Thursday, March 29, 2012

Euro 2012 Player to Watch:JAKUB BLASZCZYKOWSKI

Tuan rumah bersama Euro 2012 Poland telah tidak menikmati saingan bola sepak kompetitif untuk beberapa tahun, walaupun kapten pasukan mereka begitu sibuk sebagai nadi utama bagi pasukan Borussia Dortmund yang telah memenangi BundesLiga pada musim lepas.

JAKUB BLASZCZYKOWSKI telah dua kali diundi sebagai Pemain Terbaik Tahunan Poland pada tahun 2008 dan 2010. Namu begitu dia terlepas peluang beraksi pada Euro 2008 kerana kecederaan. Pada kejohanan ini menyaksikan yang mana Poland hanya mampu beraksi di peringkat kumpulan sahaja. Menjaringkan gol sekali sahaja dan gagal untuk memenangi sebanrang permainan.


Berdasarkan video di bawah ini,beliau merupakan pemain sayap yang laju dan lincah. Mungkin dengan semangat sebgai Tuan Rumah dapat membantu Poland dalam kejohanan kali ini. Diletakan dalam kumpulan A bersama Greece,Russia dan Rep Czech dilihat sebgai peluang keemasan bagi Poland membuktikan sesuatu pada kejohanan kali ini.

Tuesday, March 20, 2012

Bolasepak:Sukan untuk Rakyat,bukan untuk Soltan.

“Orang FAM, orang politik semua sembang je kencang. Bila Malaysia menang pingat emas Sukan Sea semua sibuk bagi cadangan dan idea bernas kononnya. Tapi semua cadangan dan idea bukan boleh pakai pun, macam hantar pemain pergi Eropah. Masalah yang sebenar di akar umbi. Kenapa bolasepak khususnya di Kuala Lumpur jatuh? Sebab anak muda KL tak dapat main bola. Ada tanah kosong kena rembat dengan cukong. Padang bola tukar jadi kondominium, jadi shopping complex tak pun lagi hina jadi car park. Sana-sini sibuk nak buat padang golf, habis tu padang bola apa cerita? Kalau ada pun padang milik dewan bandaraya atau majlis sukan nak kena bayar, nak kena tempah 2 atau 3 bulan awal. Nak main kat padang sekolah kena halau dengan Pak Guard. Susah nak main bolasepak di KL. Bila anak muda tak ada padang main bola mulalah merempit, hisap gam, hisap dadah tak pun hisap buah dada anak jiran. Apa cerita bai?!” -Castello-

Itu adalah sedikit rintihan dari jutaan keluhan rakyat 1 Malaysia.Mungkin Castello merindui aksi2 bekas pemain kL era 80-an dulu seperti Subadron,Shebby,Razip Ismail,Rashid Hassan ataupun Mat Zan Mat Aris.Terdetik rasa di lubuk urat kentut mahu memanjangkan kisah ini,apabila salah seorang rakan meluahkan pendapat seperti di bawah.Kredit kepada Ujang.  


Dear castello - pemain bola pun satu hal...dulu punya star, masuk je U hapah tak aktif, masuk alam kerja dh xde masa nak turun main, pastu kawin air lutut kering main 5 minit terjelit lidah...hudjahan padang bola kat KL tu semua alasan. sepatutnya soal balik kat budak muda sebab apa xserius main bola? tgok balik iklan kritisme si ramli main man U. faktor dorongan keluarga, faktor masa hadapan dan yg paling asas sekali kesungguhan. kita tanya balik player yg dulu lipat gulung masa lawan sekolah lelaki, mana pergi? bulldozer ledang? jadi apa? kapten payamas ada lagi air lutut? sampai bila nak tuding menudung, tuduh menuduh? sampai kapan bolasepak malaysia nak maju? kalau bolasepak KL tak maju adakah negeri lain yg mempunyai padang (walau xdiselenggara dgn baik) mempunyai top star? baik, kalau diganti semua pengurusan FAM dengan furguson, pele & maurinho adakah 2 3 tahun lagi kita boleh melayakkan diri ke kejohanan AFC? pendapat aku, tahap bolasepak kita semakin meningkat 1 2 tahun ini. kekalkan momentum & gasak bakat baru diceruk2 kampung. progrem pembangunan ni harus terus jalan sampai bila2. bkn shj pembangunan bolasepak, pembangunan sepak takraw, badminton, hoki dll juga wajar diteruskan.  

Pandangan ikhlas saudara itu memang saya setuju.Namun isu padang ini adalah 1.8% sahaja dari berjuta-juta penyebab kepada kemunduran bolasepak Malaysia sejak 1984 lagi.Kita sudah sedia maklum bakat muda memang banyak lahir ketika zaman sekolah.Namun ianya dibiarkan layu setelah masuk peringkat usia yang semakin meninggi.Ini kerana kurangnya daya penarik sukan bolasepak yang boleh mendorong seseorang itu untuk serius dalam bidang ini.Kita ada sekolah sukan,tapi adakah ejen2 Bukit Jalil masuk ke ceruk kampung untuk menonton aksi Bolasepak Peringkat Sekolah.?Saya yakin memang tidak ada.    

