Tuesday, October 25, 2011

Khas:Negeri Sembilan vs Terengganu Final Piala Malaysia 2011.

Salam..dibawakan secara serba ringkas analisis kekuatan dan kelemahan kedua2 pasukan menjelang perlawanan akhir Sabtu ini.

Penjaga Gol

Negeri 9 amat bertuah kerana mempunyai 2 orang penjaga gol yg kebolehannya hampir setara iaitu Farizal Harun dan Farizal Marlias. Kedua2 nya boleh diturunkan menjelang final nanti. Cuma kelebihan nampak kepada Farizal Marlias kerana pengalaman yg lebih di peringkat kebangsaan. Terengganu pula hanya besandarkan kepada penjaga gol kebangsaan Sharbinee Allawee. Pengalamannya beraksi dalam kapasiti besar amat ditagih terengganu walaupun kadangkala prestasinya agak diragui. Seri untuk posisi ini bagi kedua-dua pasukan.

Pertahanan

Marzuki Yusof ketika ini berada di puncak prestasinya. Kejayaan Terengganu lebih banyak berpunca dari pertahanan yang mantap bersama Mazlizam Muhamad dan Zubir Azmi. Ternyata benteng yg kemas memudahkan lagi kerja Sharbinee. Negeri 9 pula tidak kurang hebatnya kerana memiliki pertahan berpengalaman sepeti Zamani Misbah, Aidil Zafuan dan Irwan Fadli. Tetapi jika aksi goyah seperti bertemu T-team dipamerkan, nescaya mereka bakal dihukum barisan serangan Terengganu. Saye memilih Terengganu untuk posisi ini kerana mereka telah membuktikan kejayaan menyereap serangan pasukan kelantan dalam pusingan suku akhir tempohari.

Tengah

Posisi ini adalah penentu kejayaan kepada sesebuah pasukan. Terengganu memiliki kelebihan mengatasi Negeri 9 dalam posisi ini. Joseph Kalang,Reshafiq Alwi,Ashaari Samsudin,Nordin Alias dan Ismail Faruqi secara konsisten telah menterjemahkan taktikal ciptaan Irfan Bakti. Pantas dalam serangan balas boleh menjerat negeri 9 andai mereka begitu asyik menyerang T'ganu. Sedangkan Negeri sembilan mengharapkan pengalaman Shukor Adan dan kepantasan S.Kunalan dalam mengimbangi taktik seragan dan bertahan mereka. Kehadiran Shahurain yg secara tiba2 menjadi tumpuan pada kempen ini pasti membuatkan t'ganu lebih berjaga2. Inilah dier pemain yg mampu membawa perbezaan antara kedua pasukan. Saye memlih T'ganu untuk posisi ini kerana kepantasan pemain tengah mereka menyerang secara tersusun.

Serangan

Hairuddin Omar mungkin membawa tuah pada setiap pasukan yg diwakilinya apabila pasukan itu memasuki final. 2009 bersama negeri 9 menewaskan Kedah. 2010 bersama Kelantan menewaskan Negeri 9. Dan kali ini sekali lagi bersama Negeri 9 bagi berjuang menentang T'ganu. Adakah tuah beliau akan menjelma malam itu. Ya!! Tapi ia seakan2 tahyol..hehehe..T'ganu memiliki barisan serangan yg hebat musim ini. Gandingan Manaf Mamat dan Hadi Yahya pasti mengancam kubu N9. Prestasi cemerlang Manaf Mamat membolehkan beliau mendapat panggilan skuad kebangsaan utk bertemu India bulan depan. Namun begitu kehadiran Zaquan Adha yg pulih dari kecederaan dan kembalinya Fakri Saarani dari latihan skuad olimpik mungkin dapat memberi sedikit sinar kepada Azraai Khor. Namun begitu N9 juga mempunyai penyerang muda untuk dijadikan sandaran seperti Shaffik Rahman dan Firdaus Azizul. Bagi pertarugan posisi ini saya juga memilih Terengganu untuk memenanginya.

Kesimpulan

Di atas kertas T'ganu memiliki banyak kelebihan dan dijangka menang mudah bertemu N9 sabtu ini. Tapi perlu diingat N9 berjaya mengalahkan T'ganu di Paroi dan seri di Kuala T'ganu ketika pertemuan peringkat kumpulan. So, apakah ramalan akhir saya? Adalah N9 akan menang? ataupun T'ganu berjaya menjuarai Piala Malaysia buat kali kedua dlam sejarah mereka?

Keputusan Akhir

Negeri Sembilan 3 - Terengganu 2.

1 comment:

  1. pada analisa saya, n9 mempunyai grassroot yg kuat dimana player2 berpengalaman spt hairudin, sukur dan pemain muda yg berpengalaman bermain final spt sarunain. atas indikasi ini saya final nanti akan sengit dan saling berbalas serangan. saya menyatakan di akhiran tiupan wisel 90min, n9 juara dengan kapasiti gol 2 - 0

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...