There was an error in this gadget

Thursday, September 27, 2012

EP4 : Fokus Bola Eropah 2012

SERIE A ITALY: PERLAWANAN 6
Juventus vs AS Roma




Juventus masih dengan rekod tanpa kalah mereka. Persembahan mantap daripada Arturo Vidal, Mirko Vucinic dan Fabio Quagliarella membolehkan mereka menguasai Serie A dengan selesa ketika ini. Ketiga-tiga mereka sudah mengumpul 15 gol setakat ini. Asamoah juga mempamerkan aksi hebat apabila diturunkan dalam kesebelasan utama Juventus. Selain itu, tiada keraguan pada prestasi Pirlo yang semakin tua walaupun bekas rakan sepasukan beliau, Zvonimir Boban menyarankan agar Pirlo bersara dari arena antarabangsa untuk lebih fokus kepada Juventus.


AS Roma ketika ini berada di tangga ke-6 liga dengan mengumpul 8 mata. Musim lepas kedua-dua pertemuan mereka dimenangi oleh Juventus. Namun kali ini Roma boleh mencabar Juventus kerana mereka memiliki beberapa pemain mantap yang boleh mengubah permainan secara tiba-tiba. Balzaretti boleh dikatakan pertahanan kiri terbaik di Italy pada ketika ini dan kehadirannya memantapkan lagi pertahanan Roma. Totti kekal sebagai nadi penting untuk Roma bersama-sama De Rossi. Manakala Znedek Zeman juga boleh menurunkan Lamela dan Oswaldo untuk menjahananmkan Buffon.


Mampukan Roma meleburkan rekod tanpa kalah Juventus yang akan beraksi sebagai tuan rumah pada pertemuan ini? Kita doakan perlawanan menarik akan dipersembahkan oleh kedua-dua pasukan ini.


Ramalan: Juventus 2-0 Roma

LIGA PERDANA INGGERIS : PERLAWANAN 6
Arsenal vs Chelsea

Rindu aksi seperti ini.

Kedua-dua pasukan masih lagi belum mengalami kekalahan dalam saingan liga setakat ini. Arsenal di tangga ke-5. Manakala Chelsea gah di persada liga dengan 13 mata. Pertemuan musim lepas di Emirates berakhir dengan keputusan seri 0-0.


Arsenal kelihatan lebih mantap dibarisan serangan walaupun ketiadaan Van Persie. Diaby membuktikan beliau mampu menggantikan Song. Manakala Carzola pula sentiasa merbahaya apabila beliau memegang bola. Namun kegoyahan kawalan zon di barisan pertahanan Arsenal mungkin boleh dieksploitasikan oleh Chelsea.


Mata, Harzard dan Oscar membuktikan mereka bertiga boleh bermain bersama dan memberi ancaman kepada pasukan lawan. Hanya yang bermasalah sekarang ini ialah Torres dan pertahanan Chelsea yang mudah hilang fokus. Inilah masalah utama yang perlu segera diatasi oleh pasukan Chelsea.


Ramalan: Arsenal 1-2 Chelsea FC
LA LIGA SPAIN: PERLAWANAN 6
Sevilla vs Barcelona



Barcelona dengan 15 mata maksimum selepas 5 perlawanan. Sevilla juga dengan rekod tanpa kalah mereka dan telah mengumpul 11 mata untuk menduduki tangga ke 4 La Liga. Sevilla berjaya menewaskan Real Madrid tempohari hasil jaringan pemain tengah berbangsa Jerman, Piotr Trochowski. Gandingan Rakitic dan Navas pula memudahkan tugas Negredo untuk menjaringkan gol bagi pasukan Sevilla. 4 gol setakat ini dari Negredo sudah pasti merisaukan peminat pasukan Barcelona.


Bagi Barcelona pula, kejayaan menewaskan Sevilla kelak akan mengukuhkan kedudukan mereka di dalam La Liga.  Rasanya mereka tiada masalah besar unutk melakar kejayaan pada hujung minggu ini. Hubungan cinta antara Messi dan David Villa kembali mekar selepas mereka berdua menafikan berlaku perselisihan antara mereka. Mereka juga memiliki Sanchez, Fabregas dan Song yang bila-bila masa sahaja boleh di panggil beraksi dalam pasukan utama. Namun masalah kecederaan pertahanan tengah Barca (Pique) mungkin merencatkan sedikit perancangan Vilanova.


Sevilla mungkin boleh mengejutkan anak buah Vilanova dengan ketiadaan pertahanan yang mantap dalam pasukan Barcelona itu. Mascherano yang tidak berapa nak tinggi itu amat tidak sesuai beraksi sebagai pertahanan tengah.


Ramalan: Sevilla 1-3 FC Barcelona

BUNDESLIGA : PERLAWANAN 6
F. Düsseldorf vs Schalke 04


Huntelaar bergaya comel...konon

Sesungguhnya pasukan Dusseldorf adalah sangat misteri. Kembali ke Bundesliga selepas 15 tahun terpelosok di bawah liga utama Jerman. Ketika ini menduduki tangga ke-5 (2013–14 UEFA Europa League play-off round) dengan rekod tanpa kalah dan mengumpul 9 mata. Satu mata dibelakang Schalke 04. Mempunyai barisan pemain yang terhad bakatnya. Namum tumpukan perhatian kepada Ken Ilsö dan Dani Schahin yang mampu memberi ancaman ke kubu penjaga gol Schalke 04, Lars Unnerstall.


Bagi Schalke 04 pula, mereka wajib menang ke atas pasukan yang baru sahaja naik divisyen ini. Perlawanan terakhir mementang Mainz, mereka menang 3-0 dan Lewis Holtby serta Farfan berjaya melakukan jaringan gol. Huub Stevens juga masih yakin dengan kemampuan Huntelaar dan sudah pasti penyerang pasukan Belanda itu diturunkan untuk menjaringkan seberapa banyak gol menentang Düsseldorf  ini.

