Piala Malaysia 2016: Selangor Melawan Kedah.
Senja nan merah tadi aku tertidur di atas sejadah. Elok comei duduk bersimpuh siap bagai. Sekali imbas tak ubah seperti seorang pendekar metafizik yang kepenatan menjual air liur.
Dalam mimpi yang
permai itu aku didatangi Sang Tua dari Gunung Ledang. Berjambang dan
kekuningan rambutnya. Sekali imbas tak banyak beza dengan rupa beruk
kuning. Dia menghampiri aku yang sedang leka melapah daging kerbau untuk santapan makan malamku. Lalu
dia berbisik ke telinga kananku dan berkata dengan yakin.
"Anak mudeeeee..Piala Malaysia tahun ini akan sekali lagi menjadi milik pasukan Selangor. Bersaksilah engkau wahai anak mudeeeee yang bijaksana..."
Kaaaaapooof!!!
"Anak mudeeeee..Piala Malaysia tahun ini akan sekali lagi menjadi milik pasukan Selangor. Bersaksilah engkau wahai anak mudeeeee yang bijaksana..."
Kaaaaapooof!!!
Aku
pun terjaga dari lena dengan senyuman palong lebar di wajah. Hampir ke cuping telinga. Dengan muka manja
baru bangun tidur aku menggosok-gosok mata bundar ini dengan tertib. Di
hujung jari terlunjuk aku korek taik mata yang sempat melekat lalu aku
jentik ianya jauh-jauh. Sejauh mentari di ufuk timur.
Kini
aku berasa sedikit segar. Dalam keadaan baring tanpa belengah dengan
segera jari lincah aku menaip ulasan jujur tentang perlawanan akhir
Piala Malaysia 2016 di telefon cerdikku. Ya. Piala Malaysia. Satu kejohanan bola sepak tertua serta
teramat agung di rantau Asia yang mempunyai prestij dan nilai sejarah
tersendiri. Piala yang kalau negeri engkau menang pun kau akan terhegeh-hegeh mintak cuti peristiwa. Takkan kau dah lupe?
Aku
dapat tahu sejak setahun yang lalu ada beberapa suara sumbang yang
mengatakan ini piala kampung. Ini piala tak penting. Piala pelengkap
jadual dan pelbagai tohmahan serupa budak baru layan bola sejak 2010.
Sebagai seorang lelaki yang berdarah pendekar, aku kesian pada mereka. Sangat kesian.
Oleh itu mari aku ceritakan serba sedikit kenapa aku berbeza pendapat dengan sesetengah orang yang memandang enteng Piala Malaysia ini.
Bola sepak aku dengan pasukan Kedah ini ada kisah romantisnya yang sendiri. Secara
jujur aku mula menengok Piala Malaysia pada tahun 1993. Dengan
mengulang tayang tanpa rasa jemu VHS perlawanan akhir antara Kedah dan
Singapura nama-nama seperti Ahmad Sobri, Radhi Mat Din, kembar Farouk
dan Feriza Ismail, Nidzam Adzha Yusof, Peter Nieketin, Alubumi Adigun
dan Jan Janostak sentiasa kekal dalam ingatan aku sehingga kini. Semasa
Kedah menewaskan Singapura ketika itu hampir seluruh umat Malaysia
meraikannya. Aku yakin kau orang yang terkial-kial memboikot Piala
Malaysia baru-baru ni entah dah buang tali pusat ke belum masa tu.
Seperti musim lepas, tahun
ini Kedah sekali lagi akan menghadap pasukan paling power dalam sejarah
Piala Malaysia iaitu tidak lain dan tidak bukan pasukan Selangor.
Sejarah
pasukan Selangor ini tidak perlulah kita ceritakan dengan berulang
kali. Naik muak mendengar kehebatannya. Dari segi sejarah memang Selangor tak terkalahkan. Dari dulu
hinggga kini tidak terkalahkan. Pasukan Kedah sendiri baru sahaja menang 4 kali Piala Malaysia berbanding Selangor yang secara bersahaja merekodkan 33 kejuaraan.
Walaupun
Selangor masih tiada jurulatih tetap, presiden bola sepak yang sibuk ke
gerai nasik lemak anak dara dan tandas stadium yang tidak semenggah,
mereka masih mampu melangkah ke Perlawanan Akhir dengan penuh bergaya. Tidak perlu juga bilik persalinan siap dengan jakuzi. Mebazir. Inilah perbezaan antara pasukan matang seperti Selangor dengan pasukan lemah yang mengharapkan ehsan pemotongan mata untuk kekal dalam
liga super. Jurangnya sangat jauh. Selangor sentiasa 2.6 billion langkah
ke hadapan. Paham?
Minggu
depan adalah penetuan segala-galanya. Penentu sama ada pasangan suami
isteri akan balik beraya Deepavali ke Kedah atau meraikannya di Batu
Caves sahaja. Penentu negeri mana yang akan mendapat cuti peristiwa. Ia adalah perlawanan penentu maruah. Siapa menang mereka adalah pasukan yang power dan kuat. Manakala pasukan yang tewas akan memikul malu barang seminggu dua. Tugas kita ialah menyokong pasukan yang disayangi ini tanpa berbelah bahagi. Bukanlah susah sangatkan?
Ramalan: Aku amat berharap agar Kedah tak menurunkan mana-mana pemain yang sudah memiliki kad kuning ataupun sedang dalam penggantungan. Nanti Selangor menang percuma pulak Piala Malaysia. Nak tolong kawan pun berpada-pada jugaklah yeeee.