Ibu bapa pula lebih gemar membiarkan anak mereka hanyut dalam Akademi Fantasia kerana kurangnya nilai komersial dalam sukan bolasepak.Saya rasa jika Bolapsepak Malaysia diuruskan dengan lebih bijak,mungkin ramai ibubapa yang berani menghantar anak mereka bermain bolasepak.Masanya sudah amat cantik sekali jika FAM cepat mengambil peluang atas kejayaan Sukan Sea dan AFF yang lalu.Inilah masanya untuk meyakinkan ibubapa bahawa sukan ini menjamin masa hadapan dan bukannya menjamin jodoh dengan artis dan model.Tapi adakah FAM mewujudkan program menarik minat rakyat untuk bermain bolasepak?TIADA.Yang ada hanyalah iklan "pancut awal" dari TM mengenai Ramli bermain untuk Man. Utd.Saya ingin bertanya kepada anda semua, ADA TAK JEPUN BUAT IKLAN PEMAIN DIORANG MAIN UNTUK KELAB EROPAH 10 TAHUN SEBELUM MEREKA LAYAK KE PIALA DUNIA 1994?

Kejayaan dalam tempoh 2-3 tahun ini adalah hanya mimpi indah benua Asia Tenggara.Ini kerana pasukan lain di benua ini hanya bermain sedikit bangang sahaja dari Malaysia.Iya,bila menang kita puji.Tapi bila kalah kita mesti mau maki.Kalau tidak sampai bila pun FAM akan terapung rohnya akibat pujian melangit.Saya menuding sepenuh kesalahan kepada FAM kerana kegagalan mereka mengembalikan Malaysia sebagai kuasa bolasepak Asia.Ini kerana amanah diberikan pada mereka dan sepatutnya mereka melaksanakan dengan bijak.Jika amanah tak dapat dilaksanakan dengan baik,makanya kita harus menukar tampuk pemerintahan yang sedia ada.Malangnya ada lagi manusia old skool yang tidak mahu derhaka dan takutkan perubahan.Apa salahnya dengan menukar Soltan Bola itu?Adakah mereka sedar menjunamnya bolasepak kita selepas beliau mengambil tampuk pemerintahan pada 1984.?  

Namun begitu janganlah kita risau kerana Malaysia tetap akan ke Piala Dunia...iaitu pada tahun 2058..itupun sebagai tuan rumah...k bye!

Monday, March 19, 2012

Euro 2012 Player to Watch: KLAAS-JAN HUNTELAAR

Pasukan Belanda masih lagi memburu kejayaan di kejohanan besar setelah begitu lama menanti dan terus menanti. Kali ini mereka kembali lagi di kejohanan EURO dengan harapan yang tinggi. KLAAS-JAN HUNTELAAR mungkin mampu merealisasikan impian Belanda pada edisi kali ini. Ini kerana beliau sedang berada di kemuncak prestasi bersama Shalke 04.

Pewaris Jersi no. 9 Belanda
Robin Van Persie mungkin salah satu daripada penyerang paling hangat dalam kelab bola sepak Eropah. Tetapi Huntelaar berjaya mencuri tumpuan dengan menjadi penjaring terbanyak untuk Belanda pada pusingan kelayakan. Musim ini sahaja dia menjaringkan 12 gol dalam 13 perlawanan Bundesliga manakala 43 gol antarabangsa sejak penampilan sulungnya pada tahun 2006 membuktikan beliau adalah antara penyerang yang perlu diberi perhatian.







Tuesday, March 13, 2012

Batistuta Penyelamat Bolasepak Johor-Satu Lagi Projek Nadir Bumi




Salam Bolasepak,jangan terkejut dengan tajuk yang ganas lagi maha mengerikan itu.Adapun kehadiran Batistuta ke bumi Johor adalah untuk misi khas projek pembangunan kamikazi dalam bolasepak Johor dan bukannya untuk menetap terus di kampung asalnya di Parit Sulong.Maka semakin ramaila yang gembira dengan kehadiran beliau.

Mungkin ada baiknya usaha murni membawa warga Argentina ini.Namun saya ada sedikit ragu dengan rekod beliau sebagai seorang jurulatih atau pakar bolasepak.Ini kerana dunia bolasepak seringakali dihidangkan dengan pemain yang cermerlang namun dalam bidang kejurulatihan amat mengecewakan sekali.Tapi ini bukanlah terjadi pada semua pemain.Sebagai contoh ialah Maradona yang cemerlang dalam permainan namun gagal dalam bidang kejurulatihan.  

Amat pelik juga kenapa pakar bolasepak seperti Philippe Troussier(Omar namanya selepas memeluk agama Islam) tidak dijemput dalam projek ini.Kejayaan beliau membimbing Jepun dari 1998-2002 membuktikan beliau sudah masak dengan selok belok tempe goreng dan nasik ambang.Mungkin kerana beliau mahu menumpukan masa bersama keluarga dan melaku ibadah barangkali.Tapi kawe suka betol dengan Claude Le Roy...mungkin kini beliua sudah tua yang amat.  

