There was an error in this gadget

Monday, December 31, 2012

Lampu Limpah Stadium Masalah Rutin Setiap Tahun



Masalah lampu limpah ini memang satu penyakit sosial dalam bola sepak Malaysia. Setiap tahun ia akan berlaku. Sudah macam satu acara tahunan apabila hendak mula sahaja liga Malaysia, maka berebut-rebutlah persatuan bola sepak negeri cuba menyelesaikan masalah ini. Jika tidak mereka akan terpaksa bermain di siang hari. Kalau dah main di waktu siang tu faham-faham sahajalah. Bermain waktu malam pun tak tentu lagi stadium tu penuh. Inikan pula waktu siang. Ye dak?


Setakat ini hanya 7 stadium sahaja yang dibenarkan bermain di waktu malam. Namun stadium-stadium yang lain masih boleh menaik taraf sistem lampu limpah mereka sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia. Bayangkan dalam berbelas stadium yang ada di muka bumi Malaysia ini, hanya 7 sahaja yang menepati syarat iaitu mencapai tahap minimum 800 lux seperti ditetapkan FAM. 

Dahulu basah kuyup Supermokh...kini basah kuyup J.Lo di Stadium Merdeka.

Stadium yang pertama dibina di Malaysia ialah Stadium Merdeka iaitu pada tahun 1956. Namun kini ia hanya layak untuk acara hiburan. Stadium Merdeka juga telah diistiharkan sebagai monumen bersejarah dan kini ia sepi dari sebarang aktiviti bola sepak. Jika hendak dibandingkan dengan Stadium Nou Camp ia sememangnya amat berbeza. Stadium Nou Camp dibina pada tahun 1957 dan sehingga kini masih utuh menjadi medan warga Catalonia menyaksikan kehebatan pasukan bola sepak mereka beraksi saban minggu.

Bayangkanlah betapa dahsyatnya stadium bola sepak di Malaysia ini apabila sebauh stadium yang siap dibina pada Mei 2008, runtuh secara tiba-tiba selepas ditiup angin pada 2 Jun 2009, pukul jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Mujurlah tiada seorang manusia pun yang sedang menonton bola sepak ketika itu. Hanya sebuah kereta kancil milik Hanafiah Osman, dan empat buah motosikal milik rakannya sahaja yang tertimbus. Siapa Hanafiah Osman? Sila tanya orang-orang Gong Badak.




Seperti yang kerap saya beritahu, kegilaan persatuan bola sepak negeri yang diuruskan ala-ala kedai runcit (kedai runcit pun ada yang lebih tersusun pentadbirannya) ini sering menjadi punca kepada hilangnya dana dari FAM dan hilangnya keuntungan dari penjualan tiket berlaku secara 'ajaib'. Sudahlah persatuan bola sepak negeri  malas hendak mencari penaja. Duit tajaan yang ditabur oleh Astro pula hilang tanpa dikesan. Entah bila mereka ini akan insaf pun kawe tidak tahulah.


Mengikut kajian kawe, terdapat 26 buah stadium di serata Malaysia ini yang layak digunakan untuk aksi Liga Malaysia. Tetapi antara 26 buah stadium itu, ada antaranya sudah runtuhlah, fasiliti jahanamlah, dalam proses baik pulih selepas anjuran konsert Barisan Nasionallah dan pelbagai lagi punca misteri yang kita sendiri pun tidak terpikir dek akal yang waras ini.  Namun setakat ini hanya 7 buah Stadium sahaja yang boleh beraksi di sebelah malam.  Antaranya ialah:

  • Stadium Sultan Muhammad ke IV.
  • Shah Alam.
  • Darul Makmur.
  • Jalan Besar.
  • Darul Aman.
  • Tuanku Abdul Rahman.
  • Stadium Negeri Kuching.

Lihatlah sendiri betapa hebatnya bola sepak kita. Negeri yang kononya sedang memiliki pasukan terbaik di muka bumi pun masih tidak mempunyai stadium yang menepati syarat FAM. Macam mana mahu menang Piala Kelab Dunia ni? Tetapi jangan risau....FAM sentiasa bersikap tegas-tegas hanjeng. Percayalah apabila Liga Malaysia hendak bermula, maka semua baki stadium itu nanti secara tiba-tiba akan menepati syarat wajib bermain di waktu malam. Ini kerana jika bermain di waktu siang penonton akan kurang datang ke stadium (lagi-lagi hari kerja) maka penjualan tiket pun akan berkurangan. Kesannya poket FAM pun akan kureng masyuuuuk....Tak percaya? Tunggu sahajalah.

IMBAS KEMBALI 2012 : SEANTERO DUNIA


Sepanjang tahun 2012, kita dihidangkan dengan pelbagai kisah dan peristiwa. Ada yang sedih, gembira, seronok sendiri dan tidak kurang juga menyakitkan mata pena hitam yang memandangnya. Tetapi peristiwa yang mana satukah yang menjadi pilihan? Adakah kejayaan Olivia Culpo menjadi Ratu Alam Semesta meninggalkan kesan yang mendalam? Ataupun kejayaan UMNO secara cemerlang serta konsisten mentadbir negara sejak merdeka? Satu yang pasti semua yang disebutkan itu tidak akan diceritakan di sini. Ingin saya tegaskan di sini hanya akan menceritakan perihal bola sepak. Bukan bola tanding mahupun perihal LEMBU.


Selepas mendengar pendapat dari peminat bola sepak serata dunia termasuk dari Perlis hinggalah ke Kepulauan Papua Nugini. Berikut adalah peristiwa paling terkesan dalam jiwa mereka sepanjang 2012. Baca dengan hati terbuka dan hindarkan perasaan marah-marah tidak tentu pasal. Kalau rasa tidak setuju atau tidak puas hati, sila buat buku sendiri dan zahirkan pendapat anda itu dengan sepuas-puasnya. Diingatkan bahawa ini adalah penulisan secara percuma dan tidak mencuri duit melalui cukai dari kamu semua.

 
Kelantan Juara 'TREBLE'.

Jika sesebuah pasukan itu dengan selamba hanjengnya melakukan 'treble' untuk semusim. Maka sudah tentu ada sesuatu rahsia besar di sebalik kejayaan itu. Rahsia itu elok kita tanyakan sahaja kepada pengurusan KAFA. Tetapi pastinya dalam ramai-ramai peminat Red Warriors, tidak ada yang lebih layak untuk bergembira dan sujud syukur melainkan...Ya, Perdana Menteri kita yang merupakan anak jati kelahiran Pekan, Pahang dan juga peminat nombor 1 Red Warriors!





Van Persie Si Penderhaka Zaman Moden.

Ketika Van Persie membuat keputusan untuk menyertai perjuangan gelap syaitan merah, ada khabar mengatakan bergegar tapak perumahan di Highbury. Tidak kurang juga ramai remaja Geng Bas Sekolah yang remuk hati lalu membakar jersi bernombor 10 milik RVP itu. Ada RVP kisah? Yang penting kini beliau sedang berjuang di alam kejahatan bersama pasukan syaitan merah.

Mengaku meminati Arsenal sejak dari dalam perut ibunya lagi.


Isu Rasuah Mengheret Antonio Conte.

Selepas dengan angkuh membawa kejuaraan ke-28 Scudetto untuk Juventus serta berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk semusim, Antonio Conte didakwa dalam satu kes berkaitan rasuah. Beliau di gantung 10 bulan kerana gagal membuat laporan berkenaan 'match-fixing' antara Novara-Sienna dan AlbinoLeffe-Siena iaitu ketika beliau masih lagi menjadi jurulatih di Sienna.


Nazmi dan Fakri Menakluk Portugis.


Jika dahulu lanun-lanun Portugis sibuk datang ke Melaka untuk menakluk Tanah Melayu, tapi kini ia sudah berbeza. Nazmi Faiz serta pemain kegemaran rakyat Malaysia Fakri Saarani  dengan penuh berani berkelana ke negara Luis Figo untuk mengembangkan bakat demi sesuap nasik. Ia menunjukkan satu perkembangan bagus buat mereka berdua yang berani mencabar diri sendiri. Tetapi jika di tanya kepada Safee yang menonggeng, bermain untuk pasukan Selatan Tanah Air adalah yang terpaling 'WORLD CLASS' dalam hidup beliau. SYM!!!


Rafa Benitez Kembali Mencari Rezeki.

Entah apalah yang difikirkan oleh Saudara Roman ketika beliau memanggil Rafa untuk menjaga anak-anak berbakat dalam pasukan Chelsea. Seorang jurulatih yang pada mulanya dikatakan pandir oleh sesetengah puak penyokong Chelsea, namun kini secara perlahan-lahan sedang berjaya menawan hati peminat kipas mati 'The Blues'. Keberanian Chelsea menukar jurulatih bagaikan menukar kekasih membuktikan jati diri jantan wujud dalam jiwa pengurusan Chelsea. Hanya pasukan yang lemah batin sahaja percaya kepada jurulatih tunggal yang tua bangka.


