Friday, May 10, 2013

From Bangladesh With Love: Fiksyen Sukan 1 Malaysia



Aku baru balik dari Bangladesh, barang dalam beg pun belum punggah lagi. Pergi Bangladesh untuk study budaya dan cara kerja warga Bangla ini di sana. Maklumlah makan gaji dalam sektor kerajaan ini lain macam sikit. Kerahan tenaga dia mengalahkan orang kerja cuci bontot kuali. Aku disuruh berjumpa dengan seorang warga Bangladesh bernama Ebraheem Yali yang pernah hidup senang di Malaysia. Dia ini kerjanya sekarang bawa teksi.
 
Mula-mula sampai di lapangan terbang antarabangsa Dhaka, aku dah nampak satu susuk tersengih-sengih dari jauh. Aku syak inilah Ebraheem Yali. Yang bestnya muka dia ni sebijik macam seorang ahli politik yang suka lompat parti di negara aku, Malaysia. Mungkin betul kata orang, "ade 7 individu wajah seiras kita".
 
Masuk dalam teksi, aku terus menyandarkan badan. Punyalah selesa. Tambang teksi yang mahal memang tidak menjadi masalah kerana semuanya ditanggung. Dalam perjalanan, Ebraheem Yali, si pemandu teksi, bertanya tujuan aku bertandang ke Bangladesh. Nak kata balik kampung beraya, macam bukan.
 
"Abang tengok muka hang ni macam kenai ja. Asai mana?"
 
"Johor", aku jawab sepatah, badan pun masih penat.
 
"La awat hang tak habaq awai-awai! Abang pernah mai Kodiang dulu, dekat doploh tahun dah dok kerja cari makan sana. Mesia lagu mana la ni? Madey dok jadi PM lagi ka?"
 
Dalam hati aku berkata, wah fasih betul Bangla ni berbahasa loghat utara. Aku pun menjelaskan satu -persatu perihal politik semasa Malaysia kepada dia. Dia pun terangguk-angguk dan kadangkala terbahak-bahak apabila aku menyebut nama Hishamuddin dan Shabery Chik. Entah kenapa pun aku tak tahulah.
 
Aku pun tanpa melengahkan masa, terus mengajukan soalan pertama aku kepada Ebraheem Yali.
 
"Apa yang kita boleh lakukan dengan 40K orang pendatang Bangladesh? Ke mana harus mereka tujui untuk meneruskan survival mereka di Malaysia yang serba maju itu? Memangkah pun sudah. Nak diserapkan dalam projek mega Barisan Nasional pun belum ada lagi yang sesuai rasaya," panjang lebar aku tanya dia.

"Untuk menjawab persoalan tentang Bangladesh ni, kita perlu berfikir cara Bangladesh." tenang Ebraheem Yali menepis soalan aku tadi walaupun tanpa jawapan jitu. Kini loghat utaranya sudah hilang.
 
"Ramai yang tak tahu bakat Bangla bukan hanya terhad kepada isi minyak, kira harga makanan dan membancuh simen. Bakat kami lebih besar dari itu. Bangla ni kalau kita pupuk dia betul-betul, mereka mampu menggoncang dunia tau."

Aku yang mendengar hanya mampu tersenyum sambil menggeleng-geleng kecil. Masa tu aku terpikir juga, celah mana yang Bangla ni mampu menggoncang dunia? Pakai baju pun petak-petak. Setahu aku kalau Neelofa tu memang betullah mampu menggoncang bukan setakat dunia, malah iman yang rapuh ini pun belum tentu mampu bertahan. (walaupun Neelofa pakai baju petak-petak macam Bangla).
 
"Bukan Neelofa fokus kita. Bangla adakah agenda utama kita,"

Selamber Ebraheem Yali mencelah lamunan aku yang sedang membayangkan Neelofa berbaju kemeja petak tanpa butang. Hebat firasat Bangla ni.

"Abang kalau berbicara memang takkan lari dari topik sukan terutamanya bola sepak. Bukankah elok mempergunakan baka baik dari Bangla untuk kemajuan sukan bola sepak negara kamu tu. Mengikut ranking FIFA tekini pun ranking Bangladesh atas dari Malaysia. Dok gitu?."

"Memanglah bang, tapi abang ada apa-apa idea tak nak merealisasikan cadangan tu?," tanya aku dengan sopan sambil-sambil mengintai jalan raya sekitar Dhaka yang berlobang-lobang. Dalam hati aku..macam Shah Alam.

Lama jugak abang Ebraheem Yali berdiam diri. Diturunkan tingkap kereta. Lalu sebatang rokok Gauloises dikeluarkan dan dia menghulurkan sebatang kepada aku. Aku tolak dengan sopan, tak merokok. Ebraheem Yali geleng kepala dan menyalakan sebatang untuk dirinya.

Asap tembakau hitam Syria bercampur dengan tembakau Turki mencucuk hidung. Macam best, aku kata dalam hati. Aku minta sebatang. Ebraheem Yali sengih macam kambing. Ini rokok Jean Paul Sartre dan Albert Camus, rugi kalau tak try. John Lennon pun hisap menatang ni.

"Apa susah. Kat Malaysia ada macam-macam program 1 Malaysia. BR1M lah, KRIM lah. Apa kata wujudkan saja satu dasar baru. BKB1M"

"Hape tu bang?"

"Bantuan Kahwin Bangla 1 Malaysia. Kahwinkan jejaka kacak Bangla dengan baka-baka comei dari Malaysia. Kalau dapat mek klate macam Neelofa lagik bagus. Nah!! Cukup 40 tahun kemudian, Malaysia sudah boleh main Piala Dunia. Lagipun alang-alang dah kena kencing dengan Soltan Bola 40 tahun, hang tunggulah lagi 40 tahun sebelum menuai benihnya."

Ternyata ilmu abang ni penuh di dada. Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada menteri bola yang cerdik macam abang Ebraheem Yali ni di Malaysia, aku yakin bolasepak kita pun boleh maju. Ini tidak, semuanya gila jawatan. Baru memang Sukan Sea, Suzuki dah dapat pangkat Datuk. Player pulak main bola sebab nak pakai kereta bukan nasional, lepas tu kahwin dengan artis kat Siam. Apa barang?

Balik nanti aku nak usulkan pada Menteri Sukan yang baru. Kalau Menteri Buih kekal jawatan lagi, pun akan aku cadangkan pada beliau. Maklumlah 40K tu ramai. Boleh bahagi-bahagi ke sukan hoki, kriket. Aku tengok kawasan sekitar. Hujung jalan sana sekumpulan pemuda Bangla sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Muzik Hindi dendangan Udit Narayan berkumandang dari mini compo second hand mereka. Sebelah kiri jalan pula tidak ketinggalan juga yang sedang bermain kabadi. Kini satu jek yang terlintas dalam kepala otak aku. EMAS OLIMPIK MALAYSIA yang pertama dalam genggaman.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...