Selain itu,Fandi Ahmad lagenda Singapura turut terlibat sekali dalam projek ini.Ini juga dikira bagus.Tapi kalau dipanggil bekas-bekas pemain Johor yang lain turut serta seperti Nasir Yusof,Khalid Shadan,Ervin Boban,Abas Saad tak lupa juga Hasan Miskam mungakin boleh memberi inspirasi kepada pemain muda untuk mencontohi kejayaan mereka semua ini.  

Ehem ehem..takmaula komen banyak sangat nanti takut ada yang marah dan terasa hati pulak.Apa yang nak ditegaskan ialah,sikap pemain mestilah berubah seiring dengan perubahan pengurusan.Jangan pula baru main Piala Presiden dah sibuk nak cari bookie.TMJ dan pasukannya meletakan sasaran satu tahun untuk memenangi sebijik piala.Marilah kita semua tunggu.  

Akhir kata...   "Saya tak kisah kalau ada 10 Neloofa dekat Malaysia ni.Tapi 10 Neloofa tu mestilah tak boleh melebihi KEPOWERAN 1 Fazura saya"



Thursday, March 8, 2012

Euro 2012 Player to Watch: Xavi Hernandez

Menjelang EURO 2012 yang akan berlangsung nanti, saya akan menyenaraikan 16 pemain terbaik yang perlu diberi perhatian. Dimulakan dengan pemain antarabangsa Sepanyol Xavi Hernandez. Pemain berusia 32 tahun ini mungkin akan menjadikan kejohanan ini sebagai antara yang terbaik untuk kariernya. Telah memenangi pelbagai gelaran di peringkat kelab dan juga negara.
Adakah Xavi mampu membawa 'Hatrik' kepada Sepanyol?

Walaupun Lionel Messi mencuri tumpuan dalam dunia bola sepak hari ini. Namun ramai yang mengatakan kebangkitan Barcelona dan Sepanyol lewat ini dipengaruhi kehadiran Xavi. Ini kerana Xavi antara 'catur' penting dalam kejayaan Sepanyol pada EURO 2008 dan Piala Dunia 2010. Berjayakah Sepanyol pada edisi kali ini?Sama-sama kita saksikan.




Friday, March 2, 2012

Jadual Liga Malaysia - Week 9

Liga Super 2012  :Mac 02, 2012 (Jumaat)

Terengganu PBDKT T-Team v Sarawak 8.45mlm, Std Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT



Liga Super 2012  :Mac 03, 2012 (Sabtu)

Kedah v Selangor 8.45mlm, Std Darul Aman, Alor Setar
Selangor PKNS FC v Perak 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya
Kuala Lumpur v Terengganu 4.45ptg, Std Hang Jebat, Melaka (Live RTM 1)
Sabah v Johor FC 8.15mlm, Std Likas, Kota Kinabalu


Liga Super 2012 :Mac 04, 2012 (Ahad)


Kelantan v Negeri Sembilan 8.45mlm, Std Sultan Muhammad IV, KB (Astro Arena 801)



Liga Premier 2012: Mac 02, 2012 (Jumaat) - Week 8

KL Sime Darby FC v KL POS Malaysia FC 4.45ptg, Std Majlis Perbandaran Selayang
Pahang v Johor MP Muar FC 8.45mlm, Std Majlis Perbandaran Temerloh
Johor MBJB FC v NS Betaria FC 4.45ptg, Std Sultan Ibrahim, Muar
Perlis v Johor 8.45mlm, Std Utama Negeri, Kangar

Liga Premier 2012: Mac 05, 2012 (Isnin)

ATM v Pulau Pinang USM FC 8.45mlm, Std Petaling Jaya, Kelana Jaya

Oh Torres...


Salam..Euro 2012 semakin hampir. Masa kian mencemburui Torres. Prestasi semasa dia bersama Chelsea boleh menyebabkan beliau tercicir pada edisi kali ini. Seperti yang kita tahu Torres adalah wira pada Final Euro 2008 dengan menjaringkan gol tunggal kejayaan mengalahkan Jerman. Namun kini namanya hampir dilupakan oleh peminat bolasepak Sepanyol ekoran dari kejatuhan prestasi yang mendadak.

Paling terkini adalah nama Torres tidak ada dalam senarai bertemu Venezuela yang mana pasukan Matador ini menang 5-0. Dalam perlawanan ini, De Bolque menyenaraikan Fernando Llorente sebagai penyerang tunggal. Pasukan Sepanyol seperi biasa menggunakan 5 pemain tengah dan 1 Penyerang. Selain Llorente, Sepanyol turut mempunyai Soldado dan Villa. Dalam perlawanan menetang Venezuela ini, Soldado telah menjaringkan hatrik. Nampaknya Torres dalam keadaan bahaya.