Wednesday, December 21, 2011

Hamba Abdi

Salam...Hamba Abdi.Mengikut istilah yg aku cipta sendiri ini,hamba abdi dlm bolasepak adalah pemain yg sanggup dan redha diturunkan di posisi yg tidak digemari ketika pasukannya mengalami masalah. Antara watak hamba abdi yang amat popular dan disaksikan oleh diri aku sendiri ialah Steven Gerrard vs AC Milan Final 2005 Champs League. Masih aku ingat yg mana posisi Gerrard yg berubah2 dalam game ni. Setelah ketinggalan 3-0 pada 1st half, Liverpool terpaksa mencari gol. Makanya si Gerrard ni di tolak untuk bermain lebih ke atas sehingga berjaya menjaringkan gol pada minit 46'.

Gerrard juga menjadi punca kepada jaringan ketiga Liverpool. Beliau dijatuhkan oleh Genaro Gatusso dan Xabi Alonso telah menyampurnakan penalti tersebut. Setelah keadaan menjadi 3-3, Liverpool mesti mempertahankan kedudukan ini dan Gerrard telah dipaksa menjadi right-back sehinggalah perlawanan diheret ke penentuan penalti. Selepas tu, anda tahu ape kesudahannya..hihihihi...


Sape Hamba Abdi kegemaran anda?

No comments:

Post a Comment

Silakan Laser Saye...