Saturday, January 27, 2018
Dari Kaki Ke Pena Hitam: Serabut Musim Baru
Tuesday, January 17, 2017
Dari Kaki Ke Pena Hitam: Make The Ball Happy.
Dari Kaki Ke Pena Hitam: Make The Ball Happy.
'Make The Ball Happy'.
Saturday, January 7, 2017
Dari Kaki Ke Pena Hitam: Hero.
Beberapa minggu yang lalu aku ada bertemu seorang sahabat tua. Aku bertanyakan kepadanya apakah harapan dia terhadap masa depan bola sepak Selangor yang sedang huru-hara ni. Beliau menegaskan kalau setakat kemeriahan mendakap Piala Malaysia buat kali ke 34 yang menjadi sasaran, adalah lebih baik bola sepak Selangor pergi meninggal. Aku yang mendengarnya tidak berapa terkejut. Malahan boleh mengagak apakah yang bermain dalam benak fikiran beliau.
Secara kasar aku berpendapat memang inilah yang diharapkan oleh sesetengah penyokong dewasa pasukan bola sepak di Malaysia. Yang diharapkan ialah bukannya deretan Piala. Tetapi sebenarnya lebih kepada mahu melihat perubahan tata cara pengurusan pasukan tersebut. Bagaimana gaji pemain diuruskan dengan baik sehingga tiada lagi isu gaji tertunggak. Kelangsungan pasukan ke arah penswastaan penuh dilaksanakan dengan licin dan cermat. Tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada dana kerajaan negeri. Pendek kata kami penyokong dewasa ini sudah bosan melihat pasukan bola sepak diuruskan secara sarkis. Bayangkan sudah hendak masuk tahun 2020 masih ada lagi kita dengar isu gaji pemain dan jurulatih yang masih tertunggak. Macam mana liga kita nak menuju penswastaan penuh menjelang 2018 jikalau mencari penaja pun tidak reti sampaikan hendak menarik diri dari liga Malaysia?
Tahun lepas ada pasukan yang sudah melantik CEO untuk menguruskan pasukan. Menukar logo lama kepada lambang gajah. Usaha dah nampak cantik. Malangnya tak tahu mana silap, pasukan secara tiba-tiba tidak lagi berbelanja mewah sebaliknya menyenaraikan ramai pemain muda, stadium menjadi kosong apabila deretan kekalahan mula menjadi sahabat baik yang akhirnya menyebabkan kedudukan liga hampir ke lembah penyingkiran. CEO akhirnya akur atas desakan dan meletak jawatan. Sekarang dengar cerita pasukan tersebut dari pentadbiran gaya FC telah kembali kembali menyembah ‘berhala’ FA. Benda perubahan macam ini memang perlukan masa dan sokongan dari semua pihak sangatlah penting. Hari ini pasukan tersebut sudah kembali ke fitrah asal. Yang tidak kisah pasal hal penswastaan liga ni mungkin boleh bergembira. Terpulanglah. Itu cara hidup yang korang pilih.
Manakala di pantai timur pula tidak kurang dramatiknya. Ada sebuah pasukan yang bersungguh menyatakan akan menarik diri akibat tiada penaja selepas tahun lalu mengikat ‘tali perkahwinan’ dengan seorang ahli perniagaan yang jarinya tidak pernah terlepas dari kedua belah pipinya yang gebu. Aku tidaklah berasa marah dengan solusinya. Tetapi aku berasa mual dengan permulaan dramanya yang membawa kepada penyelesain gaya hero yang individu itu sendiri buat. Masakan tidak, beliau yang sudah tiada kuasa dalam pentadbiran pasukan tersebut yang mula-mula membawa cerita pasukan tersebut tiada penaja dan mahu menarik diri. Penghujungnya dia jugalah yang muncul sebagai hero dengan meletakkan dua anak syarikatnya sebagai penaja utama pasukan. Selesai. Dua syarikat yang menjadi milik seorang individu yang bekerja untuk rakyat tu kita tak perlu ulas di sini. Aku tak selera nak fikir.
