hah?

2. Sekali lagi Apek diletakkan sebagai penjaga gol. Trio Rizal Ghazali, Ronny Harun dan Shahrom Kalaam dikekalkan sebagai pemain pertahanan. Penambahan Nazirul Naim menggantikan Matt Davies di posisi bek kiri bagi aku adalah satu perkara yang positif selepas mengambil kira persembahan pemain Pahang tersebut dalam 2 perlawanan yang lepas. Fakri dan Baddrol berganding di bahagian tengah. Syazwan Zainon, Amri Yahyah di sebelah sayap. Manakala Hazwan Bakri dan Mat Yo diturunkan sebagai penyerang. Okay tak line-up malam ni? Hah?

3. Seawal minit ke-6 Malaysia sudah menduga emosi pasukan Myanmar. Cubaan kaki kiri Hazwan Bakri dari jauh mengenai tiang. Bergegar seluruh Myanmar seketika. Aku masih rileeeekss makan buah kedondong yang diambil dari rumah jiran merangkap sahabat lama aku bernama Apoi.

4. Kemudiannya aku tengok Baddrol Bakhtiar melakukan 2 kesilapan dalam tempoh satu minit. Satu daripadanya menyebabkan sepakan percuma yang diberikan kepada Myanmar pada minit ke-10. Mujur tiada sebarang kecelakaan yang berlaku kepada Malaysia.

5. Secara tiba-tiba pula Hazwan Bakri bermurah hati menghadiahkan sepakan penalti kepada Myanmar pada minit ke-12. Mujur Apek power dan menangkap kemas sepakan lemah pemain Myanmar. Malaysia selamat barang sejenak. Legaaaa.

6. Aku perhatikan makin steady corak permainan Rizal Ghazali ni. Setakat separuh masa pertama dia sahajalah yang kelihatan power setapak daripada pemain yang lain. Manakala aku berpendapat Baddrol adalah pemain yang tidak berguna kerana dia seringkali melakukan hantaran jauh mencari bayang-bayang rakan sepasukan. Dia seolah-olah tidak tahu hendak membina permainan daripada bawah dan kemudiannya develope secara tertib naik ke atas melalui satu dua hantaran yang lebih mudah. Cubaanya untuk terus melakukan hantaran jauh dari bawah kawasan Malaysia adalah bukti dia pendek akal. Sedap jugak komen panjang aku ni.

7. Tamat separuh masa pertama. 0-0. Malaysia menyerang dengan gaya tiada hala tuju dan tidak bernafsu. Sedangkan Myanmar apabila menyerang kadangkala sehingga 5 orang berada dalam kotak penalti. Entah apa yang Ong Kim Swee ajarkan pada pemain dia tu pun aku tak tahulah.

8. Separuh masa kedua dimulakan dengan tiada pertukaran pemain yang dilakukan oleh Malaysia. Ada satu dua cubaan liar yang melangit daripada Amri Yahyah dan Hazwan Bakri. Geram jugak aku nengok gaya sepakan macam gini.

9. Ong Kim Swee kemudiannya melakukan 3 pertukaran di antara minit ke-65 hingga 75 - Mat Yo(Darren Lok), Shahrom Kalam(Safee Sali) dan Fakri Saarani(Shahrul Saad). Kononnya dengan harapan nasib Malaysia akan menjadi lebih baik.

10. Tapi apa aku perasan Shahrul Saad hanya menerbitkan corak kelam kabut apabila dia masuk. Barisan pertahanan menjadi berterabur. Hasilnya Myanmar berjaya menjaringkan gol pertama yang menjadi jaringan kemenangan mereka dala perlawanan ini. Seluruh Myanmar bergembira. Macam biasa Malaysia kalah dan sudah dijangka.

11. Dahulu Thailand, Indonesia dan Singapura seakan-akan setara kekuatan dengan Malaysia. Kini ketiga pasukan itu aku rasa sudah jauh meninggalkan kita. Vietnam dan Myanmar sudah boleh menewaskan Malaysia. Timur Leste, Laos dan Kemboja boleh membuatkan pasukan Malaysia berpeluh telur untuk menang.

12. Wahai saudaraku sekalian, kita kena sedar bola sepak kita sudah jahanam. Tak boleh nak pulih dah. Ini realiti. Realiti pahit yang perlu kita telan.

 


Wednesday, November 23, 2016

Ulasan Minit Ke Minit: Malaysia Melawan Vietnam.

Vietnam 1 - Malaysia 0.

1. Penjaga gol pada petang ini masih lagi Apek. Walaupun dia sudah mula merindukan masakan Kelantan, persembahan dia agak memuaskan dalam perlawanan ini.

2. OKS membuat tempahan keranda awal apabila menyenaraikan Fakri Saarani sebagai pemain tengah berganding dengan Shahrul Saad. Mengucap panjang aku dibuatnya.

3. Ronny Harun juga dapat peluang bermain. Ini adalah gandingan pertamanya bersama Shahrom Kalam.

4. Muncul juga desas desus mengatakan Malaysia nak menarik diri daripada kejohanan AFF ni. Entah ada pasukan lain peduli ke tidak agaknya.

5. Sekali imbas aku rasa OKS menggunakan taktikal 4-2-3-1. Dua defensive midfielder (Fakri-Shahrul) dengan Hazwan Bakri sebagai penyerang tunggul. Eh, tunggal. Tetapi selepas dua kali imbas, dah serupa formasi 0-0-0. Macam tiada siapa bermain menentang Vietnam.

6. Matt Davies pada pandangan aku sangat lemah bermain sebagai bek kiri. Dia tak buat langsung larian ke atas untuk membantu serangan. Bila bertahan pulak kucar-kacir. Main pasukan Pahangkan? Nombor berapa Liga Super ni?

7. Tiada kreativiti di bahagian tengah. Shahrul Saad ke laut. Fakri pulak macam mana OKS pilih dia ni? Boleh kira dengan jari berapa minit dia main musim ni. Bila masuk Veenod barulah nampak sedap sikit Malaysia main. Hihi..

8. Apabila tengah tak hidup, penyerang pun terkial-kial nak buat gol. Pemain Malaysia sudahnya berman tanpa tujuan. Nak menang tak reti. Nak bertahan tak kuat.

9. Secara peribadinya aku berpendapat pemain Malaysia gagal bermain dengan cemerlang dalam satu unit yang lengkap dan baik. Kita juga kena akui pasukan kali ini adalah yang paling lemah pernah dibawa ke Piala AFF. Beberapa pemain dari liga perdana terpilih, pemain kerap memanaskan bangku simpanan, pemain yang keluar masuk rehabilitasi dan tak cukup minit permainan dibawa ke Myanmar. Jelas kita semakin ketandusan bakat sebenarnya dek kerana liga utama dan pool pemain yang kecil. Sebab itulah Malaysia bergelut nak menewasakan Kemboja dan lengit apabila melawan Vietnam. Inilah masalah yang perlu diselesaikan oleh Tengku Bola dan hulubalang FAM. Tapi dia peduli ke?

10. Goooooool!!! Macam biasa apabila aku menaip panjang, mesti ada gol yang dijaringkan. Akhirnya dapat jugak Vietnam menyumbat gol melalui Trong Hoang pada minit ke-80. Masa yang paling sedap untuk skor dan membunuh semangat pihak lawan.

11. Tamat 90 minit. Malaysia tewas 1-0. Secara jujurnya bola sepak gaya haramjadah telah dipersembahkan oleh pasukan Harimau Malaya pada hari ini.

12. Kita tak perlu tarik diri dari Piala AFF sebenarnya. Cukuplah dengan sekadar perbuatan taubat dari FAM, Presidennya dan seluruh institusi bola sepak yang ada di negara ini yang melahirkan pemain bola sepak jenis yang kita ada sekarang ini. Jenis yang tidak tahu membuka permainan, menahan bola dengan keting, belari atas padang serupa pergi IKEA, kabur mengatur gerak serangan, lawan pemain sama fizikal pun bersepah bila body challenge, berambut fesyen anak anjeng dan bermain bola lagak binatang itu jugak.

13. Cukuplah. Selamat malam.


Sunday, November 20, 2016

Ulasan Minit Ke Minit: Malaysia melawan Kemboja.

Malaysia 3 - Kemboja 2.

1. Perlawanan bermula dalam cuaca panas terik. Hati pun menjadi panas apabila terlihat nama Irfan Fazail berada dalam kesebelasan utama. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

Apek sebagai penjaga gol. Dilindungi secara berjemaah oleh Shahrom Kalam, Shahrul Saad, Rizal dan Matt. Irfan ditemani Baddrol, Syazwan Zainon dan Wak Amri di bahagian tengah. Darren Lok dan Hazwan Bakri melengkapkan senarai 11 pemain bertemu Kemboja.

2. Dengan penuh garang Malaysia melakukan asakan dan serangan awal ke atas Kemboja. Satu tandukan dari Wak Amri ditepis keluar oleh penjaga gol Kemboja.

Sehinggalah satu kecelakaan awal melanda pasukan Malaysia. Hantaran ke belakang oleh Hazwan Bakri disambar penyerang Kemboja, Chan Vathanaka. Penjaga garisan mengangkat bendera offside. Pertahanan Malaysia juga berhenti berlari kerana menyangkakan perkara yang sama. Namun pengadil tetap tidak meniupkan wisel.

Dengan tenang penyerang Kemboja itu menewaskan Apek untuk jaringan pertama. Seluruh Malaya panas hati. Seawal minit ke-7 Malaysia sudah bolos.

3. Ketenangan. Itulah yang diperlukan oleh pasukan Malaysia selepas bolos awal. Gerakan demi gerakan diatur secara tertib. Hantaran lintang dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan.

