Malaysia 3 - Kemboja 2.
1. Perlawanan bermula dalam cuaca panas terik. Hati pun menjadi panas apabila terlihat nama Irfan Fazail berada dalam kesebelasan utama. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Apek sebagai penjaga gol. Dilindungi secara berjemaah oleh Shahrom Kalam, Shahrul Saad, Rizal dan Matt. Irfan ditemani Baddrol, Syazwan Zainon dan Wak Amri di bahagian tengah. Darren Lok dan Hazwan Bakri melengkapkan senarai 11 pemain bertemu Kemboja.
2. Dengan penuh garang Malaysia melakukan asakan dan serangan awal ke atas Kemboja. Satu tandukan dari Wak Amri ditepis keluar oleh penjaga gol Kemboja.
Sehinggalah satu kecelakaan awal melanda pasukan Malaysia. Hantaran ke belakang oleh Hazwan Bakri disambar penyerang Kemboja, Chan Vathanaka. Penjaga garisan mengangkat bendera offside. Pertahanan Malaysia juga berhenti berlari kerana menyangkakan perkara yang sama. Namun pengadil tetap tidak meniupkan wisel.
Dengan tenang penyerang Kemboja itu menewaskan Apek untuk jaringan pertama. Seluruh Malaya panas hati. Seawal minit ke-7 Malaysia sudah bolos.
3. Ketenangan. Itulah yang diperlukan oleh pasukan Malaysia selepas bolos awal. Gerakan demi gerakan diatur secara tertib. Hantaran lintang dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan.
Sehinggalah pada satu ketika hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Irfan Fazail sampai tepat ke kaki Syazwan Zainon yang mengawalnya dengan cermat. Beliau berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain Kemboja dan melepaskan rembatan kencang dengan kaki kanannya. Yaty tertewas. Akhirnya Malaysia berasa lega buat seketika.
Pada minit ke-36 kedudukan menjadi 1-1.
4. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1. Ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia bermuhasabah diri dengan gol pertama milik Kemboja.
Ternyata tindakan pengadil adalah tepat dan Shahrom Kalam harus bertaubat. Dia sepatutnya terus bermain selagi pengadil hanya mengulum wisel dan tidak meniupnya.
Inilah yang dinamakan sebagai pengetahuan melalui pengalaman.
5. Separuh masa kedua bermula. Tiada sebarang pertukaran dilakukan oleh Malaysia.
Pada awalnya Syazwan Zainon berjaya menggegar palang gol Kemboja. Mengucap panjang aku dibuatnya.
Selepas pada itu Malaysia teruk diasak. Percubaan gol satu lawan satu Kemboja ditepis Apek. Dua tiga sepakan penjuru Kemboja hampir membolosi gawang Malaysia.
6. Akhirnya pada minit ke-58 usaha keras Kemboja mendatangkan hasil. Mereka berjaya menjaringkan gol kedua sekali lagi melalui Chan Vathanaka hasil kelemahan pertahanan Malaysia sendiri yang aku nampak berterabur kedudukan posisi mereka. Padanlah muka.
Kedudukan kini 2 gol Kemboja berbalas 1 dari Malaysia.
7. Syukur Alhamdulillah pada minit ke-68 Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Wak Amri selepas larian solo Hazwan Bakri dari sebelah kanan menewaskan beberapa pemain pertahanan Kemboja. Malaysia tenang seketika.
Selepas itu ada juga percubaan Malaysia yang menggegar palang Kemboja melalui Irfan Fazail. Ia turut disulami dengan aksi kelam kabut Shahrom Kalam yang kelihatan seperti hilang pedoman dalam perlawanan ini. Ia sekaligus memberi kesan kepada persembahan Shahrul Saad dan mendedahkan bahaya percuma kepada Apek.