Johor FC jadi Johor jadi Darul Takzim FC.

Bermula dengan cara ambil alih pasukan, cara menandatangani pemain serta pemilhan logo pasukan, semuanya serba tidak kena buat pasukan ini. Namun begitu, bagi peminat setia yang dahagakan aksi pasukan Johor di liga tertinggi selepas hampir 20 tahun menonton bola sepak negara luar di rumah melalui stesen satelit berbayar, ia dipanggil sebagai "ERA KEBANGKITAN BOLA SEPAK JOHOR". Tolong jangan samakan proses urusan seperti Pejabat Tanah ini dengan apa yang berlaku di Chelsea, Manchester City mahupun Paris Saint Germain.

Bukan Legoland, bukan JPO...tetapi inilah tarikan sebenar.


Sepanyol Pasukan Agung.

Tiada apa yang dapat menandingi kehebatan pasukan Sepanyol yang mencatat hatrik pada tahun ini selepas kejayaan mangaut Piala Eropah 2008, Piala Dunia 2010 serta Piala Eropah 2012. Namun apa yang menarik ialah mereka berjaya mempopularkan kembali taktik "FALSE 9" yang biasa diguna pakai oleh AS ROMA (Totti) dan BARCELONA (Messi). Tidak sabar menanti Piala Dunia Brazil 2014 untuk melihat aksi pasukan ini.


Harimau Malaya Gagal.

Kegagalan ini sudah dijangka. Ia dapat dilihat jelas bermula dari pemilihan pemain membawa kepada siri perlawanan persahabatan yang amat mengecewakan. Entah sampai bila agaknya kita akan terus dikecewakan seperti ini. Mujur kita semua ada perasaan sedih, marah dan malu sekiranya Harimau Malaya tewas. Tetapi masih ada individu kebal dan bebal yang tidak berasa bertanggungjawab dengan siri kegagalan Harimau Malaya selama 28 tahun ini.

Kekal Agung di Puncak!!!

Namun ada juga beberapa peritistiwa hebat yang berlaku pada 2012. Antaranya jaringan sepakan gunting Zlatan ketika secara solo dan angkuh memewaskan England dalam perlawanan persahabatan. Real Madrid menjulang kejuaraan La Liga dengan kemenangan ke atas Barcelona di Nou Camp. Ketenangan tahap hanjeng Andrea Pirlo dengan penalty 'Panenka' ketika bertemu England di Piala Eropah 2012. Sergio Aguero memberi kejayaan juara BPL 'hujung nafas' kepada kepada Manchester City.


Anda semua boleh memilih peristiwa mana yang paling berkesan di hati sepanjang 2012 ini. Tepuk perut tanya Rosnah Mat Aris. Akhir kata Majulah Bola Sepak 2013 untuk semua kecuali Perlis, Kedah dan Pulau Piang.

Thursday, December 27, 2012

Chelsea Pembawa Kegembiraan di Hari Natal

Percaya atau tidak? SINGA ASLAN


Selepas memberikan hadiah awal sempena Hari Natal kepada Aston Villa dan seluruh rakyat kota London, Chelsea sekali lagi berhasrat menabur stoking yang penuh dengan 'candy' pada malam Hari Natal ini. Dengan bercadang menjadikan Norwich sebagai mangsa santapan seterusnya, Chelsea yang berselera besar bagai Singa Aslan sudah semakin pasti tidak mendapat sebarang masalah untuk melaksanakannya.


Bagaikan Santa pulang membawa hadiah


Kemenangan Chelsea ke atas Norwich membuktikan mereka pasukan yang benar-benar serius dalam menentang musuh sejagat. Seri bukanlah pilihan Chelsea. Seri hanya untuk pasukan yang lemah mental seperti Arsenal. Kalah juga tidak mampu menjengah pasukan Chelsea. Kekalahan hanya menjadi sahabat baik kepada pasukan yang bangang seperti Manchester City dan Liverpool. Chelsea juga tidak memerlukan masa tambahan yang lebih untuk bangkit dan menjaringkan gol pada minit-minit kecederaan seperti pasukan yang tak cukup akal gamaknya.


Chelsea adalah pasukan agung lagi mantap. Kejayaan sudah mengalir dalam darah setiap pemain. Terimalah kenyataan angkuh ini walaupun ia pahit untuk ditelan. Chelsea Pembawa Kegembiraan di Hari Natal.







LIGA MALAYSIA 2013 YANG TERBAIK DALAM SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA SEJAGAT



Buat pertama kali dalam sejarah Liga Utama Malaysia iaitu Liga Super bermula tanpa pasukan dari utara Malaysia. Terpikir juga di kepala otak ini apakah aktiviti yang akan dilakukan oleh pemuda dari Kedah, Perlis dan Pulau Pinang apabila pasukan mereka hanya bersaing di dalam Liga Perdana dan Liga FAM. Adakah hujung minnggu mereka akan dihabiskan menonton bola sepak negara orang di stesen satelit berbayar?


Kita lupakan permasalahan yang mereka cari sendiri itu selepas Kedah begitu cemerlang dengan 'Double Treble 2007 dan 2008, Perlis dengan era mahsyur sekitar 2003-2008 dan juga Pulau Pinang yang muncul mekar dengan nama Merzagua Abderrazak pada 1996-1998. 12 pasukan yang bertarung dalam Liga Super 2013 ini mempunyai tarikan hebat bagai magnet walaupun tanpa tajaan dari syarikat rokok terbesar di Malaysia.


KENAPA LIGA MALAYSIA 2013 ADALAH YANG TERBAIK DALAM SEJARAH BOLA SEPAK DUNIA SEJAGAT?


Ini kerana:

1. ATM dari Manchester City menjadi Glasgow Rangers.


Musim lepas pasukan ATM menggemparkan arena bola sepak tempatan. Mereka rakus pada pra-musim 2012 dengan merekrut beberapa pemain berstatus bintang terutamanya dari Negeri Sembilan yang kebetulan ketika itu adalah penyandang Juara Piala Malaysia 2011. Berbeza dengan musim ini apabila kem ATM sunyi sepi bagaikan semua askar keguguran di medan perang. Tetapi status mereka sebagai Juara Liga Perdana 2012 serta naib Juara Piala Malaysia 2012 sudah pasti mendatangkan gerun kepada pesain-pesaing yang lain. Tertanya-tanya juga apakah nasib yang sedang menunggu ATM musim 2013 kerana ada beberapa pemain terbaik mereka dicilok pula oleh negeri yang kononnya berdaulat di selatan tanah air.


2. KELANTAN adalah pasukan yang hendak ditewaskan oleh semua pihak.


Kelantan bukan sahaja menjadi sasaran pasukan yang bertanding dalam Liga Malaysia, malahan juga menjadi buruan FAM. Ada sahaja yang tidak kena di mata FAM walaupun kesalahan Kelantan itu sekecil najis kutu. Selain itu juga, pra-musim menunjukkan Kelantan menjalin permusuhan 'manis' dengan pasukan Darul Takzim FC dan T-Team. Istilah 'cilok-mencilok' seperti sudah sebati dengan naluri pasukan Kelantan. Sifat Kelantan yang rajin terlibat dengan kontroversi ini juga berjaya menaikkan populariti kelab serta pemimpin-pemimpin yang ada di dalam organisasi KAFA. Namun apa yang menarik untuk dilihat ialah bolehkah kejayaan musim lepas mereka dikekalkan seiring dengan populariti yang mereka miliki?


3. SELANGOR sentiasa bersandarkan pada kenangan.


Persediaan Selangor untuk musim 2013 ini bolehlah dikatakan sebagai amat mudah dan bijaksana. Mereka menjual semua pemain yang dirasakan tidak lagi mampu untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang pemain dari pasukan yang gah dengan sejarah silam. Antara muka lama yang dijual ialah Amirul Hadi, Razman Roslan dan Safiq Rahim. Manakala pemain baru mereka pula paling ramai yang diambil ialah dari buangan pasukan Terengganu iaitu Sharbinee Allawee, Shukor Jusoh dan Forkey Doe. Tetapi apa yang paling menarik untuk dilihat ialah bagaimana Irfan Bakti mahu mengadunkan gandingan lipas kudung lincah di atas padang di antara S.Kunalan, Fitri Syazwan, K. Soley dan S. Veenod.


4. PERAK is the TRULLY YOB.


Pasukan Yob tenang seperti biasa. Pemain dari pasukan Yob juge idak le kecoh kahwin dengan artis atau sibuk digosipkan dengan artis. Pasukan Yob keghojenye main bola ater itu aje le yang dibuat deme sejak adanye langit dan bumi (dan juga padang bola). Deme tak pernah bergebang misi 3 piale ke MISI 33 ke. Kalau elok bebenor mainnye, deme menang piale. Kalau idak berape elok gayanye, deme menten je dalam Liga Super. Tapi nama nak kena relegated macam Kedah tu idak le sama sekali. Bile Yob dah membeli Farizal Marlias dan Hadi Yahya tu maknenye ajenyer seriusle deme nak menjulang walaupun hanye seketul piale musim ini. Ate IN AZRAAI WE TRUST!!! Ajenyer le Yob..


