Sunday, October 6, 2013

Separuh Akhir Piala Malaysia 2013: PAHANG vs SARAWAK



Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Pertama
19 Oktober 2013 (Sabtu)

Peringkat Separuh Akhir Perlawanan Kedua
26 Oktober 2013 (Sabtu)


Pahang seperti biasa layak ke separuh akhir dengan tenang dan membuktikan aku bukanlah pakar dalam meramal perihal keputusan perlawanan bola sepak yang berkaitan dengan pasukan Pahang. Aku meramal sekadar berdasarkan pemerhatian peribadi aku sahaja. Suka atau tidak, kadangkala ia memihak kepada kita, kadangkala tidak.

Tapi ini bukanlah hal yang sebenarnya ingin kita sembangkan. Kecintaan aku pada bola sepak itu adalah lebih penting dari segala hal. Kalau tak suka dengan ramalan dan cara penulisan aku, itu korang punya pasal. Prinsip aku yang bongkak ini akan tetap diteruskan.

Pahang menewaskan PKNS dengan penuh bergaya. Persembahan bertenaga daripada kesemua pemain Pahang membuktikan mereka adalah barisan terbaik yang pernah dimiliki Pahang selepas skuad Pahang 1992. Jika tidak menyerupai skuad 92 sekalipun, namun bayang-bayangnya masih tetap ada. 

Perlawanan selepas Raya Haji ini diharap tidak menjadi ujian besar buat pemain Pahang selepas beraya sakan dengan rendang kambing daging korban. Jika Pahang sedikit bernasib baik, pertemuan dengan Sarawak nanti akan menjadi makanan ruji sahaja buat anak buah Dollah Salleh. Secara keseluruhannya, untuk kekal dengan prestasi cemerlang sehingga penghujung tahun adalah pencapaian yang baik. Statistik menunjukkan bahawa pasukan yang berada di puncak pasca separuh akhir lazimnya bakal menjuarai Piala Malaysia.

Tapi itu hanya statistik.

Layaknya Sarawak ke peringkat separuh akhir pula adalah seperti yang aku jangkakan. Walaupun kurang meyakinkan ketika menewaskan Sime Darby, namun Sarawak masih gagah melayakkan diri. Korang tak perlu risau sebab aku takkan salah Taib Mahmud kalau Sarawak kalah kepada Pahang kelak. Sebab politik dan sukan tidak boleh dicampur adukkan kau tahu? Sukan adalah sukan. Politk sampah kita buang jauh-jauh. Itu pesan sang bijak pandai.

Lebih kurang 20 tahun jugak Ngap Sayot menyepi. Cuma sekarang ni peminat Bujang Senang agak bising sikit dengan harapan mereka untuk menjulang Piala Malaysia kembali cerah, sama cerah macam budak lelaki bawah umur yang hajatkan duit raya dari saudara mara ketika Hari Raya Korban.

Oleh itu, para peminat Bujang Senang bolehlah menyambut Raya Haji ini dengan penuh kesederhanaan tanpa perlu rasa bongkak kerana bab menewaskan Pahang ini sudah macam kebiasaan buat Sarawak, bukan macam JDT.

Tetapi aku meramalkan Pahang bakal menang 3-0 ke atas Sarawak di Darul Makmur dan kemudiannya tewas 2-0 ke atas Sarawak di Stadium Negeri.

Akhir kata, selamat menyembelih Lombu.

Ramalan: 1st Leg Pahang 3-0 Sarawak | 2nd Leg Sarawak 2-0 Pahang
Pahang layak Aggregate 3-2.

37 comments:

  1. hmmmm tak kisah pun...hahahahahahahahahahahahahaha.

    ReplyDelete
  2. Kau ingat team sarawak cap ayam ke..buaya ganas o...kat stadium sarawak buaya mengamuk.encang sarawak encang.

    ReplyDelete
  3. Belum cuba belum tau bro.cuba la kalau dapat tumbangkan bujang senang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum cuba belum tau!!!aku suka semangat macam ni!!!

      Delete
  4. Haha..bermimpi di siang hari lu bro..k datang sarawak gua bagi lu duit raya korban.

    ReplyDelete
  5. Di Darul makmur Pahang (2) Sarawak (1)... Di Petrajaya Kuching Sarawak (3) Pahang (1)... Sekadar ramalan sahaja.. Banyak bergantung dengan cuaca dan terutama *PENGADIL PERLAWANAN*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana sudi berkongsi ramalan aka prediction..

