Showing posts with label Rajagopal. Show all posts
Showing posts with label Rajagopal. Show all posts

Sunday, November 17, 2013

Menengok Bola Sepak Malaysia

Dalam perihal bola sepak lewat ini, terdapat beberapa orang artis yang berkongsi otak. Mereka ialah Azhar Sulaiman dan Siti Nurhaliza. Jadi kawe amat berharap depa dapat turun Selasa ni menengok sendiri dengan mata dan akal perlawanan antara Malaysia vs Qatar di Shah Alam serta cuba kaji sikit kenapa ramai orang desak Presiden FAM letak jawatan. Ingat, PRESIDEN FAM tau, yang ini kena paham betol betol. 

Tuesday, October 15, 2013

Malaysia 1 - Bahrain 1: Analisis Pemain Malaysia.



1. 20 minit pertama dikuasai pasukan Bahrain. 

2. 20 minit pertama jugalah pemain Malaysia bergembira sesama mereka.

3. Pemain nombor 8 Malaysia sangat teruk. Rutin beliau ketika bersama kelab dan negara.

4. Pemain nombor 8 ini juga tidak tahu tugas dia adalah memegang bola dengan tenang dan set tempo permainan.

5. Kunanlan lebih banyak memiliki bola berbanding pemain nombor 8 yang bermain di posisi central midfielder.

6. K. Reuben berkongsi otak dengan Rajagobal. Jadi dia tidak boleh berfikir banyak.

7. Ini menyebabkan Alex Akil seperti seorang pejuang individu di atas padang. Kami rindukan Abang Jalal.

8. Rehat separuh masa, Nazab Hidzan mula mengomel macamlah masa muda dia sehebat Edgar Davids.

9. Selepas 20 minit separuh masa kedua, Alex Akil mula terikut-ikut dengan penyakit K. Reuben.

10.Kini dua pemain yang tidak berotak bermain bersama di sebelah kanan. Rajagopal masih tenang.

11.Alex dikeluarkan pada minit ke-74 (Nazrin Nawi). Bukti pemain Pahang adalah masalah utama dalam skuad Harimau Malaya.

12.Fakri Saarani masuk pada minit ke-85 (Kunanlan). Ketika peminat mahukan gol kemenangan secara tiba tiba Rajagobal memasukkan Fakri. Rajagopal cuba menjadikan dirinya nampak sedikit cerdik.

13.Fitri Omar masuk menggantikan Asrar bagi melengkapkan kuota 3 pertukaran pemain.

14.Tamat permainan 1-1. Seminggu la kita terpaksa dengar Rajagopal mendabik dada.


Wednesday, June 5, 2013

Kisah Mistik Pemergian Harimau Malaya ke Australia.



Aku sebenarnya tak tahu mahu letak tajuk apa, jadi main letak je tajuk macam ni. Biar nampak macam Harian Metro sikit. Lagipun aku dah lama tak jentik telur Harimau Malaya ni. Layankan Harimau Selatan ni tak jadik kerja. Korang pulak jangan pandai-pandai nak suruh aku cover cerita Johor FA. Rakyat Johor yang terkinja-kinja sokong JDT tu pun masih ada yang tak kenal kesebelasan utama Johor FA. Kalau korang tak puas hati, buat blog sendiri. Jangan nak sibuk-sibuk mintak aku berhadapan dengan anak raja kesayangan korang tu. Ok tutup cerita JDT.


Romantiknya bola sepak Malaysia yang dibimbing Rajagopal ini, biar ranking kita di belakang kepulauan Samoa sekalipun, semua itu tidak menjadi kegusaran buat masa ini. Membatalkan perlawanan yang berstatus A dengan Singapura serta melakukan perlawanan persahabatan dengan kelab divisyen 2 Australia nampaknya menjadi persediaan utama menghadapi Bahrain pada bulan Oktober depan. Ya, Oktober depan. Lama lagi. Jadi di manakah rasionalnya aktiviti mistik skuad Harimau Malaya ini? Adakah wujud persamaaan dari segi cuaca, saiz fizikal dan corak permainan antara umat Australia dan Bahrain? Apabila ditanya pengurus pasukan Harimau Malaya tentang pemilihan Australia, begini jawapnya.


