There was an error in this gadget

Tuesday, April 30, 2013

Muhasabah Diri buat FAM


Kalau satu hari nanti, anak cucu cicit korang tanya apa cerita dengan bola sepak Malaysia sekitar lewat 90-an hingga 2000-an, korang dibolehkan mencarut dekat FAM depan anak cucu cicit korang. Kalau korang mencarut maknanya korang memang patriotik tahap Ibrahim Ali. Boleh join perkasam.

Sebagai kanak-kanak darjah-darjah sekitar lewat 90-an, saya sempat mencicip saki-baki kemeriahan bola sepak Malaysia pada masa itu. Antara perlawanan yang pernah saya tengok dari mula sampai habis di televisyen pada masa itu adalah Final Piala Malaysia 1996 antara Selangor dan Sabah. Malam itu merupakan malam pertama dan terakhir saya tengok bapak saya memekak dalam rumah sambil kutuk-kutuk pemain Sabah tackle pemain Selangor ganas-ganas. Saya ingat Selangor menang penalti masa tu. Selepas itu, maki hamun tidak lagi kedengaran. Lebih-lebih lagi selepas astro datang menjajah.

Tahun-tahun berikutnya saya sempat meyaksikan pemain-pemain import yang hebatnya Masyaallahurabbi main, seperti Laszlo Repasi (Perak), Mehmet Durokovic (Selangor), Samuel Chebli (Perlis), Cristopher Kiwomnya (Selangor), Scott Olerenshaw (Sabah) dan macam-macam lagi nama pemain yangg malas saya nak tulis. Tidak lama selepas itu, FAM ban pemain import berikutan keputusan cam celaka yang dihasilkan pasukan kebangsaan. Kalah dengan Laos la. Dengan Vietnam la. Dengan Burma la. Dengan Thailand jangan cakap la. Tapi, beberapa tahun kemudian FAM bagi pemain import main balik. Apahal bagi balik ni? Dulu masa ban kata nak kembangkan bakat muda tempatan yang selama ni terbatas. Tapi sebab Kedah asyik menang manjang je dengan Marlon depa, FAM ban balik. Kejap ban kejap tak.Sangap.

Seingat saya, masa ban pemain import tu takde plak kita menang gangsa Sukan Asia ke. Piala Asia ke (kalah 5-0 dengan China dan Uzbekistan). Menang pun cumalah Emas Sukan Sea dan Piala Suzuki. Tetapi setakat stu sahaja kemampuan kita. Lawan Vietnam pun dah tak boleh cakap confirm menang lagi dah. Apa cite? Seingat saya jugak, Karel Poborsky tidak pernah menghalang perkembangan David Beckham kat Manchester. Marcel Desailly tidak pernah menghalang perkembangan John Terry. Steve McManaman juga tidak pernah menghalang perkembangan Guti. Malah dengan kehadiran pemain importlah kita ada Azman Adnan, Rusdi Suparman, budak-budak Kedah macam Badrol Bakhtiar dan Khyril Muhymeen. Senang kata, they bring out the best of our local players.

Bila liga tempatan kita makin suram, mak bapak budak-budak yang ada bakat main bola pun suruh belajar sungguh-sungguh kat sekolah. Nanti besar boleh jadi doktor. Main bola kat liga Malaysia pun tak kemana. Takdenya scout Arsenal nak ushar kau. Kata maknya. Itu belum lagi termasuk mak bapak yang berlumba-lumba tarbiah anak suruh masuk pelbagai rancangan hiburan realiti. Akibatnya, kita juga ketandusan bakat-bakat baru yang boleh diharap. Kalau yang tak boleh diharap macam Titus James tu banyak saje kat Liga Super sekarang ni. Yang passing meraban ada. Yang tahan bola macam Titus Bramble pun ada. Penjaga gol teringat bini baru kahwin masa tengah main bola pun ada.

Entah bila saya nak rasa seram sejuk kembali tengok Liga Super macam masa saya dengar lagu Champions League tu..errrmmmms

Saturday, April 27, 2013

Di Mana Mereka? Khairul Azman Mohamed



Tahun 1992, Stadium Darul Makmur di Kuantan akan dipenuhi sekitar 20,000 penyokong setia Pahang yang mahu menyaksikan skuad Tok Gajah mereka beraksi dalam Liga Malaysia. Di hujung padang, di tengah pintu gol Pahang berdiri seorang lelaki tinggi lampai dengan rambut panjang bertocang. Suaranya lantang memberi arahan kepada barisan pertahanan Pahang, sambil tangan bersarungnya sekali-sekala memberi tunjuk arah.

Lama sebelum Real Madrid muncul dengan idea Galacticos mereka, Pahang terlebih dulu memulakan projek sedemikian. Atas titah baginda Sultan Pahang yang mahukan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kuantan, Pahang membina skuad yang dibarisi Mubin Mokhtar, Zainal Abidin, Dollah Salleh, Fandi Ahmad, Borhan Abu Samah dan Alan Davidson. Tetapi ada satu posisi yang pemainnya tidak perlu diganti. Posisi penjaga gol Pahang kekal milik Khairul Azman Mohamed, lelaki tinggi lampai bertocang yang kali pertama menyarung jersi Pahang di tahun 1985 ketika baru berumur 17 tahun.

Siapa yang tidak kenal Khairul Azman? Dia bukan sekadar penjaga gol Pahang tetapi juga penjaga gol Malaysia. Dan ketika zaman kemuncaknya Khairul Azman pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik Asia.

Kehadiran beliau di pintu gawang menggusarkan banyak pemain serangan lawan. Khairul Azman adalah benteng terakhir skuad Pahang dan beliau bukan penjaga gol yang mudah dibolosi. Reputasi beliau meletakkan Khairul Azman sebaris dengan V Arumugam dan Rashid Hassan.

Ketika Khairul Azman bermain atas padang bolasepak, Iker Casillas masih lagi bermain di atas padang permainan kanak-kanak. Pada tahun 1993, Khairul Azman membantu Malaysia menjuarai Piala Merdeka selepas menewaskan Korea Selatan 3-1.

Keutuhan beliau menjaga gawang Pahang membawa skuad Tok Gajah itu bergelar juara berganda Piala Malaysia dan Liga Malaysia pada tahun 1992. Khairul Azman turut membantu Pahang bergelar naib juara Piala Malaysia tahun 1994.

Tahun 1995 menyaksikan lelaki tinggi lampai bertocang ini menyeberangi Laut China Selatan dan berhijrah ke Sabah. Khairul Azman membantu skuad Badak memenangi trofi pertama mereka, Piala FA pada tahun 1995. Tahun berikutnya, Khairul Azman memainkan peranan membantu Sabah menjuarai Liga Malaysia, kejuaraan kedua negeri di bawah bayu sehingga kini.

Tahun 1996 juga menyaksikan Sabah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Namun skuad Badak tewas di tangan Gergasi Merah, Selangor. Kebolehan Khairul Azman tidak terhad di kancah domestik. Beraksi untuk Malaysia dalam Piala Tiger 1996, beliau membantu Malaysia bergelar naib johan setelah tewas kepada Thailand 1-0.

Pencarian Piala Malaysia Khairul Azman bersama Sabah bagaimana pun tidak kesampaian. Layak ke akhir dua kali pada tahun 2002 dan 2003, tetapi sekali lagi tewas kepada Petaling Jaya dan Selangor. Khairul Azman akhirnya mengambil keputusan untuk menggantung but bolanya pada tahun 2005 selepas gagal pulih dari kecederaan.

Kini beliau bersama pasukan Johor Darul Takzim sebagai jurulatih penjaga gol pasukan tersebut. Ini juga merupakan pasukan kedua yang dilatihnya selepas Sabah . Di Malaysia hanya ada SATU KHAIRUL AZMAN. YA, HANYA SATU....

Friday, April 26, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.


1. Kokak!!!

Ye,insan bernama Suarez buat hal lagi. Kali ini dia melakukan aksi 'love-bite' pula ke atas Ivanovic. Paling power!! Akhirnya mendenda Suarez dengan penggantungan sebanyak 10 perlawanan.


2. Gemuk.

Fandi Ahmad mengakui bahawa Nunez perlu menguruskan badannya untuk menjadi penyerang teragung Tanah Melayu.


3. Juara BPL

Manchester muncul JUARA BPL 2012/13 sekaligus menjadikan kejuaraan Liga ke-20 milik mereka.


4. Champions League 1st Leg.

Bayern 4 - Barcelona 0. Borussia Dortmund 4 - Real Madrid 1.


5. Europa League 1st Leg

FC Basel 2 - Chelsea 2,  Benfica 0 - Fanerbahce 1.


6. Standard Chartered EPL Football Malaysia Cup.


Liverpool adalah juaranya. Memang dasar kelab Lagenda.


7. Piala AFC

Selangor 2- EAST Bengal 2. Maziya 6 - Kelantan 1.


8. Nasib Rajagopal

Rajagopal terlepas. Tiada kes untuk menjatuhkan hukuman kepadanya.


9. Pilihanraya.

Liga Super 2013 akan berehat sempena pilihanraya dan ia akan ditunda kepada tarikh yang sesuai kelak.


