Salam Satu Harimau Selatan. Wujudnya entri ini adalah untuk cuba menjelaskan beberapa persoalan dari pengkomen di entri kawe yang bertajuk 'Siapa Johor FA di mata Riquelme?' (http://hadriegas.blogspot.com/2012/07/siapa-johor-fa-di-mata-riquelme.html). Kawe akan cuba sebaik mungkin berdasarkan ilmu yang cetek dan tidak seberapa ini. Sebenarnya aku suka komen-komen membina seperti ini dari mencarut tidak tentu pasal.
Situasi 1:
"ape pon bro... ko kene berfikir di luar kotak... ko ni masih dalam kotak... itulah kejutan bro.. nak berjaya... kene bertindak... nampak tak logik dan gila kan??? tapi sudah 2 pemain dunia tanda tangan contrak bro... jgn tahu kutuk sahaja... tapi punyai lah sikap... tunggu dah lihat.. bila tak terjadi baru kutuk... PBNJ tak leh umum kan sepenuhnya selagi tak 6 dicember... MCM NI KE BOLA SEPAK NAK MAJU... ASIK DUK BERCAKAP TAK BERTINDAK...."
Situasi 2:
"bawa pemain dari luar... yg mahal dan tak masuk akal... tu strategy bro... gua nak cakap ngn lu bro... lu pergi england.. tanya johor FA dia kenal x... lu pergi asia tengara cukup la... tak kenal bro... Johor FA baru nak bawak masuk... bukan kata singapore ngn indon dah tahu Johor ni... thailand dan banyak negara lain dah tahu... baru cakap nak bawak masukb bekas2 pemain dunia main sini bro... kalau dah masuk mcm mana?? org luar akan banyak kenal malaysia terutama Johor la.. maka perkembangan bola sepak malaysia lebih pantas berkembang... aku bagi contoh la bro.. beckham sebelum masuk RED BULL FC ... org kenal ke kelab tu?? beckham masuk baru tahu... DROGBA ngn ANELKA masuk sheng shua club... lu kenal ke kelab tu sebelum ni?? tak tahu kan.. sekrang lu sebut2 bro... ni aku cerita satu aspek jer bro... banyak lagi aspek.. lu fikir la sendiri.."
Pertama sekali aku hendak perbetulkan beberapa fakta yang salah dari pengkomen di atas. David Beckham sebenarnya bermain untuk Los Angeles Galaxy di Major League Soccer. Mungkin pengkomen di atas terlalu teruja sehingga tersalah taip.
Kedudukan MLS dalam ranking dunia ketika ini berada di tangga ke-21 dan MLS kelihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tidak dinafikan kehadiran David Beckham, Robbie Keane, Thierry Henry dan Rafael Marquez berjaya menaikkan profil MLS dan kualiti dalam persaingan di MLS.
Kedudukan MLS dalam ranking dunia ketika ini berada di tangga ke-21 dan MLS kelihatan semakin meningkat dari tahun ke tahun. Tidak dinafikan kehadiran David Beckham, Robbie Keane, Thierry Henry dan Rafael Marquez berjaya menaikkan profil MLS dan kualiti dalam persaingan di MLS.
Tetapi apa yang mebezakan MLS dengan Liga Malaysia?
MLS lebih berada di landasan yang betul kerana pasukan yang bersaing di dalamnya adalah terdiri daripada kelab bola sepak. Dan bukannya pasukan negeri seperti di Malaysia. Terus-terang saya tiada masalah dengan siapa pemain yang hendak pasukan Johor beli. Almaklumlah dengan RM55 juta setiap tahun tajaan dari Astro kepada FAM. Kemungkinan besar juga FAM akan berkongsi kemewahan ini dengan pasukan negeri dan kelab bolasepak. Seperti yang saya cakap, " Tidak salah hendak membeli Riquelme. Cuma keadaan Liga Malaysia dan pasukan Johor FA itu sendiri yang tidak berapa nak ada itulah yang menjadi masalahnya."
Apa masalahnya dengan Liga Malaysia?