Manakala Singapura pula dengan pantas mengatur perlawanan dengan Myanmar dan Laos yang mana kalau kita lihat lebih realistik untuk meningkatkan ranking FIFA. Oh lupa, ranking tidak penting buat FAM. Tidak lupa juga Indonesia yang berjaya mendapatkan pasukan Belanda untuk laga di Bung Karno Jumaat ini. Sekurang-kurangnya usaha negara-negara ini jelas nampak dalam memperbaiki persembahan serta menilai kekuatan sesama pasukan negara. Apa yang aku tulis ni? Pandai-pandai koranglah nak paham macam mana.


Seperti biasa juga Rajagopal telah melakukan beberapa kontroversi dalam pemilihan pemain. Ini perkara rutin. Bukanlah Rajagopal namanya kalau tidak memanggil pemain-pemain bengal. Pada kali ini nama Safiq Rahim dan Safee Sali disebut-sebut sebagai Keldai Selatan dek kerana aksi malapnya bersama JDT namun masih tersenarai dalam perancangan Rajagopal. Rajagopal juga dengan selamber payudara meninggalkan Bobby Gonzales yang telah menjaringkan 19 gol untuk Sarawak musim ini. Namun mujur tak terlihat di laman facebook page '1 Juta umat mahu Rajagopal panggil Bobby Gonzales wakili Harimau Malaya'. 


Mengenai upacara bakar mercun, melontar batu dan belasah budak-budak yang suka lepak dangga bay, yang itu akan dikupaskan dalam pos yang lain.


Itu pun kalau aku ada teringat nak kupas.

Friday, March 22, 2013

Ulasan Minit ke Minit: Malaysia vs Yaman.





Ada cakap-cakap mengatakan malam ini adalah ibarat penentu hidup dan mati buat Rajagopal. Pelbagai kritikan dilemparkan kepada beliau. Namun hatinya tetap tenang. Beliau membulatkan tekad untuk membuktikan kepada semua bahawa gelaran Datuk itu adalah sesuatu yang paling dibanggakan pernah dicapai dalam hidupnya. Harapan untuk membelasah Yaman dikandang sendiri menjadikan darah pahlawan Rajput dalam dirinya berkobar-kobar. 


Sebelum perlawanan bermula beliau sempat berpesan kepada semua pemainnya. "Beraksilah umpama ini perlawanan terakhir kamu!! Saya tidak menjadikan kamu pemain terbaik. Semua ini kurniaan dari Tuhan kepada kamu. Bakat yang kamu ada membolehkan kamu mewakili negara. Jangan sesekali menghampakan harapan rakyat Malaysia"


Pesanan Rajagopal disambut dengan sorakan semangat dari ketua pasukan Safiq Rahim. Ada juga segelintir pemain yang hampir menitiskan air mata mengenangkan pelbagai kritikan yang telah dihamburkan kepada mereka lewat ini. Tapi itu semua dilupakan. Mereka kini bersedia untuk misi yang sangat penting. Misi hidup mati!!

Preeeeetttt!!!!

Pengadil Peter Green meniup wisel permulaan.

Sepak mula dari pasukan Yaman. Selama 10 minit perlawanan berlangsung dan Malaysia jelas menguasai bola. Namun hujan yang turun pada minit ke-11 bagaikan rahmat besar buat Yaman. Penyerang harapan mereka Aiman Saleh Abdullah Al-Hagri berjaya meloloskan diri dari kawalan Mahali lalu membuat lambungan cantik menewaskan Khairul Fahmi. Seluruh penyokong Harimau Malaya terdiam sebentar. Hanya titis hujan sahaja yang kedengaran ketika ini.