Elemen kejutan memang selalu berlaku di dalam Bundesliga. Pertemuan pasukan ke-4 dan 5 ini semestinya menarik untuk ditonton bersama keluarga angkat di Bagan Lalang.


Ramalan: F. Düsseldorf 0-2 Schalke 04




Tuesday, September 25, 2012

BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan



Salam Haji yang bakal tiba..setelah hampir sebulan liga bolasepak Eropah bermula, sudah mula kedengaran sayup-sayup dari jauh suara pekikan dan lolongan dari peminat bolasepak di Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Malaysia begitu minat dengan bolasepak Eropah terutamanya dari England. Adakah ini semua dek kerana negara kita adalah bekas jajahan British yang maha loghat perangainya itu? Kenapa kita tidak meminati Liga Jepun dan Portugal seperti asyiknya kita menonton aksi 'diving' pemain-pemain Manchester United di dalam kotak penalti? Persoalan ini juga saya letakkan dalam kepala otak anda semua kerana pilihan jawapan ada pada kamu.



Di Malaysia ini boleh dikatakan penyokong Liga Inggeris adalah yang terpaling ramai. Payah kita nak melihat atau mendengar anak muda bergaduh bercerita tentang hancur lodohnya ketika ini pasukan AC Milan. Atau apakah konflik sebenar dalam pasukan Real Madrid? Jarangya sama seperti kita mendengar lelaki berkahwin empat. Jarang-jarang...Jikalau adapun yang bercerita bolehlah dikatakan 20% sahaja dari tajuk perbualan topik bolasepak harian mereka. Bayangkan pemain Liga Perdana Inggeris seperti Michu pun boleh menjadi tajuk perbualan, sedangkan aksi cemerlang Mandzukic langsung tak terkeluar dari molot mereka semua. Itulah dahsyatnya penangan BPL ini.


Apa yang lebih menarik juga, kita semua bukan sahaja mengetahui siapa isteri dan aweks pemain bolasepak BPL, malahan juga mengetahui nama pengadil yang saban minggu membuat aksi-aksi sarkis di tengah padang. Kita juga turut mengetahui pasukan kegemaran pengadil tertentu dan hal seperti ini sudah pasti menjadi isu besar sekiranya berlaku keputusan yang mencurigakan di atas padang. Perkara seperti ini amat berbeza di Malaysia. Kita hanya mula mengenali seseorang pengadil itu selepas beliau ditangkap akibat rasuah. Ini pun boleh dikira suci daripada ditangkap akibat khalwat dengan isteri orang. Eh, itu bukan pengadil ek??? Itu penjada gol kebangsaan ek?Ek?Ek?



Permainan cantik? Itu mungkin jawapan yang kurang tepat. Yang adapun pasukan yang bermain cantik di BPL sekarang ini sudah 7 tahun kempunan piala. Kempunannya mereka bagaikan unta padang pasir yang dahagakan air zam-zam. Tidak seperti Barcelona dan Real Madrid yang bermain cantik seiring dengan kejayaan yang mereka perolehi. Manakala pasukan paling bersejarah di England pula hanya gah dengan kejayaan silam mereka dan masih yakin mampu buat 'comeback' dari ketinggalan 3 gol. Inilah antara mimpi indah yang tak kesampaian dan kadangkala ia boleh menjadi bahan ejekan rakan sepermainan yang bercakap ikut sedap 'molot' ajek. Jangan sampai ada yang jadi tajuk depan Harian Metro sudahlah...



Selain itu ada juga 'molot-molot' sumbang yang bangga dengan kejayaan mereka selepas pasukan 'kesayangan' dibeli oleh saudagar arab lalu membiaklah secara tiba-tiba puak biru cair di arena bolasepak BPL tempatan. Saya tidak marahkan mereka sekiranya umur mereka adalah sekitar 7 ke 12 tahun. Tetapi yang menjadi pelik adalah jika umur mereka adalah 20 tahun ke atas. Celah mana 'pulok' mereka semua menyorok ketika Darius Varsell dan Paul Dickov mula mencari keserasian di antara mereka? Atau kenalkah puak biru cair ini kepada Ali Benarbia dan Marc-Vivien Foe? Jika tidak kenal, maka serupalah mereka semua ini seperti peminat hoki menonton sukan kayak. Tiada faedah, tiada hasil.



Kita tidak boleh dipaksa atau memaksa seseorang itu untuk memilih pasukan kegemaran masing-masing. Namun kita boleh membuat pilihan bijak supaya tidak nampak sangat kebodohan yang ada pada diri kita. Dimanakah letaknya maruah jika menang sesuatu perlawanan hanya atas ehsan pengadil? Apakah makna indahnya permainan bolasepak jika saban musim hanya mampu menjadi pelengkap 'big 4'? Apa sangatlah yang ada pada kejayaan sejarah silam sedangkan ia hanya layak mejadi tontonan di History Channel? Seronok sangatkah menjadi pasukan kaya raya yang dibenci?


Jika anda semua menghayati hasil tulisan diatas, ia merupakan secebis sindiran dan cacian halus yang mungkin boleh meninmbulkan pergaduhan. Pergaduhan yang berpanjangan. Pertengkaran molot yang tiada penamatnya. Jika tidak mahu 'dihanjeng-hanjengkan', maka berlalulah kamu pergi menyokong Liga Samoa. Sebab itulah entri kali ini bertajuk BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan.




Saturday, September 22, 2012

EP 3:Fokus Bola Eropah 2012



Schalke 04 vs Bayern Munich


Pendahulu Liga, Bayern  Munich akan ke Veltins Arena untuk bertembung dengan pasukan tempat ke-4 Bundesliga ketika ini iaitu Schalke 04. Kedua-dua pasukan masih belum kalah dalam 5 perlawanan terakhir mereka. Ini membuktikan pertembungan mereka akan menjanjikan sesuatu yang menarik.