Kita tolak dahulu isu makan duit, rasuah dan kronisme dalam bola sepak tempatan. Berbicara mengenainya tidak akan pernah tamat. Seperti yang selalu aku hebahkan bahawa struktur liga bolasepak kita perlu dirombak. Perlu banyakkan kelab bola sepak dan mansuhkan penyertaan pasukan negeri dalam liga. Kita perlu mansuhkan pasukan negeri kerana pasukan negeri yang ada sekarang semuanya di bawah kendalian FA negeri masing-masing. Lihat apa yang telah berlaku kepada Johor FC, sebuah kelab yang ditadbir secara teratur tetapi malangnya kini ditelan hidup-hidup oleh PBNJ yang dahulunya jelas gagal menaikkan martabat bola sepak Johor seadanya.
Parasit FA negeri inilah yang sebenarnya menelan sejumlah besar RM330 juta sumbangan Dunhill dulu. Mereka dapat duit peruntukan dan ianya digunakan untuk menanggung kos pasukan negeri masing-masing. Oleh kerana ianya sebuah pasukan bola sepak milik persatuan, tidak ada seekor pun kakitangan yang terfikir hendak mencari sumber kewangan yang lain. Semua hanya tahu nak perabih duit yang ada.
RM330 juta yang ada dulu habis begitu saja kerana setiap pemimpin politik yang menerajui FA negeri masing-masing berbelanja besar untuk menguatkan pasukan negeri. Jika pasukan negeri muncul juara liga atau Piala Malaysia, tokoh politik tersebut boleh tumpang glamer. Contoh paling ketara, kegilaan berbelanja besar Pahang FA satu masa dulu dalam dekad 1990-an untuk menjuarai Piala Malaysia. Sekarang apa cerita Pahang FA? Pergi tanya Tengku Bola Pahang.
Liga Malaysia vs China Super League.
Liga Malaysia berada di rangking ke-18 Asia, manakala China Super League di tangga ke-8. Masih jauh sekiranya kita hendak mengatakan Malaysia wajar meniru cara China yang telah pun berjaya layak ke Piala Dunia. Malaysia? Belum. Tetapi hendak mengatakan langkah China Super League ini adalah 100% betul pun tidak boleh juga. Kenapa? Cuba kita kaji Liga Bola Sepak Korea ataupun dipanggil Sonata K-League. Terkini liga mereka berada di tangga pertama Asia dan ke-12 di dunia sejak ia ditubuhkan pada 1983. Dan sepanjang tempoh itu, saya tidak dapat kesan mana-mana pemain bola sepak se-gah Anelka dan Drogba bermain di K-League. Jika ada pun hanyalah Kiki Musampa.
Buat pengetahuan kita juga, Shanghai Shensua sedang mengalami masalah kewangan dan isu dalaman. Inilah kesannya jika pentadbiran yang membabi buta inginkan keuntungan cepat akhirnya mengalami kerugian secara halus tanpa mereka sedari. Sama juga dengan senarionya di Malaysia. Di mana pasukan seperti Perlis, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berada sekarang? Apabila individu yang gila kuasa di beri kuasa di peringkat negeri, habis satu kapal menjadi karam!
Buat pengetahuan kita juga, Shanghai Shensua sedang mengalami masalah kewangan dan isu dalaman. Inilah kesannya jika pentadbiran yang membabi buta inginkan keuntungan cepat akhirnya mengalami kerugian secara halus tanpa mereka sedari. Sama juga dengan senarionya di Malaysia. Di mana pasukan seperti Perlis, Melaka, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur berada sekarang? Apabila individu yang gila kuasa di beri kuasa di peringkat negeri, habis satu kapal menjadi karam!
Dan Sultan Bola serta FAM sendiri tidak dapat berbuat apa-apa. Ini kerana FA negeri juga penuh dengan ahli-ahli politik yang ada kuasa dan pengaruh, orang kuat parti contohnya UMNO. Itu belum kira dengan penaung setiap FA negeri yang merupakan sultan atau yang dipertua negeri tersebut. Jadi benda ini sudah jadi masalah politik tahap dewa. Tapi itu cerita lain. Ini Mata Pena Hitam bukan Papa Gomo ataupun Milo Suam.
