Showing posts with label Eropah. Show all posts
Showing posts with label Eropah. Show all posts

Saturday, June 23, 2018

Belgium Tunisia | Korea Melawan Mexico | Jerman Sweden.

Wahbi Khazri dan Eden Hazard
Belgium Melawan Tunisia
8.00 PM (MYT)

Belgium boleh menempah tiket ke pusingan 16 pasukan terbaik sekiranya mereka menewaskan Tunisia pada aksi malam ini. Pada perlawanan yang lepas, Belgium tidak mengalami sebarang masalah untuk menewaskan Panama dan mereka dijangka sekali lagi akan mendapat laluan mudah dan beroleh 3 mata pada malam ini.

Tunisia pula menganggap perlawanan ini cukup penting. Tiga mata menjadi buruan mereka. Namun ia agak mustahil. Paling tidak pun mereka berharap untuk tidak dimalukan Belgium dengan tewas dalam jumlah gol yang besar.

Belgium dan Tunisia pernah bertemu sebanyak 3 kali sebelum ini. Belgium menang 1 kali, Tunisia juga menang 1 kali dan seri 1 perlawanan. Aksi kedua pasukan dijangka berat sebelah dan tidak kompetitif dek kerana Belgium kelihatan terlalu ampuh jika hendak dibandingkan dengan Tunisia.

Selepas ditenung secara mendalam, aku merasakan Belgium akan menewaskan Tunisia dengan skor 3 - 0. Belgium 3 - 0 Tunisia.

Son dan Chicharito

Korea Selatan Melawan Mexico
11.00 PM (MYT)

"Bangkitlah Son!"

Seperti Messi dan Ronaldo, Son Heung Min juga memikul amanah seluruh umat Korea Selatan dalam Piala Dunia ini. Beliau mengakui kegagalan Korea Selatan dalam perlawanan pertama adalah berpunca daripadanya. Steady dan berani. Mampukah Son mengubah nasib Korea dalam perlawanan kedua ini?

Mexico pula pada ketika ini berada dalam prestasi terbaik mereka selepas berjaya menewaskan Jerman dengan penuh bergaya. Sekiranya barisan serangan pasukan Mexico yang diketuai oleh Chicharito tidak mensia-siakan peluang di hadapan gol, pasukan El Tricolor ini akan muncul pemenang dan pemungut 3 mata dalam pertembungan yang dijangka sengit ini.

Rumusannya aku berpendapat yang pasukan Korea Selatan akan cuba membawa perlawanan ini ke satu tahap yang lebih tinggi. Namun perjuangan mereka akan ditamatkan oleh Mexico dengan 2 gol tanpa balas. Korea Selatan 0 - 2 Mexico.

Toni Kroos dan Emil Frosberg
Jerman Melawan Sweden.
2.00 AM (MYT)

Khedira yang bermain bola serupa berok semasa bertemu Mexico masih sempat mentertawakan netizen yang berseloroh tentang penempahan tiket kapal terbang awal Jerman selepas mereka tewas kepada Mexico tempohari. Manakala bekas lagenda Jerman, Miroslav Klose pula mengatakan tekanan hanya akan membuatkan pasukan Jerman menjadi semakin kuat. Heh! Takpe..kita tunggu dan nengok sahaja apa akan jadi kepada mereka apabila bertemu Sweden nanti.

Sweden pula sudah pasti akan berusaha untuk mengambil kesempatan ke atas kerapuhan barisan pertahanan Jerman. Mereka akan turun tanpa tekanan dan ini merupakan kelebihan awal buat anak buah Janne Anderson.

Emil Forsberg (RB Leipzig), Ludwig Augustinsson (Werder Bremen), Albin Ekdal (Hamburger SV), dan Marcus Berg (bekas pemain Hamburger SV) pastinya akan menggunakan pengalaman mereka beraksi di Liga Jerman untuk menyaingi barisan pemain terkemuka pasukan Jerman.

Berdasarkan persembahan semasa, aku memilih Sweden untuk menang dalam perlawanan ini dan seterunya layak ke pusingan 16 pasukan terbaik. Pesta gol akan berlaku. Jerman 2 - 3 Sweden.

Tuesday, June 12, 2018

Russia Melawan Arab Saudi



Russia Melawan Arab Saudi

Kali terakhir kedua pasukan ini bertemu adalah pada Oktober 1993. Arab Saudi menang ketika itu dengan skor 4-2. Setelah sekian lama mereka 'dijodohkan' kembali dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018. Aaaaaah...tentu sekali!


Sebagai rekod, Russia tidak berjaya mencatatkan sebarang kemenangan dalam enam perlawanan terakhir mereka menjelang Piala Dunia ini. Begitu juga dengan aksi mereka di peringkat Piala Dunia. Russia gagal menang dalam 5 perlawanan (2 seri, 3 kalah). Sekali imbas Russia bagaikan sebuah pasukan tuan rumah Piala Dunia yang sangat lemah. Tidak tahulah apa perancangan Stanislav Cherchesov yang memikul tanggungjawab seluruh umat Russia.


Sementara itu Arab Saudi pula akan tampil dalam kejohanan Piala Dunia mereka yang ke-5, kali pertama sejak 2006. Berdasarkan sentimen Asia Untuk Orang Asia, kita terpaksa menyatakan sokongan penuh kepada pasukan Asia yang lain sekiranya pasukan kita sudah kelaut. Tetapi serba salah jugak aku nak sokong Arab Saudi ni. Ini kerana mereka tidak menang dalam 10 perlawanan terakhir di Piala Dunia, 8 daripadanya tewas. Adeeeeh.

Asbab ini ramai yang mengatakan perlawanan pembukaan ini mungkin akan membosankan dan tidak menarik. Dan ada antara mereka lebih redha menantikan rancangan Sampaikan Salam Aidilfitri di Tivi 3.

