Pendahuluan Kisah
Berita Harimau Malaya layak ke separuh akhir selepas menewaskan Indonesia yang meng-ENDONkan rakyat Belanda meskipun memiliki 237 juta penduduk, tersebar ke serata dunia dengan pantas sekali. Khabarnya bergegar Stadium Bung Karno menerima berita buruk itu yang mana kali ini ia dilaporkan secara tulus oleh Buletin Utama TV3. Itupun hendak menipu juga dengan menyebut Shakir Shaari sebagai Shakir Ali. Amat jelas sifat menipu masih menebal dalam jiwa TV3.
Menanti dengan penuh nafsu di Separuh Akhir adalah pasukan Thailand. Pasukan yang lebih mesra dengan panggilan manja Changsuek ataupun dalam bahasa yang mudah difahami, Gajah Perang. Atau ada juga yang menggelar mereka sebagai Gajah Putih. Aaaaah..tidak kiralah apa jenis gajah sekalipun. Yang penting bukan Tok Gajah atau Gajah Duduk pasukan kesayangan Soltan Bola.
Mungkin pertemuan Malaysia-Thailand tidak se-gah Malaysia-Indonesia. Provokasi sebelum permainan antara Malaysia-Thailand juga suam-suam hanjeng gamaknya. Mungkin kerana rakyat Malaysia takut tidak dapat lagi berkunjung ke Hatyai secara kerap. Barangkali ada di situ...
Pertarungan Malaysia-Thailand ini lebih kepada mencari hak penguasa sebenar di rantau Asia Tenggara. Adakah ia milik Thailand yang terkenal dengan 'Persembahan Harimau Perempuan' ? Atau ia kekal milik Malaysia yang terkenal dengan Fakri Saarani? Hanya masa sahaja yang akan menentukan segalanya.
Thailand Bangkit Dari Abu
Negara Thailand tidak pernah dijajah, dan begitulah juga halnya dengan bola sepak mereka. Selama beberapa dekad mereka menguasai Asia Tenggara sehinggalah muncul pasukan Malaysia menerajui rantau ini bermula daripada tahun 2009. Namun begitu, umum mengetahui betapa hubungan rapat antara Thailand dengan Malaysia. Ramai pemain-pemain hebat Thailand pernah beraksi di Liga Malaysia yang penuh prestij ini.
Antara pemain Thailand yang pernah beraksi di Liga Malaysia ialah Piyapong Piew-on dan Attaphol Buspakom (Pahang). Kiatisuk Senamuang bekas pemain terbaik Piala Tiger 2000 (sekarang Piala Suzuki) pula pernah bermain untuk pasukan Perlis. Manakala Worrawoot Srimaka penjaring terbanyak Piala Tiger 2000 adalah bekas pemain import pasukan Kelantan.
Pada Piala Suzuki 2010, persembahan pasukan Thailand amat mengecewakan dan huru-hara bagaikan Thaksin Shinawatra digulingkan rakyat jelatanya. Ketika itu, FA Thailand dan pakar-pakar bolasepak negara Gajah Putih semuanya sibuk menggaru kepala, manakala Kiatisuk Senamuang pula lapornya sudah sampai beruban kepala memikirkan di mana silapnya skuad 2010 ini.
Tetapi kini Thailand seakan mendapat suntikan 'ganja'. Rekod mereka yang memenangi semua perlawanan peringkat kumpulan amat mengerikan. Teerasil Dangda juga nampaknya bertekad mahu memastikan hegemoni mereka ke atas Malaysia kembali berkekalan. Kedua-dua pasukan merupakan pesaing sengit dalam kejohanan 2012 ini. Memang benarlah kata Azlan Johar, Thailand adalah Jerman versi Asia Tenggara.