5. T-TEAM dalam serabut ada kebijaksanaan.


Tamat musim 2012 seolah-olah T-Team akan dikuburkan. Namun secara tiba-tiba bagaikan mendapat rahmat dari langit, pasukan ini kelihatan akan menjadi dahsyat dengan termetrainya perjanjian pemain import terbilang iaitu George Boateng dan Caleb Folan. Keduanya mempunyai pengalaman bermain dalam liga tahap tertinggi seperti Liga Perdana Inggeris dan memang diakui bakal beraksi cemerlang dalam Liga Malaysia yang carca marba ini. Cuma apa yang merisaukan ialah mereka berdua ini dikelilingi oleh pemain-pemain yang 'tak berapa nak ada'. Tetapi peminat pasukan ini tidak perlu risau dengan hadirnya satu susuk yang cukup dikenali dengan pelbagai kontroversi...Peter Butler akan menjulang T-Team ke puncak kejayaan. Yeay!!!



6. TERENGGANU mencari hala tuju.


Pada tahun 2011, ia adalah milik Terengganu. Namun pada 2012 semuanya berbeza. Prestasi yang menjunam membawa kepada rombakan besar-besaran di dalam pasukan ini. 10 pemain digugurkan manakala jurulatih baru Elavarasen dibawa masuk. Jelas selepas ketiadaan Irfan Bakti, pelbagai musibah melanda Terengganu. Walaupun penyu sebenarnya bukanlah haiwan yang ganas tetapi Terengganu masih terus memastikan bahawa jolokan kuasa bolasepak Pantai Timur bukan milik Kelantan secara mutlak. Mungkin gandingan dari skuad Piala Presiden dan pemain senior Terengganu pada musim ini akan mampu mengangkat nama mereka sekali lagi sebagai antara pasukan yang digeruni.


7. DARUL TAKZIM dan Fazura berpisah tiada


Menukar nama pasukan adalah tidak semudah menukar pasangan. Mungkin dek kerana tabiat luar padang, maka ianya terbawa-bawa ke dalam urusan pentadbiran bola sepak. Pasukan Darul Takzim musim ini muncul antara pencabar utama dalam perebutan setiap kejohanan yang dipertandingkan di Malaysia. Setelah 20 tahun orang-orang Johor hanya mampu berhibur di Danga Bay, kini mereka boleh menambah aktiviti menonton bola di Stadium bagi memenuhi jadual mingguan mereka. Ada cakap-cakap yang mengatakan pasukan ini hanya gah pada nama pemain-pemainnya sahaja. Tetapi ianya terpulang kepada bagaimana cara Fandi Ahmad untuk 'mengorek' bakat pemain-pemain bintang Harimau Malaya ini supaya menjadi penguasa sebenar Harimau Selatan!!!!



8. FELDA UNITED pasukan pilihan Makcik dan Pakcik Felda.


Bila sebut sahaja pasal Felda, ia tidak mungkin dapat dipisahkan dengan kosakata 'SAHAM'. Seperti biasa juga saya akan berkata seperti ini "Meningkatnya persembahan pasukan Felda United dalam kancah Liga Malaysia adalah berpunca daripada kenaikkan mencanak saham Felda Global Ventures di dagangan saham". Ia jelas seperti laporan daripada Buletin Utama TV3 bukan? Tetapi memiliki penyerang sehebat Mat Ghaddar untuk musim 2013 ini bukannlah satu gerenti untuk kejayaan pasukan FELDA. Ada kemungkinan juga FELDA akan menjadi sebagai pasukan pelengkap jadual Liga Malaysia sahaja dek kerana kekaburan matlamat sebenar mereka wujud dalam kancah liga tempatan. Kenapa mereka sibuk untuk bermain bola? Kita tanya sahaja kepada presiden FELDA yang bijaksana itu....


9. LIONS XII pasukan Temasik Agung.


2012 merupakan tahun gemilang bola sepak Singapura. Berjaya menjulang AFF Suzuki dengan penuh angkuh menjadikan mereka sebagai kuasa sebenar bolasepak Asia Tenggara ketika ini. Ada yang mengatakan musim 2013 ini mereka akan menghantar pasukan bawah 23 mereka ataupun lebih dikenali dengan nama manja Singa Muda. Ini demi memastikan pingat emas Sukan Sea 2013 menjadi milik mereka pula. Nampakya mereka masih yakin dengan formula kejayaan beraksi dalam Liga Malaysia. Menjadikan Liga Malaysia sebagai pusat latihan merupakan langkah bijak. Tetapi masih tidak mampu memberi pengajaran buat Rajagopal meskipun mempunyai masa selama satu musim untuk mengkaji taktikal Lions XII. Aku salah tajuk ke?


10. NEGERI SEMBILAN musohyo abih binaso!!!



Jang mahu beri peringatan. Nanti jangan kata Jang tak cakap. Jang kalau dah cakap kolumpo ni maknenyer Jang serius. Musim ini Jang memang betul-betul serius. Jang dah siapkan parang! Bukan! Jang bukan nak tetak orang. Jang nak ke kebun doghoyan di Ipoh. Jang dengar musimnya dah sampai, buahnya ranum dan peroi. Jang nak makan deghoyan ramai-ramai dengan Ultra Jang. Tu yang Jang bawak parang! Adat ke kebun deghoyan la kan. Jang juga dah bersiap hendak ke Legoland. Dengar cerita ada Fazura!! Jang Rombau mali tarak sombong, jumpa luar boleh tegur, Gedebe, Yob, Lebah, Lipan, Penyu, Gajah Duduk semua kawan Jang. Kita semua main bola bukan nak berperang. Okay jupe kek sanun!!!


11. PAHANG dengan nafas baru tanpa bau.


'Pahang not DEAD...'  bangang macam mana pun bola sepak Pahang, ia akan tetap sentiasa datang menghantui jiwa raga kita semua. Kembali ke Liga Super selepas semusim beraksi di Liga Perdana membuktikan Pahang sememangnya pasukan yang berdaya saing. Sekurang-kurangnya mereka tidak perlu membeli pasukan lain dan menamakannya dengan Darul Makmur. Jelas mereka telah berusaha keras untuk kembali beraksi dalam liga utama di Malaysia. Namun kehilangan status sebagai Penguasa Mutlak Pantai Timur kepada Kelantan dan Terengganu membuktikan masih banyak 'kerja sekolah' yang perlu dilakukan oleh Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hasan untuk musim ini.


12. SELANGOR PKNS pelengkap jadual.


Memang sukar untuk menyediakan data persediaan pasukan PKNS ini. Jika disuruh Azlan Johar sekalipun sudah pasti tergaru-garu kepala beliau. Tetapi jangan dipandang lekeh pasukan ini. Mereka berjaya membuat pembelian berkualiti dengan menandatangani Reshafiq Alwi, Zamri Morshidi serta pemain import Patrick Ronaldinho yang juga merupakan penjarin terbanyak Liga Perdana musim 2012. Dengan hanya bersandarkan kebijaksanaan Tuan Haji Abdull Rahman, nescaya pasukan PKNS akan sedikit jahanam untuk menghabiskan musim 2013 ini dengan cemerlang. Apa yang mampu mereka lakukan adalah berusaha, berdoa dan bertawakal. Bukankah begitu lebih baik...


Serba ringkas jadual pertandingan Liga Malaysia 2013

Piala Sumbangsih - 5 Jan 2013.
Kelantan vs ATM

Liga Perdana - 7 Jan 2013.

Liga Super - 8 Jan 2013.

Piala FA 2013 - 25 Jan 2013.

Thursday, December 13, 2012

Rahsia Sulit Kegagalan Berterusan Harimau Malaya






Dan sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dikecewakan. Episod duka kembali berulang, yang berbeza hanyalah pelakonnya sahaja yang beraksi di atas layar hijau padang bola sepak. Buat peminat bola sepak era Manja Man mahupun  Muhammad Radhi Mat Din, kegagalan ini mungkin mudah untuk ditelan. Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak Ultra yang hanya mula menonton bola sepak Malaysia sejak 2007? Sudah pasti mereka kecewa umpama Allif Aziz yang ditolak cintanya oleh Anne Ngasri.

Peminat-peminat bola Malaysia era Justin Bibir terkenal dengan perangai cepat teruja. Dulu-dulu bila menang Piala Suzuki atau emas Sukan SEA mereka akan bilang ‘this is our year’. Akhirnya ‘year’ yang dinanti-nantikan bertahan 3 tahun sahaja. Kemudian apabila muncul Safee Sali mereka bercakap pula tentang ‘a striker reborn’ atau ‘a team reborn’ secara khasnya.

