Thursday, December 13, 2012

Rahsia Sulit Kegagalan Berterusan Harimau Malaya






Dan sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dikecewakan. Episod duka kembali berulang, yang berbeza hanyalah pelakonnya sahaja yang beraksi di atas layar hijau padang bola sepak. Buat peminat bola sepak era Manja Man mahupun  Muhammad Radhi Mat Din, kegagalan ini mungkin mudah untuk ditelan. Tetapi bagaimana pula dengan kanak-kanak Ultra yang hanya mula menonton bola sepak Malaysia sejak 2007? Sudah pasti mereka kecewa umpama Allif Aziz yang ditolak cintanya oleh Anne Ngasri.

Peminat-peminat bola Malaysia era Justin Bibir terkenal dengan perangai cepat teruja. Dulu-dulu bila menang Piala Suzuki atau emas Sukan SEA mereka akan bilang ‘this is our year’. Akhirnya ‘year’ yang dinanti-nantikan bertahan 3 tahun sahaja. Kemudian apabila muncul Safee Sali mereka bercakap pula tentang ‘a striker reborn’ atau ‘a team reborn’ secara khasnya.

Bagaimana kita hendak menguasai pentas ASIA sedangkan kita masih lagi terkial-kial bagaikan kanak-kanak kecil bertatih di ASIA TENGGARA? Selepas kita berjaya menguasai rantau ini selama 3 tahun, kini kita kembali ke fitrah sebenar. Kembali menjadi pasukan bola sepak yang tidak bedaya saing walaupun dikelilingi fasiliti serta kelengkapan bertaraf dunia.


Bola sepak Malaysia TENAT.

Bola sepak Malaysia memang dah lama sakit, bermula dari tingkat atas Wisma FAM merebak sampai ke akar umbi. Baik Soltan Bola mahupun Tengku Bola, mereka semua wajar dipersalahkan. Kemenangan bertemu Indonesia hanyalah satu janji palsu semata. Sedang pemain Harimau  Malaya sibuk bertarung di atas padang memikul maruah seluruh umat Malaya, Soltan Bola pula asyik masyuk melihat pertunjukan Dior’s Summer Collection.

Paling selalu kita dengar ialah jurulatih pasukan kebangsaan dipecat ataupun meletak jawatan. Ada juga pemain yang pantas mengaku kesilapan mereka adalah punca kepada kekalahan sesuatu perlawanan. Namun adakah kita pernah mendengar Soltan Bola mengaku kesalahan beliau selama 40 tahun gagal membawa Malaysia ke Piala Dunia? Siapa pernah dengar atau membacanya di mana-mana, sila beri tahu saya. Saya berani kerat errrrrr....tak perlu berjanji seperti remaja baru hendak akli baligh! 


Tiada bakat bertaraf dunia.

Kegagalan FAM melahirkan ramai pemain berbakat adalah antara contoh institusi ini berada dalam keadaan nazak. Mengharapkan hanya pada Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) sahaja adalah sesuatu yang tidak sihat. Lihatlah hasilnya apabila lebih separuh graduan SSBJ berada dalam pasukan Harimau Malaya ketika ini. Mereka seolah-olah terlalu selesa dan menjadi pilihan automatik jurulatih walaupun prestasi di Liga amat mendukacitakan. Orang putih kata 'a ticket to heaven'.

Ya pemain macam Safee Sali sememangnya hebat tetapi hanya di Asia Tenggara, bukan hebat di Asia. Itupun dahulu semasa tahun 2010 sebelum Safee Yang Menunggang!!! Namun eranya sudah berlalu seperti air terjun Gunung Ledang yang jatuh menjunam. Yang ada bermain di Eropah pun tidak dipanggil pulang untuk berbakti pada nusa dan bangsa. Apa ke halnya dengan semua ini??



Nazmi, Tony dan Vincent bukan kunci kejayaan.


Bola sepak sebuah negara bukan dimajukan dengan menghantar satu atau dua pemain bermain di liga bola sepak negara lain yang lebih maju. Ia juga tidak dimajukan dengan mempunyai rakyat tempatan yang kaya-raya dan membeli kelab bolasepak luar. Jauh sekali ia dapat dimajukan dengan mempunyai syarikat seperti TM, Mister Potato, Genting atau Tune jadi penaja liga bolasepak negara lain.

Rakyat Malaysia juga mudah terpedaya dengan situasi seperti ini. Maka berebut-rebutlah mereka meminta Orang Kaya Raya itu meyerap masuk pemain si polan dan si polan ke dalam pasukan tersebut. Apa yang kita mahu adalah tokoh tempatan seperti Allahyarham Ahmad Basri Akil. Revolusi bola sepak Kedah yang beliau bawa amat dahsyat.

Ketika itu, Ahmad Basri Akil selaku pengurus sedar bahawa mendapatkan khidmat import perlukan dana tambahan. Kedah pantas mencari penaja dan hasilnya pada tahun 1989 itu mereka berjaya mengikat perjanjian dengan Sharp Roxy, menjadi pasukan Asia pertama ditaja oleh syarikat elektronik itu dan kedua di dunia. Sebuah lagi kelab bawah tajaan Sharp ketika itu ialah Manchester United. Ya, kita boleh katakan Kedah setaraf dengan Manchester United hebatnya pada zaman itu.