10. Pemain Terbaik dan Terburuk.

Antara pemain terbaik sepanjang minggu lepas ialah Van Persie, Robert Lewandowski dan Luis Suarez. Antara pemain terburuk pula ialah Victor Valdes, Pepe dan Luiz Suarez. Power tak??

Tuesday, April 23, 2013

Ciri-ciri Penyokong Sebenar Dalam Bola Sepak.



Kawe ingin bincang sedikit pasal menjadi 'true' apabila bergelar seorang penyokong kental. Menyokong pasukan Bola Sepak (baca : dalam EPL (budak-budak baru buang kulop panggil BPL)) adalah trend yang berkembang pesat diseluruh dunia. Tidak kiralah kutu itu berada di kota London, mahupun di Kampung Kokdiang, mereka boleh menjadi penyokong.
*cilaka baru aku perasan dalam kurungan ada lagi kurungan. Hebat jugak aku ni.

Mengikut kajian dari segi kaedah human saikologi, melibatkan diri, menyertai, mengetahui, membicarakan atas sesuatu yang best dan glamor boleh menjadi sosial asset kepada seseorang individu. Perkara yang sama juga berlaku dalam hal berkaitan fenomena EPL. Seseorang itu boleh sahaja melibatkan diri, menyertai, membicarakan, mem-impersonate segala hal mengenai EPL seterusnya menjadi penyokong pasukan yang dirasakan best.
 
Namun,tidak semua mereka itu 'true'. Jika silap langkah, mereka boleh rebah ke dalam lembah kehinaan seperti Poyo, Poser dan Lalang.

Okay baiklah, kawe mahu lebih fokus pada kategori yang paling susah hendak dicapai oleh penyokong pasukan EPL (Manchester United, Arsenal,Chelsea atau Liverpool) iatu menjadi seorang yang TRUE. Beberapa sifat boleh kita observe sebagai guideline untuk mengenalpasti sifat sifat penyokong yang TRUE.
 

1. Pemikiran yang tajam dan otak yang cerdas.

Penyokong yang kenal pasukan yang disokong. Siapa dalam team utama, team simpanan, posisi player, taktikal jurulatih, percaturan permainan, perang saikologi, analisis pemain, sejarah kelab, historic events, scoring legends, iconic players, awards and winning, curse and losing..Dengan menguasai segala fakta-fakta team (kalau khatam sekali fakta team lawan lagi stail woihh), barulah orang respect bila kamu mengaku sokong JDT ke..Pahang ke..(sebagai contoh).


2. Memiliki Jiwa Tulus dan hati suci

Ini agak sukar hendak dikecapi. Sebab hal-hal perasaan ni dia kena meresap sendiri. Penyokokng yang boleh dapat tahap Dewa ni kawe boleh kata 'he's there already'. Contoh: Bila pasukan yang disokong kalah, beliau boleh bertukar mood kepada bangsat punya sedih. Jenis sampai menangis pun boleh jadi. Ini bukan jiwang atau kes hati lembik..tetapi ini soal kepercayaan atau orang putih kata faith. Penyokong jenis ini,kalau team dia kalah pukul 3 pagi, pukul 11 pagi esok dia boleh sarung jersi lagi pegi jalan-jalan di KLCC. Dia takdak hal punyo...



3. Jersi

Walaupun dia tidak berduit seperti Rosmah Mansor..tetapi dalam sekali seumur hidup, paling koman dia jejak juga ke Al-Ikhsan angkat sekeping Jersi Home yang original.Tapi kalau dah memang takdak duit sangat,siam pun siam lah....


4. Tidak emosional

Penyokong yang True selalunya tidak emosional bila berhadapan dengan kritikan. Mereka tidak tewas dengan perang saikologi yang berbaur provokasi. Pandai mengawal diri supaya dilihat tenang dalam kekalahan..dan menerima kekalahan serta mengakui kelemahan demi kemenangan masa depan. Ini orang kawe respect!


5. Sokong dari kecik, bukannya selepas masuk universiti.

Jangan jadi poyo.


6. Menyokong tanpa kompromi.

Ini pun tahap dewa juga walaupun ada unsur bengap. Contoh: Aku tahulah kau benci Chelsea, tapi janganlah sampai nak boikot Galaxy Note brader..kahkahkah. Atau: Ahh semua air mabuk dia langgah, jack danial lah..Heiniken lah..Anchor lah..cuma Calsberg saja dia tak minum. Benci sapa tu woii? (suatu ketika dahulu sekitar 90-an)


7. Gila Ilmiah Bola

Bila pegi kedai majalah, dia terkam majalah bola, bila dapat masuk intenet, dia terkam Mata Pena Hitam!..Hah ini baru True bang....

Kawe senaraikan 7 karektor utama sahaja. Mungkin ada lagi karektor-karektor lain yang kamu orang rasa menepati sifat sifat true,boleh saja lu orang bincangkan sesama aweks, teman, bini, skandal dan makcik jual karipap angin.

Pesanan: Jenis karektor bila menang sayang, bila kalah buang..hahaha kalau jumpa memang sedap kena terajang..

Kawe tinggalkan anda semua dengan sebuah pesanan:

"Jadilah penyokong yang TRUE demi maruah diri, keluarga dan kawan kawan."

Prebiu Liga Super Perlawanan 14


Liga Super Perlawanan 14 | Apr 26, 2013 (Jumaat)

Sisa Perjuangan Jangs
Terengganu mln Negeri Sembilan 
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

Terengganu baru sahaja menyingkirkan Negeri Sembilan dalam Piala FA. Dan kali ini mereka sekali lagi dijangka tiada masalah untuk menewaskan Negeri Sembilan untuk kali ketiga dalam bulan April yang serba indah ini. Bahagian tengah Terengganu, buat pertama kali dalam sejarah, kawe yakin dengan Ismail Faruqi. Selama ini aku sangat bosan dengan dia. Lembik! tapi beliau sudah membuktikannya pada perlawanan lepas. Membantu Terengganu menang bergaya ke atas Felda di laman lawan mereka itu.

Walaupun Elavarasen secara peribadi mengkritik kekerasan Ismail Faruqi ketika Felda berlaga dengan Terengganu minggu lepas, namun Ismail Faruqi boleh bergandingan cemerlang dengan Puaneswaran atau Nordin Alias. Bahagian serangan akan dibantu dengan baik oleh Manaf Mamat, satu lagi pemain Terengganu yang menyerlah musim ini.

Terengganu akan menang 3 - 0 jika Negeri Sembilan menurunkan Badrulzaman Abdul Halim atau Kaharuddin Abdul Rahman sebagai penjaga gawang merangkap pak lawak mereka. Ikut sejarah, kedua mereka ini ada potensi jadi kartun. Seperti biasa, taktikal Divaldo Alves dan pilihan pemain kadang-kadang diragui atau mengecewakan ramai penyokong Hobin Jang Hobin. Akan tetapi setelah menilai keadaan semama, kawe tetap yakin 'basuhan' pada rehat masa pertama bakal menyaksikan Terrengganu menggila di tempat mereka.

Pemain Tumpuan Terengganu: Ismail Faruqi
Pemain Tumpuan Negeri Sembilan: Hamsani Ahmad
Ramalan: Terengganu 3 - 0 Negeri Sembilan.
Keputusan: Terengganu 1 - 0 Negeri Sembilan
ATM Dalam Bahaya
ATM mln Selangor PKNS FC 
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi

Sekiranya PKNS berjaya menewaskan ATM Jumaat nanti, kelab dari Selangor ini akan menyamai pungutan mata ATM iaitu 21 mata. Tinjauan kawe ketika menyoal siasat beberapa askar pencen, menanyakan tentang peluang ATM dalam permainan ini, ramai antara mereka yakin pasukan bimbingan Sathianathan mampu mengutip 3 mata penuh di Paroi nanti. Seorang bekas askar yang ditugaskan membanteras Al-Maunah (tidak mahu namanya didedahkan) dengan nada penuh angkuh berkata "Apa ada hal lawan PKNS? Itu hari kalah dengan Temasik pun asbabkan padang plastik mereka. Ini kali ATM akan gempur hasbis-habisan pasukan Selengor celup tuh. INI KALILAH"

Walaupun memang jelas Nazmi Faiz membawa kekuatan tambahan kepada pasukan PKNS, tetapi dugaan sebenar Nazmi nanti adalah apabila berhadapan Shukor Adan yang terkenal dengan perangai samsengnya di atas padang. Mungkin Shukor semakin lembut hati sekarang ini. Namun jika tersilap langkah, tidak mustahil buku lali Nazmi akan disauk dengan penuh rakus. Pertembungan klasik di bahagian tengah ini yang kebetulan juga membawa 2 zaman yang berbeza, amat seronok untuk kita saksikan. Nazmi-Shukor bersedia menyediakan satu aksi bertahap antarabangsa apabila wisel sepak mula ditiupkan oleh lelaki berbusana hitam di Stadium Paroi.

