Tuesday, March 20, 2012

Bolasepak:Sukan untuk Rakyat,bukan untuk Soltan.

“Orang FAM, orang politik semua sembang je kencang. Bila Malaysia menang pingat emas Sukan Sea semua sibuk bagi cadangan dan idea bernas kononnya. Tapi semua cadangan dan idea bukan boleh pakai pun, macam hantar pemain pergi Eropah. Masalah yang sebenar di akar umbi. Kenapa bolasepak khususnya di Kuala Lumpur jatuh? Sebab anak muda KL tak dapat main bola. Ada tanah kosong kena rembat dengan cukong. Padang bola tukar jadi kondominium, jadi shopping complex tak pun lagi hina jadi car park. Sana-sini sibuk nak buat padang golf, habis tu padang bola apa cerita? Kalau ada pun padang milik dewan bandaraya atau majlis sukan nak kena bayar, nak kena tempah 2 atau 3 bulan awal. Nak main kat padang sekolah kena halau dengan Pak Guard. Susah nak main bolasepak di KL. Bila anak muda tak ada padang main bola mulalah merempit, hisap gam, hisap dadah tak pun hisap buah dada anak jiran. Apa cerita bai?!” -Castello-

Itu adalah sedikit rintihan dari jutaan keluhan rakyat 1 Malaysia.Mungkin Castello merindui aksi2 bekas pemain kL era 80-an dulu seperti Subadron,Shebby,Razip Ismail,Rashid Hassan ataupun Mat Zan Mat Aris.Terdetik rasa di lubuk urat kentut mahu memanjangkan kisah ini,apabila salah seorang rakan meluahkan pendapat seperti di bawah.Kredit kepada Ujang.  


Dear castello - pemain bola pun satu hal...dulu punya star, masuk je U hapah tak aktif, masuk alam kerja dh xde masa nak turun main, pastu kawin air lutut kering main 5 minit terjelit lidah...hudjahan padang bola kat KL tu semua alasan. sepatutnya soal balik kat budak muda sebab apa xserius main bola? tgok balik iklan kritisme si ramli main man U. faktor dorongan keluarga, faktor masa hadapan dan yg paling asas sekali kesungguhan. kita tanya balik player yg dulu lipat gulung masa lawan sekolah lelaki, mana pergi? bulldozer ledang? jadi apa? kapten payamas ada lagi air lutut? sampai bila nak tuding menudung, tuduh menuduh? sampai kapan bolasepak malaysia nak maju? kalau bolasepak KL tak maju adakah negeri lain yg mempunyai padang (walau xdiselenggara dgn baik) mempunyai top star? baik, kalau diganti semua pengurusan FAM dengan furguson, pele & maurinho adakah 2 3 tahun lagi kita boleh melayakkan diri ke kejohanan AFC? pendapat aku, tahap bolasepak kita semakin meningkat 1 2 tahun ini. kekalkan momentum & gasak bakat baru diceruk2 kampung. progrem pembangunan ni harus terus jalan sampai bila2. bkn shj pembangunan bolasepak, pembangunan sepak takraw, badminton, hoki dll juga wajar diteruskan.  

Pandangan ikhlas saudara itu memang saya setuju.Namun isu padang ini adalah 1.8% sahaja dari berjuta-juta penyebab kepada kemunduran bolasepak Malaysia sejak 1984 lagi.Kita sudah sedia maklum bakat muda memang banyak lahir ketika zaman sekolah.Namun ianya dibiarkan layu setelah masuk peringkat usia yang semakin meninggi.Ini kerana kurangnya daya penarik sukan bolasepak yang boleh mendorong seseorang itu untuk serius dalam bidang ini.Kita ada sekolah sukan,tapi adakah ejen2 Bukit Jalil masuk ke ceruk kampung untuk menonton aksi Bolasepak Peringkat Sekolah.?Saya yakin memang tidak ada.    

Ibu bapa pula lebih gemar membiarkan anak mereka hanyut dalam Akademi Fantasia kerana kurangnya nilai komersial dalam sukan bolasepak.Saya rasa jika Bolapsepak Malaysia diuruskan dengan lebih bijak,mungkin ramai ibubapa yang berani menghantar anak mereka bermain bolasepak.Masanya sudah amat cantik sekali jika FAM cepat mengambil peluang atas kejayaan Sukan Sea dan AFF yang lalu.Inilah masanya untuk meyakinkan ibubapa bahawa sukan ini menjamin masa hadapan dan bukannya menjamin jodoh dengan artis dan model.Tapi adakah FAM mewujudkan program menarik minat rakyat untuk bermain bolasepak?TIADA.Yang ada hanyalah iklan "pancut awal" dari TM mengenai Ramli bermain untuk Man. Utd.Saya ingin bertanya kepada anda semua, ADA TAK JEPUN BUAT IKLAN PEMAIN DIORANG MAIN UNTUK KELAB EROPAH 10 TAHUN SEBELUM MEREKA LAYAK KE PIALA DUNIA 1994?

Kejayaan dalam tempoh 2-3 tahun ini adalah hanya mimpi indah benua Asia Tenggara.Ini kerana pasukan lain di benua ini hanya bermain sedikit bangang sahaja dari Malaysia.Iya,bila menang kita puji.Tapi bila kalah kita mesti mau maki.Kalau tidak sampai bila pun FAM akan terapung rohnya akibat pujian melangit.Saya menuding sepenuh kesalahan kepada FAM kerana kegagalan mereka mengembalikan Malaysia sebagai kuasa bolasepak Asia.Ini kerana amanah diberikan pada mereka dan sepatutnya mereka melaksanakan dengan bijak.Jika amanah tak dapat dilaksanakan dengan baik,makanya kita harus menukar tampuk pemerintahan yang sedia ada.Malangnya ada lagi manusia old skool yang tidak mahu derhaka dan takutkan perubahan.Apa salahnya dengan menukar Soltan Bola itu?Adakah mereka sedar menjunamnya bolasepak kita selepas beliau mengambil tampuk pemerintahan pada 1984.?  

Namun begitu janganlah kita risau kerana Malaysia tetap akan ke Piala Dunia...iaitu pada tahun 2058..itupun sebagai tuan rumah...k bye!

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...