Sehinggalah pada satu ketika hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Irfan Fazail sampai tepat ke kaki Syazwan Zainon yang mengawalnya dengan cermat. Beliau berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain Kemboja dan melepaskan rembatan kencang dengan kaki kanannya. Yaty tertewas. Akhirnya Malaysia berasa lega buat seketika.

Pada minit ke-36 kedudukan menjadi 1-1.

4. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1. Ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia bermuhasabah diri dengan gol pertama milik Kemboja.

Ternyata tindakan pengadil adalah tepat dan Shahrom Kalam harus bertaubat. Dia sepatutnya terus bermain selagi pengadil hanya mengulum wisel dan tidak meniupnya.

Inilah yang dinamakan sebagai pengetahuan melalui pengalaman.

5. Separuh masa kedua bermula. Tiada sebarang pertukaran dilakukan oleh Malaysia.

Pada awalnya Syazwan Zainon berjaya menggegar palang gol Kemboja. Mengucap panjang aku dibuatnya.

Selepas pada itu Malaysia teruk diasak. Percubaan gol satu lawan satu Kemboja ditepis Apek. Dua tiga sepakan penjuru Kemboja hampir membolosi gawang Malaysia.

6. Akhirnya pada minit ke-58 usaha keras Kemboja mendatangkan hasil. Mereka berjaya menjaringkan gol kedua sekali lagi melalui Chan Vathanaka hasil kelemahan pertahanan Malaysia sendiri yang aku nampak berterabur kedudukan posisi mereka. Padanlah muka.

Kedudukan kini 2 gol Kemboja berbalas 1 dari Malaysia.

7. Syukur Alhamdulillah pada minit ke-68 Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Wak Amri selepas larian solo Hazwan Bakri dari sebelah kanan menewaskan beberapa pemain pertahanan Kemboja. Malaysia tenang seketika.

Selepas itu ada juga percubaan Malaysia yang menggegar palang Kemboja melalui Irfan Fazail. Ia turut disulami dengan aksi kelam kabut Shahrom Kalam yang kelihatan seperti hilang pedoman dalam perlawanan ini. Ia sekaligus memberi kesan kepada persembahan Shahrul Saad dan mendedahkan bahaya percuma kepada Apek.

Kerapkali aku nengok Shahrom Kalam naik ke atas membantu serangan. Tapi dia lupa pemain tengah dia bukan Roy Keane ataupin Viera. Shahrom juga pada satu ketika kelihatan agak perlahan apabila bersaing dengan pemain Kemboja.

8. Malaysia kemudiannya memasukan Safee Sali (Darren Lok) dan Hadin (Syazwan Zainon).

Ia kelihatan berhasil apabila Hadin hampir menjaringkan gol untuk Malaysia.

Namun keadaan menjadi lebih manis apabila gerakan satu dua antara Safee dan Wak Amri membolehkan Amri menjaringkan gol ke-3 buat Malaysia dan yang ke-15 bagi karier antarabangsa beliau. 3-2 Malaysia mengatasi Kemboja.

9. Minit ke-85 OKS memasukan Veenod Subramaniam. Jadi secara dasarnya kita tahu Malaysia akan memenangi perlawanan ni dengan jayanya.

10. Wisel penamat ditiupkan pada minit ke-93. Buat masa ini tuah dan rezeki masih milik Malaysia. Lawan seterusnya ialah Vietnam dan Myanmar. Bukan jalan mudah sekiranya corak permainan seperti ini yang menjadi anutan Ong Kim Swee dan anak buahnya.


Piala Suzuki 2016: Malaysia.


Piala Suzuki 2016: Malaysia.

Penjaga Gol.

Penjaga gol yang dipilih oleh Ong Kim Swee ialah Khairul Fahmi yang berpengalaman, Khairul Azhan yang terampil dan anak muda dari pasukan Perak iaitu Hafizul Hakim.

Mengikut statistik sepanjang Liga Super 2016 berjalan Apek dan Hafizul masing-masing beroleh clean sheet sebanyak 6 kali bersama-sama Farizal Harun dan Izham Tarmizi yang terlepas kapal terbang ke Myanmar.

Manakala Khairul Azhan pula semua sudah maklum bagaimana prestasi beliau bersama pasukan Selangor yang kerap digilirkan dengan Norazlan

Namun apabila ia berkaitan dengan pasukan Malaysia, segala statistik mak nenek mahupun ranking akan ditolak ke tepi. Untuk posisi ini aku merasakan Khairul Azhan akan menjadi pilihan utama. Kau tak ingat ke aksi lincah beliau semasa perlawanan akhir Piala Malaysia tempohari? Tak? Oooo..sebab pasukan engko tak main final ye tak?

Pertahanan.

Kalau prestasi semasa menjadi ukuran, gandingan pertahanan tengah secara semulajadi boleh disandarkan kepada Shahrom Kalam dan Khairul Helmi. Duo dari pasukan Selangor dan Kedah ini beraksi secara konsisten selama dua musim untuk pasukan negeri mereka. Kenapa sahaja tidak mereka ini digandingkan berdua?

Pemilihan Fadhli Shas pula telah mengerutkan banyak dahi di bumi Malaysia. Akan tetapi terpilihnya Ronny Harun pula membuatkan terangkat telor sebelah kiri sang penulis. Mujur Fadhli Shas yang menjadi pemanas kerusi simpanan JDT ini kadangkala beroleh peluang bermain di Piala AFC. Jadi kita takdelah terasa syahdu sangat menengok namanya terpilih kerana sedikit sebanyak pengalamannya nanti mungkin dapat membantu pasukan negara. Mungkin.

Si Ronny Harun ni pula aku rasa dia jarang-jarang turun bermain untuk pasukan Sarawak tahun ni. Mungkin sebab itulah Sarawak telah berjaya merekodkan 40 bolos dengan hanya pasukan Terengganu sahaja yang melebihi mereka dengan 44 kali bolos(Penjaga gol Terengganu ialah Sharbinee Allawee).

Shahrul Saad adalah pemain utiliti yang juga boleh bermain di posisi pemain tengah bertahan. Namun aksi terakhir menentang Papa New Guinea memperlihatkan mutu permainan yang agak steady daripada beliau. Mungkin juga beliau akan dapat menyingkirkan Khairul Helmi dan bermain bersama Shahrom Kalam di posisi pertahanan tengah.

Sementara itu Nazirul Naim, Matthew Davies dan Rizal Ghazali melengkapkan senarai pemain pertahanan yang akan diberi kepercayaan sepanjang kejohanan ini berlangsung kelak. Aku tak banyak sangat masalah dengan Matt dan Rizal. Aku Cuma risau Nazirul ni ajek. Entah-entah dia ni terpilih sebab yang sama dengan Irfan Fazail jugak. Bukankah kita Melayu yang kuat bersangka buruk?

Tengah.

Beberapa hari yang lepas aku ada mengatakan yang gandingan tengah antara Baddrol Bakhtiar dan Irfan Fazail adalah yang paling mengelirukan pihak lawan dan kawan. Ya, aku tahu bermain di posisi tengah ni amatlah susah. Ia memerlukan stamina yang tinggi, gaya kerja keras, kreativiti tiada sempadan dan cekal hati. Jika semua ini tiada pada kedua pemain ini aku berharap agar wujud sedikit kerajinan untuk berusaha menang dan bagi aku itu sudah memadai. Nak mengharap mereka berdua bermain seperti Zidane dan Makelele umpama berharap Farahdhiya menjadi suri hati. Sukar direalisasikan.

Namun begitu kehadiran Veenod adalah ibarat mutiara yang muncul dari dalam tiram. Veenod ialah seorang pemain yang tidak kenal maksud penat dalam kamus dewan bahasa dan pustaka. Mr. Duracell, 4 Jantung dan pelbagai lagi gelaran yang diberikan kepada beliau dek kerana stamina luar biasanya yang sentiasa berada di mana-mana sahaja pelusuk padang. Mungkin OKS akan beroleh manfaat daripada sifat semulajadi pemain yang juga dipanggil King Veenod ini. Buat pengetahuan semua King Veenod ini masih bujang dan belum pernah bernikah. Ape macam?

Selain itu Hadin Azman, Syazwan Zainon, Zaquan Adha dan Fakri Saarani melengkapkan barisan pemain tengah Malaysia. Kesemua mereka kecuali FakriMan kini sedang berada dalam prestasi terbaik. Kenapa FakriMan masih terpilih ye wahai abang adik kakak sekalian? Aku pun tiada jawapan sedap untuk itu. Mungkin inilah takdir yang perlu kita hadap secara ikhlas.

Serangan.

Apabila 11 pemain import mendominasi senarai teratas penjaring terbanyak Liga Super 2016, ini bermakna kita terpaksa bergantung harap kepada Hazwan Bakri, Amri Yahyah, Mat Yo, Safee Sali dan seorang pemain misteri Darren Lok untuk meyumbang gol kepada pasukan Malaysia. Apa sudah jadi dengan pemain tempatan sekarang? Susah betol aku nak menjawab permasalahan seperti ini. Tapi jawapannya kita semua sudah sedia tahu dan lebih baik kita simpan sendiri di dalam hati.

Hazwan Bakri walaupun tidak dapat memecahkan senarai penjaring terbanyak Liga Super, tetapi dia adalah harapan Malaysia buat masa ini. Muda dan pantas adalah senjata utamanya. Jika pasukan lawan terleka barang sesaat, Hazwan sedia menghukum mereka.

Terpilihnya The Tripple Tua – Wak Am, Mat Yo dan Safee pada aku adalah tidak lebih kepada pengalaman luas yang mereka telah miliki. Walaupun sudah agak senja, tapi jika kena pada taktikalnya mereka bertiga ini boleh mendatangkan gerun dan bahaya kepada pertahanan lawan. Pada tahun 2014 kita dapat lihat Indra Putra dan Shukor Adan berjuang habis-habisan demi membuktikan pemilihan mereka adalah tepat. Kali ini giliran The Tripple Tua pula menyerlahkan perkara yang sama.

