Showing posts with label FIFA Conf Cup.. Show all posts
Showing posts with label FIFA Conf Cup.. Show all posts

Sunday, June 30, 2013

Piala Konfederasi 2013 Akhir : BRAZIL vs SEPANYOL




Final yang ditunggu-tunggu oleh segenap pelusuk bumi. Penyandang Juara Piala Dunia bertemu 5 kali Juara Piala Dunia. 2 kali Juara Eropah berturut-turut menentang pasukan tuan rumah. Spain's passing wizards vs. Brazil's new star Neymar. Anda namakan apa sahaja. Semuanya ada disini. Dua pasukan bertaraf dunia. Dan bukannya pasukan yang pergi melancong ke Australia untuk mengadakan perlawanan latihan dengan pemain part-time.
Pada aksi separuh akhir Sepanyol telah dikerah habis-habisan oleh Itali sebelum La Roja berjaya dalam penentuan penalti 7-6. La Roja akan ke perlawanan akhir ke-4 mereka dalam tempoh 5 tahun. Sesuatu yang mustahil untuk dilakukan oleh pasukan seperti Argentina, apatah lagi England. Manakala Brazil pula mengharapkan kegemilangan dibawah panji asuhan Felipe Scolari yang mana telah membawa kejayaan Piala Dunia 2002 kepada Selecao.  
Walaupun kejohanan ini turut diiringi isu protes penganjuran Piala Dunia Brazil, namun kemeriahannya masih dirasakan di dalam padang. Del Bosque sejurus sahaja membawa Sepanyol layak ke akhir terus mengeluarkan kenyataan berbaur defensive.

"Tidak syak lagi Brazil adalah pasukan pilihan untuk menjadi juara. Kami bermain extra 30 minit berbanding mereka. Manakala Brazil pula mempunyai kelebihan rehat 1 hari. Setakat ini hanya JDT sahaja mampu mengatasi masalah ini. Pasukan lain di dunia saya kurang pasti." ujar beliau dengan muka ketat seribu.

Sementara itu di kem Brazil pula ketika ini heboh tentang isu diving oleh Neymar yang seolah-olah pantang diusik mesti jatuh punya. Perangai keji seperti perlu diberi perhatian oleh pertahanan Sepanyol yang terdiri daripada Pique, Ramos, Arbeloa dan Alba. Walaupun Neymar tidak menjaringkan gol ketika bertemu Uruguay, tetapi kehadirannya di atas padang masih lagi merbahaya.

Jika berbicara tentang pasukan Brazil ini juga kita tidak boleh tertinggal daripada menyebut nama Paulinho. Susuk berusia 24 tahun ini merupakan sensasi terkini dari Brazil. Dipadankan bersama Luiz Gustavo dibahagian enjin pasukan Brazil membentuk satu gabungan utuh buat Selecao. Kehadirannya segera menenggelamkan nama-nama besar seperti Kaka dan Ronaldinho yang saya lihat sudah boleh melupakan aksi Piala Dunia tahun depan. Corak permainan dinamik dan work-rate yang tinggi merupakan senjata utama beliau. Xavi dan Busquets perlu menghalang Paulinho daripada membuat umpanan merbahaya sama ada kepada Neymar, Fred mahupun Hulk. Potong segera atau anda akan dihukum!!

Bagi pendapat saya, pasukan mana yang mampu mengawal bahagian tengah dengan cemerlang akan menjadi juara. Kita akan dapat lihat bagaimana Iniesta, Mata, Silva dan munkin juga Fabregas bertarung sampai ketitisan peluh yang terakhir semata-mata demi negara Sepanyol yang tercinta. Mereka juga bukan setakat bermain untuk 15 minit sahaja malahan sudah bersedia sehingga ke penentuan penalti jika terpaksa.

Disamping itu, kedua-dua pasukan baik pertahanan mahupun barisan serangan mereka, kedua-duanya mempunyai kelebihan serta kekurangan yang setara. The-Back-Four kedua-dua pasukan memang gemar naik ke atas untuk membantu pasukan masing-masing mendapatkan gol. Manakala pemain serangan mereka memang amat tajam dihadapan gol dan bukannya jenis Safee Sali. Inilah masanya untuk kita melihat sejauh mana rentak Samba mampu mengimbangi corak permainan Tiki-taka.

Ramalan: Brazil 2 - Sepanyol 3

Wednesday, June 26, 2013

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Uruguay

 
Brazi lawan Uruguay ini jika di rantau asia tenggara mungkin ibarat Malaysia bertemu Indonesia. Perlawanan sebenua yang berprofil tinggi seperti ini akan sentiasa mendapat perhatian seluruh peminat bola sepak dunia. Baik yang baru mumaiz meminati JDT mahupun yang kerepot bagaikan fans Liverpool.
 
Brazil kini dalam usaha mencari kejuaraan ketiga Piala Konfederasi mereka dengan halangan terkini adalah menentang Uruguay. Pengurus Brazil, Luiz Filipe Scolari memiliki barisan pemain yang lebih muda dan bertenaga jika hendak dibandingkan dengan Uruguay. Dan mereka mampu menguasai bola serta padang dengan baik sekali. Pemain seperti Thiago Silva, David Luiz dan Dani Alves juga mempunyai banyak pengalaman dan ini amat penting untuk pasukan Brazil.

Pemain muda dan berbakat seperti Neymar, Oscar, Lucas, Hulk, Fred, Gustavo, Hernanes dan Paulinho perlu memainkan peranan terbaik mereka dan jika mereka berjaya melakukannya, ia akan menjadi sukar buat Uruguay menghalang mereka. Setakat ini Neymar berjaya melaksanakan tugasnya dalam membawa Brazil ke landasan yang sempurna apabila berjaya meledak 3 gol dalam 3 perlawanan sekaligus munutup molot pengkritiknya.
 
Rakan setugas Scolari iaitu Oscar Tabarez pula berada dalam cerita yang berbeza. Terumbang-ambing dalam pusingan kelayakan Piala Dunia meskipun memegang status Juara Copa America. Uruguay telah tewas 5 perlawanan daripada 10 yang mereka lalui dalam perjalanan ke Piala Konfederasi dan menang hanya 3 daripadanya. Kejayaan menewaskan Tahiti 8-0 dan Negeria 2-1 mungkin sedikit sebanyak memberikan tonik mujarab untuk berhadapan pasukan Brazil.
 
