Showing posts with label epL. Show all posts
Showing posts with label epL. Show all posts

Sunday, January 10, 2016

Kemeriahan BPL Bukan Untuk Ballon d'or



Kemeriahan BPL Bukan Untuk Ballon d'or.


Ayda Jebat dengan bibir nipisnya pernah bersenandung di dalam lagu dengan nada kelam kabut:

"Jaaaangan-jaaaangan kau terburu-buruuuu. Jaaaaaangan-jaaaaangan pandai menghukumku..Tunggu..Jangan cepat nak laywbewl ku..."


Begitulah juga bagi sesetengah peminat bola sepak di Malaya yang melabelkan Liga Perdana Inggeris (BPL) adalah yang terbaik di muka bumi. Mungkin ada benarnya kerana ia tidaklah dimonopoli oleh sesebuah kelab sahaja. Sebagai contoh di Sepanyol ia adalah pertembungan antara Real Madrid dan Barcelona. Cuma akhir-akhir ini sahaja Atletico Madrid mula mencuri peluang menyelit di antara dua kelab El Classico itu. Di Jerman kita ada Bayern Munich dan Borussia Dortmund. Di Perancis pula dikuasai oleh Paris Saint Germain. Cuma di Serie A buat masa ini ia akan menyedihkan sedikit dengan pelbagai isu yang melanda liga di negara tersebut. Yang itu kita kena kaji dikesempatan yang lain pula.

Bagi aku pula secara kasarnya Liga Perdana Inggeris musim ini adalah antara musim yang terbaik pernah aku saksikan sepanjang usia 32 tahun aku. Selain daripada keterjunaman pasukan Chelsea ke lembah kehinaan, aksi terumbang-ambing pemain Liverpool untuk memahami gegenpressing serta Van Gaal yang ghout. Kita juga disajikan dengan persembahan mantap beberapa pasukan yang selama ini 'bawah hanjeng'. Antaranya West Ham, Leicester City, Crystal Palace dan Watford. Selain itu ada antara penyerang handalan dunia semakin tumpul di hadapan gol. Manakala penyerang tidak popular mula mencuri tumpuan dan mungkin juga tempat ke Piala Eropah 2016 bersama pasukan negara masing-masing. Inilah warna-warni BPL yang bukannya dimonopoli oleh satu atau dua pasukan sahaja bagi setiap musim.

Pertengahan minggu ini kita akan disajikan dengan beberapa pertembungan menarik. Antaranya ialah perlawanan melibatkan Newcastle dan Manchester United. Pada laga pertama kedua pasukan ini hanya mampu seri tanpa jaringan. Berdasarkan rekod, Manchester United hanya tewas sekali sahaja dalam 12 pertemuan terakhir di St. James' Park. Mungkin statistik awal ini mampu menambah keyakinan kepada pemuja Syaitan Merah di serata alam yang semakin membenci Van Gaal. Boring juga sebenarnya bila The Red Devils mula bercakap pasal pengurus imaginasi mereka setiap minggu. Pada hal Val Gaal itu adalah jodoh dari syurga buat Manchester United. Kencing manis lembam macam pun dia adalah pengurus semasa yang perlu diberi sokongan. Lainlah kalau Rafa Benitez. Itu lain ceritanya.

Manchester City pula akan mengadap Everton sekali lagi selepas tewas dalam aksi Piala Carling minggu lepas. Jika diperhatikan secara mendalam semacam ada yang tidak kena pada barisan pertahanan pasukan Manchester City selepas ketiadaan Kompany. Ingin saya tegaskan nama-nama seperti Otamendi, Mangala mahupun Demichelis masih tidak mendatangkan gerun kepada barsian penyerang yang bermain di BPL.

Keberantungan City kepada Aguero untuk menyumbat gol bagi pasukan mereka juga kadangkala mengehadkan peluang bagi pemain lain untuk menyerlah. Tetapi City sepatutnya tidak perlu panik serupa minah rempit share berita pasal makwe kena culik dekat facebook. Ini kerana dengan barisan pemain yang mereka miliki sebenarnya tiga mata boleh menjadi milik mereka. Cuma suka aku mengingatkan bahawa Everton masih pasukan yang terbaik di Liverpool. Ini fakta yang tidak boleh kita semua sangkal lagi. Tidak percaya? Bandingkan sahaja statistik antara Lukaku dengan Lewanbenteke. Hah? Nampak tak?

Di Anfield pula akan berlangsung pertemuan antara Liverpool dan pendahulu liga, Arsenal. Bagi The Kops ia merupakan bala yang datang secara bertimpa-timpa. Ini kerana Liverpool terpaksa menentang Arsenal dalam keadaan pasukan mereka berdepan dengan masalah kecederaan pemain pada tahap nazak. Ya, walaupun Arsenal turut menghidapi sindrom yang sama, tertapi ia tidaklah seteruk yang sedang dialami oleh Liverpool. Terbaru ia melibatkan Coutinho dan Lovren. Mereka berdua ini menyertai senarai panjang pemain yang sedang cedera di Liverpool - Origi, Sturridge, Henderson, Ings, Skrtel dan Sakho (sekadar menyebut beberapa sahaja).

Menengok kepada prestasi semasa pasukan Arsenal ini menjadikan aku berasa bangga dengan si tua Wenger. Wenger membuktikan dirinya masih relevan di Arsenal dan juga BPL. Sekurang-kurangnya selepas BPL kehilangan Alex Ferguson dan Mourinho, kita masih mampu menatap wajah tua Wenger setiap minggu. Secara peribadi aku masih belum nampak kredibiliti pengurus lain untuk menghiburkan kancah BPL. Dulu aku ingatkan Moyes boleh jadi modal hiburan. Namun jodohnya dengan BPL tidak panjang. Ciaaaan..

Perlawanan terkhir untuk aksi ke-21 ini adalah antara Spurs dan Leicester. Jika Spurs menang, maka mereka akan menghampiri Arsenal. Jika Leicester menang pula, maka Arsenal tidak akan semakin selesa di persada liga. Tidak dapat dipastikan sama ada Jamie Vardy dapat turun beraksi dalam perlawanan ini. Jika tidak, Leicester yang sudah gagal menjaringkan gol dalam 3 perlawanan terakhir mereka ini akan menemui kesukaran apabila bertandang ke White Hart Lane.

Namun apa yang pasti Harry Kane sudah tentu akan membuat kemunculan. Kane yang ada sekarang bukanlah Kane yang wujud pada awal musim ini yang selalu tidak berfungsi di atas padang dan sering gagal menjaringkan gol. Walaupun agak lambat mendapat sentuhan gol, Kane sudah menjaringkan 11 gol dalam kesemua 20 penampilan liganya setakat ini.  Dia (Kane) tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. Sebagai contoh Lewanbenteke yang lembab di dalam kotak penalti.

