Showing posts with label Ultras Bijak Melompat. Show all posts
Showing posts with label Ultras Bijak Melompat. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Malaysia Melawan Arab Saudi

Malaysia Melawan Arab Saudi.

1. Datuk Ong Kim Swee (OKS) bermula positif dengan tidak menyenaraikan Afif dan Amir Taj. Dua pemain yang sering tertinggal otaknya ini digantikan terus dengan Razman Roslan dan Fadhli Shas. Muka baru lain ialah Alex, Davies, Baddrol Bahktiar dan Nazirul Naim yang merupakan antara faveret OKS.

2. Besor-besor juga pemain Arab Saudi. Tapi besor lagi semangat pemain Malaysia yang berjaya bertahan dengan cemerlang selama 45 minit.

3. Aku menengok live streaming dalam bahasa Arab. Ada seorang pemain Arab Saudi berjersi nombor 7. Al-Faraj namanya. Terganggu jugak aku bila pengulas tu asyik sebut nama pemain ni berkali-kali.

4. Arab Saudi ni memang tak handal mana buat masa sekarang. Bukan macam masa sekitar era 90-an dulu.

5. Separuh masa pertama tamat dengan skor 0-0. Macam biasa corak permainan bosan, tetapi boleh diharapkanlah jugaaaaaak.

6. Separuh masa kedua bermula dengan biase-biase ajek. Tetapi agak fizikal. Namun Arab Saudi masih terkial-kial hendak membolosi gawang Malaysia. Entah berapa besor pawang yang Malaysia guna malam ini agaknya.

7. Jurulatih Arab Saudi bernama Van Marwijk. Individu yang membawa pasukan Belanda muncul naib Juara Piala Dunia 2010. Manakala Malaysia dikawal selia oleh OKS. Itu sahaja yang aku nak bagitau.

8. Gol pada minit ke-69 berjaya disumbat oleh Kapitan Mabeles Misai Kucing Safiq Rahim. Seluruh Malaya bergegar seketika.

9. Malang sekali Arab Saudi berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-72. Kali ini seluruh Malaya terdiam sejenak mengenangkan nasib.

10. Sekali lagi Malaysia bolos pada minit ke-75 menerusi satu tandukan cantik yang menewaskan Apek. Kelihatan pasukan Harimau Malaya sudah kembali ke fitrah asalnya.

11. Perlawanan secara tiba-tiba terbehenti pada minit ke-88 dek kerana ada mercun, suar, kerusi dan bunga api yang secara bergilir-gilir memasuki padang. Aku rileks bangun pergi amek wuduk dan solat Isyak.

12. Tengku Bola baru umum akan meletak jawatan secara berperingkat-peringkat dan Harimau Malaya hanya kena dua gol berbalas satu. Bayangkan indahnya kalau dia terus meletak jawatan dua hari lepas.

13. Apa pun keputusan pada malam ini secara peribadi aku sambut dengan penuh kesyukuran kerana ia membuktikan bola sepak kita masih kekal terkebelakang 44 tahun berbanding negara Asia yang lain. Baik dari segi mentaliti Presiden, FA Negeri dan juga penyokong-penyokong hijau.


Posted via Blogaway

Tuesday, November 19, 2013

Rahsia Sulit Kegagalan Berterusan Harimau Malaya II



Dan seperti biasanya seluruh rakyat Malaysia dikecewakan. Kegagalan yang sudah dijangka oleh sesetengah peminat walaupun masih ada beberapa individu yang cuba memberikan harapan serta janji palsu kepada kita. 

Rajagopal sudah lama dipecat di mata aku. Jasanya yang terdahulu tiada siapa boleh menidakkannya. Tetapi inilah akibatnya apabila terlalu 'bersandarkan pada kenangan'. Kemon...kita perlu 'move on' Rajagopal. Sejak daripada zaman Piala Suzuki 2010 sehinggalah ke malam perlawanan menentang Qatar, 'set of player' yang beliau gunakan tidak banyak berubah. 

Walaupun begitu masih ada beberapa orang pemain yang layak dan nampak cantik bermain bola untuk Malaysia. Namun ada antara mereka yang kita kurang pasti sama ada mereka ada menyentuh bola ketika bermain atau hanya menunggang ke sana sini di dalam padang. 

Pemilihan Pemain Yang Sungguh Misteri.

Ia sebenarnya lebih misteri dari Villa Nabila. Seperti yang aku kata sebelum ini, 'set of player' yang Rajagopal gunakan tidak banyak berubah sejak tahun 2010. Jadi aku jangka persefahaman bukannlah masalah utama. Kalau masih ada yang menyebut masalah persefahaman di atas padang, aku terajang muka dia.