Cuma aku ada sedikit musykil dengan pasukan ini yang mana kita tahu sebelum ini penuh penaja menempek logo pada jersi mereka. Kepenuhan stadium juga agak cantik. Pada akhirnya tabung pasukan tetap menjadi kafir. Eh silap. Menjadi fakir. Mengemis menjaja cerita sana-sini. Hampir-hampir kerajaan negeri melancarkan tabung derma kilat. Inilah buruknya kondisi bola sepak Malaysia sekarang yang penuh campur tangan politik. Yang mana kita tahu politik itu sendiri adalah tahi. Diadun pula dengan bola sepak Malaysia kelolaan Tengku Bola. Maka lahirlah FA negeri berperangai tahik kentut.
Aku rasa cukuplah cerita negatif bola sepak Malaysia pada kali ini. Semua yang aku sebut dekat atas adalah pasukan gergasi Malaysia. Kau bayangkan betapa sendunya pasukan di Borneo, pasukan yang tiada fans base, pasukan yang stadiumnya kejap di Lembah Klang sekejap lagi dekat Hang Jebat. Mereputlah jawabya dengan penyertaan setiap tahun hanyalah untuk memenuhi kuota dan jadual Liga Malaysia. Sekarang ni aku harap FMLLP pun tidak terjerumus ke kancah sarkis. Sebabnya sudah nampak FMLLP pun akan ke lembah keji.
Haaa..satu lagi aku nak pesan. Siapa suruh aku lukis dia ketiak hitam.
Sunday, November 20, 2016
Ulasan Minit Ke Minit: Malaysia melawan Kemboja.
Malaysia 3 - Kemboja 2.
1. Perlawanan bermula dalam cuaca panas terik. Hati pun menjadi panas apabila terlihat nama Irfan Fazail berada dalam kesebelasan utama. Mungkin ada hikmah disebaliknya.
Apek sebagai penjaga gol. Dilindungi secara berjemaah oleh Shahrom Kalam, Shahrul Saad, Rizal dan Matt. Irfan ditemani Baddrol, Syazwan Zainon dan Wak Amri di bahagian tengah. Darren Lok dan Hazwan Bakri melengkapkan senarai 11 pemain bertemu Kemboja.
2. Dengan penuh garang Malaysia melakukan asakan dan serangan awal ke atas Kemboja. Satu tandukan dari Wak Amri ditepis keluar oleh penjaga gol Kemboja.
Sehinggalah satu kecelakaan awal melanda pasukan Malaysia. Hantaran ke belakang oleh Hazwan Bakri disambar penyerang Kemboja, Chan Vathanaka. Penjaga garisan mengangkat bendera offside. Pertahanan Malaysia juga berhenti berlari kerana menyangkakan perkara yang sama. Namun pengadil tetap tidak meniupkan wisel.
Dengan tenang penyerang Kemboja itu menewaskan Apek untuk jaringan pertama. Seluruh Malaya panas hati. Seawal minit ke-7 Malaysia sudah bolos.
3. Ketenangan. Itulah yang diperlukan oleh pasukan Malaysia selepas bolos awal. Gerakan demi gerakan diatur secara tertib. Hantaran lintang dari kanan ke kiri, dari kiri ke kanan.
Sehinggalah pada satu ketika hantaran cantik dari sebelah kanan oleh Irfan Fazail sampai tepat ke kaki Syazwan Zainon yang mengawalnya dengan cermat. Beliau berjaya meloloskan diri dari kawalan pemain Kemboja dan melepaskan rembatan kencang dengan kaki kanannya. Yaty tertewas. Akhirnya Malaysia berasa lega buat seketika.
Pada minit ke-36 kedudukan menjadi 1-1.
4. Tamat separuh masa pertama dengan kedudukan 1-1. Ia memberi peluang kepada rakyat Malaysia bermuhasabah diri dengan gol pertama milik Kemboja.
Ternyata tindakan pengadil adalah tepat dan Shahrom Kalam harus bertaubat. Dia sepatutnya terus bermain selagi pengadil hanya mengulum wisel dan tidak meniupnya.
Inilah yang dinamakan sebagai pengetahuan melalui pengalaman.
5. Separuh masa kedua bermula. Tiada sebarang pertukaran dilakukan oleh Malaysia.
Pada awalnya Syazwan Zainon berjaya menggegar palang gol Kemboja. Mengucap panjang aku dibuatnya.
Selepas pada itu Malaysia teruk diasak. Percubaan gol satu lawan satu Kemboja ditepis Apek. Dua tiga sepakan penjuru Kemboja hampir membolosi gawang Malaysia.
