Mana?Mana?Mana? |
Salam..FAM seperti biasa sekali lagi membuat cerekarama. Kali ini tentang isu tuan Rumah pada kejohanan AFF Suzuki Cup 2012. Seperti diumumkan selepas AFF 2010 tamat, Malaysia akan menjadi tuan Rrumah bersama pada peringkat kumpulan. Namun secara tiba-tiba FAM mengumumkan bahawa ada kemungkinan Malaysia tidak akan menjadi tuan Rumah pada kejohanan tersebut Berikut petikan dari akhbar Harian metro.
“HASRAT skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan kejuaraan Piala Suzuki AFF, November ini bakal terjejas apabila Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang pada awalnya dijadual menjadi gelanggang rasmi saingan peringkat kumpulan kemungkinan terpaksa ditutup bagi tujuan baik pulih bumbung yang kini mengalami kerosakan.”
Selain itu, Malaysia juga terpaksa melupakan hasrat untuk menjadi tuan rumah kejohanan kelayakan Piala Asia bawah 22 tahun.Ini kerana perihal stadium dan masalah jadual liga M yang padat dan boleh aku katakan bercelaru. Kejohanan kelayakan ini dijangka bermula pada 23 Jun – 3 July 2012 dan Malaysia diletakkan dalam kumpulan G bersama-sama Korea Republic, Vietnam, Myanmar, Chinese Taipei, serta Philippines.
Sekali lagi FAM menunjukan kelembapan otak mereka dalam melakukan kerja. Contoh lain adalah kegagalan mendapatkan ganti bagi Perlawanan Persahabatan bertemu Arab Saudi yg dibatalkan. Perlawanan itu dibatalkan kerana Arab Saudi takut dibelasah oleh Harimau Malaya. Lalu dengan segera Arab Saudi memilih New Zealand sebagai lawan mereka. Sedangkan Malaysia memilih Sabah. Adakah Nampak kebenakan otak FAM disitu?Bukan nak menidakkan pasukan Sabah atau pasukan lain dalam Liga M. Tetapi sepatutnya FAM mestilah ada ‘backup plan’ sekiranya Arab Saudi menarik diri secara tiba-tiba.Pasukan rantau Asia Tenggarakan banyak…hissssh..
Kini masalah stadium pulak. Apa mau tunggu lagi? Cepatlah cari stadium lain sebagai persediaan sekaranya Bukit Jalil tak dapat digunakan.Rasenya banyak lagi Stadium Negeri yang layak untuk menjadi tuan Rumah.Soal penonton jangan risau.Sokongan pastinya takan berbelah bagi walau di mana saja Harimau Malaya bermain.
Kepada FAM yang disayangi..kami sungguh seronok menunggu drama anda setiap minggu. Kebenakan otak kamu membuatkan bolasepak kita takan kemana. Ada tak orang FAM mahu bertanggung jawab atas kekalahan memalukan dengan Jepun tempohari? Oh Soltan Bola….
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...