Pemain Tumpuan ATM: Shukor Adan
Pemain Tumpuan PKNS: Nazmi Faiz
Ramalan: ATM 2 - PKNS 2
Keputusan:  ATM 2 - PKNS 0

Cinta Mati Najib
Pahang mln KL Felda United FC 
8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan

Ia menjadi lebih mudah untuk Pahang sekiranya analisis dibuat berdasarkan statistik di atas kertas. Felda juga mungkin kurang bernasib baik kerana gagal mendapatkan pemain tengah terbaik Asia Tenggara ketika ini, Safiq Rahim. Jika tidak, gandingan Safiq Rahim dan Amar Rohidan sudah pasti akan menggegarkan seluruh arena bola sepak tempatan sekaligus bagaikan mengimbau kembali kehebatan gandingan ini ketika Piala Suzuki 2010. Nampaknya K. Devan hanya perlu berpuas hati dengan barisan pemain yang dimiliki mereka ketika ini serta perlu melupakan segera kegagalan mengikat Safiq Rahim.

Sementara itu di kem Pahang semuanya dalam keadaan tenang senjahtera. Dollah Salleh bakal menurunkan kesebelasan utama demi melupakan kekalahan yang berlaku pada perlawanan sebelum ini di Larkin. Captain Marvel Jalaluddin Jaafar bakal mengepalai barisan pertahanan Pahang manakala bekas hero Selangor, Amirulhadi dijangka bergandingan dengan Hafiz Kamal buat menjamin 3 mata penuh.

Dengan Azamuddin Akil berada dalam prestasi yang baik dan Matias Conti seperti biasa bakal merobek kubu lawan, kem Pahang akan membawa balik 3 mata penuh untuk tanpa ragu. Kejayaan Fauzi Roslan, Faizol Hussin dan Gopinathan  menyumbat gol dalam perlawanan sebelum ini diambil kira, firasat kawe mengatakan Pahang bakal menang dengan jaringan 4-0.

Pemain Tumpuan Pahang: Matias Conti
Pemain Tumpuan KL Felda United FC: Azmi Muslim
Ramalan:Pahang 4-0 KL Felda United FC
Keputusan: Pahang 2-0 KL Felda United FC


Liga Super Perlawanan 14 | Apr 27, 2013 (Sabtu)


Zaman Mundur Kelantan
Kelantan mln Terengganu PBDKT T-Team 
8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Mungkin benar kata seorang pujangga tua tentang bola sepak Kelantan. "Tiba suatu masa nanti sebuah pasukan bola dari pantai timur akan mengganas. Namun kehebatannya akan terhenti seketika dan tenggelam selamanya...". 

Kelantan bakal berdepan tugas sukar dalam Derby Pantai Timur menentang T-Team. Mengikut rekod-rekod sebelum ini kedua pasukan dijangka bakal berkongsi mata. Malahan yang terbaru Kelantan tewas di Kuala Terengganu kepada T-Team dengan skor 1-0.

T-Team bertandang ke Std Sultan Muhammad IV untuk menguji anak buah Bojan Hodak. Seperti yang semua tahu Kelantan diakui agak liat apabila bermain di tempat sendiri maka ada kemungkinan hanya satu mata untuk kedua pasukan minggu ini. Kalau ada pasukan yang kalah, jangan bakar stadium. Tak baik. Berdosa.

Pemain Tumpuan Kelantan: Dickson Nwakaeme
Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: G. Mahatdevan
Ramalan: Kelantan 0 - T-Team 0.

 
Seladang Patah Tanduk
Perak mln Johor Darul Takzim FC 
4.45ptg, Std Perak, Ipoh.

Penyokong Perak semakin tidak selesa dengan keadaan pasukan mereka. Kedudukan di dalam liga tidak lagi menggambarkan cita-cita sebenar mereka musim ini. Jika dilihat dari segi barisan pemain, Perak sepatutnya duduk sama tinggi, berdiri sama rendah dengan JDT. Tetapi persembahan dan statistik pasukan membuktikan Perak masih jauh ketinggalan dari segenap segi kepada pasukan JDT.

JDT pula mungkin menurunkan barisan pertahanan yang terbaik kali ini jika Aidil Zafuan diturunkan oleh Fandi Ahmad. Aidil, Kamarul Afiq, Nazri Ahmad dan Farid Ramli - 'the back four' yang terbaik untuk JDT. Barisan pemain JDT tidak terlalu penat, jadi sesi latihan mereka di Sri Gelam minggu lepas nampak tenang dan normal tanpa tekanan. Lionel Nunez pula ketika ini boleh dipakai setiap hari. Lionel Nunez bukan sahaja berbadan lembu, malahan bertenaga lembu, dia boleh saja diturunkan setiap minggu. Dia bukan bertenaga ayam..kejap jek terus pancit. Tapi mungkin Fandi Ahmad akan merehatkan dia dan mencuba gandingan Safee Sali-Mat Yo.

Pemain Tumpuan JDT: Farid Ramli
Pemain Tumpuan Perak: Shaharom Kalam
Ramalan: Perak 1 - JDT 3.

Santapan Daging Sang Singa
Selangor mln Lions XII
8.45mlm, Std Shah Alam

Selangor sentiasa hidup dan bergerak mengikut waktu. Peminat Gergasi Merah sentiasa menunggu perlawanan-perlawanan seterusnya. Menjelang bulan Mei nanti, Selangor ingin terus menjuarai Liga Super untuk kesekian kalinya

Sabtu ini, Lions XII akan bertandang ke Stadium Shah Alam. Adakah anak buah V. Sundramoorthy akan menjadi mangsa Selangor melepaskan 'stim' kegagalan menewaskan Negeri Sembilan minggu lepas? Atau terus menongkah arus?

Yang pasti, Irfan Bakti akan menurunkan kesebelasan yang berbeza. Dalam sidang akhbar, Irfan Bakti memberi amaran kepada Nasriq Baharom, beliau mungkin akan tercicir dalam skuad Selangor dan juga hilang lenyap dari pasukan Malaysia jika terus melakukan kesilapan. Nasriq mesti bangkit dan memperbaiki mutu permainan beliau. Terlalu banyak kesalahan yang telah beliau lakukan dan musibahnya menimpa Selangor. Masalah kecederaan juga masih menghantui Nasriq dan itu mungkin membataskan peningkatan permainannya ke tahap yang sebenar. Atau mungkin juga aktiviti sosialnya diluar. Tarian tiang, online magazine dan parti. Itu semua kemarahan Irfan Bakti. Ingat Nor Azlan kena marah musim lepas?

Selangor perlu menewaskan Lions XII dan seluruh Malaya akan tersenyum, termasuk Soltan Bola.
Pemain Tumpuan Selangor: S. Venood
Pemain Tumpuan Lions XII: Hariss Harun
Ramalan: Selangor 3 - 2 Lions XII.

Monday, April 22, 2013

Luis Suarez: 10 Perkara Ajaib Yang Pernah Beliau Lakukan.

 
 
 
November 2007
 
Menyertai Ajax dari Groningen tetapi kemudiannya didenda oleh kelab Amsterdam itu kerana pergaduhan bersama rakan sepasukan Albert Luque semasa rehat separuh masa.
 
 
July 2010
 
Siapa yang boleh melupakan aksi Suarez menafikan peluang gol Dominic Adiyiah semasa suku akhir Piala Dunia 2010 menentang Ghana? Beliau diperintah keluar padang dan penalti diberikan kepada pasukan Ghana. Malangnya Asamoah Gyan gagal menyempurnakannya dan Suarez terkinja-kinja bersorak di tepi padang. 
 
 
November 2010
 
Suárez dihalang dari beraksi sebanyak 7 perlawanan oleh FA Belanda dan dikenakan denda oleh kelabnya PSV Eindhoven kerana 'mengkokak' Otman Bakkal dalam satu perlawanan Liga Eredivisie yang tak berapa sengit itu. 
 
 
October 2011
 
Dia terlibat dalam satu aksi terjahan lembut dari pemain Everton, Jack Rodwell dan Suarez menggelupor bagaikan dirasuk saka hantu Kak Limah. Dan Rodwell dihadiahkan kad merah.
 
 
October 2011
 
Permainan isu perkauman oleh Suarez kepada Evra membawa kepada 'ban' 8 perlawanan dan denda £40,000.
 
 
December 2011
 
Dirakam melakukan aksi provokasi ke atas 'fans' Fulham. Ketika ini dia masih menjalani hukuman isu perkauman Evra. Dia kemudiannya di 'ban' satu lagi perlawanan. 
 
 
February 2012
 
United dan Liverpool bertemu di Old Trafford, tetapi kontroversi berlaku lagi apabila Suárez enggan berjabat tangan dengan Evra ketika sepak mula perlawanan tersebut.
 
 
October 2012
 
Meraikan jaringan gol ketika derbi Merseyside dengan 'diving' di hadapan pengurus Everton, David Moyes yang sebelum itu mengkritik Suarez... "divers such as Suárez are putting fans off the English game."
 
 
January 2013
 
Menjaringkan gol menggunakan tangan ketika Liverpool menewaskan Mansfield dalam pusingan ketika Piala FA.
 
 
March 2013
 
Suárez dilihat menumbuk pertahanan Chile, Gonzalo Jara ketika laga kelayakan Piala Dunia untuk Uruguay. Pengadil gagal mengesan kejadian ini dan FIFA masih menjalankan siasatan.