6. Akhirnya pada minit ke-58 usaha keras Kemboja mendatangkan hasil. Mereka berjaya menjaringkan gol kedua sekali lagi melalui Chan Vathanaka hasil kelemahan pertahanan Malaysia sendiri yang aku nampak berterabur kedudukan posisi mereka. Padanlah muka.
Kedudukan kini 2 gol Kemboja berbalas 1 dari Malaysia.
7. Syukur Alhamdulillah pada minit ke-68 Malaysia berjaya menyamakan kedudukan melalui jaringan Wak Amri selepas larian solo Hazwan Bakri dari sebelah kanan menewaskan beberapa pemain pertahanan Kemboja. Malaysia tenang seketika.
Selepas itu ada juga percubaan Malaysia yang menggegar palang Kemboja melalui Irfan Fazail. Ia turut disulami dengan aksi kelam kabut Shahrom Kalam yang kelihatan seperti hilang pedoman dalam perlawanan ini. Ia sekaligus memberi kesan kepada persembahan Shahrul Saad dan mendedahkan bahaya percuma kepada Apek.
Kerapkali aku nengok Shahrom Kalam naik ke atas membantu serangan. Tapi dia lupa pemain tengah dia bukan Roy Keane ataupin Viera. Shahrom juga pada satu ketika kelihatan agak perlahan apabila bersaing dengan pemain Kemboja.
8. Malaysia kemudiannya memasukan Safee Sali (Darren Lok) dan Hadin (Syazwan Zainon).
Ia kelihatan berhasil apabila Hadin hampir menjaringkan gol untuk Malaysia.
Namun keadaan menjadi lebih manis apabila gerakan satu dua antara Safee dan Wak Amri membolehkan Amri menjaringkan gol ke-3 buat Malaysia dan yang ke-15 bagi karier antarabangsa beliau. 3-2 Malaysia mengatasi Kemboja.
9. Minit ke-85 OKS memasukan Veenod Subramaniam. Jadi secara dasarnya kita tahu Malaysia akan memenangi perlawanan ni dengan jayanya.
10. Wisel penamat ditiupkan pada minit ke-93. Buat masa ini tuah dan rezeki masih milik Malaysia. Lawan seterusnya ialah Vietnam dan Myanmar. Bukan jalan mudah sekiranya corak permainan seperti ini yang menjadi anutan Ong Kim Swee dan anak buahnya.
Saturday, October 22, 2016
Piala Malaysia 2016: Selangor Melawan Kedah.
Piala Malaysia 2016: Selangor Melawan Kedah.
"Anak mudeeeee..Piala Malaysia tahun ini akan sekali lagi menjadi milik pasukan Selangor. Bersaksilah engkau wahai anak mudeeeee yang bijaksana..."
Kaaaaapooof!!!
Friday, September 16, 2016
Suku Akhir Piala Malaysia 2016.
Tuesday, July 19, 2016
Dari Kaki Ke Pena Hitam: Kira Duit II.
Sejak beberapa bulan yang lepas heboh juga pasal seorang pemain yang mahu berpindah ke pasukan yang lain. Ia adalah perkara biasa dalam bola sepak. Cuma ia akan menjadi luar biasa kalau tidak kena pada cara dan gaya perlaksanaannya.
Sunday, July 17, 2016
Dari Kaki Ke Pena Hitam: Kira Duit
Pasukan Kuala Lumpur ni satu masa dahulu amat jagoan. Siapa yang tidak kenal dengan figura bernama Subadron Aziz? Beliau pada zaman kemuncaknya tiada satu pasukan pun yang berani angkat muka kecuali Salwa Abdul Rahman. Sekarang siapa yang bermain untuk KL? Adelah jugak beberapa pemain yang aku kenal macam Helmi Rameli dan Nazri Ahmad. Tapi apakah matlamat pasukan KL sebenarnya? Cukupkah hanya sebagai pasukan pelengkap jadual? Kesian juga aku memikirkan nasib pasukan The City Boys asuhan Ismail Zakaria ni. Ultras KL pun aku kesian sebab terlompat-lompat tak sudah-sudah. Aku harap kehidupan mereka semua sentiasa dirahmati Tuhan dan dijauhi daripada fitnah Dajjal kelak.
