There was an error in this gadget

Friday, August 30, 2013

IN MANIAM WE TRUST II



In Maniam We Trust. Kita tidak perlukan In Fandi We Trust sebab kita ada P Maniam yang sentiasa  bersedia menyahut cabaran pengurusan FAS. Maniam tidak akan panik. Pernah melakukan perkara yang sama pada 2011 apabila K. Devan meninggalkan pasukan dipertengahan kejohanan Piala  Malaysia pada tahun yang sama.

Susuk tenang ini akan memulakan perjuangan pertama menentang Sime Darby di Stadium Shah Alam pada hari Sabtu ini. Hanya kejayaan mengutip 3 mata sahaja akan menentukan arah tuju seterusnya untuk pasukan Selangor. Tiada apa yang perlu disesalkan. Lupakan segala yang berlaku.  Perjuangan mesti diteruskan. In Maniam We Trust. 

UEFA Champions League 2013/2014



GROUP A


 Man Utd
 Shakhtar Donetsk
 Bayer Leverkusen
 Real Sociedad
 
GROUP B


 Real Madrid
 Juventus
 Galatasaray
 FC Copenhagen
 
GROUP C


 Benfica
 Paris Saint-Germain
 Olympiakos
 Anderlecht
 
GROUP D


 Bayern Munich
 CSKA Moscow
 Manchester City
 Viktoria Plzen
 
GROUP E


 Chelsea
 Schalke
 Basel
 Steaua Bucharest
 
GROUP F


 Arsenal
 Marseille
 Borussia Dortmund
 Napoli
 
GROUP G


 Porto
 Atletico Madrid
 Zenit St Petersburg
 Austria Vienna
GROUP H


 Barcelona
 AC Milan
 Ajax
 Celtic

Thursday, August 29, 2013

European Super Cup 2013: Bayern Munich vs Chelsea





European Super Cup 2013: Bayern Munich vs Chelsea
Eden Arena, Praha
August 31, 2013
3:45 AM


Kepada siapa lagi mahu diharapkan? Kepada siapa lagi mahu disandarkan harapan? Kepada siapa kalian mahu berserah dalam memahsyurkan reputasi kelab-kelab BPL? Kepada siapa? Siapa? Siapa?

CHELSEA.

Adalah ingin dimaklumkan bahawa permusuhan antara Mourinho dan Pep akan diteruskan melalui kelab yang berbeza dan pemain yang berbeza. Mourinho awal-awal lagi sudah membakor line dengan mempersoalkan kemampuan pasukan Bayern Munich musim ini dibawah asuhan Pep Guardiola. Menurut Mourinho, pasukan kendalian Jupp Heynckes itu adalah yang terbaik di Eropah musim lepas. Namun dia meragui kehebatan Bayern Munich musim ini di bawah didikan Pep Guardiola.


"Sekarang mereka memiliki pengurus yang baru. Saya tidak yakin mereka akan kekal hebat seperti musim lepas." - kata Mourinho sambil minum teh ais.


UEFA Super Cup juga merupakan satu-satunya piala yang belum pernah dimenangi oleh Jose Mourinho. Dan minggu ini beliau berpeluang mengemudi pasukan Chelsea untuk menjulang trofi ini di Prague. 

Tuah kali terakhir ketika Chelsea berhadapan dengan Bayern Munich sekaligus menjadi Juara Champions League 2013 juga mungkin akan diulangi sekali lagi. Chelsea yang masih belum tewas dalam aksi BPL musim ini selepas kembalinya Mourinho dilihat sebagai sebuah pasukan terhebat di alam semesta buat masa ini meninggalkan jauh pasukan ayam seperti Liverpool dan Arsenal yang seringkali terkial-kial cuba meniru kegemilangan Chelsea.

Oleh itu, marilah kita sama-sama menyokong pasukan dari London ini dengan tidak berbelah bagi kerana kepada siapa lagi mahu diharapkan kalau bukan CHELSEA.


Monday, August 26, 2013

Piala Malaysia 2013: Johor vs ATM



Johor mln ATM
8.45 malam
Std Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Siaran Langsung TV1
 
 
Ramai  yang terkejut melihat prestasi semasa pasukan Johor. Namun tidak bagi saya kerana saya sentiasa memantau persembahan pasukan yang menamatkan Liga Perdana 2013 ini di tangga yang ke-3. Apa yang jelas lagi sohih ialah pasukan Johor lebih hebat berbanding JDT. Jika tidak, kenapa terlalu ramai pemain JFA yang dicilok sesuka hati oleh JDT? Ye tak?
 