Ramalan: Mampukah Arab Saudi mengekang tekanan beraksi di hadapan penyokong Russia? Sekaligus memenangi perlawanan Piala Dunia mereka yang pertama sejak kali terakhir menumpaskan Belgium 1-0 di pada Piala Dunia 1994? Russia ada kelebihan beraksi sebagai tuan rumah dan mungkin faktor ini akan menyelamatkan mereka. Aku merasakan 3 mata untuk Russia. . Russia 2 - Arab Saudi 0.

Friday, January 26, 2018

Piala Dunia 2018: Portugal.




Piala Dunia 2018: Portugal.

Sejarah Penglibatan Portugal di Piala Dunia.

Bermulanya bola sepak Portugal dikenali seluruh alam adalah apabila Eusebio secara sensasi menerajui negaranya di Piala Dunia England 1966. Kempen Piala Dunia mantap mereka ketika itu ditamatkan di tangga ketiga selepas menewaskan Kesatuan Soviet.

Kemudiannya Portugal terlepas empat edisi Piala Dunia. Gagal. Namun mereka muncul semula di Mexico 1986 dengan hanya untuk melengkapkan jadual di peringkat kumpulan. Edisi kali ini Portugal gagal menyerlah secara keseluruhannya walaupun menewaskan England di perlawanan pembukaan. Portugal kemudiannya bungkus awal selepas tewas kepada Maghribi dan Poland.

Siri kegagalan Portugal layak ke Piala Dunia diteruskan lagi untuk tiga edisi yang seterusnya (1990, 1994 dan 1998). Tetapi mereka seolah-olah menemui pedoman apabila layak ke Piala Dunia 2002 dan ketika ini muncul nama-nama hebat seperti Victor Baia, Abel Xavier, Fernando Couto, Luis Figo, Nuno Gomes dan Rui Costa antaranya. Walaubagaimanapun jodoh Portugal dan Piala Dunia kelihatannya masih jauh. Portugal gagal mara ke peringkat seterusnya selepas tewas mengejut kepada Amerika Syarikat dan Korea Selatan. Sedih.

Betol kata peribahasa lama, payah-payah dilamun ombak, tercapai juga tanah di tepi. Nasib bola sepak Portugal akhirnya berubah di Piala Dunia 2006 Jerman. Dengan mendapat asuhan daripada Felipe Scolari, Portugal berjaya mara sejauh peringkat separuh akhir. Perjuangan mereka terkandas selepas ditewaskan oleh Perancis dan Portugal juga turut gagal dalam perebutan tempat ketiga apabila ditumpaskan oleh pasukan tuan rumah, Jerman.

Portugal kemudiannya sekali lagi berjaya ke Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Di Afrika Selatan 8 tahun yang lalu, impian Portugal tamat di pusingan 16 pasukan. Mereka tewas kepada pasukan juara kejohanan Sepanyol dengan skor 1-0. Manakala empat tahun lalu di Brazil, mereka kembali ke fitrah asal iaitu gagal melepasi peringkat kumpulan meskipun diketuai oleh pemain terbaik dunia Cristiano Ronaldo.

Penyandang Juara Eropah.


Portugal kali ini layak ke Piala Dunia 2018 dengan membawa status sebagai juara bertahan Piala Eropah. Masih segar lagi imej ikonik Cristiano Ronaldo terkinja-kinja serupa berok mak yeh memberikan arahan di tepi padang kepada rakan sepasukannya dalam perlawanan akhir Piala Eropah dua tahun yang lalu. Mungkin ramai yang tidak menyangka Portugal boleh menewaskan pasukan tuan rumah Perancis pada ketika itu. Dengan prestasi yang tidak berapa meyakinkan dan tunggang-langgang, ia mungkin rezeki dari langit kepada seluruh umat Portugis. Bola sepak berjaya, rakyat gembira. Begitulah.

Selama dua kejohanan Piala Dunia (2010 dan 2014) mereka terpaksa mengharungi perlawanan penentuan. Menewaskan Bosnia Herzegovina untuk ke Afrika Selatan dan menutup peluang Sweden beraksi di Brazil.

Bagi Piala Dunia 2018 pula, Portugal layak dengan penuh bergaya. Merekodkan 9 kemenangan daripada 10 perlawanan dengan menjaringkan sejumlah 32 gol dan mengumpul 27 mata serta menjuarai kumpulan B Zon Eropah.

Bagaimana dengan nasib mereka di Piala Dunia nanti? Secara peribadi bolehlah aku merumuskan yang Portugal bernasib malang apabila diundi bersama Pasukan Terbaik Dunia, SEPANYOL. Mujurlah dua pasukan yang lain ialah Maghribi dan Iran. Jadi, secara logik bola sepaknya Portugal akan mudah mara ke pusingan seterusnya mengiringi Sepanyol-Pasukan Terbaik Dunia.

Cristiano Ronaldo dan Peluang Terakhir.

Ini adalah peluang terakhir buat Cristiano Ronaldo. 'DO OR DIE' kata orang putih. Dua tahun yang lepas tiada siapa menyangka Portugal dan Ronaldo berjaya menjulang kejuaraan Eropah. Namun itulah bola sepak. Sedap dan penuh dengan elemen kejutan yang tidak terjangka. Sama ada Ronaldo mampu atau tidak menjulang Piala Dunia buat Portugal, bersama-samalah kita tunggu kelak.