Bagaimana kita hendak menguasai pentas ASIA sedangkan kita masih lagi terkial-kial bagaikan kanak-kanak kecil bertatih di ASIA TENGGARA? Selepas kita berjaya menguasai rantau ini selama 3 tahun, kini kita kembali ke fitrah sebenar. Kembali menjadi pasukan bola sepak yang tidak bedaya saing walaupun dikelilingi fasiliti serta kelengkapan bertaraf dunia.


Bola sepak Malaysia TENAT.

Bola sepak Malaysia memang dah lama sakit, bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Baik Soltan Bola mahupun Tengku Bola, mereka semua wajar dipersalahkan. Kemenangan bertemu Indonesia hanyalah satu janji palsu semata. Sedang pemain Harimau  Malaya sibuk bertarung di atas padang memikul maruah seluruh umat Malaya, Soltan Bola pula asyik masyuk melihat pertunjukan Dior’s Summer Collection.

Paling selalu kita dengar ialah jurulatih pasukan kebangsaan dipecat ataupun meletak jawatan. Ada juga pemain yang pantas mengaku kesilapan mereka adalah punca kepada kekalahan sesuatu perlawanan. Namun adakah kita pernah mendengar Soltan Bola mengaku kesalahan beliau selama 40 tahun gagal membawa Malaysia ke Piala Dunia? Siapa pernah dengar atau membacanya di mana-mana, sila beri tahu saya. Saya berani kerat errrrrr....tak perlu berjanji seperti remaja baru hendak akli baligh! 


Tiada bakat bertaraf dunia.

Kegagalan FAM melahirkan ramai pemain berbakat adalah antara contoh institusi ini berada dalam keadaan nazak. Mengharapkan hanya pada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sahaja adalah sesuatu yang tidak sihat. Lihatlah hasilnya apabila lebih separuh graduan SSBJ berada dalam pasukan Harimau Malaya ketika ini. Mereka seolah-olah terlalu selesa dan menjadi pilihan automatik jurulatih walaupun prestasi di Liga amat mendukacitakan. Orang putih kata 'a ticket to heaven'.

Ya pemain macam Safee Sali sememangnya hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Itupun dahulu semasa tahun 2010 sebelum Safee Yang Menunggang!!! Namun eranya sudah berlalu seperti air terjun Gunung Ledang yang jatuh menjunam. Yang ada bermain di Eropah pun tidak dipanggil pulang untuk berbakti pada nusa dan bangsa. Apa ke halnya dengan semua ini??



Nazmi, Tony dan Vincent bukan kunci kejayaan.


Bola sepak sebuah negara bukan dimajukan dengan menghantar satu atau dua pemain bermain di liga bola sepak negara lain yang lebih maju. Ia juga tidak dimajukan dengan mempunyai rakyat tempatan yang kaya-raya dan membeli kelab bolasepak luar. Jauh sekali ia dapat dimajukan dengan mempunyai syarikat seperti TM, Mister Potato, Genting atau Tune jadi penaja liga bolasepak negara lain.

Rakyat Malaysia juga mudah terpedaya dengan situasi seperti ini. Maka berebut-rebutlah mereka meminta Orang Kaya Raya itu meyerap masuk pemain si polan dan si polan ke dalam pasukan tersebut. Apa yang kita mahu adalah tokoh tempatan seperti Allahyarham Ahmad Basri Akil. Revolusi bola sepak Kedah yang beliau bawa amat dahsyat.

Ketika itu, Ahmad Basri Akil selaku pengurus sedar bahawa mendapatkan khidmat import perlukan dana tambahan. Kedah pantas mencari penaja dan hasilnya pada tahun 1989 itu mereka berjaya mengikat perjanjian dengan Sharp Roxy, menjadi pasukan Asia pertama ditaja oleh syarikat elektronik itu dan kedua di dunia. Sebuah lagi kelab bawah tajaan Sharp ketika itu ialah Manchester United. Ya, kita boleh katakan Kedah setaraf dengan Manchester United hebatnya pada zaman itu.


Rombakan struktur Liga Malaysia secara 'TOTAL'

Persatuan Bola sepak negeri yang ada sekarang ini sama sahaja naik bangangnya dengan FAM. Sebab itulah diulangi banyak kali supaya hapuskan sahaja pasukan bola sepak negeri dan gantikan dengan kelab-kelab. Perbanyakan pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia. Jadi, pemain-pemain kita akan beroleh jumlah perlawanan setaraf dengan liga berprestij di dunia.

Seorang pemain bola sepak bergelar pro kerana itulah profesion mereka dan kerana mereka berstatus profesional. Pekerjaan seorang pemain bola ialah bermain bola. Jika seorang pekerja ladang kelapa sawit dikehendaki turun menombak sawit di ladang sekerap mungkin dalam setahun maka seorang pemain bola yang berstatus pro juga dikehendaki turun ke padang sekerap mungkin dalam semusim. Dan dalam bola sepak era moden kekerapan ini adalah pada purata 35 kali dalam satu musim.

Contohilah Negara Hebat dalam bolasepak.

Kita kena ikut resam bolasepak negara seperti Jepun dan Korea, atau Australia dan Amerika Syarikat. Mereka ini semua 20 tahun dulu mempunyai liga bolasepak yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi atas kesedaran sendiri mereka rombak liga mereka, tubuhkan kelab bolasepak yang benar-benar kelab bolasepak sejati dan mulakan program pembangunan akar umbi secara menyeluruh. Hasilnya hari ini, biarpun bukan bertaraf kuasa bolasepak dunia, tetapi 4 negara ini adalah peserta tetap Piala Dunia.

Pujian perlu diberikan kepada Kelantan FA ketika ini yang mana organisasi mereka ditadbir secara teratur dan efisyen. Maka tidak hairanlah KAFA seringkali menjadi mangsa FAM yang sememangnya jelas mengkambing hitamkan persatuan ini sesuka hati mereka. Apa yang telah menimpa Anuar Musa adalah sama seperti yang pernah dialami oleh Ahmad Basri Akil.


Presiden FAM sila letak jawatan

Menunggu Presiden FAM meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini adalah sama seperti menunggu kucing bertanduk. FAM sebagai sebuah badan organisasi bola sepak yang terkenal dengan budaya mengampu dan membodek lebih berjaya melahirkan ramai pak turut berbanding mereka yang benar-benar bernafsu memajukan bola sepak Malaysia.

Percayalah selagi Presiden FAM tidak meletak jawatan, selama itulah juga bola sepak kita tidak akan ke mana-mana.

Tuesday, December 11, 2012

Chelsea Memikul Amanah Manusia Seluruh Alam II



Maruah England, EPL, Sepanyol, La Liga, Messi-Ronaldo, San Siro dan seluruh Eropah berada di atas bahu Chelsea. Selepas adik-beradik Manchester-Manchester kecundang di peringkat kumpulan musim lepas dan adik-adik Arsenal pancut awal di Emirates, kini Chelsea bertanggungjawab untuk terus mengibarkan St George's Cross di pentas Dunia pula. Mengharapkan Liverpool pula samalah seperti mengharapkan Hang Tuah kembali memastikan 'tak Melayu hilang di dunia', ianya mustahil dan hampir tidak masuk akal.

 
Lawan Chelsea bukan kelab cikai. C.F Monterrey adalah sebuah kelab Mexico dengan semangat Argentina. Mereka macam Chelsea juga, tidak ada banyak rekod kejuaraan melainkan 4 Mexican Primera DivisiĆ³n, 1 CONCACAF Cup Winners' Cup dan 2 CONCACAF Champions League. Tetapi untuk memandang rendah keupayaan C.F Monterrey adalah satu kesilapan besar. Ini adalah kelab yang pernah dibarisi pemain ternama seperti Luiz Hernandez dan Sebastian Abreu.

 
Selepas kalah 3-0 di Turin, banyak perubahan melanda Chelsea. Pemilik yang dikatakan pandir telah bertindak menukar pengurus dari RDM kepada RB. Kesatuan umat dalam bilik persalinan dihidupkan kembali dengan penerapan nilai-nilai 'Kelab Didahulukan, Piala Diutamakan' sejajar dengan prinsip '1Chelsea'. Pemain seperti Fernando Torres telah diberi nafas baru sesuai dengan ketibaan Bapak Angkat beliau, Rafa Benitez.

 
Chelsea nampaknya tenang menggalas tugas berat di bumi kelahiran Hidetoshi Nakata ini demi menjaga maruah England, Eropah dan Sir Francis Light. Bagaikan mutiara jatuh dari langit, nasib baik ada Chelsea yang berjaya mempertahankan maruah umat England dan kerabat diraja England dari tergadai. Jelas Chelsea berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Manchester-Manchester dan Milan-Milan. 
 
 
Kepada seluruh pendukung setia bola sepak, anda bolehlah menjadi penonton di televisyen melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Chelsea melaksanakan misi Memikul Amanah Manusia Seluruh Alam ini dengan jayanya. Tiada pasukan berwarna merah di atas padang yang akan beraksi. Jika adapun warna merah ialah pada bungkusan plastik berger yang akan menjadi santapan sambil melihat aksi Chelsea menewaskan C.F Monterrey.