Sebagai contoh, Safee Sali. Ya pemain macam Safee Sali sememangnya hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Itupun dahulu semasa tahun 2010 sebelum Safee Yang Menunggang!!! Namun eranya sudah lama berlalu seperti air terjun Niagara yang jatuh menjunam laju. Itu belum lagi aku sebut nama Gurusamy, Kunanlan dan beberapa muka wajib ada dalam pasukan Harimau Malaya. Yang ada bermain di Eropah pun tidak dipanggil pulang untuk berbakti pada nusa dan bangsa. Apa ke halnya dengan semua ini??

Sepatutnya Rajagopal perlu sentiasa ingat kata-kata keramat ini...'Pemain yang baik datangnya dari bola sepak yang baik, bukan dari tendangan percuma yang cantik semata-mata.'

Rantau Asia? Bila lagi gamaknya?

Memang tak cukup jari mengira berapa banyak gadis peminat Harimau Malaya yang menangis teresak-esak wajah tersembam di bahu aku meratapi nasib yang menimpa skuad Rajagopal ini. Macam mana jiwa aku tak kacau?

Kita disajikan dengan pelbagai drama baik dari pemain, menteri, abang '92, artis berpangkat datuk serta orang-orang sukan yang sangat jarang turun ke stadium. Masing-masing berbalas kata dan komen. Namun seekor daripadanya haram jadah tidak datang membawa idea dan pendapat untuk membangunkan sukan milik marhaen yang semakin nazak ini.

Jika mentaliti seperti 'yang muda kena hormat yang tua' atau 'nak menegur kena sesuai pada pangkat' masih kita amalkan dalam sukan bola sepak. Aku yakin bola sepak kita takkan ke mana-mana. Aku harap semua pihak dapat belajar sesuatu daripada kegagalan ini. Walau bagaimanapun aku berpandangan jika penyokong bola sepak masih menyokong kebangangan seperti ini, ia tetap tidak akan menjadi bola sepak. 

Jadi, bilakah kita mahu menguasai rantau Asia secara total ketika kita masih lagi terkial-kial hendak menewaskan Myanmar dan Vietnam?

Bola sepak Malaysia NAZAK.

Ingin saya tekankan sekali lagi bola sepak di Malaysia memang semakin sakit. Merosot dibelenggu kecederaan ni aku boleh fahamlah. Tapi merosot dibelenggu kedunguan ni....Ia bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Baik Soltan Bola mahupun Tengku Bola, mereka semua wajar dipersalahkan. Sedang pemain Harimau Malaya sibuk bertarung di atas padang memikul maruah seluruh umat Malaya, Soltan Bola pula hilang entah ke mana.

Paling selalu kita dengar ialah jurulatih pasukan kebangsaan dipecat ataupun meletak jawatan. Ada juga pemain yang pantas mengaku kesilapan mereka adalah punca kepada kekalahan sesuatu perlawanan. Namun adakah kita pernah mendengar Soltan Bola mengaku kesalahan beliau selama 40 tahun gagal membawa Malaysia ke Piala Dunia? Siapa pernah dengar atau membacanya di mana-mana, sila beri tahu saya. Saya berani kerat errrrrr....tak perlu berjanji seperti remaja baru lepas buang kulop.

Presiden FAM sila letak jawatan

Menunggu Presiden FAM meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini adalah sama seperti menunggu kucing bertanduk. FAM sebagai sebuah badan organisasi bola sepak yang terkenal dengan budaya mengampu dan membodek lebih berjaya melahirkan ramai pak turut berbanding mereka yang benar-benar bernafsu memajukan bola sepak Malaysia.

Percayalah selagi Presiden FAM tidak meletak jawatan, selama itulah juga bola sepak kita tidak akan ke mana-mana.

Nota: Lanjutan daripada entri yang pertama.

Thursday, December 13, 2012

Rahsia Sulit Kegagalan Berterusan Harimau Malaya






Dan sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dikecewakan. Episod duka kembali berulang, yang berbeza hanyalah pelakonnya sahaja yang beraksi di atas layar hijau padang bola sepak. Buat peminat bola sepak era Manja Man mahupun  Muhammad Radhi Mat Din, kegagalan ini mungkin mudah untuk ditelan. Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak Ultra yang hanya mula menonton bola sepak Malaysia sejak 2007? Sudah pasti mereka kecewa umpama Allif Aziz yang ditolak cintanya oleh Anne Ngasri.