Selepas 2 perlawanan, kini Johor berada pada kedudukan selesa kumpulan A. Hasil daripada satu seri ketika berhadapan Selangor dan satu kemenangan bertemu Sime Darby.
 
Semangat juang yang dipamerkan ketika menumpaskan Sime Darby walaupun mereka dipaksa beraksi dengan 10 orang pemain wajar dikekalkan. Jadi sekiranya Johor berjaya mengejutkan ATM, peluang mereka untuk ke suku akhir amat cerah sekali. Selain itu, kesempatan beraksi di gelanggang sendiri iaitu Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang wajar dipergunakan sepenuhnya untuk mengutip 3 mata sekaligus meninggalkan pasukan-pasukan lain.
 
ATM kini kembali mendapat sentuhan magis daripada Marlon Alex dan ia jelas terhasil ketika mereka berjaya menewaskan Selangor 2-3. Walaupun belum cergas 100% tetapi kehadirannya di atas padang amat diperlukan oleh rakan sepasukannya. Perkembangan ini membuatkan Sathianathan kembali lega selepas tewas mengejut ketika perlawanan pertama menentang Sime Darby.
 
Sekali lagi ATM akan bergantung kepada pengalaman Hairuddin Omar yang akan diadun rapi dengan kelincahan pemain muda seperti Fitri Omar dan Jayaseelan.
 
Ramalan: Walaupun beraksi di tempat lawan, ATM jelas pilihan utama untuk memenangi perlawanan ini. Pemain yang dimiliki oleh ATM seperti Bruno Martelotto, Shukor Adan dan Rezal Zambery merupkan tunjang buat pasukan The Gladiators yang akan memberikan kejayaan buat mereka. ATM menang 1-3.
 

Prebiu: Manchester United vs Chelsea FC



Jangan buat-buat lupa dengan gambar di atas. Detik yang sama akan berulang lagi awal pagi esok. Mungkin dengan pemain yang berbeza. Arggghhh..persetankan siapa yang akan menjaringkan gol untuk Chelsea nanti. Apa yang penting dan muktamad ialah Chelsea akan memungut 3 mata penuh di Old Trafford.
 
Romantisnya ketibaan Moyes dalam perlawanan pertamanya di Old Trafford musim ini akan dibalas dengan kebijaksanaan Mourinho mencorak strategi memalukan pasukan Syaitan Merah tersebut. Mourinho tidak akan menggunakan sebarang helah murahan seperti bermain pawang ataupun santau kerana ia nescaya tidak akan berkesan ke atas pasukan yang turut mengamalkan ajaran songsang itu. Almaklumlah...Red Devils.
 
Lupakan satira klasik Wayne Rooney buat seketika. Nasihat ikhlas saya buat seluruh peminat setia pasukan Arsenal, Liverpool, Spurs mahupun Man City, bangkitlah kamu pada waktu sepertiga malam nanti dan bukalah televisyen. Kamu akan dapat menyaksikan perlawanan bukan sekecil bilis kerana dua pasukan terbilang musim ini akan menghiburkan lara hati kamu semua.
 
Namun seperti biasa hanya satu pasukan sahaja yang kekal agung berdiri sebagai pemenang. Siapa lagi kalau bukan CHELSEA?
 
Ramalan: Manchester United 1 - 3 Chelsea FC.
 
Head to Head (5 games)
 
England - Premier League ‎(EPL)
May 5, 2013
Manchester United 0 - Chelsea FC 1
 
England - FA Cup ‎(FA)
Apr 1, 2013
Chelsea FC 1 - Manchester United 0

England - FA Cup ‎(FA)
Mar 11, 2013
Manchester United 2 - Chelsea FC 2

England - Capital One Cup (League Cup) ‎(CCUP)
Nov 1, 2012
Chelsea FC 5 - Manchester United 4

England - Premier League ‎(EPL)
Oct 29, 2012
Chelsea FC 2 - Manchester United 3
 

Tuesday, August 20, 2013

Piala Malaysia 2013: Perlawanan 1


Johor 0-0 Selangor
ATM 3-4 KL Sime Darby FC
PKNS FC 2-0 Johor Darul Takzim FC
Felda United FC 0-1 Terengganu PBDKT T-Team
Pahang 1-1 Kelantan
Terengganu 0-2 Negeri Sembilan
Perak 2-1 Sarawak
Lions XII FC 2-2 Kedah


Roh Alubumi Adigun menyerap masuk ke dalam jiwa pemain Kenari sehingga mereka berjaya seri 2-2 dengan LIONS XII di Stadium Jalan Besar. Perak pula hampir sahaja dimalukan oleh pasukan pelawat, Sarawak di Ipoh namun berjaya menang 2-1 ke atas lawan dari Borneonya itu.