Schalke 04 dalam 5 perlawanan terakhir mereka termasuk UEFA Champions League telah menjaringkan sejumlah 14 gol. Manakala Bayern Munich sudah mengumpul sebanyak  18 gol. Dari segi statistik serangan memang kelebihan berpihak kepada pasukan Bayern Munich. Namun Schalke 04 juga tidak kurang hebatnya dengan Papadopoulos mantap di pertahanan serta gandingan Farfan dan Huntelaar yang semakin serasi dan mendatangkan bahaya kepada pihak lawan mereka.


Sangat menarik untuk melihat bagaimana kedua pasukan ini bertarung selepas mereka mengharungi perlawanan Champions League pada pertengahan minggu. Huntelaar dan Schweinsteiger akan menjadi penentu kepada pasukan mana yang akan memenangi pertemuan ini.


Ramalan : Schalke 04 1 - 1 Bayern Munich.



Liverpool vs Manchester United



Panas dan membara. Itulah yang boleh diibaratkan pertemuan antara dua pasukan yang bermusuh sejak King Kenny belum tumbuh misai lagi. Kini dengan persengketaan terkini berpunca dari cinta tak berbalas Evra kepada Suarez. Sebenarnya tidak susah untuk memilih siapa pemenang dalam pertembungan penuh sejarah ini. Manchester dengan barisan pemain baru yang hebat, boleh menenggelamkan Liverpool hanya dalam sekelip mata sahaja. Tetapi harus diingat Liverpool seakan-akan masuk hantu apabila bertemu pasukan 'Red Devils' ini.


Prestasi Rodgers akan kurang memberansangkan. Kekurangan sengat dibahagian pertahanan menunjukkan itu adalah kelemahan ketara mereka. Nampaknya Liverpool hanya mengharapka Suarez untun menghuru-harakan Manchester United. Bagi Alex Ferguson pula, tiada apa yang perlu dirisaukan ketika ini kerana para pemain mereka berada dalam prestasi terbaik dan memuaskan. Namun aksi menentang Galatasaray tempohari ada meninggalkan gusar di hati beliau.


Pertemuan berat sebelah ini semestinya akan dimenangi oleh pasukan Syaitan Merah. Ya! Hanya ada satu merah sahaja!!!

Ramalan : Liverpool 2 -3 Manchester United.



Thursday, September 20, 2012

Bakor line menjelang Suku Akhir Piala Malaysia 2012




Pahang vs Singapura :25 September 2012 (Selasa)




"Saya setuju 100% yang pasukan gajah duduk peliharaan Soltan Sola akan tundok kepada Singa yg pora2.. 'Ibarat gajah liar mamai tersusuk pelali'..Ramalan saya pula Singapora 4 Pahang 0" - Saudara Yassir Zain Peminat Tegar bolasepak era Semi Pro.



"Dahulu saya tak paham kenapa Zed Zaidi begitu benci pada Aaron Aziz. Namun kini saya sudah mengerti kenapa. Mereka sangat semak dan Pahang mesti mengalahkan Singapora 3-1."- Attaphol Buspakom bekas pemain import Pahang tahun 1989-91 dan 1994-96.
 
 
Johor FC vs Selangor :25 September 2012 (Selasa)
 
 
"Jodoh Johor FC dan Selangor sangat kuat. Bagaikan Fazura dan ehem-ehem itu..Tetapi kali ini Johor FC tidak akan tewas mudah kepada pasukan Misi 33 yang tak berapa nak ada tuh. Johor FC akan menang 2-0." - Hassan Miskam Lagenda Bolasepak Johor dan Selangor.



"Memang benar ada pepatah Acheh menyebut 'Don't mess with the tempe eater'. Tapi saya tak sangka pula ia menyerap masuk kedalam badan Wak Amri Yahyah. Kalau macam ginilah gayanya, memang kompem Selangor menang 3-2." - Tony Cottee pemain import Selangor yang dibenci.
 
 
ATM vs Negeri Sembilan :28 September 2012 (Jumaat)
 
 
"Kami ada kereta kebal dan Hairuddin Omar. Dengan penggunaan teknik nano Hai-O, Insya'allah kejayaan milik kami. Menentang Nogori amat mudah bagi kami bagaikan perlawanan bertemu kelab Divisyen 5 Timur Leste." - Pesara Ashkar memberi komen angkuh.
 
 


 
 
"Kenangan manis melihat Ayu Raudah turun ke Stadium Paroi sambil terkinja-kija bersorak akan kami ingat sampai bila-bila. Namun tiada yang lebih manis apabila melihat Ayu Raudah menangisi kekalahan pasukan suaminya selepas pertemuan menentang Nogori nanti." - Shukor Adan bermadah lembut dalam bahasa ibunda.
 
 
KL Felda vs Kelantan :29 September 2012 (Sabtu)



"Jangan tak tahu yang kami ada pemain hebat yang bakal membuat pasukan Kelantan menggigil lutut apabila mendengar namanya. Ya!!Fakri Saarani adalah orangnya. Mempunyai beliau didalam pasukan Felda adalah sama seperti memiliki Messi dalam pasukan Argentina. Tiada bezanya. Felda menang 4-0." - Makcik Felda Bera mengulas dalam nada bongkak .
 
 
 
 
 
"Kami ada bakat sehebat Mat Yo dan Indra Putra. Kami ada rupa sekacak Khairul Fahmi dan Mat Ghaddar. Mengalahkan pasukan sayor seperti Felda dan seterusnya menjuarai Piala Malaysia hanya akan menjadikan pasukan Kelantan sehebat Liverpool. Huh!!!!." Halim Napi bekas penjaga gol Terbilang Kelantan..