Kerapkali aku nengok Shahrom Kalam naik ke atas membantu serangan. Tapi dia lupa pemain tengah dia bukan Roy Keane ataupin Viera. Shahrom juga pada satu ketika kelihatan agak perlahan apabila bersaing dengan pemain Kemboja.
8. Malaysia kemudiannya memasukan Safee Sali (Darren Lok) dan Hadin (Syazwan Zainon).
Ia kelihatan berhasil apabila Hadin hampir menjaringkan gol untuk Malaysia.
Namun keadaan menjadi lebih manis apabila gerakan satu dua antara Safee dan Wak Amri membolehkan Amri menjaringkan gol ke-3 buat Malaysia dan yang ke-15 bagi karier antarabangsa beliau. 3-2 Malaysia mengatasi Kemboja.
9. Minit ke-85 OKS memasukan Veenod Subramaniam. Jadi secara dasarnya kita tahu Malaysia akan memenangi perlawanan ni dengan jayanya.
10. Wisel penamat ditiupkan pada minit ke-93. Buat masa ini tuah dan rezeki masih milik Malaysia. Lawan seterusnya ialah Vietnam dan Myanmar. Bukan jalan mudah sekiranya corak permainan seperti ini yang menjadi anutan Ong Kim Swee dan anak buahnya.
Showing posts with label Kedah Hero. Show all posts
Showing posts with label Kedah Hero. Show all posts
Sunday, November 20, 2016
Ulasan Minit Ke Minit: Malaysia melawan Kemboja.
Saturday, October 22, 2016
Piala Malaysia 2016: Selangor Melawan Kedah.
Piala Malaysia 2016: Selangor Melawan Kedah.
Senja nan merah tadi aku tertidur di atas sejadah. Elok comei duduk bersimpuh siap bagai. Sekali imbas tak ubah seperti seorang pendekar metafizik yang kepenatan menjual air liur.
Dalam mimpi yang
permai itu aku didatangi Sang Tua dari Gunung Ledang. Berjambang dan
kekuningan rambutnya. Sekali imbas tak banyak beza dengan rupa beruk
kuning. Dia menghampiri aku yang sedang leka melapah daging kerbau untuk santapan makan malamku. Lalu
dia berbisik ke telinga kananku dan berkata dengan yakin.
"Anak mudeeeee..Piala Malaysia tahun ini akan sekali lagi menjadi milik pasukan Selangor. Bersaksilah engkau wahai anak mudeeeee yang bijaksana..."
Kaaaaapooof!!!
"Anak mudeeeee..Piala Malaysia tahun ini akan sekali lagi menjadi milik pasukan Selangor. Bersaksilah engkau wahai anak mudeeeee yang bijaksana..."
Kaaaaapooof!!!
Aku
pun terjaga dari lena dengan senyuman palong lebar di wajah. Hampir ke cuping telinga. Dengan muka manja
baru bangun tidur aku menggosok-gosok mata bundar ini dengan tertib. Di
hujung jari terlunjuk aku korek taik mata yang sempat melekat lalu aku
jentik ianya jauh-jauh. Sejauh mentari di ufuk timur.
Kini
aku berasa sedikit segar. Dalam keadaan baring tanpa belengah dengan
segera jari lincah aku menaip ulasan jujur tentang perlawanan akhir
Piala Malaysia 2016 di telefon cerdikku. Ya. Piala Malaysia. Satu kejohanan bola sepak tertua serta
teramat agung di rantau Asia yang mempunyai prestij dan nilai sejarah
tersendiri. Piala yang kalau negeri engkau menang pun kau akan terhegeh-hegeh mintak cuti peristiwa. Takkan kau dah lupe?
Aku
dapat tahu sejak setahun yang lalu ada beberapa suara sumbang yang
mengatakan ini piala kampung. Ini piala tak penting. Piala pelengkap
jadual dan pelbagai tohmahan serupa budak baru layan bola sejak 2010.
Sebagai seorang lelaki yang berdarah pendekar, aku kesian pada mereka. Sangat kesian.