Satu Coretan Asuhan Jiwa : This Is Ant-field



Pagi yang cerah
Langit membiru
Terasa kedamaian diseluruh alam
Unggas kembali berahi..
This Is Ant-field

Tiada kesesakan dirasai
Tolok minyak seakan berhenti
Deruan enjin kenderaan bagai irama yang mengasyikkan..
Aku teruja sendiri

Buruh kasar menyanyi girang
Walau keringat membasahi dahi
Tiada yang lebih berharga
Dari ketenangan dan kegembiraan hati..

Aku hampiri seorang tukang kayu
Ingin aku pastikan apa yang tersembunyi
Disebalik senyuman semurni pagi

Lalu aku bertanya;
"Ya, kenapa Pak? kok gembira bangatt?"
Lalu dia menjawab;
"katanya Liverpool seri aja ditempat sendiri tengah malam tadi, apa Bapak belum tahu lagi?"

Aku hanya tersenyum dan berlalu pergi.
Dunia bangang memang sedang bergembira kerana Si Gigi Arnab hanya mampu mengkokak lengan dan jaringkan gol dengan tambahan masa 6 minit.

Sunday, April 21, 2013

Di mana mereka? Roberto Carlos



Dizaman keagungan pasukan Brazil bermain samba di Piala Dunia dari tahun 1998-2006 terdapat beberapa pemain yang tidak kurang hebatnya seperti Dida, Ronaldo dan Roberto Carlos.

Ketika negara eropah lain masih terkial-kial mencari identiti mereka, Brazil tegar dengan rentak samba. Kemuncaknya mereka menjulang Piala Dunia pada 2002. Corak permainan Brazil juga amat lain dan sukar dijangka. Berbeza dengan seteru mereka, Argentina yang kerapkali longlai apabila bertemu jaguan eropah seperti Belanda.
Antara penyebab kelainan ini ialah Roberto Carlos da Silva Rocha ataupun lebih mesra dengan panggilan Roberto Carlos, seorang pemain pertahanan kiri yang kadangkala berubah menjadi pemain sayap kiri ketika keadaan memerlukan dalam permainan.

Roberto Carlos berasal dari satu bandar yang diberi nama Garca berhampiran Sao Paolo. Beliau seperti juga kanak-kanak Brazil yang lain, memulakan karier bola sepak di jalanan. Dengan kemiskinan yang menghimpit, semangat untuk menjadi pemain bola sepak terkenal dunia semakin meluap-luap.

Roberto Carlos ni kalau sekali pandang, nampak macam Kaki Peragut. Tetapi ketika perlawanan, senyuman manisnya tidak pernah lekang dari bibir munggilnya itu.

Tetapi jangan sekali-kali berani memandang dia sebelah mata, permainan Roberto Carlos sangat hebat. Sehebat pemain-pemain piala dunia 2002 Brazil yang lain. Beliau merupakan tonggak penting sepanjang 14 tahun kerjaya antarabangsanya bersama Brazil.




Jaringan beliau yang paling diingati tentunya sepakan percuma ketika menentang Perancis dalam kejohanan  Tournoi de France 1997. Dia melakukan sepakan dari jarak 35 meter (115 ft) melencong melepasi benteng menggunakan kaki kirinya dan bola menerjah masuk ke jaring gol. Bayangkan betapa melencongnya bola tersebut sehinggakan budak milo di belakang gol ketika itu menyangkakan bola akan mengenai muka beliau. Tetapi bola itu terus masuk dan membuat penjaga gol Perancis, Fabien Barthez hanya mampu terpacak bagaikan pocong nampak hantu raya. Sila lihat youtube yang dilampirkan.



Selepas mengharungi musim yang mengkagumkan bersama Real Madrid, beliau telah berkelana di Fenerbache dan Corinthians. Kelab terakhir beliau ialah Anzhi Makhachkala. Kini dia telah bersara dari bermain bola sepak dan menjawat jawatan Pengarah Sukan di Anzhi Makhachkala.

Selepas ketiadaan Roberto Carlos dalam pasukan Brazil, posisi itu telah diisi oleh antaranya ialah Michel Bastos, Marcelo, Andres Santos, Mazwell, Adriano, Juan, Kleber dan terkini Felipe Luis. Namun setakat ini, tiada seorang pun daripada mereka mampu mengisi lubang hitam yang ditinggalkan Lagenda Berpeha Balak, Roberto Carlos.

(Sumber: Wiki, twitter, facebook dan internet)

Saturday, April 20, 2013

Cereka Khas Lagi Jujur: Syed Adney, Afiq Azmi dan Khyrill Muhymeen



Syed Adney

Pada awal kemunculan Syed Adney sekitar 2006, seluruh Malaysia gempar. Khabarnya seorang pemain jelmaan Bruce Grobellar bakal lahir di Tanah Melayu. Kini muncul harapan Malaysia untuk kembali menjadi gergasi Asia. Jurulatih bawah 23 tahun ketika itu, B. Sathianathan pantas memanggil beliau untuk kejohanan Sukan Asia di Doha, Qatar. Aksi pertamanya ialah menentang Oman. Malaysia tewas 1-3. Baki 2 perlawanan Malaysia turut tewas kepada China (1-3) dan Iraq (0-4). Syed Adney pulang hampa selepas membenarkan gawangnya bocor sebanyak 10 kali sepanjang kejohanan ini berlangsung.

Selepas itu kariernya agak suam-suam kuku. Baik di peringkat negeri/kelab mahupun antarabangsa. Paling gemilang pun adalah kejayaannya memikat hati Siti Saleha. Syed Adney ada membuat beberapa penampilan untuk skuad bawah 23 tahun pada Pestabola Merdeka 2007 dan Kelayakan Sukan Olimpik 2008. Namun, kemunculan pemain lain seperti Sharbinee Allawee, Farizal Marlias, Khairul Fahmi dan terkini Nor Azlan, menutup terus peluang beliau untuk membuat ‘comeback’ dalam pasukan utama kebangsaan. Di Malaysia, tidak akan ada peluang untuk seseorang pemain itu kembali bangkit selepas mengalami kejatuhan. Sebagai contoh,ia terbukti terjadi kepada penjaga gol seperti Helmi Eliza.  

Tahun ini Syed Adney bermain untuk pasukan Terengganu selepas berkelana di Sabah. Manakala sebelum itu beliau bermain untuk skuad Kelantan dan UPB My-Team. Walaupun berwajah dan berdarah Inggeris, tidak semestinya aksi di atas padang pun serupa 'penjajah'.



Afiq Azmi



Sekiranya negara Serbia berbangga memiliki Nocola Zigic. Kita juga boleh mendabik dada mempunyai pemain muda berprofil tinggi, Afiq Azmi. Untuk pengetahuan semua, Afiq Azmi memulakan karier remajanya di Perlis. Sehinggalah pada suatu hari beliau tersedar bahawa bermain di negeri yang tiada restoran Mc Donalds itu adalah sia-sia sahaja. Ibarat peribahasa Melayu yang sering diguna pakai oleh orang Inggeris "like pouring water into the taro leaf". Afiq mengambil keputusan untuk mengembara sejauh 503 kilometer, 5 jam dan 8 minit semata-mata ingin beroleh peluang beraksi untuk sebuah lagi pasukan bangang, Kuala Lumpur. Namun berkat ketabahan beliau, persembahan mantapnya bersama pasukan Lembah Kelang itu, berjaya menarik minat pasukan Kelantan.

Kelantan telah meminjam Afiq untuk saingan Piala Malaysia 2012. Dengan fizikal yang tinggi namun mudah lentur. Jelas tandukan padu di udara adalah senjata utama beliau. Beliau turut cemerlang ketika bersama Kelantan dan aksi Afiq ini mula menarik minat pasukan Selangor. Akhirnya Selangor berjaya memiliki Afiq musim ini ketika Kuala Lumpur telah pun tersingkir dari liga super. Tetapi sudah resam anak muda yang berdarah manis. Emosi dan kemarahan kadangkala tidak dapat dibendung. Oleh itu Afiq telah diletakkan di bawah jagaan rapi Irfan Bakti dan P.Maniam yang secara kerap menerapkan tarbiah kerohanian di dalam jiwa Afiq supaya lebih tenang dan berjaya menjadi antara bakal penyerang tebaik di Malaysia.

Pada usia yang muda dan baru sahaja berumur 24 tahun. Perjalanan kariernya masih jauh dan masih banyak yang perlu dia pelajari. Ini termasuk selok-belok untuk mengelakkan daripada gangguan Emma Maembong, Nelydia Senrose dan Wawa Zainal.




Khyril Muhymeen

Tiada perkataan hebat yang sesuai untuk seorang insan bernama Khyril Muhymeen. Menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan Kedah dengan 14 gol pada musim lepas. Hanya kecederaan yang menjadi penghalang untuk beliau menjaringkan 40 gol semusim untuk Kedah. KM juga merupakan ahli tetap untuk kejayaan silam Kedah, iaitu 'double treble' pada musim 2006/07 dan 2007/08. Beliau juga berada dalam skuad Sathianathan yang menjadi Juara Pestabola Merdeka 2007. Dari sini kita dapat lihat bahawa KM adalah seorang pemain yang mempunyai banyak pengalaman bersama pasukan kebangsaan Malaysia.

