Thursday, October 13, 2011

Stadium Shah Alam Venue Final Piala Malaysia 2011

Oktober 11, 2011 - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menetapkan Stadium Shah Alam sebagai venue perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadual berlangsung pada 29 Oktober ini.

Naib Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin berkata keputusan tersebut dibuat berikutan kerja-kerja penyelenggaraan trek sedang berlangsung di venue asal iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Kita telah berbincang dengan pihak pengurusan Stadium Shah Alam dan mereka bersetuju untuk menyiapkan kerja-kerja pemulihan rumput, tempat duduk penonton dan juga lampu limpah sebelum 21 Oktober ini," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pertandingan Tempatan FAM ke-10 di Wisma FAM, pada Selasa.

Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa pertandingan tempatan FAM berkata pihaknya akan melakukan tinjauan pada 22 Oktober ini bagi memastikan bahawa keadaan padang, lampu limpah, bilik air dan kerusi di stadium berada dalam keadaan baik sebelum hari perlawanan.

"Sekiranya pihak pengurusan stadium gagal memenuhi syarat yang telah ditetapkan oleh FAM, kita akan mencari venue lain bagi perlawanan akhir Piala Malaysia," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...