Oleh itu mari aku ceritakan serba sedikit kenapa aku berbeza pendapat dengan sesetengah orang yang memandang enteng Piala Malaysia ini.
Bola sepak aku dengan pasukan Kedah ini ada kisah romantisnya yang sendiri. Secara
jujur aku mula menengok Piala Malaysia pada tahun 1993. Dengan
mengulang tayang tanpa rasa jemu VHS perlawanan akhir antara Kedah dan
Singapura nama-nama seperti Ahmad Sobri, Radhi Mat Din, kembar Farouk
dan Feriza Ismail, Nidzam Adzha Yusof, Peter Nieketin, Alubumi Adigun
dan Jan Janostak sentiasa kekal dalam ingatan aku sehingga kini. Semasa
Kedah menewaskan Singapura ketika itu hampir seluruh umat Malaysia
meraikannya. Aku yakin kau orang yang terkial-kial memboikot Piala
Malaysia baru-baru ni entah dah buang tali pusat ke belum masa tu.
Seperti musim lepas, tahun
ini Kedah sekali lagi akan menghadap pasukan paling power dalam sejarah
Piala Malaysia iaitu tidak lain dan tidak bukan pasukan Selangor.
Sejarah
pasukan Selangor ini tidak perlulah kita ceritakan dengan berulang
kali. Naik muak mendengar kehebatannya. Dari segi sejarah memang Selangor tak terkalahkan. Dari dulu
hinggga kini tidak terkalahkan. Pasukan Kedah sendiri baru sahaja menang 4 kali Piala Malaysia berbanding Selangor yang secara bersahaja merekodkan 33 kejuaraan.
Walaupun
Selangor masih tiada jurulatih tetap, presiden bola sepak yang sibuk ke
gerai nasik lemak anak dara dan tandas stadium yang tidak semenggah,
mereka masih mampu melangkah ke Perlawanan Akhir dengan penuh bergaya. Tidak perlu juga bilik persalinan siap dengan jakuzi. Mebazir. Inilah perbezaan antara pasukan matang seperti Selangor dengan pasukan lemah yang mengharapkan ehsan pemotongan mata untuk kekal dalam
liga super. Jurangnya sangat jauh. Selangor sentiasa 2.6 billion langkah
ke hadapan. Paham?
Minggu
depan adalah penetuan segala-galanya. Penentu sama ada pasangan suami
isteri akan balik beraya Deepavali ke Kedah atau meraikannya di Batu
Caves sahaja. Penentu negeri mana yang akan mendapat cuti peristiwa. Ia adalah perlawanan penentu maruah. Siapa menang mereka adalah pasukan yang power dan kuat. Manakala pasukan yang tewas akan memikul malu barang seminggu dua. Tugas kita ialah menyokong pasukan yang disayangi ini tanpa berbelah bahagi. Bukanlah susah sangatkan?
Ramalan: Aku amat berharap agar Kedah tak menurunkan mana-mana pemain yang sudah memiliki kad kuning ataupun sedang dalam penggantungan. Nanti Selangor menang percuma pulak Piala Malaysia. Nak tolong kawan pun berpada-pada jugaklah yeeee.
Friday, May 10, 2013
From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia
Aku baru balik dari Bangladesh, barang dalam beg pun belum punggah lagi. Pergi Bangladesh untuk study budaya dan cara kerja warga Bangla ini di sana. Maklumlah makan gaji dalam sektor kerajaan ini lain macam sikit. Kerahan tenaga dia mengalahkan orang kerja cuci bontot kuali. Aku disuruh berjumpa dengan seorang warga Bangladesh bernama Ebraheem Yali yang pernah hidup senang di Malaysia. Dia ini kerjanya sekarang bawa teksi.