Ronaldo akan berusia 33 tahun apabila Piala Dunia bermula nanti. Jadi adalah mustahil untuk kita melihat beliau akan bermain untuk 4 tahun lagi di Qatar. Mungkin inilah peluang terakhir untuknya mencatat nama dalam sejarah bola sepak dunia. Sekiranya beliau cergas dan tidak tercedera, maka dapatlah kita melihat yang terbaik daripada beliau. Dengan Ronaldo ditahap terbaiknya, Portugal bolehlah berasa teruja menjelang kempen mereka di Russia.

Mencari Magis Fernando Santos


Jurulatih berbangsa Portugis ini dilantik menjadi pengurus pasukan Portugal pada 23 September 2014 bagi menggantikan Paulo Bento. Nama Fernando Santos tidak perlu diperkenalkan lagi di Portugal kerana beliau banyak menguruskan kelab di situ. Antaranya Benfica, Sporting CP dan FC Porto.

Setakat ini pencapaian peribadi terbaik beliau bersama pasukan Portugal adalah ketika membawa pasukan ini memenangi Perlawanan Akhir Piala Eropah 2016.

Untuk Piala Dunia 2018 kelak, beliau sudahpun menyenarai pendek 40 orang pemain untuk dibawa ke Russia. Fernando Santos perlu lebih berwaspada dengan kehadiran Maghribi dan Iran kerana kedua pasukan ini sentiasa bersedia untuk melakukan sebarang kejutan meskipun ramai pengkaji bola sepak dunia meramalkan Portugal adalah pasukan yang akan mengirigi Sepanyol untuk mara ke peringkat seterusnya.

Mampukah Fernando Santos mengulangi semula magisnya ketika Piala Eropah 2016 yang lalu?


Monday, January 25, 2016

Piala Eropah 2016: Kumpulan B


England

Kempen kali ini menyaksikan England menang kesemua perlawanan kelayakan mereka. Adakah ini membuktikan mereka sudah bersedia untuk menakluk Eropah pertengahan tahun ini?

Malangnya aku berpendapat pasukan England masih belum menampakkan peluang meyakinkan bagi mereka untuk menjuarai Piala Eropah ini. Apatah lagi selepas melalui satu aksi longlai dalam Piala Dunia 2014 yang lepas. Khabarnya ketika itu ramai juga penyokong pasukan Singa Tiga Bersaudara ini yang ketiaknya hitam dek kerana England yang pulang bungkus awal. Sekali imbas England yang ketika itu membariskan Joe Hart, Steven Gerrard, Daniel Sturridge, Wayne Rooney dan sensasi Raheem Sterling mampu pergi jauh. Malangnya ia tidak berlaku dan telah menjadi rutin bagi pasukan England yang mana hips-nya melebihi kemampuan sebenar keseluruhan pasukan.

Sekali lagi Tok Roy Hodgson berhadapan tugas mencabar membawa generasi yang lebih muda usianya berbanding skuad yang dibawanya ke Brazil dua tahun yang lalu. Secara dasarnya hanya Wayne Rooney sahaja daripada generasi emas sebelum ini yang masih tinggal cuba menuai simpati Tok Roy. Tetapi kemerosotan prestasi semasanya mungkin akan mengakibatkan dirinya terlepas daripada menjadi pilihan utama dalam kesebelasan skuad England. Terpilih itu sudah pasti. Tetapi untuk bermain sebagai pemain utama mungkin masih samar-samar. Ini kerana Tok Roy masih mempunyai banyak pilihan lain sebagai contoh Jamie Vardy dan sudah tentu Harry Kane - penyerang yang tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. (cilaka aku ter-ulang pulak tulisan yang lepas)

Tok Roy mungkin berhasrat untuk mengekalkan kerjanya sehingga Piala Dunia Russia 2018 kerana simpanan EPF dan KWSP-nya masih belum mencukupi untuk dijadikan bekalan di hari muka. Walaubagaimanapun KPI untuk beliau sangat tinggi. Layak ke suku akhir sahaja khabarnya belum mampu memuaskan hati FA England. Greg Dyke - Pengerusi FA England sudah pasti tidak akan berdiam diri sekiranya skuad England sekali lagi menjadi hiburan sarkis pada Piala Eropah 2016 ini nanti.
Tidak Perlukan Sentuhan Yang Banyak Untuk Meyumbat Gol

Wales 

Semenjak tahun 1958, Piala Eropah 2016 yang akan datang ini adalah kejohanan besar pertama buat negara yang begitu popular dengan kambing biri-biri dan janda Michael Douglas - Catherine Zeta-Jones. Emmmmmms...

Sepanjang tempoh itu juga ramai nama-nama besar sudah kecewa tak patut punya. Antaranya ialah Ian Rush, Mark Hughes, Mendiang Gary Speed, Craig Bellamy dan tidak lain tidak bukan Lagenda Kerinting - Ryan Giggs. Kali ini Chris Coleman yang mewakili kekecewaan generasinya berupaya menebus kesedihan lampau dengan membuktikan skuad asuhannya mampu memberikan sedikit harapan ataupun kegembiraan kepada seluruh warga Wales. Dan ketika entri ini ditulis, Persatuan Bola Sepak Wales (FAW) telah menerima 52,160 permohonan tiket berbanding hanya 17,000 yang diperuntukkan untuk mereka. Begitulah terujanya rakyat Wales untuk melihat aksi pasukan kesayangan mereka di hadapan mata mereka sendiri.

Seperti yang kita semua tahu pasukan ini dibentuk dengan tiang asasnya berdiri satu figura bernama Gareth Bale dan bukannya Pirlo Versi Liverpool iaitu Joe Allen. Bale adalah nadi pasukan Wales. Dia menjaringkan gol, membantu jaringan dan menghuru-harakan pasukan lawan dengan larian kencang serta gerakannya yang licik dan penuh visi. Wales begitu berharap agar Bale mampu menyuntik inspirasi kepada pasukannya walaupun dia berkemungkinan besar akan dikawal ketat sepanjang aksinya di Perancis nanti. Apa yang pasti sekiranya Wales mampu layak ke pusingan kedua sahaja pun ia umpama kenduri besar berlauk Biryani Biri-biri buat seluruh umat Wales.

