Friday, September 16, 2016

Suku Akhir Piala Malaysia 2016.



Suku Akhir Piala Malaysia 2016.
9.00 malam, Std Shah Alam.
17 September 2016.

1) Siapa cakap Piala Malaysia ni tak penting, dia ketiak itam. Dia jeles.

2) Kelantan, PDRM, Negeri Sembilan, Kedah, T-Team, Felda, Selangor dan PKNS semuanya pasukan hebat dalam Liga Malaysia yang masih kekal beraksi di pusingan Suku Akhir Piala Malaysia 2016. Pasukan kau mana?

3) Felda bertemu T-team di Jengka nanti dijangka akan berlangsung sengit kerana kedua pasukan telah seri dalam pertemuan pertama 1-1. Jadi peluang kepada kedua pasukan ini masih terbuka.
4) Sekarang ini kalau di Felda, dari Bukit Goh membawa ke Bera, dari Jengka hingga ke Kertong, orang-orang di sana hanya bercakap tentang kehebatan pasukan Felda mereka. Aku mendapat info di Kuantan pun sama. Sekarang ni orang Pahang dah mula sokong Felda ke sebab team negeri demeh dah lodoh? Jarang nampak update status dekat fesbuk sekarang ek?

5) Di dalam Liga Super, Kelantan dan PDRM hanya dipisahkan dengan 3 mata. Kelantan di tangga ke-6 dengan 25 mata. Manakala PDRM berada di tangga ke-8 mempunyai 21 mata.

6) Dalam perlawanan pertama yang telah berlangsung di Kota Bharu tempohari menyaksikan PDRM selesa dengan bekalan 2 gol berbalas 1 yang dijaringkan oleh pasukan Kelantan. Mampukah PDRM mengekang kehandalan pasukan Kelatan asuhan Popov nanti? Hah?


7) Umum mengetahui Selangor tetap akan ke Separuh Akhir walau pasukan apa pun yang akan melawan mereka. Huru-hara penswastaan dalam kem Selangor tidak akan menjadi penghalang untuk pasukan power ini mengekalkan kejuaraan Piala Malaysia.

8) Pasukan Selangor ini walaupun presidennya mempunyai adik bernama Azwan Ali, mereka tetap tenang. Kau hado? Hek eh!

9) Yang bising-bising pasal Presiden FAS ni sebenornya jenis yang lepak mamak nengok bola hanya minum air kosong dengan makan roti krim vanilla. Langsung tak pawer.

10) Dalam pada itu pasukan penuh beradat iaitu Negeri Sembilan akan cuba menidakkan kelebihan pasukan Kedah yang akan bermain di Darul Aman. Bolehkah Nismilan mengawal dan seterusnya menamatkan kekebalan Kedah di Darul Aman?

11) Apa-apa pun tidak mustahil Nismilan boleh mencatat kemenangan nanti jika mereka kekal fokus bermain bola menggunakan otak. Lagipun skor aggregate kedua pasukan ini masih lagi 0-0 dan peluang jelas terbuka kepada Nismilan mahupun kedah.

12) Di akhir wisel nanti pasukan Kelantan, Felda, Selangor dan Kedah akan melangkah ke Separuh Akhir dengan bergaya dan penuh megah. Kau ingat ramalan aku ni.

13) Selamat Hari Malaysia.

Nota: Pasukan lemah sahaja yang akan anggap Piala Malaysia ni tak penting.

Wednesday, September 7, 2016

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Hilang Dalam 21 minit

Aku tak menghabiskan masa aku yang emas itu dengan menonton perlawanan bola sepak tahap rendah antara Malaysia dan Indonesia. Sebaliknya aku memilih saluran Fox untuk menyaksikan pertembungan antara Thailand dengan Jepun bagi merasakan ejakulasi sebenar dalam bola sepak. Thailand walaupun agak bergelut menahan asakan Jepun, namum pasukan Gajah Putih itu hanya bolos dua gol. Tak dapat dibayangkan berapalah Malaysia akan bolos apabila melawan Jepun sekiranya Fadhli Shas yang bermain sebagai pertahanan.

Dalam pada itu, ketika negara dalam peperangan seperti Syria dan Iraq menumpang Stadium di negara kita. Malaysia pula terpaksa membawa malu dengan terbang ke Indonesia untuk mengatur perlawanan persahabatan yang kononnya kelas A. Juga perlu diingatkan yang pasukan Indonesia ini sudah lama tidak bermain dalam perlawanan kompetitif. Kalau nak dibandingkan dengan Malaysia yang kerap berjalan ke luar negara, memang kita sepatutnya menang ke atas Indonesia secara selesa. Bukankah pasukan Malaysia kali terakhir baru pulang dari jelajah Oceania? Berapa banyak duit yang telah digunakan hanya untuk melihat Harimau Malaysia hilang dalam 21 minit.

Malaysia bukan sahaja hilang dalam 21 minit sebenarnya. Namun sudah lama hilang apabila Ong Kim Swee mendedahkan senarai pemain pilihannya. Banyak nama yang kita boleh persoalkan pemilihannya jika kita benar-benar menonton Liga Malaysia juga benar-benat melihat statistik dan persembahan terkini pemain. Nampak sangat OKS memilih pemain gaya MSSD. Budak yang power dia tak pilih. Habis satu team sekolah dia sahaja yang dipilihnya. Begitulah caranya OKS memikul tanggungjawab negara. Kau takkan tak rasa marah walau sedikit? Atau engkau jenis menyokong bersorak ketika maruah pasukan bola sepak dilenjan kencingkan?