Oscar Tabarez dijangka akan mengekalkan gandingan emas Cavani-Suarez-Forlan (walaupun Abel Hernandez sudah merekodkan 4 gol setakat ini) dalam misi mereka mengacau bilaukan pasukan Brazil. Fokus utama sudah semestinya kepada Luis Suarez yang baru sahaja menjadi penjaring gol terbanyak buat Uruguay dengan mengumpul 35 gol setakat ini pada usia hanya 26 tahun. Ketika ditanya kepada Suarez tentang peluang Uruguay dalam perlawanan ini, beliau dengan selamba hanjeng menjawab "Ate kalau udoh payah bebenor nak bubuh gol, ajer bior teman kokak jek si David Luiz tu". Itulah janji beliau.
 
Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu ialah pada June 2009 dalam aksi kelayakan Piala Dunia yang mana Brazil menang 4-0. Dan sekiranya dilihat di atas kertas, Uruguay tidak akan dapat menewaskan Brazil meskipun dengan bantuan gigitan Luis Suarez....dan Brazil akan terus gah di gelanggang sendiri.
 
Ramalan: Brazil 4 - Uruguay 2

Monday, June 24, 2013

Piala Konfederasi 2013: Sepanyol vs Itali

 
 
 
Kalau dah jodoh tidak ke mana (aku rasa dah banyak kali aku guna perumpamaan ni). Itulah dia Sepanyol dan Itali. Pertembungan yang pastinya mengimbau kenangan tahun lalu ketika Itali dikeronyokkan habis-habisan oleh Sepanyol dengan penuh bergaya. Itu tahun lepas. Kini Itali sudah berbeza. Bintang Itali Christian Maggio segera melaungkan keyakinannya untuk menewaskan Sepanyol selepas mengetahui pasukan Azzurri akan bertemu juara berganda Dunia dan Eropah tersebut. Tetapi laungan ini bagaikan salakan anjing di atas bukit. Tiada hasilnya. Tiada faedahnya.
 
Seluruh dunia telah melihat bagaimana Itali bermain ketika menentang Brazil tempohari. Kelaut dan hancor lodoh. Mungkin kini masalah utama buat pasukan Itali ialah kecederaan pemain-pemainnya. Terkini mendahului senarai kecederaan ialah Mario Balotelli. Kecederaan paha yang beliau dapat ketika menentang Brazil menyebabkan dia bakal terlepas aksi separuh akhir ini. Selain itu Andrea Pirlo, Abate dan Montolivo juga sedang berada dalam senarai kecederaan.
 
Jadi, Prandelli perlu memikirkan strategi baru untuk menentang Sepanyol yang serba hebat itu. Dia boleh meletakkan Gilardino sebagai pengganti semulajadi. Ataupun menurunkan Giovinco yang terbukti cemerlang ketika bertemu Jepun. Dan juga jika Prandelli sudah bersedia, turunkan sahaja Stephan El Shaarawy. Manakala Alessio Cerci dan Alessandro Diamanti bagi saya bukanlah pengganti yang sesuai untuk perlawanan ini.
 
Sepanyol pula ketika ini merupakan pasukan yang tersangatlah lengkap. Terkini mereka berjaya memecahkan rekod dunia tidak pernah kalah dalam 28 perlawanan kompetitif yang dahulunya dipegang oleh Perancis. Barisan serangan Sepanyol adalah yang terbaik setakat ini dengan rekod 15 jaringan gol. Jika Soldado tidak mampu menjaringkan gol, mereka ada Torres. Jika lembu dipegang pada tali, maka Torres pun begitu jua.  
 
Barisan pertahanan juga tidak mempunyai masalah yang besar. Jordi Alba ketika ini ibarat kemaruk mahu menjaringkan gol sehingga kadang-kadang terlupa posisi sebenarnya. Selain itu mereka juga sentiasa ada pemain ganti yang setara kehebatannya. Tidak kisah sesiapapun yang cedera. Pengganti yang dipannggil akan bersiap-siaga untuk berbakti demi nusa dan bangsa. 
 
Barisan terakhir Itali seperti Buffon, Barzagli, Bonucci dan Chielleni semuanya ketika ini kelihatan lemah tak bermaya selepas pulun habis untuk Serie A musim ini. Kepantasan Mata, Silva, Pedro dan Iniesta sudah pasti akan membunuh skuad Azzurri. Tidak nampak sebarang peluang untuk Itali melakar kejutan ke atas Sepanyol. Ya, perlawanan ulangan akhir Euro 2012 akan berlaku.
 
Ramalan: Sepanyol 3 - Itali 1

Thursday, June 20, 2013

Piala Konfederasi 2013: Italy vs Brazil



Perlawanan epik yang di tunggu-tunggu seluruh umat dunia. Brazil dan Itali masing-masing melepasi ujian awal dengan cara yang berbeza. Brazil seperti biasa beraksi bagaikan sang juara apabila dengan mudah menewaskan Mexico sekaligus menempah tiket ke separuh akhir. Begitu juga dengan Itali. Namun Itali dikerah habis-habisan untuk menumpaskan gergasi Asia, Jepun dengan skor 4-3. Bolehlah dikatakan nasib tidak menyebelahi Jepun apabila diletakkan dalam kumpulan yang  sama dengan 2 bekas pasukan Juara dunia ini.
 
Itali dan Brazil memerlukan 3 mata untuk menjadi juara kumpulan sekaligus mengelak daripada bertemu pasukan terkuat kumpulan B yang kemungkinan besarnya menjadi milik Sepanyol. Dua perlawanan pasukan Itali sebelum ini jelas menunjukkan barisan pertahanannya sedikit goyah. Kelemahan yang perlu diperbaiki menjelang aksi bertemu Brazil. Sebagai contoh, Chiellini sedikit penat dihujung-hujung permainan apabila kerap kali dipaksa menghalang kepantasan pemain Jepun. Begitu juga dengan Maggio, Abate dan apatah lagi De Sciglio yang pastinya akan mudah ditewaskan barisan serangan Brazil yang terdiri daripada Hulk dan Neymar.
 
Pertembungan dibahagian tengah antara Sang Ayam Pencen Pirlo dan bintang Brazil yang sedang meningkat naik, Paulinho juga sangat menarik untuk ditonton. Namun ada kemungkinan Pirlo akan mengalami masalah apabila berhadapan dengan barisan tengah muda Brazil seperti Oscar, Gustavo, Lucas Moura ataupun Hernanes. Seperti ketika menentang Jepun, Pirlo kelihatan sedikit tertewas dengan kepantasan pemain-pemain Jepun. Namun Itali mungkin boleh mengharapkan De Rossi dan Montolivo mengimbangi bahagian tengah supaya ianya tidak dikuasai sepenuhnya oleh pemain-pemain Brazil.