Aku sedia maklum (kau orang aku tak tahulah) nombor 4 adalah sinonim dengan pemain pertahanan ataupun tengah bertahan. Antaranya pemain yang popular dengan jersi nombor 4 ialah Fabregas, Patrick Viera dan juga Javier Zanetti. Perkara yang sama juga untuk pemain bernombor 16. Roy Keane, De Rossi dan Aaron Ramsey antara yang popular dengan nombor ini.
Monday, March 24, 2014
Prebiu Kilat Liga Super 2014 Perlawanan 9
Tuesday, December 24, 2013
Senarai Skuad 2014: Selangor
Wednesday, November 27, 2013
Dua Kontrak Menjana Dua Pendapatan.
Friday, October 18, 2013
Berita FA Selangor.
Friday, August 30, 2013
IN MANIAM WE TRUST II
Friday, April 5, 2013
Prebiu Liga Super Perlawanan 12
Salah siapakah Guiza tidak gembira? Salah siapakah Terengganu mudah hilang fokus? Pada perlawanan pusingan pertama Terengganu hampir sahaja berjaya memalukan JDT di Larkin. Tetapi JDT masih kekal ampuh dengan rekod tanpa kalah di Larkin dan akhirnya mereka berjaya menamatkan saingan pusingan pertama Liga Super di tangga ke-3. Manakala Terengganu di tempat ke-8.
Pada aksi yang lepas, mengikut ratings yang dikeluarkan oleh jabatan sukan Goal.com dan juga Fox Sports, purata semua pemain kedua pasukan mendapat 6 dan 7 mata manakala terdapat 2 pemain mendapat LAPAN MATA iaitu Dani Guiza dan Effa Owana. Sementara penguasaan bola pula 51% memihak kepada JDT. Ada tak pemain tempatan dapat 8 mata? Sila tanya Rajagopal kenapa ini semua berlaku.
Sebenarnya Terengganu bermain lebih cantik dari JDT. Ketika JDT lebih cenderung bermain bola cara British iaitu menghantar bola ke dalam petak penalti sepantas yang boleh dengan hantaran-hantaran bola jauh, Terengganu bermain lebih cantik. Hantaran pendek dan pantas serta gentel sana dan gentel sini melalui gandingan Ashaari dan Manaf Mamat. Permainan Terengganu memang lain. Cuma Owana sahaja yang kadangkala gelojoh apabila mendapat bola.
Siapakah pula yang boleh diharapkan JDT sekiranya Guiza tiada? Norshahrul Idlan adalah jawapan JDT kepada sekiranya berlaku kehilangan bintang sensasi mereka Dani Guiza dan Del Nero. Apabila Fandi Ahmad meletakkan beliau sebagai 'topman' dalam game menentang Terengganu ini, aku terus yakin dengan pilihan taktikal Fandi Ahmad. 'Solo or duo' serangan JDT tetap berbisa…bagai duri dalam daging! Safiq Rahim pun sudah boleh bersara!!.
Pemain Tumpuan Terengganu: Ashaari Samsuddin
Ramalan: Terengganu 2 - JDT 1.
Keputusan:Terengganu 0 - JDT 1
![]() |
| Hisyamuddin Shaari |
Demi Maruah Pasukan.
Perak sudah bersedia menerima kedatangan PKNS di lumut dengan hati yang terbuka. Perlawanan pusingan pertama di Shah Alam, Perak berjaya menewaskan PKNS hasil jaringan pemain tengah kelahiran Sabah iaitu Rafiuddin Roddin. Nampaknya PKNS betul-betul disekolahkan oleh Perak. Yang membuatkan aku tertanya-tanya, adakah ini bermakna Lions XII dan Pahang sebenarnya ditadikakan oleh PKNS pada pusingan pertama liga tempohari?
Ketika Azraai Khor diminta mengulas tentang kemenangan ini, beliau berkata... “Kami bermain dengan baik di separuh masa pertama. Kami amat bertuah untuk menjaringkan gol di penghujung separuh masa kedua. Kemudian semuanya menjadi lebih mudah. Saya sungguh berbangga melatih pasukan ini kerana mereka pemain yang berkualiti. Saya juga ingin mengucapkan selamat mengundi kepada seluruh warga Malaysia. Harap tidak terlalu awal.”
Pemain Tumpuan PKNS: Mohd Nizad Ayub
Ramalan: Perak 0 - PKNS 0
Pemain Tumpuan Lions XII FC: Safuwan Baharudin
Ramalan: Negeri Sembilan 2 - Lions XII FC 0.