Tetapi pemain Harimau Malaya tidak patah semangat. Bagaikan mengimbas kenangan menewaskan Indon pada Suzuki 2012 yang lalu, Wan Zack dan Azamuddin Akil mula memainkan peranan mereka. Mereka bertukar posisi sekali lagi. Hasilnya Mahali dapat bermain satu-dua dengan Wan Zack dan larian kencang pemuda dari Selayang itu ke dalam kotak penalti disusuli dengan hantaran lintang terus mencari Azamuddin Akil yang kosong di sebelah kanan. Azamuddin Akil yang tidak dikawal tenang menewaskan penjaga gol Yaman, Salem Abdullah. Seluruh Malaysia bersorak kegembiraan. Bergegar sebentar restoran mamak yang menyiarkan perlawanan ini. Namun diharap tiada kerusi dan meja yang beterbangan.


Keputusan 1-1 kekal hingga tamat separuh masa pertama. Penjual burger dan kuaci memulakan operasi mereka. Harga masih sebelum sepak mula, RM2 untuk satu burger dan RM1 untuk sepaket kuaci. Mungkin ramai yang merancang untuk membeli selepas perlawanan kerana waktu itu ada potongan 50%.

Preeeeetttt!!!!

Separuh masa kedua dimulakan. Masih ada 45 minit lagi untuk skuad Harimau Malaya memenangi perlawanan ini. Rajagopal ketika ini lebih tenang di tepi padang berbanding sebelum perlawanan ini bermula.


Malaysia menguasai hampir 90% perlawanan pada separuh masa kedua dengan tidak kurang daripada 20 cubaan ke arah gol yang berjaya mereka hasilkan. Serangan bertali arus dari rangkaian peyerang Amri Yahyah dan Norshahrul Idlan sesekali membuatkan kem Yaman tersentak. Namun gol kedua masih tidak kunjung tiba.


Pada minit ke-78, pemain kegemaran ramai buat masa ini, Badri Radzi dibawa masuk untuk menggantikan Gurusamy. Seluruh stadium bersorak kegembiraan. Norshahrul Idlan bagaikan terkena sawan apabila melihat kelibat Badri Radzi. Dengan mengambil iktibar daripada kesilapannya sendiri yang melepaskan banyak peluang gol, Norshahrul Idlan mula menukar status penyerangnya kepada pengumpan pula. Pada minit ke-79, satu hantaran dari beliau singgah  tepat ke kepala Khyril Muhymeen yang masuk menggantikan Amri Yahyah. 


Gooooooooooooooool!!!!!!!!!!! 2-1. Kali ini bukan sahaja restoran mamak. Malahan seluruh rumah urut di sekitar Damansara juga bergegar dengan jaringan hebat Khyril Muhymeen ini. Menteri Buih tersenyum kembali sambil semakin laju mengunyah kacang di kerusi VIP. Penyokong Yaman pula semakin tertekan. Dan mereka mula merasakan masa bergerak terlalu pantas. 


Preeeeetttt!!!!

Tamat perlawanan dengan Malaysia menang 2-1. Walaupun bukan menang dengan bergaya, tetapi ia sudah cukup untuk menyelamatkan karier Rajagopal untuk kesekian kalinya. Ternyata strategi beliau pada malam ini menjadi dan berhasil. Apa yang pasti ruangan sukan di seluruh akbar akan terus memuji kejayaan ini paling tidak pun selama seminggu lamanya.

Thursday, January 17, 2013

Kelayakan Piala Asia 2015


26 pemain dipanggil Rajagobal, akan mula latihan pusat di Wisma FAM 26 Januari.

1. Mohd Khyril Muhymeen Zambri
2. Mohd Farizal Marlas
3. Yong Kuong Yong
4. Mahalli Jasuli
5. Norazlan Razali
6. Mohd Bunyamin Umar
7. Asraruddin Putra Omar
8. Gurusamy Govandar a/l Kandasamy
9. Kunalan Subramaniam
10. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak
11. Norshahrul Idlan Talaha
12. Mohd Safee Mohd Sali
13. Azamuddin Mohd Akil
14. Muhammad Fauzi Rozlan
15. Khairul Fahmi Che Mat
16. Nik Mohd Shahrul Azim bin Ab Halim
17. Mohd Shakir Shaari
18. Mohd Nor Farhan bin Muhammad
19. Mohd Faizal Muhamad
20. Mohd Ashari bin Samsudin
21. Amiridzwan Taj Tajudin
22. Reuben Thayaparan Kathiripillai
23. Amar Rohidan
24. Mohd Fadhli bin Mohd Shas
25. Wan Zack Haikal Wan Nor
26. Gary Steven Robbat