Seorang lagi penyerang misteri ialah Darren Lok. Punyalah power dia ni dengan hanya bermain 45 minit sahaja sudah terpilih mewakili negara. Macam yang aku kata tadi, istimewanya bola sepak di Malaysia ini apabila boleh pergi mampos sama semua statistik. Darren Lok membuktikan perkara yang sama semasa bertemu Papa New Guinea. Aku yang turun stadium secara percuma menyaksikan sendiri bagaimana Darren seringkali menyukarkan pertahanan lawan dengan lariannya yang kencang serta body contact shoulder to shoulder yang boleh tahan garang sehinggakan bersepah rentak pemain pertahanan Papa New Guinea pada petang tersebut.

Antara Hazwan, The Tripple Tua dan Si Misteri Darren, siapalah agaknya yang akan menjadi pilihan Ong Kim Swee ye..


Sunday, October 9, 2016

Yang Baik Dan Buruk Melawan Singapura.




Yang Baik Dan Buruk Melawan Singapura.

Ya aku tahu lambat dua hari. Tapi aku tak senang duduk jika berdiam diri sahaja di hadapan balkoni sambil memandang pokok daun kari mengenangkan persembahan pasukan Malaysia menentang Singapura.

Sebenarnya aku menggunakan kehandalan membendung kesabaran sepanjang menonton perlawanan ini. Sekejap-sekejap aku akan bersiul-siul kecil mengalunkan irama zapin Penawar Rindu. Sekejap-sekejap aku akan memaki hamun apabila mata aku terpandang aksi di tengah padang. Begitulah sehingga tamatnya 90 minit. Jadi aku nak simpulkan secara adil 5 perkara baik dan 5 lagi perkara buruk selepas selesai menonton perlawanan ini.

Yang Baik.

1) Khairul Azhan membuktikan kita masih tidak ketandusan penjaga gol yang hebat. Walaupun diturunkan secara bergilir dengan Norazlan Razali di kem Selangor, aksinya dalam perlawanan ini amat kemas. Kebocoran mudah di barisan pertahanan memberi peluang kepadanya mempamerkan ketangkasan bak jelmaan Muadzar Mohamad semasa di zaman kegemilangannya.

2) Pemain baru seperti Safawi Rashid dan Rizal Ghazali yang diberikan peluang bermain sebagai kesebelasan utama kelihatan memberikan sedikiiiiit sinar walapun agak jauuuuh dihujung terowong. Peluang perlu diberikan lagi kepada mereka untuk memahami perbezaan antara bermain dengan pasukan kelab/negeri dan untuk Malaysia. Nanti lama-lama okaylah tu.

3) Azrif pula seperti bermain dengan Selangor. Ketika semua rakannya hilang punca, hanya dia seorang sahaja yang bermain bola sepak gaya terpuji. Dari situ sahaja kita boleh tahu kenapa JDT bersungguh nak mendapatkan khidmatnya.

4) Masuk sahaja Mat Yo dan Zaquan Adha aku merasa sedikit sentimental apabila teringat kembali kehebatan lapuk mereka dalam Pestabola Merdeka 2007. Zaquan ketika itu menamatkan kejohanan dengan 3 gol. Manakala Mat Yo 1 gol. Dalam perlawanan menentang Singapura ini aku dapat nengok yang kedua mereka ini masih boleh memberikan impak kepada pasukan Malaysia. Bolehlaaaaaaah...

5) Semangat. Ya aku suka semangat yang ditunjukkan walaupun segala teknik dan taktik hilang ke laut dalam. Sekurang-kurangnya kita tidak ditunjukkan dengan persembahan lemah longlai.


Yang Buruk

1) Irfan Fazail. Yang lain-lain semua sedia maklum. Aku secara syak wasangka berpendapat panggilan beliau ke dalam skuad Malaysia hanyalah kerana hubungan baiknya dengan OKS. Takkan engkau orang tak perasan kot?

2) Tiada ada jeneral di atas padang. Amri Yahyah bukanlah seperti Shukor Adan yang mampu menaikkan semangat rakan-rakan dengan maki hamun dan carutan. Rambut kuningnya sahaja sudah membuatkan aku meluat. Ada jugaklah satu dua cubaan darinya. Tidak lebih dari itu. Kemudian Amri konsisten berjogging di atas padang sambil mengutip pahala makian yang seluruh rakyat Malaysia hamburkan pada beliau.

3)  Aku masih tak faham kenapa Baddrol Bahktiar seringkali bermain out-position apabila turun bersama pasukan Malaysia. Kerja-kerja defensive amat tidak sesuai dengannya. Baddrol yang turun setiap minggu untuk pasukan Kedah adalah pemain yang penuh inspirasi. Tetapi dengan Malaysia ia tidak ubah seperti pelengkap pasukan dengan hantaran jauh yang tiada visi dan tepat kepada pasukan lawan.

4) Entah apa taktik yang cuba OKS gunakan. Keseluruahan pasukan tiada connection. Setiap kali Malaysia pegang bola, ia tidak lebih dari 5 saat sebelum ia hilang semula ke kaki pasukan Singapura. Mujur Singapura juga bangang setara dengan Malaysia. Jadi mereka tidak mampu ambil kesempatan ke atas kelemahn pasukan Malaysia ini.

5) Darren Lok ini pula apalah keistimewaannya sehingga mendapat call-up dalam pertemuan ini. Lepas tu dapat main pulak. Secara tidak langsung ia memberikan kita semua peluang memaki beliau. Ya mungkin agak keterlaluan untuk menimbang tara aksinya yang pertama. Namun aku secara peribadi percaya kita tak payahlah nak bergantung harap kepada pemain ini. Kau print screen jek apa yang aku tulis ni.

Ramalan: Aku meramalkan peluang Malaysia masih ada untuk sekurang-kurangnya layak ke Separuh Akhir Piala Suzuki 2016 nanti. Tapi tulaaaah..setakat AFF jela gamaknya. Bosan.

Tuesday, November 17, 2015

Malaysia Melawan UAE.

Malaysia Melawan UAE.
1. Perlawanan dimulakan dalam suasana aman damai dengan Malaysia bermain dalam stadium yang kosong.

2. Aku macam biasa menengok bola ditemani ulasan Bahasa Arab yang lebih bersemangat dan emosi. Tak sanggup aku seksa diri aku mendengor ulasan syok sendiri dalam bahasa Melayu Astro Arena.

3. Pada mulanya aku malas nak buat ulasan ni. Tapi selepas menengok kesilapan haramjadah Alex Akil, aku terus bukak notepad dan menaip dengan rasa marah di hati.

4. Gol Pertama UAE berpunca daripada kesilapan Alex Akil sendiri. Dia terkial-kial nak keluarkan bola dan akhirnya menyepak lemah tepat ke pemain berambut kerinting dari UAE. Pemain tersebut tidak menunggu lama dan terus merembat bijak daripada jauh menewaskan Izham Tarmizi. Minit ke-21 Malaysia ketinggalan 1-0.

5. Tepat pada minit ke-45 pemain Malaysia mula mempamerkan perangai sebenar. Sudahlah bodoh main bola. Tak boleh nak beat pasukan lawan, diajaknya bergaduh pulak. Perangai jenis memalukan negara ni kita bagi pada budak-budak Melayu jek yang buat. Depa handal.

6. Tamat separuh masa pertama. Malaysia ketinggalan satu gol. Tiada apa yang hendak dipelikkan.

7. Separuh masa kedua dimulakan. Namun tak sampai 6 minit Malaysia bolos lagi.

8. Secara peribadinya aku berpendapat pemain Malaysia gagal bermain dengan cemerlang dalam satu unit yang lengkap dan baik. Dalam perlawanan menentang UAE ini sahaja kita ada beberapa pemain terbaik yang baru sahaja menakluk Asia. Antaranya bermain di posisi penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang. Kita ada juga pemain kacukan. Ada bekas 'wonderkid' yang pernah beraksi di Jepun. Juga pemain yang mendapat peluang berlatih di Chelsea pada suatu masa dahulu. Tidak ketinggalan juga yang pernah bermain di Portugal. Jelas kita tidak ketandusan bakat sebenarnya. Jadi kenapakah kita menjadi belasahan dan lengit? Inilah persoalan yang perlu dijawab oleh Tengku Bola dan hulubalang FAM.

9. Goooooool!!! Macam biasa apabila aku menaip panjang, mesti ada gol yang dijaringkan. Akhirnya dapat jugak Malaysia menyumbat gol melalui Badrol Bahtiar pada minit ke-59. Aku rileeeeeksss sikitpun tak bersorak kegembiraan.

10. Selepas daripada gol ini perlawanan kembali membosankan. Mungkin UAE tak kuasa nak all-out dan bermain bola secara biasa-biasa sahaja. Manakala pemain Malaysia lebih gemar bermain tanpa hala tuju.

11. Akhirnya tamat permainan dengan keputusan 1-2. Pintu ke Piala Dunia 2018 sudah tertutup rapi. Manakala Piala Asia 2019 pula mungkin akan turut menjauhi pasukan Harimau Malaya.

12. Selamat Malam. Ingat..jangan hisap vape taaaauuuuuu...XOXO.




Friday, November 13, 2015

Palestin Melawan Malaysia.



Palestin Melawan Malaysia.

1. Permainan dimulakan dengan penuh keyakinan dari pasukan Palestin. Menyerang dari segenap padang. Kiri, kanan. Depan, belakang. Manakala Malaysia kekal bertahan seperti kebiasaannya.

