Sunday, October 16, 2011

England dan Dejavu.



Aduuh...Inilah dia Pasukan Bolasepak Glamor iaitu England. Memang gemar menempah ranjau apabila tiba ke Kejohanan Besar.Terbaru Rooney pula yg akan tersisih kesemua 3 perlawanan peringkat kumpulan Euro 2012 depan.Ini selepas dia dilayangkan kad merah ketika ketika perlawanan terakhir kelayakan peringkat kumpulan bertemu Montnegro. Nampaknya sekali lagi England berdepan tugas sukar untuk mencari kejuaraan besar yg pertama selepas kejayaan Piala Dunia 1966.



Ketika Piala Dunia 2010, Rio Ferdinand terlepas untuk beraksi selepas cedera ketika latihan pusat skuad England beberapa hari sahaja sebelum kejohanan bermula. Macam mane injured? Yang paling malangnyer adalah kerana beliau telah diterjah oleh Emile Heskey ketika latihan tersebut. Malangkan?

Sebenarnya ada banyak lagi nasib malang England sebelum kejohanan besar ni. Selalunya team Terbaik England memang tak pernah lengkap. Gerrard injured, Owen hamstring, Rooney Bekham retak tulang kaki, Walcott patah bahu....Adakah England akan kempunan kejuaraan lagi?Errmmmm..kite tunggu next year aje.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...