Tuesday, July 8, 2008

Disebabkan Bukan Kerana Allah

Pada satu hari telah bercerita Abu Hurairah kepada Uqbah bin Muslim tentang hadis yg disampaikan oleh Rasulullah kepada beliau.
Kata Abu Hurairah, “Nabi Muhammad telah besabda bahawa pada hari kiamat Allah akan menghukum semua umat. Orang pertama yg di panggil ialah org yg mengerti Al-Quran, dan selepas itu orang yg mati kerana jalan Allah iaitu orang yg mati fisabilillah, dan orang ketiga ialah orang yang kaya.
Allah akan bertanya kepada orang yg hafal Al-Quran, “Tidakkah Aku tlh mengajarkan kepada kamu apa yg Aku telah turunkan kepada utusan-Ku?”
Jawab org yg pandai Al-Quran ‘Benar ya Tuhanku.’
Tuhan bertanya lagi, ‘Apa yg telah kau buat terhadap apa yg tlh Aku ketahui itu?’
Jawab org itu, ‘Saya tlh mempelajarinya pd waktu malam dan mengamalkanyer pada waktu siang.’
Allah dan malaikat juga berkata,’Kamu dusta. Kamu hanya di kenali sebagai seorang pembaca Al-Quran dan ingin mendapat sanjungan sbgi seorang qari.’
Allah kemudian memanggil orang yg mati syahid. Allah berkata: Kenapa kamu terbunuh?’
Orang itu menjawab,’Saya berperang kerana Allah’.
Allah dan malaikat juga berkata,’Kamu dusta.Kamu hanya ingin disebut sebagai pahlawan dan orang yg gagah berani.Kamu sudah pun disebut sebegitu.
Allah memanggil orang yg kaya:’Apa yg telah kamu buat terhadap harta yg Aku tlh berikan kepada kamu?’
Orang kaya menjawab:’Saya tlh menggunakan utk membantu keluarga saya dan saya sedekahkan.’
Allah dan malaikat juga berkata,’Kamu dusta.Kamu hanya ingin di sebut2 sbg dermawan.’
Abu Hurairah memandang muka Uqbah dan berkata:”Nabi Muhammad menepuk-nepuk pehaku dan berkata:’Hai Abu Hurairah,ketiga-tiga orang itulah yg pertama di masukkan ke neraka pada hari kiamat.”
Begitulah kisah orang yang membuat sesuatu kerana hendakkan nama dan bukan kerana Allah.Sia-sialah org itu krn ia lebih mementingkan dirinyer dan mementing sanjugan orang ramai.
Sumber: 15 Tanbihul Ghafilin

2 comments:

Silakan Laser Saye...