There was an error in this gadget

Tuesday, February 28, 2012

Ketua Pasukan England


Untuk kamu England FA
Euro 2012 semakin hampir. Capello sudahpun melepaskan jawatan beliau. Kini persoalan yang timbul adalah pemain mana yang layak menjadi ketua pasukan England. Capello yang sebelum dipecat cuba untuk mempertahankan John Terry sebagai ketua pasukan selepas isu perkauamannya dengan Anton. Kini JT semakin samar untuk mengetuai England pada Euro kali ini.

Parker, Gerrard atau Hart?

Antara nama yang disebut ialah Gerrard. Beliau sendiri menyatakan minat untuk mengetuai pasukan England pada Euro 2012. Namun pengendali sementara pasukan England Stuart Pearce mempunyai pilihan sendiri menjelang perlawanan bertemu Belanda selasa ini. Mungkin inilah masanya beliau ingin mencuba ketua pasukan yang baru menjelang Euro 2012. Setelah kehilangan beberapa pemain senior seperti Rio,JT dan Lampard, Stuart Pearce bersedia untuk mencuba pemain baru bagi memakai lilitan ketua pasukan.
Milner mau jugak!!!

Selain itu muncul juga nama lain seperti James Milner, Scott Parker dan Joe Hart. Semua pemain ini mempunyai disiplin luar padang yang baik. Mungkin sudah tiba masanya England memilih ketua pasukan yang tak gila populariti dan kurang kontroversi. Pemain yang ingin memikul tanggungjawab ini perlukan mempunyai pengaruh yang kuat di dalam bilik persalinan.
 
Antara kapten england yang meninggalkan kesan untuk aku ialah David Beckham yang mula bermain untuk England dari tahun 1996 hingga 2009. Mengetuai England sebanyak 59 perlawanan dalam 115 aksi antarabangsa beliau. Selain itu Alan Shearer pula mengetuai England sebanyak 34 perlawanan dalam 63 aksi antabangsa sejak mula bermain dari tahun 1992 hingga 2000.  Tony Adams pula yang beraksi sejak dari 1987 hingga 2000  telah mengetuai 15 perlawanan untuk England dalam 66 aksi antarabangsa beliau.
 
Siapakah yang akan mengetuai England pada Euro 2012 nanti??????????


Monday, February 27, 2012

Piala AFF Suzuki 2012:Malaysia tuan Rumah?

Mana?Mana?Mana?

Salam..FAM seperti biasa sekali lagi membuat cerekarama. Kali ini tentang isu tuan Rumah pada kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. Seperti diumumkan selepas AFF 2010 tamat, Malaysia akan menjadi tuan Rrumah bersama pada peringkat kumpulan. Namun secara tiba-tiba FAM mengumumkan bahawa ada kemungkinan Malaysia tidak akan menjadi tuan Rumah pada kejohanan tersebut Berikut petikan dari akhbar Harian metro.

“HASRAT skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini bakal terjejas apabila Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang pada awalnya dijadual menjadi gelanggang rasmi saingan peringkat kumpulan kemungkinan terpaksa ditutup bagi tujuan baik pulih bumbung yang kini mengalami kerosakan.”

Selain itu, Malaysia juga terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi tuan rumah kejohanan kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.Ini kerana perihal stadium dan masalah jadual liga M yang padat dan boleh aku katakan bercelaru. Kejohanan kelayakan ini dijangka bermula pada 23 Jun – 3 July 2012 dan Malaysia diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama Korea Republic, Vietnam, Myanmar, Chinese Taipei, serta Philippines.

Sekali lagi FAM menunjukan kelembapan otak mereka dalam melakukan kerja. Contoh lain adalah kegagalan mendapatkan ganti bagi Perlawanan Persahabatan bertemu Arab Saudi yg dibatalkan. Perlawanan itu dibatalkan kerana Arab Saudi takut dibelasah oleh Harimau Malaya. Lalu dengan segera Arab Saudi memilih New Zealand sebagai lawan mereka. Sedangkan Malaysia memilih Sabah. Adakah Nampak kebenakan otak FAM disitu?Bukan nak menidakkan pasukan Sabah atau pasukan lain dalam Liga M. Tetapi sepatutnya FAM mestilah ada ‘backup plan’ sekiranya Arab Saudi menarik diri secara tiba-tiba.Pasukan rantau Asia Tenggarakan banyak…hissssh..