13 December 2012 6:30 PM
Monterrey - Chelsea
International Stadium Yokohama, Yokohama

Monday, December 10, 2012

Piala FA Malaysia 2013



JADUAL PIALA FA 2013

1st Round - 25 Jan 2013
2nd Round - 26 Feb 2013

*1st dan 2nd round tiada timbal balik


Suku Akhir

6 April 2013
16 April 2013


Separuh Akhir

5 Mei 2013
28 Mei 2013


Akhir

26 Jun 2013


PKNS vs Lions (Pemenang akan bertemu Kelantan)
 

Sarawak vs Melaka
 
Preach Khan vs PBAPP
 
KL vs Pos Malaysia
 
UITM vs N.Sembilan
 
PDRM vs P.pinang
 
Spa KL vs Terengganu
 
Kedah vs NS Betaria
 
Perak vs Johor DT
 
Sabah vs Felda
 
Selangor vs ATM
 
Johor vs Pahang
 
Shahzan Muda vs Tentera Darat
 
T-Team vs Perlis (Pemenang akan bertemu Sime Darby)


#Kelantan dan Sime Darby mendapat Bai Roti selaku Juara dan Naib Juara

Sunday, December 9, 2012

Malaysia seri,tetapi belum kalah lagi.

Dah tau dah kenapa Johor gelojoh nak beli Wak Lan?



Harimau Malaya secara konsistensi mengekalkan momentum bermain secara bangang tetapi tidak kalah.  Demi menjaga hati peniaga tomyam di Malaysia, Farizal Marlias merelakan gawangnya bolos. Kita jumpa  diperlawanan kedua di Stadium Rajamanggala Khamis ini.


# Entri pendek sebab sakit pinggang.

Chelsea Memikul Amanah Manusia Seluruh Alam.



Terkeluarnya Chelsea dari pertandingan Liga Juara-Juara Eropah 2012/2013 sebagai mantan juara adalah sesuatu yang telah dirancang. Perancangan yang maha teliti sehingga mengelirukan ramai pihak. Ada pemuda dari Temerloh bersorak mendengar berita ini , tidak kurang juga anak muda dari Kuching yang tersenyum sinis di rumah sambil menyangkakan era Chelsea bersama Benitez akan tamat dalam masa 2-3 bulan sahaja lagi.


Mereka semua silap. Rafa Benitez dan Chelsea adalah satu adunan lengkap seperti 'Roti Nan Cheese dan Ayam Tandoori' dalam misi mereka merangkul kejuaraan Piala Dunia Kelab FIFA 2012. Kepada siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan Chelsea? Takkan pula kita mahu menghantar pasukan Liverpool yang hanya bersandarkan pada sejarah silam? Takkan pula hendak dihantar Arsenal yang saban tahun hanya berjanji akan bangkit dan bangkit dan bangkit...? Takkan pula kita mahu melihat pasukan Manchester-Manchester pergi ke Jepun hanya untuk di belasah pasukan dari Brazil seperti Corinthians. Mereka semua ini akan memalukan rakyat England dan seluruh negara jajahan British sahaja. Maka Chelsea adalah pasukan yang paling layak Memikul Amanah Manusia Seluruh Alam.



Selain itu, laman sesawang rasmi Chelsea telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sepakat mahu memberikan sedikit rasa seronok kepada pasukan lain untuk menewaskan Barcelona itupun kalau berjaya. Seperti yang semua maklum, ketika ini hanya Chelsea yang mampu menewaskan Barcelona dan bukannya Bayern Munich ataupun AC Milan. Jadi selepas ketiadaan Chelsea di Liga Juara-Juara Eropah 2012/2013, pasukan yang sering dibelasah Barcelona seperti Manchester United dan Arsenal akan mampu merasa keseronokkan menewaskan Barcelona...diulangi...itupun kalau mampu...



Ketika ini juga ramai yang semakin gentar apabila gandingan Rafa-Torres sudah mula menampakkan sinar cahaya. Inilah gandingan terhebat di muka bumi ini mengatasi gandingan uzur SAF-Rooney, gandingan caca marba Rodgers-Gerrard mahupun gandingan bapa dan anak ikan Wenger-Ramsey. Percayalah kepada Rafa-Torres dan anda semua akan selamat berbahagia melihat Chelsea menjulang semua piala yang dipertandingkan pada musim ini.



Senarai Skuad 2013: Negeri Sembilan



PENJAGA GOL


Mohd Hamsani Ahmad
Badrulzaman Abdul Halim
Muhammad Kaharuddin Abdul Rahman


PERTAHANAN


Mohd Zulfaizham Kamis
Tengku Qayyum Ubaidillah Ahmad
Mohd Fauzi Nan
William Paul Modibo
Muszaki Abu Bakar
Norhafiz Zamani Misbah
Azmeer Yusof
Abdul Ghani Rahman
Norismaidham Ismail
Moh Alif Shamsuddin
Muhd Riduan


TENGAH


Idris Abdul Karim
Abdul Halim Zainal
Shahurain Abu Samah
Rashid Mahmud
Eddy Helmi Abdul Manan
Mohd Nazrin Mohd Nawi


PENYERANG


Ahmad Shakir Mohd Ali
Emanuel De Porras
Mohd Firdaus Azizul
Mohd Alafi Mahmud

Thursday, December 6, 2012

Senarai Skuad 2013 : PERAK



PENJAGA GOL


1. FARIZAL MARLIAS
2. KHAIRUL AMRI SALEHUDDIN
3. MOHD JIBRAIL KAMARON BAHARIN


PERTAHANAN


1. THIRUMURUGAN
2. KHAIRI KIMAN
3. NASIR BASHARUDDIN
4. SHAHROM KALAM
5. SYAZWAN ROSLAN
6. RAFAEL SOUZA NOVAIS
7. SIVAKUMAR
8. HAZRUL MUSTAFA
9. HISYAMUDDIN


TENGAH


1. SHAHRULNIZAM MUSTAFA
2. NAZRI KAMAL
3. YONG KUONG YONG
4. CHANTURU
5. D. SAVRINAATHAN
6. RAFIUDDIN


PENYERANG


1. HADI YAHYA
2. AZLAN ISMAIL
3. FAILEE GHAZLI
4. KARIM ROUNI

Prebiu Piala AFF Suzuki: MALAYSIA vs THAILAND


MALAYSIA vs THAILAND

Pendahuluan Kisah


Berita Harimau Malaya layak ke separuh akhir selepas menewaskan Indonesia yang meng-ENDONkan rakyat Belanda meskipun memiliki 237 juta penduduk, tersebar ke serata dunia dengan pantas sekali. Khabarnya bergegar Stadium Bung Karno menerima berita buruk itu yang mana kali ini ia dilaporkan secara tulus oleh Buletin Utama TV3. Itupun hendak menipu juga dengan menyebut Shakir Shaari sebagai Shakir Ali. Amat jelas sifat menipu masih menebal dalam jiwa TV3.

 
Menanti dengan penuh nafsu di Separuh Akhir adalah pasukan Thailand. Pasukan yang lebih mesra dengan panggilan manja Changsuek ataupun dalam bahasa yang mudah difahami, Gajah Perang. Atau ada juga yang menggelar mereka sebagai Gajah Putih. Aaaaah..tidak kiralah apa jenis gajah sekalipun. Yang penting bukan Tok Gajah atau Gajah Duduk pasukan kesayangan Soltan Bola.

 
Mungkin pertemuan Malaysia-Thailand tidak se-gah Malaysia-Indonesia. Provokasi sebelum permainan antara Malaysia-Thailand juga suam-suam hanjeng gamaknya. Mungkin kerana rakyat Malaysia takut tidak dapat lagi berkunjung ke Hatyai secara kerap. Barangkali ada di situ...

 
Pertarungan Malaysia-Thailand ini lebih kepada mencari hak penguasa sebenar di rantau Asia Tenggara. Adakah ia milik Thailand yang terkenal dengan 'Persembahan Harimau Perempuan' ? Atau ia kekal milik Malaysia yang terkenal dengan Fakri Saarani? Hanya masa sahaja yang akan menentukan segalanya.



Thailand Bangkit Dari Abu


Negara Thailand tidak pernah dijajah, dan begitulah juga halnya dengan bola sepak mereka. Selama beberapa dekad mereka menguasai Asia Tenggara sehinggalah muncul pasukan Malaysia menerajui rantau ini bermula daripada tahun 2009. Namun begitu, umum mengetahui betapa hubungan rapat antara Thailand dengan Malaysia. Ramai pemain-pemain hebat Thailand pernah beraksi di Liga Malaysia yang penuh prestij ini.


