Tuesday, December 11, 2012

Chelsea Memikul Amanah Manusia Seluruh Alam II



Maruah England, EPL, Sepanyol, La Liga, Messi-Ronaldo, San Siro dan seluruh Eropah berada di atas bahu Chelsea. Selepas adik-beradik Manchester-Manchester kecundang di peringkat kumpulan musim lepas dan adik-adik Arsenal pancut awal di Emirates, kini Chelsea bertanggungjawab untuk terus mengibarkan St George's Cross di pentas Dunia pula. Mengharapkan Liverpool pula samalah seperti mengharapkan Hang Tuah kembali memastikan 'tak Melayu hilang di dunia', ianya mustahil dan hampir tidak masuk akal.

 
Lawan Chelsea bukan kelab cikai. C.F Monterrey adalah sebuah kelab Mexico dengan semangat Argentina. Mereka macam Chelsea juga, tidak ada banyak rekod kejuaraan melainkan 4 Mexican Primera División, 1 CONCACAF Cup Winners' Cup dan 2 CONCACAF Champions League. Tetapi untuk memandang rendah keupayaan C.F Monterrey adalah satu kesilapan besar. Ini adalah kelab yang pernah dibarisi pemain ternama seperti Luiz Hernandez dan Sebastian Abreu.

 
Selepas kalah 3-0 di Turin, banyak perubahan melanda Chelsea. Pemilik yang dikatakan pandir telah bertindak menukar pengurus dari RDM kepada RB. Kesatuan umat dalam bilik persalinan dihidupkan kembali dengan penerapan nilai-nilai 'Kelab Didahulukan, Piala Diutamakan' sejajar dengan prinsip '1Chelsea'. Pemain seperti Fernando Torres telah diberi nafas baru sesuai dengan ketibaan Bapak Angkat beliau, Rafa Benitez.

 
Chelsea nampaknya tenang menggalas tugas berat di bumi kelahiran Hidetoshi Nakata ini demi menjaga maruah England, Eropah dan Sir Francis Light. Bagaikan mutiara jatuh dari langit, nasib baik ada Chelsea yang berjaya mempertahankan maruah umat England dan kerabat diraja England dari tergadai. Jelas Chelsea berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Manchester-Manchester dan Milan-Milan. 
 
 
Kepada seluruh pendukung setia bola sepak, anda bolehlah menjadi penonton di televisyen melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana Chelsea melaksanakan misi Memikul Amanah Manusia Seluruh Alam ini dengan jayanya. Tiada pasukan berwarna merah di atas padang yang akan beraksi. Jika adapun warna merah ialah pada bungkusan plastik berger yang akan menjadi santapan sambil melihat aksi Chelsea menewaskan C.F Monterrey.


13 December 2012 6:30 PM
Monterrey - Chelsea
International Stadium Yokohama, Yokohama

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...