Buat masa ini beliau sedang berjuang bersama-sama pasukan Kedah di Liga Perdana. Sama ada Kedah berjaya naik semula ke Liga Super musim depan, itu kita kena tunggu. Walaupun hanya beraksi dalam Liga kedua tertinggi di negara ini, namanya tidak pernah tercicir dalam senarai Rajagopal.  Mungkin kerana di dalam liga super tidak ada pemain serangan yang benar-benar laju, tangkas di hadapan gol dan punyai tandukan tajam sehebat Khyril Muhaymeen. 

Kini beliau sedang mengamalkan peminuman secara sihat Kopi Capuccino bagi mengekalkan stamina serta fokus ketika permainan. Dan juga mohon tiada gangguan dari Izara Aisyah. La pulaaaaak.

Thursday, April 18, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.


Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.


1. Piala Fa Inggeris.

Mancity dan Wigan menempah tiket ke perlawanan akhir selepas menewaskan lawan masing-masing. Sob..sob...


2. Piala FA Malaysia.
Kelantan, Terengganu, Pahang dan JDT mara ke separuh akhir piala FA Malaysia dengan penuh bergaya.
3. Cardiff City
Cardiff City akan bermain dalam Barclay Liga Perdana musim lepas setelah 51 tahun membangangkan diri di divisyen bawahan.


4. Safiq Rahim

Khabarnya pemain ini sedang diintai oleh pasukan liga perdana Malaysia, Sime Darby.


5. Boroi

Percaya atau tidak Lionel Nunez membuktikan bahawa buncit bukanlah halangan utama untuk menjadi pemain bola sepak yang 'power'.


6. Copa Italia

Roma akan mementang Lazio dalam perlawanan akhir Copa Italia selepas masing-masing menyingkirkan Inter Milan dan Juventus.


7. Tanpa TMJ.

Minggu ni takde isu dari TMJ. Sunyi pulok rasenyer dunia bola sepak Malaysia...puih!


8. Alex Song

Akhirnya beliau menyatakan rasa tidak gembiranya di Barcelona selepas kekurangan aksi dalam kesebelasan utama bersama kelab Catalan itu.


9. Nasib Casillas

Kecederaan beliau membataskan peluang beraksi bersama Real Madrid musim ini. Kini timbul pula ura-ura tentang statusnya di dalam pasukan Sepanyol pula menjelang Piala Konfederasi bulan Jun ini di Brazil.


10. Piala Guinness International Champions.

Real Madrid, Juventus, Internazionale dan LA Galaxy telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan kalah mati ini yang bermula dari 27 Julai hingga 4 Ogos. Empat lagi pasukan akan diumumkan tidak lama lagi.

Gemuk? Buncit? Ia Bukan Penghalang Untuk Berjaya Dalam Karier Bola Sepak.

Dunia bola sepak Malaysia dikejutkan dengan kehadiran seorang pemain buncit dalam sebuah pasukan milik anak raja popular dari selatan tanah air. Buncitnya bukan kecil-kecil anak. Buncitnya boleh mendatangkan keraguan tentang prestasinya. Namun setakat ini, golnya mampu membuatkan mulut kita terdiam sejenak dan berfikir dengan penuh yakin bahawa buncit bukannlah penghalang atau alasan untuk menjadi bangang dalam arena bola sepak.
 
Mungkin agak baru di Malaysia. Namun di Eropah dan dunia, ia adalah sesuatu yang tidak pelik. Lihat saja Singapura yang menyenaraikan pemain berdarah China, Qiu Li yang boroi tetapi hebat. Mari kita selidik 10 orang pemain bola sepak yang gemuk di serata dunia.
 

10

10. Mark Bosnich - Selain kaki kokain, beliau juga seorang yang pemalas untuk turun berlatih. Nasril Nourdin gemuk? Al-Hafiz buncit? Tiada masalah di situ...



9

9. Mido - Beliau pernah bermain untuk 11 kelab yang berbeza dan khabarnya meminati setiap jenis makanan yang ada di tempat beliau mewakili pasukan tersebut.



8

8. Adriano - Beliau pernah berkata..." Saya makan banyak salad". Salad ke satay?


  
7

7. Benni McCarthy - Big Ben pernah mengkritik Karren Brady,"syaitan dengan sepasang puting". Brady pula kembali membalas kepada McCarthy dengan berkata "sekurang-kurangnya saya mempunyai puting". Eh ape daaa puting?

 
6

6. Neville Southall - Lagenda Everton sekitar tahun 90-an. Oh gemuknya...

  
5

5. Paul Gascoigne - Peminat stia pai babi, arak dan kebab pantai dalam. Apa lagi yang boleh dia melantak ek??
  

4

4. Neil Ruddock - ‘Razor’ adalah gelarannya. terkenal sebagai bek tengah yang kental. Lebih kental dari Jalaluddin Jaafar.


 
3

3. Willie ‘Fatty’ Foulke - Bekas pemain Sheffield United dan  Chelsea.  Terkenal dengan aksi mengejar Tom Kirkham selepas perlawanan akhir Piala FA tahun 1902.



2

2. Maradona - Pernah mengalami masalah dadah. Dan untuk menghilangkan giannya beliau dengan tabah telah melantak pelbagai jenis makanan tebasuk beriyani gam batu pahat.



1

1.Ronaldo - Oh Ronaldo....gemuk bukan masalah besar!!!

Wednesday, April 17, 2013

UEFA Champions League 2012/13 - Semi Final




UEFA Champions League 2012/13
Semi-finals (1st leg)
April 24, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
1st legBayern Munichvs
Barcelona
April 25, 2013 (Khamis) 2.45 AM
1st legBorussia Dortmundvs
Real Madrid

UEFA Champions League 2012/13
Semi-finals (2nd leg)
May 1, 2013 (Rabu) : 2.45 AM
2nd legReal Madridvs
Borussia Dortmund
May 2, 2013 (Khamis) 2.45 AM
2nd legBarcelonavs
Bayern Munich






Bayern Munich vs Barcelona

Mungkin Pep Guardiola akan berbaring tenang di atas sofa sambil memegang secawan kopi cap jantan jenama Sepanyol menonton perlawanan penuh sejarah ini. Pertembungan pasukan bekas bimbingannya dan pasukan yang akan dilatihnya musim hadapan. Tetapi ramai mungkin tahu bahawa perlawanan ini bakal ditentukan oleh sejauh mana tahap persembahan Lionel Messi. Jika kecederaan Messi sembuh menjelang aksi ini, tidak banyak yang perlu dirisaukan oleh Tito Vilanova. Sekiranya Messi tidak menjaringkan gol pun, tetapi kehadirannya di atas padang amat diperlukan dalam membakar semangat rakan-rakan yang lain. Memetik kata-kata Carlo Ancelotti.."Beliau (Messi) tetap adalah pemain terbaik dunia walaupun tidak berada dalam keadaan cergas 100%"

Mandzukic dan Pedro - Tajam dihadapan gol.

Tetapi harus diingat...rekod Bayern Munich menentang Barcelona amat baik. Menang 3, seri 2 dan kalah hanya 1 perlawanan. Bayern Munich yang juga merupakan naib juara musim lepas baru sahaja memenangi kejuaraan Bundesliga ke-23 musim ini. Kemampuan Beyern Munich menyingkirkan Juventus pada peringkat suku akhir dengan skor 2-0 dalam kedua-dua perlawanan, melalui kehadiran pemain seperti Arjen Robben, Mario Mandzukic dan Bastian Schweinsteiger tidak wajar dipandang remeh. Kecemerlangan Philips Lahm mengetuai barisan pertahanan yang turut terdiri daripada Dante, Alaba dan Boateng akan diuji menerusi gandingan emas Barcelona iaitu Xavi-Iniesta. 


Ramalan: 1st Leg: Bayern Munich 1- 1 Barcelona | 2nd Leg: Barcelona 2 - 0 Bayern Munich. Barcelona layak dengan aggregate 3-1 (bergantung kepada peranan Messi dalam kedua-dua perlawanan ini).
   

Borussia Dortmund vs Real Madrid


Borussia Dortmund adalah pasukan tunggal yang masih belum mengalami kekalahan dalam Champions League musim ini dan mereka adalah pasukan yang perlu dipandang serius. Jurulatih berkarisma, Jurgen Klopp telah berjaya menanamkan semangat juang tentera tidak mudah putus asa dalam setiap jiwa pemain mudanya. Ini terbukti ketika perlawanan menentang Malaga apabila pasukannya bangkit dan menjaringkan 2 gol di masa kecederaan (kali pertama sesebuah pasukan perlu menjaringkan 2 gol di masa kecederaan dalam saingan kalah mati Champions League selepas kali terakhir dilakukan oleh Manchester United pada perlawanan akhir 1999).


Sebagai rekod, Borussia Dortmund hanya pernah sekali menewaskan Real Madrid, kalah 2 dan seri 3. Dan kemenangan yang mereka capai adalah ketika di peringkat kumpulan Oktober lepas. Mereka juga berjaya mengikat Real Madrid 2-2 di Bernabeu beberapa minggu kemudiannya. Penyerang Poland, Robert Lewandowski adalah ancaman utama dengan Mario Götze dan Marco Reus yang juga sentiasa berbahya apabila melakukan serangan. Tetapi senjata utama mereka adalah pemain ke-12 nya. Aksi di Westfalenstadion nanti sudah pasti banyak membantu membakar semangat juang pemain-pemain Borrusia Dortmund.

