Masalah lampu limpah ini memang satu penyakit sosial dalam bola sepak Malaysia. Setiap tahun ia akan berlaku. Sudah macam satu acara tahunan apabila hendak mula sahaja liga Malaysia, maka berebut-rebutlah persatuan bola sepak negeri cuba menyelesaikan masalah ini. Jika tidak mereka akan terpaksa bermain di siang hari. Kalau dah main di waktu siang tu faham-faham sahajalah. Bermain waktu malam pun tak tentu lagi stadium tu penuh. Inikan pula waktu siang. Ye dak?
Setakat ini hanya 7 stadium sahaja yang dibenarkan bermain di waktu malam. Namun stadium-stadium yang lain masih boleh menaik taraf sistem lampu limpah mereka sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia. Bayangkan dalam berbelas stadium yang ada di muka bumi Malaysia ini, hanya 7 sahaja yang menepati syarat iaitu mencapai tahap minimum 800 lux seperti ditetapkan FAM.
Stadium yang pertama dibina di Malaysia ialah Stadium Merdeka iaitu pada tahun 1956. Namun kini ia hanya layak untuk acara hiburan. Stadium Merdeka juga telah diistiharkan sebagai monumen bersejarah dan kini ia sepi dari sebarang aktiviti bola sepak. Jika hendak dibandingkan dengan Stadium Nou Camp ia sememangnya amat berbeza. Stadium Nou Camp dibina pada tahun 1957 dan sehingga kini masih utuh menjadi medan warga Catalonia menyaksikan kehebatan pasukan bola sepak mereka beraksi saban minggu.
Dahulu basah kuyup Supermokh...kini basah kuyup J.Lo di Stadium Merdeka. |
Stadium yang pertama dibina di Malaysia ialah Stadium Merdeka iaitu pada tahun 1956. Namun kini ia hanya layak untuk acara hiburan. Stadium Merdeka juga telah diistiharkan sebagai monumen bersejarah dan kini ia sepi dari sebarang aktiviti bola sepak. Jika hendak dibandingkan dengan Stadium Nou Camp ia sememangnya amat berbeza. Stadium Nou Camp dibina pada tahun 1957 dan sehingga kini masih utuh menjadi medan warga Catalonia menyaksikan kehebatan pasukan bola sepak mereka beraksi saban minggu.
Bayangkanlah betapa dahsyatnya stadium bola sepak di Malaysia ini apabila sebauh stadium yang siap dibina pada Mei 2008, runtuh secara tiba-tiba selepas ditiup angin pada 2 Jun 2009, pukul jam 7.30 pagi waktu Malaysia. Mujurlah tiada seorang manusia pun yang sedang menonton bola sepak ketika itu. Hanya sebuah kereta kancil milik Hanafiah Osman, dan empat buah motosikal milik rakannya sahaja yang tertimbus. Siapa Hanafiah Osman? Sila tanya orang-orang Gong Badak.
Seperti yang kerap saya beritahu, kegilaan persatuan bola sepak negeri yang diuruskan ala-ala kedai runcit (kedai runcit pun ada yang lebih tersusun pentadbirannya) ini sering menjadi punca kepada hilangnya dana dari FAM dan hilangnya keuntungan dari penjualan tiket berlaku secara 'ajaib'. Sudahlah persatuan bola sepak negeri malas hendak mencari penaja. Duit tajaan yang ditabur oleh Astro pula hilang tanpa dikesan. Entah bila mereka ini akan insaf pun kawe tidak tahulah.
Mengikut kajian kawe, terdapat 26 buah stadium di serata Malaysia ini yang layak digunakan untuk aksi Liga Malaysia. Tetapi antara 26 buah stadium itu, ada antaranya sudah runtuhlah, fasiliti jahanamlah, dalam proses baik pulih selepas anjuran konsert Barisan Nasionallah dan pelbagai lagi punca misteri yang kita sendiri pun tidak terpikir dek akal yang waras ini. Namun setakat ini hanya 7 buah Stadium sahaja yang boleh beraksi di sebelah malam. Antaranya ialah:
- Stadium Sultan Muhammad ke IV.
- Shah Alam.
- Darul Makmur.
- Jalan Besar.
- Darul Aman.
- Tuanku Abdul Rahman.
- Stadium Negeri Kuching.
Lihatlah sendiri betapa hebatnya bola sepak kita. Negeri yang kononya sedang memiliki pasukan terbaik di muka bumi pun masih tidak mempunyai stadium yang menepati syarat FAM. Macam mana mahu menang Piala Kelab Dunia ni? Tetapi jangan risau....FAM sentiasa bersikap tegas-tegas hanjeng. Percayalah apabila Liga Malaysia hendak bermula, maka semua baki stadium itu nanti secara tiba-tiba akan menepati syarat wajib bermain di waktu malam. Ini kerana jika bermain di waktu siang penonton akan kurang datang ke stadium (lagi-lagi hari kerja) maka penjualan tiket pun akan berkurangan. Kesannya poket FAM pun akan kureng masyuuuuk....Tak percaya? Tunggu sahajalah.
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...