Visi dan Misi TMJ dalam memartabatkan kembali bolasepak Johor pada tahap tertinggi
· Semua unsur-unsur politik dalam persatuan akan dihapuskan bagi memastikan segala perancangan dilaksanakan dengan lancar.
· Memperbaiki semula struktur organisasi PBNJ.
· Tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana individu dalam persatuan ini yang terlibat dengan amalan rasuah dan mempunyai kepentingan sendiri.
· Memperkukuhkan sumber kewangan persatuan.
· Sumber kewangan dikawal sepenuhnya oleh DYAM Tunku Mahkota Johor bagi memastikan saluran kewangan dapat disalurkan ditempat yang sepatutnya.
· Mewujudkan Akademi Bolasepak Johor dengan kerjasama Kelab Liga Perdana England (Arsenal/Cardiff City).
· Pasukan Johor akan mempunyai dua pasukan dalam Liga Malaysia bagi musim depan dan akan kenali sebagai Pasukan Johor dan Pasukan Johor B. Pasukan tersebut diletakan dibawah pentadbiran Persatuan Bolasepak Negeri Johor .
· Pasukan Johor akan memberi keutamaan kepada pemain yang berasal dari Johor untuk menyertai pasukan tersebut.
· Pasukan Johor akan mengambil pemain-pemain import yang ternama diperingkat kebangsaan dan antarabangsa untuk pasukan Johor dan pasukan Johor B.
· Pasukan Johor meletakan sasaran pencapaian hingga ke tahap memenangi Piala AFC dalam tempoh beberapa tahun.
· Pemain-pemain Johor dan Johor FC tidak dipinggirkan setelah wujudnya Pasukan Johor dan Pasukan Johor B.
· Menyatukan kumpulan penyokong pasukan Johor FA dan penyokong Johor FC dalam satu kelab yang akan dikenali sebagai Kelab Penyokong Johor (Johor Fan Club).
· Kelab Penyokong Johor akan memberi sokongan kepada kedua-dua pasukan Johor dan Johor B dalam setiap perlawanan.
· Mewujudkan “Johor FA Café” khas untuk rakyat Johor berkumpul, menjalankan aktiviti-aktiviti dan sebagai pusat untuk mendapat barangan atau cenderahati pasukan bolasepak Johor.
Salam..semua dah baca dan faham matlamat TMJ diatas?Ya..nampak manis dan bersemangat.Semua perkara diatas tu ade baik dan buruknya. Penghapusan unsur politik,membaiki organisasi PBNJ,banteras rasuah dan kepentingan individu adalah penyakit lama dalam bolasepak Malaysia. Saya hormat visi TMJ yang ini dan berharap beliau dapat melaksanakan sebaik mungkin.
Sumber kewangan akan distabilkan dan dikawal oleh seorang individu sahaja iaitu TMJ. Ini bagi mengelakan JKKKKK persatuan bola sepak Johor menyedut sisa2 duit tanpa dapat dikesan. Seperti yg kita tahu,FA negeri seringkali membazirkan geran yg FAM beri pada setiap musim permulaan musim. Makanya langkah pengawalan bajet ini sangat penting.
Penubuhan semula Akademi Bolasepak Johor(ABJ) merupakan satu langkah terbaik. Kalau nak tahu, sekitar 1997 dulu saya pernah mencuba ujian untuk memasuki ABJ ini,tapi gagal di peringkat exam..hahaha..bodoh betol. Akademi ini sangat bagus diwujudkan ketika ini kerana bolasepak Malaysia sedang mula mendapat perhatian ibu bapa. Alangkah indah sekiranya ramai bakat2 muda dapat dikorek dari akademi ini demi kebaikan bolasepak Malaysia dan Johor sendiri.
Kemudiannya Johor pula hanya akan ada 2 pasukan sahaja yang akan beraksi dalam Liga Malaysia. Dengan ini TMJ akan lebih mudah untuk memantau pasukan kerana hanya melibatkan 2 pasukan sahaja yg beraksi diperingkat Malaysia.