Antara pemain Thailand yang pernah beraksi di Liga Malaysia ialah Piyapong Piew-on dan Attaphol Buspakom (Pahang). Kiatisuk Senamuang bekas pemain terbaik Piala Tiger 2000 (sekarang Piala Suzuki) pula pernah bermain untuk pasukan Perlis. Manakala Worrawoot Srimaka penjaring terbanyak Piala Tiger 2000 adalah bekas pemain import pasukan Kelantan.

 
Pada Piala Suzuki 2010, persembahan pasukan Thailand amat mengecewakan dan huru-hara bagaikan Thaksin Shinawatra digulingkan  rakyat jelatanya. Ketika itu, FA Thailand dan pakar-pakar bolasepak negara Gajah Putih semuanya sibuk menggaru kepala, manakala Kiatisuk Senamuang pula lapornya sudah sampai beruban kepala memikirkan di mana silapnya skuad 2010 ini.


Tetapi kini Thailand seakan mendapat suntikan 'ganja'. Rekod mereka yang memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan amat mengerikan. Teerasil Dangda juga nampaknya bertekad mahu memastikan hegemoni mereka ke atas Malaysia kembali berkekalan. Kedua-dua pasukan merupakan pesaing sengit dalam kejohanan 2012 ini.  Memang benarlah kata Azlan Johar, Thailand adalah Jerman versi Asia Tenggara.


Malaysia Pula Bangkit Dari Hujan


Selepas dihentam dari semua pihak (termasuk aku), skuad Harimau Malaya kini bangkit semula dari hujan. Ya, hujan rahmat di Bukit Jalil adalah bukti Harimau Malaya bukan calang-calang pasukan. Ketika ditanya oleh wartawan The Sun UK kepada Rajagopal mengenai peluang Malaysia bertemu Thailand, beliau berkata..."Saya yakin bahawa kami boleh menang perlawanan ini jika para pemain mampu menyamai usaha pemain lawan, kami mendapat keputusan baik sewaktu melawan Indonesia minggu lalu, yang mana sepatutnya memberi kami keyakinan untuk beraksi baik menentang Thailand,". Begitulah yakinnya Rajagopal menjelang pertemuan ini. Berbunyi angkuh pun ada juga...


Beraksi di Bukit Jalil pada pertemuan pertama memberi banyak kelebihan kepada pasukan Malaysia. Kita hanya perlu sumbat seberapa banyak gol di sini. Kemudian di Stadium Rajamanggala, jika Rajagopal hendak 'parking' pesawat kapal terbang Air Asia di hadapan gol Malaysia sekalipun, akan saya izinkan. Inilah masanya untuk Harimau Malaya membalas semula kepercayaan seluruh rakyat Malaysia yang yakin dengan kehebatan pasukan ini.


Statistik Malaysia-Thailand


Kali pertama Malaysia-Thailand bertemu adalah pada 8 September 1996 ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Tiger. Keputusan perlawanan ketika itu ialah 1-1 hasil jaringan pemain sensasi Thailand, Kiatisuk Senamuang dan permata hitam Malaysia, Zainal Abidin Hassan. Malaysi berpeluang mecatat kejayaan ke atas Thailand dalam kejohanan yang sama. Namun perkaraa sebaliknya yang berlaku. Pada perlawanan akhir dengan bersaksikan 14,000 penonton di Stadium Nasional, Singapura, Malaysia tumpas 1-0 juga hasil jaringan Kiatisuk Senamuang.

 
 
Selepas itu Malaysia-Thailand dipertemukan lagi pada edisi 2000 dan 2008. Malaysia tewas kedua-dua pertemuan. Tewas 2-0 pada separuh akhir tahun 2000 dan 3-0 pada perigkat kumpulan 2008. Tetapi pada kejohanan tahun 2010, pasukan Malaysia bejaya mengikat Thailand dengan keputusan 0-0 pada peringkat kumpulan. Pertemuan terbaru pada tahun ini menyaksikan Harimau Malaya tewas 2-0 sehingga menjadi punca huru-hara di kalangan wartawan di Malaysia.


Tewaskan Thailand dan Malaysia akan menjadi JUARA!!!!


Aku sebagai seorang lelaki yang sentiasa berpegang kepada prinsip "BOLA SEPAK ADALAH LEBIH PENTING DARI WANITA" ingin berpesan kepada semua pemain Harimau Malaya agar fokus pada permainan dan kejohanan ini. Yang mana hendak berkahwin, harap ditunda nafsu serakah itu dahulu. Yang mana duda, harap lupakan sahaja keinginan untuk menunggang 'ehem-ehem' buat sementara waktu. Yang bujang seperti Wan Zack Haikal pula dinasihatkan jauhi saja Izara Aisyah atau Rosnah Mat Aris kerana sesungguhnya mereka semua itu agak merbahaya.


Sebagai seorang pendukung tegar bola sepak Malaysia, aku menyeru semangat Ngap Sayot dan roh pejuang-pejuang Jang agar memenuhi setiap ruang pelusuk di Stadium Bukit Jalil. Jadikan ayat-ayat manis menghiasi ruang akhbar pada pagi Isnin nanti. Bergembiranya kita di pagi Isnin nanti sehingga ada pemuda dari Sri Gombak yang berjalan seiringan bertepuk tangan bersama mamak yang menjual surat khabar.


Seperti biasa suka saya untuk meminjam kata-kata keramat Hasbullah Awang pengulas bola sepak tersohor Malaysia. Tewaskan Thailand dan Malaysia akan menjadi JUARA!!!!

Wednesday, December 5, 2012

Senarai Skuad 2013: Sabah



Penjaga Gol :

Syamsuri Mustafa
Irwan Jamil
Shahril Sha’ari


Pertahanan :

Alto Linus
Sumardi Hajalan
Rosdin Wasli
Razid Gapar
Zulamri Mohammad
Rhys David Weston
Hardy Parsi
Wan Azwari Wan Noor
Shahril Faizal Sharifuddin


Tengah :

Shahrul Azhar Ture
Radzi Husin
Shahruddin Yakup
Sabri Sahar
Farid Saibun
Wan Alif Wan Jasmi
Fazilidin Khalid
Hafizulldin Mohd Noor


Penyerang :

Leopold Alphonso
Zainizam Marjan
Koh Traore
Juffry Omopor
Ibnu Kassim
Khairul Izuan Khalid



Jurulatih : David McCreery

Tuesday, December 4, 2012

Berfikir di Luar Kotak Cara Tengku Bola



Salam Satu Harimau Selatan. Wujudnya entri ini adalah untuk cuba menjelaskan beberapa persoalan dari pengkomen di entri kawe yang bertajuk 'Siapa Johor FA di mata Riquelme?' (http://hadriegas.blogspot.com/2012/07/siapa-johor-fa-di-mata-riquelme.html). Kawe akan cuba sebaik mungkin berdasarkan ilmu yang cetek dan tidak seberapa ini. Sebenarnya aku suka komen-komen membina seperti ini dari mencarut tidak tentu pasal. 


Situasi 1:

"ape pon bro... ko kene berfikir di luar kotak... ko ni masih dalam kotak... itulah kejutan bro.. nak berjaya... kene bertindak... nampak tak logik dan gila kan??? tapi sudah 2 pemain dunia tanda tangan contrak bro... jgn tahu kutuk sahaja... tapi punyai lah sikap... tunggu dah lihat.. bila tak terjadi baru kutuk... PBNJ tak leh umum kan sepenuhnya selagi tak 6 dicember... MCM NI KE BOLA SEPAK NAK MAJU... ASIK DUK BERCAKAP TAK BERTINDAK...."


Situasi 2:

"bawa pemain dari luar... yg mahal dan tak masuk akal... tu strategy bro... gua nak cakap ngn lu bro... lu pergi england.. tanya johor FA dia kenal x... lu pergi asia tengara cukup la... tak kenal bro... Johor FA baru nak bawak masuk... bukan kata singapore ngn indon dah tahu Johor ni... thailand dan banyak negara lain dah tahu... baru cakap nak bawak masukb bekas2 pemain dunia main sini bro... kalau dah masuk mcm mana?? org luar akan banyak kenal malaysia terutama Johor la.. maka perkembangan bola sepak malaysia lebih pantas berkembang... aku bagi contoh la bro.. beckham sebelum masuk RED BULL FC ... org kenal ke kelab tu?? beckham masuk baru tahu... DROGBA ngn ANELKA masuk sheng shua club... lu kenal ke kelab tu sebelum ni?? tak tahu kan.. sekrang lu sebut2 bro... ni aku cerita satu aspek jer bro... banyak lagi aspek.. lu fikir la sendiri.."


Pertama sekali aku hendak perbetulkan beberapa fakta yang salah dari pengkomen di atas. David Beckham sebenarnya bermain untuk Los Angeles Galaxy di Major League Soccer. Mungkin pengkomen di atas terlalu teruja sehingga tersalah taip.


Kedudukan MLS dalam ranking dunia ketika ini berada di tangga ke-21 dan MLS kelihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tidak dinafikan kehadiran David Beckham, Robbie Keane, Thierry Henry dan Rafael Marquez berjaya menaikkan profil MLS dan kualiti dalam persaingan di MLS. 