 
Tetapi cukupkah dengan hanya berbekalkan semangat sahaja untuk berjuang menentang pengurus secerdik Jose Mourinho yang mempunyai Cristiano Ronaldo yang sentiasa bersumpah untuk berjihad demi pasukan Real Madrid? Amat sukar untuk membayangkan pertahanan Dortmund mampu untuk menjinakkan Ronaldo semasa aksi separuh akhir nanti. Sekali lagi saya ramalkan Real Madrid tidak akan mampu 'clean sheet' dalam laga pertama di Dortmund kelak. Namun sekiranya Dortmund pula berjaya menjaringkan gol di Bernabeu, satu malapetaka maha besar akan menimpa Real Madrid.
 
 
Walaupun ramai peminat neutral yang menginginkan 'El Clasico' Barcelona dan Real Madrid di Final  Champions League, namun Dormund-Bayern juga turut menyimpan hati untuk mempersembahkan 'El Clasico' versi Jerman milik mereka sendiri. Beramai-ramailah kita tunggu dengan penuh damai di hati..

Ramalan: 1st Leg:Borussia Dortmund 2-1 Real Madrid | 2nd Leg:Real Madrid 2-1 Borussia Dortmund. Dortmund mara selepas penentuan penalti.



Tuesday, April 16, 2013

Piala FA Malaysia 2013 - Separuh Akhir




Separuh Akhir

25 Mei 2013 | 28 Mei 2013

Terengganu vs Kelantan

Pahang vs Johor Darul Takzim


Akhir

26 Jun 2013

Monday, April 15, 2013

Di mana mereka? Tony Adams


Dimanakah Tony Alexander Adams atau lebih dikenali sebagai Tony Adams, bekas ketua pasukan Arsenal FC sekarang?

Peminat pasukan Arsenal mesti ingat sama ini 'brader'. Orang kuat Arsenal dibahagian pertahanan. Zaman George Graham jadi pengurus Arsenal, pasukan ini memang cilakak. Lepas skor gol aje, terus berkampung depan gol sendiri. Hah, siapa lagi kalau bukan Tony Adams yang menjadi ketua kampung depan gol sendiri itu. Bila Arsene Wenger ambik alih, Arsenal main 'style' lain pulak.

Tony Adams bukan sahaja seorang pemain bolasepak yang berjaya tetapi dia juga peminum arak yang hebat. Macam-macam aksi dia pernah buat sewaktu mabuk termasuklah pandu kereta langgar dinding, bergaduh dalam bar dan juga main bola. Ya, dia pernah bermain bola untuk Arsenal dalam keadaan mabuk. Hah, itulah dia perangai kapten pasukan Arsenal ini. Setelah bertaubat, dia buka klinik untuk mereka yang hendak bertaubat dengan nama Sporting Chance Clinic.
 
Si Tony ni sekarang adalah pengurus pasukan bola di Azerbaijan. Kelab Gabala FC. Nama kelab ni mak datok punya ganas macam puak syiah bunyinya. Oleh itu bila korang nampak nama pasukan bola Gabala FC dalam Champions League ke, atau Europa League ke, jangan terkejut jika permainan mereka mungkin lebih kurang Arsenal di era awal 90an. Macam dajal... tapi itu Arsenal dulu laaa....

Tony Adams, cheers mate!



(Sumber: Wiki, twitter, facebook dan internet)
 

Prebiu Liga Super Perlawanan 13


Liga Super Perlawanan 13  - Apr 19, 2013 (Jumaat)


Bola Sepak Sejati
Negeri Sembilan mln Selangor
8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi


Pada minggu lepas di Shah Alam, Selangor mengekalkan reputasi mereka sebagai pasukan bola sepak cemerlang, gemilang dan terbilang hasil bantuan bekas pemain Harimau Muda, K.Gurusamy dan jaringan penuh inspirasi pemain dari Liberia, Forkey Doe. Ketika ini gaya permainan Selangor mirip seperti pasukan Real Madrid. Hantaran yang tepat, pergerakan yang licik serta skil dan kemahiran yang sungguh luar biasa. Nogori Sembilan sudah pasti akan mengalami banyak kesulitan di Paroi kelak.

Walaupun begitu, selepas skuad hobin jang hobin menjaringkan 1 gol untuk mengikat Lions XII tempoh hari dan mengejutkan ramai pakar bolasepak, sekali lagi Divaldo Alves telah menunjukkan kemahiran taktikal bola sepak yang dimilikinya. Kali ini, Divaldo Alves menunjukkan bagaimana Nogori boleh menjaringkan gol menggunakan pemain import baru walaupun pasukan sedang berada di tangga tercorot. Ternyata Leandro Barbosa lebih bagus daripada De Porras.

Kemungkinan besar satu Malaysia bakal terpukau menonton aksi kedua pasukan ini. Budak-budak sekolah yang lepak di kedai mamak Rombau tengok Astro percuma bakal menangis teresak-esak melihat jaringan bekas pemain kesayanagn The Jangs, S. Kunalan. Tidak cukup dengan itu, Irfan Bakti bakal mendedahkan lagi skil maha agung milik Selangor melalui ilmu pukau. Seluruh pemain Nogori hanya akan terpaku melihat Amri Yahyah menggelecek bola secara solo lalu terus menewaskan penjaga gol Negeri Sembilan.

Kemenangan Selangor ke atas Negeri Sembilan nanti adalah bukti kehebatan sebuah pasukan bolasepak yang pernah memenangi 32 kejohanan Piala Malaysia.

Pemain Tumpuan Negeri Sembilan: Leandro Barbosa Fabio
Pemain Tumpuan Selangor: S. Kunalan
Ramalan: Negeri Sembilan 1 - Selangor 2

Keputusan: Seri 0 -0.

Gajah Makan Ghimau Lagi?
Johor Darul Takzim FC mln Pahang
8.45mlm, Std Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, JB.


Sementara itu di Larkin nanti, pasukan anak muda dari Pahang bakal mencatatkan kemenangan kedua mereka ke atas JDT untuk musim ini dengan cara yang lebih konservatif. Tanpa perlu menggunakan penampar Jalaluddin Jaafar atau ilmu pukau, Hafiz Kamal, Faizol Hussin dan R. Gopinathan akan menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tekun dan gigih.

Tapi ianya tidak akan semudah yang disangka, sekali lagi seperti perlawanan pusingan pertama menentang JDT tempoh hari, Pahang bakal dipaksa bekerja keras unutk menewaskan JDT. Tetapi resam orang yang lebih makan garam, pengalaman pemain-pemain Pahang seperti Amirulhadi, Azidan Sarudin dan Razman Roslan yang secara kebetulannya merupakan bekas pemain pasukan teragung Selangor, menjadi titik tolak yang membezakan mereka dengan pasukan yang lain.

Walau bagaimanapun gelaran ‘The Comeback Kings’ sudah mula diberikan kepada pasukan Pahang berikutan peningkatan prestasi pemain-pemain Dollah Salleh yang kembali menemui sentuhan emas seperti permulaan liga dahulu.

“Ia boleh berlaku dalam bolasepak dan ianya penting untuk bereaksi dengan baik, untuk tidak menjadi goyah. Kamu perlu mengawal rentak permainan dan kami telah melakukannya dalam 3 perlawanan terakhir. Biar pun kami selalu ketinggalan, kami tetap mengawal permainan”, kata Dollah Salleh dengan nada penuh yakin.

Pemain Tumpuan Johor Darul Takzim FC: Leonel Nunez
Pemain Tumpuan Pahang : Mohd Hafiz Kamal
Ramalan: Johor Darul Takzim FC 2 - Pahang. 0

Keputusan: JDT 1 - Pahang 0.

Tugas Mudah Nazmi Faiz
Selangor PKNS FC mln Kelantan
8.45mlm, Std Shah Alam.


Juara bertahan Liga Super, Kelantan atau juga dikenali sebagai The Red Warriors atau dikenali sebagai 'kelab-janji-kalah-semua-happy' memulakan perlawanan ini dengan rekod di Kota Bahru telah pun dihancurkan oleh Sang ATM. Secara keseluruhan Kelantan perlu memperbaiki banyak aspek permainan untuk menewaskan PKNS dalam perlawanan ini sekaligus menghidupkan kembali peluang mempertahankan kejuaraan Liga Super milik mereka musim lepas.

Sebaliknya pula PKNS tidak perlu panik kerana bakal turun sebagai pasukan bukan pilihan meskipun beraksi sebagai tuan rumah. Mereka hanya perlu panik jika gandingan Nazmi-Ronaldinho gagal menjaringkan gol.

Namun adakah kembalinya Obinna dalam kesebelasan utama Kelantan cukup untuk mereka mengelak daripada PKNS menjaringkan gol? Ataupun adakah sekali lagi Faiz Subri akan membuktikan beliau adalah pemain paling 'on-form' ketika ini mengatasi Fakri Saarani? Huh!!!

Pemain Tumpuan Selangor PKNS: Nazmi Faiz
Pemain Tumpuan Kelantan: Faiz Subri
Ramalan: Selangor PKNS 2 - Kelantan 3.
Keputusan: PKNS 2 - Kelantan 1.

Liga Super Perlawanan 13 -  Apr 20, 2013 (Sabtu).