From Russia With Love

Russia 

Seperti biasa apabila sebut sahaja pasal Russia, aku mesti terbayang Maria Sharapova dengan dress pendeknya menjerit-jerit garang membalas asakan pihak lawan dengan pukulan kilasnya. Mesti. Aku masih ingat kata-kata Maria ketika beliau muncul dalam mimpi aku dua tahun yang lalu.

"Wahai abang Hadri, sekiranya pukulan kilas Maria dapat ditingkatkan, permainan Maria juga akan bertambah padu di atas gelanggang." Begitulaaah...

Bolehlah aku simpulkan di sini kempen kelayakan Piala Eropah bagi pasukan Russia sebagai kacau bilau. Haru biru. Hancor lodoh. Mana tidaknya, dalam proses ini mereka terpaksa memecat Fabio Capello dan melantik pengurus CSKA Moscow, Leonid Slutsky pada bulan Ogos yang lalu serta dalam masa yang sama beliau masih berkhidmat untuk kelabnya.

Slutsky yang dipertanggungjawabkan untuk membawa Russia layak ke Perancis adalah seorang ahli sukan yang sedih ketika hayatnya masih menyepak bola. Ini kerana pada usia 19 tahun dia terpaksa bersara daripada arena bola sepak selepas terjatuh daripada pokok ketika hendak menyelamatkan kucing jirannya. Walaupun begitu, masih tidak diketahui tentang tahap kesahihan cerita ini kerana ia bukannya datang daripada 'wasap group sebelah'.

Walaupun Slutsky berjaya menang baki perlawanan kelayakan yang dibimbingnya, beliau masih menghadapi masalah yang sama dengan Capello. Iaitu kekurangan 'pool' pemain kerana kebanjiran pemain import di dalam Liga Perdana Rusia yang sedang meningkat naik. Dengan kebanyakan pemain Russia yang agak veteran, Slutsky perlu segera mencari resepi terbaik untuk mengelak daripada pasukan Russia terpaksa pulang awal.


Slovakia

Secara dasarnya ramai yang tidak meletakkan sebarang harapan besar kepada skuad Slovakia. Berdasarkan rekod juga ini adalah penampilan kedua mereka dalam kejohanan besar selepas menyertai Piala Dunia 2010. Ketika menulis entri ini aku berasa hairan kenapa pasukan Malaysia pada suatu masa dahulu seronok benar ke Slovakia untuk program latihan. Apa kurangnya Jepun dan Amerika Syarikat? Ini membuktikan bola sepak Malaysia sangat pelik. Kita abaikan isu ini buat sementara waktu.

Masih terbayang-bayang di layar fikiran aku ketika Piala Dunia 2010 lalu yang mana Slovakia menewaskan Itali (ketika itu Itali adalah penyandang juara) dalam satu perlawanan penuh dramatik berkesudahan dengan skor 3-2. Itali tersungkur dan pendukung Azzurri serata dunia menangis tersesak-esak sambil nama Kamil Kopunek menjadi zikir cacian di bibir mereka. Manakala Slovakia pula meneruskan survial mereka untuk layak ke pusingan 16 pasukan tetapi kemudiannya tewas kepada pasukan Belanda (naib juara Piala Dunia 2010).

Pasukan bimbingan Jan Kozak menampilkan aksi garang di sepanjang kempen kelayakan yang lepas. Mereka menewaskan Ukraine ketika bertandang di Kiev serta mengejutkan Sepanyol dalam proses mengumpul kemenangan dalam 6 perlawanan berturut-turut. Ia sekaligus secara keseluruhannya meletakkan Slovakia di tangga kedua untuk beraksi automatik di Perancis.

Sebenarnya Slovakia adalah pasukan yang perlu diberi perhatian walaupun di atas kertas nasib perjalanan mereka di Perancis kelak masih kelihatan terumbang-ambing. Ini kerana Slovkia secara taktikalnya adalah sebuah pasukan yang serba boleh. Mereka mampu menyerap dalam semua keadaan. Dan sudah tentu mereka perlu dilihat sebagai pasukan yang merbahaya kerana memiliki seorang pemain yang bernama Marek Hamsik.

Hamsik Yang Berwajah Peragut

Perlawanan Tumpuan:  England Melawan Wales

Jurulatih Wales, Chris Coleman seboleh-bolehnya tidak mahu perkara seperti ini berlaku kepadanya. Tetapi apa boleh buat. Sudah takdir menemukan antara Wales dan England. Tanggal 16 Jun nanti kedua pasukan ini akan bertembung di Lens dalam perlawanan yang disifatkan sebagai penuh dengan talian persaudaraan.

Berdasarkan rekod Wales tidak pernah menewaskan England secara kompetitif sejak tahun 1984. Statistik pertemuan kedua pasukan dari tahun 1879 pula menunjukkan England memenangi sejumlah 66 perlawanan, seri 21 dan tewas hanya 14 pertemuan.

Namun kini Wales sudah banyak berbeza dengan kewujudan pemain seperi Aaron Ramsey dan sudah tentu Gareth Bale yang mana pernah menolak untuk mewakili England ketika usianya masih muda remaja. Oleh itu pertembungan bersejarah ini pastinya akan menjadi tumpuan buat seluruh penggemar bola sepak Great Britain.

POWER BALE

Pertembungan Force:  Skrtel Melawan Penyerang England
Siapa yang tidak kenal kepada Martin Skrtel? Belliau adalah seorang pemain pertahanan yang keras, berani mati serta berhati kering. Dia pernah berlaga kepala dengan Diego Costa dan sering menjadikan Olivier Giroud seakan-akan seperti Safee Sali di atas padang.