Di Pasir Gudang, Johor dan Selangor turut berkongsi mata 0-0. Kesepakatan dari dua buah pasukan negeri yang bijaksana. Manakala Sime Darby telah menyentap ego pasukan ATM selepas berjaya menang 4-3.

Lain pula ceritanya dalam kumpulan C apabila seperti tahun-tahun yang lepas dalam Piala Malaysia, pasukan Nogori Sembilan tenang memalukan pasukan Terengganu dengan kemenangan 2-0. Lain pula dengan pasukan yang kononnya mempunyai semangat 'This is Pantai Timur' telah menunjukkan persaudaraan yang erat apabila keduanya beraksi dengan 10 orang dan redha seri 1-1 pada minit akhir perlawanan. 

JDT yang tewas 2-0 kepada PKNS memang sudah dijangka kerana pasukan Harimau Selatan itu langsung tiada ciri-ciri juara. Manakala perlawanan suam-suam kuku antara Felda dengan T-Team pula memihak kepada The Titans apabila menang dengan skor 1-0.

Monday, August 19, 2013

Prebiue: Chelsea vs Aston Villa

 
 
 

Chelsea FC vs Aston Villa
22- August -2013
2:45 AM
 
Tenang dan bersahaja menumpaskan Hull City. Itu memang ibarat rutin bagi Chelsea. Dah macam Najib Razak, rutin membantu rakyat setiap masa. Kini Chelsea bersedia memalukan Aston Villa yang khabarnya tidak sabar-sabar mahu bertarung tulang empat kerat dengan Chelsea. Reputasi Villa memang menggerunkan selepas berjaya memalukan pasukan budak sekolah tadika minggu lepas. Tetapi....ini Chelsea laaa...CHELSEA TAHU?
 
Berdepan dengan Aston Villa nanti Mourinho mungkin mengekalkan barisan pertahanannya ketika menentang Hull City dengan David Luiz dan Azpilicueta masih belum pasti cergas 100%. Mungkin ada sedikit pertukaran di bahagian tengah namun aksi Lampard, Ramires, De Bruyne, Oscar dan Hazard cukup mantap dan membuatkan Essien, Mata, Mikel, Van Ginkel dan Schurrle perlu lebih berusaha untuk menempatkan diri dalam kesebelasan utama pasukan Chelsea.
 
Buat masa ini barisan serangan adalah masalah yang perlu Chelsea tangani segera. Ketika ini Demba Ba tidak mendapat kepercayaan sepenuhnya seperti ketika berada di Newcastle, Lukaku pula dikatakan masih muda dan belum bersedia untuk beraksi dalam kesebelasan utama walaupun dia meletop musim lepas di WBA. Manakala Torres pula seperti musim-musim lepas kekal bersahaja dalam setiap aksinya. Jadi adalah lebih afdal sekiranya pembelian Rooney dipercepatkan agar semua perkara dipermudahkan. Amiiiiinn...
 
Saya yakin, peluang Chelsea tetap cerah untuk menewaskan Aston Villa. Masih segar dalam ingatan ketika Chelsea berkenduri 8 gol pada tanggal 24 Disember 2012. Mourinho, kau dan aku bakal tersenym bersama...

Sunday, August 18, 2013

Piala Malaysia 2013: Kelantan vs Pahang



Bukan salah Bojan Hodak jika Pahang tewas perlawanan pertama ini. Ini keranan prestasi semasa pasukan Pahang ketika ini agak kurang memuaskan jika hendak dibandingkan dengan persembahan kemuncak mereka pada awal permulaan Liga Super 2013. Walaupun Pahang menamatkan liga super musim ini dengan perbezaan 1 mata sahaja daripada Kelantan, kelemahan pasukan asuhan Dollah Salleh jelas kelihatan sekiranya pertembungan 1 lawan 1 dengan Kelantan diambil kira sepanjang musim ini.

Pertemuan pertama di Darul Makmur pada 23 Februari 2013 iaitu ketika Pahang berada pada kemuncak prestasi dan Kelantan pula masih terkial-kial mencari rentak, ia berkesudahan dengan keputusan seri 2-2. Tetapi apabila aksi pusingan kedua pula di Kelantan, Pahang tewas 2-0. Jadi, kita sudah dapat mengagak secara kasar apakah keputusan akhir pada perlawanan ini.