Tuesday, September 18, 2012

Pilot:UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/13




Real Madrid CF  vs Manchester City FC
Siaran Langsung Astro 817

( 2:45 AM ) 19 September 2012


Real Madrid sedang berada dalam prestasi terburuk mereka. Ketinggalan 8 mata kepada Bacelona selepas hanya 4 perlawanan adalah malapetaka buruk bagaikan ribut pasir disiang hari buat Mourinho. Manakala Manchester City pula mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah kuasa baru bolasepak dunia dengan berTUANkan duit semata-mata.. Pertembungan menarik antara kedua-dua Juara Liga ini pasti akan meninggalkan kesan sejarah kepada bolasepak dunia...kononyalaaaa..
REAL MADRID

Casillas
Arbeloa, Ramos, Pepe, Marcelo
Alonso, Khedira

Ozil, Modric, Cristiano Ronaldo
Benzema

 
 
MANCHESTER CITY

Hart
Maicon, Kompany, Lescott, Clichy

Yaya Toure, Barry
Silva, Nasri
Tevez, Aguero
 
 
 
 
 
 
Chelsea FC vs Juventus
Siarang Langsung Astro 817

( 2:45 AM ) 19 September 2012
 
Tiada yang lebih agung daripada perlawanan ini yang menemukan antara Juara Bertahan UCL 2011/12 dan Juara Serie A musim lepas. Prestasi semasa membuktikan kedua pasukan ini adalah hebat dan mantap. Chelsea sedang memimpin Liga Perdana Inggeris dengan mendahului Manchester United yang tak berapa 'power' dengan 1 mata. Manakala Juventus dengan selesa menduduki tangga pertama Serie A ketika ini bagaikan Firaun di atas tahktanya. Barangsiapa terlepas menyaksikan perlawanan ini bermakna mereka kekurangan rukun hidup dalam bolasepak.
 
 
 

FC Bayern München vs Valencia CF
Siaran Langsung Astro 810

( 2:40 AM ) 20 September 2012


Valencia bukanlah lawan yang mudah bagi Bayern Munich. Namun barisan pemain Bayern yang hebat dan berstatus bintang mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk menjinakkan Valencia. Mandzukic tidak boleh berhenti menjaringkan gol pada ketika ini akibat daripada kehebatan yang tak terbendung. Kehadiran Schweinsteiger di bahagian tengah pula sudah pasti akan mendatangkan gusar kepada anak buah Mauricio Pellegrino. Hanya penjaga gol Valencia sahaja iaitu Diego Alves yang menjadi harapan mereka kerana berjaya merekodkan 2 perlawanan tanpa bolos ketika bersama pasukan Brazil. Hobin Bayern Hobin!!!

Monday, September 17, 2012

Preview Suku Akhir Piala Malaysia 2012.



Salam..saingan Piala Malaysia telah masuk peringkat suku akhir. Percaya atau tidak...semua pasukan ramalan saya untuk mara ke suku akhir adalah tepat belaka kecuali Felda United dan Pahang. Tak percaya? bole baca disini (http://hadriegas.blogspot.com/2012/08/piala-malaysia-2012.html). Lupakan Van Persie dan 'kehebatan' Liverpool buat sementara. Ada yang lagi penting ketika ini iaitu Piala Malaysia. Walaupun jadual suku akhir berserabut akibat terserentak dengan Piala AFC dan Piala Sultan Selangor, namun ia tidak menghalang FAM yang hebat merombak jadual menjadi sangat teratur dan memuaskan semua pihak. Memang benar FAM pakar dalam membuat rombakan.


Mari kita lihat analisis dan peluang satiap pasukan yang layak ke sukuk akhir pada Piala Malaysia 2012 ini. Mampukah Azraai Khor pergi lebih jauh? Ataupun Sang Singa 12 kembali menjadi juara selepas kali terakhir memenanginya pada tahun 1994? Semuanya akan terjawab kelak. Mari kita nantikan bersama...


Pahang lawan Lions XII FC


Ini bukan Pahang ketika era 90-an dahulu dimana Zainal Abidin Hasan mendatangkan gerun kepada pemain Singapura dengan wajah negronya. Namun peningkatan yang ditunjukkan Pahang FA amat mengkagumkan. Sejak terpelosok ke Liga Perdana, anak buah Dollah Salleh kini sudah insaf. Pembangunan pemain-pemain muda juga mula dipandang serius oleh Soltan Bola. Hasilnya kini mereka sedang dalam proses memburu kejuaraan Piala Malaysia yang ke-3. Ya hanya yang ketiga. Amat berbeza dengan Singapura yang sedang mencari Piala Malaysia mereka yang ke-25 untuk dibawa ke seberang tambak.


Azamuddin Akil aka Alex..tiada pertalian persaudaraan dengan Najib Razak.


Pahang dalam misi penting menewaskan Singapura kerana sudah pasti seluruh rakyat Malaysia berdiri teguh di belakang bontot Soltan Bola. Namun mengharapkan Pahang menewaskan Singapura adalah sama seperti menyimpan angan-angan menunggu Liverpool menewaskan Real Madrid. Ia amat mustahil untuk dilakukan pada zaman ini. Singapura amat mantap di semua posisi terutamanya apabila mereka beraksi di Jalan Besar. Tetapi mereka juga bukanlah pasukan yang kebal. Oleh itu, Pahang wajib mengambil kesempatan sepenuhnya keitika bermain di Darul Makmur. Sekiranya semua berjalan lancar, tidak mustahil Pahang akan ke Separuh Akhir selepas kali terakhir muncul di pentas Final pada 1997.


Ramalan Guru Silat Gayong: Singapura layak ke separuh akhir.


Johor FC lawan Selangor


Wak Am THE TEMPE WARRIOR.

"Don't mess with the tempe eater"...mungkin itulah kata-kata azimat yang sentiasa dipegang oleh Amri Yahyah. Bagaikan Perwira Tempe yang mengamuk sakan. Selepas digantung 3 perlawanan beliau kembali dengan paru-paru baru lagaknya. Membantu Selangor yang hampir terkelucai layak ke suku akhir dengan penuh bergaya. Itulah dia Amri Yahyah. Namun yang pasti individu yang paling lega ialah semestinya Irfan Bakti. Beliau sememangya tidak mahu melihat Selangor menamatkan musim ini tanpa piala. Dengan bakat terhad yang dimiliki Selangor ketika ini, pencapaian mereka setakat ini boleh dikatakan terpuji. Terpuji sangaaaaaat....