      Delete
  6. wait n see saje dulu... Pahang memang kuat... Begitu juga dengan Sarawak. So takyah nak buat ramale cengini... harap takdo pengadil fam bangsat korup ... Sekali swak punye gol penah kena rejek smpai 3 gol lawan Kelantan dulu browww... Pengadil korup macam cib**

    ReplyDelete
    Replies
    1. terimakasih atas pandangan ikhlas anda..this is just a prediction..macam bola orang putih..depa ada prediction, kita ada ramalan..

      Delete
  7. Ckp kat ujang.. pahang akan kalah.. gua penyokong selengor.. gua sokong sarawak.. sebab laksa sarawak terbaik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..macam aku kenal lah ini orang...kahkahkah

      Delete
  8. Replies
    1. Terimakasih kerana sudi baca...

      Delete
    2. Kamu budak UPSI?Hebat betol...sudah ade 7 entri ye??wow!! Usaha lagi.

      http://chesitieymeszuera.blogspot.com/

      Delete
  9. Kau fikir srawak nie lemah sgt ke bro? alamak ai. kita tunggu dan lihat. jangan buat ramalan serupa tahi lah bro.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana sudi baca..."jangan buat ramalan serupa tahi lah bro" dalam bahasa inggeris ialah "dont make a prediction like a shit"

      Delete
  10. Ayat pun mcm sampah aku tengok..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana sudi baca dan komen... XoXo :-)

      Delete
  11. Eh. Ini bomoh ke main ramal2? Jgn pandang rendah dgn team lain especially s'wak. Team yg d atas blm tentu selama ny menang & blm tentu team yg 'under dog' tak dpt bangkit. Usaha team S'wak hingga ke hari ini dh jd bukti how mereka kerja keras utk capai tahap prestasi mereka sekarang. Tp takpa. Teruskan la dgn pandangan murah anda. Hopefully team pahang juga begitu. Why? Supaya mereka lalai nanti ketika menentang team underdog. Biar mereka t'kejut berok bila S'wak score. Sayotters, DOAKAN S'WAK MENANG. Sak klk ny d pajoh leh boyak. Sik ny tauk boyak kita gk lapar. Hahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih kerana sudi baca dan komen. Insya'allah Sarawak boleh pergi jauh...

      Delete
    2. oooo..ur blog only have 41 viewers when I visit it on 19 Oct 2013 |7.22am. Teruskan usaha!!!

      http://biatchesdiary.blogspot.com/2013/10/am-i-look-biatchy-muchachos-world-is.html

      Delete
  12. Terimakasih kepada semua kerana sudi baca dan komen!!! Moga bola Malaysia terus maju!!GoGoGo!!!

    ReplyDelete
  13. Haha....power....power....anak mude....trus kn usaha anda dlm mengembang penulisan sukan bola...

    ReplyDelete
  14. Sarawak mesti boleh punye...
    Jgn ingat "bujang senang" mudah ditumbangkn...^^
    *agi idup, agi ngelaban*

    ReplyDelete
  15. Sarawak boleh punye...
    Jgn ingat mudah nak tumbangkn bujang senang...
    #agi idup, agi ngelaban#

    ReplyDelete
  16. Aku suka team pahang over confident mcm penulisnya..haha..kita tengok siapa yang kena...?

    ReplyDelete
  17. Ramai juga org Swak baca penulisan lu bro. Sbagai org Pahang, aku doakam kejayaan Pahang sehingga menjulang Piala Malaysia tahun ni. Aku dh siap pasang bendera di kereta utk drive dr KL ke Kuantan. Hidup Pahang!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun nak berterima kasih dekat depa semua yang baca dan komen. Tak kiralah orang Pahang ke Sarawak. Yang penting malam ni aku nak tengok game yang power!!

      Delete
  18. apa pun bola itu bulat.. duit kertas segi empat.. tiang gol pun segi empat.. harap hati pengadil jangan berkerat kerat.. harapnyer game yang wow mlm ni.. ngap sayot bergabung ngan bujang senang.. tunjukkan semangat kesukanan..

    ReplyDelete
  19. apapun bola itu bulat.. tiang gol segiempat.. duit kertas pun segiempat.. jangan pulak hati pengadil berkerat-kerat.. buat penyokong Sarawak, jgn buat hal kat tmpat org, jaga olah ditempat urang, renah-renah ktk org sia.. ney tauk ada tuah, sokong sampai menang.. harap game yg menarik dan bermutu mlm ni.. ala-ala game EPL baru syok tengok.. tunjukkan semangat kesukanan.. ngap sayot bergabung ngan bujang senang.. insyAllah.. mungkin menang..

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...