2. Semuanya elok belaka bagi pasukan Malaysia sehinggalah pada minit ke-37 apabila Malaysia bolos gol yang pertama. Seminit kemudian Malaysia bolos lagi. Dan selepas itu Malaysia bolos lagi buat kali ke-3.

3. Rehat separuh masa pertama pasukan Harimau Malaya melangkah longlai ke bilik persalinan dengan berboloskan 3 gol.

4. Penyokong pasukan Palestin benar-benar enjoy menengok bola. Mereka bersorak-sorai bagaikan tiada peperangan di tempat mereka. Sementara di Malaysia kita kerap menitiskan air mata mendoakan keamanan buat mereka setiap kali lepas sembahyang. Lepas ni tapayana susah-susah sangat boikot Mekdi.

5. Separuh masa kedua bermula dan Malaysia sekali lagi bolos pada minit ke-58. Kedudukan kini menjadi 4-0.

6. Aku mula berpendapat yang engko letak siapa pun main untuk pasukan Harimau Malaya ni, bolos 4 gol ke atas memang dalam tangan. Engko bayangkan setakat aku selesai menaip entri ini perbezaan gol bagi pasukan Harimau Malaya ialah 2-26. Bola sepak jenis apakah yang mereka berikan kepada umat Malaysia? Hah?

7. Secara peribadi juga aku merasakan kita perlu mempunyai pemain bola sepak yang berpendidikan tinggi. Bukanlah yang jenis kahwin cerai dengan artis, isap vape atau rokok tayang dekat instagram, bila kita tegur kesilapan mereka disuruhnya kita pulak yang turun bermain. Kita tidak perlu pemain seperti ini. Kita mahukan pemain yang paham dan senang hadam apabila jurulatih memberi arahan berbentuk taktikal. Tenaga sahaja tidak cukup. Bagaimana seorang pertahanan berfungsi ketika pasukan sedang menyerang, peranan pemain tengah untuk set tempo permainan, kebolehan peyerang mencari ruang sehingga gol dapat dihasilkan, kehandalan pemain sayap melancarkan serangan serta membuat hantaran lintang dan macam-macam lagi. Ini yang kita mahu. Kita mahukan pemain yang bergeliga dan otaknya bergerak sekata dengan tenaga di atas padang.

8. Point nombor 7 dah panjang sangat dan semasa aku menulis point nombor 8 ni Malaysia bolos buat kali ke-5.

9. Gol ke-6 pasukan Palestin jugak amat menarik. Pemain nombor 7 mereka tenang membuli pemain Malaysia di sebelah kanan sebelum membuat hantaran lintang. Bola ditanduk keluar oleh Aidil (kalau tak silap aku) hanya untuk singgah ke kaki seorang lagi pemain Palestin yang rileks membuat cubaan terus lalu menerjah gawang pasukan Malaysia.

10. Priiiiiiiiiiiiiiiiiiit!!! Tamat permainan dan Malaysia tewas 6-0.

11. Kita ajek yang berkobar-kobar berjaga malam, bangun pagi maki hamun dekat facebook. Orang besar dekat Wisma FAM rileks pergi kerja masuk jam 9.00 pagi. Keluar rumah 8.45 pagi siap dengan eskot. Masuk dalam jem suruh semua kereta ketepi. Bangkai kuda.  

12. Moga berjumpa lagik. XOXO.

Friday, September 4, 2015

UAE Melawan Malaysia.

UAE Melawan Malaysia.

1. Penjaga gol Malaysia yang bernama Apek diturunkan sebagai pemain utama. Dia melepaskan 4 gol. Kemudiannya diganti dengan Zamir Selamat. Seimbang sahaja bangang mereka. 3 gol dilepaskan Zamir.

2. Dollah Salleh menggunakan taktikal 5-3-2 aku rasa. Tapi serupa 0-0-0. Macam tiada siapa bermain menentang UAE.

3. Pertahanan yang dipilih ialah Afif, Amir Taj, Mamat Kacuk Dari JDT, Kunanlan dan Zubir. Menengok nama Afif dan Amir Taj sahaja kita sudah agak cara bagaimana corak permainan tanpa otak mereka.

4. Pemain tengah Malaysia? Ada ke?

5. Manakala penyerang Malasysia lebih bersenang hati menyerang menggunakan niat.

6. Malaysia meneruskan rentak sumbang permainan mereka. Kadangkala aku sendiri keliru dengan jenis formasi yang Dollah Salleh gunakan. Sebagai hasilnya 10 gol dilepaskan. Ya!!! SEPULOH!!!

7. Paling ajaib ialah kehilangan Kapitan Malaysia, Safiq Rahim. Wajah beliau hanya muncul pada permulaan permainan ketika bersalam dengan pengadil dan kapten UAE. Selepas itu ghaib. Dan muncul semula pada minit ke-82 untuk mengambil satu sepakan percuma yang tersasar entah ke mana-mana.

8. Aku juga ada mendapat info yang pemain Malaysia kalah kerana cuaca terlalu panas dan juga ramai yang kena penyakit jet lag. Dah tau nak lawan UAE engko masih bertarung dengan Bangladesh dekat Shah Alam Sabtu lepas tu dah kenapeeeee?

9. Nak jugak aku bagi kredit kepada Amri Yahyah yang walaupun tua tetapi kerap menyebabkan kamera fokus pada wajahnya dek kerana beberapa gerakan beliau yang membuktikan dia seorang pemain bola sepak. Pemain lain ada jugak yang kerap difokuskan oleh jurukamera, macam Afif dan Apek. Tapi untuk sebab apa, kita dah boleh agak.

10. Secara jujurnya bola sepak gaya haramjadah telah dipersembahkan oleh pasukan Harimau Malaya pada hari ini.

11. Yang perlu bertaubat kali ini ialah FAM, Presidennya dan seluruh institusi bola sepak yang ada di negara ini yang melahirkan pemain bola sepak jenis yang kita ada sekarang ini. Jenis yang tidak tahu membuka permainan, menahan bola dengan keting, belari atas padang serupa pergi Alamanda, kabur mengatur gerak serangan, lawan pemain fizikal tinggi dengan bermain hantaran tinggi, berambut fesyen anak anjeng dan bermain bola lagak binatang itu jugak.

Wednesday, April 15, 2015

Mengintai Peluang Piala Dunia dan Piala Asia Buat Kali Ke-876123.

Ini Tim Bola Bhutan. Tahu?

Mengintai Peluang Piala Dunia dan Piala Asia Buat Kali Ke-876123.

RIP. Bungkus awal. Itu antara segelintir respon daripada umat Malaysia selepas menengok undian awal Piala Dunia dan Piala Asia kelmarin. Aku tak marahkan mereka ni semua sebab aku rasa mereka cukup masak dengan perihal masalah bola sepak negara kita. Bagaimana pula dengan harapan sesetengah peminat hijau Harimau Malaya? Perlukah kita optimis dengan peluang layak ke Piala Dunia dan Piala Asia buat kali ke 876123? Yang itu terpulang kepada pendirian masing-masing. Aku ok jeeeek sebenarnya.

Baiklah. Jika kita melihat secara mendalam dari segi corak permainan dan kemahiran bermain bola sepak. Aku yakin kita akan terlepas kedua-dua peluang untuk layak ke kejohanan ini. Kenapa aku terlampau negatif? Hah? Sebabnya ialah:

1) Kita tiada pemain pertahanan yang betol-betol mantap dan mampu fokus pada permainan lebih daripada 65 minit.

Kita ambil contoh Aidil Zafuan, Fadli Shas dan Muslim Ahmad. Mereka ini kalau dah beraksi lebih daripada 65 minit mulalah buat benda-benda merapu. Contohnya melakukan bentesan bahaya tak patut di dalam kotak penalti, mencari kad merah secara rela hati ataupun terpinga-pinga melihat hantaran lintang pasukan lawan di dalam kawasan sendiri. Manakala tak kurang juga pemain macam Mahali Jasuli yang gemar naik ke atas tapi tidak mampu turun secara segera bagi bertahan semula. Ada juga pemain pertahanan berstamina tinggi macam Zubir Azmi dan S. Kunanlan. Tapi mereka ini lebih kepada skuad perentas desa olimpik dan kawalan bola mereka amat mengecewakan. Kesannya pemain pertahanan Harimau Malaya akan gagal bertahan dengan baik dan ia akan membuka peluang kepada penyerang lawan untuk merobek gawang gol pasukan kita. Harus diingat (baca gaya Arwah Hasbollah Awang) penyerang yang akan dihadapi oleh Harimau Malaya nanti ada kemungkinan besar ialah Ali Mabkhout dan Ahmed Khalil dari Emiriah Arab Bersatu  yang merupakan pengumpul 9 gol secara berjemaah dalam Piala Asia 2015 yang baru sudah.

Nota tambahan: Aku paling ngeri kalau K. Ruben yang dipanggil untuk tugasan macam gini. Mujur nama beliau sudah hilang dari kamus bola sepak tempatan.
 
2) Pemain tengah yang hanya kreatif dalam Liga Tempatan.

Ini aku tujukan khos buat pemain macam Safiq Rahim dan Badri Radzi. Umum mengetahui bagaimana kemahiran mereka di dalam liga tempatan dalam melakukan 'through-pass', mencipta peluang buat penyerang dan membuat cubaan gol yang menarik. Kehebatan menjaringkan gol daripada sepakan penjuru dan sepakan percuma. Amboih bukan main pawer lagi mereka beraksi dalam liga Malaysia ye. Tetapi bila tiba aksi di pentas antarabangsa, semuanya ghaib bagaikan ditelan kapsul masa. Itu aku belum sebut pasal melakukan penetrasi ke atas pertahanan lawan, bermain secara segitiga, mencari ruang buat penyerang menjaringkan gol serta sentiasa kreatif dan geliga merencana setiap gerakan dari tengah padang yang mana merupakan antara komponen terpenting dalam sesebuah pasukan bola sepak. Lihat sahaja nama-nama seperti Zidane, Pirlo mahupun Xavi. Bagaimana mereka membina reputasi mereka dari tengah padang dan menjadi pemain juga merangkap ketua pasukan yang disegani. Salute!!!