Tugas getir juga menanti Balotelli dan Giaccherini apabila terpaksa bertarung menentang antara 'back four' paling mantap dalam kejohanan kali ini iaitu Marcelo-Alves-Thiago-Luiz. David Luiz banyak menyelamatkan Brazil daripada dibolosi Mexico tempohari sehinggakan beliau mengalami kecederaan patah tulang hidung. Jika Giaccherini buntu mencari gol, Prandelli boleh memasukan Giovinco, Marchisio ataupun penyerang veteran Gilardino. Dan kita semua sudah semestinya menanti-nanti penampilan penuh daripada El-Shaarawy.

Pada 21 Mac 2013, kedua pasukan telah seri 2-2 (Fred, Oscar, Balotelli, De Rossi) dalam satu perlawanan persahabatan di Geneva. Namun saya tidak nampak bagaimana Itali boleh mengatasi Brazil dalam perlawanan ini. Tetapi jika kita imbas kembali bagaimana Itali mengkuburkan Jerman pada Euro 2012 yang lepas, sudah pasti kita tetap yakin skuad The Azzurri ini masih ada sedikit peluang untuk membuat kejutan ke atas Brazil yang mempunyai kelebihan beraksi sebagai tuan rumah.
 
Ramalan: Brazil 3 - Itali 2.

Monday, June 17, 2013

Piala Konfederasi 2013 - Italy vs Jepun

 
 
 
Kita tidak boleh membenci Balotelli secara total. Susuk ini sudah pasti akan menjaringkan gol walaupun perangainya kadangkala amat keji. Beliau adalah harapan Itali ketika ini. Apabila turun menentang Jepun nanti sudah pasti pertahanan Jepun seperti Uchida, Nagatomo, Onno dan Yoshida akan dipaksa bekerja keras untuk menyekat pergerakan pemain AC Milan ini. Dalam perlawanan pertama kita masih gagal melihat gabungan El-Sharawy dan Balotelli, dan diharap kedua mereka akan diturunkan pada aksi menentang Jepun kelak.
 
Pirlo masih berada pada tahap terbaiknya. Pemain veteran Juventus itu meraikan caps ke 100 nya dengan gol cantik hasil daripada sepakan percumanya yang sudah menjadi 'trademark' beliau. Barisan tengah Itali ketika ini juga agak kreatif dan mantap dengan gabungan pemain seperti Montolivo dan De Rossi. Cuma pemain pertahanan Itali sedikit goyah apabila diancam serangan balas. Abate dan Barzagli wajar mempertingkatkan aksinya supaya kali ini tidak pula terjerat dengan corak pantas pemain Samurai Biru.
 
Jepun pula ketika tewas di tangan Brazil tempohari tidak mencerminkan mereka sebagai wakil Asia yang angkuh dan sombong walaupun menjadi pasukan pertama layak ke Piala Dunia. Mereka seperti malu-malu kucing. Zaccheroni pula bingkas menyatakan pasukannya hanya mempamerkan 50% sahaja kekuatan mereka. Dongeng ala Rajagopal ini sebenarnya untuk menutup kesilapan pasukan Jepun yang kelihatan kelam kelibut dalam melakukan hantaran, menahan bola serta bertahan secara berpasukan. Aksi yang tidak ubah seperti sebuah pasukan kelab dari selatan tanah air. Eh?
 
Sedikit tuah diperlukan oleh pasukan Jepun sekiranya ingin menewaskan Itali. Meraka pernah menewaskan Perancis dalam perlawanan persahabatan Oktober tahun lepas. Diharap pemain sepeti Kagawa dan Honda kembali bangkit dan membantu Jepun mencipta kejutan ke atas skuad The Azzurri.
 
Ramalan: Itali 2 - Jepun 2

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Mexico

 
 
 
Brazil menewaskan pasukan Jepun dengan skor 3-0 dalam perlawanan pembukaan yang amat berat sebelah sebenarnya. Buat masa ini pasukan Brazil umpama datang dari bima sakti yang lain. Lawan seterusnya adalah Mexico. El Tri bukanlah lawan setara buat pasukan Brazil. Selepas Mexico dijinakkan pasukan Itali yang agak tidak stabil di Eropah, kini kita akan dapat melihat Brazil pula meratah mereka.
 
Neymar membuktikan dia adalah pemain yang perlu diberi perhatian secara serius oleh setiap lawan pasukan Brazil. Aksi penuh inspirasi berjaya menyodok pasukan Jepun yang kelihatan terkial-kial seperti tidak berlatih. Selain itu, Paulinho beraksi sangat mantap dibahagian tengah dan ini banyak membantu Brazil membuat dan merangka pergerakan bermula dari pemain ini. Gandingan Hulk dan Alves dipercayai akan digunakan sekali lagi untuk sebelah kanan pasukan Brazil bagi mencerahkan peluang gol untuk pasukan mereka.
 
Mexico mungkin sedikit bernasib malang kerana Itali beroleh gol daripada Pirlo yang sememangnya pakar dalam sepakan percuma. Namun satu yang perlu dibanggakan ialah aksi Dos Santos yang berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan pasukan lawan. Jika Brazil tidak menjaga pemain ini dengan baik, dia akan memusnahkan pertahanan Brazil dengan larian serangan balas yang merbahaya itu hanya dengan sekelip mata.
 
Kita juga sedia maklum perangai David Luiz, Dani Alves dan Marcelo yang gemar naik ke atas. Tabiat ini perlu dikurangkan oleh ketiga-tiga mereka apabila berhadapan dengan Mexico. Dan jika Hernandez turut mempamerkan keajaiban yang sama seperti Piala Dunia 2010, sesuatu yang pahit pasti akan berlaku ke atas pasukan Brazil. Tidak mustahil untuk melihat Chicharito menjaringkan gol antarabangsanya yang ke-34 dalam aksi menentang Brazil ini.
 
Ramalan: Brazil 3 - Mexico 1

Friday, June 14, 2013

Piala Konfederasi 2013: Brazil vs Japan





Perlawanan pertama Piala Konfederasi ini akan menemukan Juara Asia, Jepun menentang pasukan tuan rumah Brazil. Ia satu kegemparan yang amat ditunggu oleh seluruh warga dunia. Kejayaan Brazil menewaskan Perancis Ahad lepas memberi sedikit keyakinan kepada anak buah Felipe Scolari. Namun kita tidak boleh menidakkan keupayaan Jepun yang hebat sepanjang kempen kelayakan Piala Dunia ini apabila menjadi negara pertama yang layak menyertai tuan rumah Brazil.  

Menjelang perlawanan ini, setiap mata sudah akan pasti tertumpu kepada Neymar dari Brazil dan Shinji Kagawa serta Keisuke Honda dari Jepun. Neymar akan berjuang berhabisan untuk membuktikan dia bukan sekadar wajah 'budak poster' dari Brazil. Manakala Kagawa sepanjang musim pertamannya ini amat cemerlang bersama Manchester United. Sudah pasti form yang sama akan dibawa terus ke Piala Konfederasi ini. Jika dilihat dari segi kapasiti bakat serangan yang Jepun miliki, saya yakin Zacherroni mampu mengejutkan Brazil.
 