Tetapi apa yang mebezakan MLS dengan Liga Malaysia? 


MLS lebih berada di landasan yang betul kerana pasukan yang bersaing di dalamnya adalah terdiri daripada kelab bola sepak. Dan bukannya pasukan negeri seperti di Malaysia. Terus-terang saya tiada masalah dengan siapa pemain yang hendak pasukan Johor beli. Almaklumlah dengan RM55 juta setiap tahun tajaan dari Astro kepada FAM. Kemungkinan besar juga FAM akan berkongsi kemewahan ini dengan pasukan negeri dan kelab bolasepak. Seperti yang saya cakap, " Tidak salah hendak membeli Riquelme. Cuma keadaan Liga Malaysia dan pasukan Johor FA itu sendiri yang tidak berapa nak ada itulah yang menjadi masalahnya."


Apa masalahnya dengan Liga Malaysia?


Kita tolak dahulu isu makan duit, rasuah dan kronisme dalam bola sepak tempatan. Berbicara mengenainya tidak akan pernah tamat. Seperti yang selalu aku hebahkan bahawa struktur liga bolasepak kita perlu dirombak. Perlu banyakkan kelab bola sepak dan mansuhkan penyertaan pasukan negeri dalam liga. Kita perlu mansuhkan pasukan negeri kerana pasukan negeri yang ada sekarang semuanya di bawah kendalian FA negeri masing-masing. Lihat apa yang telah berlaku kepada Johor FC, sebuah kelab yang ditadbir secara teratur tetapi malangnya kini ditelan hidup-hidup oleh PBNJ yang dahulunya jelas gagal menaikkan martabat bola sepak Johor seadanya.


Parasit FA negeri inilah yang sebenarnya menelan sejumlah besar RM330 juta sumbangan Dunhill dulu. Mereka dapat duit peruntukan dan ianya digunakan untuk menanggung kos pasukan negeri masing-masing. Oleh kerana ianya sebuah pasukan bola sepak milik persatuan, tidak ada seekor pun kakitangan yang terfikir hendak mencari sumber kewangan yang lain. Semua hanya tahu nak perabih duit yang ada.



RM330 juta yang ada dulu habis begitu saja kerana setiap pemimpin politik yang menerajui FA negeri masing-masing berbelanja besar untuk menguatkan pasukan negeri. Jika pasukan negeri muncul juara liga atau Piala Malaysia, tokoh politik tersebut boleh tumpang glamer. Contoh paling ketara, kegilaan berbelanja besar Pahang FA satu masa dulu dalam dekad 1990-an untuk menjuarai Piala Malaysia. Sekarang apa cerita Pahang FA? Pergi tanya Tengku Bola Pahang.



Liga Malaysia vs China Super League.


Liga Malaysia berada di rangking ke-18 Asia, manakala China Super League di tangga ke-8. Masih jauh sekiranya kita hendak mengatakan Malaysia wajar meniru cara China yang telah pun berjaya layak ke Piala Dunia. Malaysia? Belum. Tetapi hendak mengatakan langkah China Super League ini adalah 100% betul pun tidak boleh juga. Kenapa? Cuba kita kaji Liga Bola Sepak Korea ataupun dipanggil Sonata K-League. Terkini liga mereka berada di tangga pertama Asia dan ke-12 di dunia sejak ia ditubuhkan pada 1983. Dan sepanjang tempoh itu, saya tidak dapat kesan mana-mana pemain bola sepak se-gah Anelka dan Drogba bermain di K-League. Jika ada pun hanyalah Kiki Musampa.


Buat pengetahuan kita juga, Shanghai Shensua sedang mengalami masalah kewangan dan isu dalaman. Inilah kesannya jika pentadbiran yang membabi buta inginkan keuntungan cepat akhirnya mengalami kerugian secara halus tanpa mereka sedari. Sama juga dengan senarionya di Malaysia. Di mana pasukan seperti Perlis, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berada sekarang? Apabila individu yang gila kuasa di beri kuasa di peringkat negeri, habis satu kapal menjadi karam!


Dan Sultan Bola serta FAM sendiri tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kerana FA negeri juga penuh dengan ahli-ahli politik yang ada kuasa dan pengaruh, orang kuat parti contohnya UMNO. Itu belum kira dengan penaung setiap FA negeri yang merupakan sultan atau yang dipertua negeri tersebut. Jadi benda ini sudah jadi masalah politik tahap dewa. Tapi itu cerita lain. Ini Mata Pena Hitam bukan Papa Gomo ataupun Milo Suam.


Ini isu yang paling serius.


Inilah sebenarnya isu yang aku mahu bangkitkan dan dijadikan peringatan serta renungan buat kita semua.  Bukan soal artis mana yang mahu kahwin dengan kerabat, bukan soal pemain bola yang menjadi rebutan dua pasukan negeri yang bangang dan juga bukan soal jenis kereta apakah yang menjadi kegemaran kerabat tersebut. Dan pastinya juga bukan aku sengaja hendak mengalihkan perhatian dari cerita Chelsea. Sekian.


Monday, December 3, 2012

Senarai Skuad 2013: T-Team



Penjaga Gol


Suhardy Alby
Mohd Iqbal Suhaimi


Pertahanan


Md. Hassan Basri
Airulrizuan Mustafa
Mohd Shazlan Alias
Mohd Nuralif Zainal Abidin
Mohd Marzuki Yusof (Captain)
Mazlizam Mohamad
Mahathevan A/L Gengatharan
Muhd Naim Zakaria
Humaidi Azmi


Pemain Tengah


Ismail Halil
Saiful Mohamad
Mohd Hasbullah Awang
Antwi George Boateng
Mohd Badrul Hisyam Morris
Azrul Hazran Amiludin
Shafuan Adli Shari
Pritam Singh Charun Singh
Muhammad Hafizan Talib
Ahmad Takhiyudin Roslan


Penyerang


Mohd Muinuddin Mohktar
Caleb Colman Folan
Abd Latif Suhaimi
Yusri Abas

Saturday, December 1, 2012

Ulasan Minit ke Minit Malaysia vs Indonesia



Hujan yang turun membasahi rumput di Bukit Jalil bagaikan satu rahmat buat anak buah Rajagopal. Mereka melangkah gagah ke atas padang dengan sedikit perasaan bangga kerana stadium dipenuhi dengan lautan hitam kuning. Lagu negaraku berkumandang dan secara tiba-tiba darah pejuang Hang Jebat menyelinap ke dalam urat darah pemain Harimau Malaya.


Dalam masa yang sama perlawanan di Stadium Shah Alam turut berlangsung antara Singapura dan Laos. Peluang masih terbuka untuk semua pasukan layak ke separuh akhir. Dan mereka semua mesti berjuang sehingga titisan peluh yang terakhir.


Sepak mula oleh Indonesia. Setelah 4 minit berlangsung, Malaysia kelihatan hilang arah. Sehingga membolehkan pemain Indonesia, Taufiq menguji Farizal Marlias. Namun Farizal tangkas menyelamatkan bola dari masuk ke dalam gol. Huru-hara sebentar kem Malaysia. Ultras pula kelihatan tak senang duduk, lagu nyanyian mereka seakan-akan sumbang.


Tersentak dengan aksi garang Indonesia, Rajagopal bingkas bangun. Dia kelihatan membisikan sesuatu ke telinga Alex yang bermain di sebelah kanan pada malam ini. Nampaknya Alex diarahkan bertukar posisi dengan Wan Zack. Kini Wan Zack di sebelah kanan, manakala Alex di sebelah kiri.


Pergerakan pasukan Malaysia lebih lancar selepas pertukaran posisi ini. Bahagian kanan lebih hidup dengan gandingan Harimau Muda dari Mahali dan Wan Zack. Hasilnya Malaysia berjaya menjaringkan gol pada minit ke-27 hasil jaringan Alex. Seluruh negara bersorak. Mendahului Indonesia dengan satu gol bagaikan kejayaan melayakkan diri ke Piala Dunia. Kini semua rakyat Malaysia boleh berasa lega. Yang berada di rumah dengan tenang boleh ke dapur sebentar untuk membancuh kopi.


Walaupun mendahului satu gol, namun Malaysia kelihatan akan melalui malam yang panjang. Tetapi langit memang tak selalu cerah untuk Indonesia. Tidak sampai tiga minit Malaysia sekali lagi menjaringkan gol. Gerakan menarik Wan Zack dan Mahali Jasuli membolehkan pemuda dari Selayang itu menjaringkan gol kedua untuk Malaysia pada minit ke-30. Ternyata Mahali Jasuli adalah Barracuda sejati Harimau Malaya. Kali ini seluruh kedai yang memilih saluran RTM bergegar dengan ulasan berapi-rapi dari Hasbullah Awang.