Apakah jenis pemain tengah yang kita ada? Pemain tengah yang kita ada hanya mampu berlari-lari anak di tengah padang. Kadangkala mendongak menengok bola yang dihantar oleh pemain pertahanan terus mencari penyerang gendut di hadapan. Renung-renungkanlah ye.

3) Tiada pemain sayap yang memiliki pakej lengkap sebagai pemain sayap.

Sebenarnya secara jujur kita ada pemain sayap yang bagus. Sebagai contoh Gopinathan, Nazrin Nawi, Azamuddin Alex Akil dan Chanturu Express. Mereka ini pemain sayap yang bagus, cumanya tidak memiliki pakej yang lengkap sebagai seorang pemain sayap. Seorang pemain sayap tidak sepatutnya hanya tahu menggelecek bola tetapi lintang pukang dalam melakukan hantaran lintang (mentang-mentanglah namanya hantaran lintang). Pemain sayap juga tidak perlu gopoh menyepak bola ke langit apabila berhadapan situasi menjaringkan gol. Dan pemain sayap juga tak perlulah menggelecek sehingga ke penjuru padang hanya untuk mengeluarkan bola dari permainan dengan menggunakan keting. Jika mahukan contoh pemain sayap terbilang tahap lagenda, lihat sahaja corak permainan Ryan Giggs dan Marc Overmars. Ataupun Robert Pires dan Fredrik Ljungberg. Inilah sebenarnya jenis-jenis pemain sayap yang tidak dilahirkan di dalam Liga Malaysia. Kalau ada. Sila bagitau aku sekarang!!! Tegas jugak aku ni rupanya.

4) Mencari penyerang yang mampu menjaringkan 20 gol semusim.

Okeh. Sekarang aku nak tanya. Bilakah kali terakhir penyerang tempatan berjaya menggondol anugerah kasut emas untuk Liga Super dengan menjaringkan lebih daripada 20 gol semusim? Apa? Tak ingat? Tak tahu? Mari sini aku bagitau. Dekat sikit telinga tu aku nak bisik. Dengar ye...

Berdasarkan statistik kuno, kali terakhir penyerang tempatan berjaya menggondol anugerah kasut emas untuk Liga Super dengan menjaringkan 20 gol semusim ialah pada 2011 iaitu dilakukan oleh Hadi Yahya. Hanya 20 gol sahaja. Cukup-cukup makan. Manakala Hashim Mustapha lebih cemerlang dengan rekod 25 gol pada tahun 1994 bersamaan ketika aku masih darjah 4. Apakah maknanya kejadah semua ini?

5) Betolkah Dollah Salleh ini Hristo Stoichkov versi Malaya?

Sebut sahaja nama Hristo Stoichkov, mesti ramai yang teringat akan ketajaman beliau ketika bermain sebagai seorang penyerang suatu masa dahulu. Tetapi adakah kita tahu beliau juga pernah melakukan kerja gila ketika membimbing Bulgaria dengan memilih formasi 2-4-4? Mintak dijauhkan Dollah Salleh daripada menjadi perangai sebegini.

Dollah Salleh jika tidak mahu berperangai seperti Stoichkov wajar mempelbagaikan taktik ketika berhadapan lawan yang berbeza-beza saiz, taktikal dan corak permainan. Bagaimana mahu berhadapan dengan pasukan yang bermain dengan formasi 4-3-3? Perlukah mengubah formasi daripada 4-4-2 yang biasa digunakan oleh Harimau Malaya ini kepada formasi 4-2-3-1 yang mana lebih menarik dan berkesan. Dan formasi ini juga mampu melumpuhkan dengan cepat lawan yang bermain secara 4-4-2 dan 4-3-3. Ini sekadar contoh sahaja kerana Dollah Salleh perlu merencana pelbagai formasi yang mampu mencipta peluang gol.

Tetapi melihat kepada nama-nama pemain yang sering Dollah gunakan setakat ini, aku tertunduk sambil menggeleng kepala secara perlahan-lahan.

Baiklah anak mude sekalian. Aku bagi 5 sahaja dalil buat masa ini. Yang lain-lain kita boleh tambah ataupun fikirkan secara berjemaah ketika sedang duduk meneran di rumah masing-masing. Tidak salah kalau kita hendak memasang angan-angan untuk menjadi seperti Senegal dan Korea Selatan pada Piala Dunia 2002. Mahupun Greece dalam Piala Eropah 2004. Malangnya jika dikaji jirim dan jisim bola sepak Malaysia itu sendiri, angan-angan seperti ini adalah lebih baik disimpan di dalam Arkib FAM sahaja.

Sudahlah aku nak pergi makan nasik.


Posted via Blogaway

Sunday, December 21, 2014

Kenapa Aku Tengok Harimau Malaya Begitu Terkial-kial Di Rantau Asia Tenggara?


Kenapa Harimau Malaya Begitu Terkial-kial di rantau Asia Tenggara?

Dari mana aku nak mula ni? Aku pun jadi serba-salah. Bagi aku simpan Keris Pusaka dalam kain kuning dulu.

Hah? Apa? Malaysia kalah? Suka? Sedih? Terpulanglah pada kehendak masing-masing. Aku okay jek....

Tapi aku secara peribadi bergembira dengan kekalahan ini. Kerana ia sepatutnya segera dapat menyedarkan FAM betapa pentingnya perubahan drastik dalam budaya bola sepak di Malaysia. Cuma aku tak pasti berapa banyak lagi kekecewaan yang kita semua perlu tanggung untuk menyedarkan FAM dan mereka yang dipertanggungjawabkan dalam menjaga hal bola sepak di Malaysia.

Aku tak nafikan pembangunan bola sepak di Malaysia ini amat bagus. Aku berikan beberapa contoh. Dahulu kita ada skuad projek Olimpik 1996 yang dibimbing oleh ketua jurulatih berpengalaman dari Perancis yang begitu tegas sifatnya serta mempunyai etika profesionalisme yang tinggi iaitu Mr. Claude Le Roy. Beliau dibantu oleh Encik Irfan Bakti dan Encik Lim Chuan Chin sebagai jurulatih penjaga gol. Mereka ini bukan calang-calang individu. Namun di mana pengakhiran pemain-pemain dalam skuad ini?

Kemudian kita ada skuad Piala Dunia Belia 1997 yang dilatih oleh Hatem Souissi yang bermisai lagi lebat daripada Wak Doyok. Masa ini nama-nama V. Saravanan, Gilbert Cassidy Gawing, Mohd Sany Muhammad Fahmi, Nik Ahmad Fadly Nik Leh dan Tengku Hazman Raja Hassan antaranya menjadi bualan di jalanan. Mereka berpeluang bergesel keting dengan Fabián Carini, Marcelo Zalayeta dan Nicolás Olivera. Tetapi di manakah pemain Malaysia ini berada ketika Fabián Carini menjadi penjaga gol pilihan ke-4 pasukan Inter Milan di belakang Francesco Toldo, Júlio César dan Paolo Orlandoni?

Skuad Rajagopal pula yang terdiri daripada bakat hebat dari Sekolah Sukan Bukit Jalil berjaya menggegar Asia Tenggara pada 2009 dan 2010 sebelum dimalukan oleh Singapura untuk terkandas dalam kelayakan Piala Dunia 2014. Dan sehingga kini sebahagian besar kelompok pemain ini berada dalam skuad utama Harimau Malaya.

Beberapa tahun dahulu kita mempunyai skuad Harimau Muda bimbingan Ong Kim Swee yang seolah-olah mampu menembusi tembok ASIA. Setakat mana pula bakat Irfan Fazail, Gary Stevan Robbat mahupun Nazmi Faiz berjaya diketengahkan?

Dan terbaru kita masih lagi segar dengan pencapaian skuad Bawah 16 negara yang hanya tersingkir di pentas suku akhir Kejohanan Asia Bawah 16 Tahun. Juga penubuhan Frenz United Football Academy. Serta Projek Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) yang mana sedang di selenggarakan oleh lagenda Lim Teong Kim yang amat disegani di Bayern Munich.
Persoalan besar di sini ialah kemana nanti berakhirnya limpahan bakat-bakat ini? Adakah hanya cukup dengan status gah di benua Asia Tenggara barang dua hingga tiga tahun dan kemudiannya kembali ke fitrah asal iaitu bergelut untuk mencapai kemenangan dengan pasukan seperti Myanmar?

Kita ada penyokong yang besar semangatnya. Kita ada fasiliti bertaraf dunia. Namun malang sekali tanpa kita sedari kita mempunyai sebuah liga kecil yang hanya ditubuhkan untuk berubah-ubah formatnya setiap tahun. Penswastaan liga yang sepatutnya dilaksanakan sepenuhnya pada 2015 akan ditangguhkan ke satu tarikh lain. Dalam masa yang sama juga FAM mengizinkan setiap pasukan di Liga Malaysia tahun depan menurunkan kesemua 4 pemain import dalam satu perlawanan. Dan aku melihat perkara ini amat merbahaya. Sudahlah kita punya jumlah pemain berbakat yang terhad. Kini mereka terpaksa pula bersaing dengan pemain import yang mana kita tahu secara automatiknya akan menjadi pilihan utama setiap jurulatih dalam pasukan yang bermain di Liga Malaysia.