Bojan Hodak semestinya akan mengharapkan Piya kembali memimpin pasukan Kelantan selepas beliau tidak terlibat dengan aksi bersama pasukan Harimau Malaya pada bulan Ramadhan yang lepas. Jadi dia sudah memiliki rehat yang secukupnya untuk membantu Kelantan memburu mata pertama dalam perlawanan pembukaan ini.

Pahang dan Dollah Salleh seperti biasa akan mengharapkan pemain mudanya menggegar Kota Bharu dengan aksi penuh bertenaga dari pemain seperti Fauzi Roslan, Gopinathan dan juga bintang mereka Alex Akil. Mungkin masalah penjaga gol gemuk sudah mereka atasi selepas kehadiran penjaga gol ketiga mereka yang berjaya meyingkirkan terus Rosfaizol dan Nasril Nourdin.

Ramalan: Tidak sukar untuk meramal keputusan perlawanan ini. Pahang mungkin pasukan yang bagus jika segala yang dirangka Dollah mampu diterjemahkan oleh pemain-pemainnya. Cuma lawan mereka adalah pasukan Kelantan yang pada dasarnya mempunyai banyak kelebihan dari segi pengalaman barisan pemainnya. Kelantan menang 2-0.

Prebiu: Chelsea FC vs Hull City



Semalam kita dah lihat bagaimana Arsenal tersungkur dan bagaimana payahnya Liverpool hendak mendapat 3 mata pertama musim ini. Hari ini semua itu tidak akan berlaku kepada Chelsea. Sir Dave Richards juga ada bagi tahu aku tadi bahawa Premier Leagues sebenarnya bermula malam ini apabila Chelsea bertemu Hull CIty. Perlawanan semalam itu semuanya Pra-musim aje.

Kehebatan Chelsea sangatlah tidak dapat disangkal lagi. Ia berpadanan dengan kehadiran semula Mourinho di Stamford Bridge. Bak kata orang tua, "kalau dah jodoh, takkan ke mana". 

Pemain yang baru dibeli oleh Chelsea musim ini, Marco Van Ginkel khabarnya sudah tidak sabar untuk turun beraksi dan menjadikan Hull City sebagai santapan raya pada 11 Syawal.

"Saya sudah tidak sabar untuk bermain malam ini. 3 mata pada pertemuan dengan Hull dan Villa nanti merupakan tonik ajaib buat kami sebelum berhadapan dengan Manchester United pada 27 Ogos." - Marco Van Ginkel.

Gandingan MaZaKar (Mata, Hazard, Oscar) sudah pasti akan ditunggu oleh peminat Chelsea kerana keberkesanan mereka musim lepas. Namun kehadiran Kevin De Bruyne dan Andre Schurrle musim ini memberikan lebih pilihan kepada Jose dalam merangka taktik yang terbaik untuk Chelsea. Kebanjiran pemain posisi tengah serangan ini akan mendatangkan banyak faedah kepada Chelsea disamping memliki penyerang terbilang seperti Torres, Demba Ba dan Lukaku. Jadi, tugas menjaringkan gol akan menjadi lebih mudah dan tidak mengeluarkan peluh.

Malam ini Chelsea akan berkenduri besar. Pasukan lain semua dijemput hadir meraikan majlis gilang-gemilang ini. Turut menjemput...seisi keluarga.

Tuesday, August 13, 2013

Piala Malaysia 2013 - Diskusi Fakta Menarik Buat Pedoman Serta Analisis Mengenalpasti Impaknya Dalam Siasah Rakyat 1 Malaysia. PART 2

Tetapi hebat bagaimana sekalipun segala kepincangan tetap akan terdedah. Dan di entri kali ini kita lihat senarai beberapa perkara yang berpunca dari salah tadbir dan kelemahan pengurusan bolasepak Malaysia.

1) Kain rentang sebesar alam yang terpampang gambar Annuar Musa atau TMJ dengan kata-kata hikmah seperti ‘terima kasih’, ‘syabas’ dan ‘jasamu dikenang’. Nampak sangat bolasepak Malaysia masih menetek kepada politikus-politikus dan anak-anak raja berkepentingan yang hanya mahu populariti dari sukan bolasepak.

2) Keperluan perkenan para sultan-sultan bagi merasmikan perlawanan dan dimulia-muliakan sebagai peneraju bolasepak negeri masing-masing. Selepas menang boleh pula disebut kejayaan merangkul Piala Malaysia sebagai hadiah sempena pertabalan baginda. Berapa banyak hadiah mahu kasi? Bolasepak ialah sukan golongan proletariat, bukan sukan bangsawan. Nak berbangsawan, main polo.