Apa dia abang kakak? Chelsea? Ya ada...mestilah ada..

Pasukan Chelsea pula seperti biasa akan bermain dengan penuh tertib dan berhati-hati apabila dijadual menentang West Brom Albion dalam pertemuan yang heboh dilabelkan sebagai MINGGU KEBANGKITAN CHELSEA.

Jikalau Chelsea menang kita perlu eksyen dan berlagak. Jikalau kalah pula, kita sambung kutuk JDT. Simple.

Friday, August 7, 2015

Bola Sepak Inggeris Menyatukan Seluruh Umat Malaysia.


Seperti tajuk di atas, Bola Sepak Inggeris Menyatukan Seluruh Umat Malaysia - yang mana minggu ini akan bermulanya satu lagi musim yang penuh mengujakan buat kita semua. Kita mahu melihat sejauh mana pasukan kegemaran masing-masing beraksi musim ini. Bolehkah Chelsea mempertahankan kejuaraan liga dengan aksi pra-musim mereka yang goyah dan tidak melakukan pembelian besar-besaran seperti Manchester-Manchester dan juga Liverpool?

Melihat kepada kisah pra-musim ini sahaja aku berasa kurang yakin kepada Chelsea. Pertemuan pertama menentang Swansea juga wajib dipandang serius. Swansea sememangnya pasukan yang sudah berkembang baik dari satu musim kepada satu musim. Kekalahan Chelsea pada perlawanan pembukaan ini hanya akan membawa malu kepada warga The Blues. Ini kerana belum pernah dalam sejarah 23 musim liga perdana, penyandang juara tewas dalam perlawanan pembukaan (menang 20 dan seri tiga). Namun perlu diingat Swansea inilah pasukan yang menewaskan Manchester United dalam perlawanan pembukaan musim lepas yang mana ia pertama kali berlaku kepada pasukan Syaitan Merah tersebut sejak musim 1972/73. Naik risau pula bila memikirkannya.

Minggu pertama Liga Perdana Inggeris akan dimulakan dengan perlawanan blockbuster antara Manchester United dan Spurs. Manakala penutup tirai minggu ini ialah pertemuan antara West Brom dan Manchester City. Kita cukup tahu bagaimana persediaan kedua pasukan Manchester ini. Menyebut nama Raheem Sterling dan Fabian Delph sahaja boleh ternganga mulot. Belum lagik kita petik nama Darmian, Memphis Depay, Schweinsteiger, Schneiderlin mahupun Si Pandir Romero. Mahu basah spender dibuatnya. Mungkin inilah ciri-ciri sebenar pasukan juara. Kahkahkah...

Liverpool pula akan menjadi pelawat kepada Stoke City. Kita masih misteri sama ada pasukan Liverpool pada tahun ini mampu memberikan saingan selepas secara rasminya akan hidup berdikari tanpa kehadiran kapitan Gerrard buat pertama kali selepas bertahun-tahun dikaburi susuk figura Anfield tersebut. Kalau kita lihat jumlah wang yang dibelanjakan Liverpool untuk pemain baru memanglah dahsyat. Tapi itu semuanya tidak berguna kalau tidak disulami dengan kejayaan comel molek.

Sebuah lagi pasukan elit dari London iaitu Arsenal akan beradu tenaga dengan pasukan West Ham bimbingan Slaven Bilic. Secara peribadi aku merasakan Arsenal adalah pasukan yang perlu dipandang serius untuk musim ini. Seperti biasa juga pada awal musim Arsenal kelihatan cukup sempurna untuk menjulang kejuaraan Liga. Jika persembahan pra-musim dikekalkan, tidak mustahil Arsenal mampu memberi keceriaan kepada pencinta The Gunners pada hujung musim kelak dan bukannya hanya pelengkap ahli wakil pasukan dari England dalam Champions League.

Ingatlah, Bola Sepak Inggeris Menyatukan Seluruh Umat Malaysia.


Posted via Blogaway

Saturday, October 25, 2014

Seni Bola Sepak Hujung Minggu Ada Di Sini.


 Seni Bola Sepak Hujung Minggu Ada Di Sini.

Ramai yang menyangka prestasi pasukan Southampton akan menjunam musim ini selepas berduyun-duyun pemain utama mereka keluar daripada kelab (ada di antara mereka yang kini bermain dengan pasukan Kasta Ke-3 dalam Liga Perdana Inggeris). Namun tidak ramai yang percaya mereka berjaya menduduki tangga ke-3 liga selepas berakhirnya lapan perlawanan musim ini. Sekiranya momentum ini berjaya dikekalkan sehingga akhir musim, The Saints akan menjadi pasukan pertama yang berjersi belang berjaya menamatkan musim di kedudukan empat pasukan teratas selepas kali terakhir berjaya dilakukan oleh Newcastle pada musim 2002-2003. Sesuatu keterujaan buat penyokong Southampton yang tidak terdapat di Tanah Melayu.

Sungguh tidak adil sekiranya aku mengatakan Southampton tidak akan berjaya mengulangi kehebatan mereka minggu lepas. Kejayaan melaukkan Sunderland 8-0 mungkin akan diteruskan ke atas Stoke City pula, pasukan yang berada di tangga ke -10 liga. Jika bukan lapan gol pun, pasukan asuhan Ronald Koeman ini tidak berhadapan sebarang masalah untuk mengekalkan keupayaan mengutip tiga mata apatah lagi beraksi di hadapan penyokong sendiri. Kelebihan yang akan banyak mempengaruhi keputusan dalam perlawanan ini.

Southampton juga pada perlawanan ini akan turun tanpa masalah kecederaan utama dengan hanya James Ward-Prowse, Sam Gallagher dan Jay Rodriguez yang tidak dapat beraksi dalam misi mencari kejayaan sulong menewaskan Stoke City sejak kembalinya mereka ke kancah utama liga Inggeris. Empat pertemuan terakhir kedua pasukan ini juga berakhir dengan keputusan seri. Jadi sebenarnya masih juga terlalu awal untuk kita memilih Southampton sebagai pemenang dalam laga ini.

Stoke City pula musim ini memulakan kempen mereka dengan aksi turun naik. Minggu lepas mereka menumpaskan Swansea City 2-1 sekaligus mengekalkan rekod menang dua perlawanan berturut-turut di tempat sendiri yang mana sebelum itu mereka tumpas kepada Aston Villa dan Leicester di Britannia pada permulaan musim ini. Menentang pasukan Southampton sebenarnya memerlukan Mark Hughes memerah akal memikirkan taktikal terbaik untuk menewaskan pasukan yang sedang berada pada prestasi terbaik ketika ini.