Bagi aku, FAM badan berwajib yang mengelolakan sukan bola sepak negara mempunyai tugas yang berat selepas ini untuk membangunkan semula bola sepak negara. Wujudkan gaya permainan yang baharu dan lebih berkesan serta pemerkasaan terhadap Liga Malaysia. Kelab-kelab bola sepak yang diuruskan secara POWER NAK MAMPOS  macam JDT harus ditambah agar 'pool' pemain dapat diperluaskan. Dan apabila pasukan telah bertambah, secara tidak langsung perlawanan kompetitif dalam liga juga akan bertambah. 22 perlawanan liga untuk semusim adalah terlalu sedikit dengan peluang pemain tempatan bermain semakin terhad. Penat kalau main banyak perlawanan semusim? Engko berhenti jelah main bola kalau macam gitu.

Sudahlah. Setakat ini sahaja yang aku nak tuliskan. Jadik aku takkan pernah salahkan kawan-kawan aku bila ada yang cakap "Ini yang aku malas layan bola sepak Asia Tenggara ni".

Posted via Blogaway

Friday, December 12, 2014

Dollah Salleh Apa Yang Engko Dah Buat?

 


Dollah Salleh Apa Yang Engko Dah Buat?

Sebenarnya aku masih lagi nak menangis memikirkan Malaysia menang dengan Vietnam ni. Aku yang pergi nengok satu perlawanan persahabatan antara Malaysia dengan Syiria itu hari memang awal-awal lagi menjangkakan pasukan Harimau Malaya kali ini akan bungkus. Dengan 'set of player' yang lebih kurang sama dengan jurulatih Datuk Rajagopal, aku selaku penyokong yang bersorak ketika gol, memaki hamun kalau pemain tanduk bola guna hidung memang tidak meletakkan harapan sejauh ini. Ya, sejauh melangkah ke peringkat akhir. Dan bagi aku kejayaan ini wajar kita raikan buat seketika tanpa terlebih-lebih. Bak kata pepatah jangan over sangat kalau kita menilai dari segi persembahan seni bola sepak yang dipamerkan setakat ini. Tapi daripada segi keputusan, aku bagi 'A' pada skuad asuhan Dollah Salleh kali ini. Pasukan Dollah Salleh adalah pasukan yang berorientasikan keputusan dan bukannya permainan cantik semata-mata.

Dollah Salleh memulakan aksi kedua bertemu Vietnam dengan melakukan 5 pertukaran berbanding perlawanan pertama. Meletakkan S.Kunanlan sebagai pemain pertahanan kanan. Menyingkirkan Mahali Jasuli. Ramai yang tidak tahu ini antara posisi yang pernah dimainkan oleh Kunanlan ketika bersama Negeri Sembilan dahulu dan kadangkala ketika beraksi untuk Selangor musim ini. Shukor Adan bermain semula selepas penggantungan kad kuning. Berpasangan dengan Fadli Shas di bahagian pertahanan tengah. 

Sebelum itu aku menengok pertukaran antara Khairul Fahmi dengan Farizal Marlias juga sebagai sesuatu yang agak misteri. Namun ia boleh dilakukan memandangkan kebolehan mereka lebih kurang sama sahaja. Tetapi misterinya kenapa Farizal bermain pada malam tadi masih kekal misteri sehingga saat ini. 

Di bahagian tengah Dollah Salleh meletakkan Badri Radzi yang turun buat pertama kalinya sebagai pemain utama.  Amri Yahyah pula bermain di posisi sayap kiri milik Kunanlan sebelum ini. Sambil Indra Putra mengambil alih peranan Safee Sali sebagai pasangan serangan untuk Mat Yo. 

Nah!!! Inilah perubahan yang dilakukan Dollah Salleh ketika nyawa pasukan Harimau Malaya betol-betol di hujung tanduk. Sesuatu yang tidak berani dilakukan oleh jurulatih sebelum ini. Ini aku tak masukkan lagi peranan Azamuddin Akil yang tidak banyak naik ke atas sebaliknya lebih membantu pertahanan dan inilah karekter jurulatih yang kita mahukan. Orang kata berani mencuba alang-alang perlawanan itu sendiri sudah bagaikan yang terakhir untuk mereka. Dan secara bagusnya pemain-pemain kali ini memberikan respon yang amat positif. 

Bagaimana mereka membalas kepercayaan yang Dollah Salleh berikan? Mari sini aku ceritakan... 

1) Gol Pertama : Kunanlan memintas hantaran pihak lawan dari sebelah kanan. Dia kemudiannya menghantar bola tersebut kepada Azamuddin Akil yang seterusnya menyilangkan kepada Indra yang telah berlari ke dalam kotak penalti. Indra dijatuhkan dan penalti untuk Malaysia. Gol!!!! Sepakan penalti penuh yakin dari Safiq Rahim. Gol ke-4 beliau dalam kejohanan ini dan mendahului carta penjaring terbanyak. 

2) Gol Kedua : Zubir Azmi memenangi perebutan bola di sebelah kiri, bola dihantar kepada Amri. Amri melambungkan bola ke hadapan untuk mencari Mat Yo. Penjaga gol Vietnam dan dua orang pertahanannya menjadi pening. "Amri bagi siapa? Amri bagi siapa?". Sepantas kilat Mat Yo mencelah di antara dua pertahanan tersebut dan sempat menguis bola menewaskan penjaga gol Vietnam yang sudah pun terlajak ke depan. 

3) Gol Ketiga : Hantaran cantik Piya mencari Indra di sebelah kiri berjaya memecah barisan pertahanan Vietnam. Indra meluru ke dalam kawasan Vietnam dan melakukan hantaran silang. Bola terkena pertahanan Vietnam, Dinh Tien Thanh lalu menerjah gawang gol buat kali ke-3. 

4) Gol Keempat : Malaysia dengan powernya menjaringkan gol keempat melalui sepakan penjuru Piya. Fadhli menanduk bola kepada Shukor yang mudah menewaskan penjaga gol Vietnam dengan tandukan dari jarak dekat. Lambang bendera di dadanya dicium penuh bangga oleh Kapitan Shukor. 


 


Kejayaan ini memadam rekod duka pasukan Harimau Malaya yang tidak pernah menang sejak tahun 1991 di Stadium My Dinh, Vietnam. Lawan seterunya nanti bukannya pasukan selengit Liverpool. Lawan Harimau Malaya adalah Thailand. Semangat 1 Malaysia perlu disematkan dalam jiwa setiap pemain Harimau Malaya. Kemenangan Didahulukan Piala Diutamakan. Kita mesti menewaskan Thailand dan seterunya menjulang sekali lagi Piala AFF Suzuki ini. Jika dahulu memenangi Piala Tiger ini ibarat bir Tiger masuk membasahi tekak yang kekeringan. Ia berbeza kali ini kerana kejayaan menjulang Piala Suzuki pula bagaikan sireh pulang ke gagang kerana ia hanya berhak berada dalam kabinet di Wisma FAM. 

Sebagai seorang pendukung tegar bola sepak Malaysia, aku menyeru semangat Ngap Sayot dan roh pejuang-pejuang Jang seperti Dato Siamang Gagap, agar memenuhi setiap ruang pelusuk di Tanah Melayu sekaligus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Harimau Malaya. 

Bersediakah kita semua untuk berdiri teguh di belakang Harimau Malaya? Tidak kisahlah sama ada kita pergi ke stadium kelak ataupun menonton di rumah makwe tercinta. Setiap sokongan dan doa itu amat penting untuk mereka. Lupakan sementara keputusan serta permainan buruk yang lalu. Kini perlawanan akhir menjadi taruhan. Thailand bukan lawan yang mudah, tetapi tidak mustahil untuk ditewaskan. 

KAMI DATANG!!!! KAMI DATANG!!!! DEMI MALAYSIA DARUL POWER!!!! HIAAAAAAAAAAAAAAAAAPPPP!!!!!!!!!!!!!!!!

Posted via Blogaway

Monday, December 8, 2014

Kelemahan Aksi Harimau Malaya Malam Tadi Memang Tiada Tandingan.


Kelemahan Aksi Harimau Malaya Malam Tadi Memang Tiada Tandingan.

Apa macam kalah dengan Vietnam? Terkejut? Rileeeeeks? Boleh terseyum sehingga menampakkan lesung pipit? Terpulanglah pada cara kalian semua nak menerima kekalahan pada laga pertama ini. Aku pula seperti biasa meneruskan kesederhanaan dalam menyokong bola sepak Malaysia iaitu mencarut ketika Malaysia kalah. Nak sembang mende lagi? Main depan penyokong sendiri dalam Stadium Nasional Shah Alam (Bukit Jalil dah boleh tutup buat acara konsert jek kat sana lagi bagus) pun masih belum memberi jaminan kemenangan. Ranking? Memang Vietnam jauh lebih baik dari Malaysia daripada segi ranking FIFA yang kita memang tahu FAM tak berapa kisah sangat pasal benda ni semua. Badan sokan POWER NAK MAMPOS la katakan.. 

Itu hari aku dah bagitau corak permainan yang dipamerkan oleh skuad Dollah Salleh tiada visi, misi dan variasi. Pemain sayap Azamuddin Akil dan S. Kunanlan menepati ramalan peribadi aku yang mereka berdua ini adalah tidak berguna. Kedua mereka tidak mampu menahan bola dengan baik, gagal melakukan hantaran lintang yang memukau serta tidak tahu hendak membuka ruang dalam permainan. Rempah bangang ini diadun rapi dengan Safee Sali serta Mat Yo yang sentiasa tidak berada pada posisi terbaik untuk menerima hantaran bagi boleh menjaringkan gol. Mereka berdua hanya mampu berlari ke sana ke mari sambil di dalam hati berkata "Aku main mane? Aku main mane?" Itu aku belum sembang pasal Safee Yang Menyandar ketika sepakan penjuru hendak diambil.
Dengan corak permainan macam gini akhirnya Harimau Malaya menjadi habuan celah gigi Vietnam sahaja. Ini semua sudah aku jangkakan akan berlaku. Kemudiannya apabila fisio Vietnam berlari masuk ke dalam padang. Barulah kita sedar yang fisio Vitenam pun lagi laju dari pemain Malaysia. 