Senarai simpanan untuk di panggil :-

1. Baddrol Bakhtiar
2. Mohd Sharbinee Allawee Ramli
3. Muhammad Zubir Mohd Azmi
4. Affize Faisal Mamat
5. Hairuddin Omar
6. Shahrizal Saad
7. Mohd Izham Tarmizi Roslan

Friday, November 16, 2012

10 Mutiara Kata Rajagopal




Tersingkirnya Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2014 menjadikan kita terpaksa menunggu 4 tahun lagi untuk memasang cita-cita menyaksikan Harimau Malaya beraksi di pentas dunia. Tetapi Rajagopal ada pendapatnya sendiri.

“Kita tidak tewas, kita seri sahaja, saya bangga dengan pemain saya, mereka main dengan sangat aggresif...”

 

Pada 4 June 2012, pasukan Harimau Malaya telah seri 0-0 dengan Filipina di Shah Alam, juga yang kedua menentang pasukan sama tahun ini. Buat pengetahuan semua, pasukan Filipina ini dahulunya adalah lauk makan malam buat pasukan Malaysia.

“Saya berbangga dengan pemain saya. Mereka dapat mencipta 15 peluang walaupun tiada jaringan berjaya dilakukan. Ini adalah kelemahan yang sudah saya kenalpasti..”

 

Berikut pula adalah komen Rajagopal selepas kalah kepada Vietnam pada 11 September 2012 di Shah Alam. Ini merupakan perlawanan pertama menentang Vietnam dalam rangka persiapan Piala Suzuki 2012.

"Ini merupakan suatu kesedaran yang bagus untuk pemain-pemain kita. Saya tidak berapa risau kerana saya tahu bila pemain kita akan bersedia..."

 

Datuk K Rajagobal ketika ditanya adakah dia akan tunduk dengan desakan sesetengah pihak yang mahu dia meletak jawatan jika Malaysia gagal mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF 2012, yang akan bermula dari 24 November hingga 22 Disember ini dengan selambanya telah menjawab.

“Mereka boleh cakap apa saja. Saya hanya mengikut sasaran ditetapkan oleh majikan (FAM) iaitu skuad kebangsaan perlu layak ke pusingan akhir Piala Asia 2015. Jika gagal, saya sendiri akan letak jawatan...”

 

Dalam temubual yang sama juga, Rajagopal dengan angkuhya bersuara menyatakan pendirian tegasnya.

“Jurulatih mana yang berjaya seperti saya? Mereka boleh bandingkan dengan mana-mana jurulatih kebangsaan sebelum ini, siapa yang pernah bawa Malaysia meraih kejuaraan seperti kejayaan kita menamatkan kemarau pingat emas pada Sukan SEA 2009 selepas kali terakhir 1989 serta menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 buat kali pertama sejak 1996?”

 

Pada 4 October 2012, ranking yang dikeluarkan FIFA menunjukkan Malaysia jatuh enam tangga di kedudukan 162 (163 ketika entri ini ditulis) dunia berkongsi tempat dengan Singapura.

"Ranking hanyalah kedudukan yang membabitkan angka..."

 

Ketika semakin hampir Piala Suzuki 2012. Rajagopal masih tenang bagaikan ikan lumba-lumba yang berenang-renag  di Laut China Selatan.

“Saya akan terus bereksperimen demi mendapatkan kesebelasan yang terbaik apabila tiba kejohanan sebenar...”

 

Selepas tewas 2 perlawanan berturut-turut kepada Thailand dan Vietnam, serta hanya mampu seri dengan Hong Kong, Rajagopal yang berulang kali beralasan seperti kelihatan semakin terdesak.