Sekali lagi dia berpeluang beradu tenaga dengan penyerang dari England yang saban minggu dihadapnya tanpa rasa jemu. Namun siapakah yang akan Skrtel tentang di Perancis nanti? Adalah Wayne Rooney akan kembali ke prestasi asalnya? Ataupun Harry Kane - penyerang yang tidak perlu sentuhan yang banyak untuk menjaringkan gol. Kadang-kadang satu sentuhan sahaja sudah cukup. Sedangkan pemain lain yang setaraf dengannya memerlukan dua atau tiga sentuhan sebelum menjaringkan gol. (eh aku ter-ulang lagik) Mungkin juga Daniel Sturridge - rakan sepasukannya di Liverpool yang mampu pulih sebelum sepak mula di Perancis. Siapa tahu bukan?

Aaaahhhhh!!! Persetankan siapa pun yang akan dipilih oleh Tok Roy kelak. Apa yang pasti ketua pasukan Slovakia ini bersedia untuk menyabit dan meragut kaki siapa pun yang akan berdepan secara fizikal dengannya nanti.


Ini Makan Dia!!!

Keistimewaan Kumpulan B: Sejauh Mana Perjalanan England?

Banyak yang diperkatakan tentang kemampuan pasukan England setiap kali mereka beraksi di pentas tertinggi bola sepak antarabangsa. Tidak ketinggalan juga pada Piala Eropah kali ini. Kemungkinan besar keyakinan mereka sedikit meningkat berbanding semasa menyertai Piala Dunia 2014 yang mana mereka berada dalam kumpulan yang sama dengan Italy dan Uruguay. Namun begitu Slovakia, Russia dan terutamanya Wales masih mempunyai faktor-x yang tersendiri untuk mengejutkan England.

Perlawanan pertama menentang Wales kelak akan menentukan arah tuju pasukan England. Jika kalah, tugas untuk layak ke pusingan seterusnya akan lebih sukar dan mencabar.

Perlu diingat kali terakhir England memenangi kesemua perlawanan kelayakan mereka adalah ketika Piala Eropah 1988. Mereka kemudiannya tewas dalam perlawanan pembukaan dengan satu lagi pasukan jiran, Ireland dengan skor 1-0. Seterusnya tewas lagi baki dua perlawanan kepada pasukan Belanda dan USSR. Hasilnya bungkus dan pulang awal. Adakah akan berlaku dejavu kepada pasukan Tiga Singa Bersaudara? Hah?

Wednesday, October 16, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014



7 lagi pasukan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia Brazil 2014. Kini 21 pasukan dengan rasminya akan bertanding di kejohanan yang berprestij tersebut. Malangnya ia tanpa kehadiran pasukan Harimau Malaya. Sayu rasanya di hati ini. Ada 11 lagi tempat yang perlu direbutkan. Dibawah ini senarai pasukan yang berjaya layak malam tadi dan juga pagi ini.


Russia

Menjuarai kumpulan F dengan mengumpul 22 mata meninggalkan pasukan Portugal di tempat kedua (21 mata). Ini adalah penampilan ke-10 mereka. Kali terakhir muncul pada tahun 2002. Pencapaian terbaik mereka ialah di tempat ke-4 pada tahun 1966.

Bosnia and Herzegovina
Negara yang  merdeka pada tahun 1992 ini berjaya melayakkan diri buat kali pertama dalam Piala Dunia selepas menjuarai kumpulan G. Gol jaringan Vedad Ibisevic telah membawa mereka ke Brazil tahun depan. Walaupun berkongsi jumlah mata dengan pasukan Greece, namum kelebihan jaringan ternyata berpihak kepada mereka (30 gol).

England

Setelah melalui satu kempen yang kurang konsisten, England akhirnya layak apabila menjuarai kumpulan H. Ini memberikan mereka penampilan ke-14 untuk bekas Juara Piala Dunia 1966. 

Spain

Penyandang juara seperti yang diramal berjaya meletakkan diri mereka ke Brazil tahun depan. Penampilan yang ke-14 ini bolehlah dikatakan agak susah untuk direalisasikan kerana mereka terpaksa menunggu sehingga hari yang terakhir.

Chile

Chile layak buat kali kedua berturut-turut  selepas kehadiran mereka yang menggemparkan pada edisi 1998. Pada edisi 2010, pasukan mereka masih muda. Namun kali ini mereka sudah cukup matang dan bersedia memberikan senyuman manis kepada Ivan Zamorano dan Marcelo Salas. 

Ecuador

Ini adalah penampilan yang ketiga untuk Ecuador. Pencapaian terbaik mereka adalah pada tahun 2006 apabila layak ke pusingan-16 pasukan terakhir. Mereka layak setelah hanya mendahului Uruguay dengan perbezaan jaringan sahaja.

Honduras

Ini juga adalah penampilan ketiga buat Honduras. Hanya berjaya menempatkan diri di peringkat kumpulan sahaja pada edisi tahun 1982 dan 2010. Selamat berjaya buat Honduras!!!

  
8 pasukan dari benua Eropah akan diundi dan bermain menentang sesama mereka pada 15 dan 19 November 2013 untuk mencari 4 lagi pasukan yang akan bermain di Brazil tahun depan.
  • Portugal 
  • Greece
  • Croatia
  • Ukraine
  • France
  • Sweden
  • Romania
  • Iceland


Manakala 2 pasukan lagi akan ditentukan peluang mereka seperti dibawah ini,

1st leg: 13–14 Nov 2013
2nd leg: 20 Nov 2013

AFC 5th place vs CONMEBOL 5th place | Jordan vs Uruguay

CONCACAF 4th place v OFC winner | Mexico vs New Zealand

Saturday, October 12, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014

Lukaku


Tanggal 11 Oktober 2013, sebanyak 4 lagi pasukan berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia 2014. Jerman, Belgium, Switzerland dan Colombia mengiringi  Brazil, Jepun, Australia, Iran, Belanda, Itali, United States, Costa Rica, Korea Selatan serta Argentina.

