Friday, December 30, 2011

FAM BIJAK PANDAI


Zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...kroh...kroh...
Salam Jumaat..minggu ni pasukan Sarkis FAM sekali lagi buat lawak tahap Maharaja Lawak Mega Movie. Setelah kerisauan yg disuarakan Mr. OKS tentang jadual dan stadium rasmi utk Harimau Muda beraksi dalam Liga-S,dengan selamba geng FAM yg pandai buat kerja pun menjawab seprti ini "Kurang manis jika kita terus mendesak FAS. Kami hormati kerja mereka dan yakin ia akan dapat dikendalikan dengan baik."

Jan Janostak mesti tersenyum tak sabor nak tonton Liga M musim ni

Pui!!Berhemahnyer FAM...sebenanya kalau dapat tahu jadual awal, senangla Mr. OKS nak buat persediaan musim baru nanti. Mana2 game yg clash dgn Kelayakan Olimpik dan Piala AFC, maybe bole diaturkan mengikut tarikh lain yang lebih sesuai. Tapi..inilah FAM..pantang ditegur. Bila ditegur, cepat ajek nak melenting. Biasala..duduk kerusi panas,mestila kena sentiasa bersedia dgn teguran dan caci maki rakyat yg dah semakin ambil tau pasal bola kita.

V. Sondramoorthy dulu memang aku benci. Sebelah tu anak murid dier.Pui!!

Setelah Singapore Tua (asalnya Singapore Muda) dibenarkan main Liga Super dan mendapat imuniti kekal dalam Liga Super sampai kiamat. Kini FAM yg 'cerdik' menjemput Juara Piala FA Kemboja, Preach Khan Reach FC, untuk menggantikan Harimau Muda B (skuad bawah 19 tahun kebangsaan) bagi aksi Piala FA Malaysia musim depan. Perggggggggghhhhhhhh...memang rojak buah.Dahla Liga Malaysia kembali dengan kehadiran Pendatang Asing, Awang Import dan Rakyat Pulau Temasik. Kini Orang Kemboja pulak datang main Liga Malaysia..ooooo...agaknya memang musim zaman sekarang ni tumpang liga negara orang ek? Sebab Malaysia pun main Liga Slovakia dan lepas ni Liga Australia pulak. 

Adakah langkah pertukaran Liga ini (macam pertukaran pelajar antarabangsa) menjamin masa depan bola sepak kita menjadi lebih ampuh?Atau hanya wayang sementara FAM untuk mengaburi mulut pengkritik tegar FAM?ooohhhhhhhhh.....SOLTAN BOLA....

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...