Johor FC pula secara konsisten telah layak ke suku akhir untuk kesekian kalinya. Pencapaian yang amat hebat untuk sebuah pasukan berstatus kelab. Pencapaian seperti inilah yang membuatkan Roman Riquelme menawarkan diri untuk beraksi dengan Johor FC dan bukannya Johor FA. Jika diambil kira prestasi semasa ketika ini, Johor FC boleh menewaskan Selangor. Itupun sekiranya para pemain Johor FC mengamalkan pemakanan tempe secara kerap menjelang pertemuan dengan Selangor ini. Mampukan MISI 33 dilaksanakan? Atau Johor FC akan membuat kejutan pada edisi kali ini?



Ramalan Cikgu Sandaran: Selangor menewaskan Johor Fc.


KL Felda United FC lwn Kelantan



Pasti panas pertemuan ini nanti...


Kebangkitan pasukan KL Felda United ini tiada kena mengena dengan kenaikan Saham Felda Global Ventures yang mencanak-canak bagaikan pucuk kadok terkena cahaya mentari pagi. Alangkah manis sekiranya Felda memenangi pertemuan ini. Sudah pasti ramai pakcik makcik Felda akan melonjak kegembiraan meraikannya. Farderin Kadir merupakan nadi penting pasukan Felda. Jika beliau mula menjaringkan gol, maka Kelantan dalam keadaan bahaya. 


Kekuatan Kelantan sudah diketahui oleh semua umat Malaysia. Mungkin inilah masanya untuk mereka menambah koleksi Piala Malaysia yang ke-2. Kuasa bolasepak baru ini perlu membuktikan mereka boleh mengimbangi pasukan ketika bermain dalam banyak kejohanan musim ini. Masalah kecederaan dan kepenatan tidak boleh dijadikan alasan sekiranya mereka terkandas di peringkat ini. Bojan Hodak sudah bersedia mengukir 'treble'  dalam lipatan sejarah bolasepak Kelantan.

Ramalan Makcik Felda: Kelantan mara ke Separuh Akhir.


ATM lwn Negeri Sembilan

Dahulu "Musuhnyo Habis Binaso"....



Percayakah anda ATM pernah menjadi Naib Juara Piala Malaysia sebanyak 2 kali? Kini dengan transformasi penuh yang mereka tekah lakukan, tidak mustahil mereka akan bergelar Juara pada 2012 ini. Mencilok Hairuddin Omar dan beberapa pemain negeri sembilan yang lain adalah satu tindakan bernas serta bijak bagaikan otak Sang Kancil. Mungkin Sathianathan boleh menjadikan Hairuddin Omar sebagai pemain pertama yang memenangi dan menjaringkan gol di Perlawanan Akhir Piala Malaysia 4 kali berturut-turut.


Namun ATM bukanlah menghadapi lawan semudah Liverpool. Juara bertahan, Negeri Sembilan pasukan yang sangat misteri apabila tiba di kancah Piala Malaysia. Mereka sangat memahami cara untuk memenangi Piala Malaysia tepat pada waktu dan ketikanya. Untuk menenewaskan Negeri Sembilan memerlukan kepakaran seperti Pep Guardiola. Azraai Khor adalah seorang jurulatih yang tenang dan gandingannya dengan 'Ketua Peragut' Shukor Adan pastinya mendatangkan gerun kepada sesiapa jua yang menentang mereka. Pertembungan yang sangat menarik untuk dilihat dan disaksikan bersama sahabat handai di kedai mamak.


Ramalanku benar belaka: ATM melakar kejutan terbesar menewaskan Juara Bertahan.


Perlawanan Suku Akhir pertama Piala Malaysia 2012.


21 Sep 2012 | Jumaat 

Pahang vs Lions XII - Stdm Darulmakmur
Johor FC vs Selangor - Stdm Jcorp P.Gudang

28 Sep 2012 | Jumaat

Felda Utd vs Kelantan - Stdm Hang Jebat
ATM vs N.Sembilan - Stdm MP Selayang

Perlawanan Suku Akhir kedua Piala Malaysia 2012. 

26 Sep 2012 | Rabu

Lions XII vs Pahang - Stdm Jln Besar
Selangor vs Johor FC - Stdm Shah Alam

2 Okt 2012 | Selasa 

Kelantan vs Felda Utd - Stdm Sultan Muhammad IV
N.Sembilan vs ATM - Stdm STAR Paroi

Friday, September 14, 2012

EP 2: Fokus Bola Eropah 2012



LA LIGA SEPANYOL
Atletico Madrid vs Rayo Vallecano


Atletico Madrid masih lagi dalam 'mood' kejayaan menewaskan Chelsea dalam Piala Super Eropah tempohari. Dengan prestasi Falcao yang semakin menjadi-jadi, sudah pasti Vallecano akan menghadapi satu tempoh yang sukar apabila pertemuan ini berlangsung. Setakat ini Madrid baru sahaja melalui 2 perlawanan dan mengumpul 4 mata meletakkan mereka di tangga ke-8 Liga. Namun dengan persembahan mantap sejak kebelakangan ini, menjadikan mereka pilihan dalam pertemuan menentang Vallecano.


Rayo Vallecano pula memulakan kempen musim ini dengan cemerlang apabila berjaya menewaskan Granada dan Betis berturut-turut sebelum seri menentang bekas Juara Piala Europa 20096 dan 2007, Sevilla dengan keputusan 0-0. Kebangkitan awal Vallecano ini banyak dibantu oleh persembahan mantap penyerang muda dari Brazil yang berumur 20 tahun iaitu Leo Baptistao. Gandingan beliau dan pemain tengah Trashorras benar-benar memberi impak pada Vallecano di awal musim ini.


Namun begitu, para 'bookies' bersepakat memilih Atletico Madrid sebagai pemenang dengan menewaskan Vallecano 3-0.