3) Kurangnya kawalan keselamatan di stadium. Pertama mungkin barangkali FAM tertidur macam biasa. Kedua mungkin FAM sudah minta bantuan PDRM tetapi anggota polis tidak cukup kerana lebih ramai diperlukan untuk menjadi pengiring konvoi sultan-sultan serta politikus yang datang.

4) Ketiadaan pengalaman pegawai perlawanan dalam mengendalikan sikap liar penonton. Sebagai contoh katakan Piya yang mahu ambil sepakan sudut entah berapa kali dibaling botol dan mercun tetapi penjaga garisan sibuk juga suruh Piya segera mengambil sepakan sudut.

5) Abang FRU berdekatan yang berdiri tercangak menghadap penonton boleh buat bodoh dengan apa yang berlaku. Mungkin arahan tugas beliau ialah berdiri di balapan untuk menjaga ketenteraman awam. Jawabnya memang tercegat berdiri sajalah walaupun Piya tadi yang mahu ambil sepakan sudut dibaling berpuluh kali.

Senarai di atas adalah beberapa perkara yang dapat diperhatikan sagan tahun ketika berlangsungnya perlawanan. Selebihnya adalah elok kita bertukar-tukar rangkaian ke ESPN dan Starsport, tidak lupa juga slot Cerekarama TV3.

Mutu perlawanan dari segi keseluruhan menepati jangkaan untuk satu kejohanan bertaraf Piala Malaysia. Biasanya akan ada pelbagai aksi merepek dipersembahkan dengan kesemua 22 pemain mengamalkan konsep tendang bola ke arah mana-mana yang dihadap mereka pada masa itu. Kalau menghadap ke laut, maka ke lautlah jawabnya bola itu pergi.

Benda sebegini adalah lumrah untuk bolasepak Malaysia. Yang membuatkan bolasepak kita sebenarnya lagi sukar untuk diduga berbanding BPL, La Liga dan yang seangkatan dengannya. Kalau bagi John Dyke pun belum tentu dia boleh predict dengan betul. Iyalah siapa sangka Negeri Sembilan hampir terkeluar awal-awal lagi? Hanya dengan menghabiskan 90 minit aksi merepek di atas padang saja keputusan tidak terduga sebegini boleh berlaku.

Mengenai upacara bakar mercun dan flare, bakar kerusi dan belasah budak-budak JDT,  yang itu akan dikupaskan dalam pos yang lain.

Itu pun kalau aku ada teringat nak kupas.

Friday, August 2, 2013

Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.



Renungan Bola Jumaat: 10 Perkara.
 
 
 
1. Gold Cup 2013
 
USA menang 1-0 menentang Panama untuk menghadiahkan kejayaan sulung bagi Jurgen Klinsmann. Gol dijaringkan oleh Brek Shea.
 
 
2. German Super Cup 2013
 
Dortmund menewaskan Bayern Munich dengan penuh gaya 4-2 untuk menjuarai Piala Super Jerman.
 
 
3. Raja Kalah Lagi
 
Harimau Malaya dibelasah 0-5 oleh kelab Liga J Jepun Shonan Bellmare iaitu kelab yang sudah hampir pasti akan tersingkir dari Liga J. Hanjeng!!!
 
 
4. Pecat

Khabarnya Fandi Ahmad sudah dipecat pengurusan PBNJ dan kini JDT akan dibimbing sementara oleh Azmi Mohamed. Namun PBNJ menegaskan ia hanyalah khabar angin belaka.


5. RIP Benitez

Penyerang Equador Christian Benitez dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung pada usia 27 tahun.


6. Junior Eldstal

Junior Eldstal a.k.a Putera Nadher Amarhan adalah seorang yang beragama Kristian. Jadi jangan pening kepala dengan tatu di badan beliau.


7. Lawatan ke Jepun

S-Pulse 2-0 Malaysia XI | Bellmare 5-0 Malaysia XI | Tokyo Verdy 5-0 Malaysia XI. LAUK!!!!


8. Drogba

Drogba dikatakan berminat untuk mengakhiri kariernya di USA kelak. Ini kerana beliau terlalu sukakan negara itu dan sering bercuti di sana.


9. OKS

OKS bersedia meninjau mana-mana pemain hebat yang berumur 23 tahun dalam kempen Piala Malaysia nanti untuk diserapkan ke skuad Pestabola Merdeka dan Sukan Sea.


10. Rajagopal

FAM akan menamatkan kontrak Rajagopal pada Disember ini selepas pusingan kelayakan Piala Asia.