Selesai permainan di dalam padang, penyokong Vietnam pula dibelasah di luar padang. Entah apa yang dimarahkan sangat pun aku tak tahu. Mungkin sebab inilah Singapura menyekat segelintir penyokong Malaysia daripada memasuki stadium di sana tempohari dan ada betolnya tindakan tersebut kerana ia melibatkan nyawa manusia. Aku cadangkan kita anto pembuli-pembuli ni ke Palestin. Pergi lawan Zionis sana. Nampak macam terer sangat. Cubalah kalau berani.

Nampaknya bola sepak Malaysia yang sudah sakit bermula dari tingkat atas Wisma FAM kini sudah merebak sampai ke penyokongnya pula. Walaupun tidak semua, ia sudah cukup memalukan kita sebagai Wilayah Satu Malaysia yang dikenali sebagai negara yang aman dan damai. Tiba-tiba aku rasa macam nak berdiri bercakap gaya Najib Razak pulek. Seperti biasa juga aku rasa Tengku Bola dan FAM wajar dipersalahkan. Kerana mereka bertanggungjawab menguruskan perihal bola sepak di Malaysia ini. Takkan kita nak salahkan Bini Mat Yo pulak? 

Kemenangan bertemu Singapura tempohari hanyalah sebuah satu janji palsu semata. Aku bukannya jahat sangat, tapi aku yakin Khamis ini sekali lagi seluruh rakyat Malaysia bakal dikecewakan. Apa yang jelas lagi pasti ialah episod duka ini akan kembali berulang, yang berbeza hanyalah pelakonnya sahaja yang beraksi di atas layar hijau padang bola sepak. 
 
Ini semuanya pendapat peribadi aku. Engko nak sokong pergi stdium, engko pergi. Aku macam biasa takde rugi apa-apa pun. Sikit lagi aku nak sokong Leong Mun Yee pulak. Baru padan muka Safiq Rahim.

Sunday, November 30, 2014

Kehebatan Harimau Malaya Malam Tadi Memang Tiada Tandingan.


Kehebatan Harimau Malaya Malam Tadi Memang Tiada Tandingan.
 
Malam tadi Malaysia menang dengan Singapura 3-1. Ia sekaligus melebarkan rekod  Harimau Malaya apabila bertemu dengan negara Temasik ini menjadi kepada 21 menang, 24 seri dan hanya tewas 18 perlawanan. 

Malam tadi juga kedengaran satu Malaya bersorak macam orang gila dan lupa pada sistem FAM yang bangang. Lupa pada penswastaan liga yang ditunda oleh FAM, lupa masih ada lagi pemain liga Malaysia yang tidak dibayar gajinya dan juga lupa pada perjalanan Liga Malaysia yang serba kelam kabut. Mujur juga selepas perlawanan malam tadi tiada yang berkata "Kita seronok menang bola, adakah kita ingat saudara kita di Palestin?". 

Tapi aku tahu Malaysia menang bukan sebab handal. Aku memang dah lama kaji bende ni. Malaysia menang sebab Singapura memang 10 takuk ke belakang. Majoriti pemain daripada kedua-dua pasukan pun sama-sama beraksi dalam liga Malaysia yang syok sendiri tu. Apa lagi yang kita jangkakan?

Aku secara peribadi bukan mahu berbicara tentang menang atau kalah. Apa yang perlu kita sedari ialah bagaimana caranya mereka mencapai kemenangan dan kekalahan dalam sesebuah permainan. Lihat sahaja perbezaan kualiti bola sepak antara Malaysia dan Thailand tempohari. Sangat jauh sekali ketinggalan dari segenap segi.

Menang pula dengan Singapura adalah perkara biasa bagi aku. Tiada apa-apa yang istimewa jika dilihat dari segi visi, misi dan variasi taktikal yang dipamerkan. Cumanya memang Singapura itu sendiri adalah sebuah pasukan bangang sekiranya tanpa kuderat pemain naturalisasi. Dengan corak permainan macam gini, celah gigi Vietnam sahaja Harimau Malaya akan dikeronyok nanti. Tetapi aku sedikit kecewa lawan Harimau Malaya seterusnya adalah Vietnam. Bukannnya ape, nak ajak bergaduh pun tak seronok. Bukan diorang faham pun bahasa kita. Lainlah kalau Indonesia ke...Sedap sikit bergaduh. 

Okeh, kita kembali kepada persoalan serius. Jadi, bilakah kita mahu menguasai rantau Asia secara total ketika kita masih lagi terkial-kial hendak menewaskan Myanmar, Singapura dan mungkin juga Vietnam minggu depan? 

Bagaimana kita hendak menguasai pentas ASIA sedangkan kita umpama kanak-kanak kecil bertatih di ASIA TENGGARA? Walaupun sekiranya jika kita berjaya menguasai rantau ini semula, aku yakin kita akan kembali ke fitrah sebenar. Kembali menjadi pasukan bola sepak yang tidak bedaya saing walaupun dikelilingi fasiliti serta kelengkapan bertaraf dunia.

Aku berharap peminat-peminat bola Malaysia era Justin Bibir dapat kurangkan perangai cepat teruja ni. Baru menang dengan Singapura mereka sudah bilang ‘this is our year’. Bukannya apa...aku takut akhirnya ‘year’ yang dinanti-nantikan bertahan 7 hari sahaja. Kemudian apabila muncul Safee Sali yang merokok menjaringkan gol, mereka bercakap pula tentang ‘a striker reborn’ atau ‘a team reborn’ secara khasnya. Bertenanglah wahai anak mude...

Tapi aku bagi muka sikitlah dekat korang yang nak sambut kegembiraan mengalahkan Singapura semalam. Bak kata pepatah 'Biar kita tak menang Piala, asalkan Singapura jadi mangsa'.

Tuesday, November 19, 2013

Rahsia Sulit Kegagalan Berterusan Harimau Malaya II



Dan seperti biasanya seluruh rakyat Malaysia dikecewakan. Kegagalan yang sudah dijangka oleh sesetengah peminat walaupun masih ada beberapa individu yang cuba memberikan harapan serta janji palsu kepada kita. 

Rajagopal sudah lama dipecat di mata aku. Jasanya yang terdahulu tiada siapa boleh menidakkannya. Tetapi inilah akibatnya apabila terlalu 'bersandarkan pada kenangan'. Kemon...kita perlu 'move on' Rajagopal. Sejak daripada zaman Piala Suzuki 2010 sehinggalah ke malam perlawanan menentang Qatar, 'set of player' yang beliau gunakan tidak banyak berubah. 

Walaupun begitu masih ada beberapa orang pemain yang layak dan nampak cantik bermain bola untuk Malaysia. Namun ada antara mereka yang kita kurang pasti sama ada mereka ada menyentuh bola ketika bermain atau hanya menunggang ke sana sini di dalam padang. 

Pemilihan Pemain Yang Sungguh Misteri.

Ia sebenarnya lebih misteri dari Villa Nabila. Seperti yang aku kata sebelum ini, 'set of player' yang Rajagopal gunakan tidak banyak berubah sejak tahun 2010. Jadi aku jangka persefahaman bukannlah masalah utama. Kalau masih ada yang menyebut masalah persefahaman di atas padang, aku terajang muka dia.

Sebagai contoh, Safee Sali. Ya pemain macam Safee Sali sememangnya hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Itupun dahulu semasa tahun 2010 sebelum Safee Yang Menunggang!!! Namun eranya sudah lama berlalu seperti air terjun Niagara yang jatuh menjunam laju. Itu belum lagi aku sebut nama Gurusamy, Kunanlan dan beberapa muka wajib ada dalam pasukan Harimau Malaya. Yang ada bermain di Eropah pun tidak dipanggil pulang untuk berbakti pada nusa dan bangsa. Apa ke halnya dengan semua ini??

Sepatutnya Rajagopal perlu sentiasa ingat kata-kata keramat ini...'Pemain yang baik datangnya dari bola sepak yang baik, bukan dari tendangan percuma yang cantik semata-mata.'

Rantau Asia? Bila lagi gamaknya?

Memang tak cukup jari mengira berapa banyak gadis peminat Harimau Malaya yang menangis teresak-esak wajah tersembam di bahu aku meratapi nasib yang menimpa skuad Rajagopal ini. Macam mana jiwa aku tak kacau?

Kita disajikan dengan pelbagai drama baik dari pemain, menteri, abang '92, artis berpangkat datuk serta orang-orang sukan yang sangat jarang turun ke stadium. Masing-masing berbalas kata dan komen. Namun seekor daripadanya haram jadah tidak datang membawa idea dan pendapat untuk membangunkan sukan milik marhaen yang semakin nazak ini.

Jika mentaliti seperti 'yang muda kena hormat yang tua' atau 'nak menegur kena sesuai pada pangkat' masih kita amalkan dalam sukan bola sepak. Aku yakin bola sepak kita takkan ke mana-mana. Aku harap semua pihak dapat belajar sesuatu daripada kegagalan ini. Walau bagaimanapun aku berpandangan jika penyokong bola sepak masih menyokong kebangangan seperti ini, ia tetap tidak akan menjadi bola sepak. 

Jadi, bilakah kita mahu menguasai rantau Asia secara total ketika kita masih lagi terkial-kial hendak menewaskan Myanmar dan Vietnam?

Bola sepak Malaysia NAZAK.