BUNDESLIGA JERMAN
Borrusia Dortmund vs Bayer Leverkusen


Penyandang juara musim 2011/2012 Dortmund akan melayani kunjungan Naib Juara Liga musim 2010/2011 Leverkusen dalam aksi ke-3 Bundesliga hujung minggu ini. Dortmund memulakan kempen Bundesliga dengan langkah kanan apabila menang menentang Werder Bremen sebelum seri bertemu Nurnberg 1-1. Walaupun spekulasi perpindahan Lewandowski menyelubungi kem Dortmund, namun ia bukan pengahalang untuk mereka menewaskan Leverkusen. Walaupun Dortmund diundi dalam kumpulan maut di Champions League, namun fokus mereka dalam Bundesliga masih tidak terganggu.


Dengan hanya aksi di Liga Europa yang menjadi taruhan Leverkusen, sudah pasti mereka memandang serius setiap pertemuan dalam Bundesliga musim ini. Namun musim ini mereka sudah mengalami kekalahan pertama bertemu Eintracht Frankfurt yang ketika ini menduduki tangga ke-2 Bundesliga. Dau pertemuan menentang Dortmund musim lepas tidak memihak kepada mereka apabila hanya mampu tewas dan seri. Lars Bender akan menjadi antara watak penting dalam perlawanan ini. Ditambah pula dengan pertahanan mantap dari Philipp Wollscheid, ini bermakna tiada jalan mudah buat Dortmund.


Sebulat suara ahli peramal memilih Dortmund akan menang 2-1. Walaupun payah, tetapi sedikit kualiti dalam pasukan bimbingan Jurgen Klopp akan membuat Leverkusen bersedih.


 

BARCLAYS PREMIER LEAGUE

Everton vs Newcastle


Everton menewaskan Manchester United 1-0 dalam perlawananan permbukaan. Diikuti dengan kejayaan menjinakkan Aston Villa 3-1. Namun selepas itu secara mengejut tewas kepada pasukan yang sedang berada pada kedudukan ke-3 ketika ini Liga iaitu WBA. Berita kecoh mengenai perpindahan Fellani sedikit sebanyak mengganggu persedian pasukan Everton menentang seteru sama tara kekuatan, Newcastle. David Moyes pasti pening memikirkan siapa yang hendak diturunkan andainya Fellani enggan beraksi seperti biasa pada pertemuan ini.


Newcastle dan Everton musim lepas masing-masing memenangi pertemuan Liga di tempat sendiri. Ini membuktikan kekuatan mereka sama tara. Tetapi barisan serangan milik Alan Pardew sedikit mengatasi pasukan Everton. Musim ini mereka sudah kembali memiliki Ben Arfa yang setakat ini telah menjaringkan 2 gol. Ba dan Cisse pula sentiasa mendatangkan bahaya kepada mana-mana juga pertahanan yang mengawal mereka. Tugas sukar menanti Jagielka dan rakan-rakan.


Adakah Newcastle berjaya menewaskan Everton? Ahli jemaah meramalkan kedua pasukan akan seri 2-2. Semua orang gembira.

Tuesday, September 11, 2012

Bedah Siasat: Malaysia kalah lagi...




Semua dah dengar alasan King Gopal selepas kekalahan kepada Vietnam. Namun kita tak dengar satu pun pengakuan beliau tentang kesilapan taktik dan strategi yang beliau lakukan. Jangan risau...segala kajian telah dibuat dan akhirnya berikut adalah beberapa kesilapan Raja dan pemain ketika perlawanan menentang Vietnam:


  • Terlalu sayangkan Bunyamin Omar sehingga sanggup mengeluarkan Gary Steven Robat. Jelas gol pertama Vietnam berpunca daripada kelembapan otak Bunyamin untuk membuat hantaran silang dengan tepat dan pantas. Gol kedua juga bocor daripada sebelah kanan tempat Bunyamin Omar.

  • Faizal Muhammad tidak wajar diberikan aksi kesebelasan utama. Dia terlalu perlahan dan malas. Aidil suka naik ke atas. Oleh itu gandingan beliau mestilah seorang pemain yang lebih penyabar dan duduk terpaku di depan Farizal Marlias atau Khairul Fahmi. 

  • Meletakkan Mahali pada posisi yang janggal iaitu 'defensive midfielder'. Ini menjadikan Mahali seakan-akan hilang punca. Beliau kembali cemerlang selepas diletakkan kembali ke posisi kegemaran iaitu bek kanan. Kalau kita lihat dibangku simpanan sudah ada pemain tengah bertahan yang mantap seperti Shukor Jusoh dan Shakir Shaari. Seperti dijangka...Shakir terkulat-kulat di tepi bangku simpanan.

  • Jayaselan bukan Kunalan. Ini sangat mudah. Semua boleh faham kan...

  • Azamuddin Akil mengatasi Wan Zack. Corak kampung ganas huru-hara yang 'Alex' pamerkan sebenarnya lebih merbahaya daripada aksi 'control macho' Wan Zack. 'Alex' wajar mendapat 'automatic selection' dalam pasukan Malaysia sekiranya prestasi ini dikekalkan.

  • Meletakkan Safee Sali di bangku simpanan adalah ibarat pasukan Sweden beraksi tanpa Zlatan Ibrahimovic. Ini antara perkara 'basic' yang Rajagopal sendiri tidak faham. Pemain seperti ini penting untuk menaikkan moral rakan sepasukan dan kehadiran beliau di atas padang amatlah penting.

  • Zaquan Adha belum bersedia lagi untuk aksi peringkat antarabangsa. Ketika di ATM musim ini, Zaquan Adha bermain sebagai pemain sayap kanan. Itupun baru sahaja pulih daripada kecederaan dan terus mendapat panggilan dari Rajagopal. Seorang lagi anak ikan Rajagopal.


