There was an error in this gadget

Thursday, September 17, 2015

Chelsea Melawan Arsenal.

Chelsea Melawan Arsenal.

Jauh di dalam sudut hati aku yang ada beberapa titik hitam ini sebenarnya amat menghormati pasukan Arsenal dan penyokongnya. Ia melebihi sedikit berbanding pasukan lain yang ada antaranya aku tak hormat langsung. Tidak payahlah aku sebutkan pasukan yang mana satu. Semuanya gara-gara arwah abah aku yang merupakan peyokong kuat pasukan Arsenal. Begitulah romantiknya hubungan antara aku dan Arsenal.

Aku dibesarkan dengan menonton berulang kali rakaman VHS pertembungan antara Arsenal dan Sheffield Wednesday merebut Piala FA di Wembley pada tahun 1993. Kemudiannya aku disajikan pula dengan kekebalan Tony Adam melindungi David Seaman. Kepantasan bak lipas kudung Marc Ovemars. Gerakan licik Fredrik Ljungberg dan Robert Pires. Serta ketenangan Ian Wright dan Thierry Henry di hadapan gol. Maka tidak hairanlah selepas Zinedine Zidane, aku meletakkan Henry dan kemudiannya Fabregas sebagai pemain kegemaran aku berbanding Gianfranco Zola mahupun Jimmy Floyd Hasselbaink.

Minggu ini Chelsea sekali lagi akan beradu tenaga dengan Arsenal. Ini adalah perlawanan bola sepak sebenar. Tidak dapat dinafikan lagi ia membawa seribu debar kepada pencinta sebenar kedua pasukan tersebut. Aku tidak dapat bayangkan andai pada satu hari nanti Tengku Mahkota London mengeluarkan titah seperti ini.

"Beta mahu menggabungkan Arsenal, Chelsea, Spurs, Fulham, QPR, West Ham dan Crystal Palace menjadi satu pasukan iaitu LONDON 1. Ini supaya semua rakyat London bersatu hati hanya menyokong satu pasukan sahaja. Ini adalah tanggungjawab beta untuk menyatupadukan seluruh umat London. Amacam pawer tak beta?"

Inilah dia perbezaan nyata antara negara bola sepak yang pernah menjulang Piala Dunia dengan negara yang hanya memasuki pusingan kelayakan untuk terkandas setiap empat tahun sekali. Di London sahaja stakat hari ini ada 14 pasukan bermain secara professional yang mana 5 pasukannya beraksi di Premier League dan 9 lagi bermain di Football League. Manakala hampir 90 kelab amatur diselia tadbir oleh FA London. Jadi, salahkan kita untuk menyokong bola sepak British melebihi daripada bola sepak Malaysia?

Oleh itu, sementara Tengku Mahkota London belum mengeluarkan titah ni, adalah lebih manis kita raikan aksi derbi yang maha hebat ini. Caci, maki, carut, marut adalah hiasan dalam menyokong pasukan bola sepak masing-masing. Kalau team sendiri dah main macam gampang, apa benak sangat engko nak puji melompat bertempik atau sibuk salahkan pengadil?

Ini sukan lelaki. Sokong cara lelaki. Jika tidak boleh sokong cara lelaki, kita boleh menengok secara mendalam aksi Leong Mun Yee dan Farah Ann Hadi bermain sokan mereka. Hnnnnnnshhhh.... Hnnnnnnshhhh.... Hnnnnnnshhhh....


Posted via Blogaway

1 comment:

Silakan Laser Saye...