Mula-mula sampai di lapangan terbang antarabangsa Dhaka, aku dah nampak satu susuk tersengih-sengih dari jauh. Aku syak inilah Ebraheem Yali. Yang bestnya muka dia ni sebijik macam seorang ahli politik yang suka lompat parti di negara aku, Malaysia. Mungkin betul kata orang, "ade 7 individu wajah seiras kita".
Masuk dalam teksi, aku terus menyandarkan badan. Punyalah selesa. Tambang teksi yang mahal memang tidak menjadi masalah kerana semuanya ditanggung. Dalam perjalanan, Ebraheem Yali, si pemandu teksi, bertanya tujuan aku bertandang ke Bangladesh. Nak kata balik kampung beraya, macam bukan.
"Abang tengok muka hang ni macam kenai ja. Asai mana?"
"Johor", aku jawab sepatah, badan pun masih penat.
"La awat hang tak habaq awai-awai! Abang pernah mai Kodiang dulu, dekat doploh tahun dah dok kerja cari makan sana. Mesia lagu mana la ni? Madey dok jadi PM lagi ka?"
Dalam hati aku berkata, wah fasih betul Bangla ni berbahasa loghat utara. Aku pun menjelaskan satu -persatu perihal politik semasa Malaysia kepada dia. Dia pun terangguk-angguk dan kadangkala terbahak-bahak apabila aku menyebut nama Hishamuddin dan Shabery Chik. Entah kenapa pun aku tak tahulah.
Aku pun tanpa melengahkan masa, terus mengajukan soalan pertama aku kepada Ebraheem Yali.
"Apa yang kita boleh lakukan dengan 40K orang pendatang Bangladesh? Ke mana harus mereka tujui untuk meneruskan survival mereka di Malaysia yang serba maju itu? Memangkah pun sudah. Nak diserapkan dalam projek mega Barisan Nasional pun belum ada lagi yang sesuai rasaya," panjang lebar aku tanya dia.
"Untuk menjawab persoalan tentang Bangladesh ni, kita perlu berfikir cara Bangladesh." tenang Ebraheem Yali menepis soalan aku tadi walaupun tanpa jawapan jitu. Kini loghat utaranya sudah hilang.
"Untuk menjawab persoalan tentang Bangladesh ni, kita perlu berfikir cara Bangladesh." tenang Ebraheem Yali menepis soalan aku tadi walaupun tanpa jawapan jitu. Kini loghat utaranya sudah hilang.
"Ramai yang tak tahu bakat Bangla bukan hanya terhad kepada isi minyak, kira harga makanan dan membancuh simen. Bakat kami lebih besar dari itu. Bangla ni kalau kita pupuk dia betul-betul, mereka mampu menggoncang dunia tau."
Aku yang mendengar hanya mampu tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil. Masa tu aku terpikir juga, celah mana yang Bangla ni mampu menggoncang dunia? Pakai baju pun petak-petak. Setahu aku kalau Neelofa tu memang betullah mampu menggoncang bukan setakat dunia, malah iman yang rapuh ini pun belum tentu mampu bertahan. (walaupun Neelofa pakai baju petak-petak macam Bangla).

"Bukan Neelofa fokus kita. Bangla adakah agenda utama kita,"
Selamber Ebraheem Yali mencelah lamunan aku yang sedang membayangkan Neelofa berbaju kemeja petak tanpa butang. Hebat firasat Bangla ni.
"Abang kalau berbicara memang takkan lari dari topik sukan terutamanya bola sepak. Bukankah elok mempergunakan baka baik dari Bangla untuk kemajuan sukan bola sepak negara kamu tu. Mengikut ranking FIFA tekini pun ranking Bangladesh atas dari Malaysia. Dok gitu?."
"Memanglah bang, tapi abang ada apa-apa idea tak nak merealisasikan cadangan tu?," tanya aku dengan sopan sambil-sambil mengintai jalan raya sekitar Dhaka yang berlobang-lobang. Dalam hati aku..macam Shah Alam.