Tumpukan perhatian kita kepada pemain Southampton seperti Pelle, Tadic, Cork, Schneiderlin dan Bertrand. Manakala di pihak Stoke City pula kelibat Begovic, Shawcross, Moses dan Crouch wajar diberi perhatian. Kerana mereka semua inilah yang akan mempersembahkan seni bola sepak hujung minggu. Sedetik gerakan daripada pemain-pemain ini mampu mengubah keputusan perlawanan dalam sekelip mata sahaja.

Selain daripada perlawanan agung yang menemukan antara pasukan kegemaran ramai, Manchester United dengan pasukan yang penuh rendah diri dan berjiwa santun, Chelsea - kita juga akan disajikan dengan beberapa pertembungan berbentuk hiburan hujung minggu. Antaranya ialah Liverpool menjadi tuan rumah kepada pasukan Hull City selepas pasukan Brendan Rogers ini dimalukan oleh Real Madrid pada pertengahan minggu yang lalu. Berjayakah Liverpool memadamkan mimpi ngeri tersebut? Entahlah.

Manchester City pula masih dalam cubaan untuk memintas Chelsea apabila bertandang ke Bolelyn Ground untuk menanti kejutan daripada pasukan West Ham yang ketika ini dipimpin Sam Allardyce secara steady di tangga ke-4 liga. Arsenal pula bertembung dengan pasukan Sunderland yang masih terluka dengan kekalahan 8-0 kepada Southampton minggu lepas. Kalau Arsenal tak boleh jugak nak kalahkan Sunderland, elok tutup jelah pasukan tu.

Friday, October 17, 2014

Berdoalah Untuk Kesejahteraan Tiang Bendera Penjuru Padang



Lupakan perihal tak bertamadun isu 130 keping tiket. Lupakan perangai burok anak raja sanjungan negeri selatan tanah air yang menyepak tiang bendera. Tertanya-tanya juga aku apalah dosa tiang tersebut. Lupakan segala perkara tentang liga syok sendiri. Ini kerana minggu ini kita akan kembali disajikan dengan liga penjajah yang berkualiti tinggi selepas berehat selama hampir 2 minggu.

Aksi pembukaan minggu ini akan menemukan antara pasukan Manchester City dengan Spurs. Manchester City yang dalam usaha mengejar pasukan di puncak liga iaitu Chelsea sangat mengharapkan kejayaan dalam pertemuan ini. 3 mata adalah sasaran mereka. Bahagian serangan pasukan Manchester City mungkin tidak berdepan masalah besar apabila Sergio Aguero dan Edin Dzeko dijangka akan diturunkan selepas masing-masing kembali dari tugasan antarabangsa. Dzeko juga cemerlang ketika beraksi bersama Bosnia dan mungkin akan menjaringkan gol sekali lagi dalam masa seminggu. Cuma bahagian tengah mereka mungkin sedikit pincang apabila Yaya Toure tidak dapat diturunkan dalam perlawanan ini. Tempatnya mungkin akan diambil alih oleh Frank Lampard. Jika Sapik Rahim adalah anugerah tuhan kepada peminat bola sepak Malaysia. Lampard pula adalah anugerah tuhan kepada seluruh peminat bola sepak England. Begitulah POWERnya bekas pemain Chelsea ini yang mempunyai sentuhan amt tajam apabila berada di hadapan gol.

Mauricio Pochettino ketika ini pening dengan prestasi semasa pasukannya apabila hanya mampu menjaringkan 4 gol dalam 5 perlawanan liga mereka. Walaupun begitu Emmanuel Adebayor masih menjadi pilihan bookie bola sepak untuk menjaringkan gol buat pertama kalinya sejak kali terakhir melakukannya pada bulan Ogos. Dalam masa yang sama juga pendukung pasukan Spurs masih boleh tersenyum lebar dengan prestasi semasa Nacer Chadli yang setakat ini telah menjaringkan 5 gol dalam 7 perlawanan liga. Di samping beliau juga hadir Christian Eriksen yang beraksi cemerlang setakat awal musim ini serta dalam pemburuan menjaringkan gol ketiganya buat Spurs.

Mungkin akan ada sedikit saingan daripada pasukan Spurs. Namun sekiranya Manchester City mula menjaringkan gol, pasukan dari London itu akan tenggelam dan terus hanyut.

Selepas itu kita akan dihidangkan dengan pertarungan menarik melibatkan pasukan yang bermasalah dengan deretan kecederaan pemain iaitu Arsenal menentang Hull City. Satu-satunya pasukan yang belum tewas musim ini iaitu Chelsea, merantau ke Selhurst Park untuk bertemu Crsytal Palace. Southampton yang kini di tangga ketiga liga akan menerima kunjungan Sunderland bagi mencari kemenangan pertama selepas kedua pasukan seri sesama mereka dalam 3 perlawanan sebelum ini. Manakala Swansea bertemu Stoke City yang setakat ini kebal dalam 3 aksi di Britannia.

Perlawanan penutup aksi Liga Perdana Inggeris minggu ini akan melibatkan pasukan yang tidak akan bermain di pertengahan minggu. West Brom akan menunggu kunjungan Manchester United dengan Saido Berahino pastinya menjadi tumpuan utama pada laga ini. Saido Berahino telahpun menjaringkan 6 gol setakat ini dengan 5 daripadanya dijaringkan di Hawthorns. Berdasarkan statistik tahyul pula The Baggies hanya berjaya menang 2 perlawanan sahaja ketika mereka turun bermain pada hari Isnin. Tahyul yang akan memberikan sedikit harapan buat pemuja syaitan merah.

Selain itu Manchester United juga tidak perlu bimbang dengan ketiadaan Wayne Rooney kerana masih memiliki Van Persie, Falcao dan Di Maria untuk merobek gawang The Baggies yang dikawal kemas oleh Ben Foster. Robin van Persie juga mempunyai rekod yang baik ketika berdepan dengan WBA apabila meledak 4 gol dan membantu 2 jaringan gol dalam 7 pertembungan. Macam mana Manchester United? Boleh dapat 3 mata? Aku optimis Manchester United boleh dapat 3 mata dalam perlawanan ini. Tetapi aku lagik yakin selepas perlawanan tu kita takkan dapat lihat Van Gaal terajang 'corner flag'. Gila apa buat perangai budak-budak macam gitu? Heh!!

Friday, November 1, 2013

BPL 2013/14: Newcastle United vs Chelsea FC



Newcastle United vs Chelsea FC
November 2, 2013 8:45 PM MYT
St. James' Park — Newcastle-upon-Tyne
Referee:‬ L. Mason‎

Zafdol Darham peminat setia pasukan Chelsea. Hari ini dia bangun pagi. Setelah menggeliat dua tiga nafas, separuh rokok lemau yang ditinggalkannya semalam dicapai. Lalu dinyalakannya menggunakan ligther yang dicuri daripada kedai nasik lemak janda Lopa. 

