Thursday, January 3, 2013

Preview Piala Soltan 1881: Kelantan vs ATM



Kelantan dan ATM adalah dua pasukan yang tidak asing lagi untuk musim 2012. Setiap kali mereka bertemu, sudah pasti aksi tahap tertinggi akan dipersembahkan. Tahun ini kedua pasukan bertemu lagi. Perlawanan pembuka untuk musim ini selepas mereka jugalah yamg menutup tirai musim 2012. Kelantan layak bermain dalam piala Soltan 1881 atas kapasiti Juara Piala Malaysia. Manakala ATM dipilih selepas semua piala dikaut secara rakus oleh Kelantan. Makanya naib juara Piala Malaysia ini layak bermain menentang Kelantan.


Dikhabarkan pada kali ini pasukan ATM sudah bersiap sedia dengan pelbagai jenis senjata perang seperti "Expeditionary Fighting Vehicle"  dan senapang patah. Selepas mereka tewas secara jantan kepada Kelantan pada Perlawanan Akhir Piala Malaysia yang lalu, ATM secara halus telah mula melakukan serangan minda kepada seluruh rakyat Malaysia untuk meraih sokongan padu mejelang perlawanan ini. Ia juga temasuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan. Sangat murni bukan?


Kesannya, kini secara perlahan-lahan lahir golongan Asal Bukan Kelantan (ABK) yang diketuai oleh seorang lelaki Terengganu yang sedang berkelana mencari rezeki di negeri selatan tanah air dan beliau membawa nama gelaran baru iaitu Wak Lan. Betul ataupun tidak perkara ini, ia masih lagi sedang disiasat oleh pasukan khas yang diberi nama Jabatan 'Cover' Annuar Musa.


Bagi pasukan Kelantan pula, perlawanan bertemu ATM ini merupakan satu rahmat buat mereka. Ini kerana kejayaan menewaskan ATM hanya akan menambah angkuh kepada mereka dan membuktikan kepada dunia bahawa mereka adalah penguasa sebenar bola sepak Malaysia yang baru. Maka dengan ini mudahlah buat Kelantan untuk membeli Alessandro Del Pierro. Ternyata Kelantan yang dahulunya rancak mengutuk cara urusan pentadbiran TMJ, kini secara tidak segan silu terhegeh-hegeh pula meniru cara TMJ. Nate di koko!!!


Jangan lupa menyaksikan perlawanan merebut perisai Soltan Bola ini di Stadium Shah Alam pada masa dan waktu yang telah dinyatakan di atas. Entah kenapalah pandir sangat FAM buat perlawanan di Selangor pun aku kurang pasti. Nama pun Piala Soltan Bola 1881, kenapa tidak dibuat sahaja di Stadium Darul Makmur, Pahang? Kesian orang Pahang yang dahagakan hiburan berbentuk perlawanan bola sepak.


Pemain tumpuan Kelantan : Nofarhan Muhammad
Pemain tumpuan ATM : Shukor Adan
Ramalan : Kelantan 1 - ATM 3.



Khairul Fahmi selepas berkahwin...beliau tidak akan beraksi kerana masih dalam kepitan Leuniey.

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...