Namun pada minit ke-40 Shakir Shaari telah mengalami kecederaan. Tempatnya diganti oleh Gary Steven yang tak kurang hebatnya. Dengan kemasukan Gary ini jelas bahawa Malaysia mahu mempertahankan kelebihan 2 gol ini. Malaysia melangkah ke bilik persalinan dengan penuh bangga pada masa rehat separuh masa.


Ketika masa rehat, Rajagopal berpesan kepada pemainnya agar lebih fokus. Jadikan perlawanan ini sebagai pemangkin semangat untuk lebih mengharumkan nama negara. Dengan nafas turun naik, ketua pasukan Safiq Rahim melaungkan kata-kata semangat sambil di sambut oleh rakan sepasukan yang lain. MALAYSIA BOLEH!!!!


Separuh masa kedua bermula. Namun tiada satu pun gerakan menarik dari Malaysia melainkan bertahan bermati-matian. Hasilnya ramai pemain Malaysia mengalami kecederaan. Alex dikeluarkan dan diganti dengan pemain idaman ramai Ahmad Fakri Saarani. Aura milik beliau amat mengujakan. Seluruh stadium bersorak nama beliau. Yang berada di kedai mamak pula terus menambah secawan air lagi. Mungkin untuk membasahi tekak yang kekeringan kelak akibat memaki hamun pemain tersebut.


Pada minit ke-67, entah apa yang difikirkan oleh Rajagopal apabila pemain kegemaran beliau Amar Rohidan dimasukan menggantikan Mat Yo. Mungkin untuk lebih menerapkan corak bertahan barangkali. Ternyata taktik ini berhasil. Malaysia berjaya mengekalkan skor 2-0 sehingga tamat permainan. Wisel penamat pun ditiupkan oleh pengadil, Kovelenko.


Seluruh negara bersorak kegirangan. Hasbullah Awang tak henti-henti memuji 'Golden Boy' Pahang iaitu Alex dan Wan Zack. Jelas bahawa Soltan Bola berjaya mengharumkan nama negara pada malam ini. Semua umat Malaysia terlupa sebentar tentang kebangangngan FAM. Namun kita biarkan seketika kegembiraan ini menyalur dalam darah dan sanubari rakyat Malaysia. Ini kerana lawan diseparuh akhir bukan pasukan sebarangan, THAILAND menanti penuh nafsu!!!


Hayatilah detik-detik manis ini....


Thursday, November 29, 2012

Prebiu Piala AFF Suzuki: MALAYSIA vs INDONESIA







 


MALAYSIA vs INDONESIA
 
 
Pengenalan Kisah
 
 
Di Indonesia, bolasepak dipanggil sebagai sepakbola dan mereka ialah lawan yang perlu kita salut! Hakikat telah tertulis bahawa Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah permusuhan ribuan tahun lamanya di sebalik asalnya serumpun dan berkongsi budaya menjadikan pertembungan kedua pasukan ini sentiasa mengujakan.
 
Derbi Malaysia-Indonesia kini boleh diletakkan sebagai pertembungan bolasepak paling sengit di ASEAN. Tidak pernah ada perlawanan bolasepak di ASEAN sebelum ini yang penuh kontroversi dan provokasi seperti Malaysia bertemu Indonesia.
 
 
Sepakbola di Indonesia merupakan satu kegilaan. Tidak cukup dengan itu, media cetak dan elektronik Indonesia banyak memberi liputan seputar sepakbola mereka jauh melebihi media cetak dan elektronik Malaysia memberi liputan semasa bolasepak kita. Malahan liputan seputar itu bukan terhad di atas padang, tetapi juga meliputi hal ehwal kehidupan pesepakbola itu sendiri. Siapa yang ganteng dan keren, siapa yang pacaran dan cumbuan sama artis atau model dan bermacam lagi.
 
 
Sebenarnya jika hendak dibandingkan dengan Malaysia, kita jelas jauh ketinggalan. Oleh itu di Indonesia, kerana adanya kegilaan terhadap sepakbola, tajaan pihak korporat mencurah-curah masuk untuk membantu memajukan sepakbola. Di Malaysia, kita masih lagi mengharapkan bantuan YB-YB dari UMNO.
 
 
Statistik Silam
 
 
Pasukan bimbingan Nil Maizar pada kali ini tampil sebagai 'kuda hitam' akibat konflik bola sepak nasional yang belum mereda. Namun, apabila dilihat dari sejarah pertemuan kedua pasukan, Indonesia masih boleh membusungkan dada seperti gajah kekenyangan. Secara keseluruhan di peringkat senior yang tercatat secara rasmi di dalam data simpanan FIFA, kedua pasukan telah bertemu sebanyak 64 kali, dan Indonesia masih memimpin dengan 29 kemenangan, sementara Malaysia hanya berjaya menang sebanyak 20 kali, dan 15 bakinnya berakhir dengan seri.
 
 
Rekod kekalahan dan kemenangan terbesar kedua pasukan juga tercatat hampir serupa. Indonesia pernah 'mencukur botak' Malaysia dengan jaringan  6-0 di Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam pada kejohanan Sukan SEA 1999, melalui gol yang dijaringkan oleh Bambang Pamungkas (2 gol), Rochi Putiray (2 gol), Hariyanto Prasetyo dan Ali Sunan.
 
 
Sementara itu Malaysia pula berhasil 'membungkam telur' Indonesia dengan jaringan 7-1 di Kuala Lumpur pada Piala Pestabola Merdeka 1976. Malaysia ketika itu dengan gah menjadi Juara Pestabola Merdeka selepas menewaskan Jepun 2-0 pada perlawanan akhir yang cukup mendebarkan di atas padang becak Stadium Merdeka.
 
 
Dalam tiga pertemuan terakhir di Kuala Lumpur, Indonesia hanya mampu meraih kemenangan satu kali sahaja iaitu ketika Piala Tiger 2004 di mana mereka menang dengan jaringan 4-1. Namun, pada 2 pertemuan berikutnya, Indonesia sering gagal meraih kemenangan. Mereka  hanya seri 1-1 pada perlawanan persahabatan (Ogos 2006) dan terakhir pada perlawanan pertama final Piala AFF Suzuki 2010 dengan jaringan 3-0.
 
 
Hikayat Permusuhan

 
Masihkah anda semua ingat pada Rahma Azhari dan Julia Perez? Menjelang perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2010 di Bung Karno, menurut sumber dalaman, ada khabar ketika itu menyebut bahawa Rahma Azhari bercadang untuk menggoda Rajagopal dan Safee Sali. Huh!! sungguh biadap. Juga ketika itu seorang lagi cewek Indonesia tidak ketinggalan mahu berbakti kepada nusa dan bangsa, Julia Perez pula sudah bersedia untuk menonjolkan gunung kembar. Sangat keji!!

 
Seperti mana ratusan tahun dulu bila Hang Tuah ke Majapahit dan hampir digoda oleh gundik-gundik Majapahit, begitulah juga ia berlaku pada masa kini. Namun Laksamana Hang Rajagopal dan pendekar Hang Safee Sali ketika itu tidak mudah lemas dalam pelukan cewek Indonesia. Hasilnya kita berjaya membawa pulang Piala AFF Suzuki buat pertama kalinya dalam sejarah.

 
Malaysia Pasti Menang
 
Meskipun Rita Rudaini dan Ayu Raudhah kini bukanlah WAGS yang paling hot lagi. Tetapi kita boleh berbangga denagn tunang dan bakal Isteri Khairul Fahmi, Liuney Natasha. Ini munkin boleh digunakan sebagai senjata rahsia bagi mengelirukan pihak lawan seperti Andik Vermansah dan Bambang Pamungkas.


Buat pemain naturalisasi mereka pula, kami sediakan Azwan Ali sahaja sebagai pemunsnah. Kenapa? Kerana beliau terkenal dengan mulut 'laser' nya. Tidakkah kamu semua ingat bahawa Indonesia menjadikan LASER sebagai alasan utama kepada kekalahan 3-0 di Bukit Jalil pada 2010? Ini mungkin strategi paling berkesan.
 
"Liuney tetap peminat No. 1 Harimau Malaya walaupun Abang Fahmi tak main...Wan Zack kan ada...hihihi"
 
 
Semangat 1 Malaysia perlu disematkan dalam jiwa setiap pemain Harimau Malaya. Kemenangan Didahulukan Piala Diutamakan. Kita mahu bangun awal pagi ahad nanti bagaikan Harimau Angkuh, mengaum dan rasa gagah perkasa!!! Kesemua 22 Pemain Malaysia perlu tenang dah gagah walaupun mendapat ancaman buluh runcing di atas padang. This is BUKUIT JALIL!!!! bak kata David Teo.

 
Kita mesti menewaskan Indonesia dan seterunya mara ke Akhir serta menjulang sekali lagi Piala AFF Suzuki ini. Kerana Piala Suzuki AFF asalnya ialah Piala Tiger AFF. Memenanginya adalah ibarat sireh pulang ke gagang atau ibarat bir Tiger masuk membasahi tekak yang kekeringan.