Monday, August 1, 2011

Senarai 25 Pemain Latihan Pusat Skuad Kebangsaan.

Ketua jurulatih kebangsaan K. Rajagobal memanggil kembali Khyrill Muhymeen Zambri, Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, Farisham Ismail, Joseph Kalang Tie, S. Chanturu, Sharom Kalam, Norazalan Razali (Penjaga Gol Kuala Lumpur), Shahrizal Saad dan Mohd Faizal Muhamad.

Manakala Norshahrul Idlan Talaha dan Aidil Zafuan Razak digugurkan, akibat masalah kecederaan yang belum pulih.

Peluang Joseph Kalang
Tujuh pemain Harimau Muda A tidak disenaraikan iaitu Muslim Ahmad, Mahali Jasuli, Fadhli Shas, Izzaq Faris Ramlan, dan K.Gurusamy, termasuk penjaga gol Kelantan Khairul Fahmi Che Mat, Ahmad Fakri Saarani (Negeri Sembilan) bagi membuat persiapan Kelayakan Olimpik

Latihan pusat skuad kebangsaan, pemain dikehendaki melapurkan diri di Wims FAM, Kelana Jaya pada Ogos 3, 2011 (Rabu) jam 4 petang.

Malaysia dijadualkan mengadakan dua perlawanan persahabatan bertemu Oman (Ogos 10) dan Ogos 15 (belum ditetapkan). Mereka akan berada di Oman dari Ogos 8-10, 2011.

Berikut adalah senarai penuh 25 pemain yang dipanggil.

Amar Rohidan, Azmi Muslim, Baddrol Bakhtiar, Khyril Muhymeen (Kedah), Amirulhadi Zainal, Asrarudin Putra Omar, Safiq Rahim (Selangor), Norhafiz Zamani Misbah, Farizal Marlias, S.Kunanlan (Negeri Sembilan), Ashaari Shamsudin, Helmi Remeli, Abdul Hadi Yahya, Sharbini Allawee, Ismail Faruqi Ashaari, Joseph Kalang Tie (Terengganu), Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid, S.Chanturu, Shakir Shaari (Kelantan), Mohd Shahrom Abdul Kalam, Norazlan Razali (Kuala Lumpur), Shahrizal Mohd Saad (Johor FC), Mohd Faizal Muhammad (Harimau Muda A), Safee Sali (Pelita Jaya, Indonesia)

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...