Puussssssssssss...pussssss...asyik sungguh perasaan ini apabila asap melalui rongga-rongga dada. 

Tiba-tiba lamunan Zafdol Darham terhenti. Dari luar rumah, sayup-sayup terdengar suara jirannya bertempik kerana ayam dimakan ular sawa. Ini petanda yang baik untuk memulakan hujung minggu yang penuh dengan perlawanan bola sepak daripada seluruh pelusuk dunia. Lantas Zafdol Darham bangun mencapai tuala dan melangkah ke dapur. Pintu bilik mandi ditutup rapi.

Kecebusssh...kecebusssssh...sejuk air membasahi kepala Zafdol Darham. Ketika bermandi-manda, sempat Zafdol Darham melakukan analisis bola sepak serba ringkas.

Chelesea baru sahaja menewaskan Arsenal pada pertengahan minggu yang lalu. Dan sabtu ini dijangka Newcastle pula akan menjadi mangsa seterusnya. Rekod 5 kemenangan berturut-turut dalam 3 kejohanan berbeza akan berjaya Chelsea kekalkan. Zafdol Darham yakin.

Chelsea bukan seperti pasukan Arsenal. Arsenal seperti biasa akan meneruskan rutin tahunan mereka dengan hanya mampu mencium bau piala saja. Macam 3 Abdul, hanya dapat bau makanan tanpa dapat mengusik dan menjamah. Kenyang ke? Piala Capital One dah terlepas, Abdul Ozil pulak tergelincir. Dapat bau saja. Abdul Ramsey? Abdul Wenger? 

Tapi lawan Arsenal minggu ini ialah lawan yang berkongsi otak dengan mereka, iaitu Liverpool. Jadi, dalam masa yang sama juga Zafdol Darham tak berharap Liverpool boleh menang dan menjadikan Arsenal lauk. Jauh disudut hati Zafdol Darham tetap yakin dan percaya hanya Chelsea yang boleh 'memberi bau' kepada Arsenal, Liverpool mahupun Manchester City musim ini. 

Manchester United? Zafdol Darham tidak berminat untuk bermonolog tentang pasukan pertengahan liga tersebut. Mandi lagi best!!!

Friday, October 25, 2013

BPL 2013/14: CHELSEA vs MANCHESTER CITY



"Tepi semua, tepi!! Aku nak tengok bola!! Tukar channel, tukar channel!!" - jerit seorang penyokong yang pasukannya kini menduduki tangga ke-8 Liga Perdana Inggeris.

Aku dari jauh hanya tersenyum melihat perlakuan kurang siuman kutu tersebut. Mestilah jadi tak siuman. Almaklum sajalah pasukan yang disanjung terperosok di pertengahan liga. Kata-kata 'King of Comeback' sudah amat jarang didengar. Yang ada cuma 'Moyes Out'.

Mamak yang mungkin sedar akan kepentingan menjaga hati penyokong pasukan 'mid-table' tidak banyak membantah. Ditukarnya siaran tivi dari Akademi Fantasia kepada perlawanan Manchester - Stoke. Aku yang tengah sedap menengok Aisyah Aziz tergelek-gelek atas pentas sedikit terganggu.

Aku tak ambil pusing dengan apa yang sedang terjadi di kaca tivi tersebut selepas siarannya ditukar kepada perlawanan bola sepak pelengkap jadual. Aku lebih fikirkan tentang aksi Chelsea bertemu Manchester City.

Eden Hazard bagi aku ketika ini sedang berada pada kemuncak prestasi. 4 gol dalam 3 penampilan terakhir bersama Chelsea membuktikan segala-galanya. Menentang City yang berkemungkinan akan menurunkan kembali kapitan Kompany nanti akan menguji karekter sebenar anak buah Mourinho. Inilah cabaran yang perlu dilalui dengan tabah untuk bergelar juara liga. Walaupun masih jauh, tapi amat penting untuk memungut seberapa banyak mata menjelang krismas nanti.

"Sialllll!!!!!!!!!!!" - sekali lagi kutu tadi menjerit selepas cubaan lemah Van Persie hanya mampu melewati palang gol.

Menggeleng aku sambil membaca zikir terapi jiwa. Aku dapat rasakan peluang Chelsea untuk mengalahkan Manchester City di Stamford Bridge amat cerah. Chelsea memiliki kelebihan rehat selama satu hari berbanding Manchester City. Manakala City pula perlu mengharungi perjalanan ke London selepas aksi yang memenatkan di Russia menentang CSKA Moscow.

Torres sudah kembali muda. Oscar, Ramires, Willian dan Luiz membentuk gabungan samba penuh bergaya dari Brazil. Ryan Bertrand pula aku tengok steady jek menggantikan Cole yang tercedera. Lain-lain pemain bagi aku tiada masalah. Dua gol dari Chelsea sudah cukup untuk membuatkan Manchester City pulang hampa. 

Monday, August 26, 2013

Prebiu: Manchester United vs Chelsea FC



Jangan buat-buat lupa dengan gambar di atas. Detik yang sama akan berulang lagi awal pagi esok. Mungkin dengan pemain yang berbeza. Arggghhh..persetankan siapa yang akan menjaringkan gol untuk Chelsea nanti. Apa yang penting dan muktamad ialah Chelsea akan memungut 3 mata penuh di Old Trafford.
 
Romantisnya ketibaan Moyes dalam perlawanan pertamanya di Old Trafford musim ini akan dibalas dengan kebijaksanaan Mourinho mencorak strategi memalukan pasukan Syaitan Merah tersebut. Mourinho tidak akan menggunakan sebarang helah murahan seperti bermain pawang ataupun santau kerana ia nescaya tidak akan berkesan ke atas pasukan yang turut mengamalkan ajaran songsang itu. Almaklumlah...Red Devils.
 
Lupakan satira klasik Wayne Rooney buat seketika. Nasihat ikhlas saya buat seluruh peminat setia pasukan Arsenal, Liverpool, Spurs mahupun Man City, bangkitlah kamu pada waktu sepertiga malam nanti dan bukalah televisyen. Kamu akan dapat menyaksikan perlawanan bukan sekecil bilis kerana dua pasukan terbilang musim ini akan menghiburkan lara hati kamu semua.
 
Namun seperti biasa hanya satu pasukan sahaja yang kekal agung berdiri sebagai pemenang. Siapa lagi kalau bukan CHELSEA?
 
Ramalan: Manchester United 1 - 3 Chelsea FC.
 