Selangor mln KL Felda United FC
K Devan pula berkata dalam nada tamil tapi fasih bahasa Melayunya: “Pening juga, ada peluang boleh menang, kami tetap gagal menggunakannya. Penyudah kami memang kurang baik sejak dari awal musim lagi. Mungkin kena tukar stadium baru boleh menang di gelanggang sendiri. Selepas ini kami membawa masuk tiga pemain baru iaitu Mohizam Shah Dawood, K Rajan dan Azmi Muslim. Jika jumpa penyerang import yang lebih bagus pula, kami akan pertimbangkan kerana Mohammed Ghaddar dibelenggu kecederaan belakang.”
Pemain Tumpuan Felda Utd: Syazwan Zainon
Ramalan: Selangor 3 - Felda United 0.
Momentum kemenangan Pahang nampaknya sangat kuat. Jumlah jaringan juga agak tinggi dengan 17 gol sudah mereka jaringkan. Dijangkakan mereka akan bermain dengan baik. Mungkin lebih baik dari Manchester United. Mereka memang terkenal dengan permainan baik dan cantik. Tapi mungkin cuma baik dan cantik sahajalah...sorakan dari Darul Makmur mampu mengkucar-kacirkan pasukan T-Team. Pemain-pemain T-Team juga ini belum kena siku Jalalluddin Jaafar lagi. Nanti mereka tahulah tu bisanya macam mana.
Perlawanan pusingan pertama juga berpihak kepada Pahang. Peminat T-Team mungkin masih ingat perlawanan pusingan pertama yang berlangsung bulan Mac lepas di mana dalam perlawanan itu anak buah Dollah Salleh berjaya memalukan Peter Butler. Apakah mereka sanggup melihat aksi yang serupa nanti?
Pahang juga kembali mendapat momentum mereka dengan kemenangan ke atas T-Team bulan lepas. Walaubagaimanapun, mereka masih belum mempamerkan keupayaan sebenar sebagai pasukan Pahang yang terulung di mata Soltan Bola. Kemenangan dengan permainan bergaya keatas T-Team nanti baru boleh dikatakan yang 'Tok Gajah Telah Kembali!' Gandingan Alex-Koji bersama Faizul Hussin di tengah begitu berbisa. Bagaikan duri dalam daging kata Hafizal Hamad.
Ramalan aku Pahang 2 - 0 T-Team dan selepas perlawanan itu, T-Team terus terlungkup dan merudum macam biasa.
Pemain Tumpuan T-Team: Mohd Muinuddin Mokhtar
Ramalan: Pahang 2 - T-Team 0.
Kelantan mln ATM
Pemain Tumpuan ATM: Hairuddin Omar
Ramalan: Kelantan 2 - ATM 0.
Keputusan: Kelantan 1 - ATM 3.
Wednesday, March 6, 2013
Prebiu Liga Super Perlawanan 10
Kejayaan Perak mengikat Kelantan dengan skor 1-1 berjaya mengelakkan Azraai Khor daripada mencari pekerjaan yang baru. Keyakinan pemain Perak kian memuncak menjelang pertemuan dengan Naib Juara Piala Malaysia 2012, ATM. Farizal Marlias yang berada pada kelasnya yang tersendiri sentiasa bersedia menghadapi cubaan gol dari Marlon Alex dan Hairuddin Omar. Sementara itu bahagian tengah pasukan Perak kembali kreatif dengan kehadiran semula kapitan mereka iaitu Shahrulnizam Mustafa.
8.45mlm, Std Darul Makmur, Kuantan
PKNS yang masih terkejut kerana tewas kepada pasukan bawahan, Terengganu di tempat sendiri tempohari dijangka akan berjuang habis-habisan demi mengutip 3 mata penuh. Kali terakhir mereka mengaut 3 mata ialah pada 16 Februari 2013. Bolehlah dikatakan persembahan anak buah Haji Abdul Rahman ini sebagai tidak konsisten. Kadangkala mereka ibarat kehilangan idea dalam mencorakkan bentuk serangan yang hendak dilakukan. Perkara ini perlu diatasi segera kerana Pahang bukannya calang-calang pasukan. Adalah sesuatu yang kurang elok sekiranya hanya bergantung kepada seorang pemain sahaja untuk mencari gol.