“Bertemu Bangladesh, tiada lagi alasan kerana ia aksi persahabatan terakhir. Kita benar-benar kena bangkit dan perlu betul-betul bersedia untuk menghadapi saingan sebenar Piala Suzuki AFF...”



Sudahlah pahit, kelat pulak tu...inilah ibaratnya apabila Harimau Malaya hanya mampu seri sahaja dengan pasukan Rangking 171 dunia iaitu Bangladesh yang mana negaranya lebih hebat dalam sokan Kabbadi. Apa pula komen Rajagopal dengan keadaaan ini ketika hanya 4 hari sahaja lagi sebelum kejohanan bermula.


“Saya tidak boleh janjikan kejuaraan. Tiada apa yang pasti dalam kehidupan dan dalam bola sepak anda tidak boleh beri jaminan. Saya tidak pernah berjanji sebelum ini dan tidak akan melakukannya.”



Malaysia tewas perlawanan pertama Piala Suzuki 2012 kepada Singapura 3-0. Ini reaksi Rajagopal...


"Saya jangka kita tewas 1-0 ataupun seri menentang Singapura. Saya langsung tidak menjangkakan kita kalah dengan jaringan 3-0."

 

Wednesday, November 14, 2012

10 Hari Lagi: Dan Raja masih bergurau senda.




Salam Suzuki..Hanya tinggal 10 hari sahaja lagi kejohanan terulung di Asia Tenggara, Piala Suzuki akan memulakan aksinya. Pasukan kesayangan kita, Harimau Malaya telah melakukan satu persediaan yang boleh dikatakan antara yang paling rapi dalam sejarah FAM. Kali ini tiada lawatan sambil belajar di bumi salji..mahupun bersiar-siar di Fraser Hill seperti suatu ketika dahulu di era 80-an. Dengan status sebagai juara bertahan dan gergasi baru Asia Tenggara, pasukan lain di rantau ini berlumba-lumba hendak menguji kita. Keterujaan mereka untuk menewaskan Harimau Malaya adalah umpama terujanya peminat Metallica mahu memijak muka Justin Bieber. Penuh rakus...
 
 
Kalah...dah kalah...
 
 
Sepanjang persediaan kita ini, pasukan Harimau Malaya telah mengalami 2 kekalahan kepada Vietnam dan Thailand. Seperti yang kita tahu, kedua pasukan ini adalah pencabar utama dalam Piala Suzuki nanti.  2 kekalahan inilah yang membuatkan ramai peminat bola di Malaysia naik hangen dan aura jahat yang tersembunyi selama ini menjelma keluar dari kepala hotak mereka. Puncanya kerana kekalahan ini muncul tanpa diundang dan ia  hanya tidak sampai sebulan sebelum kejohanan akan bermula. Sedangkan sebelum ini keputusan perlawanan pasukan Malaysia masih boleh dalam dikatakan dalam keadaan terpuji. Terpujila jugak....
 
Antara siri pelawanan persahabatan Malaysia ialah (hanya melibatkan tahun 2012) :
 
Oktober 2012
Menang dengan Hong Kong 3-0
 
Jun 2012
Menang dengan Singapore Aggregate 4-2

Jun 2012
Seri dengan Filipina 0-0

April 2012
Menang dengan Sri Lanka 6-0

Februari 2012
Seri dengan Filipina 1-1.
 
 
Nah!! Kita tak pernah  kalah pun sebelum tewas kepada Thailand dan Vietnam. Kenapa mahu mengamuk? Macamlah tidak pernah tengok pasukan Malaysia kalah. Perlu diingat juga kedua pasukan ini bukanlah 'se-sengal' Malaysia. Mereka telah melakukan pelbagai persiapan rapi. Bukan sahaja setakat beberapa orang manusia berkumpul dalam 2 masa minggu di Wisma FAM, kemudian berlatih berlari-lari menyepak bola. Pasukan negara mereka juga tidak ghairah mengadakan perlawanan sarkis menentang kelab-kelab England. 
 