Selain itu, menarik untuk melihat bagaimana pemain seperti Paulinho dan Makoto Hasebe berkembang dalam keojohanan ini selepas prestasi cemerlang yang mereka pamerkan lewat ini. Ramai yang memandang rendah pasukan Jepun dalam kejohanan kali ini, dan saya juga terpaksa setuju dengan pendapat majoriti. Brazil mungkin akan menang dengan jumlah gol yang tipis.
 
Ramalan: Brazil 2 - Jepun 1  
 

Thursday, June 13, 2013

Piala Konfederasi 2013 - TAHITI


Penjaga gol

1 Mikael ROCHE
22 Gilbert MERIEL
23 Xavier SAMIN

Pertahanan

4 Teheivarii LUDIVION
5 Tamatoa WAGEMANN
8 Stephane FAATIARAU
10 Nicolas VALLAR
12 Edson LEMAIRE
19 Vincent SIMON
20 Yannick VERO

Tengah

6 Henri CAROINE
7 Heimano BOUREBARE
11 Stanley ATANI
14 Rainui AROITA
15 Lorenzo TEHAU
16 Ricky AITAMAI
17 Jonathan TEHAU

Penyerang

2 Alvin TEHAU
3 Marama VAHIRUA
9 Teaonui TEHAU
13 Steevy CHONG HUE
18 Yohann TIHONI
21 Samuel HNANYINE

Jurulatih : ETAETA Eddy


Negara kecil kepulauan Pacific ini menempah tiket ke Brazil dengan kemenangan 1-0 ke atas New Caledonia dalam kejohanan Piala Oceania 2012. Steevy Chong Hue meledak gol kemenangan dan menjadi wira negara yang terkenal dengan pantai yang indah ini melebihi daripada hal berkaitan bola sepak.

Walaupun kebanyakan pemain Tahiti terdiri daripada mereka yang amatur, tetapi jurulatih Eddy Etaeta menegaskan bahawa pasukannya tidak akan mengalah dengan mudah untuk saingan Piala Konfederasi ini.

Etaeta mungkin akan cuba menyamai pencapaian pasukan wakil Oceania sebelum ini iaitu Australia yang mana mendapat tempat kedua untuk kejohanan 1997 - tewas 6-0 ketika menentang Brazil.

Ramalan: Mustahil untuk melepasi peringkat kumpulan. Dijangka akan menjadi lauk dan mudah diratah.

Piala Konfederasi 2013 - NIGERIA




Penjaga gol: 23-Chigozie Agbim (Enugu Rangers), 16-Austin Ejide (Hapoel Beer Sheva), 1-Vincent Enyeama (Maccabi Tel Aviv)

Pertahanan: 5-Efe Ambrose (Celtic), 21-Francis Benjamin (Heartland FC), 3-Elderson Echiejile (Sporting Braga), 6-Azubuike Egwuekwe (Warri Wolves), 12-Solomon Kwambe, 2-Godfrey Oboabona (both Sunshine Stars), 22-Kenneth Omeruo (ADO Den Haag)

Tengah: 18-Emeka Eze (Enugu Rangers), 10-John Obi Mikel (Chelsea), 13-Fegor Ogude (Valerenga), 4-John Ogu (Academica Coimbra), 17-Ogenyi Onazi (Lazio), 19-Sunday Mba (Enugu Rangers)

Penyerang: 9-Joseph Akpala (Werder Bremen), 15-Michael Babatunde (FC Kryvbas), 11-Muhammad Gambo (Kano Pillars), 8-Brown Ideye (Dynamo Kiev), 7-Ahmed Musa (CSKA Moscow), 20-Nnamdi Oduamadi (Varese), 14-Anthony Ujah (FC Cologne).


Super Eagles sejak beberapa tahun sebelum ini agak tenggelam. Sehinggalah mereka muncul juara Piala Afrika Februari lepas menewaskan Burkina Faso 1-0. Kegagalan layak ke Piala Dunia 2006 di Jerman serta gagal melepasi peringkat kumpulan di Afrika Selatan adalah siri kegagalan yang mereka cuba lupakan. Paling dibanggakan pun ialah pernah berada pada rangking tertinggi dalam sejarah bola sepak Nigeria pada tahun 1994 dengan menghuni tangga kelima ketika itu.

Pemain terbaik mereka buat masa ini ialah, John Obi Mikel. Di bahagian tengah beliau akan mematahkan setiap serangan dari pihak lawan sehingga membuatkan pemain sengal seperti Suarez terpinga-pinga. Hanya penjaga gol veteran Vincent Enyeama sahaja yang mempunyai  caps melebihi Mikel. Dan pengalaman ini boleh menjadi asset penting dalam kumpulan yang turut dibarisi Sepanyol dan Uruguay ini.

Salah satu pemain yang juga perlu diberi perhatian adalah Ahmed Musa. Dia adalah pemain sayap yang rajin dan ketika ini beraksi dengan kelab CSKA di Rusia. Beliau sangat pantas, boleh menggelecek dengan baik, serta boleh merembat dengan tepat dari jarak jauh. Pada usia hanya 20 tahun, beliau sudah menjadi pemain yang sangat matang, dan nampaknya dia sudah bersedia untuk bersinar pada musim panas ini. Ahmed Musa juga salah satu pemain paling berpengalaman dalam pasukan, dan keupayaannya menjaringkan gol menjadikan beliau watak penting dalam skuad dan dalam masa yang sama telah memiliki 5 jaringan gol bersama Nigeria

Ramalan - Nigeria telah diletakkan dalam kumpulan yang sangat sukar, dan mereka pasti perlu bekerja keras untuk melayakkan diri ke peringkat kalah mati. Saya merasakan nasib Nigeria akan ditentukan pada perlawanan terakhir. Meskipun masih ramai yang terkejut dengan kejayaan mereka Februari lepas, saya percaya mereka tidak akan berjaya mengulangi kecemerlangan yang sama.

Piala Konfederasi 2013 - URUGUAY





Penjaga gol: Muslera (Galatasaray), Castillo (Danubio FC), Silva (Defensor); 

Pertahanan: Lugano (Malaga), Godin (Atletico Madrid), Coates (Liverpool), Aguirregaray (Penarol), Pereira (Benfica), Scotti (Nacional), Caceres (Juventus); 

Tengah: Gargano (Inter Milan), Pereira (Inter Milan), Rodriguez (Atletico Madrid), Eguren (Club Libertad), Lodeiro (Botafogo), Perez (Bologna), Arevalo (Palermo), Ramirez (Southampton), Gonzalez (Lazio);

 Penyerang: Suarez (Liverpool), Forlan (Internacional), Hernandez (Palermo), Cavani (Napoli).