Kini masalah stadium pulak. Apa mau tunggu lagi? Cepatlah cari stadium lain sebagai persediaan sekaranya Bukit Jalil tak dapat digunakan.Rasenya banyak lagi Stadium Negeri yang layak untuk menjadi tuan Rumah.Soal penonton jangan risau.Sokongan pastinya takan berbelah bagi walau di mana saja Harimau Malaya bermain. 

Kepada FAM yang disayangi..kami sungguh seronok menunggu drama anda setiap minggu. Kebenakan otak kamu membuatkan bolasepak kita takan kemana. Ada tak orang FAM mahu bertanggung jawab atas kekalahan memalukan dengan Jepun tempohari? Oh Soltan Bola….

Tuesday, February 21, 2012

Allah Peliharakan Soltan...

Visi dan Misi TMJ dalam memartabatkan kembali bolasepak Johor pada tahap tertinggi

·         Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
·         Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
·         Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
·         Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
·         Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
·         Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
·         Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
·         Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
·         Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk  pasukan Johor dan pasukan Johor B.
·         Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
·         Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya  Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
·         Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
·         Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
·         Mewujudkan “Johor FA CafĂ©” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.

Salam..semua dah baca dan faham matlamat TMJ diatas?Ya..nampak manis dan bersemangat.Semua perkara diatas tu ade baik dan buruknya. Penghapusan unsur politik,membaiki organisasi PBNJ,banteras rasuah dan kepentingan individu adalah penyakit lama dalam bolasepak Malaysia. Saya hormat visi TMJ yang ini dan berharap beliau dapat melaksanakan sebaik mungkin.

Sumber kewangan akan distabilkan dan dikawal oleh seorang individu sahaja iaitu TMJ. Ini bagi mengelakan JKKKKK persatuan bola sepak Johor menyedut sisa2 duit tanpa dapat dikesan. Seperti yg kita tahu,FA negeri seringkali membazirkan geran yg FAM beri pada setiap musim permulaan musim. Makanya langkah pengawalan bajet ini sangat penting.

Penubuhan semula Akademi Bolasepak Johor(ABJ) merupakan satu langkah terbaik. Kalau nak tahu, sekitar 1997 dulu saya pernah mencuba ujian untuk memasuki ABJ ini,tapi gagal di peringkat exam..hahaha..bodoh betol. Akademi ini sangat bagus diwujudkan ketika ini kerana bolasepak Malaysia sedang mula mendapat perhatian ibu bapa. Alangkah indah sekiranya ramai bakat2 muda dapat dikorek dari akademi ini demi kebaikan bolasepak Malaysia dan Johor sendiri.

Kemudiannya Johor pula hanya akan ada 2 pasukan sahaja yang akan beraksi dalam Liga Malaysia. Dengan ini TMJ akan lebih mudah untuk memantau pasukan kerana hanya melibatkan 2 pasukan sahaja yg beraksi diperingkat Malaysia.

Jadi,apakah keburukan visi beliau ini?Pendapat peribadi saya, ada beberapa isu yg perlu diambil perhatian oleh beliau. Seperti yang kita tahu, hanya akan ada 2 pasukan Johor sahaja yang akan beraksi dalam Liga Malaysia. Apa akan jadi dengan pasukan lain seperti MBJB Johor dan MP Muar. Pemain Johor FC mungkin dengan mudahnya akan diserapkan dalam pasukan Johor. Dan yang mane ala-ala sengal tu akan dimasukan dalam Johor B. Tapi apakah akan berlaku sekiranya pada masa hadapan Johor B menjadi power?seterusnya layak bermain Liga Super.Manakala ketika itu Johor terjatuh ke Liga FAM?macamana dengan nama Johor dan Johor B itu?

Skuad Piala Presiden MP Muar pula tahun lepas layak sehingga ke Final dan tumpas pada Kelantan. Kenapa team ini tak dikekalkan dan dibangunkan sehingga layak ke Liga Perdana? Kemana harus diletak bakat2 muda ini kerana hanya akan ada 2 team senior sahaja yang akan beraksi dalam Liga Malaysia? Disini akan berlaku pembaziran bakat.