Walaupun begitu, Patrick Ronaldinho sudah berjanji kepada pengurusan PKNS untuk merobek gawang Pahang dan akan menjadikan Jalaluddin Jaafar sebagai lubok utama.
Pemain Tumpuan PKNS: Patrick Ronaldinho
The Ganu Derby
4.45ptg, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Peter Butler kini semakin kesuntukan masa untuk mencari kemenangan sekaligus mengelakkan dirinya daripada menjadi jurulatih pertama yang dipecat musim ini. Menurut Sky Sport, kebarangkalian untuk Butler dipecat buat masa ini ialah 4/1 dan ini bukannya perkara yang mengejutkan. Mungkin barisan pemain yang terlalu muda dan kekurangan pengalaman menjadi penghalang utama skuad The Titans musim ini. Pemain seperti Mohd Hasbullah Awang dan G. Mahathevan masih memerlukan banyak pendedahan sebalum benar-benar bersedia untuk mengharungi Liga Malaysia yang penuh cabaran ini.
V Sundramoorthy sekali lagi akan mengharapkan gandingan kebal Baihaki dan Safuwan Baharuddin melindungi Izwan Mahbud dari dibocori kemantapan serangan Kelantan yang diketuai Keita Mandjou dan Nor Farhan. Malahan Safuwan juga boleh disuruh naik ke atas dan menjaringkan gol ketika mereka benar-benar memerlukannya. Di sini kehebatan Khairul Fahmi akan diuji terutamanya ketika Lions XII mendapat sepakan penjuru. Moga-moga Leuniey telah membekalkan kasih sayang secukupnya kepada Apexs sebelum perlawanan ini bermula.
Paling menarik untuk dilihat ialah pertembungan di bahagian tengah. Lions XII akan dikawal oleh Isa Halim dan Harris Harun. Manakala Kelantan akan mengembleng seluruh tenaga dari Piya dan Shakir untuk menyerap asakan lawan sambil sekali sekala merencana gerakan serangan untuk Indra Putra. Namun begitu, Lions XII mungkin boleh menewaskan The Red Warriors sekiranya mereka mengambil kesempatan daripada kelemahan pertahanan Kelantan yang kelihatan sedikit goyah buat masa ini. Nampaknya Obinna dan Nik Shahrul akan berjuang habis-habisan menyekat pergerakan bahaya dari Shahril Ishak dan Fazrul Nawaz.
Selepas Selangor menang 2-0 ke atas Kelantan, pasukan agung ini telah ketandusan jaringan gol dalam 4 perlawanan berturut-turut (ATM 0-2 | PKNS 0-0 | East Bengal 0-1 | T-Team 0-0). Tetapi peminat Selangor semua tidak perlu menggelabah sepertimana perangai peminat Kelantan dan Pahang. Skuad asuhan Irfan Bakti ini menyimpan seribu rahsia taktikal untuk menjerat Johor Darul Takzim FC Sabtu ini. Ketajaman Amri Yahyah dan Forkey Doe di hadapan gol akan terserlah apabila kedua pasukan ini bertemu dalam pertarungan 'heavyweight' mencari pasukan teragung. Shah Alam akan menjadi saksi dan seluruh umat tidak sabar menantinya.
![]() |
| Bekas pelajar Sekolah Sukan Jalan Junid |
Keterlampauan pasukan Johor Darul Takzim FC yang terlalu bergantung kepada dua lelaki berjambang (Guiza | Del Nero) boleh memakan diri mereka sendiri. Ini kerana barisan pertahanan Selangor yang dibarisi Peter Charappan, Asraruddin dan Mahali amat kebal dan berpengalaman beraksi menentang pemain-pemain yang hebat serta berprofil tinggi. Fandi Ahmad mungkin terpaksa menggunakan khidmat Wak Lan Talaha dan mungkin juga Safee Sali dalam usaha mereka mencari pilihan lain untuk menjaringkan gol. Namun diposisi penjaga gol Selangor, segak menanti untuk menepis segala cubaan Johor Darul Takzim FC ialah anak watan negeri Johor sendiri iaitu Nor Azlan Razali.
Taktikal yang terbaik dari kedua jurulatih akan menentukan pasukan mana yang akan berdiri megah memikul status sebagai Pasukan Teragung.