Belgium kembali menjengah pentas Piala Dunia selepas kali terakhir layak 12 tahun lalu. Dua gol dari Lukaku ketika menewaskan Croatia 2-1 di tempat lawan membuktikan pasukan ini memang berhak berada dalam 'top 5' pasukan pilihan Piala Dunia 2014. Berikut adalah rekod pasukan Belgium dalam kempen Piala Dunia yang lepas.

1st round  - 1930, 1934, 1938, 1954, 1970, 1998
2nd round - 1982, 1990, 1994, 2002
Quater Final - N/A
Semi Final - 1986
Withdrew - 1950
Do Not Qualify - 1958, 1962, 1966, 1974, 1978, 2006, 2010


Seperti yang dijangka, pasukan Jerman juga berjaya menempatkan diri dalam kejohanan ini tahun depan selepas dengan jayanya menewaskan Ireland 3-0 hasil jaringan Sami Khedira, Andre Schurrle dan Mesut Ozil. Apa yang jelas di sini ialah, aksi cemerlang mereka ketika bersama pasukan kelab berjaya diterjemahkan pula apbila turun mewakili pasukan kebangsaan mereka. 

Sementara itu, pasukan Switzerland menjadi negara Eropah ke-5 yang layak ke Piala Dunia 2014 setelah menang 2-1 ke atas Albania hasil gol daripada pemain Bayern Munich Xherdan Shaqiri dan Michael Lang. 

Bagi pasukan Colombia pula, mereka berjaya menjadi pasukan ke-3 dari Amerika Selatan yang layak ke Piala Dunia selepas mengikat pasukan Chile 3-3 dalam satu perlawanan yang penuh dramatik. Pasukan bimbingan Jose Pakerman ini ketinggalan 3 gol pada separuh masa pertama sebelum Teofilo Gutierrez dan Radamel Falcao (2 gol) menyelamatkan pasukan mereka. Berikut adalah senarai 14 pasukan yang telah layak ke Piala Dunia 2014


TEAMCONFEDERATIONLAST APPEARANCEBEST PERFORMANCE
BrazilConmebol2010Winners
ArgentinaConmebol2010Winners
ColombiaConmebol1998Round of 16
NetherlandsUefa2010Runners-up
ItalyUefa2010Winners
BelgiumUefa2002Fourth place
GermanyUefa2010Winners
SwitzerlandUefa2010Quarter-finals
JapanAFC2010Round of 16
AustraliaAFC2010Round of 16
IranAFC2006Group stage
South KoreaAFC2010Fourth place
Costa RicaConcacaf2006Round of 16
USAConcacaf2010Third place

  

Tuesday, March 19, 2013

Kelayakan Piala Dunia 2014

AMERIKA SELATAN
 
 
 
OCEANIA
 
 
 
CONCACAF
 
 
 
EROPAH
 
 
 
ASIA
 

AFRIKA
 



 

Monday, March 11, 2013

UEFA Champions League 2012/13 - Round of 16 - 2nd Leg II



UEFA Champions League 2012/13
Round of 16 (2nd leg)
Mac 13, 2013 (Rabu)
FC Schalke 04 (1)vsGalatasaray (1)
FC Barcelona (0)vsAC Milan (2)
Mac 14, 2013 (Khamis)
Bayern Munich (3)vsArsenal (1)
Malaga (0)vsPorto (1)



FC Schalke 04 (1) vs Galatasaray (1)


FC Schalke perlu berhati-hati berdepan Galatasaray walaupun beraksi sebagai tuan rumah. Kecekapan Hilderbrand akan diuji apabila Galatasaray membariskan penyerang agung Drogba dan pemain yang sedang meningkat naik dari Turki, Burak Yilmaz. Turut menarik perhatian adalah pertembungan di bahagian tengah antara Sneijeder  dan Jemaine Jones. Kedua mereka adalah nadi untuk pasukan masing-masing. Peluang untuk kedua pasukan mara ke peringkat seterusnya adalah sama rata. Berikan tumpuan juga kepada Huntelaar (mungkin tidak dapat beraksi kerana kecederaan ketika bertemu Borrusia Dortmund) dan Farfan kerana mereka inilah penentu hala tuju pasukan FC Schalke 04 di dalam kejohanan ini.
Ramalan: FC Schalke 04 (2) vs Galatasaray (2): Galatasaray layak kelebihan gol tempat lawan.

FC Barcelona (0) vs AC Milan (2)


Ketika ini Barcelona masih lagi belum berada dalam prestasi tebaik mereka. Kalah dua kali kepada Real Madrid merupakan kepedihan azali yang sukar dipadam dari lubok jiwa lelaki lemah lembut Barcelona. Sedangkan AC Milan pula semakin gagah perkasa umpama lelaki termakan viagra di malam pertama. Dan Barcelona tidak syak lagi akan menjadi santapan batin buat skuad asuhan Massimiliano Allegri. Beberapa pemain AC Milan telah mencapai tahap persembahan terbaik ketika ini antaranya Christian Zapata (pertahanan), Montolivo (Tengah) dan El-Shaarawy. Mereka inilah yang akan membuatkan pemain Barcelona seperti Messi, Victor Valdes dan Iniesta menangis teresak-esak di penghujung wisel penamat. Barca Bungkus! 