 
Dengan mengambil kira kekuatan Liga mereka dan kedudukan ranking FIFA, kekalahan ini adalah perkara biasa sahaja bagi kawe. Ini adalah hakikat sebenar tahap kekuatan terkini pasukan Harimau Malaya. Seperti biasa selepas kalah, ranking kita akan jatuh dan setiapkali itulah juga orang bijak pandai di FAM memaklumakan bahawanya ranking tidak penting. Yang penting apa? Poket mereka barangkali...
 
 
Bangladesh umpan sakti.
 
Bukan setakat pekerja import sahaja..maruah perlu dipertahankan
 
Selepas kalah 2 perlawanan dan teruk dikritik oleh pakar bolasepak bertauliah di luar sana, pihak FAM berjaya membawa sebuah pasukan lemah ke Tanah Melayu untuk dijadikan sebagai 'lauk'. Apakah perlunya perlawanan menentang pasukan yang berada 8 tangga di bawah Malaysia dalam ranking FIFA ini? Ini kerana sudah jelas Rajagopal memberitahu kita bahawa anak buahnya sengaja menyimpan kekuatan supaya tidak dihidu oleh seteru lain di AFF nanti. Atau bahasa yang lebih molek, simpan kuku.


Pelbagai persoalan bermain di benak kepala hotak sesetengah dari kita...Mampukah kejayaan membelasah Bangladesh 5 hari sebelum kejohanan bermula, mampu memberikan kejayaan apabila bertemu Singapura kelak? Inikah pemangkin semangat yang diperlukan ketika Harimau Malaya kelihatan semakin nazak untuk mencari momentum kemenangan? Hanya Rajagopal sahaja yang mengenal Manikam.
 
 
Dalam keadaan terdesak ini, sudah pasti Rajagopal akan menurunkan kesebelasan utamanya untuk perlawanan menentang Hong Kong dan Bangladesh. Apakah akan terjadi sekiranya pemain utama ini cedera? Mampukah Shakir dan Gary bekerjasama dengan kabutnya seperti pelawananan menentang Thailand apabila Safiq Rahim cedera kelak? Mintak situasi seperti ini dijauhkan selalu...
 
 
Buang 4, 2 masuk.
 
 
Mungkin semua maklum bahawa posisi yang bermasalah untuk pasukan harimau malaya ketika ini adalah bahagian tengah. Namun masalah ini masih lagi tidak diselesaikan oleh Rajagopal. Terkini, 4 orang pemain digugurkan iaitu Nik Sharul, Young Kuong, Rizal Fahmi dan Amir Taj. Mereka ini wajar digugurkan berdasarkan kekurangan pengalaman antarabangsa dan aksi terhad dalam liga musim 2012 ini.
 
 
Namun apa yang lebih mengejutkan Rajagopal telah memanggil seorang pertahanan Irwan Fadli dan penyerang Hazwan Bakri sebagai ganti. Adakah ini senjata rahsia yang selama ini cuba disorokkan oleh beliau? Pemilihan Hazwan Bakri, penjaring hatrik ketika membenam Sri Lanka 6-0 ternyata tepat ketika barisan serangan Malaysia kelihatan amat tumpul walaupun pada hakikatnya penyerang kita tidak mendapat bola secukupnya dari bahagian tengah.
 
 
Tetapi apakah relevannya Irwan Fadli dipanggil? Bukankah pertahanan kiri sudah ada Zubir dan Azmi Muslim? Pertahanan tengah pula Rajagopal telah memiliki Faizal Muhammad, Fadli Shas, dan Aidil Zafuan. Jika Irwan Fadli yang berumur 31 tahun boleh dipanggil atas kapasiti persembahan mantap musim ini, kenapa pemain lain yang seangkatan beliau seperti Indra Putra (31), Amri Yahyah (31), Shukor Adan (33) dan Hairuddin Omar (33) boleh terlepas pandang begitu sahaja? 
 