Peminat-peminat bola Malaysia era Justin Bibir terkenal dengan perangai cepat teruja. Dulu-dulu bila menang Piala Suzuki atau emas Sukan SEA mereka akan bilang ‘this is our year’. Akhirnya ‘year’ yang dinanti-nantikan bertahan 3 tahun sahaja. Kemudian apabila muncul Safee Sali mereka bercakap pula tentang ‘a striker reborn’ atau ‘a team reborn’ secara khasnya.

Bagaimana kita hendak menguasai pentas ASIA sedangkan kita masih lagi terkial-kial bagaikan kanak-kanak kecil bertatih di ASIA TENGGARA? Selepas kita berjaya menguasai rantau ini selama 3 tahun, kini kita kembali ke fitrah sebenar. Kembali menjadi pasukan bola sepak yang tidak bedaya saing walaupun dikelilingi fasiliti serta kelengkapan bertaraf dunia.


Bola sepak Malaysia TENAT.

Bola sepak Malaysia memang dah lama sakit, bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Baik Soltan Bola mahupun Tengku Bola, mereka semua wajar dipersalahkan. Kemenangan bertemu Indonesia hanyalah satu janji palsu semata. Sedang pemain Harimau  Malaya sibuk bertarung di atas padang memikul maruah seluruh umat Malaya, Soltan Bola pula asyik masyuk melihat pertunjukan Dior’s Summer Collection.

Paling selalu kita dengar ialah jurulatih pasukan kebangsaan dipecat ataupun meletak jawatan. Ada juga pemain yang pantas mengaku kesilapan mereka adalah punca kepada kekalahan sesuatu perlawanan. Namun adakah kita pernah mendengar Soltan Bola mengaku kesalahan beliau selama 40 tahun gagal membawa Malaysia ke Piala Dunia? Siapa pernah dengar atau membacanya di mana-mana, sila beri tahu saya. Saya berani kerat errrrrr....tak perlu berjanji seperti remaja baru hendak akli baligh! 


Tiada bakat bertaraf dunia.

Kegagalan FAM melahirkan ramai pemain berbakat adalah antara contoh institusi ini berada dalam keadaan nazak. Mengharapkan hanya pada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sahaja adalah sesuatu yang tidak sihat. Lihatlah hasilnya apabila lebih separuh graduan SSBJ berada dalam pasukan Harimau Malaya ketika ini. Mereka seolah-olah terlalu selesa dan menjadi pilihan automatik jurulatih walaupun prestasi di Liga amat mendukacitakan. Orang putih kata 'a ticket to heaven'.

Ya pemain macam Safee Sali sememangnya hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Itupun dahulu semasa tahun 2010 sebelum Safee Yang Menunggang!!! Namun eranya sudah berlalu seperti air terjun Gunung Ledang yang jatuh menjunam. Yang ada bermain di Eropah pun tidak dipanggil pulang untuk berbakti pada nusa dan bangsa. Apa ke halnya dengan semua ini??



Nazmi, Tony dan Vincent bukan kunci kejayaan.


Bola sepak sebuah negara bukan dimajukan dengan menghantar satu atau dua pemain bermain di liga bola sepak negara lain yang lebih maju. Ia juga tidak dimajukan dengan mempunyai rakyat tempatan yang kaya-raya dan membeli kelab bolasepak luar. Jauh sekali ia dapat dimajukan dengan mempunyai syarikat seperti TM, Mister Potato, Genting atau Tune jadi penaja liga bolasepak negara lain.

Rakyat Malaysia juga mudah terpedaya dengan situasi seperti ini. Maka berebut-rebutlah mereka meminta Orang Kaya Raya itu meyerap masuk pemain si polan dan si polan ke dalam pasukan tersebut. Apa yang kita mahu adalah tokoh tempatan seperti Allahyarham Ahmad Basri Akil. Revolusi bola sepak Kedah yang beliau bawa amat dahsyat.

Ketika itu, Ahmad Basri Akil selaku pengurus sedar bahawa mendapatkan khidmat import perlukan dana tambahan. Kedah pantas mencari penaja dan hasilnya pada tahun 1989 itu mereka berjaya mengikat perjanjian dengan Sharp Roxy, menjadi pasukan Asia pertama ditaja oleh syarikat elektronik itu dan kedua di dunia. Sebuah lagi kelab bawah tajaan Sharp ketika itu ialah Manchester United. Ya, kita boleh katakan Kedah setaraf dengan Manchester United hebatnya pada zaman itu.


Rombakan struktur Liga Malaysia secara 'TOTAL'

Persatuan Bola sepak negeri yang ada sekarang ini sama sahaja naik bangangnya dengan FAM. Sebab itulah diulangi banyak kali supaya hapuskan sahaja pasukan bola sepak negeri dan gantikan dengan kelab-kelab. Perbanyakan pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia. Jadi, pemain-pemain kita akan beroleh jumlah perlawanan setaraf dengan liga berprestij di dunia.