Head to Head (5 games)
 
England - Premier League ‎(EPL)
May 5, 2013
Manchester United 0 - Chelsea FC 1
 
England - FA Cup ‎(FA)
Apr 1, 2013
Chelsea FC 1 - Manchester United 0

England - FA Cup ‎(FA)
Mar 11, 2013
Manchester United 2 - Chelsea FC 2

England - Capital One Cup (League Cup) ‎(CCUP)
Nov 1, 2012
Chelsea FC 5 - Manchester United 4

England - Premier League ‎(EPL)
Oct 29, 2012
Chelsea FC 2 - Manchester United 3
 

Tuesday, May 28, 2013

Juara Liga Serata Eropah

Berikut adalah senarai JUARA LIGA SERATA EROPAH

BUNDESLIGA - BAYERN MUNICH



TURKISH SUPER LIG - GALATASARAY.






SERIE A - JUVENTUS.





BARCLAYS PREMIER LEAGUE - MANCHESTER UNITED




LIGUE 1 - PARIS SAINT GERMAIN




EREDIVISIE - AJAX AMSTERDAM




LA LIGA - BARCELONA




Portuguese Premier League - F.C Porto


 

Saturday, November 17, 2012

Fokus Bola Eropah 2012




Bundesliga
FC Nürnberg vs FC Bayern München

17 November 2012: 10.30 PM.

Nurnberg bukanlah lawan sebenar Bayern jika diambil kira kekuatan di atas kertas. Tewas minggu lepas kepada Mainz 2-1 minggu lepas, malam ini pasukan Dieter Hecking akan mengalami sedikit perubahan dalam kesebelasan utama untuk memperbaiki kedudukan ke-16 liga mereka. Sementara itu Bayern Munich masih lagi memegang rekod pertemuan dengan Nurnberg di Bundesliga yang mana mereka tidak pernah kalah sejak perlawanan ke- 20 pada musim 2006-07 season, yang mana mereka ketika itu tewas 3-0 di tempat lawan.


Dengan hanya Boateng yang berada dalam senarai kecederaaan, semakin pasti Van Buyten akan berpasangan dengan Badstuber di bahagian pertahanan tengah. Manakala posisi tengah pula Bayern akan mempetruhkan Luiz Gustavo menggantikan Javi Martinez yang masih kepenatan selepas perlawanan persahabatan Sepanyol menentang Panama tempohari. Toni Kroos akan bergandingan dengan Mario Mandzukic di barisan serangan untuk merobek gawang Nurnberg.


Pemain Fokus:

Raphael Schäfer
Raphael Schäfer
POSITION:Goalkeeper
SQUAD NUMBER:1
GAMESGOALSYCRC
8010
Franck Ribéry
Franck Ribéry
POSITION:Midfielder
SQUAD NUMBER:7
GAMESGOALSYCRC
7310



Ramalan: 

FC Nürnberg 0 - 3 FC Bayern München





Barclays Premier League
West Bromwich Albion vs Chelsea FC
November 17, 2012 11:00 PM


Setakat ini Steve Clark melakukan kerja yang baik di WBA. Namun malangnya mereka tidak boleh menurunkan Lukaku pada pertemuan ini kerana syarat-syarat pinjaman dalam kontraknya. 'The Baggies' juga akan turun tanpa Ben Foster. Manakala Chelsea juga turut akan kehilangan aksi John Terry dan Frank Lampard yang masih lagi mengalami kecederaan. Namun sedikit berita baik apabila David Luiz dan Ashley Cole dijangka pulih pada masanya dan akan beraksi pada perlawanan ini.


Ramalan: 

West Bromwich Albion 0-2 Chelsea FC




Serie A
Juventus  vs Lazio
November 18, 2012 1:00 AM


Juventus akan melayan kunjungan Lazio tanpa pemain terbaik mereka Anrea Pirlo. Berdasarkan rekod pertemuan yang lepas, sememangnya Juventus memiliki banyak kelebihan. Lazio tidak pernah menang dalam 15 percubaan mereka menentang Juventus. Berdasarkan persembahan semasa juga Juventus yang menerajui Serie A ketika ini akan pasti dapat menewaskan Lazio yang berada di tangga ke-5 liga.

Ramalan:

Juventus 2-0 Lazio





La Liga
Real Madrid CF vs 
Athletic de Bilbao

November 18, 2012 5:00 AM


Real Madrid duo Cristiano Ronaldo dan Mesut Ozil disahkan cergas untuk pertemuan menentang Athletic Bilbao selepas pulih dari kecederaan ketika bertemu Levante hujung minggu lalu. Sami Khedira (paha) dan Karim Benzema (pangkal paha) telah kembali berlatih dan disahkan akan beraksi bagi pertembungan ini, tetapi Gonzalo Higuain dan Marcelo masih diketepikan.

Manakala Athletic pula akan turun tanpa perkhidmatan pemain tengah mereka Ander Herrera dan Oscar de Marcos, yang kedua-duanya digantung. Selain itu, Inigo Perez dan Borja Ekiza juga masih lagi dengan masalah kecederaan buku lali dan mungkin tidak dapat diturunkan.


Ramalan:


Real Madrid CF 4-0 Athletic de Bilbao

Thursday, October 18, 2012

EP4 Fokus Bola Eropah 2012:Tottenham vs Chelsea FC





Barclays Premier League
Saturday, October 20, 2012
Tottenham vs Chelsea FC

7:45 PM MYT

Salam Chelsea Chelsea!!!!Wow!!!Di celah-celah kemeriahan bolasepak Melayu, muncul satu perlawanan agung iaitu London Gadoh. Spurs dengan perasaan riak-riak ayam menanti ketibaan rombongan Chelsea yang tenang menyahut seruan umat London. Chelsea adalah pasukan Agong London mengatasi lain-lain kelab seperti Arsenal, QPR mahupun West Ham. Chelsea akan menjadikan pertemuan menentang Spurs ini sebagai aksi tambahan pemanas badan bagi persediaan untuk perlawanan akan datang yang lebih penting lagi.
 
 


 
Pertembungan RDM dan AVB merupakan sesuatu yang menjadi impian setiap wanita di London. Sama ada lelaki botak, atau yang berambut lebat yang lebih bijak, semuanya akan terjawab selepas tamat 90 minit permainan. Namun yang pasti AVB bukanlah Harry Redknapp yang sangat bergeliga otaknya. Kekurangan kemahiran berpikir dengan pantas menyebabkan AVB akan menangis teresak-esak melihat Spurs tumbang di hujung kuku Chelsea.
 
 
 
 
 
 
Tidak perlu takut pada Demsey. Beliau bukannya Modric ataupun Safiq Rahim. Apa yang akan Chelsea lakukan nanti adalah menghantar si Obi Mikel untuk menjahanamkan buku lali Demsey. Selepas itu pergaduhan akan tercetus seperti di bawah ini.
 