 
Mungkin kawe terpengaruh dengan teori pasukan Jerman yang masih percaya pada Klose walaupun bakat muda mereka melambak-lambak bagaikan tukang urut Thai di Damansara Utama. Tetapi jika Rajagopal boleh menjadikan Itali sebagai persamaan dengan Malaysia, iaitu pasukan yang lengit sebelum sesuatu kejohanan bermula, namum mengganas bak kereta Ferrari di Litar Lumba apabila tiba kejohanan sebenar. Jadi tidak salah rasanya faktor usia dilonggarkan sedikit dalam pemilihan pemain kebangsaan. 
 
 
Kasih Neelofa dan Ong Kim Swee... 
 
 
Gadis misteri Neelofa pernah berkata "Lofa ambil semua kritikan peminat ini sebagai pemangkin semangat untuk Lofa menjadi artis yang lebih baik dan mantap". Mantap dari segi apa tidak pula dapat saya huraikan di sini. Takut terlajak pula. Tetapi inilah yang sepatutnya dilakukan Rajagopal. Menyerap segala kritikan dengan tanpa melibatkan pemain sedikit pun.

Kekuatan tangan Neelofa diterjemahkan di dalam sukan tinju


Ia pernah dilakukan oleh Si Samseng Mourinho yang seringkali bergaduh dengan wartawan tidak kira di mana jua beliau berada. Hasilnya pelbagai kejayaan telah beliau miliki. Bezanya Mourinho memiliki pemain berkelas dunia, sedangkan Rajagopal hanya ada sekumpulan pemain bolasepak yang beraksi dalam Liga yang seringkali bertukar formatnya.


Tanpa kita sedari...seorang Lelaki Cina dari Melaka yang tiada kaitan dengan Hang Tuah mahupun Hang Li Po sedang memantau rapi situasi ini. Beliau memiliki ramai bakat muda dalam 'poketnya'. Dan ia hanya menunggu masa sahaja untuk mengganas. Rajagopal sendiri pun tanpa segan silu meminjam beberapa orang anak didik beliau. Ya, Ong Kim Swee semakin hampir untuk diangkat sebagai 'Datuk' yang baru.


Tammmmat...



 
 
 
 

Friday, November 9, 2012

Menjelang Piala Suzuki: 6 Sebab Kenapa Malaysia Tak Perlu Panik


Terlampau mantap


1. Ini adalah barisan terkuat yang pernah kita ada.
 
 
 
Ramai yang tidak sedar bahawa edisi 2012 pada kali ini pasukan Harimau Malaya memiliki barisan terkuat dalam sejarah. Tidak seperti pada tahun 2010, kita kehilangan khidmat beberapa pemain penting akibat kecederaan seperti Aidil Zafuan (Lutut), Zaquan Adha (Lutut), Badrol Bahktiar (Hamstring), Azmi Muslim (Hamstring) dan Bunyamin Omar (Hamstring). Namun begitu, kesemua mereka pada hari ini berada dalam skuad Rajagopal serta dalam kondisi terbaik. Jadi, apa lagi yang mahu dirisaukan? Semestinya Rajagopal amat mengenali pemain beliau.
 
 
2. In Rajagopal We Trust.
 
 
Seperti mana Arsenal mempercayai Arsene Wenger sehingga 7 tahun tidak memiliki sebarang trofi, begitulah juga kita perlu mempercayai Rajagopal. Percaya atau tidak pada tahun 2010 Rajagopal telah memanggil Amri Yahyah hanya semimggu sebelum berlepas ke Jakarta. Amri telah menyertai skuad Harimau Malaya tanpa perlu menghadiri latihan pusat ketika itu. Selepas itu anda tahu apa impak beliau...
 

 
Selepas kalah 5-1 kepada Indonesia dan seri 0-0 dengan Thailand, hanya kemenangan besar bertemu Laos akan membawa Malaysia ke perimgkat seterusnya. Ketika ini muncul sebuah entiti tempe tua dari Tanjung Karang mencuri perhatian. Amri menjaringkan gol awal pada minit ke-4 sebelum menambah koleksi peribadi beliau pada minit ke-41 dalam kemenangan besar 5-1 ke atas Laos. Ternyata ia merupakan perintis kepada kejayaan Harimau Malaysia.
 
