Friday, March 2, 2012

Oh Torres...


Salam..Euro 2012 semakin hampir. Masa kian mencemburui Torres. Prestasi semasa dia bersama Chelsea boleh menyebabkan beliau tercicir pada edisi kali ini. Seperti yang kita tahu Torres adalah wira pada Final Euro 2008 dengan menjaringkan gol tunggal kejayaan mengalahkan Jerman. Namun kini namanya hampir dilupakan oleh peminat bolasepak Sepanyol ekoran dari kejatuhan prestasi yang mendadak.

Paling terkini adalah nama Torres tidak ada dalam senarai bertemu Venezuela yang mana pasukan Matador ini menang 5-0. Dalam perlawanan ini, De Bolque menyenaraikan Fernando Llorente sebagai penyerang tunggal. Pasukan Sepanyol seperi biasa menggunakan 5 pemain tengah dan 1 Penyerang. Selain Llorente, Sepanyol turut mempunyai Soldado dan Villa. Dalam perlawanan menetang Venezuela ini, Soldado telah menjaringkan hatrik. Nampaknya Torres dalam keadaan bahaya.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...