Aku yang berjiwa bola sepak ini terus rasa nak mencarut tengahari tadi selepas menengok Youtube bagaimana mudahnya Malaysia bolos 3 gol. Semuanya adalah kesilapan pemain kita sendiri dan Indonesia hanya mengambil kesempatan ke atasnya. Aku langsung tidak tahu apakah identiti, corak permainan dan jenis taktikal yang OKS gunakan. Dengan bakat yang terhad adakah ini cara terbaik untuk mengatasi masalah ini? Mengatasi maksud aku di sini ialah memanggil pemain kegemaran dan hanya berdasarkan reputasi semata-mata.

Masih aku ingat dahulu ada yang begitu yakin dengan OKS dan barisan Harimau Mudanya. Sehingga berani mengatakan pasukan tersebut mampu menggegar Asia. Sekarang engkau tengok apa sudah jadi kepada pasukan tersebut? Hanyut ke laut.

Secara bahasa kasarnya aku tetap optimis untuk mengatakan bahawa bola sepak Malaysia tidak akan ke mana-mana selagi tiada perubahan secara total. Jika tiada perubahan menyeluruh dan perkara seperti ini berterusan kita akan dapat menengok pemain pertahanan jenis sepak bola tak kena, pemain tengah hantar bola ke pertahanan tapi tak sampai juga cubaan bermain long ball bodoh tapi sangkut di kepala pasukan lawan. Bukan sahaja untuk malam tadi, malahan untuk selama-lamanya.

Ramalan: Tiada apa yang hendak diramalkan untuk pasukan Malaysia ini selain daripada kekalahan demi kekalahan yang seperti sudah menjadi darah daging buat kita semua. Kau ingat jelah apa yang aku tulis ni.


Thursday, September 1, 2016

Dari Kaki Ke Pena Hitam: Berlagak.



Dari Kaki Ke Pena Hitam: Berlagak.

Selepas tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris musim, aku rasa sudah sampai masanya untuk Chelsea mula berlagak. Tiga kemenangan dalam tiga aksi yang amat mantap sudah cukup memberikan senyuman manis kepada seluruh warga pencinta Chelsea. Dengar khabar seoarang penyokong lama Chelsea yang sudah murtad ke AC Milan turut sedang berkira-kira mahu mendukung Chelsea semula lebih-lebih lagi apabila David Luiz turut kembali ke Stamford Bridge. Bagaikan siri pulang ke gagang bersama-sama gambir dan kapur.

Biarlah apa orang nak kata, detiknya sudah tiba. Kita berhak dan mampu meneruskan perangai berlagak ini tanpa perlu bergambar dengan kereta mewah. 

Bila sebut tentang kereta mewah,aku terus teringat kepada pasukan yang sedang hangat dengan hal pendrive. Khabarnya sudah makin mengarut cerita pendrive ni sekarang. Sampaikan lipas pun tak percaya dengan perkembangan terkini perihal pendrive ni.

Mulanya muncul figura paling agung dari selatan tanah air yang begitu yakin dengan pendrivenya yang mampu menyelamatkan bola sepak Malaysia. Makanya wujudlah golongan pengampu yang menganggap ini adalah peluang terbaik untuk perubahan dalam lanskap bola sepak Malaysia. Habis dikongsinya serata laman maya kenyataan berlagak panjang lebar pemimpin tersebut. Bila SPRM mintak pendrive tersebut, dimarahnya pula dengan berkata "Ini pendrive saya, biar saya selesaikan ikut cara saya". Maka bersoraklah seluruh Malaysia yang yakin perubahan mampu dilihat dalam tempoh terdekat. Manakala aku pula masih rileeeeeeeks makan nasik.

Dalam pada waktu yang sama Exco dalam FAM pun berkecamuk. Mula timbul cerita akan ada yang meletak jawatan. Dan akan ada individu baru yang menyertai FAM. Sudah ada yang berbisik seronok yang perjalanan pendrive itu semakin menuju ke sinar kejayaan. Bukannya terpelosok ke lohong hitam. Namun yang sedapnya ia adalah 'false alarm'. Tengku Bola yang tidak hadir Mesyuarat Agung pada hari tersebut masih kekal sebagai Presiden FAM tak terkalahkan sehinggalah ke pemilihan seterusnya. Maka harapan kini kian mereput.

Tidak lama kemudian perjalanan pendrive pun menuju ke tangan KBS. Ya, kementerian yang tidak perasan 100 juta mereka sudah diselewengkan. Masa ni aku sudah rasa lain macam. Nak menangis pun ada. Nak mengamuk pun ada.

Menteri KBS pun rileks mintak masa sehingga hari Jumaat (hari ini) untuk kaji 279 muka surat isi kandungan pendrive tersebut. Dan jika ada bukti penyelewengan, beliau sendiri akan serahkan kepada SPRM. Nampak? Kau tak perasan lagi ke kena tipu dengan mereka semua yang berpangkat ni?

Entah apelah nasib kita sebagai rakyat biasa yang asyik kena tipu oleh pelbagai pihak. Pusing sana pusing sini. Sampailah mereput bola sepak Malaysia.

Ramalan: Sikit jek aku sempat cerita pasal berlagak. Yang selebihnya cerita kita semua kena tipu.