Bagi pendapat saya, team yang sedia ada macam Johor FA, Johor FC, MBJB Johor dan MP Muar wajar dikekalkan.Cuma kita perlu memantau setiap pasukan ini secara telus supaya tak berlaku penyelewengan bajet dan sebagainya. TMJ juga berhak menapis sekiranya pasukan ini tak layak lagi beraksi di Liga Malaysia.Tiada masalah disini. Hanya yang benar2 menunjukan daya tahan sahaja yang dibenarkan beraksi dalam Liga M.

Selain itu, TMJ sepatutnya boleh mewujudkan Liga Johor untuk setiap peringkat umur. Dari sini bakat2 muda akan dapat dicungkil dan diserapkan ke dalam Akademi. Kalau nak tunggu ibubapa hantar anak masuk Akademi bolasepak memangla payah. Wujudkan Akademi bolasepak yang turut menyediakan system pendidikan. Ini supaya pemain2 yang lahir nanti taklah menyepak bola mengikut arah telor mereka.

Setelah wujudnya Liga Johor ini, usaha seterusnya cuba menjenamakannya supaya dapat menarik perhatian tajaan dan media tempatan. Kalau dah dapat tajaan, barulah Liga Johor dan pasukannya dapat meneruskan survival untuk beraksi dalam Liga Malaysia.

Program akar umbi sebenarnya amat penting. Selain memantapkan organisasi PBNJ, TMJ juga wajar melihat masalah kekurangan padang dan kemudahan untuk anak2 muda bermain bolasepak padang.Yang ada kini hanya gelanggang futsal. Pendapat peribadi saya, penubuhan hanya kepada 2 team sahaja ini adalah jalan pintas untuk mengecilkan skop mengawal pasukan.Kenapa perlu kelua banyak duit untuk 4 pasukan(contoh) sekiranya kita ada kuasa untuk mengurangkannya?

Lagi satu, TMJ sepatutnya dengan tabah hati menerima kritikan pedas dari peminat bolasepak kerana beliau telah menceburkan diri dalam sukan paling popular di Malaysia. Dia tak perlu melenting dengan mengatakan kami pengkritik ini sebagai ‘anjing menyalak bukit’ dan ‘takda otak’. Iya…kami tahu kamu lulusan luar Negara dan kami amat berharap kebijaksanaan itu dapat disalurkan sebaik mungkin. At the end, kami hanya akan ‘menyalak’ kerana kamu juga yang berkuasa.

Saya juga dikhabarkan bahawa Fandi Ahmad dan Gabriel Batistuta akan terlibat dalam projek ini. Ini adalah satu petanda baik. Mungkin pakar bolasepak seperti Shebby Singh bole dijemput sekali kedalam projek ini. Penangan MyTeam beliau masih dalam ingatan hamba.

Akhir kata,jangan ada yang terasa hati terutama buat anak-anak Johor. Saya pun antara anak Johor yang rindukan kejayaan pasukan yang kita sayangi ini…Tak baik taaaaaaaaauu….

Monday, February 6, 2012

Jadual Liga Malaysia - Week 6

Liga Super 6 Feb 07, 2012 (Selasa)

Selangor v Lions XII FC 8.45mlm, Std Nasional, Bukit Jalil
Negeri Sembilan v Terengganu PBDKT T-Team 8.45mlm, Std Tuanku Abdul Rahman, Paroi
Perak v Sarawak 8.45mlm, Std Perak, Ipoh
Kuala Lumpur v Kedah 4.45ptg, Std Hang Jebat, Melaka
Sabah v Kelantan 8.15mlm, Std Likas, Kota Kinabalu
Terengganu v Selangor PKNS FC 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Johor FC v KL Felda United FC 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang

Liga Perdana 6 Februari 10, 2012 (Jumaat)

Harimau Muda 'B' v Johor MP Muar FC 8.45mlm, Std Nasional Bukit Jalil
KL Sime Darby FC v Pulau Pinang USM FC 4.45ptg, Std Majlis Perbandaran Selayang
Pahang v Johor 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Temerloh
NS Betaria FC v PDRM 4.45ptg, Std Hang Tuah, Melaka
Johor MBJB FC v KL POS Malaysia FC 4.45ptg, Std Sultan Ibrahim, Muar
Perlis v ATM 8.45mlm, Std Utama Negeri, Kangar