Malaysia Pula Bangkit Dari Hujan
Selepas dihentam dari semua pihak (termasuk aku), skuad Harimau Malaya kini bangkit semula dari hujan. Ya, hujan rahmat di Bukit Jalil adalah bukti Harimau Malaya bukan calang-calang pasukan. Ketika ditanya oleh wartawan The Sun UK kepada Rajagopal mengenai peluang Malaysia bertemu Thailand, beliau berkata..."Saya yakin bahawa kami boleh menang perlawanan ini jika para pemain mampu menyamai usaha pemain lawan, kami mendapat keputusan baik sewaktu melawan Indonesia minggu lalu, yang mana sepatutnya memberi kami keyakinan untuk beraksi baik menentang Thailand,". Begitulah yakinnya Rajagopal menjelang pertemuan ini. Berbunyi angkuh pun ada juga...
Beraksi di Bukit Jalil pada pertemuan pertama memberi banyak kelebihan kepada pasukan Malaysia. Kita hanya perlu sumbat seberapa banyak gol di sini. Kemudian di Stadium Rajamanggala, jika Rajagopal hendak 'parking' pesawat kapal terbang Air Asia di hadapan gol Malaysia sekalipun, akan saya izinkan. Inilah masanya untuk Harimau Malaya membalas semula kepercayaan seluruh rakyat Malaysia yang yakin dengan kehebatan pasukan ini.
Statistik Malaysia-Thailand
Kali pertama Malaysia-Thailand bertemu adalah pada 8 September 1996 ketika perlawanan peringkat kumpulan Piala Tiger. Keputusan perlawanan ketika itu ialah 1-1 hasil jaringan pemain sensasi Thailand, Kiatisuk Senamuang dan permata hitam Malaysia, Zainal Abidin Hassan. Malaysi berpeluang mecatat kejayaan ke atas Thailand dalam kejohanan yang sama. Namun perkaraa sebaliknya yang berlaku. Pada perlawanan akhir dengan bersaksikan 14,000 penonton di Stadium Nasional, Singapura, Malaysia tumpas 1-0 juga hasil jaringan Kiatisuk Senamuang.
Selepas itu Malaysia-Thailand dipertemukan lagi pada edisi 2000 dan 2008. Malaysia tewas kedua-dua pertemuan. Tewas 2-0 pada separuh akhir tahun 2000 dan 3-0 pada perigkat kumpulan 2008. Tetapi pada kejohanan tahun 2010, pasukan Malaysia bejaya mengikat Thailand dengan keputusan 0-0 pada peringkat kumpulan. Pertemuan terbaru pada tahun ini menyaksikan Harimau Malaya tewas 2-0 sehingga menjadi punca huru-hara di kalangan wartawan di Malaysia.
Tewaskan Thailand dan Malaysia akan menjadi JUARA!!!!
Tewaskan Thailand dan Malaysia akan menjadi JUARA!!!!
Aku sebagai seorang lelaki yang sentiasa berpegang kepada prinsip "BOLA SEPAK ADALAH LEBIH PENTING DARI WANITA" ingin berpesan kepada semua pemain Harimau Malaya agar fokus pada permainan dan kejohanan ini. Yang mana hendak berkahwin, harap ditunda nafsu serakah itu dahulu. Yang mana duda, harap lupakan sahaja keinginan untuk menunggang 'ehem-ehem' buat sementara waktu. Yang bujang seperti Wan Zack Haikal pula dinasihatkan jauhi saja Izara Aisyah atau Rosnah Mat Aris kerana sesungguhnya mereka semua itu agak merbahaya.
Sebagai seorang pendukung tegar bola sepak Malaysia, aku menyeru semangat Ngap Sayot dan roh pejuang-pejuang Jang agar memenuhi setiap ruang pelusuk di Stadium Bukit Jalil. Jadikan ayat-ayat manis menghiasi ruang akhbar pada pagi Isnin nanti. Bergembiranya kita di pagi Isnin nanti sehingga ada pemuda dari Sri Gombak yang berjalan seiringan bertepuk tangan bersama mamak yang menjual surat khabar.
Seperti biasa suka saya untuk meminjam kata-kata keramat Hasbullah Awang pengulas bola sepak tersohor Malaysia. Tewaskan Thailand dan Malaysia akan menjadi JUARA!!!!
Hahahaha rosnah mat aris
ReplyDelete