Di Mana Sepak Terajang Itu?
KL Felda United FC mln Terengganu
4.45ptg, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya


Felda United sudah pasti akan turun tanpa kelibat Fauzi Saari, yang digantung oleh FAM kerana terlebih ramah dan rajin 'bersembang' dengan Forkey Doe dalam perlawanan menentang Selangor minggu lepas. Selain itu sekiranya betul ada adengan 'peluk-cium' antara pemain Felda United dan Forkey Doe ketika di terowong masuk bilik persalinan, pemain seperti Helmi Eliza Elias, Kaironnisam Sahabudin, Shafizan Hashim dan Razali Umar Kandasamy akan meninggalkan banyak tempat duduk kosong di bangku simpanan untuk pemain Felda United yang lain.

Bagi pasukan Terengganu pula, situasi Owana pula masih 50-50. Ini kerana persembahannya masih tidak meningkat dan gagal memberikan impak yang diharapkan oleh pengurusan pasukan.

Apa pun, adalah silap besar untuk memandang rendah keupayaan Terengganu. Elavarasan adalah pengurus yang bijak mencatur corak permainan. Dan dengan adanya bekas juara gusti sekolah, Effa Owana, Terengganu dijangka bakal berusaha sedaya upaya untuk menggempur kubu Felda United. Itu belum campur dengan  pemain-pemain senior Manaf Mamat dan Ismail Faruqi antaranya.

Pendek kata, Felda United bakal menempuhi halangan yang sukar kali ini. Dengan kebanyakan pemain Felda United kepenatan akibat diganyang Selangor, adakah ini bermakna rekod kekalahan Felda di bawah Elavarasan bakal berterusan?

Pemain Tumpuan KL Felda United FC: Azmi Muslim
Pemain TumpuanTerengganu : Ismail Faruqi
Ramalan: KL Felda United FC 1 - Terengganu 0.

Keputusan: Felda 1 - T'ganu 2.

T-Team Hanyut
Terengganu PBDKT T-Team mln Perak
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT


Selepas tumpas 2-1 di tangan Pahang, Peter Butler berkata, “Saya akan berjuang untuk memastikan T-Team tidak tersingkir, hingga ke titisan darah terakhir. Kami masih belum terkeluar dari saingan Liga Super. Saya tidak takut pada kritikan. Saya tidak takut pada sesiapa. Saya akan terus berjuang tanpa mempedulikan sebarang kritikan.”

Walau bagaimanapun, kawe dapat merasakan perlawanan yang bakal berlangsung sekitar jam 4.45 petang di Kuala Terengganu ini, kedua pasukan mempunyai peluang 50-50 untuk menang. Kesemua pemain T-Team jelas bermotivasi tinggi untuk menang. Stadium uzur Sultan Ismail Nasiruddin Shah  juga gelanggang yang boleh menggugat fokus pihak lawan. Kajian baru-baru ini di Pantai Timur mendedahkan para peminat T-Team adalah yang paling lantang dalam Liga Super, dengan purata bunyi mencecah sekitar 101.8 desibel.

Barisan serangan Perak pula ketika ini beraksi agak baik. Statistik menunjukkan Perak sudah menjaringkan 11 gol untuk semua perlawanan dan dijaringkan oleh 6 pemain berlainan. Mohd Rafiuddin Roddin walau nampak ringan, tapi amat bahaya di udara. Hadi Yahya juga sangat pantas untuk menerima hantaran dari Yong Kuong Yong, yang sangat laju itu. Kehadiran pemain baru Paulo Rangel pula akan mengguatkan lagi bahagian Serangan Perak.

Perlawanan ini juga sedikit sebanyak boleh dikira sebagai ujian kepada pasukan T-Team ini. Adakah mereka benar-benar layak untuk berada dikelompok elit atau hanya Sekadar Dipinggiran (Francessa Peters) kerana jika mereka kalah perlawanan ini dan juga kepada Kelantan selepas itu, maka mereka akan terkeluar dari liga super seterusnya cuti pilihanraya mereka bakal dikaji semula.

Pemain Tumpuan Terengganu PBDKT T-Team: Nuralif Zainal Abidin
Pemain Tumpuan Perak: Paulo Rangel
Ramalan: Terengganu PBDKT T-Team 0 - Perak 3

Keputusan: T-Team 2 - Perak 0.

Hancur Temasik!!
Lions XII FC mln ATM
7.45mlm, Std Jalan Besar, Singapura


Dalam perlawanan ini, kawe ramalkan, ATM akan bermula dengan tanpa Shukor Adan sekali lagi kerana penggantungan perlawanan. Selain daripada itu, ATM mungkin akan mengekalkan barisan pemain yang cemerlang menewaskan Kelantan minggu lepas. Ketika menewaskan Kelantan di Kota Bahru, ramai yang terkejut melihat taktikal dahsyat dari jurulatih terbilang negara, B. Sathianathan. Betullah kata penganalisis sukan yang Sathia ni jenis, 'anything but unpredictable' .

Jadi dengan taktik Sathia itu, kawe ramalkan, gol awal pada minit kelapan oleh Hairuddin Omar. Tapi kalau tak ada gol pada minit kelapan, kawe syak, gol akan datang pada minit 43. Oleh Marlon ALex James.

Lions XII pula, akan sedaya upaya mengimbangi corak serangan ATM. Ditambah pula dengan sorakkan penyokong mereka yang macam nak gila, mereka mungkin akan hilang kosentrasi di tempat sendiri. Padang plastik kegemaran mereka akan bertukar menjadi padang jarak padang tekukur apabila barisan pemain ATM sudah mula mengganas. Selamat tinggal buat  pasukan Temasik!!

Pemain Tumpuan Lions XII FC: Hairuddin Omar
Pemain TumpuanATM: Fairuz Nawaz Shahrul Hameed
Ramalan: Lions XII FC 0 - ATM 1

Keputusan: Lions 3 - ATM 1.

Friday, April 12, 2013

Tazkirah Bola – Bolehkah Tottenham Hotspur Mengekalkan Status Big Four Dan Relevannya Dalam Konteks Sosio Masyarakat Islam 1 Malaysia?

Penemuan seekor ayam dan sebiji bola yang disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai adalah asal penubuhan Tottenham Hotspur - Bernama
 
 
Saja aku bagi tajuk panjang-panjang supaya kamu semua mengantuk baca.
 
Dulu-dulu masa zaman bebudak, Mak selalu pesan kalau nak pilihanraya mesti kena keluar mengundi. Sebelum mengundi, kena daftar undi dulu. Masa mengundi pulak jangan ragu-ragu nak pangkah.
 
Sebenarnya tidak relevan pun daftar undi dengan tak daftar undi. Daftar undi ke tidak, ada saja orang yang sibuk bersuara suruh pangkah dacingla, bulan la, kambing la.
 
BPL pun sudah mahu habis. Tinggal 6/7 perlawanan saja lagi. Manchester United semakin jauh ke atas. Liverpool pula semakin jauh terkebawah seperti kebiasaan setiap musim. What a loser?
 
Sekarang ini kecoh-kecoh tentang Tottenham Hotspur, kelab cap ayam yang sedang merebut tempat ke 3 dan kemungkinan mereka dapat memecahkan monopoli Manchester-Manchester selama 2 musim ini.
 
Adebayor sudah mula bersuara dengan yakin akan kemungkinan benda luar biasa ini akan berlaku. Begitu juga mamat yang selalu jual skaf Spurs buatan Siam di White Hart Lane. Selepas menang bergaya ke atas Swansea dan seri dengan Everton para peminat Spurs rata-rata sudah terlupa tentang Arsenal, Chelsea dan Manchester United, sekadar menyebut beberapa nama.
 
Persoalannya, mampukah Spurs? Apa kata kita lihat beberapa perkara yang memungkin ini semua. Mari, adik-adik!
 
 
1. Villas Boas musim ini adalah pengurus Spurs. Siapa yang tak kenal Villas Boas? Kalau tak kenal maknanya memang mat jiwang Manchester United, cuma kenal Sir Alex je. Villa Boas ialah pengurus keturunan Portugal yang terbaik masa ini selepas Mourinho. Tengok apa yang dicapainya masa zaman Porto dulu.

2. Tottenham Hotspurs telah memecah monopoli Big Four pada musim 2009-2010 dulu. Musim berikutnya mereka layak sehingga ke Suku Akhir Champions League selepas kali terakihir menunjuk muka pada musim 1961–62. Malangnya mereka dikandaskan oleh Real Madrid.

3. Musim ini adalah yang terbaik buat mereka. Barisan kejurulatihan yang mantap seperti lagenda Tim Sherwood dan Les Ferdinand. Dilengkapi dengan pemilik kelab Daniel Levy yang bijaksana dan tidak sepandir John W. Henry yang hanya memiliki isteri yang Hotszzzz.

4. Tahun depan tahun Piala Dunia. Spurs dibarisi ramai pemain England seperti Jermaine Defoe, Scott Parker, Kyle Walker, Steven Caulker, Michael Dawson ,Aaron Lennon, dan ramai lagi. Mereka perlu bermain dengan baik jika mahu turut serta dalam rombongan ke Brazil nanti. Secara tidak langsung ia membantu Spurs dalam saingan EPL mereka.