Sejak Copa América 2011, Uruguay telah berjuang untuk mengulangi kecemerlangan di Argentina dan Afrika Selatan. Mereka perlu melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil tahun depan sekaligus memberi saingan kepada negara jirannya itu, Brazil. Namun begitu, juara Piala Dunia sebanyak 2 kali ini telah mengalami penurunan mendadak sejak memenangi Copa America 201. Kini, La Celeste berada dalam keadaan bahaya hilang peluang beraksi di  Piala Dunia Brazil 2014 setelah hanya memperolehi dua mata daripada enam perlawanan dan jatuh ke tangga ketujuh, tiga tempat di bawah kelayakan automatik.

Kemenangan 1-0 ke atas Perancis di Montevideo beberapa minggu lepas adalah yang pertama terhadap Les Bleus sejak tahun 1966. Selepas perlawanan itu beberapa kelemahan dikenalpasti dalam skuad Uruguay. Namun kekuatan utama Uruguay ketika ini adalah barisan serangannya. Tabarez akan mempunyai pelbagai pilihan barisan serangan seperti Luis Suarez (Liverpool), Edinson Cavani (Napoli), Diego Forlan (Internacional) dan Abel Hernandez (Palermo).


Buat masa ini, Edinson Cavani adalah antara penyerang terbaik di Itali dan sudah banyak kelab-kelab terkemuka eropah mahu mendapatkannya. Selepas menjaringkan 38 gol dalam 43 perlawanan musim ini, dia boleh dikatakan antara penyerang paling berbahaya dalam kejohanan ini. Sementara itu, pertahanan Juventus, Martin Caceres yang telah dimasukkan selepas kemalangan kereta memaksanya daripada dua perlawanan kelayakan Piala Dunia pada bulan Mac.

Selain itu, penjaga gol berpengalaman Uruguay, Fernando Muslera yang kini bermain di Turki dengan Galatasaray juga antara pemain yang penting dalam skuad Le Celeste ini. Beliau seorang yang tangkas dan mampu memberi kejayaan secara sendirian kepada Uruguay. Muslera adalah antara penjaga gol termuda dalam kejohanan ini pada usia 26 tahun dan dia juga adalah antara yang terbaik.

Ramalan - Uruguay akan menentang Sepanyol dalam perlawanan pertama. Diikuti dengan perlawanan penting menentang Nigeria. Saya fikir kualiti menyerang mereka ditambah dengan kestabilan barisan pertahanan akan membawa pasukan ini melepasi peringkat pkumpulan. Namun akan tewas pada separuh akhir dan akan bertemu Brazil untuk penentuan  tempat ketiga dan keempat.

Piala Konfederasi 2013 - SEPANYOL


 
Penjaga gol: Casillas (Real Madrid), Reina (Liverpool), Valdes (Barcelona);

Pertahanan: Alba (Barcelona), Albiol (Real Madrid), Arbeloa (Real Madrid), Azpilicueta (Chelsea), Monreal (Arsenal), Pique (Barcelona), Ramos (Real Madrid);

Tengah: Busquets (Barcelona), Cazorla (Arsenal), Fabregas (Barcelona), Iniesta (Barcelona), Martinez (Bayern Munich), Mata (Chelsea), Navas (Sevilla), Pedro (Barcelona), Silva (Manchester City) Xavi (Barcelona);

Penyerang: Torres (Chelsea), Soldado (Valencia), Villa (Barcelona).

 
La Roja telah memenangi hampir setiap kejohanan yang mereka sertai dalam tempoh lima tahun yang lalu. Hanya trofi ini sahaja yang belum dimiliki oleh pasukan Vicente del Bosque. Piala Dunia dan Eropah sudah menjadi milik mereka. Namun mereka hanya mampu menduduki tempat ketiga dalam Konfederasi 2009 sebelum ini. Del Bosque juga menegaskan piala ini adalah penting buat Sepanyol bagi mengukir satu lagi sejarah dalam pentas bola sepak dunia.

Seperti yang dijangka, Barcelona dan Real Madrid telah menyediakan sebahagian besar daripada skuad Sepanyol dengan 13 daripada 26 pemain yang dinamakan oleh Del Bosque. Pemain terbaik Sepanyol buat masa ini ialah Andres Iniesta. Jarang menghampakan dan sering memberikan aksi yang menakjubkan. Sangat konsisten serta cemerlang, Iniesta boleh mengubah nasib sesebuah pasukan hanya dalam sekelip mata dan mampu lebih menyerlah dalam perlawanan penting yang melibatkan Sepanyol.

Jurulatih yang berusia 62 tahun ini juga telah memanggil semula penyerang Fernando Torres selepas berjaya menjaringkan 23 gol yang menarik untuk Chelsea sepanjang musim 2012-13 ini. Manakala pemain tengah Bayern Munich, Javi Martinez juga kembali diberi kepercayaan. Ini mungkin disebabkan oleh pemain tengah Real Madrid, Xabi Alonso akan terlepas kejohanan ini selepas menjalani pembedahan akibat kecederaan paha. Kedua-dua pemain ini Torres dan Martinez telah terlepas aksi untuk kelayakan Piala Dunia bagi Sepanyol ketika menentang Perancis dan Finland pada bulan Mac.

Sangat sukar untuk memilih pemain yang tidak dikenal dalam pasukan Sepanyol ini kerana pelbagai kejayaan telah dimiliki oleh setiap daripada pemain yang mereka ada. Setiap posisi seperti tiada kelemahan. Namun salah satu posisi yang menjadi kegusaran skuad Sepanyol sebelum ini ialah pertahanan kanan. Cesar Azpilicueta saya kira mampu mengantikan Arbeloa yang sedikit lemah m Euro 2012 tahun lepas. Azpilicueta telah memberikan aksi cemerlang untuk Chelsea musim ini, dan dia adalah pemain yang perlu diberi perhatian sepanjang kejohanan ini.
 
Ramalan - Dari segi pengalaman, pasukan Sepanyol ternyata sudah sebelah kaki menjulang piala ini. Lima pemain mereka mempunyai lebih daripada 100 caps. Kebanyakan pemainnya juga adalah anggota skuad cemerlang sejak Euro 2008 lagi. Tidak mustahil mereka akan pulang sebagai juara kejohanan Piala Konfederasi 2013.