Ingin saya tekankan sekali lagi bola sepak di Malaysia memang semakin sakit. Merosot dibelenggu kecederaan ni aku boleh fahamlah. Tapi merosot dibelenggu kedunguan ni....Ia bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Baik Soltan Bola mahupun Tengku Bola, mereka semua wajar dipersalahkan. Sedang pemain Harimau Malaya sibuk bertarung di atas padang memikul maruah seluruh umat Malaya, Soltan Bola pula hilang entah ke mana.

Paling selalu kita dengar ialah jurulatih pasukan kebangsaan dipecat ataupun meletak jawatan. Ada juga pemain yang pantas mengaku kesilapan mereka adalah punca kepada kekalahan sesuatu perlawanan. Namun adakah kita pernah mendengar Soltan Bola mengaku kesalahan beliau selama 40 tahun gagal membawa Malaysia ke Piala Dunia? Siapa pernah dengar atau membacanya di mana-mana, sila beri tahu saya. Saya berani kerat errrrrr....tak perlu berjanji seperti remaja baru lepas buang kulop.

Presiden FAM sila letak jawatan

Menunggu Presiden FAM meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini adalah sama seperti menunggu kucing bertanduk. FAM sebagai sebuah badan organisasi bola sepak yang terkenal dengan budaya mengampu dan membodek lebih berjaya melahirkan ramai pak turut berbanding mereka yang benar-benar bernafsu memajukan bola sepak Malaysia.

Percayalah selagi Presiden FAM tidak meletak jawatan, selama itulah juga bola sepak kita tidak akan ke mana-mana.

Nota: Lanjutan daripada entri yang pertama.

Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia 0 - Qatar 1 (Analisis Pasukan Malaysia Paling Padat Dalam Sejarah Malaya)


Kelayakan Piala Asia 2015: Malaysia 0 - Qatar 1 (Analisis Pasukan Malaysia Paling Padat Dalam Sejarah Malaya)

1. Malam ini Malaysia kalah bola lagi. Apa nak hairan kalau kekalahan ini menimpa sebuah negara yang ada teater 'Supermokh The Musical'? 

2. Walaupun Qatar sudah tahu pasukan Malaysia tak kuat, tetapi mereka masih lagi sudi nak lawan.

3. Pra-Perlawanan kita dihidangkan dengan kenyataan Safiq Rahim yang memberitahu kita rahsia Qatar sudah ada dalam tangannya. Ini kenyataan paling cilake dari seorang ketua pasukan paling hampas dalam sejarah bola Malaya.

4. Pada minit ke-30, mak aku bersuara "kenapa malam ni Malaysia main lembab?". Aku tersenyum tenang. Dalam hati aku.."memang biasanya depa main bola macam ni".

5. Ada antara pemain malam ini berambut mengalahkan Cristiano dan Messi. Main masih macam pasukan kelab malam. Tapi jangan tegur kerana nanti Siti Nurhaliza marah. Sebagai contoh, Safee Sali rambut mengalahkan Mokhtar Dahari. Padahal bila berlari pun takda gaya pemain bola. Kapten Safiq Rahim pula mengukir 'X' di atas kepalanya. Adakah ia bermaksud 'X Otak' ?

6. 'Penyerang sejati tidak mengharapkan hantaran tepat, hantaran anjing pun dia mampu utilasikan ke gawang'. Itu yang dialami oleh penyerang Harimau Malaya malam ini.

7. Pada minit ke-65' Malaysia bolos. Ia adalah salah Aidil Zafuan. Dia konon-konon nak main 'tight marking' tapi tak pandai. Orang yang dia kena jaga ketat ialah Sebastian Soria. Tapi bila Taj dah ambik mamat tu, Aidil jadi bangang dan tak tau nak jaga sapa. Benda ni (bangang Aidil) dah banyak kali berlaku termasuk masa dia main dengan JDT.

8. Pemain yang sedang 'on-form' seperti Razman, Nazmi dan Nazrin jelas sedikit cerdik berbanding pemain yang lain. Tapi tak banyak benda yang depa boleh buat apabila bermain bersama Safee dan Safiq.

9. Pengulas di Astro Arena baik Hafizal Hamad, Asmawi Bakiri mahupun Nazzab Hidzan mengatakan aksi malam ini ada peningkatan dan tak henti-henti mengucapkan tahniah. Jika aksi seperti ini dikatakan baik dan bermutu, ini bermakna bola sepak kita semakin menuju ke neraka.

10. Sebenarnya kalah bola ni terbahagi kepada dua jenis.

11. Yang pertama adalah kalah kerana nasib-nasib. 

12. Yang kedua adalah kalah kerana bangang.

13. Malaysia malam ini memilih jalan kalah kerana bangang. 

14. Sudahlah kalah, main bola pula macam bangang dan pandai pula bergaduh di atas padang.

15. Aku harap semua wartawan sukan Malaysia bagi komen yang jujur dan berterus terang pasal bola Malaysia malam ni dalam media masing-masing. Janganlah asyik mengampu sahaja.

16. Jadi Safiq, di mana rahsia Qatar?

Sunday, November 17, 2013

Menengok Bola Sepak Malaysia

Dalam perihal bola sepak lewat ini, terdapat beberapa orang artis yang berkongsi otak. Mereka ialah Azhar Sulaiman dan Siti Nurhaliza. Jadi kawe amat berharap depa dapat turun Selasa ni menengok sendiri dengan mata dan akal perlawanan antara Malaysia vs Qatar di Shah Alam serta cuba kaji sikit kenapa ramai orang desak Presiden FAM letak jawatan. Ingat, PRESIDEN FAM tau, yang ini kena paham betol betol. 

Saturday, November 16, 2013

Kelayakan Piala Asia 2015: Bahrain 1 - Malaysia 0 (13 Analisis Pasukan Malaysia)



Kelayakan Piala Asia Bahrain 1 - Malaysia 1: Analisis Pasukan Malaysia.


1. Hanya dua orang sahaja pemain yang beraksi di final Piala Malaysia menjadi starting line-up pasukan Harimau Malaya.

2. Selama 45 minit separuh masa pertama Malaysia bermain dengan corak permainan penuh seni. Seni yang dimaksudkan ialah..menyepak bola mengikut arah telur. Selama 43 minit jugalah aku tertidur.

3. Pemain nombor 8 Malaysia yang juga ketua pasukan seperti biasa bermain dengan sangat teruk. Ini adalah rutin beliau ketika bersama kelab dan negara.

4. Pemain nombor 8 ini juga masih tidak tahu yang tugas dia adalah memegang bola dengan tenang dan set tempo permainan.

5. Lebih kurang pada minit ke-70, Alex dikeluarkan dan diganti dengan Safee Sali. Pemain JDT ini masuk dan Malaysia bolos 1-0. Ketika ini di atas padang ada 4 orang pemain JDT. Korang bincangkan hal ini. Aku malas.

6. Seperti juga aksi yang lepas, K. Reuben kelihatan masih berkongsi otak dengan Rajagobal. Jadi dia tidak boleh berfikir banyak.

7. S. Kunalan dan K. Gurusamy membuktikan mereka adalah pemain tengah paling hampas sepanjang musim ini, namun masih mampu mewakili negara.

8. Kekalahan ini bermakna kita akan ada modal untuk terus mendesak Presiden FAM untuk meletak jawatan. Nak desak sampai bila? Aku tak pasti.

9. Sejak JDT wujud dan bermain dalam Liga Malaysia. Pasukan Harimau Malaya sudah merekodkan 15 kekalaha, 2 menang dan 2 seri. Ini adalah kajian aku.

10. Kita dihidangkan dengan drama KJ dan FAM beberapa minggu sebelum perlawanan ini. Tapi ia tetap tidak menghalang fokus pasukan Harimau Malaya untuk bermain bola secara bangang.

11. Kini Harimau Malaya bukan saja sukar untuk layak, malahan hendak mencium bau Piala Asia pun belum tentu dapat lagi.

12. Main bola macam bongok pun nak berharap layak. Bagilah pasukan yang betul-betul layak masuk Piala Asia.

13. Padan muka Malaysia kalah.

Tuesday, October 15, 2013

Malaysia 1 - Bahrain 1: Analisis Pemain Malaysia.



1. 20 minit pertama dikuasai pasukan Bahrain. 

2. 20 minit pertama jugalah pemain Malaysia bergembira sesama mereka.

3. Pemain nombor 8 Malaysia sangat teruk. Rutin beliau ketika bersama kelab dan negara.

4. Pemain nombor 8 ini juga tidak tahu tugas dia adalah memegang bola dengan tenang dan set tempo permainan.

5. Kunanlan lebih banyak memiliki bola berbanding pemain nombor 8 yang bermain di posisi central midfielder.

6. K. Reuben berkongsi otak dengan Rajagobal. Jadi dia tidak boleh berfikir banyak.

7. Ini menyebabkan Alex Akil seperti seorang pejuang individu di atas padang. Kami rindukan Abang Jalal.

8. Rehat separuh masa, Nazab Hidzan mula mengomel macamlah masa muda dia sehebat Edgar Davids.

9. Selepas 20 minit separuh masa kedua, Alex Akil mula terikut-ikut dengan penyakit K. Reuben.

10.Kini dua pemain yang tidak berotak bermain bersama di sebelah kanan. Rajagopal masih tenang.

11.Alex dikeluarkan pada minit ke-74 (Nazrin Nawi). Bukti pemain Pahang adalah masalah utama dalam skuad Harimau Malaya.

12.Fakri Saarani masuk pada minit ke-85 (Kunanlan). Ketika peminat mahukan gol kemenangan secara tiba tiba Rajagobal memasukkan Fakri. Rajagopal cuba menjadikan dirinya nampak sedikit cerdik.

13.Fitri Omar masuk menggantikan Asrar bagi melengkapkan kuota 3 pertukaran pemain.

14.Tamat permainan 1-1. Seminggu la kita terpaksa dengar Rajagopal mendabik dada.