 
 
 
Buat peminat Chelsea sekalian, janganlah anda berasa gusar. Kemenangan pasti milik kita semua. Kita ada Petr Cech (bukan Petr North), abang perkauman John Terry dan Lampard si tua mantap. Pemain muda kita pula antara yang TERPALING HEBAT di dalam saingan BPL pada ketika ini. Sebut sahaja nama Eden Hazard, berlari aweks-aweks dari Rombau hingga ke London menjerit-jerit nama beliau. Itu belum termasuk Oscar dengan wajah jambunya bisa membuat anak dara Stone Cold jatuh cinta. Selamat tinggal era Justin Bibir....
 
 
 
 
Kemenangan Mutlak Milik Chelsea. TAKBIIIIIRRRR
 

Tuesday, September 25, 2012

BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan



Salam Haji yang bakal tiba..setelah hampir sebulan liga bolasepak Eropah bermula, sudah mula kedengaran sayup-sayup dari jauh suara pekikan dan lolongan dari peminat bolasepak di Malaysia. Seperti yang kita semua ketahui, rakyat Malaysia begitu minat dengan bolasepak Eropah terutamanya dari England. Adakah ini semua dek kerana negara kita adalah bekas jajahan British yang maha loghat perangainya itu? Kenapa kita tidak meminati Liga Jepun dan Portugal seperti asyiknya kita menonton aksi 'diving' pemain-pemain Manchester United di dalam kotak penalti? Persoalan ini juga saya letakkan dalam kepala otak anda semua kerana pilihan jawapan ada pada kamu.



Di Malaysia ini boleh dikatakan penyokong Liga Inggeris adalah yang terpaling ramai. Payah kita nak melihat atau mendengar anak muda bergaduh bercerita tentang hancur lodohnya ketika ini pasukan AC Milan. Atau apakah konflik sebenar dalam pasukan Real Madrid? Jarangya sama seperti kita mendengar lelaki berkahwin empat. Jarang-jarang...Jikalau adapun yang bercerita bolehlah dikatakan 20% sahaja dari tajuk perbualan topik bolasepak harian mereka. Bayangkan pemain Liga Perdana Inggeris seperti Michu pun boleh menjadi tajuk perbualan, sedangkan aksi cemerlang Mandzukic langsung tak terkeluar dari molot mereka semua. Itulah dahsyatnya penangan BPL ini.


Apa yang lebih menarik juga, kita semua bukan sahaja mengetahui siapa isteri dan aweks pemain bolasepak BPL, malahan juga mengetahui nama pengadil yang saban minggu membuat aksi-aksi sarkis di tengah padang. Kita juga turut mengetahui pasukan kegemaran pengadil tertentu dan hal seperti ini sudah pasti menjadi isu besar sekiranya berlaku keputusan yang mencurigakan di atas padang. Perkara seperti ini amat berbeza di Malaysia. Kita hanya mula mengenali seseorang pengadil itu selepas beliau ditangkap akibat rasuah. Ini pun boleh dikira suci daripada ditangkap akibat khalwat dengan isteri orang. Eh, itu bukan pengadil ek??? Itu penjada gol kebangsaan ek?Ek?Ek?



Permainan cantik? Itu mungkin jawapan yang kurang tepat. Yang adapun pasukan yang bermain cantik di BPL sekarang ini sudah 7 tahun kempunan piala. Kempunannya mereka bagaikan unta padang pasir yang dahagakan air zam-zam. Tidak seperti Barcelona dan Real Madrid yang bermain cantik seiring dengan kejayaan yang mereka perolehi. Manakala pasukan paling bersejarah di England pula hanya gah dengan kejayaan silam mereka dan masih yakin mampu buat 'comeback' dari ketinggalan 3 gol. Inilah antara mimpi indah yang tak kesampaian dan kadangkala ia boleh menjadi bahan ejekan rakan sepermainan yang bercakap ikut sedap 'molot' ajek. Jangan sampai ada yang jadi tajuk depan Harian Metro sudahlah...



Selain itu ada juga 'molot-molot' sumbang yang bangga dengan kejayaan mereka selepas pasukan 'kesayangan' dibeli oleh saudagar arab lalu membiaklah secara tiba-tiba puak biru cair di arena bolasepak BPL tempatan. Saya tidak marahkan mereka sekiranya umur mereka adalah sekitar 7 ke 12 tahun. Tetapi yang menjadi pelik adalah jika umur mereka adalah 20 tahun ke atas. Celah mana 'pulok' mereka semua menyorok ketika Darius Varsell dan Paul Dickov mula mencari keserasian di antara mereka? Atau kenalkah puak biru cair ini kepada Ali Benarbia dan Marc-Vivien Foe? Jika tidak kenal, maka serupalah mereka semua ini seperti peminat hoki menonton sukan kayak. Tiada faedah, tiada hasil.



Kita tidak boleh dipaksa atau memaksa seseorang itu untuk memilih pasukan kegemaran masing-masing. Namun kita boleh membuat pilihan bijak supaya tidak nampak sangat kebodohan yang ada pada diri kita. Dimanakah letaknya maruah jika menang sesuatu perlawanan hanya atas ehsan pengadil? Apakah makna indahnya permainan bolasepak jika saban musim hanya mampu menjadi pelengkap 'big 4'? Apa sangatlah yang ada pada kejayaan sejarah silam sedangkan ia hanya layak mejadi tontonan di History Channel? Seronok sangatkah menjadi pasukan kaya raya yang dibenci?


Jika anda semua menghayati hasil tulisan diatas, ia merupakan secebis sindiran dan cacian halus yang mungkin boleh meninmbulkan pergaduhan. Pergaduhan yang berpanjangan. Pertengkaran molot yang tiada penamatnya. Jika tidak mahu 'dihanjeng-hanjengkan', maka berlalulah kamu pergi menyokong Liga Samoa. Sebab itulah entri kali ini bertajuk BPL: Epik Pergaduhan Yang Tiada Kesudahan.