Piala Konfederasi 2013 - JEPUN



Jurulatih: Alberto Zaccheroni

Jasa beliau yang paling dingati ialah kejayaan menjulang scudetto bersama AC Milan pada 1999. Beliau juga meminati  sistem 3-4-3. Menjadi jurulatih yang memenangi Piala AFC 2011 dan juga merupakan pengurus pertama yang berjaya membawa pasukannya layak ke Piala Dunia 2014. Mungkin sudah masanya untuk Zaccheroni berehat dan menenangkan diri sebagai persediaan menghadapi Piala Dunia tahun depan. Tetapi dengan adanya Piala Konfederasi ini, tidak salah rasanya menambah pingat kejayaan untuk pasukan Jepun. 


Penjaga gol: Eiji Kawashima (Standard Liege), Shusaku Nishikawa (Sanfrecce Hiroshima), Shuichi Gonda (FC Tokyo).

Saya mungkin akan memilih Eiji Kawashima sebagai pilihan utama untuk menjaga gawang Jepun dengan 44 caps yang telah beliau miliki serta mengambil kira  keterlibatan beliau dalam Piala Dunia yang lepas. Sudah pasti dia mendapat beberapa pengalaman yang baik untuk digunakan dalam kejohanan ini. Kawashima juga merupakan salah satu penjaga gol terbaik di Belgium Pro-League buat masa ini. Penjaga gol kedua, Nishikawa  mungkin akan dapat membantu apabila keadaan diperlukan. Tetapi masih banyak yang perlu dipelajari oleh penjaga gol ketiga, Gonda yang hanya mempunyai hanya satu cap sahaja setakat ini.

 
Pertahanan:Yasuyuki Konno (Gamba Osaka), Yuzo Kurihara (Yokohama F Marinos), Masahiko Inoha (Jubilo Iwata), Yuto Nagatomo (Inter Milan), Atsuto Uchida (Schalke), Maya Yoshida (Southampton), Hiroki Sakai (Hannover), Gotoku Sakai ( Stuttgart).

Apabila menonton aksi Nagatamo di Inter Milan, dia seolah-olah mempunyai bateri di dalam jantungnya serta tidak pernah kong. Dia boleh berlari selama 90 minit atau lebih. Seorang pertahanan yang sangat baik dan sesuai dengan perancangan skuad Zaccheroni ini. Lebih banyak hantaran lintang yang berkualiti perlu dilakukan oleh Nagatomo disamping larian obornya itu. Maya Yoshida yang beroleh 29 penampilan untuk Southampton musim ini juga antara nadi utama pertahanan Jepun. Selain itu, pemain seperti H. Sakai, G.Sakai dan Uchida sudah pasti akan menambahkan elemen Jerman sekiranya mereka dipanggil turun beraksi.

 
Tengah:Yasuhito Endo (Gamba), Kengo Nakamura (Kawasaki Frontale), Makoto Hasebe (Wolfsburg), Hajime Hosogai (Hertha Berlin), Keisuke Honda (CSKA Moscow), Hideto Takahashi (FC Tokyo).

Yasuhito Endo, mempunyai 128 caps untuk Jepun (tertinggi). Beliau adalah seorang lagenda yang terbaik pernah dimiliki oleh Jepun. Tersenarai sebanyak 10 kali dalam Best-Eleven J-league. Juga terkenal dengan ketepatan yang luar biasa dalam mengambil sepakan percuma. Endo telah membentuk tulang belakang yang padu dalam skuad Jepun ini. Beliau juga memiliki IQ bola sepak yang sangat tinggi. Lebih tinggi dari Shukor Adan saya rasa. Kehadiran beliau adalah untuk memberi inspirasi kepada seluruh skuad.

Beraksi di samping beliau adalah Hasebe, bintang dari Bundesliga ini merupakan ketua pasukan yang boleh diharapkan ketika pasukan Jepun amat dahagakan kepimpinan beliau. Nama Keisuke Honda seolah-olah tidak perlu diperkenalkan lagi. Pemain tonggak CSKA Moscow sedang berusaha untuk menambah jumlah 42 caps miliknya hanya pada usia 27 tahun.
 

Penyerang: Ryoichi Maeda (Jubilo), Shinji Okazaki (Stuttgart), Mike Havenaar (Vitesse Arnhem), Takashi Inui (Eintracht Frankfurt), Shinji Kagawa (Manchester United), Hiroshi Kiyotake (Nuremburg)

Dari senarai yang disebut di atas, ternyata Shinji Kagawa adalah yang paling menonjol di barisan hadapan Jepun. Beroleh 39 caps dan mendahului penyerang veteran Maeda yang hanya mempunyai 23 caps walaupun sudah 6 tahun bersama Samurai Biru. Okazaki akan menjadi penyerang utama sambil Shinji Kagawa akan bermain dibelakangnya. Dengan formasi 4-2-3-1, mungkin Shinji akan beroperasi pada sebelah kiri dan menolak Okazaki untuk bermain lebih ke hadapan.

 
Ramalan: Setelah dikaji bersama-sama pembantu saya Jenna Haze dan Tori Balck, kami tidak melihat Jepun akan layak melepasi peringkat kumpulan. Matahari mungkin akan menyinar, namun apabila udara wisel ditiup, mungkin ia akan mula terbit dari barat. Nampak tak perumpaan dahsyat di situ? Tempat ketiga akan menjadi terpuji untuk Jepun. Manakala tempat kedua akan membuatkan Soltan Bola terus menggeleng kepala atas dan bawah.

Wednesday, June 12, 2013

Piala Konfederasi 2013 - ITALY

 
Jurulatih: Cesare Prandelli

Saya kadang-kadang mahu memanggil beliau dengan gelaran abang rambut ketak. Ataupun lelaki tanpa perasaan. Tetapi sejak Euro 2012 yang lepas, kebanyakan peminat The Azzuri sudah boleh terseyum lebar sedikit. Piala konfederasi ini akan menjadi satu lagi peluang bagi Itali untuk terus membina semula pasukan mereka sambil berharap sumpahan Piala Dunia 2010 berehat selama-lamanya di persisiran pantai Afrika.

 
Penjaga gol: Buffon (Juventus), Marchetti (Lazio), Sirigu (Paris St Germain)
 
Baik Salvatore Sirigu ataupun Federico Marchetti, kedua-duanya adalah penjaga gol yang baik. Tetapi ia amat sukar untuk membayangkan antara kedua mereka melepasi Buffon ketika ini. Kapten yang hebat - pemimpin terbilang. Serahkan semuanya kepada Buffon dan pasukan Itali akan sentiasa selamat.
 
