There was an error in this gadget

Wednesday, April 22, 2015

Perihal JDT dan Kemakmuran Bola Sepak Negara

Terima kasih

Perihal JDT dan Kemakmuran Bola Sepak Negara

Bagi sesetengah manusia, menegur itu dinamakan sebagai mengutuk. Aku tak salahkan pengomen di atas sebab itu cara dia sedut apa yang aku suarakan. Dan mungkin dia tidak membaca tulisan aku seawal darjah 2. Mungkin. Takkanlah aku nak kondem bilik persalinan JDT, stadium yang dikawal selia tahap antarabangsa tidak kira semasa perlawanan atau selepas perlawanan, kualiti padang dan corak permainan yang diterapkan Bojan Hodak? JDT juga buat jaringan hubungan dengan kelab luar negara sebagai contoh Borusia Dortmund. Juga kejayaan tim bawah 12 tahun JDT baru-baru ini. Kemonlaah..aku bukan Razip Ismail. Dan aku tak berfikir menggunakan otak Hasan Malek.

Kalau boleh, baca semula tulisan-tulisan lama aku pasal JDT.

Masih ada lagi persoalan yang belum terjawab. Antaranya, kenapa perlunya hanya satu tim utama sahaja di negeri Johor yang beraksi di peringkat atasan? Sedangkan di London sahaja ada kelab bola sepak power seperti Chelsea, Arsenal Spurs dan West Ham (antaranya). Suatu masa dahulu ada tim MP Muar FC, MBJB FC, Johor Pasir Gudang FC sebagai contoh yang beraksi dalam liga utama di Malaysia bersama-sama Johor FA dan Johor FC. Apa sudah jadi dengan kepaweran tim-tim ni semua?

Bagaimana pula dengan integriti Liga Malaysia itu sendiri yang membenarkan satu entiti memiliki dua pasukan yang bergerak secara serentak? Dalam liga yang sama? Dalam kejohanan yang sama?

Dan ade juga benda mengarut (aku pernah tegur) yang JDT dah tak buat lagi iaitu membeli pemain bintang tapi tak berguna seperti Aimar dan Guiza. Walaupun yang tak berguna bagi aku ialah corak permainan pasukan dalam Liga Malaysia itu sendiri.

Sudahlah aku nak pergi mesjid ni. Melayan penyokong buta JDT ni sampai kiamat tak sudah.

Posted via Blogaway


Posted via Blogaway

6 comments:

  1. JDT ni ingat bolasepak ni mcm F1, jadi dia apply la konsep Toro Rosso & Red Bull racing ( 1 pemilikan ) ke dalam bolasepak. dia ingat tu cool, tapi orang tengok meluat.

    papehal, entri tegur JDT gua suka dan setuju ajer

    ReplyDelete
  2. Peduli apa dengan orang yang meluat? Janji cool.

    ReplyDelete
  3. Kahkahkah...cool mendeeee? Baru kalah dengan Perak dah gelabah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. gua selalu sangap tunggu kau up date pasal apa2 pun..mana2?

      Delete
  4. hehehehe..sian hodak dah kena pecat..

    ReplyDelete
  5. JDT hanya hero di liga sendiri je.....kata nak majukan sukan bola sepak? xperlu lah pemain import....

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...