Seorang pemain bola sepak bergelar pro kerana itulah profesion mereka dan kerana mereka berstatus profesional. Pekerjaan seorang pemain bola ialah bermain bola. Jika seorang pekerja ladang kelapa sawit dikehendaki turun menombak sawit di ladang sekerap mungkin dalam setahun maka seorang pemain bola yang berstatus pro juga dikehendaki turun ke padang sekerap mungkin dalam semusim. Dan dalam bola sepak era moden kekerapan ini adalah pada purata 35 kali dalam satu musim.

Contohilah Negara Hebat dalam bolasepak.

Kita kena ikut resam bolasepak negara seperti Jepun dan Korea, atau Australia dan Amerika Syarikat. Mereka ini semua 20 tahun dulu mempunyai liga bolasepak yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi atas kesedaran sendiri mereka rombak liga mereka, tubuhkan kelab bolasepak yang benar-benar kelab bolasepak sejati dan mulakan program pembangunan akar umbi secara menyeluruh. Hasilnya hari ini, biarpun bukan bertaraf kuasa bolasepak dunia, tetapi 4 negara ini adalah peserta tetap Piala Dunia.

Pujian perlu diberikan kepada Kelantan FA ketika ini yang mana organisasi mereka ditadbir secara teratur dan efisyen. Maka tidak hairanlah KAFA seringkali menjadi mangsa FAM yang sememangnya jelas mengkambing hitamkan persatuan ini sesuka hati mereka. Apa yang telah menimpa Anuar Musa adalah sama seperti yang pernah dialami oleh Ahmad Basri Akil.


Presiden FAM sila letak jawatan

Menunggu Presiden FAM meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini adalah sama seperti menunggu kucing bertanduk. FAM sebagai sebuah badan organisasi bola sepak yang terkenal dengan budaya mengampu dan membodek lebih berjaya melahirkan ramai pak turut berbanding mereka yang benar-benar bernafsu memajukan bola sepak Malaysia.

Percayalah selagi Presiden FAM tidak meletak jawatan, selama itulah juga bola sepak kita tidak akan ke mana-mana.

Wednesday, November 28, 2012

Ini Adalah Harimau Malaya Sebenar.





Alhamdulillah Syukur..kita menang dan peluang kembali cerah walaupun pada mulanya samar-samar ayam. Rajagopal berjaya selepas bebarapa rombakan dilakukan dengan 4 pertukaran di kesebelasan utama. Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal diberi mandat melaksanakan misi teragung Rajagopal ini.



Terima kasih Farizal Marlias. Beliau berhak merampas kembali kedudukan sebagai penjaga gol  no.1 Malaysia. Yang ehem-ehem tu biarkan dia buat persediaan perkahwinan ye...

Nama yang perlu sentiasa ada dalam setiap perlawanan Malaysia selepas ini. Kan aku dah kata.....
Payah betol Rajagopal nak masukkan Zubir ni. Akhirnya Zubir dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Azmi Muslim yang ternyata hampas sejak perlawanan dengan Singapura lagi.


Kapten pula menjaringkan gol dari sepakan percuma yang sememangnya makanan beliau..terdiam sebentar peminat-peminat Piya..huh!!!




Penyerang teragung ini kelihatan hambar sepanjang perlawanan. Mujur beliau dapat menjaringkan gol kedua yang sememangnya amat penting untuk menaikkan keyakinannya sebagai penyerang teragung Harimau Malaya.




Wan Zack sedang berada dalam prestasi terbaiknya. Tidak wajar ditinggalkan dibangku simpanan. Satu gol dan Satu bantuan gol berjaya diukir dalam perlawanan membenam Laos ini.




KM memang 'Super Sub' sejati. Hanya 2 minit sahaja diperlukan beliau untuk menjaringkan gol ke-4 skaligus menutop molot pengkritik beliau. Shhhhhhhhhhhh....




TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!!!!!!!







Monday, November 26, 2012

RAJAGOPAL APA KAU DAH BUAT? - ULTRAS MALAYA




Bagi kawe ini adalah tindakan mereka-mereka yang baru 2-3 tahun menyibuk nak sokong bola sepak Malaysia. Kawe percaya ada lagi rakan-rakan seangkatan yang mengenali Jan Janostak, Affendi Julaihi, Nasir Yusof, mahunpun Tuan Kamree Tuan Yahya sangat redha dengan kekalahan ini. Ya...kami sudah biasa dikecewakan oleh Soltan Bola dan konco-konconya sejak 1984 lagi.....