 
Pertahanan: Abate (Milan), Astori (Cagliari), Barzagli (Juventus), Bonucci (Juventus), Chiellini (Juventus), De Sciglio (Milan), Maggio (Napoli)
 
Pertahanan adalah nadi utama pasukan Itali. Statistik menunjukkan bahawa ketiga-tiga pertahanan Juventus yang terdiri daripada Giorgio Chiellini, Andrea Barzagli, dan Leonardo Bonucci hanya bolos dua gol dalam peringkat kumpulan di Euro 2012 serta hanya bolos 24 gol sepanjang musim ini di Serie A boleh mendatangkan ngeri kepada pasukan lawan. Balzaretti mungkin telah mengejutkan ramai pemerhati bola sepak dengan aksi cemerlangnya untuk Itali pada Euro 2012. Namun malangnya nama beliau tiada dalam skuad Itali untuk Piala Konfederasi ini. Siapakah yang wajar menjadi penggantinya? Christian Maggio ataupun pemain muda yang sedang meningkat naik Mattia De Sciglio?

 
Tengah: Aquilani (Fiorentina), Candreva (Lazio), De Rossi (Roma), Diamanti (Bologna), Giaccherini (Juventus), Marchisio (Juventus), Montolivo (Milan), Pirlo (Juventus).
 
Menonton kehebatan Pirlo membuat hantaran tepat adalah sama nikmatnya melihat Jenna Haze beraksi dihadapan lensa kamera. Inilah kepuasan sejati buat The Azzuri. Mungkin nama Pirlo adalah satu-satunya yang menjadi kemestian setiap kali panggilan skuad kebangsaan dilakukan. Namun begitu, saya tidak akan bercakap tentang Pirlo semata-mata. Masih ramai lagi muka-muka baru dalam skuad Itali yang perlu diberi perhatian.

Izinkan saya memperkenalkan anda kepada pemain generasi baru seperti Claudio Marchisio, Riccardo Montolivo dan Daniele De Rossi. Selain daripada Pirlo - De Rossi,  sama ada ketika memakai baju Roma atau jersi Itali, beliau akan mempamerkan kualiti dan abiliti yang hebat dan tiada tolok bandingnya. Mempunyai satu set skill yang unik serta kemahiran taktikal yang tinggi menjadikan De Rossi antara pemain yang paling perlu diberi perhatian dalam kejohanan kali ini.

 
Serangan: Balotelli (Milan), Cerci (Torino), El Shaarawy (Milan), Gilardino (Bologna), Giovinco (Juventus)
 
Apa lagi yang boleh anda harapkan apabila anda membawa dua orang penyerang muda dengan hampir 30 gol di antara mereka (Stephan El Shaarawy-16 | Mario Balotelli-12), seorang penyerang dengan gelaran juara Serie A (Giovinco) dan satu lagi pemain mendapat sekitar 13 gol untuk namanya? (Gilardino). Sudah semestinya harapan untuk merodok jaring gol lawan amat berkobar-kobar dan membara di jiwa.
 
Disiplin Balotelli mungkin boleh dipersoalkan oleh orang ramai di seluruh dunia. Tetapi selagi dia menjaringkan gol dan bermain cemerlang. Ia sudah cukup untuk menggembirakan seluruh Itali. Barisan hadapan Itali pada kali ini agak muda, tangkas, pantas dan cekap. Jaga-jaga semua ye Cik Salmah.
 
 
Ramalan: Terlalu banyak kualiti di dalam pasukan ini. Setiap dari posisinya seolah-olah mempunyai matlatmat sendiri untuk membuktikan kepada dunia bahawa pasukan Itali ini masih lagi antara yang terbaik di muka bumi. Kedudukan pertama dan kedua mungkin sudah ditakdirkan untuk Itali. Itupun sekiranya mereka menewaskan Mexico dan Japun.

Piala Konfederasi 2013 - BRAZIL




Jurulatih: Felipe Scolari
 
Nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Persoalan yang besar ialah, adakah susuk ini sudah hilang sentuhan emas? Bolehkah Brazil membawa pualng Piala Dunia ke negara Samba itu tahun depan?Ramai pengkritik bola sepak mempersoalkan pemilihan beliau tetapi msalah sebenar Brazil ialah untuk membentuk keharmonian skuad yang terdiri daripada barisan pemain bintang berstatus besar di dalam pasukan Samba ini.


Penjaga gol: Julio César (QPR), Jefferson (Botafogo) dan Diego Cavalieri (Fluminense)

Nama Cesar tidak perlu mendatangkan sakit jantung kepada kita semua kerana umum tahu beliau telah  menjadi penjaga gol nombor satu yang konsisten untuk pasukan kebangsaan Brazil untuk hampir setengah abad lamanya. Dengan pengalaman yang banyak di seluruh Eropah, beliau akan menjadi pertaruhan selamat untuk berdiri sebagai benteng terakhir pasukan. Walaupun dengan QPR yang baru-baru ini diturunkan divisyen, tetapi dia tidak perlu risau kerana beberapa kelab terkemuka bersedia mendapatkan tandatangannya.

Jefferson dan Diego yang baru-baru ini diketengahkan dalam aksi menentang Bolivia serta Chile sebenarnya tidak begitu banyak pengalaman di peringkat antarabangsa. Tetapi kedua mereka dilihat bersenang hati untuk memegang watak pemangku kepada Julio Cesar. 

 
Pertahanan: Daniel Alves (Barcelona), Jean (Fluminense), Marcelo (Real Madrid), Filipe Luis (Atlético Madrid) Thiago Silva (PSG), Réver (Atlético-MG), David Luiz (Chelsea) dan Dante (Bayern Munich).

Di atas kertas, nama mereka amat gah di pentas eropah dan antarabangsa. Namun pertahanan Brazil juga kelihatan amat mudah untuk dibolosi dan ianya terserlah ketika pertemuan menentang Itali dan England. Marcelo, Alves dan Luiz seolah-olah datang dari sekolah yang sentiasa menanamkan corak pemikiran "cara terbaik untuk bertahan adalah serangan". Tetapi tabiat mereka ini mendedahkan bahaya kepada penjaga gol. Dan ia tidak seharusnya menjadi kejutan untuk melihat mana-mana pasukan berjaya membolosi gawang Brazil walaupun pertahanannya terdiri daripada barisan pemain terkemuka dunia.


Tengah: Fernando (Grêmio), Hernanes (Lazio), Luiz Gustavo (Bayern Munich), Paulinho (Corinthians), Jadson (São Paulo), Oscar (Chelsea) dan Lucas Moura (PSG).
 
Ujian terbesar bagi pasukan Samba mungkin adalah bahagian jentera tengah. Walaupun begitu banyak kritikan diterima selepas Scolari selepas beliau menggugurkan nama Kaka dan Ronaldinho. Namun jurulatih Brazil itu dilihat bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan Brazil kembali ke puncak bola sepak dunia dengan tidak terlalu mengharapkan individu tertentu bagi mencapi kejayaan. Luiz Gustavo, Lucas Moura dan Oscar mempunyai musim cemerlang bersama kelab-kelab masing-masing. Sudah pasti kudrat Oscar ditagih dalam memacu Brazil untuk pergi lebih jauh dalam kejohanan ini.