Jadi,apakah keburukan visi beliau ini?Pendapat peribadi saya, ada beberapa isu yg perlu diambil perhatian oleh beliau. Seperti yang kita tahu, hanya akan ada 2 pasukan Johor sahaja yang akan beraksi dalam Liga Malaysia. Apa akan jadi dengan pasukan lain seperti MBJB Johor dan MP Muar. Pemain Johor FC mungkin dengan mudahnya akan diserapkan dalam pasukan Johor. Dan yang mane ala-ala sengal tu akan dimasukan dalam Johor B. Tapi apakah akan berlaku sekiranya pada masa hadapan Johor B menjadi power?seterusnya layak bermain Liga Super.Manakala ketika itu Johor terjatuh ke Liga FAM?macamana dengan nama Johor dan Johor B itu?
Skuad Piala Presiden MP Muar pula tahun lepas layak sehingga ke Final dan tumpas pada Kelantan. Kenapa team ini tak dikekalkan dan dibangunkan sehingga layak ke Liga Perdana? Kemana harus diletak bakat2 muda ini kerana hanya akan ada 2 team senior sahaja yang akan beraksi dalam Liga Malaysia? Disini akan berlaku pembaziran bakat.
Bagi pendapat saya, team yang sedia ada macam Johor FA, Johor FC, MBJB Johor dan MP Muar wajar dikekalkan.Cuma kita perlu memantau setiap pasukan ini secara telus supaya tak berlaku penyelewengan bajet dan sebagainya. TMJ juga berhak menapis sekiranya pasukan ini tak layak lagi beraksi di Liga Malaysia.Tiada masalah disini. Hanya yang benar2 menunjukan daya tahan sahaja yang dibenarkan beraksi dalam Liga M.
Selain itu, TMJ sepatutnya boleh mewujudkan Liga Johor untuk setiap peringkat umur. Dari sini bakat2 muda akan dapat dicungkil dan diserapkan ke dalam Akademi. Kalau nak tunggu ibubapa hantar anak masuk Akademi bolasepak memangla payah. Wujudkan Akademi bolasepak yang turut menyediakan system pendidikan. Ini supaya pemain2 yang lahir nanti taklah menyepak bola mengikut arah telor mereka.
Setelah wujudnya Liga Johor ini, usaha seterusnya cuba menjenamakannya supaya dapat menarik perhatian tajaan dan media tempatan. Kalau dah dapat tajaan, barulah Liga Johor dan pasukannya dapat meneruskan survival untuk beraksi dalam Liga Malaysia.
Program akar umbi sebenarnya amat penting. Selain memantapkan organisasi PBNJ, TMJ juga wajar melihat masalah kekurangan padang dan kemudahan untuk anak2 muda bermain bolasepak padang.Yang ada kini hanya gelanggang futsal. Pendapat peribadi saya, penubuhan hanya kepada 2 team sahaja ini adalah jalan pintas untuk mengecilkan skop mengawal pasukan.Kenapa perlu kelua banyak duit untuk 4 pasukan(contoh) sekiranya kita ada kuasa untuk mengurangkannya?
Lagi satu, TMJ sepatutnya dengan tabah hati menerima kritikan pedas dari peminat bolasepak kerana beliau telah menceburkan diri dalam sukan paling popular di Malaysia. Dia tak perlu melenting dengan mengatakan kami pengkritik ini sebagai ‘anjing menyalak bukit’ dan ‘takda otak’. Iya…kami tahu kamu lulusan luar Negara dan kami amat berharap kebijaksanaan itu dapat disalurkan sebaik mungkin. At the end, kami hanya akan ‘menyalak’ kerana kamu juga yang berkuasa.
Saya juga dikhabarkan bahawa Fandi Ahmad dan Gabriel Batistuta akan terlibat dalam projek ini. Ini adalah satu petanda baik. Mungkin pakar bolasepak seperti Shebby Singh bole dijemput sekali kedalam projek ini. Penangan MyTeam beliau masih dalam ingatan hamba.
Akhir kata,jangan ada yang terasa hati terutama buat anak-anak Johor. Saya pun antara anak Johor yang rindukan kejayaan pasukan yang kita sayangi ini…Tak baik taaaaaaaaauu….
No comments:
Post a Comment
Silakan Laser Saye...