Friday, September 9, 2011

This week Football on ASTRO

Astro Super Sport Match Fixtures (Channel 811)


Bundesliga 2011/12

10 Sept 0225 FC Augsburg vs Bayer Leverkusen [Live]

11 Sept 0900 Werder Bremen vs Hamburg SV [Delayed]

11 Sept 2125 FC Koln vs Nuremberg [Live]

12 Sept 1000 Borussia Dortmund vs Hertha BSC Berlin [Delayed]

12 Sept 1520 VfL Wolfsburg vs FC Schalke 04 [Delayed]

La Liga 2011/12

11 Sept 0000 Real Sociedad vs Barcelona [Live]

11 Sept 0155 Real Madrid vs Getafe [Live]

11 Sept 0355 Valencia vs Atletico Madrid [Live]

11 Sept 2355 Osasuna vs Sporting [Live]

12 Sept 0155 Racing Santander vs Levante [Live]

12 Sept 0355 Espanyol vs Athletic Bilbao [Live]

Barclays Premier League 2011/12

10 Sept 2155 Arsenal vs Swansea [Live]



Astro SuperSport 2 Match Fixtures (Channel 816)

French Ligue 1 2011/12

11 Sept 1020 AS Saint Etienne vs LOSC Lille [Delayed]

11 Sept 2255 Montpellier vs OGC Nice [Live]

12 Sept 1300 PSG vs Stade Brestois 29 [Delayed]

Italian Serie A 2011/12

10 Sept 1030 AC Milan vs Lazio [Delayed]

11 Sept 1210 Cesena vs Napoli [Delayed]

11 Sept 1825 Juventus vs Parma [Live]

11 Sept 2055 AS Roma vs Cagliari [Live]

12 Sept 1500 Palermo vs Inter Milan [Delayed]



Scottish Premier League 2011/12

10 Sept 1925 Dundee Utd vs Rangers [Live]

13 Sept 1740 Celtic vs Motherwell [Delayed]

Dutch League 2011/12

13 Sept 1550 Heracles vs Ajax Amsterdam [Delayed]



Astro SuperSport 3 Match Fixtures (Channel 817)

Barclays Premier League 2011/12 (Live)

SAT 10-Sep 21:30 Manchester City vs Wigan Athletic

SUN 11-Sep 00:30 Bolton Wanderers vs Manchester United

SUN 11-Sep 03:00 Wolverhampton Wanderers vs Tottenham Hotspur [Delayed]

SUN 11-Sep 22:00 Fulham vs Blackburn Rovers

Brazillian Championship 2010/11 (Live)

SUN 11-Sep 18:45 Santos vs Cruzeiro [Delayed]

MON 12-Sep 02:55 Fluminense vs Corinthians

SUN 18-Sep 04:55 Sao Paulo vs Ceara

MON 19-Sep 02:55 Corinthians vs Santos



ESPN Match Fixtures (Channel 812)

Barclays Premier League 2011/12 (Live)

SAT 10-Sep 21:55 Sunderland vs. Chelsea

SUN 11-Sep 20:25 Norwich City vs. West Bromwich Albion

TUE 13-Sep 02:54 Queens Park Rangers vs. Newcastle United

Star Sports Match Fixtures (Channel 813)

Barclays Premier League 2011/12 (Live)

SAT 10-Sep 21:55 Stoke City vs. Liverpool

SUN 11-Sep 01:00 Arsenal vs. Swansea City (Delay)

Sunday, July 17, 2011

Awas Singapore!!Kami ada double 'S'



Charlie Adam menjaringkan gol debut pertama untuk Liverpool sebagai hadiah buat Kenny Dalglish bagi Liverpool memenangi satu lagi perlawanan persahabatan dengan keputusan 6-3.

Adam, bernilai £ 6,75 juta yg ditandatangani dari Blackpool, telah diletakan di bahagian tengah bersama-sama dengan Jay Spearing, Raul Meireles dan Conor Coady, dengan Andy Carroll di hadapan Joe Cole dalam serangan.


Mohammad Safiq Rahim menyamakan kedudukan dengan sepakan percuma cantik selang lima minit sebelum tamat separuh masa pertama.


Liverpool membuat 11 penggantian pada waktu rehat dan selepas 68 minit David Ngog menjaringkan gol berikut kelemahan pertahanan Malaysia. Pemain perancis tersebut menambah gol keduanya sebentar kemudian dalam satu gerakan serangan balas. Maxi Rodriguez menjadikannya 4-1 pada minit ke-76.

Rajagobal kemudiannya mengeluarkan Chanturu dengan memasukan Amirulhadi serta membawa masuk Safee Sali. Kemasukan Safee Sali meberikan sedikit sengat di bahagian serangan dengan beliau berjaya menjaringkan dua gol dalam masa 5 minit. Sekaligus meletakkan tuan rumah kembali dalam persaingan dengan kedudukan 3-4.


Gerakan cantik dari sebelah kanan oleh Amirulhadi.



Through pass menarik dari Rizal Fahmi terus mencari Safee Sali

Maxi kemudian menjaringkan gol kedua peribadinya di saat-saat akhir dan Dirk Kuyt menjaringkan gol keenam untuk keputusan akhir 3-6.

Riise ke Fulham : Liverpool beli Doni


Liverpool akhirnya telah mengumumkan menandatangani penjaga gol Brazil Alexander Doni dari Roma (Gambar di atas).

Kelab Liga Perdana itu belum mengeluarkan apa-apa lagi butiran mengenai kontrak pemain tesebut, tetapi telah mengesahkan persiapan pemindahan perubatan.

Liverpool telah mengejar pemain berusia 31 tahun itu, yang mempunyai 10 caps antarabangsa, bagi kebanyakan musim panas untuk mendapatkan pemain yg lebih berpengalaman pengganti pilihan pertama Kenny Dalglish untu Jose Reina.

Sesuatu kenyataan yang ringkas di laman web rasmi mereka: "Liverpool hari ini mengesahkan mereka telah selesai menandatangani Alexander Doni dari AS Roma

Sementara itu, Fulham telah selesai menandatangani Norway pertahanan John Arne Riise dari Roma.

"Saya tahu bahawa kelab itu bercita-cita tinggi, dan terus membuat kemajuan yang baik setiap tahun, di bawah bimbingan pengerusi Mohamed Al Fayed. Saya tidak sabar untuk bekerja dengan Martin Jol dan lain skuad apabila saya melaporkan untuk latihan minggu depan . "

Jol percaya berusia 30 tahun itu akan membuktikan suatu tambahan yang berharga untuk skuad di Craven Cottage.

"John Arne Riise yang mempunyai pengalaman antarabangsa akan membawa beberapa kualiti kepada skuad kami dan menyediakan lebih banyak pilihan bagi saya," kata Jol.

"Dia adalah digunakan untuk melaksanakan misi di peringkat tertinggi bagi kedua-dua kelab dan negara, dan pemain pertahanan yang juga boleh menyumbang kepada taktik menyerang kami.

"Saya amat gembira bahawa kita telah dapat menambah beliau untuk skuad kami, dan percaya bahawa dia akan membuktikan suatu tambahan yang berharga seperti yang kita maju."

Dibawah ini antara goal2 menarik yg pernah dijaringkan Riise...

Saturday, July 16, 2011

Woodgate dan Downing.


