Saturday, May 11, 2013

Prebiu Berat Sebelah Europa League Final: Benfica vs Chelsea





Chelsea berjaya melakukan apa yang gagal dilakukan oleh Tottenham Hotspur dan Newcastle United. Kini mara sebagai wakil tunggal dari England untuk mempertahankan maruah selurut umat London terutamanya. Ia merupakan rutin yang sukar namun tidak mustahil untuk dilaksanakan. Dan lawan Chelsea ialah pasukan dari Portugal, yang pernah ditentang setahun yang lalu. Ketika itu Chelsea dengan mudah menewaskan Benfica dalam suku akhir Champions League dengan aggregate 3-1.

Namun begitu, melawan Benfica bukan tugas kecil anak. Ini adalah kelab Tres Grandes di Portugal. Benfica ini sudah memiliki sejumlah 32 Primeira Liga dan 24 Taca de Portugal. Kalau dinilai dari segi rekod pencapaian ianya sama hebat seperti Athletic Bilbao dan Liverpool. Malahan dikatakan pada tahun 1511, Benfica berjaya mengalahkan Melaka FA dalam satu perlawanan bola sepak sehingga tergadai Kesultanan Melayu Melaka. Tetapi seperti kita sedia maklum itu semua hanyalah rekod sejarah. Tidak ada faedahnya jika masih hidup dengan sejarah lampau.

Nasib baik Benfica bukanlah sebuah kelab gila sejarah. Atas prinsip itulah mereka masih lagi bersaing secara sihat untuk pusingan akhir Europa League.

Bak kata Tuan Haji Hasbullah, harus diingat bahawa barisan Benfica bukan calang-calang kesebelasannya. Perhatian harus ditekankan kepada pemain asal Argentina, Nicolás Gaitán. Selaras dengan namanya, Nicolás Gaitán berpotensi untuk menjadi ganas dan mempunyai keupayaan mengait dan merobek benteng The Blues.

Seorang lagi pemain yang perlu diberi perhatian ialah Ezequiel Garay. Pemain asal Argentina ini juga ialah bek tengah Benfica dan agak cemerlang dalam tugas menyapu bersih mana-mana serangan yang dilancarkan oleh pihak lawan. Eloklah dengan nama Garay beliau, macam barai.

Mengepalai serangan Benfica ialah Oscar Cardozo. Pemain asal Paraguay ini telah menyumbat 6 gol dalam saingan Europa League. Di dalam saingan liga pula beliau telah menjaringkan 16 gol setakat ini. Bersama-sama beliau menambah bisa serangan Benfica ialah Lima. Yang juga amat tajam dihadapan gol dan sudah menjaringkan lebih daripada 5 gol musim ini.



Formasi di atas, mengikut sumber-sumber dalaman kawe di UEFA, kini sedang dikaji dengan mendalam oleh pakar-pakar bolasepak. Ikut pendapat pakar, formasi unik sebegini sudah lama tidak kelihatan semenjak berakhirnya era Total Football pasukan Belanda. Brendan Rodgers pula dilaporkan sangat-sangat berminat dengan corak permainan penuh bijaksana ini kerana ianya tidak menggunakan gigi, tidak seperti bekas pemain Liverpool yang bermain di Anfield tempoh hari. Bekas dah ke???

Sedikit sahaja lagi Chelsea akan menjadi pasukan ke-4 yang menyapu bersih 3 kejohahan European Champion Clubs' Cup, UEFA Cup/UEFA Europa League dan UEFA Cup Winners' Cup. Sekiranya mereka menewaskan Benfica, Chelsea akan mengikut jejak langkah Juventus, AFC Ajax dan FC Bayern Münich. CHELSEA SANGAT POWER!!!

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...