Lama jugak abang Ebraheem Yali berdiam diri. Diturunkan tingkap kereta. Lalu sebatang rokok Gauloises dikeluarkan dan dia menghulurkan sebatang kepada aku. Aku tolak dengan sopan, tak merokok. Ebraheem Yali geleng kepala dan menyalakan sebatang untuk dirinya.
Asap tembakau hitam Syria bercampur dengan tembakau Turki mencucuk hidung. Macam best, aku kata dalam hati. Aku minta sebatang. Ebraheem Yali sengih macam kambing. Ini rokok Jean Paul Sartre dan Albert Camus, rugi kalau tak try. John Lennon pun hisap menatang ni.
"Apa susah. Kat Malaysia ada macam-macam program 1 Malaysia. BR1M lah, KRIM lah. Apa kata wujudkan saja satu dasar baru. BKB1M"
"Hape tu bang?"
"Bantuan Kahwin Bangla 1 Malaysia. Kahwinkan jejaka kacak Bangla dengan baka-baka comei dari Malaysia. Kalau dapat mek klate macam Neelofa lagik bagus. Nah!! Cukup 40 tahun kemudian, Malaysia sudah boleh main Piala Dunia. Lagipun alang-alang dah kena kencing dengan Soltan Bola 40 tahun, hang tunggulah lagi 40 tahun sebelum menuai benihnya."
Ternyata ilmu abang ni penuh di dada. Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada menteri bola yang cerdik macam abang Ebraheem Yali ni di Malaysia, aku yakin bolasepak kita pun boleh maju. Ini tidak, semuanya gila jawatan. Baru memang Sukan Sea, Suzuki dah dapat pangkat Datuk. Player pulak main bola sebab nak pakai kereta bukan nasional, lepas tu kahwin dengan artis kat Siam. Apa barang?
Balik nanti aku nak usulkan pada Menteri Sukan yang baru. Kalau Menteri Buih kekal jawatan lagi, pun akan aku cadangkan pada beliau. Maklumlah 40K tu ramai. Boleh bahagi-bahagi ke sukan hoki, kriket. Aku tengok kawasan sekitar. Hujung jalan sana sekumpulan pemuda Bangla sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Muzik Hindi dendangan Udit Narayan berkumandang dari mini compo second hand mereka. Sebelah kiri jalan pula tidak ketinggalan juga yang sedang bermain kabadi. Kini satu jek yang terlintas dalam kepala otak aku. EMAS OLIMPIK MALAYSIA yang pertama dalam genggaman.

Saturday, April 20, 2013
Cereka Khas Lagi Jujur: Syed Adney, Afiq Azmi dan Khyrill Muhymeen
Syed Adney
Pada awal kemunculan Syed Adney sekitar 2006, seluruh Malaysia gempar. Khabarnya seorang pemain jelmaan Bruce Grobellar bakal lahir di Tanah Melayu. Kini muncul harapan Malaysia untuk kembali menjadi gergasi Asia. Jurulatih bawah 23 tahun ketika itu, B. Sathianathan pantas memanggil beliau untuk kejohanan Sukan Asia di Doha, Qatar. Aksi pertamanya ialah menentang Oman. Malaysia tewas 1-3. Baki 2 perlawanan Malaysia turut tewas kepada China (1-3) dan Iraq (0-4). Syed Adney pulang hampa selepas membenarkan gawangnya bocor sebanyak 10 kali sepanjang kejohanan ini berlangsung.
Selepas itu kariernya agak suam-suam kuku. Baik di peringkat negeri/kelab mahupun antarabangsa. Paling gemilang pun adalah kejayaannya memikat hati Siti Saleha. Syed Adney ada membuat beberapa penampilan untuk skuad bawah 23 tahun pada Pestabola Merdeka 2007 dan Kelayakan Sukan Olimpik 2008. Namun, kemunculan pemain lain seperti Sharbinee Allawee, Farizal Marlias, Khairul Fahmi dan terkini Nor Azlan, menutup terus peluang beliau untuk membuat ‘comeback’ dalam pasukan utama kebangsaan. Di Malaysia, tidak akan ada peluang untuk seseorang pemain itu kembali bangkit selepas mengalami kejatuhan. Sebagai contoh,ia terbukti terjadi kepada penjaga gol seperti Helmi Eliza.