Ramalan: FC Barcelona (2) vs AC Milan (1): AC Milan layak 3-2.


Bayern Munich (3) vs Arsenal (1)



Bayern Munich masih belum selesai menyekolahkan Arsenal. Dalam perlawanan yang dijangka berat sebelah ini jelas lagi nyata sesungguhnya ia akan berpihak kepada Bayern Munich. Perlawanan menentang Arsenal akan dijadikan medan latihan buat anak buah Jupp Heynckes menjelang aksi sebenar dalam Bundesliga bertemu Bayer Leverkusen 2 hari selepas itu. Tetapi penyerang hebat Bayern, Mario Mandzukic tetap bemanis mulut dengan mengatakan bahawa pertarungan dengan Arsenal masih belum lagi selesai. Ini semua bagi memberi sedikit harapan kepada Arsene Wenger supaya yakin anak didik beliau mampu mengganas apabila diperlukan. Arsene Wenger Harus Bersara.
Ramalan:Bayern Munich (3) vs Arsenal (0): Bayern Layak 6-1.
Malaga (0) vs Porto (1)

Seperti yang dijangka Porto berjaya menjaringkan satu gol sebagai bekalan untuk dibawa ke La Rosaleda. Dan sekali lagi tugas besar bakal digalas Joao Mountinho dalam menjadi paksi utama pasukan Porto untuk mencatatkan kejayaan sekaligus mara ke Suku Akhir. Beliau juga telah melafazkan ikrar untuk memberi kejayaan kepada jurulatih Porto, Vitor Pareira dan ini menambah keyakinan rakan sepasukan yang lain. Moutinho juga akan dibantu oleh Fernando  yang akan bertindak sebagai pemain tengah bertahan. Manakala di bahagian pertahanan pula Porto memiliki Alex Sandro dan Danilo yang begitu serasi bermain bersama serta penyerang berbisa Jackson Martinez yang bersedia menyumbat gol ke gawang Malaga bila-bila masa sahaja.


Jurulatih pasukan Malaga, Manuel Pellegrini nampaknya perlu berfikir dua kali sama ada untuk menurunkan gandingan Julio Baptista dan Santa Cruz sekali lagi pada perlawanan ini yang mana jelas gandingan ini telampau perlahan dan tidak mampu menggugat pertahahan Porto. Willy Caballero akan dikekalkan menjadi benteng terakhir buat Porto ketika Kameni dijangka akan hanya menjadi pemain simpanan. Demichelis akan mengetuai bahagian pertahanan. Manakala Joaquin, Isco dan Toulalan akan mengatur gerak pasukan Malaga dari bahagian tengah. Pertarungan ini dijangka seimbang dan pasukan yang tidak mensia-siakan peluang akan berjaya di akhir perlawanan.

Ramalan Malaga (0) vs Porto (1) : Porto layak 2-0.

Tuesday, January 8, 2013

FIFA 2012 World XI vs Mata Pena Si Hitam XI

FIFA 2012 World XI
 
CASILLAS

DANI ALVES
SERGIO RAMOS
PIQUE
MARCELO

XABI ALONSO
XAVI
INIESTA

MESSI
FALCAO
CRISTIANO RONALDO
 
 
Mata Pena Si Hitam XI
 
Gianluigi Buffon
 
Philipp Lahm
Giorgio Chiellini
Matt Hummels
Jordi Alaba

Yaya Toure
Andrea Pirlo
 
Cristiano Ronaldo
Lionel Messi

Zlatan Ibrahimovic
Radamel Falcao

Sunday, November 18, 2012

Nama Gelaran Pemain Bolasepak Paling Mengerikan


Nama gelaran pemain bolasepak memang tidak asing lagi di Malaysia. Antaranya Zaq-One, Mat Yo, Hai-O, Awe dan Mie Yeh sekadar menyebut beberapa nama sahaja. Namun apa yang menggeletek tali pusat ialah nama-nama gelaran atau panggilan ini turut dicetak di belakang jersi mereka. Ini sesuatu perkara yang tidak akan berlaku di Eropah dan ia hanya terdapat di Malaysia.


Walaupun FAM dan persatuan bolasepak negeri seringkali berkokok melaungkan bahawa Liga kita ini professional, perkara seperti ini masih berlaku. Mungkin ada yang berpendapat perkara ia tidak salah. Ya memang tidak salah. Cuma ia seakan-akan perbuatan tidak matang dan jersi pasukan negeri itu menjadi seperti baju-T kanak-kanak bermain bola di waktu petang. Renung-renungkanlah.... 


Di bawah ini dibawakan beberapa pemain bolasepak antarabangsa dengan nama gelaran yang boleh dikatakan mengerikan. Tak dapat dibayangkan andai ia diletakkan di bekakang jersi mereka. Mari kita saksikan bersama....

Frank Ribery



Pemain sayap Perancis, Franck Ribery adalah salah seorang pemain yang paling berbakat dalam generasinya. Walau bagaimanapun, nama samaran beliau "Muka Parut" adalah mungkin salah satu yang paling hina pernah ditemui.




Thomas Gravesen


Sesiapa yang pernah menyaksikan pemain ini beraksi bersama Everton ketika pertengahan era 2000 akan menghargai tema, "all-action Thomas Gravesen,"  Namun itu adalah paggilan yang lebih suci daripada nama gelaran beliau iaitu "Shrek".



Wayne Rooney



Wayne Rooney pemain terhebat Engkand juga pernah digelar "Shrek". Namun kini sesetengah orang mula memanggilnya "The Khinzir." Keji tak?



Ronaldinho


Tiada siapa dapat menidakkan bakat yang dimiliki beliau. Walau bagaimanapun, Ronaldinho mendapat gelaran kasar ditujukan kepadanya apabila dia digelar "Jar Binks Jar," nama watakdalam film Star Wars.