Ini isu yang paling serius.
Inilah sebenarnya isu yang aku mahu bangkitkan dan dijadikan peringatan serta renungan buat kita semua. Bukan soal artis mana yang mahu kahwin dengan kerabat, bukan soal pemain bola yang menjadi rebutan dua pasukan negeri yang bangang dan juga bukan soal jenis kereta apakah yang menjadi kegemaran kerabat tersebut. Dan pastinya juga bukan aku sengaja hendak mengalihkan perhatian dari cerita Chelsea. Sekian.
kamu silap. asas sokongan rakyat yg tonton bola adalah bersifat kenegerian. memansuhkan pasukan negeri ibarat menjahanamkan foundation pd bolasepak negara sendiri. sy tau kamu terpengaruh dgn tulisan lucius maximus dlm cerita malaysia x ke piala dunia tp percayalah byk flaw dlm cdgn dia tu. pd sy pasukan negeri boleh kekal cuma buat separate entiti mcm kelantan buat red warrior. mungkin dlm bentuk anak sykt ke yg khas uruskan pasukan tu. so FA negeri boleh kembali fokus utk pembangunan bolasepak negeri. dlm masa yg sama galakkan pertumbuhan kelab2 lain.
ReplyDeletedude u're delusional. ok shanghai shenhua ada masalah kewangan. so what? leeds united yg satu ketika dulu gah dan jd rival pd man utd dlm epl pun boleh bankrap smp pernah jatuh smp div 2. isunya bukan status liga. tp management pasukan tu sendiri. kalau darul takzim rasa dia mampu, then teruskan la nak beli or sign sape pun. baru ada kerancakan transfer market liga malaysia. yg last skali kecoh sblm kes transfer mat yo adalah transfer azman adnan dr kl ke sgor yg pecah rekod rm1juta tu. sbb amalam biasa pasukan kat malaysia ni tawar kontrak setahun2. player malaysia mcm xde nilai langsung. bila da nak abis kontrak baru offer. by that time, pasukan lain sambar jela janji mesti tawar gaji lg tinggi dr pasukan yg dia tgh main. dan sedar atau x sejak zaman pemain xde nilai la bola sepak negara merudum gila. sekurang2nya ada jgk org kaya yg nak labur pada satu pasukan negeri. so inipun dah patahkan hujah kau yg nyatakan bhw FA negeri dok harap geran FAM je. nak harap korporat malaysia? diorg lg rela support team yg tgh nyawa2 ikan dkt epl mcm qpr, aston villa hatta baju pengadil pun. so just wait n see satu season masih terlalu awal utk judge darul takzim fc.
ReplyDeletepatut la slow Malaysia ni nak maju, mentaliti kenegerian.. negeri yg dipisahkan oleh sempadan.. walhal seantero dunia menuju dunia tanpa sempadan.. aku bangga mengaku anak Johor, tapi nak sokong sapa ikut suka bulu hidung aku la..
ReplyDeleteaku sokong bubar FA negeri dan daftar semua kelab ke, persatuan nak guna nama negeri ke, semua direct under satu payung (cuma bukan under Soltan Bola la).. pengurusan liga pulak dipisahkan entitinya di bawah pihak lain..
tapi bagi aku tak salah TMJ ke, TMnet ke, nak takeover & laburkan camtu.. sebab mereka bertindak berdasarkan sebab yg kita semua kongsi bersama, iaitu ingin lihat bolasepak kita maju.. dan pada mereka itu jalan terbaik pada masa ini..
cuma kalau tak setuju, kita suarakan & mungkin kumpul org2 yg juga tak bersetuju, pastu tanding rebut jadi pucuk pimpinan pasukan kita tu.. pastu implement kan idea kita plak.. itupun kalau ada duit kocek lebih n boleh janji projek kat kawan2 la..
bahasa perlu diperbaiki .... biarla lebih bsopan .... org bace pon x panas ati
ReplyDelete