Tahun ini Syed Adney bermain untuk pasukan Terengganu selepas berkelana di Sabah. Manakala sebelum itu beliau bermain untuk skuad Kelantan dan UPB My-Team. Walaupun berwajah dan berdarah Inggeris, tidak semestinya aksi di atas padang pun serupa 'penjajah'.
Afiq Azmi
Sekiranya negara Serbia berbangga memiliki Nocola Zigic. Kita juga boleh mendabik dada mempunyai pemain muda berprofil tinggi, Afiq Azmi. Untuk pengetahuan semua, Afiq Azmi memulakan karier remajanya di Perlis. Sehinggalah pada suatu hari beliau tersedar bahawa bermain di negeri yang tiada restoran Mc Donalds itu adalah sia-sia sahaja. Ibarat peribahasa Melayu yang sering diguna pakai oleh orang Inggeris "like pouring water into the taro leaf". Afiq mengambil keputusan untuk mengembara sejauh 503 kilometer, 5 jam dan 8 minit semata-mata ingin beroleh peluang beraksi untuk sebuah lagi pasukan bangang, Kuala Lumpur. Namun berkat ketabahan beliau, persembahan mantapnya bersama pasukan Lembah Kelang itu, berjaya menarik minat pasukan Kelantan.
Kelantan telah meminjam Afiq untuk saingan Piala Malaysia 2012. Dengan fizikal yang tinggi namun mudah lentur. Jelas tandukan padu di udara adalah senjata utama beliau. Beliau turut cemerlang ketika bersama Kelantan dan aksi Afiq ini mula menarik minat pasukan Selangor. Akhirnya Selangor berjaya memiliki Afiq musim ini ketika Kuala Lumpur telah pun tersingkir dari liga super. Tetapi sudah resam anak muda yang berdarah manis. Emosi dan kemarahan kadangkala tidak dapat dibendung. Oleh itu Afiq telah diletakkan di bawah jagaan rapi Irfan Bakti dan P.Maniam yang secara kerap menerapkan tarbiah kerohanian di dalam jiwa Afiq supaya lebih tenang dan berjaya menjadi antara bakal penyerang tebaik di Malaysia.
Pada usia yang muda dan baru sahaja berumur 24 tahun. Perjalanan kariernya masih jauh dan masih banyak yang perlu dia pelajari. Ini termasuk selok-belok untuk mengelakkan daripada gangguan Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Wawa Zainal.
Khyril Muhymeen
Tiada perkataan hebat yang sesuai untuk seorang insan bernama Khyril Muhymeen. Menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan Kedah dengan 14 gol pada musim lepas. Hanya kecederaan yang menjadi penghalang untuk beliau menjaringkan 40 gol semusim untuk Kedah. KM juga merupakan ahli tetap untuk kejayaan silam Kedah, iaitu 'double treble' pada musim 2006/07 dan 2007/08. Beliau juga berada dalam skuad Sathianathan yang menjadi Juara Pestabola Merdeka 2007. Dari sini kita dapat lihat bahawa KM adalah seorang pemain yang mempunyai banyak pengalaman bersama pasukan kebangsaan Malaysia.
Buat masa ini beliau sedang berjuang bersama-sama pasukan Kedah di Liga Perdana. Sama ada Kedah berjaya naik semula ke Liga Super musim depan, itu kita kena tunggu. Walaupun hanya beraksi dalam Liga kedua tertinggi di negara ini, namanya tidak pernah tercicir dalam senarai Rajagopal. Mungkin kerana di dalam liga super tidak ada pemain serangan yang benar-benar laju, tangkas di hadapan gol dan punyai tandukan tajam sehebat Khyril Muhaymeen.