Pulis merasakan Potters telah menandatangani  pemain pertahanan kelas tinggi apabila Stoke City telah selesai menandatangani bekas Leeds United dan pertahanan Tottenham Hotspur Jonathan Woodgate di kontrak satu tahun.

Woodgate telah mengalami masalah kecederaan dahsyat sejak beberapa tahun yang lalu dan bepindah dari Tottenham minggu lepas. Terdapat pilihan untuk kontrak setahun lagi jika berusia 31 tahun itu membuktikan kecergasan dan Pulis gembira mempunyai bekas pemain antarabangsa England tersebut.



Liverpool telah mengesahkan menandatangani Stewart Downing pada 'kontrak jangka panjang dari Aston Villa dengan bayaran yang tidak didedahkan.

Pemain yang berusia 26 tahun itu, yang telah bermain sebanyak 27 kali untuk England, menjadi pemain keempat musim panas untuk Kenny Dalglish berikutan ketibaan Jordan Henderson, Charlie Adam dan Alexander Doni.

Villa mengesahkan awal minggu ini bahawa Downing telah mengemukakan permintaan pemindahan rasmi dan dia pergi ke Liverpool untuk membincangkan syarat kontrak sebelum menandatanganinya.

Downing, yang berpindah ke Villa pada harga £ 10m dua tahun yang lalu, telah menjadi sasaran utama musim panas Dalglish, yang melihat tawaran £ 12m dan 15m £ ditolak sebelum perjanjian dengan bayaran yang tidak didedahkan, dipercayai sekitar £ 20m.

Downing dibuat dengan jelas hanya bulan lepas, apabila bertugas England, bahawa dia tidak akan menandatangani lanjutan dengan Villa, berkesan memaksa mereka untuk mendengar untuk menawarkan.

Saturday, December 11, 2010

Weekend Focus 11/12-Dec-2010


Perhatian!!!Antara Game yg menarik this Sabtu/Ahad....


Sun 12th December 2010


Newcastle vs Liverpool
Time : 0130-0400
Channel : Ch. 817/831


Tottenham vs Chelsea
Time : 2300-0230
Channel : Ch. 817/831


Tue 14th December 2010

Manchester United vs Arsenal
Time : 0354-0600
Channel : Ch. 812/832

Astro SuperSport 2 Match Fixtures (Channel 816)


Italian Serie A 2010/11

12 Nov 1925 Bologna vs AC Milan (Live)

13 Nov 0340 Juventus vs Lazio (Live)

Monday, December 6, 2010

Aidil Zafuan happy at Negeri Sembilan


Defender taking little notice of links to the Premier League.

Aidil Zafuan has stressed he has no plans to quit Negeri Sembilan after the defender was again linked with a big-money move to the Premier League.

The centre-half's impressive form for Negeri Sembilan has prompted interest from across Europe, with Chelsea and Manchester City both rumoured to want the Malaysian.

The 23-year-old is under contract until 2015 and is ignoring speculation that he could leave the Rusa in January.

Aidil Zafuan insists money is not a motivating factor in his career and he has no intention of forcing a move to the Premier League

Saturday, December 4, 2010

Negeri Sembilan wants £10m for striker Zaquan Adha

Zaquan Adha, a one-goal hero for Negeri Sembilan against Kelantan in the Piala Malaysia 2009, will command a £10 million price tag when he goes up for sale in the January transfer window.

The Rusa are hoping that Zaquan’s performance will ignite fresh interest in the Malaysia centre-forward, who has fallen out with manager Wan Jamak.

Wan Jamak axed Zaquan from the Piala Malaysia Final 2010 game also with Kelantan and the Rusa suddenly hit form without him in the side. Zaquan was only recalled on Tuesday night friendly against Pecah Penjara Team because of injuries and grabbed a brace in a 4-0 win at Stadium Dadah Paroi.

Zaquan has given Wan Jamak every reason to consider keeping him in the team, but the big question is whether the manager will ever completely forgive or forget the way the striker criticized his boss and his team-mates after the mauling at Anfield.

Even if Wan Jamak does give Zaquan another chance, a £10 million offer would be too good for the Rusa to refuse.

Zaquan attracted interest last summer, with Liverpool, Sunderland, Birmingham, Stoke and Fulham leading the chase, and a deal to take him to Anfield broke down on transfer deadline day. The Rusa were holding out for £12 million after initially placing a £15 million price tag on his head.

Wan Jamak needs money to rebuild the team and cannot wait until the summer given the club's precarious position at the foot of the TM Super League table.

Friday, December 3, 2010

Moyes keen on SAFIQ RAHIM loan


Everton manager David Moyes claims that signing SAFIQ RAHIM from Selangor would be of interest to him, if the chance came up.

The Scot knows 23-year-old midfielder Safiq from the time playing at Selangor and hopes he would be open to playing at Goodison Park.

Moyes said: ''I would hope that if Safiq wanted to come he would pick up the phone and call me.
''If he wanted to come to the Premier League he would only need to phone me or Phil (Neville) and we would be here for him. He knows how to get hold of Phil and he knows how to get hold of me.

''We would have to look into it financially, but if he came and said to me I would like to come and play I would have to go to the chairman and ask if we could do it, if we think we can make it work by selling enough shirts.''

Sunday, August 24, 2008


Halllooooooooo..Liga Jerman masuk match kedua.Fokus ialah Bayern Munich v B.Dortmund.Nyaris2 bayern kalah.Ketinggalan 1 gol hasil jaringan Kuba.pastu kapten baru bayern van Bommel plak kena kad merah hanya selepas 20minit permainan.Luca Toni yg baru pulih injured nampak terkial2 di atas padang.Di tambah plak dgn ketiadaan si ribery.nampaknyer Klinsman semacam lumpuh.2 seri utk 2 game pembukaan liga.Ini tidak bagus.
Liga Scotland pula menyaksikan Celtic menang ke atas Falkirk 3-0 dgn Samaras bekas striker man City score 2 goal. Lyon pula di liga France turut mng ke atas Grenoble 2-0 hasil jaringan Makoun n Benzema. PSV jugak menang piala super Belanda keatas Feyenoord 2-0 hasil gol Danko Lazovic and Dirk Marcellis.
Game EpL pun tak kurang hebat.Paling syok tgk Liverpool lwn Boro.Gerarrd masuk amtu last minit.2nd win utk livpool.Aku silap tulis aitu.Spurs????Ape dah jadi???taktaulaa nak cakap…tanyela fan diorang,tak berani nak komen. Berikut adalah result sebelum tamat gem West ham Vs man Utd.
Spurs 1 Sunderland 2
Livpool 2 Boro 1
Stoke 2 Hull 1
WBA 1 Everton 2
Newcastle 1 Bolton 0
Fulham 1 Arsenal 0
Wigan 0 Chelsea 1