Nasik dah jadi bubur..jadi terpaksa telah sahaja kekalahan ini...alaaaaah...macam tak biasa pula kalah. Namun saya tertarik dengan komen daripada seorang sahabat lama saya. Berikut saya abadikan komen beliau selepas membalas kenyataan Rajagopal mengenai kekalahan menentang Vietnam.

"Ini merupakan suatu kesedaran yang bagus untuk pemain2 kita. Saya tak berapa risau kerana saya tahu bila pemain kita akan bersedia.." Datuk Rajagobal after the friendly match loss against Vietnam.

Status terbuka kepada Datuk K. Rajagobal

In my humble opinion Datuk, kepala hotak ko! Why can't we approach any A-listed friendly match like any other tournament finals? Do you think Brazil will line up their 3rd choices for matches against the likes of China - to test combinations, to give "kesedaran", to prepare to lose so that they can perform in World Cup finals? It reflects your poor mentality and exposes lame excuses. Why can't we give our best in these national friendlies? The "experiments" should have been limited to matches against clubs in Hungary, Austria, Timbuktu etc.. Where is your pride, of producing the best every time you're being accounted to? Was it because you've been at helm for a long period that you allowed this complacency, sub-par performances and stupid excuses to breed? Poor judgement for someone who got Datukship for "lifting up our national football standard". They should consider to withdraw that Datukship to give you "kesedaran" and to give it back only when you are "bersedia".


BOGEL!!!!!!!


Preview Malaysia vs Vietnam : Dari kaca mata hanjeng.




Pengenalan
 
Salam..hah??nama pun perlawanan bolasepak..tak kisahlah persahabatan ke..permusuhan ke..yang penting mesti kena mahu menang. Jikalau tiada mentaliti untuk menang, al-maknanya lingkuplah pasukan Harimau Malaya ini. Sedangkan budak sekolah bermain bola waktu petang pun bergaduh mahukan kejayaan mutlak. Menang bermakna hebat. Kalah adalah sayur bayam ataupun kobis bunga.
 
 
Isi Kandungan
 
 
Pada malam ini sekali lagi kita disajikan perlawanan persahabatan antara Harimau Muda bertemu Vietnam. Jika pada 1980-an dahulu, bertemu Vietnam ini samalah sahaja ibarat berlawan menentang Timor Leste ataupun Brunei pada ketika ini. Namun kini keadaan sudah berbeza. Vietnam dengan 10 ranking di atas Malaysia bagaikan pasukan Japan di hati peminat bolasepak Malaysia yang masih hijau. Ibarat hampir mustahil untuk mengukir kejayaan walaupun beraksi di Shah Alam. Jika seri adalah rezeki. Jika kalah, redhaaaaa....
 
  
Sebab itulah awal-awal lagi King Raja tidak mahu meletakkan sebarang janji pada pertemuan ini. Takut dibahan mati-matian barangkali mungkin sekiranya Malaysia kalah pada malam ini. Tetapi kita faham situasi beliau. Bak kata pepatah sebuah pasukan yang dah lama tak menang piala "IN RAJAGOPAL WE TRUST' . Akibat 'trust' yang berpanjangan inilah kita semua akan menangis teresak-esak...
 
 
Saya tiada masalah dengan siapa yang akan diturunkan pada malam ini. Ini kerana pemain-pemain kita semuanya berbakat dan kesengalan mereka lebih kurang sama sahaja. Maaf cakap lah ye...Kalau yang cerdik pun mungkin Khairul Fahmi dan Farizal Marlias. Hanya posisi ini sahaja yang begitu mantap. Kehadiran Amir Taj dan Aidil pula akan memberi lebih perlindungan kepada penjaga gol kita pada malam ini. Sebelah kiri dan kanan pertahanan pula adalah lebih manis andainya Zubir Azmi dan Bunyamin yang memulakan aksi. Jangan risau kerana kita masih memiliki Mahali Jasuli, Fadli Shas, Faizal Muhammad, Muslim Ahmad dan Azmi Muslim.
 
 
Gary Steven Robat yang menolak bulat-bulat tawaran beraksi bersama F.C Koln mungkin akan mengisi bahagian tengah bersama Safiq Rahim. Meninggalkan Shakir Shaari seperti biasa terkulat-kulat di bangku simpanan. Bahagian sayap pula boleh diisi oleh Wan Zack, Azamuddin Akil, Christie Jayaselan dan juga pemain Lutut Kuat, Zaquan Adha. Pemain Terengganu, Shukor Jusoh pula yang bebas rasuah sentiasa bersedia beraksi andai dipanggil oleh King Raja.
 
 
Safee Sali, Badrol Bahktiar dan Mat Yo sekali lagi akan berhempas pulas untuk mencuba menjadi mesin gol. Setiap daripada mereka ada kelebihan tersendiri. Kepada mereka semualah kita letakkan harapan. Bermainlah ibarat kita beraksi di Piala Dunia walaupun sasaran sebenar kita adalah untuk layak ke Piala Dunia 2058 secara merit. Huh!!!
 
 
Penutup
 
 
Mungkin semua tidak perasan..ataupun buat-buat tidak tahu. Saya telah tertinggal menyebut nama seorang pemain yang hebat dalam membuat gerakan tanpa bayang. Beliau bukanlah model minuman 100 plus ataupun model papan iklan moto SYM. Beliau hanyalah seorang insan yang laju kerana mempunyai 3 pasang paru-paru. Tak lain tak tidak bukan...inilah HERO MUSOHNYO HABIS BINASO!!!!
 
"S. KUNALAN"
 
Sesiapa yang tak setuju dengan kehebatan beliau ini samalah sahaja dengan Soltan Bola. Mohon S. Kunalan dianugerahi gelaran Datuk S. Kunalan.
 
 
 
 
 
 

Raheem Sterling pemuda terbilang



  • Terpilih pada usia 17 untuk mewakili skuad senior England dalam pertemuan Kelayakan Piala Dunia Brazil 2014 menentang Ukraine.