Kini beliau sedang mengamalkan peminuman secara sihat Kopi Capuccino bagi mengekalkan stamina serta fokus ketika permainan. Dan juga mohon tiada gangguan dari Izara Aisyah. La pulaaaaak.
Friday, November 23, 2012
Senarai Skuad 2013: Kedah
Pertahanan:
Khairul Helmi Johari, Sabre Abu, Fazliata Taib, Ridzuan Rumlee, Fariss Azlan Mat Isa (dari Sabah), Hariri Safi (dari Terengganu), Shahrul Ezrain Shamsuddin (dari T-Team).
Khairul Helmi Johari, Sabre Abu, Fazliata Taib, Ridzuan Rumlee, Fariss Azlan Mat Isa (dari Sabah), Hariri Safi (dari Terengganu), Shahrul Ezrain Shamsuddin (dari T-Team).
Tengah:
Nelson Sam Martin (Chilean), Baddrol Bakhtiar, Faizal Abu Bakar, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Zuraindey Jumai (dari Sabah), Wan Hossein Wan Abdul Ghani dari Perak), Arman Fareez Ali (dari KL).
Nelson Sam Martin (Chilean), Baddrol Bakhtiar, Faizal Abu Bakar, Wan Mohd Syukri Wan Ahmad, Zuraindey Jumai (dari Sabah), Wan Hossein Wan Abdul Ghani dari Perak), Arman Fareez Ali (dari KL).
Serangan:
Chayene Mederiros Oliveiro Santos (Brazilian), Akmal Rizal Rakhli (dari Perak), Khyril Muhymeen Zambri, Fiqry Mat Isa, Hattaphon Bun An, Syamim Alif Sobri.
Chayene Mederiros Oliveiro Santos (Brazilian), Akmal Rizal Rakhli (dari Perak), Khyril Muhymeen Zambri, Fiqry Mat Isa, Hattaphon Bun An, Syamim Alif Sobri.
Wednesday, December 15, 2010
Kedah open to Mohd Khyril Muhymeen Zambri offers

Liverpool target will be allowed to move for right price and Kedah have revealed they will not stand in Khyril Muhymeen way if a reasonable bid is made.
The Malaysian midfielder has been heavily linked to a host of top European clubs including Liverpool, Arsenal, AC Milan and Barcelona after starring in this summer's Piala Malaysia.
Kedah now appear resigned to losing their star player and are willing to let him go for the right price when the transfer window reopens.
"We do not wish to keep players against their will if they want to move on," a spokesperson for the Malaysian club was quoted as saying on Sankei Sports.
"We respect our players' decisions.
"We are prepared to listen to any offers provided that the price is reasonable."
Liverpool are believed to be in pole position to secure the services of the 23 year-old, with the club reportedly already in the process of tabling an offer.
Sunday, December 5, 2010
Kedah - Baddrol Bakhtiar will not leave
Kedah chairman Datuk Hajji Khazali Din has reiterated that Baddrol Bakhtiar will not leave the club before his contract expires in 2012.
The Malaysian international has yet to commit himself to a new deal beyond 2012 and it has been rumoured that Kedah may sell him next summer should he not sign an extension.
Kedah would otherwise risk losing him on a free transfer 12 months later and Baddrol has been linked with a move to Manchester United.
But speaking at Kedah, Datuk Hajji Khazali Din said: "We will not be letting the player go before his contract ends in 2012 in any case.
“Baddrol has developed a great deal in the last two years and I am very optimistic that we and his agents can find an agreement.
"Our aim is to give Baddrol a long-term contract."
After recently tying Mohd Khyril Muhymeen Zambri down to a new long-term contract and with Samransak Kram showing his commitment to the club, Baddrol is the last remaining home-grown talent that still needs to make up his mind about his future.
Subscribe to:
Posts (Atom)