Rombakan struktur Liga Malaysia secara 'TOTAL'

Persatuan Bola sepak negeri yang ada sekarang ini sama sahaja naik bangangnya dengan FAM. Sebab itulah diulangi banyak kali supaya hapuskan sahaja pasukan bola sepak negeri dan gantikan dengan kelab-kelab. Perbanyakan pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia. Jadi, pemain-pemain kita akan beroleh jumlah perlawanan setaraf dengan liga berprestij di dunia.

Seorang pemain bola sepak bergelar pro kerana itulah profesion mereka dan kerana mereka berstatus profesional. Pekerjaan seorang pemain bola ialah bermain bola. Jika seorang pekerja ladang kelapa sawit dikehendaki turun menombak sawit di ladang sekerap mungkin dalam setahun maka seorang pemain bola yang berstatus pro juga dikehendaki turun ke padang sekerap mungkin dalam semusim. Dan dalam bola sepak era moden kekerapan ini adalah pada purata 35 kali dalam satu musim.

Contohilah Negara Hebat dalam bolasepak.

Kita kena ikut resam bolasepak negara seperti Jepun dan Korea, atau Australia dan Amerika Syarikat. Mereka ini semua 20 tahun dulu mempunyai liga bolasepak yang hidup segan mati tak mahu. Tetapi atas kesedaran sendiri mereka rombak liga mereka, tubuhkan kelab bolasepak yang benar-benar kelab bolasepak sejati dan mulakan program pembangunan akar umbi secara menyeluruh. Hasilnya hari ini, biarpun bukan bertaraf kuasa bolasepak dunia, tetapi 4 negara ini adalah peserta tetap Piala Dunia.

Pujian perlu diberikan kepada Kelantan FA ketika ini yang mana organisasi mereka ditadbir secara teratur dan efisyen. Maka tidak hairanlah KAFA seringkali menjadi mangsa FAM yang sememangnya jelas mengkambing hitamkan persatuan ini sesuka hati mereka. Apa yang telah menimpa Anuar Musa adalah sama seperti yang pernah dialami oleh Ahmad Basri Akil.


Presiden FAM sila letak jawatan

Menunggu Presiden FAM meletakkan jawatan dalam tempoh terdekat ini adalah sama seperti menunggu kucing bertanduk. FAM sebagai sebuah badan organisasi bola sepak yang terkenal dengan budaya mengampu dan membodek lebih berjaya melahirkan ramai pak turut berbanding mereka yang benar-benar bernafsu memajukan bola sepak Malaysia.

Percayalah selagi Presiden FAM tidak meletak jawatan, selama itulah juga bola sepak kita tidak akan ke mana-mana.

7 comments:

  1. kalau dia letak jawatan bagus betul ganti dgn anuar musa..
    si anuar musa ni nmpk lah ada wawasan sikit mcm yg dia dh bwat kt kelantan tu..
    Lagi satu presiden FAM ni dasar dia jenis suka pandang ke england..
    Patutnya tgk la culture bolasepak yg terbukti melahirkan pemain yg bagus..
    cth mcm german,holland,brazil,spain.
    kalau terpaksa import johan cruyft utk jd penasihat mcm mana nk develop pemain muda..
    gunakan otak johan cruft tu..
    Sayang betul 28 tahun taknak berenti..


    ReplyDelete
    Replies
    1. klu dia xnak resign, sapa pula nak pecat dia.
      tunggu mati je la...

      Delete
  2. selagi sultan bola x turun takhta, tahap bola malaysia akan smpai takat 2 je la..xkn maju pun...sedih aku tgk peminat2 bola sepak malaysia yg sntiasa mengharapkan pembaharuan...sntiasa diberi harapan palsu...

    ReplyDelete
  3. Sultan mcm ni bukan saje xsayang bola, tp xsayang rakyat jelata..spatutnya dah tau org xsuka tu faham2 la, sila resign dgn cara terhormat..kdg2 pnting jgk manusia ada rasa sedar diri & tahu malu..
    masalahnya ada manusia jnis cmni yg xsedar diri & xtahu malu..28 tahun hidup dgn penuh kegagalan tp masih nk bertahan kononnya dia la yg paling layak,xde org lain dalam dunia nilebih layak dari dia..phhuii..

    ReplyDelete
  4. setuju struktur liga perlu purubahan dri setiap aspek...Dari segi perundangan yang telah ditetapkan oleh Fam adakah mendatangkan manfaat atau sebaliknya..Contoh terdekat isu ARTIKEL 88..Rasa nya undang2 ini menghalaag pemimpin yg sayangkan bola sepak negara untuk memberi pandangan dan seolah2 FAM kebal dan tak boleh ditegur.....

    ReplyDelete
  5. tapi bila JDT buat apa yg di"cadang" kat atas ni. tak suka plak... apa lahhh... hahahaahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon January 8, 2014 at 4:15 PM. Kau ni mesti peminat JDT sebab komen macam bodo. Kau paham tak keseluruhan entri ni? Ape benda kaitan yang semua JDT buat sama dengan entri yang aku tulis ni baghal?

      Delete

Silakan Laser Saye...