5. Skuad Spurs kali ini jelas tidak ketandusan pemain. Jika sekalipun berlaku insiden kecederaan, pemain yang ada di bangku simpanan berkeupayaan untuk mengambil alih. Lihat saja barisan tengah Spurs hari ini sebagai contoh (Dembele, Demsey, Lewis Holtby, Gareth Bale).


Memang di atas kertas, Spurs dilihat berpotensi. Di atas padang, kita kena tunggu bila perlawanan bermula.

Namun, bak kata Haji Hasbullah Awang, harus diingat, Spurs masih ada 6 sahaja perlawanan lagi. Lihat pada Swansea musim ini, bermula garang tapi kemudiannya pancit. Konsistensi adalah senjata utama untuk memenangi EPL. Daniel Levy juga hendaknya mengelak dari cuba campur tangan urusan Villas Boas. Begitu juga ada kemungkinan Manchester City akan datang dengan timbunan wang untuk membeli sesiapa pemain Spurs yang mereka berkenan di hati.

Seperkara lagi, bagaimana Spurs akan berdepan dengan seteru Big Four bakal menentukan sama ada mereka mampu untuk berada di empat tempat teratas EPL. Menang dengan Liverpool satu hal, tapi belum tentu lagi dengan Chelsea dan Manchester City. Itu belum kira perlawanan di tempat lawan.

Jadi apa pendapat kamu semua? Boleh atau tidak Spurs mengekalkan status Big Four musim ini? Sila beri komen dan kalau boleh cuba sangkut pautkan dengan konteks sosio masyarakat Islam 1 Malaysia.

Dah, aku nak poie mesojid bentang sejadah, Imam Mesojid dah whatsapp aku..
 

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
 
 
1. Selamat Tinggal.
 
Beberapa pemain import telah diusir keluar dari pasukan Liga M dengan pelbagai alasan  Antara yang telah dihantar pulang ialah Mat Ghaddar, Del Nero, Guiza, De Porras, Borji...
 
 
2. Kerakusan JDT.
 
Kini JDT dalam pemburuan pemain import baru. Antaranya ialah Milan Baros, David Trezeguet, Luis Saha dan Nicholas Anelka.
 
 
3. Nasib Charappan
 
Apakah nasib pemain ini? Irfan Bakti secara jelas menyatakan ketidakpuasan hatinya melihat persembahan Charappan ketika menghadiahkan 2 penalti kepada pasukan JDT dalam aksi suku akhir Piala FA 2013.


4. Manchester

Man City menewaskan Man Utd untuk menghidupkan sisa-sisa persaingan BPL yang semakin kusam tak tidak menarik.


5. TMJ

Setiap minggu kalau takde cerita pasal mamat ni ibarat minum teh tarik tanpa susu. TMJ telah tarik semula perletakkan jawatannya.


6. Piala AFC

Selangor menang ke atas Saigon 3-1. Manakala. Kelantan turut menang 1-0 ke atas Da Nang.


7. Champions League.

Semis: Borussia Dortmund, Real Madrid, Bayern Munich, Barcelona.


8. Europa League

Semis: Chelsea, Basel, Fenerbache, Benfica.

 
9. Import

Tahun depan Liga Malaysia akan mengizinkan penggunaan 3 orang pemain import.


10. Butler Boateng.

Gila punya pendatang. Berani membuat onar. Nampaknya jodoh mereka di Malaysia tidak akan berpanjangan.

Wednesday, April 10, 2013

Surat Terbuka Buat TMJ

Ampun Tuanku,
 
Izinkan patik menggunakan bahasa saya dan TMJ sahaja.Terlebih dahulu saya ingin memberitahu pada TMJ bahawa betapa rakyat terujakan kehadiran dan usaha TMJ dalam kancah bola sepak Negara. Umpama menggantikan Istana Lama dengan Istana Baru, TMJ dilihat sebagai pihak yang mampu membawa impak besar kepada bola sepak Negara dengan mempelajari segala yang mampu dari Tuanku Sultan Ahmad Shah. Dengan usia yang masih muda,TMJ adalah calon paling layak menggantikan Tuanku Sultan Ahmad Shah sebagai Presiden FAM apabila tiba masanya yang difikirkan sesuai oleh Tuanku Presiden FAM.
 
Malahan, TMJ juga dilihat rakyat dapat mengenepikan protokol dan birokrasi untuk menyampaikan suara peminat sukan bola sepak Negara terus ketelinga Sultan Ahmad Shah. Sebenarnya, TMJ, ramai yang tidak suka dengan Sultan Ahmad Shah tanpa mereka sendiri sedari betapa baginda telah berjasa pada sukan bolasepak Negara sejak dahulu sehingga hari ini.
 
Tentu TMJ masih ingat kegemilangan bola sepak Negara dizaman tajaan rokok. Selain rokok yang telah diharamkan menaja, Syarikat Judi dan Arak juga menjadi tulang belakang kepada Pasukan Bola Gergasi Inggeris sejak dahulu. Berbeza di Malaysia, judi dan arak amat sensitif, sedangkan tanpa iklan dan penajaan jumlah orang Islam berjudi dan minum arak tetap tidak berkurang juga, malah bertambah.
 
Dinding tebal minda inilah yang menjadi penghalang kemajuan sukan bola sepak Negara dan menjadikan Sultan Ahmad Shah, wira sebenar bolasepak Negara.
 
Dikala sukan lain merayu dan mengemis tajaan, bola sepak tetap mendapat tajaan paling banyak walaupun majoriti peminat bola sepak tempatan “mengkhianati” Liga Tempatan.
 
Kerana usaha berterusan Sultan Ahmad Shah, Kerajaan melalui KBS terus menyalurkan sejumlah dana setiap tahun untuk pembangunan sukan bolasepak. Kerana karakter Sultan Ahmad Shah, bola sepak Malaysia terhindar dari politik teruk dan jijik seperti Persatuan Bola Sepak Indonesia. Kerana SultanAhmad Shah, bola sepak tidak menerima nasib yang sama dengan persatuan badminton, takraw, tenis, lumba basikal dan lain-lain yang terlalu sibuk berpolitik sehingga lupa untuk melahirkan pelapis dan jaguh baru menggantikan jaguh lama seperti Misbun, Rashid, Lee Chong Wei, jaguh takraw, jaguh hoki yang semuanya dulu mendapat tajaan rokok seperti Perilly’s, Dunhill, Rothmans dan banyak lagi.
 
Sebenarnya, hoki juga ditimpa malang yang sama, hanya bergantung kepada dana kerajaan yang tidak tentu masa merencatkan perancangan mana-mana persatuan. Tajaan pula tidak masuk kerana tiada nilai komersil. Maka,peranan Sultan dalam menarik tajaan amat didambakan oleh semua persatuan sukan. Justeru,kehadiran TMJ amat-amat dialukan bukan sahaja rakyat Johor tetapi peminat sukan bola sepak seluruh Negara.
 
Sultan Ahmad Shah dikecam dan dihina oleh peminat sukan yang dangkal dan naïf. Mereka mencemuh Presidan FAM sedangkan hendak beli tiket RM20 setahun pun mereka tidak mahu, sedangkan mereka mampu membayar ribuan ringgit untuk membeli rokok, dan melanggan siaran sukan luar Negara.
 
Halangan pertama kemajuan bola sepak Negara adalah tajaan syarikat judi dan arak yang masih belum dapat diterima masyarakat yang mindanya belum terbuka.
 
Halangan kedua adalah peminat dangkal yang hanya tahu menyalahkan pihak lain, saya pasti jika ASTRO meletakkan caj RM 5 sebulan untuk siarang lansung liga tempatan, 1000 pelanggan pun belum tentu mahu melanggan.
 
Halangan ketiga, adalah politik golongan politik dalam sukan untuk meraih populariti. Selain wang, ahli politik menggunakan sukan untuk nama mereka terus mendapat liputan media dan rakyat dan seterusnya mencerahkan peluang mereka terpilih sebagai calon yang relevan untuk ditimbangkan PM.
 
Halangan keempat adalah rasuah bola sepak dimana ia memerlukan gaji tinggi untuk ditawarkan pemain bagi mengelakkan mereka menerima rasuah, mungkin satu pelan persaraan dengan jawatan, kerja dan gaji tinggi untuk lebih 25 tahun selepas mereka bersara bola sepak sehingga mereka bersara wajib 60 tahun pula. 
 
Empat halangan ini hanya mungkin dapat diatasi oleh pemimpin berjiwa besar dan berprofil tinggi seperti Sultan Ahmad Shah dan TMJ. TMJ tidak perlu pedulikan apa rakyat dan peminat mahu kata, kerana itu sahaja yang mereka pandai, paling hebat pun mungkin menimbang bola 10 kali sahaja. TMJ harus kental dan nekad seperti Sultan Ahmad Shah dan menghayati makna perjuangan belum selesai.
 
Akhir kata Tuanku TMJ, TMJ adalah pelangi yang hadir selepas hujan. Walaupun sekejap, ia mengukir senyum dan memberi harapan matahari akan menyinar semula. Jika bukan 5 tahun mendatang, mungkin 50 tahun akan datang.Insya Allah, kita berusaha ALLAH yang menentukan. Teruskan TMJ.
 
Artikel Asal: