There was an error in this gadget

Wednesday, November 28, 2012

Ini Adalah Harimau Malaya Sebenar.





Alhamdulillah Syukur..kita menang dan peluang kembali cerah walaupun pada mulanya samar-samar ayam. Rajagopal berjaya selepas bebarapa rombakan dilakukan dengan 4 pertukaran di kesebelasan utama. Farizal Marlias, Mahali Jasuli, Shakir Shaari dan Wan Zack Haikal diberi mandat melaksanakan misi teragung Rajagopal ini.



Terima kasih Farizal Marlias. Beliau berhak merampas kembali kedudukan sebagai penjaga gol  no.1 Malaysia. Yang ehem-ehem tu biarkan dia buat persediaan perkahwinan ye...

Nama yang perlu sentiasa ada dalam setiap perlawanan Malaysia selepas ini. Kan aku dah kata.....
Payah betol Rajagopal nak masukkan Zubir ni. Akhirnya Zubir dimasukkan pada separuh masa kedua menggantikan Azmi Muslim yang ternyata hampas sejak perlawanan dengan Singapura lagi.


Kapten pula menjaringkan gol dari sepakan percuma yang sememangnya makanan beliau..terdiam sebentar peminat-peminat Piya..huh!!!




Penyerang teragung ini kelihatan hambar sepanjang perlawanan. Mujur beliau dapat menjaringkan gol kedua yang sememangnya amat penting untuk menaikkan keyakinannya sebagai penyerang teragung Harimau Malaya.




Wan Zack sedang berada dalam prestasi terbaiknya. Tidak wajar ditinggalkan dibangku simpanan. Satu gol dan Satu bantuan gol berjaya diukir dalam perlawanan membenam Laos ini.




KM memang 'Super Sub' sejati. Hanya 2 minit sahaja diperlukan beliau untuk menjaringkan gol ke-4 skaligus menutop molot pengkritik beliau. Shhhhhhhhhhhh....




TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!!!!!!!!







4 comments:

  1. Ko jgn memperlekehkan piya pujaan rakyat kelantan..

    ReplyDelete
  2. Dah menang biasalah dipuji puja

    ReplyDelete
  3. safiq mmg pemain tgh perancang yg baik, tp stp perancang perlukan partner yg boleh jaga defensive dgn baik. Amar Rohidan tggelam punca dlm bbrp siri perlawanan Sblm ni. Kemasukan Shakir byk mbantu safiq utk lebih bebas. Ditambah wan Zack + mahalli di sbelah kanan yg mmg sntiasa mbuat gerakan menarik mmudahkan Safiq mbuat hntaran. Pemain tgh yg baik hanya nampak bagus bila support tgh dan kiri kanan mmg bagus. Kereta Enjin power tp pakai tayar standard tayar spare takleh gi ke mana jugak, kan?

    ReplyDelete

Silakan Laser Saye...