 
Penyerang: Hulk (Zenit), Bernard (Atlético-MG), Leandro Damião (Internacional), Fred (Fluminense) dan Neymar (Barcelona).
 
Bahagian serangan Brazil adalah aset utama kepada kekuatan pasukan ini. Leandro Damião yang merupakan pemain cemerlang Olimpik musim panas lepas sudah bersedia untuk mempamerkan kehebatannya sekali lagi dalam satu kempen yang berbeza. Walaupun Hulk bergelut dalam tahun pertama beliau di Rusia, tetapi dia masih lagi produktif untuk pasukan Brazil. Beberapa mata akan tertumpu kepada Hulk kerana masih banyak lagi kelab terkemuka Eropah yang mahukan tandatangannya.  Neymar adalah wajah keseluruhan pasukan Brazil. Kini memegang status sebagai pemain Barcelona. Mungkin tekanan yang amat tinggi diletakkan di bahu pemain ini akan sedikit sebanyak mempengaruhi persembahannya di atas padang kelak.

 
Ramalan: Mungkin akan mara lebih jauh dengan kelebihan beraksi sebagai tuan rumah. Juara ataupun Naib Juara kumpulan sudah ada dalam genggaman mereka.

Tuesday, June 11, 2013

Piala Konfederasi 2013 - MEXICO


Kekecewaan dan pasukan kebangsaan Mexico berpisah tiada sejak beberapa bulan yang lalu. Skuad ini tidak konsisten dalam Kelayakan Piala Dunia (CONCACAF) dan telah kelihatan seperti lemah lutut. Pada entri kali ini saya akan mengkaji kekuatan pasukan ini dan peluang Mexico dalam melihat sejauh mana mereka mampu pergi pada Piala Konfederasi Brazil 2013 ini. Berikut adalah analisis pasukan Mexico pada setiap posisi dan peluang di peringkat kumpulan dalam kejohanan ini.

Penjaga gol: Guillermo Ochoa (Ajaccio), José de Jesús Corona (Cruz Azul), Alfredo Talavera (Toluca)


Guillermo Ochoa  
Pasukan Mexico bolehlah dikatakan mempunyai kekuatan ampuh di posisi penjaga gol. Jose Corona dari Cruz Azul telah menjadi penyelamat pasukan sepanjang persembahan Kelayakan Piala Dunia (CONCACAF). Manakala Ochoa pula menyediakan pilihan mantap kedua sekiranya Corona tidak dapat mengekalkan statusnya sebagai penjaga gol nombor satu Mexico. Kiranya macam Harimau Malaya jugalah yang mempunyai Khairul Fahmi, Farizal Marlias dan Norazlan Razali yang setara kebangangngannya.


Defenders: Francisco Javier Rodríguez (América), Carlos Salcido (UANL), Diego Reyes (América), Severo Meza (Monterrey), Héctor Moreno (Espanyol), Jorge Torres Nilo (UANL), Hiram Mier (Monterrey), Gerardo Flores (Cruz Azul)
  
Ini adalah posisi paling lemah buat pasukan Mexico. Corak permainan tidak konsisten dan dipenuhi dengan pemain pertahanan veteran seperti Salcido dan Moreno membuktikan Mexico masih gagal menggantikan pemain-pemain hebat ini dengan pemain muda yang lebih bertenaga viagra. Posisi ini perlu diperkuatkan sekiranya Mexico ingin mara lebih jauh dalam kejohanan ini.


Tengah: Jesús Molina (América), Gerardo Torrado (Cruz Azul), Pablo Barrera (Cruz Azul), malaikat Reyna (Pachuca), Javier Aquino (Villarreal), Héctor Herrera (Pachuca), Jesús Zavala (Monterrey), Andrés Guardado (Valencia )

Andrés Guardado


Di sini amat jelas bahawa pemain seperti Guardado dan Zavala akan dijadikan jentera utama bahagian tengah pasukan Mexico.  Walau bagaimanapun, mereka ini tidak mempunyai kreativiti yang tinggi dan kadangkala gagal menyerlah ketika keadaan amat memerlukan mereka berbuat begitu.


Penyerang: Javier Hernández (Manchester United), Aldo de Nigris (Monterrey), Giovani dos Santos (Mallorca), Raúl Jiménez (América)

Dos Santos perlu lebih menyerlah

Siapa yang tidak kenal Hernández? Pemain terbilang Manchester United ini turut menjadi harapan utama pasukan Mexico. Selain Hernandez, Mexico  juga mempunyai de Nigris yang sering menjaringkan gol-gol penting. Pasukan ini turut memerlukan komitmen yang lebih tinggi daripada dos Santos untuk menghidupkan jentera serangan mereka.


Ramalan: Mexico terperangkap dalam satu kumpulan dengan Brazil, Itali, dan Jepun. Ketiga-tiga pasukan tersebut mampu pergi lebih jauh berbanding Mexico jika persembahan semasa diambil kira. Mexico mungkin akan menduduki tangga ketiga dalam kumpulan ini sekiranya mereka menewaskan Jepun. Manakala Itali dan Brazil sangat kuat untuk ditewaskan oleh Mexico.

Saturday, June 8, 2013

Piala Konfederasi 2013



Kumpulan A
          
Perlawanan 1 | 16/6/2013 3:00 am  | Brasilia                
Brazil  vs Japan

Perlawanan 2 | 17/6/2013 3:00 am  | Rio De Janeiro
Mexico vs Italy


Perlawanan 5 | 20/6/2013 3:00 am  | Fortaleza
Brazil vs Mexico

Perlawanan 6 | 20/6/2013 6:00 am | Recife                  
Italy vs Japan


Perlawanan 9 |  23/6/2013 3:00 am | Salvador              
Italy vs Brazil

Perlawanan 10| 23/6/2013 3:00 am | Belo Horizonte     
Japan vs Mexico


Kumpulan B

   

Perlawanan 3 |  17/6/2013 6:00 |  Recife                
Spain vs Uruguay

Perlawanan 4 |  18/6/2013 3:00 |  Belo Horizonte  
Tahiti vs Nigeria



Perlawanan 7 |  21/6/2013 3:00  | Rio De Janeiro  
Spain vs Tahiti

Perlawanan 8 |  21/6/2013 6:00  | Salvador            
Nigeria vs Uruguay



Perlawanan 11 |  24/6/2013 3:00  | Fortaleza            
Nigeria vs Spain

Perlawanan 12 |  24/6/2013 3:00  |  Recife                
Uruguay vs Tahiti