  • Hanya membuat 5 penampilan sahaja untuk Liverpool setakat ini.

  • Kelahiran Jamaica dan mewarisi darah daging rakyat Jamaica yang serba laju (Usain Bolt dan Johan Blake).

  • Mendapat pujian menggunung daripada Yohan Blake selepas aksi cemerlang Sterling ketika menentang Manchester City. Namun ia belum cukup untuk mempengaruhi Sterling untuk mewakili Jamaica.

  • Dibeli oleh Jurulatih kesayangan, Rafa Benitez daripada QPR pada tahun 2010.


Maka beruntunglah anak muda ini apabila secara pantas dapat mewakili pasukan England. Ramai lagi sebenarnya yang hebat namun tidak pernah bertuah seperti beliau. Mungkin Uncle Roy berasakan anak muda ini mempunyai bakat tersembunyi. Atau juga seperti yang kita tahu Uncle Roy gemar dan sayangkan bekas-bekas anak didik dari kelabnya terdahulu, Liverpool.
 
Mampukah Sterling memberi cabaran secara konsisten kepada Wallcott? Ataupun kehadiran beliau akan hanya ibarat salji yang berguguran di musim sejuk? Kita nantikan sahaja pembangunan pemain ini. Sekalung terima kasih kepada bekas Guru Besar Rafa Benitez.

Wednesday, September 5, 2012

Penyu Lemas : Masihkah boleh bernafas?



"Sebuah pasukan perlu menjadi seperti Terengganu pada musim lepas, yakni bermain dalam Liga Super, bermain hingga ke perlawanan akhir Piala FA dan juga Piala Malaysia untuk mendapatkan sejumlah 44 perlawanan kompetitif. Dan itu pun ia masih kurang 1 perlawanan dari kadar purata 'standard' yang boleh kita sasarkan untuk mana-mana pasukan pro di seluruh dunia."


Ini cerita musim lepas. Musim ini amat berbeza. Tersingkir awal dalam Piala FA dan Piala Malaysia. Kempunan melihat jiran, Kelantan menjulang Liga Super. Apakah puncanya prestasi mereka jatuh menjunam? Pasukan ini pada mulanya dijangka akan menjadi kuat meskipun dengan ketiadaan Irfan Bakti dan Marzuki Yusof yang semakin tua. Manakan tidak, kehadiran beberapa tonggak tambahan dari Harimau Muda seperti Muslim Ahmad dan Shukor Jusoh memperlihatkan Terengganu seperti bakal menguasai musim 2012.


Setelah ketiadaan Irfan, pihak pengurusan segera mengambil Mat Zan Mat Aris, jurulatih yang pernah membawa kejayaan menjulang Piala Malaysia kepada Terengganu pada 2001. Namun jodoh beliau tidak panjang dengan Terengganu. Selepas 6 bulan, prestasi pasukan sedikit turun naik. Namun masih terkawal. Sejurus selepas pemergian beliau, Peter Butler mengambil alih pasukan. Secara kebetulan pula kedudukan Terengganu dalam Liga sedikit jatuh dari tangga ketiga ke tangga kelima. Manakala disaingan Piala AFC, mereke disingkirkan Kelantan.


Isu Mat Zan tidak habis di situ sahaja apabila gaji beliau tidak dibayar sepenuhnya mengikut tempoh sepanjang perkhidmatan beliau. Inilah kesannya apabila Persatuan Bolasepak Negeri diuruskan bagai sebuah Pejabat Tanah lagaknya. Namun Mat Zan sudah membawa kes ini ke Mahkamah Timbang Tara FAM. Entah apa reaksi FAM pun saya tak tahulaaaahh...FAM kaaaaan....


Pada mulanya kehadiran Butler dijangka akan mengembalikan era Guru Disiplin Irfan Bakti. Namun ia kelihatan samar-samar ayam. Mungkin peminat Gomo Kelate Gomo lebih mengenali beliau. Dalam kes Muslim dan Ismail, ingin saya persoalkan kenapa perlu keluar jam 3 pagi membeli panadol? Tidak ada 1st aid kah dalam kem pasukan? Fisioterapi pasukan coti kah? Peter Butler pula sepatutnya menyelesaikan isi ini secara tertutup bersama-sama pihak pengurusan. Apabila dah terbukti salah, barulah buat pengumuman. Awok pun satu...gelojoh bebenor...


Tentang Sharbinee pula, memang padanlah muka kau kena maki dengan Butler. Butler tidak seperti Rajagopal yang dah terkena panahan arjuna Sharbinee. Walaupun secara konsisten bengap ketika mewakili Terengganu dan Malaysia, tetapi wajah kacak beliau tetap ada dalam senarai pasukan kebangsaan. Bagi pendapat saya, SPRM sedikit lembat melakukan siasatan kepada beliau. Shabinee sepatutnya disoal selepas kita kalah 5-3 pada kelayakan Piala Dunia tahun lepas di Jalan Besar. 


Apakah masalah sebenar Terengganu? Selepas kali terakhir menjadi Juara Piala Malaysia 2001, mereka suram dengan kegemilangan sehingga munculnya Irfan Bakti pada 2010. Pada 2011 pula pelbagai kejayaan dimiliki mereka. Dengan hanya sekelip mata, pada 2012 segalanya berubah. Sesiapa yang biasa dengan budaya bolasepak Malaysia sudah pasti tahu apakah puncanya kejatuhan mendadak ini....adakah Terengganu sedang menunggu Saudagar Minyak menaja pasukan mereka? PUI!!!!!!

Jiwa Muda Totti.



Masih belum terlambat untuk mengucapkan tahniah buat si tua Totti dengan aksi cemerlang ketika dengan bersahaja menundukkan Inter Milan 3-1 hujung minggu lepas. Ketika semua mata tertumpu pada jaringan hatrik Van Persie dan kisah sedih Ronaldo. Totti masih dengan kaki emasnya yang kacak bergaya mencorakkan gol untuk AS Roma. TERBAIIKKK!!!