 
 
Jangan terkejut jika Rajagopal sekali lagi melakukan 'kerja gila' demi menyelamatkan maruah Harimau Malaya.
 
 
 
Paling menyerlah disaat-saat genting
 
 
3. Fakri Saarani senjata rahsia.
 
 
Sepanjang persediaan menghadapi Piala Suzuki 2012 ini terdapat seorang pemain yang paling menyerlah. Beliau adalah Fakri Saarani. Ramai yang merpersoalkan kemampuan beliau termasuk aku. Tetapi apa yang jelas, Fakri adalah senjata rahsia yang perlu digunakan apabila keadaan semakin terdesak. Hero Kebangsaan ini berjaya menjaringkan gol ketika bertemu Hong Kong serta memberikan aksi terpuji ketika menentang Thailand. Mendapat tawaran kontrak dari kelab divisyen 3 Portugis, Atletico Sport Clube Reguengos adalah perkara biasa bagi beliau. Beliau tidak seperti sesetengah pemain yang kecoh dengan kontrak 1 Juta sedangkan aksi di tengah padang tunggang langgang.

Inikah simpan kuku yang dimaksudkan?
 
 
 
4. Kekuatan Malaysia masih rahsia.

Setelah kalah 2 perlawanan berturut-turut menentang Vietnam dan Thailand, Rajagopal masih berterusan menegaskan bahawa pasukannya sedang 'menyimpan kuku'. Ternyata taktik ini sangat berbaloi. Pasukan yang akan kita tentang seperti Indonesia dan Singapura pula pasti pening kenapa bangang sangat Malaysia ini walaupun memegang status sebagai juara bertahan. Namun apa yang pasti, situasi ini juga membuatkan kepala otak peminat bolasepak Malaysia penuh dengan tanda tanya. Bak kata Najwa Latiff  "Banyak persoalan yang berada di minda...Banyak tanda tanya dan juga kata kerja..pui betol lah!!!!"



Cuit rehat ini boleh digunakan sepenuhnya oleh Piya untuk menjaga gerai nasik lemak.

 
5. Tidak perlu Piya.
 
Walaupun boleh dikatakan semua warga Malaysia berada dalam keadaan kelam kabut ketika ini dengan mula menyebut-nyebut nama Piya. Tetapi kem di Wisma FAM masih tenang..setenang dugong berenang di lautan gamaknya. Apa perlunya Piya yang mengetuai Kelantan menjuarai treble ketika Harimau Malaya mempunyai Amar Rohidan? Seorang pemain berkaliber yang membawa Kedah jatuh ke Liga Perdana dengan penuh bangganya...? Nampaknya Rajagopal mahu mengulangi sejarah silam.
 
 
Pada 2010 ramai yang mempertikaikan kenapa pemain senior yang bagus ketika itu, Indra Putra tidak dipanggil. Dalam situasi yang mendesak Rajagopal masih tenang serta yakin dengan barisan pemain pilihannya. Keyakinan inilah yang telah memberikan kejuaraan Piala Suzuki sehingga difahamkan ramai pengutuk tegar sebelum itu hampir-hampir terjun dari Plaza Masalam. Sadis sungguh...
 
 
6. Harimau Malaya tidak kepenatan.
 
 
Satu lagi kelebihan kita ialah pemain Harimau Malaya tidak kepenatan dan terlindung daripada mengalami kecederaan. Bayangkan pasukan lawan kita nanti iaitu Singapura telah ke Jepun untuk bertemu Shimizu S-Pulse iaitu Naib Juara J. League Cup 2012. Latihan sambil belajar ke Jepun itu akan di ikuti dengan perlawanan bertemu Filipina di Cebu. Kemudia pasukan Singapura ini akan pulang semula untuk bertemu pasukan Pakistan. Fuuuhh...amat memenatkan. Tetapi adakah ia berbaloi?

 
Manakala Malaysia pula dengan tenang mengatur perlawanan persahabatan menentang Vietnam serta Thailand dan itupun hanya untuk tewas secara terhormat dalam kedua-dua perlawanan tersebut. Tahniah...