Dua pasukan tercorot dalam liga bertemu sesama sendiri dalam perlawanan yang digelar sebagai 'Battle of Relegation' . Negeri Sembilan masih bernasib malang apabila tidak berjaya mengukir satu pun kemenangan dalam sembilan perlawanan. Kejayaan mengutip 3 mata dalam pertemuan dengan Felda ini juga tidak akan mengubah kedudukan mereka. Kekal corot namun boleh menyamai mata pasukan Felda. Nasib yang hampir serupa juga menimpa Felda United apabila segala percaturan K.Devan tidak berjalan dengan lancar walaupun beliau sebenarnya memiliki sekumpulan pemain yang berbakat dan ada sebahagian daripada mereka mewakili pasukan Harimau Malaya.
Masa semakin suntuk buat kedua pasukan. Pusingan kedua akan bermula kurang dari sebulan. Jika masih gagal mengubah rentak dan mencari keputusan yang baik, tidak mustahil mereka akan tersingkir ke Liga Perdana musim depan. Pray for Nogori and Felda!!
Monday, January 7, 2013
Prebiu Liga Super Perlawanan 1
Tarikh: 8 Januari 2013
Sajian Tempe Buat Jang.
Selangor vs Negeri Sembilan (8.45 p.m.)
![]() |
| Paling Gah!!!! |
Keputusan: Selangor 1 - Negeri Sembilan 0.
![]() |
| Harapan Terakhir Pakcik dan Makcik Felda. |
Penyu Tidak Menangis di Felda Palong.
Terengganu vs Felda United (4.45 p.m.)
Keputusan: Terengganu 1 - Felda United 1.
![]() |
| Hebat dan berpandangan jauuuuuuh... |
Pertarungan Menjaga Hati Kekasih.
Pahang vs Johor Darul Takzim (8.45 p.m.) - Siaran Langsung ASTRO ARENA 801
Dollah Salleh semakin pasti akan menggunakan kepantasan Gopinathan dan kelincahan Alex di sebelah kiri dan kanan pasukan mereka. Manakala Hafiz Kamal pula akan semakin berbisa apabila digandingkan dengan pemain yang baru dibeli dari Selangor, Azidan Saruddin. Ampuh di posisi penjaga gol ialah Yob yang pernah mendapat perhatian dari pasukan Blackburn Rovers, Nasril Nourdin. Jelas pasukan ini sudah bersedia untuk menghadapi Darul Takzim FC.
Darul Takzim FC bertandang ke Stadium Darul Makmur demi menjadi pasukan pertama yang bakal menumbangkan Tok Gajah di sarangya sendiri. Namun masih tidak diketahui adakah hati seorang kekasih perlu dijaga menjelang perlawanan ini? Ia masih menjadi misteri dan penuh tanda tanya. Tetapi buat Fandi Ahmad, tugasnya adalah menjulang Darul Takzim ke puncak dunia. Bagi beliau, menang adalah hebat, kalah adalah bangang, tetapi seri adalah rezeki.
Semua mata tertumpu kepada barisan pemain Darul Takzim, sama ada mereka mampu ataupun tidak memikul reputasi sebagai pasukan teragung abad ini, hanya masa akan menentukan. Kawe tidak mahu lagi menyebut nama-nama pemain mereka kerana umum sudah mengetahui yang mana hebat dan yang mana hanya gah pada nama. Mampukah lelaki bernama Wak Lan membentuk gandingan ampuh bersama Safee Yang Menonggeng dan Danny Guiza? Menggigil telur nak jawab.....
Keputusan: Pahang 3 - Johor Darul Takzim 2.
Yob Menyahut Seruan The Titans
Perak vs T-Team (8.45 p.m.)
![]() |
| Perkembangan hidung dan gigi tak dapat nak 'cover' selepas berjumpa artis di majlis perasmian jersi pasukan T-Team. |
Keputusan: Perak 1 - T-Team 0
Tarikh: 9 Januari 2013
PKNS Santapan Sulung Sang Kijang
Kelantan vs PKNS (8.45 p.m.)
Keputusan: Kelantan 2 - PKNS 1
Hancurkan Temasik kata Zed Zaidi.
ATM vs LionsXII (8.45 p.m.) - Siaran Langsung ASTRO ARENA 801
Keputusan: ATM 0 - Lions XII 1.



























