Dari Kaki Ke Pena Hitam: The Pengurus
Frank Lampard.
Frank Lampard.
Satu susuk yang tidak perlu diperkenalkan lagi. Disukai kawan, disenangi lawan. Seorang
anak muda yang cekal hati datang dari West Ham dan berkelana ke Stamford
Bridge. Sejak dari itu Lampard mula membina reputasinya sebagai lagenda
The Bleus.
Berdasarkan pemerhatian aku sendiri, sebagai seorang pemain beliau sangat berjaya bersama Chelsea, tetapi tidak apabila ketika beraksi untuk England. Kini
sebagai seorang pengurus, Lampard adalah antara nama yang dijangka bakal
menyerlah pada masa hadapan dalam arena pengurusan. Mungkin namanya
akan sebaris dengan lagenda JDT, Luciano Figueroa.
Hari ini beliau sedang membimbing Derby County dalam buruan untuk layak ke Liga Perdana Inggeris bagi musim 2019/2020. Dengan bajet dan kekurangan pemain berbakat, adakah Lampard akan berjaya dalam cubaan pertamanya musim ini? Hah?
Ole Gunnar Solskjaer.
Sekiranya aku tidak salah, rekod Ole Gunnar di Liga Perdana Inggeris sebagai seorang pemain bola sepak ialah - 235 penampilan, 91 gol, 144 kemenangan, 39 kekalahan dan 6 kejuaraan liga. Masyaallah..urut dada aku dibuatnya.

Beliau yang turut digelar 'baby face' ini adalah antara 'super sub' paling berjaya dalam sejarah bola sepak dunia selain daripada Rusdi Suparman. Ole kembali ke Old Trafford dalam usaha mengembalikan air muka pemuja Syaitan Merah yang dicalit lumpur oleh Jose Mourinho.
Sejak kedatangan Ole, Manchester United belum tewas, Rashford semakin menjadi-jadi, kelahiran semula Pogba, De Gea melakukan 11 aksi menyelamat dalam satu perlawanan, Phil Jones dapat 2 'clean sheets', seri dengan Burnley dan kini sedang dalam proses mengejar 'top 4' Liga Perdana Inggeris.

Ya! Secara peribadi aku merasakan jodoh Ole dengan Manchester United kali ini akan lebih panjang daripada ketika hayatnya sebagai seorang pemain. Percayalah. Letak duit atas meja judi.
Thierry Henry
Sebagai seorang pemain Henry telah mengecapi pelbagai kejayaan, antaranya Juara Piala Dunia dan Piala Eropah. Anugerah peribadi pula sangatlah banyak. Tak terkira dek jari tangan. Namun adakah ini kunci untuk beliau sukses dalam arena pengurusan? Jawapannya..tidak ye tuan-tuan.

Selepas tamatnya tugasan di Piala Dunia 2018 sebagai pembantu jurulatih pasukan Belgium, Henry dilantik sebagai pengurus pasukan AS Monaco bagi menggantikan Leonardo Jardim. Malangnya sepanjang 20 perlawanan liga, Monaco hanya menang 4, seri 5 dan kalah 11 perlawanan. Akibatnya beliau telah dipecat dan digantikan oleh Leonardo Jardim. Oh! bola sepak..kau memang kejam.
Khabarnya taktikal yang tidak konsisten dan bercelaru serta beberapa tindakan dan keputusan yang kurang matang, adalah antara penyebab kegagalan beliau dalam percubaan pertama sebagai seorang pengurus bola sepak.
Adakah kita akan dapat melihat lagi kelibat Henry sebagai seorang pengurus? Ataupun Henry akan mengikut jejak langkah malang Makelele? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.
Santiago Solari.
Aku memang tidak berapa minat dengan Solari ketika hayatnya sebagai seorang pemain bola sepak dahulu. Dengan rambut basah belah tengah, tidak banyak yang dapat ditawarkan oleh Solari selain daripada kaki kirinya yang boleh tahan berbisa. Tambahan pula ketika itu beliau terpaksa bersaing dengan galatico lain seperti Luis Figo sepanjang tempoh beliau bersama Real Madrid dari 2000 hingga 2005.
Solari tiba di Santiago Bernabeu bagi menggantikan Julen Lopetegui yang ternyata gagal dalam tugasannya. Meneruskan legasi yang ditinggalkan Zidane dan Ronaldo bukanlah satu kerja yang mudah. Namun Solari setakat ini dilihat berjaya mengharungi cabaran di Real.

Tetapi rasanya Real Madrid pasti tidak akan mengekalkan beliau untuk musim hadapan. Biasalah..Real-kan gemar bertukar salin pengurus. Tidak mengapalah Solari. Mana tahu satu hari nanti boleh menguruskan pasukan kebangsaan Argentina pula. Kan?
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...