Thursday, November 15, 2012

Sekitar Perlawanan Persahabatan


Malaysia (1) vs Hong Kong (1)


Selepas tewas 2 perlawanan berturut-turut, Harimau Malaya sekali lagi gagal menang walaupun beraksi di Shah Alam. Seperti biasa Rajagopal menurunkan barisan pemain kepercayaannya. Malaysia Berjaya mendahului satu gol di hadapan hasil jaringan Safee Sali yang menerima hantaran Andrea Pirlo Malaysia, Amar Rohidan. Namun selepas Hong Kong bermain dengan 10 orang pemain, Harimau Malaya masih gagal menggandakan gol. Mereka sebaliknya bolos saat-saat akhir pada minit ke 88 hasil kesilapan Aidil dan Khairul Fahmi. Seri 1-1 sama dengan Hong Kong adalah keputusan yang tidak boleh diterima dan tak masuk dek akal.


Sweden (4) vs England (2)




Tiada apa yang istimewa apabila Roy Hodgson membariskan Leon Osman dan Steven Caulker dalam kesebelasan utama menentang Sweden. Ternyata Zlatan adalah nadi bagi pasukan Sweden. Secara bersahaja Zlatan memusnahkan England dengan 4 gol jaringannya. Ini temasuk gol sepakan gunting dari kawasan 25 yang begitu menakjubkan. Zlatan bukan sahaja berjaya menyekolahkan kem pasukan England secara keseluruhannya, namun juga menunjukkan kepada barisan serangan England terutamanya Wellbeck yang perjalanan beliau masih jauh lagi untuk bergelar pemain terbaik dunia.




Italy (1) vs France (2)


El Shaarawy adalah sensasi terbaru Itali. Tetapi ia tidak cukup untuk memberi kejayaan kepada pasukannya dalam pertemuan menentang Perancis ini. Beliau membuka jaringan gol pada minit ke-35 selepas menerima umpanan cantik dari Montolivo. Gol ini hanya bertahan selama 2 minit sahaja apabila Valbuena menyamakan keadaan hasil gerakan solo dari sebelah kiri Perancis. Selepas menggelecek 3 pertahanan, beliau dengan tenang menewaskan Lloris dengan sepakan lencong yang sangat menarik. Gomis melengkapkan malam indah buat Deschamps dengan jaringan gol pada minit ke-67.




Keputusan Utama Yang Lain

Brazil 1 -1 Colombia
Thailand 5 – 0 Bhutan
Saudi Arabia 0 -  Argentina 0
Austria 0 – Ivory Coast 3
Netherlands 0 – 0 Germany 0
Chile 1 – 3 Serbia
Turkey 1 - 1 Denmark

Russia 2 – 2 USA



Rep. Czech 3 – 0 Slovakia



Romania 2 – 1 Belgium



Panama 1 – Sepanyol 5


Poland 1 – Uruguay 3





Untuk lebih lagi video..sila ke....

Tuesday, September 18, 2012

Pilot:UEFA CHAMPIONS LEAGUE 2012/13




Real Madrid CF  vs Manchester City FC
Siaran Langsung Astro 817

( 2:45 AM ) 19 September 2012


Real Madrid sedang berada dalam prestasi terburuk mereka. Ketinggalan 8 mata kepada Bacelona selepas hanya 4 perlawanan adalah malapetaka buruk bagaikan ribut pasir disiang hari buat Mourinho. Manakala Manchester City pula mahu membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah kuasa baru bolasepak dunia dengan berTUANkan duit semata-mata.. Pertembungan menarik antara kedua-dua Juara Liga ini pasti akan meninggalkan kesan sejarah kepada bolasepak dunia...kononyalaaaa..
REAL MADRID

Casillas
Arbeloa, Ramos, Pepe, Marcelo
Alonso, Khedira

Ozil, Modric, Cristiano Ronaldo
Benzema

 
 
MANCHESTER CITY

Hart
Maicon, Kompany, Lescott, Clichy

Yaya Toure, Barry
Silva, Nasri
Tevez, Aguero
 
 
 
 
 
 
Chelsea FC vs Juventus
Siarang Langsung Astro 817

( 2:45 AM ) 19 September 2012
 
Tiada yang lebih agung daripada perlawanan ini yang menemukan antara Juara Bertahan UCL 2011/12 dan Juara Serie A musim lepas. Prestasi semasa membuktikan kedua pasukan ini adalah hebat dan mantap. Chelsea sedang memimpin Liga Perdana Inggeris dengan mendahului Manchester United yang tak berapa 'power' dengan 1 mata. Manakala Juventus dengan selesa menduduki tangga pertama Serie A ketika ini bagaikan Firaun di atas tahktanya. Barangsiapa terlepas menyaksikan perlawanan ini bermakna mereka kekurangan rukun hidup dalam bolasepak.
 
 
 

FC Bayern München vs Valencia CF
Siaran Langsung Astro 810

( 2:40 AM ) 20 September 2012


Valencia bukanlah lawan yang mudah bagi Bayern Munich. Namun barisan pemain Bayern yang hebat dan berstatus bintang mampu memberi kelebihan kepada mereka untuk menjinakkan Valencia. Mandzukic tidak boleh berhenti menjaringkan gol pada ketika ini akibat daripada kehebatan yang tak terbendung. Kehadiran Schweinsteiger di bahagian tengah pula sudah pasti akan mendatangkan gusar kepada anak buah Mauricio Pellegrino. Hanya penjaga gol Valencia sahaja iaitu Diego Alves yang menjadi harapan mereka kerana berjaya merekodkan 2 perlawanan tanpa bolos ketika bersama pasukan Brazil. Hobin Bayern Hobin!!!